Isnin, 12 Mei 2014

HIDUP UNTUK ALLAH...ATAU HIDUP UNTUK MANUSIA...NAK TAAT PADA ALLAH ATAU NAK TAAT PADA MANUSIA...ALLAH MEMBERI REZEKI ATAU MANUSIA YANG MEMBERI REZEKI....ALLAH YANG MENGUASAI HARI AKHIRAT ATAU MANUSIA YANG MENGUASAI HARI AKHIRAT....ADA OTAK PAKAI

Like · ·
MEREKA KEJAR DUNIA SEPUAS-PUASNYA......DI AKHIRAT NANTI MEREKA MENYESAL TIADA KESUDAHAN.....
Salam sahabat2..walaupun Milo Kosong Koww dah "berehat" dari dunia fb,tp milo sentiasa melihat pekembangan sahabat2..sahabat2 tlh melakukan yg terbaik..tahniah..milo join sekejap ini pun,utk mengutarakan satu isu yg jarang ditonjolkan dlm fb dan media2..umno apa cara sekali pun tk akan dedahkan isu ini..lihatlah sdn bgaimana pemimpin2 umno menjaga proxi dan kroni..anyway..milo berundur dahulu,tak tahulah bila masa kita akn bertemu kembali..bye2 sahabat2ku..

Ingat pesan guru....
Like · ·
SEBENARNYA.....UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA.....LEBIH ZALIM...DARIPADA HUKUM YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH....ALLAH LEBIH TAHU....KERANA DIA ADALAH PENCIPTA ALAM DAN MANUSIA.....
 
Like · ·

Kenapa Wujudnya Salah Faham Mengenai Hudud?


Salah faham mengenai hudud timbul kerana ia tidak disebut bersekali dengan takzir yang juga sebahagian daripada Undang-undang Jenayah Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie, Musa Awang.
   
Beliau berkata takzir adalah undang-undang buatan manusia yang dilaksanakan bagi memastikan pesalah tetap dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.   



Kenapa Wujudnya Salah Faham Mengenai Hudud?
Kenapa Wujudnya Salah Faham Mengenai Hudud?

   
“Ramai yang melihat undang-undang Islam itu hanya hudud sahaja dan hukumannya kejam seperti potong tangan dan ini perlu diperbetulkan.
  
“Sedangkan mereka tidak tahu bahawa jika seseorang itu melakukan kesalahan di bawah hukum hudud tetapi tidak dapat dibuktikan bersalah kerana kadar pembuktian yang tinggi, maka kesalahan itu jatuh kepada takzir,” katanya.
   
Beliau berkata demikian ketika menjadi anggota panel forum “Hudud in Malaysia, Can We? Should We?,” anjuran Biro Undang-undang Pemuda MCA, di sini hari ini.

Panel lain pada forum sehari itu termasuk Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad, Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.
   
Fathul Bari yang senada dengan Musa berkata, lain-lain pembuktian selain daripada yang termaktub di dalam al-Quran boleh diguna pakai untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah mengikut takzir.   
   
“Orang ramai perlu tahu bahawa walaupun hudud memerlukan empat saksi lelaki tetapi jika syarat itu tidak dapat dipenuhi maka lain-lain pembuktian seperti CCTV (kamera litar tertutup) dan cap jari boleh digunakan untuk mengenakan sesuatu hukuman,” katanya.
   
Beliau berkata bukan semuanya dihukum di bawah hudud, kerana apa yang lebih penting ialah hudud untuk memberi pengajaran kepada orang ramai bukan untuk menghukum semata-mata.
   
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon ketika ditemui berkata pihaknya menyambut baik pendekatan Umno untuk mengkaji kekangan kekangan dalam pelaksanaan hudud termasuk pembentukan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan negeri Kelantan bagi membincangkan secara lanjut mengenai isu itu.

Sin Woon berkata, MCA akan terus mengadakan forum sedemikian kerana ia merupakan platform terbaik untuk semua pihak tanpa mengira perbezaan agama dan politik bertukar-tukar pandangan selain membincangkan hudud secara lebih mendalam.
   
“Kita mendapat banyak pandangan yang berbeza, membuka mata kita terutama daripada perspektif seorang bukan Islam melihat para pemikir serta wakil parti politik daripada Umno dan Pas memberikan satu hujah yang baik dan dari pelbagai perspektif,” katanya.
   
Forum itu diadakan susulan cadangan Pas membentangkan rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan ke Parlimen.
   
Bagaimanapun Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat hari ini setuju menangguhkan hasrat itu bagi memberi tempoh masa kepada Jawa‎tankuasa Teknikal antara Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan meneliti serta mengemukakan cadangan tindakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. – Bernama
Sumber : Sinar

08 Mei 2014


MAS BAKAL DILELONG ....KERAJAAN TIDAK MAMPU SUNTIK DANA SELAMATKAN MAS !!!





Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak akan menyuntik dana untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS), yang tidak mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Gulf News melaporkan Nazri sebagai berkata bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan MAS, syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia Tenggara, yang bergelut dengan persekitaran yang kompetitif, walaupun sebelum kehilangan MH370.

"Untuk menyuntik modal baru pastinya bukan satu pilihan," katanya di pameran pelancongan di Dubai.

Laporan itu juga berkata pihak pengurusan kanan syarikat penerbangan milik negara itu, juga mungkin berdepan dengan tindakan melepaskan jawatan.

Like · ·

Muslimah Shalihah...
Yuk Perlahan-lahan Perbaiki Hijab Kita Sesuai Dengan Perintah Allah, Bukan Mengikuti Fashion
Kecelakaan Zina
Riwayat: Riwayat al-Bazzar
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya.
Huraian Hadith:
i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.
iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.
iv) Hari ini seakan menjadi trend, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.
v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.
Like · ·
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dianugerahkan dgn 31 projek hidro mini bernilai RM2.9 bilion dan projek2 yg lain.. Satu usaha kayakan kroni BN serta mengaburi mata rakyat...
-kontrak CATERING ATM RM1.4 BILION.
-perkhidmatan peserta PKLN RM300 JUTA..
-klinik MOBIL 1 MSIA RM1.17 BILION..
-Perkhidmatan BAS UPM RM490.4 JUTA..

Tahniah kepada macai, ketua hampa dapat big projek, hampa jerit2 soal liwat tak habis2. Cukup bulan dapat gaji masih tak cukup2. Anda memang ada kelasss!!!

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dianugerahkan dgn 31 projek hidro mini bernilai RM2.9 bilion dan projek2 yg lain.. Satu usaha kayakan kroni BN serta mengaburi mata rakyat...
-kontrak CATERING ATM RM1.4 BILION.
-perkhidmatan peserta PKLN RM300 JUTA..
-klinik MOBIL 1 MSIA RM1.17 BILION..
-Perkhidmatan BAS UPM RM490.4 JUTA..
Tahniah kepada macai, ketua hampa dapat big projek, hampa jerit2 soal liwat tak habis2. Cukup bulan dapat gaji masih tak cukup2. Anda memang ada kelasss!!!
Like · · · 2



Nak tahu kenapa UMNO & Barisan Nasional tergolek jatuh, melingkup,dibenci, dihina, dicaci, diludah dan ditolak di Selangor?...
Lihat sendiri apa yang telah dilakukan puak2 perampas tanah rakyat diselangor semasa pemerintahan BN...! Kejam & zalim amalan BN terhadap rakyat Selangor...!
Kredit video : King Jason
Like✔---> www.facebook.com/TFcrewpages

Nik Mohamad Abduh
Tangguh bawa Hukum Hudud ke Parlimen?
Sebagai maklumat tambahan, kenyataan akhbar terbaru presiden PAS berkenaan penangguhan membawa rang undang-undang persendirian Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh PAS pada persidangan JUN 2014 ini, tidaklah memberi maksud selain penangguhan pada tarikh itu sahaja.
Ini adalah bagi membuka jalan dan masa kepada Jawatan Kuasa Teknikal Kerajaan Pusat - Kelantan yang ditubuhkan itu untuk merumuskan dan mencadangkan yang terbaik dan praktikal ke arah kejayaan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah tersebut.
Oleh kerana persidangan parlimen bulan Jun ini hanya berbaki sebulan sahaja lagi, maka wajarlah masa yang lebih luas diberikan kepada Jawatan Kuasa tersebut.
Adalah baik untuk diingatkan, sebelum harapan diberikan agar ahli parlimen non muslim turut memberi sokongan, pelaksanaan undang-undang Islam tersebut oleh negeri Kelantan amat-amatlah memerlukan sokongan dan undi daripada seluruh ahli parlimen muslim daripada semua parti.
Secara peribadi, saya berharap rang undang-undang ini boleh dibawa ke parlimen pada Oktober tahun ini.
"Dialah Allah yang memperteguhkanmu (wahai Muhammad) dengan pertolonganNya dan dengan orang-orang yang beriman." - al Ayat
jadi anak yg soleh..

Like · ·




Penjelasan ‘Kondusif’ kepada Peragu-Peragu Hudud
Posted on Sunday, May 11 @ 21:25:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Dr. Asri [2] kelihatan sebagai seorang idealis dengan mengharapkan dan menggambarkan suasana ‘impian yang indah’ bagi negara ini sebelum hudud dapat dilaksanakan. Mengambil iktibar dan bandingan suasana zaman Rasulullah s.a.w., setelah suasana stabil dan islamik dalam banyak keadaan (di negara ini, umpamanya isu rasuah dapat diatasi sebaiknya) barulah hudud datang sebagai pelengkap.

Seumpama tiada alasan munasabah untuk melakukan jenayah lagi, yang jika dilakukan dan dibuktikan, layakkan dia kepada hukum hudud. Alangkah indah visualisasi ini!

Saya seronok dengan impian Dr Asri di atas itu dan saya mahu berkongsi rasa dan fikir bahawa ia adalah waktu dan cara terbaik dalam melaksanakan hudud. Sekalipun ia kedengaran agak idealis namun kita akui ia tidak mustahil berlaku. Kita bahkan mengharapkan ia dapat berlaku secara begitu.

Tetapi adakah ia satu kemestian atau pilihan? Dan bila suasana itu akan menjelma?

Mengambilkira keadaan agak parah yang didedah dalam laporan ketua audit negara dan lain-lain isu semasa, suasana ‘indah’ itu masih terlalu jauh dari kita.

Persoalan lebih besar, adakah hudud perlu menunggu kepada kewujudan suasana itu, atau ia boleh hadir dahulu bagi membantu membentuk suasana ‘indah’ itu?

Suasana kondusif…. Emmm

Wahai peragu-peragu perlaksanaan hudud di luar sana!

Tidak kira pada apa jua bentuk dan jenis keraguan anda dan pada kadar apa keseriusan keraguan anda, bacalah hujah di bawah ini.

Sejauh Mana Suasana Kondusif Diperlukan Dalam Perlaksanaan Hudud.[3]
Isu perlaksanaan Hudud di Malaysia timbul kembali. Pelbagai pandangan dikemukakan dalam isu ini termasuklah keperluan suasana kondusif untuk melaksanakan Hudud. Ia telah dijadikan sesetengah pihak sebagai syarat perlaksanaan hukuman tersebut. Ia tidak boleh atau hendaklah ditangguhkan perlaksanaannya jika suasana tersebut tidak wujud.

Hudud sebagai Undang-Undang Negara:

Perlu difahami bahawa usaha yang dilakukan oleh PAS hari ini untuk melaksanakan hukuman Hudud adalah untuk menjadikannya sebagai undang-undang (taqnin). Ada pun selepas ia diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, kesalahan yang dilakukan akan diadili oleh hakim untuk melihat sejauh mana syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang yang diluluskan tersebut dipenuhi atau tidak.

Ramai yang meletakkan syarat kondusif untuk melaksanakan Hudud. Mereka lupa bahawa syarat tersebut tidak boleh menafikan hasrat PAS untuk menjadikan Hudud sebagai undang-undang. Syarat tersebut hanya boleh menafikan hukuman dijatuhkan apabila hakim membicarakan kes yang berkaitan setelah Hudud menjadi undang-undang, bukannya menafikan usaha menjadikannya sebagai undang-undang yang menjadi kewajipan terhadap orang Islam.

Mereka menggunakan hujjah tindakan Saidina Umar yang tidak menjatuhkan hukuman potong tangan kepada pencuri pada tahun kelaparan (‘am al-maja’ah). Saidina Umar sebenarnya bukan tidak menjadikan Hudud sebagai undang-undang tetapi tidak menjatuhkan hukuman tersebut kerana tidak cukup syarat di bawah undang-undang Hudud yang sedia ada apabila berlakunya peristiwa tersebut. Hudud ketika itu telah pun menjadi undang-undang negara.

Justeru, tidak boleh dijadikan hujjah untuk menafikan Hudud dijadikan undang-undang dalam negara kita dengan merujuk kepada tindakan Saidina Umar r.a. tersebut.

Syarat kondusif yang dimaksudkan ialah tidak berlakunya syubhat (keraguan) dalam kes yang didakwa di mahkamah di bawah undang-undang Hudud. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Ditolak Hudud dengan sebab keraguan. [Riwayat Ibnu 'Adi]

Syubhat yang berlaku di zaman Saidina Umar sehingga beliau tidak menjatuhkan hukuman potong tangan ialah kecurian tersebut mungkin kerana dhorurat kelaparan yang membawa kepada seseorang mencuri. Orang yang mencuri ketika tahun kelaparan tidak disifatkan mencuri kerana dia melihat bahawa dirinya mempunyai hak terhadap apa yang diambil. Ada pun curi adalah apabila seseorang mengambil bukan haknya secara bersembunyi. (Lihat Dr. Al-Qaradhawi, As-Siasah As-Syari’yyah, 203).

Suasana yang tidak kondusif ini (suasana kelaparan) boleh dijadikan hujjah untuk tidak dijatuhkan hukuman kerat tangan di bawah hukuman Hudud yang telah menjadi undang-undang, bukannya hujjah untuk menafikan usaha menjadikan Hudud sebagai undang-undang negara.

Begitu juga jika terdapat kajian yang menunjukkan bahawa selepas dua kurun kewafatan Nabi s.a.w., Hudud tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim, begitu juga sejak zaman Abbasiyah tidak ada penekanan perlaksanaan hudud dan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan Hudud, semua kajian ini tidak menggambarkan bahawa Hudud tidak dijadikan undang-undang kerana ia mungkin tidak dilaksanakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh Islam untuk hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah di bawah undang-undang Hudud.

Kondusif dan Maqasid As-Syariah:

Terdapat juga sebahagian yang berpandangan bahawa kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman Hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan iaitu tertegaknya keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.

Contoh yang dibawa ialah dalam kes mencuri. Pada pandangan mereka, Tujuan Islam bukan ingin memastikan tangan pencuri itu putus, tetapi yang hendak dicapai ialah maksud keadilan, pencegahan dan pemeliharaan harta masyarakat di sebalik hukuman tersebut. Kaedahnya ditetapkan iaitu potong tangan. Maka, pelaksana hukum tersebut hendaklah memastikan bahawa apabila hukuman tersebut dilaksanakan, maksudnya dapat dicapai. Jika dilaksanakan, sedangkan maksud itu tidak dicapai, ataupun berlaku sebaliknya, maka itu tidak menunai tanggungjawab nas. Sebaliknya, hanya menzahirkan ketidakadilan, atau kekejaman atas nama Islam.

Jelas bahawa pandangan ini mengaitkan isu kondusif dengan maqasid As-Syariah (matlamat hukum disyariatkan). Tidak dapat dinafikan bahawa tujuan perlaksanaan hukuman Hudud adalah untuk menjaga lima perkara yang dikenali sebagai Ad-Dhoruriyyat Al-Khamsah iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal. (lihat As-Syatibi, Al-Muwafaqat, 2: 8)

Pun begitu, perlaksanaan hukuman tersebut tidak boleh bergantung perlaksanaannya semata-mata kepada berjaya atau tidak dalam mencapai tujuan pensyariatan (maqasid as-Syariah) untuk menjaga lima perkara tersebut.

Ini adalah kerana hukuman yang ditetapkan oleh Allah secara nas seperti hukuman Hudud wajib dilaksanakan dan perlu diyakini bahawa ia pasti mempunyai maslahat dan dapat dicapai. Tidak timbul ia kemungkinan tidak dapat dicapai kerana ia datang daripada Allah yang pasti dapat dicapai maslahatnya.

Bukan urusan kita untuk memikirkan berjaya atau tidak matlamat tetapi kita hanyalah dituntut melaksanakan hukuman tersebut dan seterusnya perlu yakin bahawa matlamat tersebut pasti akan tercapai.

Ia adalah umpama kewajipan solat yang mempunyai matlamat yang dinaskan oleh Allah untuk mencegah daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; (Al-Ankabut: 45)

Sembahyang yang diperintahkan oleh Allah mesti dilaksanakan walaupun mungkin pada pandangan mata kasar kita matlamat daripada pensyariatan sembahyang (mencegah perbuatan keji dan mungkar) tidak tercapai.

Begitu juga kewajipan menunaikan fardhu puasa di bulan Ramadhan. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [Al-Baqarah: 183]

Puasa yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t. mesti dilaksanakan. Tercapai atau tidak matlamat menjadi orang yang bertakwa bukan menjadi neraca dalam menentukan samada ia perlu dilaksanakan atau tidak.

Mewujudkan suasana keadilan:

Tidak dapat dinafikan bahawa Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang Hudud telah mewujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda. Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suasana kebajikan; bantu membantu, tolong menolong antara masyarakat yang kukuh. Jaminan hak rakyat yang diberikan. Suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram.

Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum. Ini kerana pertama; dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah.

Pun begitu, perlu difahami bahawa suasana keadilan adalah berbentuk subjektif yang sukar untuk dinilai. Untuk menentukan sama ada suasana itu wujud atau tidak hanyalah akan menyebabkan orang yang tidak mahu melaksanakan hukuman Hudud akan beralasan tidak wujud suasana keadilan walaupun pada hakikatnya tidak demikian.

Sebagai contoh di negeri Kelantan, menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerajaan Pas Kelantan sudah menyiapkan asas kukuh untuk pelaksanaan hukum Hudud berlandaskan konsep ubudiyah (kepatuhan), itqan (tekun) dan masuliyah (bertanggungjawab) dalam pentadbirannya. Penerangan kepada masyarakat juga dibuat berterusan melalui kuliah agama terutama pada setiap hari Jumaat mendapat sambutan menggalakkan daripada umum. Pelaksanaan program kebajikan oleh kerajaan negeri setakat ini sudah mencukupi untuk menghalang niat sesetengah pihak melakukan perkara yang menjadi kesalahan dalam peruntukan Hudud akibat desakan kewangan seperti projek Al-It’am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya. Ini semua persiapan untuk membolehkan rakyat berasa tidak perlu lagi mencuri, menipu dan merompak. Jadi asas kondusif ini sudah cukup baik di Kelantan.

Ini adalah perspektif daripada T.G. Nik Abdul Aziz tentang suasana keadilan di Kelantan. Pun begitu, bagi yang tidak mahu menjadikan hukuman Hudud sebagai undang-undang akan memberi dan mencari pelbagai alasan untuk menunjukkan ketidakadilan suasana di Kelantan.

Justeru, penulis melihat suasana keadilan tidak boleh menjadi penanda aras dalam menentukan sama ada hukuman Hudud boleh dijadikan undang-undang atau tidak. Pun begitu, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mewujudkan suasana keadilan ini agar apabila sesuatu kes yang dibicarakan di bawah undang-undang Hudud dapat berjalan dengan adil dan saksama dan tidak -adanya syubhat

--------------------

Semoga artikel ini menghilang atau mengurangkan keraguan peragu-peragu pada kemampuan Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Semoga peragu-peragu Hudud akhirnya mengakui;

terbukti sekarang suasana atau keadaan adalah kondusif!….”

hisham-ahmad.blogspot.com


[1] Maksudnya peragu-peragu kepada kesediaan atau kemampuan Kelantan untuk melaksanakan Hudud.

[2] Ini kelebihan Dr Asri yang meletakkan dirinya lebih dihadapan daripada kumpulan ilmuan muda yang mendakwa bermanhaj salafi. Sekalipun, Dr Asri dipercayai masih tegas dalam sunnah pada aspek ibadah khususiah tetapi sangat dinamik dalam soal politik dan isu semasa. Pemikiran dan tindakan beliau kelihatan menuruti manhaj ulama terulung abad ini, Dr Yusuf Qaradhawi. Pada masa yang sama seperti ada pengaruh pemikiran Dr Tariq Ramadan, pada aspek positif.

[3] satu artikel yang disediakan oleh Kumpulan Penyelidikan Ulamak Pelapis, Dewan Ulama PAS Pusat yang diketuai oleh ustaz Ahmad Mouhyideen Hasyim. - http://www.niknasri.com/?p=11795
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Sunday, May 11 @ 21:25:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Pohonlah doa mudah-mudahan dijauhkan daripada tergolong daripada golongan munafik.
Like · ·


Artikel | Kenal pasti Masjidil Aqsa dengan mudah.
Kami seringkali ditanya berkenaan struktur bangunan yang mana satu adalah Masjidil Aqsa. Ada yang mengatakan Masjidil Aqsa adalah Kubah As-Sakhra (Dome of Rock), yang berkubah emas, masjid yang berwarna kelabu, Masjdil Qibli dan Masjid Umar. Kami memuji para pengunjung yang memahami bahawa Masjidil Aqsa adalah keseluruhan struktur yang berada di dalam kotak merah itu, atau lebih dikenali sebagai Haram As-Syariff. Mari kita tatapi gambar tersebut, persaamaan dan perbezaan yang boleh didapati pada ketiga-tiga masjid tersebut. Agak menghairankan soalan-soalan yang begitu prihatin ini hanya berlaku kepada Masjidil Aqsa sahaja dan tidak timbul pula pada Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
Alhamdulillah, tuntutan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan, diiringi niat dan keinginan yang suci, persediaan yang benar dan mencukupi, perancangan yang rapi dengan menyertai kursus-kursus yang disediakan, serta ceramah-ceramah yang dihadiri membuatkan kita begitu mengenali Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
Berbekalkan usaha-usaha di atas, tidak timbul isu kita mengatakan hanya Kaabah itu sahaja adalah Masjidil Haram, kerana kita telah memahami dengan usaha kita bahawa keseluruhan kawasan dalam lingkungan merah (#2) adalah Masjidil Haram. Pada tahun ini kerajaan Arab Saudi akan melaksanakan projek naik taraf terbesar dalam sejarah. Dan sudah pasti ia masih dipanggil Masjidil Haram walaupun kawasannya semakin luas.
Kita lihat pula Masjidil Nabawi. Masjid Hijau itu tidak dikatakan sebagai Masjidil Nabawi kerana kita memahami bahawa keseluruhan kawasan dalam lingkungan merah (#3) adalah Masjidil Nabawi. Hakikatnya, Masjidil Nabawi telah mengalami beberapa fasa projek menaik taraf bermula daripada rumah Rasulalallah s.a.w dan masjid berhampiran rumah baginda sehingga struktur sekarang bagi menampung ahli jemaah yang lebih ramai sama seperti Masjidil Haram.
Alhamdulillah. Syukur, kita semua jelas berkenaan status fizikal Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Mari kita bandingkan dengan Masjidil Aqsa.
Mari kita lihat gambar (#1). Lingkungan merah tersebut adalah Masjidil Aqsa, sama seperti lingkungan kawasan bagi Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Mudah untuk difahami. Didalamnya terdapat 6 buah masjid atau surau yang dinamakan Masjid al-Qibli, Masjid al-Qadim, Musolla al-Marwani, Masjid al-Buroq, Masjid al-Maghribah, dan Masjid an-Nisa'. Kubah as-Sakhra juga merupakan tempat para sahabat pernah menunaikan solat, dan hakikatnya mereka pernah solat di seluruh kawasan tersebut.
Pertambahan bilangan struktur bangunan atau masjid itu berlaku kerana beberapa zaman pemerintahan oleh para sahabat, tetapi kemudian terhenti kerana Masjidil Aqsa ditawan semasa Perang Ramadhan 1967, iaitu hampir 19 tahun selepas negara haram Israel ditubuhkan.
Jika kita lihat wajah Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi ditambah baik untuk menampung kunjungan jemaah dari serata dunia, mengapa tidak perkara yang sama berlaku pada Masjidil Aqsa? Bukankah ia tempat yang suci juga? Sedarlah kita bahawa penaik tarafan Masjidil Aqsa tidak dilakukan seperti Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Jawapannya mudah, iaitu kerana rejim zionis tidak akan membiarkan perkara itu berlaku! Dan ummah sekarang hanya sibuk membincangkan istilah berbanding perjuangan!
Marilah kita beralih kepada usaha yang lebih besar, mengenali Masjidil Aqsa sepatutnya bukan isu lagi bagi rakyat Malaysia selepas ini, tetapi usaha untuk membebaskan Palestin daripada rejim Israel, itulah yang kita sama-sama harus perjuangkan!
Kepada yang bertanya lagi soalan yang sama, kami berharap anda membantu kami dengan 'copy paste' atau 'share' artikel ringkas ini di mana-mana ruangan komen. Sumbangan ini begitu besar, iaitu kita berjuang membetulkan kefahaman orang ramai. [Ph]
‪#‎aqsasyarif‬

 

Tiada ulasan: