Sg Limau: Replika kaki dipotong, BN lapor polis
SG LIMAU
Kempen pilihan raya kecil Sungai Limau dicemari insiden penemuan dua
replika kaki yang dipotong yang digantung berhampiran tempat BN
berkempen di tengah-tengah pekan Sungai Limau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
dalam sidang media segeranya menyifatkan insiden itu sebagai "aneh dan menjijikkan".
"Ini konspirasi untuk menyemai kebencian penduduk tempatan terhadap BN," katanya sambil menafikan insiden itu mempunyai kaitan dengan BN.
Menurutnya, dua replika itu ditemui di kawasan Bukit Besar dan Simpang Tiga sebelum tengahari tadi.
Replika itu juga tertera perkataan 'kaki ustaz' padanya dengan tulisan berdakwat merah.
Menurutnya, petugas parti telah menurunkan replika itu dengan
bantuan polis dan satu laporan polis juga telah dibuat tentang insiden berkenaan.
Pilihan raya kecil N20 Sungai Limau diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan organ dan beliau yang sebelum itu menderita penyakit kencing manis juga terpaksa dipotong kedua-dua kakiknya akibat penyakit tersebut.
Menurut Anwar, beliau didatangi orang ramai yang menonton TV3 yang mendakwa beliau menyokong rancangan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan GST bermula April 2015.
"Saya tanya mereka, kenapa percaya pada media-media ini. Mereka ini agen fitnah," kata Anwar dalam ceramahnya semalam.
"GST itu efisien tetapi apa yang kami nyatakan ialah: kecuali sistem keseluruhannya baik, kita tidak sepatutnya dilaksanakan cukai baru itu," jelasnya.
"Kita jangan laksanakannya melainkan ada peningkatan harga padi, yang sudah 23 tahun tak naik-naik," katanya lagi.
Ketua Umum PKR itu berceramah di empat tempat semalam - Kampung Selengkoh, Pekan Sungai Limau Dalam, Simpang Tiga dan Dulang Besar (Yan Kechil).
Di setiap tempat itu juga jalan raya sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar ceramahnya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, ketika berucap di majlis hari terbuka sambutan Deepavali anjuran PKR di Batu Uban , Pulau Pinang, Anwar mengulangi bahawa pendiriannya bersetuju dengan pelaksanaan GST dengan syarat tahap pendapatan dipertingkatkan supaya ia tidak membebankan golongan pendapatan rendah, seperti sekarang.
Anwar yang pernah menjadi menteri kewangan (1990-1998), berkata
idea cukai itu itimbulkan oleh Tun Daim Zainuddin dan daripadanya Anwar faham tentang keperluan melaksanakannya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tahu bahawa tahap pendapatan rakyat secara amnya perlu ditingkatkan sebelum GST boleh dikenakan supaya golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan.
Menurut Anwar, pelaksanaan GST dalam keadaan di mana rasuah berleluasa , tirisan berlaku dan penyelewengan berulang, akan membebankan golongan berpendapatan rendah.
Katanya, harga minyak telah meningkat selepas pilihan raya umum, begitu juga dengan gula dan tepung, tetapi pendapatan rakyat tidak meningkat.
Oleh itu, katanya, jika dilaksanakan GST pada kadar enam peratus , maka rakyat biasa akan berasa tekanan yang ketara.
Azam berkata, sejak kempen bermula pada 23 Oktober, para menteri kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, mengumumkan peruntukan berjumlah RM15 juta kepada sekolah (sekolah agama dan Cina), penanam padi , peneroka Felda dan masyarakat nelayan.
Azam , 37, memberitahu pengundi Sungai Limau bahawa mereka
mempunyai hak untuk memilih wakil mereka sendiri, tetapi pilihan itu mestilah datangnya dari hati.
Ketika ditemui di majlis PKR di Kg Selengkoh semalam, Azam berkata, ia tidak boleh datang dari wang yang diberikan supaya "pemberinya boleh mencapai matlamatnya".
Sebagai umat Islam, tambahnya, terdapat tiga jenis pemberian - hadiah (bagi mereka yang sudah berada), sedekah (bagi mereka yang memerlukan), dan rasuah di mana pemberinya mengharapkan sesuatu sebagai balasannya.
Oleh itu, graduan Universiti Al -Azhar itu yang ketua dewan Pemuda PAS Jerai itu, berharap pengundi Sungai tahu perbezaan antara pemberian yang dihalalkan Allah - ini dalam kategori pemberian dan amal - dan yang dikutuk oleh Allah, iaitu rasuah.
Mengenai kemampuannya untuk meneruskan peranan ADUN Sungai Limau sebelum itu yang juga bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada 26 September lalu, Azam berkata, pengalaman beliau sebagai pendidik, guru agama dan pentadbir politik, akan menjadi satu kelebihan.
Di Kampung Selengkoh semalam, Azam bertemu dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Sungai Limau untuk membantu PAS dalam kempen pilihan raya kecil itu di mana pengundian bakal berlangsung Isnin ini.
Azam berkata ia adalah kali pertama beliau berkongsi pentas bersama Anwar, dan menganggapnya sebagai "penghormatan".
Terdahulu, dalam satu temubual dengan KiniTV Azam berkata, beliau juga mendukung "politik aman " seperti juga calon BN Ahmad Sohaimi Lazim, 53, yang merupakan seorang pensyarah universiti.
Katanya, ini kerana keluarga dan rakan-rakan mereka terdapat dalam kedua-dua parti itu, dan politik sedemikian telah diamalkan oleh semua wakil rakyat negeri sebelum ini, sama ada dari BN atau PAS.
Beliau melahirkan harapan bahawa BN, yang berjaya menawan semula Kedah daripada PAS dalam pilihan raya umum Mei lalu - akan memenuhi janji mereka untuk membaiki jalan-jalan di Sungai Limau dan menyediakan infrastruktur yang diperlukan.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
dalam sidang media segeranya menyifatkan insiden itu sebagai "aneh dan menjijikkan".
"Ini konspirasi untuk menyemai kebencian penduduk tempatan terhadap BN," katanya sambil menafikan insiden itu mempunyai kaitan dengan BN.
Menurutnya, dua replika itu ditemui di kawasan Bukit Besar dan Simpang Tiga sebelum tengahari tadi.
Replika itu juga tertera perkataan 'kaki ustaz' padanya dengan tulisan berdakwat merah.
Menurutnya, petugas parti telah menurunkan replika itu dengan
bantuan polis dan satu laporan polis juga telah dibuat tentang insiden berkenaan.
Pilihan raya kecil N20 Sungai Limau diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan organ dan beliau yang sebelum itu menderita penyakit kencing manis juga terpaksa dipotong kedua-dua kakiknya akibat penyakit tersebut.
Anwar ingatkan Melayu, Umno punca kemiskinan mereka
SG LIMAU Di
setiap ceramah yang disinggahnya semalam sewaktu berkempen untuk PAS,
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya
tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Menurut Anwar, beliau didatangi orang ramai yang menonton TV3 yang mendakwa beliau menyokong rancangan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan GST bermula April 2015.
"Saya tanya mereka, kenapa percaya pada media-media ini. Mereka ini agen fitnah," kata Anwar dalam ceramahnya semalam.
"GST itu efisien tetapi apa yang kami nyatakan ialah: kecuali sistem keseluruhannya baik, kita tidak sepatutnya dilaksanakan cukai baru itu," jelasnya.
"Kita jangan laksanakannya melainkan ada peningkatan harga padi, yang sudah 23 tahun tak naik-naik," katanya lagi.
Ketua Umum PKR itu berceramah di empat tempat semalam - Kampung Selengkoh, Pekan Sungai Limau Dalam, Simpang Tiga dan Dulang Besar (Yan Kechil).
Di setiap tempat itu juga jalan raya sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar ceramahnya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, ketika berucap di majlis hari terbuka sambutan Deepavali anjuran PKR di Batu Uban , Pulau Pinang, Anwar mengulangi bahawa pendiriannya bersetuju dengan pelaksanaan GST dengan syarat tahap pendapatan dipertingkatkan supaya ia tidak membebankan golongan pendapatan rendah, seperti sekarang.
Anwar yang pernah menjadi menteri kewangan (1990-1998), berkata
idea cukai itu itimbulkan oleh Tun Daim Zainuddin dan daripadanya Anwar faham tentang keperluan melaksanakannya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tahu bahawa tahap pendapatan rakyat secara amnya perlu ditingkatkan sebelum GST boleh dikenakan supaya golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan.
Menurut Anwar, pelaksanaan GST dalam keadaan di mana rasuah berleluasa , tirisan berlaku dan penyelewengan berulang, akan membebankan golongan berpendapatan rendah.
Katanya, harga minyak telah meningkat selepas pilihan raya umum, begitu juga dengan gula dan tepung, tetapi pendapatan rakyat tidak meningkat.
Oleh itu, katanya, jika dilaksanakan GST pada kadar enam peratus , maka rakyat biasa akan berasa tekanan yang ketara.
PAS: Terima wang untuk undi, haram di mata Allah
SG LIMAU
Ketika melangkah ke pusingan akhir kempen 12 hari di pilihan raya kecil
Sungai Limau, calon PAS, Mohd Azam Samat mengingatkan para pengundi
bahawa menerima wang sebagai balasan untuk undi adalah haram di mata
Allah.Azam berkata, sejak kempen bermula pada 23 Oktober, para menteri kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, mengumumkan peruntukan berjumlah RM15 juta kepada sekolah (sekolah agama dan Cina), penanam padi , peneroka Felda dan masyarakat nelayan.
Azam , 37, memberitahu pengundi Sungai Limau bahawa mereka
mempunyai hak untuk memilih wakil mereka sendiri, tetapi pilihan itu mestilah datangnya dari hati.
Ketika ditemui di majlis PKR di Kg Selengkoh semalam, Azam berkata, ia tidak boleh datang dari wang yang diberikan supaya "pemberinya boleh mencapai matlamatnya".
Sebagai umat Islam, tambahnya, terdapat tiga jenis pemberian - hadiah (bagi mereka yang sudah berada), sedekah (bagi mereka yang memerlukan), dan rasuah di mana pemberinya mengharapkan sesuatu sebagai balasannya.
Oleh itu, graduan Universiti Al -Azhar itu yang ketua dewan Pemuda PAS Jerai itu, berharap pengundi Sungai tahu perbezaan antara pemberian yang dihalalkan Allah - ini dalam kategori pemberian dan amal - dan yang dikutuk oleh Allah, iaitu rasuah.
Mengenai kemampuannya untuk meneruskan peranan ADUN Sungai Limau sebelum itu yang juga bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada 26 September lalu, Azam berkata, pengalaman beliau sebagai pendidik, guru agama dan pentadbir politik, akan menjadi satu kelebihan.
Di Kampung Selengkoh semalam, Azam bertemu dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Sungai Limau untuk membantu PAS dalam kempen pilihan raya kecil itu di mana pengundian bakal berlangsung Isnin ini.
Azam berkata ia adalah kali pertama beliau berkongsi pentas bersama Anwar, dan menganggapnya sebagai "penghormatan".
Terdahulu, dalam satu temubual dengan KiniTV Azam berkata, beliau juga mendukung "politik aman " seperti juga calon BN Ahmad Sohaimi Lazim, 53, yang merupakan seorang pensyarah universiti.
Katanya, ini kerana keluarga dan rakan-rakan mereka terdapat dalam kedua-dua parti itu, dan politik sedemikian telah diamalkan oleh semua wakil rakyat negeri sebelum ini, sama ada dari BN atau PAS.
Beliau melahirkan harapan bahawa BN, yang berjaya menawan semula Kedah daripada PAS dalam pilihan raya umum Mei lalu - akan memenuhi janji mereka untuk membaiki jalan-jalan di Sungai Limau dan menyediakan infrastruktur yang diperlukan.
Emosi & realiti di sebalik kalimah 'Allah'
Ramai
minta saya tulis artikel tentang isu nama Allah yang dipanaskan semula
dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak Muslim dengan
sesetengah pihak Kristian.
Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.

Isu
kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri
di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara
Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan
selepas Nabi Muhammad SAW memang menggunakan perkataan Allah merujuk
kepada Tuhan.
Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama Allah. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi SAW sebagai Rasulullah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah'.
Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah' sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.
Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.

Orang Islam
seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah
(maksudnya): "Segala puji bagi Allah tuhan segala alam."
Tiada Muslim pun yang menyebut "segala puji bagi Allah Tuhan kaum Muslimin sahaja". Ini kerana Muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan
mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu
kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah.
Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.

Kristianisasi
Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama Allah disebut.
Sementara orang cina yang bukan Muslim di Kelantan terbiasa dengan
kalimah ‘insya-Allah'.
Ada lagu negeri-negeri yang terdapat ‘kalimah Allah' yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo polis dan Tentera tertulis ‘Allah' dan ‘Muhammad'. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang Muslim dan non-Muslim.

Namun apabila orang Muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang
Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam.
Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud.
Orang Muslim dalam negara ini bimbang. Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai Allah yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit.
Apa tidaknya, mengapakah hanya versi Melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan Allah'? Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan Allah?

Provokatif
Kelihatan seolah macam macam ada ‘hidden agenda' ataupun ‘mala fide' di
situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi
agama di pihak Kristian.
Bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu Allah, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.

Maka,
bantahan untuk orang bukan Muslim menggunakan nama Allah dalam edaran
bahasa Melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian
masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran.
Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.

Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan
larangan mutlak bahawa bukan Muslim sama sekali tidak boleh menyebut
dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam
bentuk provokasi agama dilarang.
Salah faham
Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan
Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah. Kononnya nama
Allah eksklusif untuk Muslim sahaja. Ada pula yang berfatwa murtad
sesiapa yang membenarkan.
Pada hal nas asal,
dalam al-Quran dan al-Sunah membenarkan bahkan menggalakkan mereka
menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang
Sebenar ataupun ‘The Supreme Being'.
Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini.
Firman Allah (maksudnya):
Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid). (Surah al-Ankabut ayat 63)

Bahkan Nabi SAW ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah
ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama Allah,
bukan nama Jesus.
Firman Allah (maksudnya):
Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta. (Surah Ali ‘Imran 59-61).

Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai
perjanjian Hudaibiah antara Nabi SAW dengan Quraish Mekah, seperti
berikut:
"Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi SAW. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi SAW: barangkali aku boleh tulis bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu Bismikalahumma (dengan nama-Mu ya Allah!)".
Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi SAW menerima bantahan tersebut.
Ertinya, Nabi SAW membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!

Lojik
Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah,
bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka
terpaksa menahan diri dari menyebut masya Allah dengan diganti
‘masyaa-God'.
Jika bukan Muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab Allah. Dia tidak boleh berkata:
"Tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya."
Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.

Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi
yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan
itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam.
Apatah lagi kenyataan yang memurtadkan sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi SAW, dan umat Islam di seluruh dunia.

Maka, kita Muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait
sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentimen agama mengenainya.
Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama.
Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan.
Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive? Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.
Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama.
Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan.
Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive? Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.
Sewaktu 'Allah' tiada muncul di bibirmu
Suatu
hari tiba-tiba Ronasina, si kartunis itu, melontarkan pertanyaan penuh
filsafat. Dan sekali gus pernyataan politik dan budaya. Juga, satu
testamen agama.
"Budak ini panggil tuhan dia apa?" tulis bapanya Mohd Affandi Ramli, si kartunis itu, di Twitter dengan melampirkan wajah penuh mentah An-Nur.
Kata-kata ini tiada makna segera lagi kuat jika kita tidak mengenali Ronasina, penerbit majalah Posto, dengan anak kecilnya yang mengalami kelumpuhan otak, cerebral palsy.
Baru-baru ini beliau terpaksa membawa harapan anak ini kepada timbalan perdana menteri di Dewan Rakyat, menarik tangan keprihatinan kerajaan dalam masalah pendidikan bagi mereka yang alami cerebral palsy (kanan).
"Segera! Anak kami perlu sekolah!" memorandum kumpulan Hope2 Walk itu menjerit.
Kenalan ini, yang saya tidak pernah cuba mengenalinya dengan akrab, mencetuskan sisi lain polemik 'Allah' itu milik siapa, orang Islam sahaja atau turut dikongsikan dengan umat Kristian.
Barang kali si bapa tertanya-tanya kenapa manusia, yang boleh bertutur, asyik bertekak siapa yang layak memiliki nama 'Allah'.
Bagaimana nasib insan yang tidak mampu berkata-kata atau nyawa yang tidak mampu berrasional seperti selayaknya manusia normal?
Di luar bahasa, di luar akal
Lalu saya, seperti obsesi selama bertahun-tahun, menjawab:
Tuhan tidak ada pada nama sebab semua kata-kata, alat kesedaran diri, menipu. Kita temui-Nya di luar kesedaran, supra-rational.
"Bahasa hanya alat ciptaan manusia. Tuhan juga berkata-kata dalam bahasa manusia untuk kita kenali. Tapi hadir-Nya di luar bahasa," tambah saya di Twitter.
Bahasa itu rekaan rasional manusia untuk memudahkan komunikasi. Walaupun sungguh bertenaga, termasuk untuk tujuan menjahamkan, bahasa tetap juga mengandungi kelemahannya.
Ia hanya perwakilan hasrat hati, pergolakan akal dan kecelaruan dunia di sekeliling kita; alat propaganda politik dan sekali gus luahan resah batin.
Ia hanya pinjaman yang bersifat sementara, kenderaan rasional yang membawa makna dari individu kepada individu lain. Makna yang terbatas, yang mengelirukan dan yang boleh disalahtafsirkan.
Oleh itu, bahasa, biarpun alat kesedaran diri, tidak pernah cukup untuk mencapai kedalaman rohani, termasuk pengalaman bertuhan.
Allah tidak bersemayam pada dan dalam bahasa. Dia berada di luar bahasa, di luar akal, di luar kesedaran diri, di luar pengalaman rasional.
Allah, tuhan sekalian alam (baca: kecuali untuk terbitan mingguan The Herald), tidak ada pada nama, dan tidak ada pada bahasa apa pun. Malah, Allah sebenarnya hilang dalam bahasa.
Bahasa, yang menipu dan mengelirukan itu, menyembunyikan Allah daripada manusia seperti Dia melarikan makna 'alif lam mim' daripada kita.
Bukan pendukung kesalehan peribadi
'Allah' sebagai kata nama khusus - daripada kata nama umum, ilah - menjadikan kita berteka-teki apakah hakikat Diri-Nya. Ibarat bijak pandai berteka-teki rahsia apa yang tersirat di balik kalam-Nya, 'alif lam ra'.
Kalam kudus Tuhan dalam kitab-kitab suci yang kita namakan wahyu dari langit akhirnya terpenjara dalam bahasa dan makna manusiawi; sebab itu saja alat rasional lagi mudah memperkenalkan diri-Nya.
Wahyu, yang kita pelajari dan ditanggapi dengan akal sihat, hanya ketukan di muka pintu. Kita buka, jika berjaya, kenallah kita pada-Nya. Tetapi mampukah kita menarik-Nya bertamu di rumah kesedaran diri kita?
Tidak mungkin! Kerana bahasa itu membataskannya dan perebutan nama Allah hanya kesia-siaan bagi mereka yang mencari rasionaliti agama dalam bendungan kuasa dan budaya.
Jadi pertengkaran kita itu tidak lebih daripada pergeseran politik, agama dan budaya, bukannya perselisihan pengalaman rohani.
Pendukung 'Allah' hanyalah pendukung politik, agama dan budaya, bukannya pendukung kesalehan peribadi. Tiada kesalehan dalam persaingan ini.
Kealiman peribadi yang datang daripada kehadiran diri bersama Allah tidak cukup dengan kata-kata. Jadi, untuk apa ia diperebutkan?
Pengenalan ini ibarat jatuh hati kepada kekasih dan 'Allah' itu tidak ubah ungkapan 'aku cinta padamu' yang menggetarkan jiwa tetapi percintaan bukan sekadar luahan nafsu dalam rangkap itu.
'Allah' barangkali, bagi kekasih yang buruk, tidaklah lain daripada usaha menanam tebu plastik di bibir palsu.
Namun, di sisi nuraninya yang dalam dan jernih, An-Nur seperti juga anak-anak kecil lain pastinya lebih dekat dan lebih mengenali Allah-nya daripada kita yang waras, yang pandai menyusun kata-kata.
FATHI ARIS OMAR seorang anggota sidang pengarang Malaysiakini dan sentiasa cuba menyelami keterbatasan bahasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan