Jumaat, 30 Mei 2014

BERPARTI AKAL PENDEK....TERGESA2....TAK BERAKAL PANJANG....KURANG BERGANTUNG PADA ALLAH SWT

Tak sampai sebulan jadi MB, 50 Pegawai Tadbir Negeri Ditukar!!
Posted on Thursday, May 29 @ 23:01:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menteri besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said. Team UMNO baru Terengganu membuat proses "pemutihan" team Ahmad Said dalam Kerajaan Negeri.

Seramai 50 Pegawai Tadbir Negeri  akan ditukar berkuat kuasa 2 Jun ini mengikut sumber daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Mengikut sumber berkenaan lagi "PEMUTIHAN" juga akan di lakukan untuk setiap UMNO Bahagian untuk memastikan 'orang-orang Ahmad Said' disingkir dan dimatikan terus untuk memastikan mereka tidak boleh bangkit terus.

Ada juga sumber menyebut pemutihan ini adalah mendapat restu daripada UMNO Pusat untuk mematikan hanya satu team sahaja UMNO di Terengganu.

Kesian Ahmad Said selepas ini akan dijadikan Bahan Makanan Zoo Terengganu!!

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
 Selepas cuba lompat parit, Ahmad Maslan letak kesalahan kepada MIC
Posted on Friday, May 30 @ 11:51:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Datuk Ahmad Maslan meletakkan kesalahan kepada MIC berhubung isu 150 ahli DAP yang dikatakan mahu lompat parti masuk ke Barisan Nasional (BN) setelah beliau sendiri Rabu lalu cuba melompat parit untuk mengelak disoal media.

Ketua penerangan Umno itu berkata, hanya MIC sahaja yang tahu kejadian sebenar dalam majlis itu sambil menyifatkan ia bukanlah isu besar dalam pilihan raya kecil (PRK) di Teluk Intan.

“Itu diatur MIC yang menjaga tempat itu. Mereka tentunya ada fakta tertentu mengapa mereka mengadakan majlis tersebut. Mereka tahu cerita.

“Kalau pun sebahagian bukan ahli, sebahagian yang lain adalah penyokong pembangkang sebelum ini,” katanya ketika ditemui media malam tadi selepas menemui pengundi di sekitar kawasan Menara Condong, Teluk intan.

Ahmad pada Selasa merasmikan satu majlis di mana BN mendakwa 150 ahli DAP menolak parti dan mahu menyokong parti pemerintah.

Bagaimanapun, majlis itu tidak berjalan sebagaimana yang dirancang apabila media yang ingin membuktikan dakwaan itu mendapati tidak semua 150 individu itu adalah bekas ahli DAP.

Seorang wanita yang pada awalnya bergambar dengan Ahmad sambil memegang bendera BN mendakwa dia dipaksa ke majlis itu dan tidak pernah meninggalkan DAP.

Sebahagian daripada mereka pula mendakwa menjadi ahli dan penyokong BN sejak sekian lama.

Ketika ditemui malam tadi, Ahmad masih menganggap isu tersebut bukan isu besar dan pengundi di Teluk Intan perlu memberi fokus kepada PRK.

“Saya tak nampak MIC silap dalam percaturan melakukan program itu. Ia tak jadi isu besar. Mungkin ada seorang, dua sebab ramai malam itu.

“Maklumlah sekarang macam-macam boleh jadi. Itu tak jadi hal sangat. Pada saya keutamaannya adalah membangunkan Teluk Intan. Itu perkara pokok dalam PRK ini. Bukan perkara sampingan seperti itu,” katanya.

Mohon maaf

Dalam perkembangan lain, Ahmad diminta mengulas mengenai desakan dua badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menteri Kabinet segera menghentikan serangan seksis kepada calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Beliau yang juga timbalan menteri kewangan memohon maaf bagi pihak Kabinet namun masih melihat ia sebagai satu jenaka ringan.

“Saya tidak lihat ia isu utama di sini. Minta maaf jika ada perkara yang seumpama itu berlaku. Tetapi pada saya dalam ucapan itu lebih kepada jenaka ringan.

“Bukan tujuan mereka menyatakan perkara berkaitan,” katanya.

Persatuan Wanita untuk Wanita Perak (PWW) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor pada Selasa mengecam kenyataan menteri Kabinet yang terus menjadikan gender sebagai modal menyerang Dyana Sofya.

Dua NGO itu mendesak menteri Kabinet menghentikan serangan berbentuk seksis kepada Dyana Sofya sebaliknya memfokuskan kepada isu kempen pilihan raya.

"Ia kenyataan daripada menteri Persekutuan. Bagaimana kita berharap lebih wanita menunjukkan kebolehan mereka dalam politik jika dikritik berdasarkan gender.

"Kenyataan menteri melihatkan beliau menitikberatkan kecantikan Dyana. Tiada yang melihat kita sekarang ketandusan pemimpin. Mereka tidak menunjukkan keyakinan terhadap Dyana," kata Naib Presiden PWW, Sumathi Sivamany pada satu sidang media di Teluk Intan.


Tarik balik Umno celaka


Dalam ceramah Ahmad malam tadi di hadapan kira-kira 70 penduduk Teluk Intan, beliau mengulangi gesaannya agar Adun Seri Delima daripada DAP, RSN Rayer menarik semula kenyataannya mengatakan Umno celaka.

Katanya, jika Umno celaka, parti Melayu tidak akan mampu memerdekakan negara dan menjadi pemimpin kepada parti komponen dalam BN.

“Saya nak beritahu Adun DAP yang menuduh Umno celaka. Di hadapan ini ada parti komponen, jika Umno celaka, Malaysia belum merdeka pada saat dan ketika ini. Umno bukan parti celaka.

“Presiden Umno enam orang silih berganti. Ketua DAP seorang, tak ganti-ganti. Presiden Umno jadi perdana menteri kepada orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Itu dia presiden Umno.

“Kalau Umno celaka, ia tidak mengeluarkan presiden yang baik menjadi perdana menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita minta Rayer minta maaf dan tarik balik kenyataan,” katanya yang turut disambut sorakan hadirin.

Ahmad berkata, Umno tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada parti pembangkang, maka DAP perlu menasihatkan Rayer supaya menarik balik kenyataan itu.

“Kita tidak kata DAP, PKR dan PAS begitu rupa. Namun jangan cuba menjolok sarang tebuan. Orang Melayu ini boleh bertolak ansur tetapi jangan tolak orang Melayu beransur-ansur.

“Itu saya nak beritahu ketua kempen di kawasan ini, Lim Kit Siang. Beritahu Adun kamu. Minta maaf dan tarik balik. Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang. Tolong beritahu Adun kamu. Minta maaf dan tarik balik. Setuju tuan-tuan dan puan-puan?” soalnya kepada hadirin yang hadir. – 30 Mei, 2014.

sumber
 
Polis, JPJ tetap teruskan operasi buru cermin gelap
Posted on Thursday, May 29 @ 14:36:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menafikan laporan kononnya pihak berkuasa akan menghentikan operasi terhadap pemilik kenderaan bercermin gelap.

Katanya, operasi yang diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu tidak dihentikan malah tetap diteruskan dan akan bermula 16 Jun ini.

"Saya ingin jelaskan bahawa operasi masih diteruskan dan ia akan dilakukan di seluruh negara.

"Kami akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap ini," katanya. Sehubungan itu katanya, pemilik kenderaan terbabit mempunyai masa sehingga 15 Jun ini untuk membuat ubahsuai.

Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad mendakwa operasi pemeriksaan cermin gelap tidak akan diadakan secara besar-besaran. - HARAKAHDAILY 29/5/2014


 Raja Nazrin dimasyhur sebagai Sultan Perak
Posted on Thursday, May 29 @ 15:50:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUALA KANGSAR - Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baharu menggantikan Almarhum Ayahandanya, Sultan Azlan Shah.
Pemasyhurhan itu diumumkan sebentar tadi oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini.


Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 bagi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat jam 1.30 petang tadi.

Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.
  Isu DNA babi: Peruncit boikot Kraft Food
Posted on Thursday, May 29 @ 14:34:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) mengumumkan, 800 anggotanya akan menghentikan jualan produk keluaran syarikat multinasional Kraft Food Group ekoran penemuan DNA babi dalam salah satu produknya.

Jurucakap pertubuhan itu, Bazeer Ahmad berkata, kempen dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu merupakan protes ke atas syarikat bawah Kraft Food, yang didakwa tidak jujur dalam pengeluaran produk halal.



Menurutnya, ia juga sebagai tanda bantahan kerana pengeluar produk tersebut bukan sahaja melanggar sensitiviti umat Islam, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd dikesan mengandungi DNA babi.

MALAYSIAKINI

Kumpul Cadbury yang ada DNA Babi suruh Dr Abdul Shukor makan!
Posted on Friday, May 30 @ 11:10:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Katanya lagi "Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

Saya tak nak ulas panjang pasal perkara ini sebab ini adalah kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang arif tentang agama Islam!!!!!!

Saya hanya minta persatuan & NGO Islam kumpul coklat Cadbury yang ada DNA BABI tu suruh Pengerusi dan Ahli Majlis Fatwa MAKAN!!!

Lagi baik bagi makan semua anak beranak Dr Abdul Syukor.. Tak apa Ummum al-Balwa!!!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Bayaran cukai tanah di Rembau perlu ditangguh agar orang kampung tidak teraniaya
Posted on Friday, May 30 @ 11:06:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Di Negeri Sembilan cukai tanah perlu dibayar sebelum 1 Jun 2014, jika tidak pemilik tanah akan didenda. Semalam 29 Mei 2014 kakak saya ke Pejabat Tanah Rembau untuk membayar cukai tanah kerana bil cukai tanah untuk 3 lot tanah telah tidak diterima. Apabila kakak saya ke sana, Pejabat Tanah Rembau, bil semasa cukai tanah tidak dapat semak, mungkin sistem komputernya masih belum dapat dibaiki akibat kebakaran besar bangunan Pejabat Daerah Rembau pada Februari 2014 yang lalu.

Lalu kakak saya diminta untuk pergi ke Pejabat Tanah Seremban untuk menyemak, mendapatkan bil cukai tanah dan membayar cukai tanah di Seremban.

Mungkin ramai lagi pemilik tanah di Rembau tidak sedar akan perkara serta mengalami masalah yang sama jika mereka tidak mendapat bil cukai tanah tahun 2014 dan tidak semena-mena akan didenda.

Saya harapkan agar Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan memberi kelonggaran kepada pemilik-pemilik tanah di Rembau yang belum lagi membayar cukai tanah dengan menangguhkan tarikh denda lewat bayar cukai tanah sehingga sistem komputer di Pejabat Tanah Rembau beroperasi sepenuhnya."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Friday, May 30 @ 11:06:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
 


 Askar ditembak di Lahad Datu angkara pertengkaran mengenai minuman
Posted on Friday, May 30 @ 11:01:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Menurut laporan akhbar NST, anggota tentera yang ditembak oleh rakannya di Lahad Datu berpunca apabila berlaku pertengkaran antara sekumpulan 4 orang tentera yang ingin masuk ke “Pub” membawa minuman mereka sendiri tetapi dihalang oleh “Bouncer”. Tak dinyatakan pula minuman apa yang dibawa dan “Pub” tersebut tempat apa.

Soldier shot dead after scuffle over drinks
30 May 2014

LAHAD DATU: An argument over drinks at a pub led to the death of an army commando who was shot after a scuffle outside a 24-hour shop here in the wee hours of Wednesday.

Lance Corporal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, was shot dead, while two bouncers, foreigners aged 31 and 38, were injured after being shot.

Sabah Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Omar Mammah yesterday said: "The suspects were at the scene where the scuffle broke out between two groups. A firearm and several items were recovered."

Omar said the argument was over a request by a group of four soldiers, who wanted to bring their own drinks into the pub.

"A bouncer stopped them from doing so, which may have started the argument at the pub, located above the 24-hour shop."

Komando maut, 2 cedera terkena tembakan

KOTA KINABALU
28 Mei - Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Muhamad Fiffixzafey Mat Hussin, 28, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, cedera di bahagian kiri dadanya sebelum meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kedua-dua orang awam yang cedera itu berusia 31 dan 38 tahun serta bekerja sebagai penjaga kelab malam.

Hamza berkata, semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) di daerah berkenaan.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Friday, May 30 @ 11:01:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Ping di Lautan Hindi bukan dari MH370 - JACC
Posted on Thursday, May 29 @ 14:37:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Empat isyarat akustik atau ping yang dikesan di kawasan mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi sebelum ini disimpulkan bukan datang dari kotak hitam pesawat MH370.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas perkiraan profesional agensi penyelaras Australia.

Ianya sekaligus memberi maksud bahawa pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu bukan hilang dikawasan pencarian tersebut.

“Kita boleh simpulkan kawasan itu (ping dikesan) bukan kawasan dimana pesawat MH370 hilang”, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Perkara itu turut disahkan pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) kepada CNN.

Timbalan Pengarah Tentera Laut AS bahagian kejuruteraan laut, Michael Dean berkata, terdapat persetujuan ia daripada buatan manusia yang tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

Dean berkata, jika ping datang daripada perakam berkenaan, pasukan pencari akan menjumpainya.

“Teori terbaik kami pada ketika ini adalah (ping) mungkin beberapa bunyi yang dihasilkan oleh kapal atau dalam sektor elektronik daripada Pinger Pencari yang ditunda," katanya.

Peswat MH370 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.

Selepas beberapa minggu pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - HARAKAHDAILY 29/5/2014  


 PRK Teluk Intan: Gerak kerja PAS capai tahap 80%
Posted on Thursday, May 29 @ 14:38:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



TELUK INTAN: Gerak kerja daripada jentera PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah mencapai tahap yang sangat memuaskan iaitu 80 peratus.

Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, jentera di semua peringkat yang diarah daripada seluruh negara telah memberikan komitmen yang tinggi untuk turun membantu kempen walaupun PAS tidak bertanding disitu.

Menurutnya, jentera dan operasi di peringkat induk serta seluruh Unit Peti Undi (UPU) beroperasi dengan baik dan segala perancangan program berjaya dilaksanakan dengan baik.

"Baki dua hari yang akan datang ini saya yakin akan dapat melebihi daripada gerak kerja sekarang untuk memastikan kemenangan terhadap calon DAP," katanya ketika ditemui Harakahdaily di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, dekat sini, semalam.

Naib Presiden PAS itu menyatakan, dalam pilihan raya ini PAS telah merancang pendekatan inklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar.

Selain itu, PAS katanya mempergiatkan program-program seperti ziarah, santuni rakyat, dan ceramah kelompok dalam baki tempoh kempen ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada DAP.

Bagaimanapun, ujarnya PAS menangguhkan aktiviti kempen semalam sebagai menghormati kemangkatan Sultan Azlan Shah yang akan dimakamkan selepas solat Asar nanti.

"PAS ambil perhatian kepada pengundi sasaran, kelompok tegar BN tidak lagi menjadi kumpulan sasaran kami.

"Kami akan berusaha sedaya mungkin, sekurang-kurangnya mengekalkan sokongan orang Melayu kepada DAP," ujarnya.

Beliau menjelaskan, Umno sangat mengharapkan penyokong PAS tidak menyokong dan memberi undi kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan angan-angan semua undi mereka itu akan pergi kepada BN.

Namun, jelas beliau pengharapan Umno itu hanya angan-angan apabila ahli dan penyokong PAS konsisten untuk menyokong serta memberi undi kepada Dyana 31 Mei nanti. - HARAKAHDAILY 29/5/2014


 

Tiada ulasan: