Selasa, 13 Mei 2014

NI KETENTUAN ALLAH....BUKAN KEBETULAN...MANUSIA MERANCANG...MUKTAMAT DAN TAKDIR DARI ALLAH....SEDARLAH KITA MANUSIA JER IAITU MACAM MAKHLUK2 YANG LAIN...CUMA DIBERI SEDIKIT KELEBIHAN OLEH ALLAH SWT....JADI JANGAN BERLAGAKLAH...ALLAH MAHA BERKUASA

Gambar Pelik Di Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor
Posted on Monday, May 12 @ 18:43:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Kelihatan penyokong Muhammad Nabi Bux Bin Muhammad Nabi Sathar memegang sepanduk sebelum penamaan calon Prk Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang sebentar tadi.

Namun cuba perhatikan, rata-rata penyokong Muhammad Nabi Bux cuba mengelak di rakam gambarnya. Jikalau anda semua dipihak yang benar, apa perlu takut? Kecuali mereka-mereka ini ada agenda sebaliknya.


sumber


Seperti Dijangka Ahmad Said Keluar UMNO dan Parah lagi Adun Ajil juga Keluar UMNO!!

Selasa, 13 Mei 2014

Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman  telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Berita sebelum itu Datuk Seri Ahmad Said telah akur untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan perlantikan MB baru dan mengesahkan spekulasi sebelum ini.

Sebagaimana saya tulis sebelum ini orang kuat Ahmad Said telah "warning" Najib (sila baca di sini) jika 'Mat Said' diturunkan kemungkinan UMNO akan hilang Negeri Terengganu. Inilah NELANGnya Mat Said dan orang-orangnya.

Ahmad Said telah menunaikan apa yang disebut. Dia keluar UMNO jadi ADUN BEBAS pada hari yang sama dia meletak jawatan MB Terengganu. Malah bukan itu sahaja, tindakan ini diikuti oleh YB Ghazali Taib Adun Ajil (orang kanan Ahmad Said) keluar UMNO dan jadi ADUN BEBAS juga.

Ini menyebabkan kedudukan kerusi Terengganu sekarang ialah BN (15), PR/PAS (15) dan Bebas (2).

Kah kah kah. Punahlah Terengganu selepas ini.



Surat peletakkan jawatan dan keluar UMNO

Adakah akan ada undi tidak percaya kepada Menteri Besar baru dilantik  Datuk Ahmad Razif Abd Rahman selepas ini, kita akan lihat nanti.

Politik tidak menentu ini tidak mustahil akan ada lagi ADUN UMNO akan keluar parti menurut sumber yang saya perolehi. Siapa dia kita tunggu selepas ini!!!

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum telah diberitakan oleh akhbar mengadakan pertemuan dengan Adun BN. Tahukah berapa orang yang hadir dalam pertemuan tersebut??

Sampai 'Gharib' (petang) hanya 9 orang daripada 17 orang Adun BN/UMNO yang datang perjumpaan berkenaan. Puak penyokong Ahmad Said 8 tidak datang.

Tindakan awal "Puak Ahmad Said" untuk memberi tekanan kepada Najib ialah 2 daripadanya meletakkan jawatan supaya kedudukan seri 15-15 dengan 2 Bebas sedangkan 6 lagi daripada BN tersebut boleh melompat bila-bila masa jika tidak dilayan tuntutan mereka!

Orang Terengganu kata UMNO ni bukan pecah tapi "HANCUR LEBUR! PUNAH RANAH!"


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Krisis Umno T’ganu: Kerajaan BN negeri di hujung tanduk

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Hanya beberapa jam selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baru Terengganu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar Umno.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat yang diemelkan kepada AstroAWANI lewat malam tadi.
Langkah Ahmad Said dituruti seorang lagi Adun Umno, Ghazali Taib. Surat perletakan jawatan Adun Ajil itu dari semua jawatan parti dan seterusnya keluar Umno dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan turut diemelkan kepada AstroAWANI.
Salinan surat Ahmad dan Ghazali turut ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin bagi membuka ruang kepada Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar baru.
Ahmad Razif mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu dengan PAS menguasai 14 kerusi dan PKR (1).
Baki dua lagi kerusi disandang Ahmad dan Ghazali yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan Adun Kemasik dan Adun Bukit Besi juga gagal dihubungi mengakibatkan desas desus bertiup kencang bahawa mereka juga mungkin mengikuti jejak Ahmad dan Ghazali.
Perkembangan terbaru ini meletakkan kerajaan BN negeri seperti di hujung tanduk.
Jika dua Adun Bebas Terengganu ini menjadi ‘mesra Pakatan Rakyat’, besar kemungkinan episod yang  berlaku di Perak pada Februari 2009 berulang di Terengganu.
Dengan kes duluan yang berlaku di Perak yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP  menjadi ‘mesra BN’, apakah kita akan melihat perubahan kerajaan negeri dalam masa terdekat?

Beri peluang rakyat T'ganu pilih kerajaan stabil

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat Terengganu perlu diberikan mandat sepenuhnya bagi memilih sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) iaitu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib yang mengumumkan keluar dari parti itu menjadi Adun Bebas semalam.

"Pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua mereka menyebabkan Terengganu tidak mempunyai kerajaan yang majoriti, malah Menteri Besar yang baru dilantik tidak boleh memegang jawatan kerana tiada siapa pun yang berhak.

"Dalam keadaan krisis politik Terengganu yang teruk, adalah lebih baik kuasa diberikan sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang akan mereka pilih," jelas beliau.

Beliau turut meminta agar Ketua Pembangkang dan juga Ahmad memaklumkan kepada Speaker atas kedudukan kerusi Dun sekarang bagi membubarkan kerusi Dun dan memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.

"Kita dari Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri yang baru, bersedia untuk memberi kuasa kepada rakyat membuat pilihan.

"Atas sebab itu, saya berharap agar Ketua Pembangkang dan Adun Bebas boleh memaklumkan kepada Speaker tentang kedudukan kerusi serta sokongan yang ada sekarang.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera agar rakyat Terengganu tidak menjadi mangsa dan mendapat pembelaan dari kerajaan yang sah," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap agar pihak istana turut mengambil keputusan segera menggesa Speaker memaklumkan pembubaran Dun bagi menjaga nama baik Sultan Terengganu.

"Semalam pelantikan Menteri Besar yang baru, tetapi dalam keadaan yang sama negeri itu tidak ada kerajaan yang majoriti serta sah dari sudut perundangan, jadi pelantikan itu tidak sah.

"Bagi menjaga nama baik baginda Sultan serta istana dalam krisis politik ini adalah lebih baik Speaker bertindak segera memaklumkan pembubaran Dun," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Ahmad mengumumkan keluar parti pada Isnin bersama Adun Ajil selepas tempat beliau diganti oleh Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Dengan perkembangan terbaru ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi dari 32 kerusi Dun Terengganu selain 2 kerusi dari calon Bebas. - HARAKAHDAILY 13/5/2014

Tuesday, 13 May 2014

BEKAS MENTERI BESAR TERENGGANU AHMAD SAID KELUAR UMNO SEBAB BENGANG DENGAN NAJIB TIDAK BERI PENANGGUHAN SELEPAS KENDURI PERKAHWINAN ANAK PEREMPUANNYA PADA 17HB MEI 2014 INI.



Hanya enggan tangguh untuk selama 7 hari bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar UMNO.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar sudah selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya.


Betul ke.. Orang Mat Said Warning Najib?

Khamis, 8 Mei 2014

Pergolakan UMNO Terengganu kini makin parah dan kritikal. Orang-orang Datuk Seri Ahmad Said tidak puas hati dengan perkembangan terkini yang dilihat seolah-olah menekan MB untuk melepaskan jawatan MB.

Semalam The Star telah menyiarkan lagi berita yang kononnya proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

The Star menyebut dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Walau bagaimana pun disebelah Datuk Seri Ahmad Said perkara ini tidak dianggap terlalu serius kerana kedudukan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan Rakyat (PAS) yang memperoleh 15 kerusi.

Ini memberikan kelebihan kepada Datuk Seri Ahmad Said untuk menekan musuh politik dikalangan parti sendiri dengan ugutan keluar parti.

Malah Ahmad Said telah pun memperkukuhkan kedudukannya dalam UMNO Terengganu dengan pelbagai sokongan. Tak hairan kalau kita lihat banner dan kain rentang menyatakan sokongan ini telah terpapar dimerata tempat.

Malah Jabatan Penerangan Negeri juga digunakan untuk kempen kekal MB.

Baru-baru ini Ketua Umno Bahagian Marang yang telah mengambil ketetapan dalam satu retreat Umno Bahagian itu menyokong penuh Dato’ Seri Haji Ahmad Said selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Malah beberapa orang exco termasuk Nawi Haji Mohammad merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato’ Seri Haji Ahmad.


Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

Kalau dulu ada usaha-usaha membuat undi tidak percaya kepada beliau, Ahmad Said pernah berjumpa Dato' Harun Taib untuk membuat rundingan dan bila akhbar bertanyakan hal ini dia selamba menjawab datang untuk membeli kambing Ustaz Harun Taib. Takkan tak ada kambing UMNO!!!

Pihak kami dimaklumkan beberapa orang kuat DS Ahmad Said telah berjumpa dengan YB Ustaz Saiful Bahri Mamat untuk suatu rundingan Ustaz Saiful Bahri Mamat sekarang ini adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kebetulan adalah anak buah Ustaz Harun Taib paling kanan.

Anwar Ibrahim dan setpolnya Abdul Rahman (yang rosakkan hubungan PAS-PKR Terengganu) pernah menziarahi Ustaz Saiful semasa beliau sakit dulu dan pernah berkata dalam loghat utara "Anak buah Ustaz Harun tapi lebih keras  daripada Ustaz Harun"

Ada pihak bertanyakan Ustaz Saiful tentang perkara ini beliau menafikan wujud perjumpaan berkenaan dan berkata bersedia untuik berbincang dengan Ahmad Said jika dia berhasrat untuk berjumpa.

Datuk Seri Ahmad Said juga bermasalah sekarang ini dengan Sultan Terengganu, Pertabalan Sultan baru-baru ini tidak ada jemputan untuk Wakil Rakyat malah tiada pingat diberikan. Tiada majlis yang menunjukkan Sultan sudah tidak suka Mat Said. Mat Said hanya ada peluang dengan PR sahaja bagi mempertahankan kedudukannya.

Pihak kami difahamkan orang kuat Ahmad Said telah memberikan amaran jika perkara ini mengaibkan MB dan jawatan timbalan menteri seperti dijanjikan tidak ditunaikan DS Najib akan kehilangan Terengganu.

Betul ke Mat Said warning Najib melalui Orang kuatnya?? Kita nak lihat "Nelang Mat Said"
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Usia sendiri pun Umno berbohong

http://www.kedahlanie.info | .
Umno parti paling kuat berbohong, sampai usia mereka sendiri pun 1Malaysia dikencingnya..!!
 

http://www.jomubah.com/pru13/images/stories/umno_24_years.jpg
UMNO diharamkan pada tahun 1988
Yang ada sekarang ialah sebuah parti di diberi nama
"UMNO BARU"
http://www.jomubah.com/pru13/images/stories/umno_haram2.jpg
YANG NIE PALING BEST
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

MCA takut hilang deposit di Bukit Gelugor

http://greenboc.blogspot.com | .

MCA Tak Bertanding Di Bukit Gelugor

Beberapa jam selepas DAP mengumumkan Ramkarpal Singh sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerusi itu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan dilaporkan dalam SMS Sin Chew Daily sebagai berkata MCA tidak akan bertanding dalam PRK tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada isu hudud.

Akhbar itu melaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden di Ipoh hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam nahas jalan raya bulan lalu.

Anak ketiga, Ramkarpal, telah dipilih oleh DAP untuk mempertahankan kerusi itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon MCA Teh Beng Yeam tewas di tangan Karpal dengan majoriti besar sebanyak 42,778 undi.-mk



ULASAN GB

Alasan MCA tidak bertanding di dalam PRK Bukit Gelugor amat melucukan - mahu memberi tumpuan kepada isu hudud katanya.

Jika benar begitu, PRK Bukit Gelugorlah sepatutnya menjadi medan untuk mereka melakukannya. Tetapi mereka menjadi ia hanya sebagai ALASAN kerana takut diaibkan dengan kehilangan depoosit di Bukit Gelugor. BACA: PRK Bukit Gelugor 25 Mei, Peluang Untuk BN Hilang Deposit Cerah!

Dengan tindakan pengecut MCA itu, MCA wajar tidak diberikan peluang untuk sertai kabinet kerana MCA bukan lagi mewakili suara kaum Cina.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Di Pekan juga ada krisis air sekarang

http://gayapeneroka.blogspot.com | .
DI PEKAN PAHANG JUGA ADA KRISIS AIR SEKARANG INI
Isu air di Pekan rasanya dah lama berlaku tapi mengapa tidak ada tindakan jangka panjang dibuat




Flashmob yang mengundang kemarahan macai Umno

http://omakkau.blogspot.com/ | .
 FLASHMOB YANG MENGUNDANG KEMARAHAN MACAI-MACAI UMNO .... BANTAH KENAIKAN CUKAI PINTU UNTUK WARGA TERENGGANU.

Macai-macai Umno mermang terkenal seantaro dunia tidak suka jika membuat bantahan isu yang membebankan rakyat...

TARIKH: 8 MEI 2014
TEMPAT: DI DEPAN BANGUNAN Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
MASA: 5 PETANG

Pada 8 Mei 2014, satu program kempen membantah kenaikan harga cukai pintu di hadapan bangunan MBKT berlangsung dengan aman dan jayanya. Tahniah dan terima kasih tak terhingga kepada pejuang2 rakyat dari kalangan NGO2 dan parti2 politik serta juga orang persendirian yang sabar berdiri sambil mengajak rakyat lebih celik dan prihatin.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily

Tiada ulasan: