Jumaat, 9 Mei 2014

MUDA COMEL KENYAL....TUA KEREPOT MATI....ITU PUN JIKA SEMPAT TUA....MORAL INGATLAH PENCIPTA JANGAN BUAT MAKSIAT....BERHENTILAH DARI BUAT MAKSIAT

Mantan Model Majalah PlayBoy Jadi Pengemis
Posted on Thursday, May 08 @ 23:21:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Mungkin di pikiran anda menjadi seorang model terkenal atau pun mantan model dari majalah majalah terkenal itu memiliki kehidupan yang mapan dengan segala kebutuhan tercukupi, ya memang benar seperti demikian hampir sebagian dari model atau pun mantan model tersebut memiliki kehidupan yang serba tercukupi, uang banyak dan memiliki popularitas tinggi di kalangan masyarakat tentunya

Namun hal Berbeda terjadi kepada Christa McKenna yap seorang mantan model majalah yang sangat terkenal di negara negara eropa dan amerika majalah playboy dan bintang di acara acara tv pada tahun 1970an ini kini hanya bisa hidup dari belas kasih orang lain yang rela memberi ia sedikit uang untuk dirinya.

Memang terlihat sangat ironis dari seorang model majalah yang terkenal kini hanya menjadi seorang pengemis di jalanan st wealthy amerika sana

Seperti yang di kutip dari viva.co.id. christa mampu mengumpulkan sekitar 7 dollar dalam sehari dia mengemis, memang sungguh tragis nasib yang menimpa mantan model playboy ini, seiring berputarnya roda kehidupan membuat siapa saja bisa berubah atas kekuasaan sang pencipta seperti yang menimpa Christa Mckenna ini , dari kehidupan yang serba tercukupi namun kini berubah harus berjuang keras untuk mencukupi kebutuhan hidupnya.

Sumber : mlive.com

..x0x..
 
 Ahli tinju yang pernah kalahkan Tyson ini Masuk Islam ketika dengar Azan
Posted on Thursday, May 08 @ 23:05:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Mungkin tidak ramai yang mengenali Danny Williams di atas arena tinju. Namun, lelaki kelahiran Kota London tanggal 13 Julai 1973 ini pernah mengalahkan Mike Tyson pada 31 Julai 2004. Ketika itu, Williams yang tidak diunggulkan memukul KO Mike Tyson, sang legenda tinju dunia pada pusingan keempat.

Padahal, dalam pertandingan yang diadakan di Freedom Hall State Fairground, Louisville, Kentucky, Williams tidak diunggulkan. Sementara itu, ramai pihak yang mengunggulkan si 'Leher Pejal'. Namun, kenyataan yang terjadi sebaliknya. Tyson, yang sempat mendominasi pembukaan dua pusingan dalam pertandingan comeback-nya ke dunia tinju, secara mengejut berjaya dikalahkan di pusingan ke-4.

Tidak ramai orang awam yang mengetahui bahawa Williams adalah seorang Muslim, seperti halnya Tyson. Sebelum memeluk Islam, Williams adalah seorang penganut Kristian yang taat. Minat peninju berasal United Kingdom ini terhadap Islam bermula semasa dia sedang menjalani percutian di Turki tahun 2000. Ketika berada di Turki ini, Williams mendengar suara azan. "Aku meremang bulu roma ketika mendengar suara azan tersebut," ujarnya kepada pejabat berita BBC.

William mengakui bahawa cabaran paling sukar baginya adalah semasa mesti bertanding pada bulan Ramadhan. Kerana tinju dikenali sebagai salah satu cabang sukan yang syarat dengan kekerasan fizikal, seperti memukul orang. Padahal, ungkap Williams, para penganutnya dilarang melakukan hal tersebut apalagi semasa bulan Ramadhan. Hal itu diakuinya kerap menimbulkan pertentangan di dalam batinnya.

Pengalaman bertanding semasa bulan Ramadhan pernah dia alami di tahun 2006 lalu. Kala itu Williams dijadualkan akan bertanding melawan Matt Skelton pada Julai 2006.

Dalam perlawanan tersebut, Williams mengalami kekalahan pada pusingan ke-3 dan kecederaan serius pada bahagian hidungnya. Namun, diakui Williams, dirinya tidak pernah menyesali kekalahan tersebut. Baginya, mampu menjalankan ibadah puasa dengan baik dan sempurna jauh lebih penting daripada kemenangan semasa bertinju.

Williams menambah, dalam bulan puasa, Allah melarang umatnya untuk mencaci, memukul, dan lain sebagainya kerana hal itu boleh menjejaskan pahala puasa. "Sebagai Muslim yang baik, tentunya di saat Ramadhan mesti melakukan hal-hal yang baik. Tidak ada memukul, berdebat dengan orang, intinya anda mesti dalam keadaan bersih dari perbuatan tercela seboleh mungkin, "ungkap Williams, seperti seorang pendakwah.

"Aku menyedari betul bahawa pada satu detik aku mesti memutuskan apakah akan tetap menjalankan profesi sebagai peninju yang kerap bertentangan dengan ajaran Islam atau mesti keluar dari sukan ini."

Walaupun sukar, pada pertengahan tahun 2010, Williams memutuskan untuk berhenti dari dunia tinju yang sudah diceburinya selama 15 tahun lebih. Pertarungan melawan Derek Chisora ​​pada 15 Mei 2010 adalah menjadi perlawanan terakhir yang dilakoni Williams di dunia yang telah membesarkan namanya.

Sebelum perlawanan, kepada akhbar Williams mendedahkan bahawa pertarungannya dengan Chisora ​​kemungkinan akan menjadi penampilannya yang terakhir di atas gelanggang, sama ada keputusannya dia menang mahupun kalah.

Dalam pertandingan tersebut, Chisora ​​berjaya memukul KO Williams pada pusingan kedua dan Chisora ​​keluar sebagai juara. Williams pun memutuskan untuk tidak meneruskan aktivitinya dalam bertinju dan fokus menumpukan dirinya untuk beribadah kepada Allah.

Fh / Islampos / islamislogic] /unikversiti.blogspot

..x0x..
 
  Amoy MCA Ni Takut Beliau Jadi Mangsa Rogol Jika Hudud Dilaksanakan Di Kelantan
Posted on Thursday, May 08 @ 22:41:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Aiyyaaaa... Amoy lu mana luluk, lu luluk Kelantan ka lu luluk JINJANG Amoy... kalau lu luluk Jinjang ka Kepong ka lu apa mau takut sama itu Hudud... itu Hudud mau kasi Bikin itu dekat Negeri Kelantan maaa... bukan itu dekat Jinjang ka Kepong ka atau Pulau Pinang. Jadi lu tatak perlu takut Amoy... jauh maaaa kalau itu Hudud mau mali lu punya tempat.

Lagi satu kalau lu mau tahu... itu Kelantan tatak itu Lumah Ulut ka, Lumah Apa ka... kalau ada pun mungkin itu Halam-Halam punya dan kasi buat Solok-Solok cebab ala permintaan dari lu punya cahabat itu Umnu punya ahli. Tatak selupa itu Kuala Lumpur ka... Jinjang ka atau Kepong mahu pun Puala Pinang yang ada kasi Lesen Lumah Ulut dan Lesen lain-lain ulut.
Jika olang mau takut itu Hudud sepatutnya bukan lu olang lah Amoiii... patut ada takut itu Hudud itu lu punya cahabat itu Kelantan punya dekat bukan lu yang luluk lekat Jinjang ka... Kepong ka atau Pulau Pinang... manyak jauh wooo itu Hudud mau mali lu punya tempat Amoy. Lagi lu punya tempat ala manyak itu mau kasi Langan itu Pelacur macam-macam ala.
Gua bukan cakap ada Tipu lah Amoy sama lu... kalau lu tatak pecaya sama apa gua cakap lu boleh tanya itu sama Timbalan Setiausha Sekateriat Ulama' MUDAH Umnu, itu dia punya nama siapa haaa... ABU JAHAL @Radzi Othman. Lu tanya sama lia mana mau cali itu Palacur Atasan dan Pelacur Bawahan sebab lia manyak pandai ini hal wooo, very Expert.
Jadi lu tatak pelu takut sama Hudud ya Amoy... gua gelenti tatak olang mau LOGOL sama lu punya... sebab lu punya tempat ala banyak tempat mau Langan itu Pelacur... kalau ada olang tetap mau Logol sama lu, gua juga gelenti itu olang kalau tatak Gila lia mesti Mabuk San Maguel anak Mahathir punya. Kelantan punya pelempuan iu Hudud boleh jaga sama lia olang.
Sebelum gua lupa... gua mau tanya sama lu Amoy... lu ala lengar celita Bulak Melayu Kena Logol sama olang ala Pangkat punya juga Melayu... ini celita sulah lama lah Amoy gua cuma mau kasi lu ingat aje... itu celita punya ending yang kasi Logol tatak kena tangkap tapi ada satu olang cina yang mau tolong itu Bulak Melayu kena macuk penjala.... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... walaupun presiden gua mengatakan jangan bersangka buruk dengan sesiapa yang mahu menyokong hudud... tapi untuk percaya dengan isi perut united munafikun national oraganisations berat sikit lah beb... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Thursday, May 08 @ 22:41:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 Orang Cina berjasa menyebarkan Islam di Rembau dan Melaka
Posted on Thursday, May 08 @ 22:40:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Kalau diperhatikan banyak masjid-masjid lama di Rembau dan Melaka mempunyai senibina bercirikan budaya dari negara China. Misi Laksamana Cheng Ho ke Tanah Melayu dan Tanah Jawa telah banyak mengIslamkan penduduk di sini termasuk Parameswara sendiri

Penemuan batu bersurat di Phang-rang, Vietnam memberi petunjuk bahawa Islam turut disebarkan  dari jurusan selatan Negara China. Besar kemungkinan juga batu bersurat yang ditemui di Terengganu pada 702 H ada kaitannya dengan arus kedatangan Islam dari China.
Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di Distrik Kunyang, Provinsi Yunnan, sebuah wilayah Tiongkok yang sejak lama sudah dihuni masyarakat China pemeluk agama Islam. Cheng Ho berasal dari bangsa Hui, salah satu bangsa minoriti Tionghoa.
Menurut buku "Ahlul Bait Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu", Laksamana Cheng Ho (Haji Mahmud Shams 1371–1433) adalah dari keturunan Rasulullah dari Yi-Bu-Lai-Xi-Mo (Ali Zainal Abidin) bin Hou Sai-Ni (Sayidina Hussain) bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.
Diceritakan Parameswara hanyalah dianggap sebagai ketua suku bagi sebuah perkampungan kecil sehinggalah beliau diakui oleh Maharaja China, Yung Lo sebagai Raja Melaka. Cheng Ho telah memerdekakan Melaka daripada Siam. Cheng Ho telah meninggalkan sebuah batu bersurat mengenai pengisytiharan ini namun ianya telah dimusnahkan pada 1512M ketika jatuh ketangan Portugis.
Warna kuning yang menjadi warna kebesaran sultan adalah anugerah kerajaan China yang bermula dengan pelbagai hadiah kebesaran yang dipersembah oleh Cheng Ho seperti payung berwarna kuning.
Ukiran masjid-masjid telah dibantu oleh petukang dari China yang pulang bersama-sama Parameswara yang berangkat dengan 450 orang pengiring setelah menerima jemputan Maharaja Yung Lo selepas Parameswara memeluk agama Islam.
Di Jawa Timur ada dua masjid yang menggunakan nama Masjid Muhammad Cheng Ho di Surabaya dan satunya lagi di Pandaan, Kabupaten Pasuruan.
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan
Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis menyerang Melaka.
Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang, dibunuh atau dipenjara.
Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.
Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China. Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato Lubok China.
Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk China.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Thursday, May 08 @ 22:40:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 Saintis Misi Ke Planet Marikh Meninggal Dunia
Posted on Thursday, May 08 @ 22:38:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




LONDON: Ahli sains British, Prof Colin Pillinger yang menjadi penggerak utama misi ke planet Marikh meninggal dunia pada Khamis ketika usia 70 tahun, demikian menurut ahli keluarganya.

Beliau yang dikenali sebagai tokoh inspirasi tanpa batasan itu mengalami pendarahan otak yang teruk pada Rabu.

"Beliau mengalami pendarahan otak yang teruk hingga mengakibatkan koma," kata keluarganya.

Colin kemudiaanya dikejarkan ke hospital berhampiran rumahnya di Cambridge, timur England pada Rabu dan meninggal dunia secara aman pada petang Khamis.

Tiada ulasan: