Isnin, 12 Mei 2014

KALAU BERPECAH TIADA PARTI YANG JAGUH....MASING2 ADA PENGUNDI DAN PENYOKONG....BERPECAH.....MAKA BALIK SEMULA MACAM ASAL....JADI MASING2 JANGAN MENDEBIK DADA LAH

PAS setia bersama PR walau musuh cetus keretakan

MOHD SABRI SAID | .

GEORGE TOWN: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru PAS seluruh negara menghantar jentera membantu calon DAP mulai hari penamaan calon sehingga hari pengundian.

Presiden PAS itu berkata, jentera parti perlu bergerak aktif seolah-olah PAS bertanding dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

"Kita tetap setia bersama Pakatan Rakyat walaupun isu keretakan sengaja dibangkitkan oleh musuh kita. Hari ini semua isu itu dah hilang.

"Kita kena ubah pemikiran politik demi masa depan negara," ujarnya ketika berucap merasmikan Markas Induk Pilihan raya Kecil Bukit Gelugor di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Sungai Gelugor malam tadi.

Katanya, kerjasama antara PAS dan DAP bukan baru tetapi telah lama sejak berjuang menentang Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA).

Jelasnya lagi, apabila Umno gagal rampas Kelantan pada 1978, mereka membentang Rang Undang-Undang Darurat dengan niat mencetuskan  perbalahan tetapi Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh ketika itu bangun menentang dan membangkang undang-undang  tersebut.

Itulah katanya, titik persamaan antara PAS dan DAP sejak dahulu sebelum adanya Pakatan Rakyat.

"Hasilnya kemesraan terjalin walaupun berlainan pandangan," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya lagi, kerjasama yang PAS laksanakan bukan baru sebaliknya telah diajar oleh Rasullulah s.a.w.

Tegasnya, konsep adil untuk semua menjadi amalan sebuah Kerajaan Islam yang tidak menganiaya semua masyarakat. - HARAKAHDAILY 12/5/2014

Hasrat Umno lihat kesepakatan Pakatan berpecah berkecai

http://omakkau.blogspot.com/ | .
 
Pagi petang siang malam sejak kebelakangan ini isu hudud cuba ditiup dan dimainkan oleh para pemimpin Umno dengan tujuan tidak lain tidak bukan kesepakatan Pakatan Rakyat pecah.

Nampaknya hasrat kotor dan jahat Umno mau memerangkap Pakatan Rakyat itu telah dapat dihidu oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sebagai mainan politik adu domba bukannya ikhlas untuk melaksanakannya.

Hari ini di hari penamaan calon PRK Bukit Gelugor menyaksikan betapa lagi diadu domba lagi kuat teguh kesatuan dan keakraban Pakatan Rakyat.

Dato' Seri Presiden PAS TGHA, Datuk Seri Presiden KeADILAN Kak Wan, Dato' Menteri Besar Selangor TSKI Ketua Menteri Pulau Pinang LGE dan Ahli Parlimen Gelang Patah LKS dan beberapa pemimpin tertinggi PAS/PKR/DAP turut kelihatan mengiringi calon DAP Sdr Ramkarpal Singh Deo ke pusat penamaan calon PRK Bukit Gelugor pagi ini.

Dari raut wajah mereka amat jelas sekali isu hudud yang digendang kencang oleh Umno/BN langsung tidak memberi sedikit kesan pun kepada ikatan mesra dan kepercayaan di kalangan komponen Pakatan Rakyat.

Kes Presiden PAS, timbalan saman Mashitah selesai

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Dua kes saman yang melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Mohamad Sabu terhadap Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan dua lagi berhubung penyiaran artikel dalam kolum 'Langit Terbuka' akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac 2012, hari ini diselesaikan secara baik.
  
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam merekodkan penghakiman persetujuan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Hadi dan Mohamad Sabu serta peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay yang mewakili Mashitah.

Mohamed Hanipa yang memaklumkan perkara itu kepada pemberita bagaimanapun enggan mendedahkan terma-terma penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak.

Kedua-dua kes itu dijadualkan dibicara secara serentak hari ini.

Dalam kes saman pertama yang difailkan Abdul Hadi pada 18 Sept 2012,  menamakan Mashitah defendan pertama manakala penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan Ultimate Print Sdn Bhd masing-masing defendan kedua dan ketiga.  

Dalam pernyataan tuntutan Abdul Hadi antaranya mendakwa defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga.

Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan, plaintif seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti.

Dalam kes kedua yang difailkan pada 25 Sept 2012, Mohamad menyaman Mashitah berhubung penyiaran artikel yang sama.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad menyatakan kata-kata fitnah itu antaranya menggambarkan beliau telah mendedahkan auratnya di hadapan seorang perempuan yang bukan mahram, melakukan perbuatan yang jijik, tidak bermoral dan pemimpin Islam yang rendah akhlaknya. - Bernama

Siapakah calon Bebas mesra BN di Bukit Gelugor?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menjadi calon Bebas mesra BN bukan saja membuatkan calon itu berkempen seolah-olah mewakili BN, bahkan mungkin mendapat bantuan kewangan dan pemimpin-pemimpin parti itu akan turut berkempen sama.

"Soalnya siapakah calon Bebas mesra BN itu?" tulis Shahbudin Husin di dalam blognya sebagai respons kepada calon-calon yang bertanding pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

DAP yang meletakkan Ramkarpal Singh sebagai calon mendapat sokongan sepenuhnya daripada parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tiga calon Bebas yang turut bertanding ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohamad Jan.

"Mungkinkah Mohamad Nabi Bux merupakan calon mesra BN itu?

"Atau ianya adalah Huan Cheng Guan daripada PCM itu? Atau barangkali Abu Backer?" tanya Shahbudin.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.  

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon hari ini dan hari mengundi pada 21 Mei ini.  

Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memungut 14,061 undi. - HARAKAHDAILY 12/5/2014

Baca lagi

Kisah Sharifah Aini dijangkiti H1N1

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang ke majlis anda dan ke rumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak," tulis penyanyi lagenda, Datuk Sharifah Aini menerusi facebooknya, Jumaat lepas.

Menurutnya, apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita lakukan untuk diri kita, takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecil kan hati orang lain dan dikatakan sombong.

Berikut tulisan penuh beliau.

AsSalam Keluarga FB yang diRindui – diKasihi &
diRahmati ALLAH hingga akhir hayat….Selamat bertemu kembali.

SILA SHARE: Apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita laku kan untuk diri kita….takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecil kan hati orang lain dan dikatakan Sombong…Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang kemajlis anda dan kerumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak……apa yang berlaku di rumah saya ingin saya kongsi bersama anda supaya menjadi pengajaran dan lebih berhati2…Baca lah tulisan ini dengan dada yang lapang dan jangan berburuk sangka dengan saya.

Hari ini saya kembali untuk berkongsi pengalaman selama 5 bulan. Saya tidak langsung duduk di hadapan computer saya kerana saya terlantar sakit dan hanya dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat2 yang paling rapat.

Surau di rumah saya sentiasa dimanafaat kan dengan majlis ilmu – Solat Jemaah – Majlis membaca alQuraan dan khatam selama 3 malam berturut-turut dari bermacam macam sekolah anak2 Tahfiz…pendek kan cerita surau itu digunakan dengan sebaik nya.

Disini bermula bila majlis khatam alQuraan 3 malam diadakan…Bila kawan yang kita jemput membawa kawan2 mereka yang saya tidak kenal kerana ingin bertemu Sharifah Aini…. wanita yang saya tidak kenali ini batuk dengan teruk di depan muka saya dan dia memeluk saya & mencium pipi saya…di malam pertama..dalam hati saya berdetik, siaplah ubat batuk…

Malam esok wanita ini datang lagi dan bunyi batuk nya menakut kan juga semakin teruk & dia peluk saya lagi…malam ketiga bunyi batuk nya menakut kan lagi dia masuk ke dapur dan memeluk saya….setiap kali dia memeluk saya….tangan saya berpeluh…dan dia tidak segan berjalan bebas di rumah saya…memeluk bibik2 saya…hanya selepas itu saya difaham kan dia baru balik bercuti dari China & Hong Kong.….juga malam kedua dan ketiga majlis bacaan & khatam alQuraan saya dah mula dengar batuk dari anak-anak Tahfiz yang saya tidak dengar di malam pertama………Sepatut nya saya memberitahu Wanita yang batuk itu jangan datang lagi ke rumah saya di malam kedua dan ketiga…..Tunggu saja lepas baik sakit dan dia tidak batuk lagi….sila lah datang.

Malam lepas majlis seperti biasa kami sekeluarga mengemas dapur – Surau dan tapi saya dah mula demam panas - batuk dan sengal satu badan…Bibik saya sudah demam dan begitu cepat tak boleh bangun langsung…adik saya batuk dan demam - kami satu rumah pergi ke hospital di malam yang sama menjalani ujian darah malam tu juga……..Kami diberitahu kami semua dijangkiti H1N1 – INFLUANZA & PNEUMONIA (Radang Paru-Paru) selepas itu saya pula terlantar di hospital selama 28 hari dan duduk di bilik yang diasing kan dengan pesakit yang lain.

Di tahun 2012 saya diuji ALLAH dengan penyakit Jangkitan kuman di paru-paru…saya berada di hospital selama sebulan dan hospital menjadi rumah no 2 saya… Keluar masuk hospital….saya masih belum sihat sepenuh nya...baru 90% sembuh.

Saudara yang diRahmati ALLAH….berhati2 bila membuat majlis di rumah….kita tak tahu siapa yang masuk ke rumah kita…terutama nya yang ada anak2 kecil dan ramai ahli keluarga di rumah…lagi satu, kegemaran Memeluk dan bercium pipi orang yang kita tidak kenali sebenar nya tidak digalak kan…kerana kita tidak tahu sejarah kesihatan peribadi mereka. Wallahi bukan niat saya untuk menghina…tapi lebih kepada sifat berhati-hati….Alhamdulillah walaupun saya redho dengan apa yang berlaku tapi saya mahu anda semua lebih berhati2.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.
Jazakumullahu khayran.

Hudud: Ikram syor beri masa kepada JK Teknikal

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan bertepatan dengan kehendak syariah, mencari pendekatan yang terbaik dan mengelak ianya dari dipolitikkan.

"Ikram bersedia menawarkan segala kepakarannya bagi menjayakan usaha ini," ujar Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad kepada Harakahdaily.

Justeru, Ikram juga mengalu-alukan keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Persendirian pada Persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

Ini, ujarnya memberi masa yang lebih kepada Jawatankuasa Teknikal dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.

Ikram, jelas beliau akan menggerakkan ahlinya dalam memberi penerangan mengenai keindahan syariat Islam serta terus iltizam dalam usaha ke arah penegakan syariat Islam yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Islam sebagai ad-deen adalah satu sistem kehidupan yang lengkap.  Ia merangkumi semua persoalan kehidupan manusia sama ada individu atau masyarakat yang akhirnya membawa kepada kehidupan akhirat.

Keindahan undang-undang dan syariat Islam tidak dapat dilihat dan dinikmati sepenuhnya melainkan ia dilaksanakan seluruhnya.  Islam tidak boleh dilihat dari satu aspek semata-mata.  Islam bukan sekadar akidah.  Islam juga bukan hanya ibadah tetapi juga akhlak. Islam bukan setakat mengurus persoalan kekeluargaan tetapi juga kemasyarakatan.  Islam bukan terbatas kepada isu kewangan atau perbankan malah merangkumi isu keadilan sosial dan memerangi penindasan serta kezaliman.

Pelaksanaan syariat Islam termasuk melaksanakan hukuman hudud, menuntut beberapa fasa dan tindakan demi menjamin keadilan dan kesejahteraan semua.

Pertama: Masyarakat perlu diberi penjelasan agar memahami falsafah dan tujuan sebenarnya sistem jenayah syariah;

Kedua: Pemerintah perlu memastikan kebajikan rakyat didahulukan sehingga rakyat tidak terdorong melakukan jenayah atau maksiat;

Ketiga: Pemerintah perlu memastikan segala usaha atau dorongan ke arah maksiat dikurangkan;

Keempat: Pemerintah perlu berusaha agar unsur-unsur yang mempamerkan keindahan Islam turut dilaksanakan seperti sistem ekonomi yang adil dan tidak menindas, ketelusan, tadbir urus yang baik, pertanggungjawaban dan kebebasan bersuara.

Adalah menjadi kewajipan serta tanggungjawab pemerintah memastikan masyarakat tidak melakukan jenayah atas sebab tekanan atau terpaksa.  Hukuman sepatutnya disasarkan kepada mereka yang sengaja melakukan jenayah.  Bagi orang Islam, melaksanakan hukum seperti yang ditetapkan di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. adalah tuntutan agama.

Enakmen Kanun Kesalahan Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Maka adalah wajar orang Islam diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab ini.  Ia meliputi hukum qisas, hudud dan takzir.  Enakmen ini hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menyokong usaha ke arah perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Pelaksanaan enakmen ini sebaiknya hendaklah melalui semua fasa yang dinyatakan di atas.

Ikram mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan enakmen ini bertepatan dengan kehendak syariah, mencari pendekatan yang terbaik dan mengelak ianya dari dipolitikkan. Ikram bersedia menawarkan segala kepakarannya bagi menjayakan usaha ini.

Ikram juga mengalu-alukan keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Persendirian pada Persidangan Dewan Rakyat bulan Jun 2014.  Ini memberi masa yang lebih kepada Jawatankuasa Teknikal dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.

Ikram akan menggerakkan ahlinya dalam memberi penerangan mengenai keindahan syariat Islam serta terus iltizam dalam usaha ke arah penegakan syariat Islam yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.

Ikram menyeru semua lapisan masyarakat agar bersikap positif dalam menghadapi apa jua isu dan saling bantu membantu untuk memastikan Malaysia terus aman, maju dan makmur.

Tiada ulasan: