Sabtu, 31 Mei 2014

TAHNIAH YANG MENANG....YANG KALAH SABAR DAN CUBA LAGI....TIPU TAK TIPU TU LAIN CERITA...AKHIRAT KENA SETEL LAH....KALAU TIPU....BUKAN PRK NI TAPI PADA KESEMUA PILIHANRAYA YANG TELAH BERLANGSUNG

Undi Dyana, patahkan tongkat perkauman BN

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

TELUK INTAN: PAS melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang diwakili DAP mempunyai harapan yang cerah untuk memperoleh kemenangan dalam Pillihan Raya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan yang akan berlangsung esok.

Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan respons daripada masyarakat setelah jentera dan pimpinan PAS disemua peringkat memberikan komitmen tinggi terhadap gerak kerja kempen.

Dalam merealisasikan kejayaan, Naib Presiden PAS itu mengharapkan pengundi khususnya orang Melayu dapat menunaikan amanah esok dengan penuh tanggungjawab dan tidak gentar serta takut kepada ugutan-ugutan daripada mana-mana pihak.

"Kepada pengundi Melayu, inilah masanya untuk kita buktikan kesefahaman dan kesepaduan antara kaum disamping mematahkan tongkat penting BN ini setelah tidak lagi mengharapkan kepada MCA dan MIC.

"Jika kalahnya Presiden Gerakan ini, saya yakin parti itu akan lumpuh dan BN kehilangan baki tongkat yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS, Padang Tembak Teluk Intan dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin menyatakan, setakat pagi tadi gerak kerja jentera PAS telah melebihi 90 peratus dan akan meningkat dalam baki tempoh yang ada ini.

Beliau mengharapkan semua petugas serta pimpinan yang ditugaskan di kesemua 18 Unit Peti Undi (UPU) dapat memastikan pecutan serta sentuhan terakhir dapat dijelmakan dalam baki yang ada bagi memastikan semua matlamat serta key performance indicator (KPI) dapat dicapai.

"Saya yakin dan percaya melalui komitmen yang diberikan, sikap yang ditujukkan oleh jentera kawasan-kawasan dari negeri Perak dan negeri-negeri dalam akan berakhir dengan kejayaan," jelasnya.- HARAKAHDAILY 30/5/2014

Ibu sebak sokongan warga Teluk Intan kepada Dyana

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat tidak dapat menahan sebak melihat sambutan warga Teluk Intan terhadap anaknya.

Beliau menitiskan air mata ketika rakyat menyambut dengan girang kehadiran Dyana ke Majlis Ceramah Kemuncak DAP di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan malam tadi.

Kira-kira 20,000 hadir ke program terakhir sebelum tamat tempoh berkempen itu dan hadirin yang hadir menunggu dengan penuh sabar calon DAP yang akan dipilih oleh mereka.

Kehadiran anak muda berumur 27 tahun disambut dengan laungan "Dyana, Dyana, Dyana" oleh ribuan hadirin pelbagai bangsa, kaum serta lapisan tanda sokongan padu terhadapnya.

Yammy duduk di tempat duduk di bawah menzahirkan rasa hibanya dan mengesat airmatanya yang mengalir tanda rasa gembira terhadap sokongan rakyat.

Dalam pilihan raya kecil ini, beliau berdiri teguh di belakang anaknya walaupun Dyana dan dirinya sendiri diserang bertubi-tubi oleh BN dengan pelbagai dakyah ditimbulkan.

Walaupun beliau adalah ahli Umno namun merestui pencalonan Dyana kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.

Beliau menghabiskan masanya bersama anak perempuannya itu di sepanjang tempoh berkempen. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

PRK Teluk Intan kotor kerana BN, bukan PR

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tidak berhak melabel Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai paling kotor kerana partinya sendiri mengamalkan taktik itu sepanjang kempen berjalan, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, kenyataan Mah itu jelas menggambarkan bahawa beliau cuba menutup kesalahan sendiri, kerana umum mengetahui BN adalah sumber kepada kekotoran yang sedang berlaku.

Tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, sumber kekotoran dalam PRK ini bukan Pakatan Rakyat tapi Umno BN sendiri.

“Ini dapat dilihat dalam kempen 24 jam setakat ini, di mana mereka telah mengedar pelbagai risalah fitnah penuh pembohongan di seluruh Teluk Intan,” ujarnya dipetik Roketkini.

Menurutnya, risalah itu dalam pelbagai bahasa, sebagai contoh akhbar Anson Bay yang mengeluarkan fitnah jahat terhadap DAP untuk meraih undi.

“Antara yang tertera dalam risalah itu adalah seperti jika DAP berkuasa kami kononnya akan mengusir orang Melayu, menghapuskan mata pelajaran agama Islam di sekolah dan hanya boleh dipelajari di surau ataupun masjid, menjelang 2020 agama rasmi negara adalah Kristian kerana 90 peratus kepimpinan menganut agama itu, bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua dan sistem raja akan dihapuskan,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.

Beliau menegaskan, Mah tidak boleh lagi menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dalam taktik penipuan seperti ini.

“Persoalannya, adakah Mah bersedia bertanggungjawab dalam perkara ini? Dia mungkin boleh kata tak tahu, semuanya dia tak tahu,” ujarnya lagi.

Doakan Presiden PAS sejahtera - TG Nik Aziz

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: “Saya mengajak semua ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di negara ini agar sama-sama dapat mendoakan agar Tuan Guru Presiden dikurniakan kesejahteraan oleh Allah SWT,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi facebook.

Beliau dimaklumkan pagi tadi situasi kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul, Turki semakin stabil dan memerlukan masa untuk berehat sebelum pulih sepenuhnya.

Justeru, beliau berharap Tuan Guru Abdul Hadi dapat kembali semula ke tanah air dan meneruskan tugas memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) demi kesinambungan perjuangan yang suci ini.

Presiden PAS menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi , Istanbul akibat masalah kesihatan semakin pulih selepas menerima rawatan doktor pakar. – HARAKAHDAILY 31/5/2014

Teluk Intan: Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157

HARAKAHDAILY | .

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.
Mah yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini, sebentar tadi.
Pada PRK Teluk Intan ini, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada PRU13 tahun lepas.
PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

Jumlah undi yang pelik di Teluk Intan?

http://bloglist-malaysia.blogspot.com/ | .

Teluk Intan: Dyana Sofya menang dari segi moral

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, namun calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu tetap menang dari segi moral.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kekalahan dengan majoriti yang kecil itu membuktikan kekalahan moral kepada calon Barisan Nasional (BN).

BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.

"Tahniah kepada Dyana kerana saingan yang beliau berikan kepada BN.

"Walaupun kalah tetapi beliau tetap menang dari segi moral dan kemenangan tipis BN ini cukup memalukan apatah lagi yang bertanding merupakan Presiden Gerakan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya lagi, sejak awal lagi Dyana diserang dari pelbagai sudut termasuk daripada agensi kerajaan sendiri, namum beliau mampu menghadapinya.

"Dyana bukan sahaja menghadapi serangan dari jentera BN tetapi dari agensi kerajaan.

"Ketabahan yang beliau tunjukkan ini merupakan satu permulaan baik untuknya bagi meneruskan perjalanan politik pada masa akan datang," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai peratusan keluar mengundi yang merosot iaitu hanya 66.5 peratus sahaja, beliau berkata jangan selesa dengan keputusan PRU13 lalu

"Ini suatu peringatan kepada pengundi walaupun di mana sahaja, kita jangan berasa selesa bila melihat majoriti yang tinggi diperolehi pada pilihan raya umum  yang lepas.

"Setiap pengundi perlu keluar dan balik bila adanya PRK, kemenangan dahulu tidak boleh menjamin kemenangan akan datang, saya harap ini dapat memberi pengajaran," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 31/5/2014
Dppk Bagan Datoh added 2 new photos.
8 mins ·
Teluk Intan: Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157
HARAKAHDAILY | 31 Mei 2014.
TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.
Mah yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini, sebentar tadi.
Pada PRK Teluk Intan ini, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada PRU13 tahun lepas.
PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

Tiada ulasan: