Anggota keluarga kepada seorang penyokong PAS beragama Hindu memilih membalut keranda seorang saudara mereka dengan bendera parti Islam itu kerana perjuangan dan pengorbanannya mendiang.

Malah, Letchumee Mutusamy meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk membuka akaun bank untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua DHPP Kota Raja Rashmanan Subramaniam kepada Malaysiakini semalam.

Menurutnya, Letchumee, meninggal dunia apabila motosikal yang digunakannya berlanggar dengan sebuah lori treler ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di bandar Klang.

Rashmanan berkata, Letchumee yang meninggal dalam usia 56 tahun itu bergiat aktif bersama PAS, terutamanya dalam isu membela nasib wanita dan keluarga, walaupun berlainan agama.

"Sebagai ketua DHPP Kota Raja, pemergiannya buat saya rasa kehilangan orang kanan, beliau seorang yang mempunyai personaliti kepimpinan, termasuk dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sebab itu kita sepakat balut keranda dengan bendera PAS," kata Rashmanan.

Menurutnya lagi, mendiang selalu mengadakan program bersama Anggota Parlimen Kota Raja Mariah Mahmud dan terlibat sambutan kaum India dengan masyarakat setempat seperti pesta Ponggal.

Dr Mariah: Kami macam adik beradik Sementara itu, Dr Mariah (bawah) berkata, pemergian mendiang dirasakan suatu kehilangan memandangkan keakraban hubungan mereka.

dr mariah mahmud pas kota raja call for prayer azan khir toyo comments police report 110908 02Justeru, beliau yang hadir pada hari pengebumian memaklumkan kepada Malaysiakini, permintaan keluarga mendiang untuk menggunakan bendera PAS untuk membalut keranda dipersetujui sebagai tanda penghormatan terakhir.

"Pada hari pengebumian itu, keluarga mendiang memohon untuk menggunakan bendera PAS, takkan kita nak kata tak boleh, kita semua sepakat membenarkan.

"Bagi saya ini satu penghormatan buat beliau dan penghormatan bagi PAS. Lagipun dia penyokong kuat PAS, dia rasa dekat dengan parti. Kita dan macam adik beradik kemesraan itu dah lama wujud.

"Ia sama seperti penghormatan terakhir diterima tentera pada hari pengebumian," kata Dr Mariah.

Jawab sindiran di Internet


Bagaimanapun, terdapat persepsi negatif yang dilontarkan pembaca di alam maya berhubung perkara itu dan mengaitkannya dengan isu agama dan politik.

Ada sebahagiannya yang menyindir langkah itu, antaranya komen seorang pemilik Facebook:
"Kalau balut (guna) bendera PAS dapat syurga ke?

Dr Mariah bagaimanapun menjelaskan, langkah itu tidak menyentuh isu akidah sebaliknya sebagai tanda penghormatan terakhir untuk mendiang.

"Ia juga tiada kena mengena dengan akidah," kata pemimpin Muslimat PAS itu.

"Saya hargai perjuangan beliau dan keluarga selama ini walaupun dia tahu kita parti PAS perjuangkan Islam tapi atas kemahuan mereka nak menunjukkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada PAS maka mereka letak (kedudukan) atas sekali bendera PAS."
PKR tuntut anak Rosmah disiasat isu kondo RM110j

Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR.

"Dengan segala bukti ini - sangat jelas bahawa keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan mereka.

"Dari mana mereka mendapat wang dan pendapatan yang besar ini?" soal Naib Presiden PKR Tian Chua kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tian Chua yang juga anggota parlimen Batu berkata, berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain, hidup melebihi kemampuan akan mendorong siasatan badan pencegahan rasuah.

Laman pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.
Majlis Peguam: K'jaan langgar undang-undang


  • 6:00PM Dis 28 2013
Majlis Peguam berkata, kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila menarik balik permit mingguan The Heat sebelum memberikannya hak untuk didengar secara adil.

Presidennya Christopher Leong berkata, kerajaan bukan menyalah guna Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) 1984 dengan menggantung penerbitan itu dua minggu lalu.

“Muncul di dada-dada akhbar bahawa keputusan menggantung permit penerbitan The Heat dibuat sebelum penerbitnya diberikan hak untuk didengar terlebih dahulu,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Leong berkata, Majlis Peguam sekali lagi menegaskan pendirian mereka supaya PPPA dimansuhkan.

“Ia undang-undang lapuk dan tidak lagi relevan dalam demokrasi moden,” katanya.
PUTRAJAYA: Sebanyak 88 kematian akibat denggi dilaporkan bagi tempoh Januari hingga 21 Dis tahun ini, meningkat 151 peratus berbanding 35 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
         
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor mencatat angka tertinggi dengan 24 kematian, diikuti Johor (21), Melaka (9), Kuala Lumpur dan Putrajaya (masing-masing lapan) serta Pulau Pinang tujuh kes.
         
Perak, Sarawak dan Sabah pula masing-masing empat; Kelantan dan Pahang (2 kes); manakala satu kematian dilaporkan di Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan, katanya dalam sidang media, di sini semalam.
         
Menurutnya sepanjang tempoh itu juga sebanyak 41,226 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 92 peratus atau 19,782 kes, berbanding 21,444 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
         
Dr Noor Hisham berkata kes denggi dilapor meningkat mendadak di 12 wilayah antaranya Melaka (229 peratus), Johor (191 peratus), Selangor (152), Negeri Sembilan (100), Perak (42), Labuan (40), Kuala Lumpur dan Putrajaya (39), Pulau Pinang (31) dan Perlis (30).

Rekod Kementerian Kesihatan menunjukkan kes kematian tertinggi sejak 1970-an direkodkan pada 2010 dengan 135 kematian, manakala jumlah kes tertinggi sebanyak 49,355 kes dilaporkan pada 2008, katanya.     
         
Dr Noor Hisham berkata tahun ini kes denggi menurun di tiga negeri iaitu Terengganu, Sarawak dan Kedah.
         
"Kalau dilihat trend mingguan kes denggi yang dilaporkan sejak 2002, terdapat pusingan setiap dua hingga tiga tahun iaitu negara mengalami wabak denggi yang tinggi pada 2002, 2004, 2007, 2009, 2010 dan kini 2013.
         
"Malah pada tahun ini juga negara di rantau Pasifik Barat turut mengalami fenomena sama apabila Singapura dan Laos masing-masing mencatatkan peningkatan 387 peratus," katanya.
         
Beliau mengingatkan masyarakat agar lebih peka dalam menjaga kebersihan persekitaran yang merupakan tanggungjawab bersama bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
         
Katanya Program Ayuh Gembur Aedes Perdana akan dilancarkan pada 5 Jan di Selangor bagi meningkatkan penglibatan masyarakat setempat menyertai aktiviti gotong-royong di seluruh negeri itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan meminta kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan rakyat akar umbi sebelum memuktamadkan sebarang kenaikan kadar tol lebuh raya.
         
Ketuanya, C. Sivarraajh (gambar) berpendapat kerajaan perlu mencari mekanisme lain yang lebih efektif terutama dalam menyelesaikan isu pembayaran kos perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
         
"Pemuda MIC Kebangsaan memohon supaya kerajaan yang prihatin ini mengenal pasti alternatif lain dalam menyelesaikan masalah kenaikan tol selaras dengan jaminan (sebelum ini) untuk mengurangkan kadar bayaran tol antara bandar secara berperingkat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
         
Dalam perkembangan lain, Sivarraajh berkata mulai 4 Jan depan, Pemuda MIC akan menggerakkan satu jawatankuasa khas di setiap bahagian sebagai pemudah cara bagi rakyat terutama kaum India membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
         
Menurutnya, jumlah pemohon bagi bantuan itu terutama dalam kalangan masyarakat India kurang memuaskan akibat masalah teknikal.
         
"Pemuda MIC mengambil tindakan proaktif untuk pastikan mereka yang layak berpeluang merasai bantuan yang disediakan kerajaan ini.
         
"Kita akan bantu pemohon secara terperinci bermula dari saat borang diedarkan, bagaimana mengisinya sehingga ia dihantar sama ada secara manual atau elektronik," katanya.
         
Permohonan BR1M dibuka bermula Isnin lepas hingga 31 Jan 2014. - Bernama
JAKARTA:  Keluarga bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid atau Gus Dur mengingatkan parti politik dan calon pilihan raya supaya tidak menggunakan nama atau gambar pemimpin itu dalam poster kempen Pilihan Raya Umum 2014 (Pemilu 2014) selaras dengan wasiat Gus Dur.
         
Balu Gus Dur, Sinta Nuriyah berkata parti politik yang tidak menghormati wasiat itu akan diambil tindakan undang-undang.
         
"Surat wasiat itu dibuat peguam Gus Dur dan ditandatangani sendiri oleh Gus Dur," katanya dalam sidang akhbar di sini.
         
Sinta Nuriyah berkata beliau menerima banyak aduan dan laporan daripada beberapa pihak bahawa nama dan gambar Gus Dur digunakan dalam beberapa bahan kempen pilihan raya yang diedarkan kepada umum.
         
Kebanyakan daripada laporan itu berkaitan bahan kempen Pemilu 2014 yang digunakan penyokong Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), iaitu parti yang pernah dipimpin Gus Dur.
         
Penggunaan gambar dan nama Gus Dur dalam kempen politik menjelang Pemilu 2014 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini tanpa kebenaran keluarga Gus Dur, menyebabkan keluarganya mengingatkan semua pihak supaya terus menjaga nama baik dan reputasi bekas presiden keempat republik itu.- Bernama
KUALA LUMPUR: Kini para mangsa banjir di Kuantan sedang bertungkus lumus memulakan hidup baru setelah banjir berlalu pergi.

“Alhamdulillah gelombang kedua seperti yang diuar-uarkan tidak sebesar gelombang pertama,” ujar Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan dalam catatannya mengenai banjir yang melanda Kuantan, baru-baru ini.

Secara puratanya, kata beliau setiap rumah yang terlibat dengan banjir membuang sampah sekurang-kurangnya 1 tan.

“Sedih apabila melihat hanya sedikit harta yang terselamat. Pakaian, perabot, makanan, barangan elektrik hampir keseluruhannya musnah. Masing-masing termenung memikirkan wang yang diperlukan bagi menyempurnakan kehidupan,” ujarnya lagi.

Baginya, derita itu ditambah dengan tahun 2014 yang digelar sebagai ‘tahun harga naik’.

Menurutnya, pelaksanaan sepenuhnya kadar gaji minimum RM900 menyebabkan segala bentuk perkhidmatan dan barangan turut mengalami kenaikan kos.

Kos itu, ujarnya akan ditanggung oleh pengguna. Belum lagi bercerita berkaitan dengan harga gula (bagi sesiapa yang bukan pesakit diabetes), minyak petrol dan diesel (bagi mereka yang berkenderaan) dan kenaikan tarif elektrik (bagi yang menggunakan bekalan elektrik) amat-amat dirasai oleh warga Kuantan.

Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

Politik bencana banjir: Sebelum dan selepas

Catatan ini adalah satu pemerhatian hasil perbualan dan pergaulan dengan pelbagai lapisan umat yang menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ini. Perkongsian masalah dan analisa para penduduk Kuantan yang rencam dengan pelbagai latar belakang dan sudut pandang menjadikan catatan ini bukanlah sesuatu yang muktamad.

Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini mengundang beberapa perbincangan yang menarik. Bermula dari peringkat awal air membanjiri Kuantan khususnya sehinggalah kini apabila bantuan pasca banjir mula digerakkan. Ramai yang tidak menyangka bencana yang saban tahun melanda negeri-negeri Pantai Timur akan menjadi seburuk ini.

Penulis yang telah menetap di Kuantan selama kira-kira 11 tahun juga pada mulanya tidak menyangka banjir kali ini adalah satu tragedi yang begitu buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Hujan yang mula turun mencurah-curah selama 3 hari mengakibatkan paras air sungai di sekitar Kuantan mulai naik dengan lajunya. Ban yang baru dibina di kawasan perumahan Sungai Isap sudah tidak dapat menahan air yang begitu banyak dan deras.

Jika banjir pada tahun 2001 dahulu, hanya kawasan Sungai Isap sahaja yang teruk ditenggelami air, kini ia melimpah sehingga ke kawasan Taman Guru, Kampung Belukar, Kampung Razali sehingga ke Kolej Islam Pahang (KIPSAS). Usaha yang dilakukan penduduk mengalihkan kereta ke jalan utama (Kuantan – Gambang) sia-sia, kerana air turut melimpahi jalan. Apabila pencawang-pencawang TNB mula ditenggelami air, bekalan elektrik diputuskan.

Akibatnya, stesen-stesen minyak tidak dapat beroperasi begitu juga dengan perkhidmatan bank turut tergendala. Hampir semua lampu isyarat di Bandar Kuantan tidak berfungsi. Terputusnya bekalan air memburukkan lagi keadaan. Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan terpaksa bergantung kepada air-air minuman dalam botol.

Begitu juga dengan mereka yang berada terperangkap di rumah masing-masing. Ahli keluarga di luar Kuantan mulai cemas kerana terputus hubungan dengan keluarga yang mendiami kawasan banjir. Ini kerana telefon bimbit tidak dapat berfungsi disebabkan baterinya telah kehabisan kuasa.

Suasana di pusat-pusat pemindahan juga kelam kabut. Ini kerana persediaan hanya bagi menampung beberapa ratus mangsa banjir seperti tahun-tahun sebelumnya. Apabila ribuan menyerbu pusat-pusat ini segala bekalan tidak mencukupi.

Begitu juga dengan tenaga pengendali. Sementelah kaki tangan kerajaan yang berkhidmat dengan jabatan-jabatan yang berkaitan bantuan banjir juga turut menjadi mangsa kali ini. Oleh itu amatlah tidak adil jika kesalahan ditujukan kepada jabatan kerajaan di Kuantan apabila bencana ini melanda.

Namun kita percaya dengan penyelarasan yang baik, kaki tangan kerajaan boleh digerakkan dari seluruh negara untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan. Ada yang melihat bot jabatan kerajaan tertambat tidak digunakan kerana pemandunya juga turut sibuk menyelamatkan keluarga.

Apabila usul darurat dibawa oleh YB Ahli Parlimen Kuantan ke Dewan Rakyat dan ditolak, bencana kali ini mula bermain dalam gelanggang politik. Tambahan pula para pemimpin dan perwakilan UMNO sedang sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Tuduhan melulu terhadap YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang mengatakan beliau tidak turun dan mempedulikan kawasannya sebenarnya, menjadikan beliau wira dalam kalangan penduduk Kuantan.

Ini kerana beliau telah turun awal-awal lagi dan berita mengenainya telah tersebar menerusi media maya. Ditambah dengan kalimah ‘bangsat’ yang terhambur keluar dari Ketua Wanita UMNO menambahkan lagi kemarahan warga Kuantan.

Itu belum lagi ketewasan pelbagai skuad yang dilancarkan oleh para pemimpin negara kepada Yayasan Amal. Skuad-skuad ini tidak dapat dirasai kehadirannya dengan berkesan oleh mangsa banjir berbanding dengan para sukarelawan Yayasan Amal ini.

Tidak cukup dengan itu, bantuan yang lambat tiba dan tidak mencukupi menambah luka di hati para penyokong parti pemerintah. Maka tidak hairanlah apabila ada yang mengisytiharkan keluar parti dan beralih arah di Tanah Putih Baru kerana kecewa dengan kesungguhan dan janji-janji yang ditaburkan sebelum pilihanraya yang lalu.

Walau pun berkoyan-koyan bantuan tiba dari UMNO setelah banjir surut ia seperti sudah terlewat. Rakyat mahukan pemimpjn bersama mereka ketika mereka dalam kesusahan.

Tambahan pula bantuan yang tiba itu diagihkan secara berpilih dengan keutamaan kepada para penyokong UMNO. Keadaan ini diburukkan lagi apabila para sukarelawan yang kurang rasa amanah, menyebabkan ada sumbangan yang gagal disampaikan kepada mangsa dan agihannya tidak merata.

Bantuan banjir menjadi seperti pilihanraya. Parti-parti politik sibuk mengibarkan bendera masing-masing membawa bantuan dengan harapan dapat menambat hati mangsa atau sekurang-kurangnya mangsa tahu parti mereka juga turut sama prihatin dalam bencana kali ini.

Adalah diharapkan persaingan sebegini terutamanya bagi bantuan pasca banjir tidak melepasi batasan ‘fastabik ul-khayrat’ dengan meletakkan syarat-syarat tertentu atau ada mangsa banjir yang dinafikan haknya.

Bantuan yang menggunakan wang rakyat hendaklah dikembalikan kepada rakyat yang berhak bukan bersyarat kepada sikap dan pendirian politiknya.

Kini para mangsa banjir sedang bertungkus lumus memulakan hidup baru setelah banjir berlalu pergi. Alhamdulillah gelombang kedua seperti yang diuar-uarkan tidak sebesar gelombang pertama.

Secara puratanya setiap rumah yang terlibat dengan banjir membuang sampah sekurang-kurangnya 1 tan. Sedih apabila melihat hanya sedikit harta yang terselamat. Pakaian, perabot, makanan, barangan elektrik hampir keseluruhannya musnah. Masing-masing termenung memikirkan wang yang diperlukan bagi menyempurnakan kehidupan.

Derita ini ditambah dengan tahun 2014 yang digelar sebagai ‘tahun harga naik’. Pelaksanaan sepenuhnya kadar gaji minimum RM900 menyebabkan segala bentuk perkhidmatan dan barangan turut mengalami kenaikan kos.

Kos ini akan ditanggung oleh pengguna. Belum lagi bercerita berkaitan dengan harga gula (bagi sesiapa yang bukan pesakit diabetes), minyak petrol dan diesel (bagi mereka yang berkenderaan) dan kenaikan tarif elektrik (bagi yang menggunakan bekalan elektrik) amat-amat dirasai oleh warga Kuantan. Mungkin hanya kenaikan kadar tol tidak begitu dirasai oleh penduduk Kuantan kerana laluan LPT sahaja yang mengenakan tol.

Maka jika dicongak politik banjir ini, berasaslah kebimbangan yang disuarakan oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi PAC,yang menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar. Ditambah dengan pandangan Dr Ridhuan Tee Abdullah yang memberikan amaran bahawa pengundi Melayu mungkin akan beralih arah akibat kenaikan harga tol.

Mungkin ada pihak yang menafikan kenyataan ini, tetapi sekurang-kurangnya riak-riak di kawasan parlimen sekitar Kuantan seperti Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar sudah mula menunjukkan tandanya. Sebagai aktivis umat, banjir atau bencana kini, boleh dijadikan salah satu faktor yang memberi impak politik.

GEMPAR JUTAAN KETAM KELUAR DARI HUTAN MENUJU KE PANTAI

Written By canang on Sabtu, 28 Disember 2013 | 12/28/2013 11:27:00 PTG

JIKA di Lahad Datu, Malaysia baru-baru ini heboh dan gempar dengan kemunculan ikan tamban naik ke pantai hingga ribuan ekor. Di Australia lain pula yang terjadi, Di sebuah pulau yang di namakan Pulau Krismas, telah muncul lebih dari 50 juta ekor ketam merah yang tiba-tiba keluar dari hutan untuk menuju kepantai dan lautan.

 
Pulau Krismas adalah sebuah pulau kecil di Australia terletak di Lautan Hindi, kira-kira 2,600 kilometer ke barat laut bandar Perth. 

Lebih 50 juta ketam merah dewasa di beritakan tiba-tiba keluar dari hutan dan menuju ke pantai untuk masuk kedalam lautan. Penghijrahan berlaku serentak di seluruh pulau ini, Ketam ini mengambil masa 5-7 hari untuk sampai ke laut. 

Untuk melindungi ketam daripada di langgar oleh kenderaan, kakitangan Taman Negara Pulau Krismas telah menutup buat sementara waktu jalan-jalan raya, untuk memberi laluan kepada jutaan ketam merah ini untuk berhijrah kelautan.-