Rabu, 5 Februari 2014

MAFIA DAN BIAWAK

Wednesday, 5 February 2014

BUDAK PEREMPUAN BERUMUR 12 TAHUN BEKERJA SEBAGAI KEDI SAMBILAN, MATI TERKENA BOLA GOLF.



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.

“Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi.

“Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.

Wednesday, 5 February 2014

RAKAN SETUGAS ANGGOTA CAWANGAN KHAS (SB) YANG DITEMUI MATI KENA DUA DAS TEMBAKAN KENA CEKUP.



Rakan setugas anggota Cawangan Khas PDRM yang ditemui mati ditembak di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, ditahan semalam untuk membantu siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata anggota terbabit ditangkap pada 7.00 malam dan dibawa ke Balai Polis Travers.

Polis bagaimanapun tidak menyatakan lokasi anggota terbabit ditahan.

Menurutnya polis akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan.

"Mangsa bunuh tidak membawa senjata api ketika kejadian, motif kejadian masih belum dapat dipastikan," katanya.

Semalam, anggota polis Cawangan Khas itu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter berdekatan sebuah motosikal.

Di lokasi kejadian polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah topi keledar dan jaket.

Filem "Banglasia" arahan Namewee diharamkan


3 Feb – Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia" yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari lalu telah diharamkan tayanganya di Malaysia selepas dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.
"Filem "Banglasia" dikecam hebat oleh LPS dan KDN, malah kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula.
"Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh LPF adalah 90% dari filem tersebut," ujar Namewee dalam satu kenyataanya di laman Facebook miliknya.
Tambah Namewee lagi, filem arahan keempatnya itu bukan sahaja tidak dapat ditayangkan di Malaysia, malah pihak berkuasa juga telah mengeluarkan rahan tegas bahawa filem "Banglasia" juga tidak boleh ditayangkan menerusi laman web YouTube, rangkaian jaringan laman web ataupun dijual di pasaran tidak kira sama ada yang sah di sisi undang-undang ataupun cetak rompak.
Oleh itu, mana-mana pihak yang didapati menayangkan filem ini sama ada di rumah persendirian ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.
Dalam pada itu, Namewee sempat memohon maaf terutamanya kepada para pelabur yang telah mengalami kerugian besar berikutan pengharaman filem, dan juga kepada krew produksi serta peminat-peminat yang menantikan filem "Banglasia".
Biarpun filemnya tidak berjaya ditayangkan, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan filem pada masa akan datang.
"Walaupun tidak berjaya ditayangkan di pawagam, saya berharap anda akan terus menyokong dan menantikan kemunculan filem saya yang seterusnya. Saya akan berusaha lebih keras di masa hadapan untuk tidak mengecewakan sokongan anda. Mohon maaf."

Doktor terperanjat mayat hidup semula

Mayat-Hidup-Semula-Ketika-Nak-Dibedah-Siasat-565x330Kuala Lumpur – “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.
Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.

thidup_semulaKatanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.
Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala, lapor Hmetro.4:00PM - 5 Feb 2014

Akauntan semak semula aset Bekir kepada RM1.395b


Akauntan Andrew Heng, yang dilantik oleh Shahnaz A Majid, hari ini menyemak semula angka nilai aset milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib yang dikemukakannya kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, daripada RM1.334 bilion kepada RM1.395 bilion.

Ini berikutan penambahan dua lagi aset, sebuah kereta Audi dan pegangan Bekir di Titanium Tower di Brighton Square, Kuching.

"Berikutan ini, saya ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa saya menyemak semula angka yang saya berikan di mahkamah sebelum ini - antara RM916 juta hingga RM1.334 bilion, kepada RM976 juta hingga RM1.395 bilion," katanya.

Menurutnya, jumlah itu adalah berdasarkan kepada pemegangan saham
Bekir dalam 49 syarikat, harta pusaka dari arwah ibunya, tetapi kini termasuk kenderaan Audi melalui Ivycraft Sdn Bhd, di mana beliau mempunyai 50 peratus pegangan, dan juga Titanium Tower.

Heng memberitahu demikian dalam dalam jawapannya kepada soalan peguam Akbardin Abdul Kader.

Sebelum ini, Heng berkata kenderaan Audi dan pegangan Bekir dalam Titanium Tower tidak diambil kira.

Bekir mempunya pegangan dalam Titanium Management Sdn Bhd, Titanium Engineering Sdn Bhd dan Titanium Project Management Sdn Bhd, yang beroperasi dari Titanium Tower.

Penemuan baru Heng itu dibuat berikutan penyediaan dokumen yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan tersebut.

Dalam prosiding lalu, saksi itu memberi keterangan bahawa tanah kelapa sawit - yang melebihi 24,000 hektar - bernilai antara RM636 juta dan RM1.055 bilion.

Heng, rakan kongsi dalam firma perakaunan bertauliah, Baker Tilly, memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta yang difailkan oleh Shahnaz berikut perceraiannya dengan anak Ketua Menteri Sarawak itu.

Shahnaz adalah kakak kepada ratu jazz Sheila A Majid.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil keutamaan dalam menjaga kestabilan dan ketenteraman bagi memastikan rakyat negara ini berasa selamat bukannya seperti berada di negara mafia.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata, banyak kejadian tembak menembak berlaku bukan sahaja melibatkan orang ramai bahkan terkini  anggota polis sendiri turut menjadi mangsa.

Keadaan ini katanya, seolah-olah memperlihatkan undang-undang dan anggota keselamatan negara ini tidak lagi digeruni sesiapa sahaja.

"Polis seperti KDN, Zahid Hamidi berilah tumpuan ke arah itu. Pembunuhan melibatkan senjata api semakin menjadi-jadi.

"Kita minta polis dari jenayah berat beri tumpuan kepada ke arah membasmi jenayah pada hari ini. Tumpukan kepada tugas hakiki mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Malangnya kata beliau, polis pada hari ini dilihat tersasar daripada bidang tugasnya, apabila pelbagai tanggungjawab lain yang cuba dialihkan kepada mereka.

"Ini tidak, hendak tubuh polis syariah. Ini tugas Jabatan Agama Islam, kerja polis tumpu pada kes kemudian tangkap pesalah masuk lokap.

"Kalau dahulu, lepas darurat lain cerita banyak anggota polis diguna untuk tinjau komunis untuk tangkap tali barut komunis kerana ancam negara. Sekarang ini komunis sudah tiada. Penjenayahlah yang menjadi keutamaan bagi polis," katanya.

Semalam, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dipercayai dari Cawangan Khas Bukit Aman ditemui mati terbaring selepas ditembak di kepala di tepi jalan di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

November lalu, seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok.

Oktober lalu, pegawai bank ditembak oleh pengawal keselamatan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan.
KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno disaran supaya tidak lagi menyimpan 'biawak hidup' yang hanya berperanan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin dalam entri di laman Facebooknya semalam.
Menurut Zaharin, salah satu kesilapan yang dilakukan para pemimpin Umno adalah "banyak sangat menyimpan 'biawak hidup'".
'Biawak-biawak hidup' itu, ujar beliau mendapat berbagai kemudahan dan habuan kewangan sedangkan hanya berperanan mencerca Anwar.
"Tetapi Anwar Ibrahim masih kuat dah 15 tahun tidak bergoncang. Berhentilah pembesar Umno menjaga biawak-biawak  ini. Orang Umno macam saya pun naik menyampah dah dengan 'biawak-biawak' ini," ujar beliau.
Bila ditanya seorang pengunjung laman Facebook siapakah yang dimaksudkan sebagai 'biawak-biawak' itu, Zahrain menjawab: "Dulu-dulu 'biawak' ini panglima Anwar Ibrahim dan sanggup mati."
Zaharin dikenali sebagai ahli Umno yang kritis. Blogger yang lebih dikenali sebagai Sang Kelembai itu dipecat dua kali daripada Umno (1996 dan 2006) kerana lantang mengkritik parti yang dianggotainya.
Beliau diterima kembali sebagai ahli Umno pada Mei 2009 selepas Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak menarik balik pemecatannya daripada parti.
Zaharin kini menjawat  Setiausaha Penyelaras BN P124 Bandar Tun Razak dan Ketua Umno Cawangan Sri Labuan.


05 February 2014

Jangan layan Nalla Karupan

Penamaan calon bagi PRK Kajang akan diadakan pada 11 Mac dan hari mengundi telah ditetapkan pada 23 hb Mac nanti. Itu adalah keputusan yang dimbil oleh SPR dalam mesyuarat mereka pagi tadi. Berbeza dengan PRK yang lepas-lepas PRK kali ini akan diadakan agak lama sedikit selepas kerusi kawasan itu dikosongkan oleh penyandangnya. Tetapi itu tidak ada hal kerana ia tetap berada dalam lingkungan 60 hari selepas kekosongan kerusi itu seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara.
Setakat ini kita belum ketahui siapa yang akan dinamakan sebagai calon bagi BN, tetapi kita semua telah difahamkan yang Ketua Pembangkang DSAI akan bertanding sebagai calon dari Pakatan Rakyat. Tetapi apa pun kita berharap PRK kali ini bukanlah pilihanraya yang berunsurkan pilihanraya yang tidak beretika dan ia menjadi pilihanraya yang mampu menunjukan sikap kematangan yang tinggi. Boleh berkempen tetapi berjanjilah ia hanya sebagai tindakan untuk mengisi kekosongan kepada kerusi N23 Kajang itu sahaja.
Kerusi itu dimenangi oleh Pakatan dalam pilihanraya yang lalu, maka jika kerusi itu kembali kepada parti yang menyandang pun ia merupakan satu keputusan yang tidak mengejutkan. Ia akan hanya menjadi kejutan jika ketua pembangkang itu tewas kerana beliau adalah calon dikenali semua orang dalam negara ini. bagi BN tidak salah untuk berusaha untuk mendapatkan kemenangan, tetapi orang ramai berharap pilihan kali ini biarlah didasarkan kepada isu yang bersangkutan dengan isu kenegaraan dan bukannya membawa keenderungan untuk berkempen menghentam peribadi yang tidak beretika.
Apa yang kita dengar semalam agak merunsingkan apabila Nala Karupan memberikan tawaran beliau untuk menjadi calon bagi BN untuk mengelakan diri beliau dari terjun sebagai calon bebas. Nalla buka calon yang serius dan beliau telah tunjukan sikap tidak matang beliau dalam persidangan media beliau semalam.
Beliau mendabik dada yang beliaulah calon yang terbaik untuk menentang Anwar Ibrahim kerana beliau mengaku segala rahsia Anwar ada di dalam poket beliau. Kita tidak oleh mendengar kata-kata Nalla ini kerana beliau mahu menjadi calon itu untuk menelanjangan musuh peribadi beliau itu yang pernah menjadi kawan rapat beliau suatu ketika dahulu.
Tindakan Nall itu hanyalah tindakan yang tidak bermoral kerana niat beliau bukan untuk kepentingan negara tetapi hanya keuntungan untuk peribadi beliau semata-mata. Kita yang sibuk membuat ‘self searching’ sebetu lama tentang masalah negara tetapi beliau memberikan focus untuk kepuasan kehendak hati beliau semata-mata.
Apa dia yang beliau katakan rahsia Anwar yang berada dalam poket beliau itu? Jika itu cara beliau berkempen jika menjadi calon tetulah beliau akan menelanjangkan perkara buruk yang beliau sama-sama lakukan semasa bersahabat dahulu. Beliau sendiri lupa dengan membongkar rahsia yang mereka lakukan ia juga akan membongkar perbuatan beliau sendiri.
Kita tidak tahu apa pegangan Nala Karupan itu, tetapi tindakan menzahirkan aib sendiri itu sudah semestinya tidak melayakan beliau diyakini untuk menjadi wakil kepada rakyat dan menjadi pemimpin kepada rakyat biasa seperti kita semua ini.
Sepatutnya jika beliau telah melakukan apa yang beliau akui dilakukan bersama Anwar, adalah menjadi tugas moral beliau untuk menutupi aib mereka. Membuka aib sendiri itu lebih buruk dari membuka aib orang lain, walaupun kedua-duanya adalah sama kategorinya.
Saya berharap Nalla menjadi dewesa sedikit kerana adalh tidak adil jika perkara yang dilakukan bersama sebelum ini dijadikan isu terhadap kawan yang kini menjadi lawan itu. Jika Nalla boleh lakukan kepada Anwar tidak ada sebab beliau tidak boleh lakukan kepada orang lain.
Apa yang kita harapkan agar BN carilah calon yang lebih beretika untuk menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai pilihanraya yang serius untuk kepentingan negara dan bukannya untuk dijadikan pesta mengaibkan orang yang pernah memberikan beliau makan dan bersama-sama menikmati apa yang akan dilambakan oleh Nalla jika beliau menjadi calon BN dalam PRK ini.
Kepada kepimpinan BN, elok diambil perhatian untuk menjaga keperibadian sebagai parti yang memerintah. Lagi pun keputusannya adalah ‘predictable’ dan tidak payah dijadikan PRK ini sebagai PRK yang hangar bingar dengan isu peribadi.
Niat dan tujuan Nalla dalam PRK ini tidak dapat di terima oleh sesiapa yang bermain dengan demokrasi modern kini.

Tiada ulasan: