Posted on Monday, May 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Berapa agaknya harga bagi anak anjing ini? Jangan terkejut, kerana harganya mencecah jutaan ringgit, lebih mahal daripada harga sebuah rumah.
Anjing itu dijual pada harga RM6.5 juta kepada seorang pemaju perumahan.
Ia menjadikan anak anjing itu sebagai anjing paling mahal yang pernah dijual di dunia.
Rekod sebelum ini dipegang oleh seekor anjing yang juga dari China, yang dijual pada harga RM5.2 juta.
Anjing jenis ini menjadi lambang kemewahan bagi orang kaya di China, justeru ia perlu dimiliki.
Bukan sahaja dianggap sebagai membawa tuah, malah kesihatan dan keselamatan pemiliknya terpelihara.
Pembeli anjing itu berusia 56 tahun dan berasal dari Qingdao. Dia membeli anjing itu dengan tujuan untuk membiakkannya.
..x0x..
EDITOR
http://penjualcendol.blospot.com/
Ada Ustaz Berminat Terhadap Saya - Felixia Yeap
Posted on Monday, May 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Felixia Yeap mengakui banyak lelaki yang mendekatnya yang terdiri daripada lelaki Melayu termasuk dalam kalangan ustaz setelah berhijab.
Berbanding dahulu, katanya lelaki yang mendekati beliau pada kali ini mengajak berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu.
"Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya,” ujarnya dipetik Kosmo online.
Menurut bekas model berusia 27 tahun itu, seperti mana memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, justeru dia juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam.
“Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri,” katanya yang mahu memeluk Islam pada Ramadhan ini.
Sehubungan itu, jika tiba waktu berkahwin kelak, beliau berdoa agar iman suaminya lebih tebal daripadanya untuk membimbingnya menjadi isteri dan muslimah yang baik.
"Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama," ujarnya lagi.
Justeru, Felixia memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT.
Sumber
.x0x..
Cuping Telinga Bayi Terukir Kalimah Allah
Posted on Monday, May 19 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Petikan myMetro Online

Shahrizat adalah contoh bagaimana Umno mengecewakan wanita, kata Dyana Sofya
Posted on Monday, May 19 @ 06:29:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menyelar semula Datuk Seri Shahrizat Jalil, dengan berkata kenyataan memperkecilkan dirinya adalah bukti kegagalan Wanita Umno menaikkan wanita dalam politik.
“Kenyataan ketua Wanita Umno mengenai pencalonan saya sekadar wayang DAP adalah petunjuk kegagalan Wanita Umno menaikkan ahli wanita mereka ke kedudukan barisan kepimpinan dalam partinya dan kerajaan.
“Beliau sepatutnya memuji DAP kerana berani dan ada keinginan politik untuk meletak saya, seorang wanita Melayu muda di kerusi yang secara tradisinya ditandingi wakil Cina daripada Barisan Nasional, tetapi sebaliknya Shahrizat memperkecilkan saya dan DAP.
“Ini adalah sikap negatif yang diturunkan daripada barisan pemimpin
wanita BN yang secara terus-terusan merompak peluang wanita untuk
memimpin di negara ini,” kata Dyana dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Shahrizat melahirkan rasa kasihan kepada Dyana yang dikatakan tidak sedar beliau adalah boneka yang diperguna oleh DAP untuk merampas kuasa.
Tetapi, hari ini Dyana mempertikaikan kenyataan itu dan berkata DAP menghormati wanita dan mengiktiraf wanita perlu memegang jawatan lebih besar dalam kerajaan untuk memberi keseimbangan wakil lelaki dan wanita.
“DAP juga berani mencalonkan semakin ramai calon wanita dalam setiap pilihan raya. Peranan wanita dalam politik tidak sepatut terkongkong dengan peranan tidak penting, menghidang makanan dan minuman kepada pekerja parti dan melawat pengundi di rumah mereka mengagihkan hadiah,” katanya.
Dyana berkata, DAP menaikkan calon belia tanpa mengira bangsa dan jantina dalam pilihan raya lalu, dan ini termasuk Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong pada 2008, Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto dan Alice Lau pada 2013.
Dyana juga menyangkal dakwaan Shahrizat, Umno yang membawanya di mana beliau berada pada hari ini, dan berkata pujian itu sepatutnya diberikan kepada ibu dan keluarganya.
“Saya minta beliau belajar daripada emak saya yang juga ahli Umno tetapi sudah sedar pencalonan saya oleh DAP adalah kejayaan untuk wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu, yang sudah lama terkebelakang disebabkan struktur tidak fleksibel yang diamalkan Umno.
“Saya terhutang budi kepada keluarga dan emak saya, atas semua kerja keras dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya,” kata Dyana.
Dyana berkata, jika beliau memilih laluan yang serupa dengan Shahrizat dan tidak menyertai DAP pada 2011, adalah mustahil untuknya memasuki Parlimen sebagai wakil rakyat Teluk Intan dan jika terpilih, beliau bakal menjadi ahli Parlimen termuda dalam Dewan Rakyat.
“Datuk Shahrizat Jalil dan Puteri Umno tidak sepatutnya memperkecilkan kebijaksanaan dan kemampuan saya untuk membezakan BN yang melindungi kepentingan orang kaya dan berkuasa, dengan DAP yang melindungi hak rakyat biasa Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan kepercayaan.
“Parti mencalonkan saya kerana saya sangat percaya kepada keadilan yang ideal, peluang sama rata dan pemerintahan yang baik,” katanya.
Dyana, yang juga setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding melawan pemimpin veteran, Datuk Mah Siew Kong daripada BN, seperti diumumkan semalam.
Mah, yang juga presiden Gerakan, menang kerusi Teluk Intan dalam pilihan raya umum pada 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada calon DAP M Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan undi majoriti masing-masing 1,470 dan 7,313.
Kerusi itu kosong selepas Seah meninggal dunia kerana penyakit barah pada 1 Mei menyebabkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan yang mempunyai 23,301 pengundi Melayu berdaftar (38.6%), pengundi Cina (25,310, 41.9%) dan India (11,468, 19%).
DAP, yang membentuk satu pertiga daripada pakatan pembangkang, berusaha membuktikan pengkritiknya salah dengan meletakkan lebih ramai calon Melayu dalam pilihan raya umum lalu untuk meluaskan pengaruhnya.
Tetapi, keputusannya untuk meletakkan Dyana mencetus kritikan daripada Umno, termasuk akhbar lidah rasmi parti itu, Utusan Malaysia, yang mendakwa pencalonan Dyana akan mengecewakan dirinya dan tidak bernilai kepada parti itu.
Dyana juga menjadi mangsa kempen berniat jahat yang menunjukkan gambarnya berbaju mandi yang menjolok mata, dan penganalisis berkata tindakan itu adalah usaha untuk menunjukkan beliau bukan seorang Melayu yang “tulen” atau “baik”. – 18 Mei, 2014.
ANISAH SHUKRY
THE MALAYSIAN INSIDER

Kota Bharu – Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul
mencuri tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya
dikatakan menyerupai kalimah Allah SWT.
Ibunya, Maizatul Akma Mohamad Kholid, 28, dari Kampung Pasir Hor, di
sini, berkata tidak menyedari cuping telinga anak sulungnya itu begitu,
sehinggalah ditegur orang kampung yang datang melawat.
“Sebelum ini saya dan ibu bapa pelik kenapa bentuk telinga Siti Nurdini
Dalili kelihatan lain dan kami menyangka itu satu jenis kecacatan.
“Seminggu kemudian selepas dibenarkan Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM), ada penduduk kampung datang ke rumah untuk melawat
anak dan menegur mengenai perkara itu.
“Malah, seorang ustaz yang berkunjung juga memberitahu anak saya bertuah kerana telinganya bertanda seperti kalimah Allah.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia kurniaan Allah SWT,” katanya.
Siti Nur Maizatul Akma berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang
tidak elok, sebaliknya mahu Siti Nurdini Dalili menerima didikan Islam
yang sempurna. .
Petikan myMetro Online
..x0x..
Kisah Kembar, Kahwin & Mati Bersama
Posted on Monday, May 19 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pasangan kembar di Turki ini bukan sahaja berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing bersama, malah mereka juga ditemui meninggal dunia bersama, Selasa lalu.
Mayat Ismail dan Suleyman Cata, 32 ditemui pasukan penyelamat berpegangan tangan tertimbus akibat letupan lombong arang batu yang dilaporkan telah meragut 301 nyawa.
Isteri Suleyman, Murside berkata, suaminya seorang yang mementingkan keluarga juga cinta sejatinya.
“Dia bekerja keras untuk upah yang sedikit dan dalam keadaan sukar. Impian dia adalah untuk bersara awal dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.
“Sekarang dia dah tak ada dan tak akan pernah kembali,” katanya yang dipetik portal berita Daily Mirror.
Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia empat tahun, Ahmet manakala Ismail dan isterinya, Fatima dikurniakan anak kembar, Sude dan Buse yang sudah berusia dua tahun.
Kedua pasangan ini berkahwin pada 2010.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan