Sabtu, 9 November 2013

HIDUP MATI DALAM TANGAN ALLAH...IBARAT BUAH KELAPA

Mahathir mahu saya mati, saya berdoa Mahathir hidup

Lim Kit Siang, 08 Nov 2013
Mahathir mahu saya mati, kerana itu beliau menjalankan misinya dalam Pilihanraya Umum ke-13 dengan berkempen di Gelang Patah untuk menjadikan kawasan itu “kubur” politik saya.

Sebelum pilihanraya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi “kubur” saya. Seruan beliau itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya “terperangkap” di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah “tamat”.

Persaingan di Gelang Patah dalam PRU13 adalah pertempuran politik “hidup dan mati” bagi saya kerana saya berdepan bukan saja dengan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjadi Menteri Besar selama empat penggal, tetapi juga kerana saya terpaksa berdepan dengan tiga lagi orang kuat Umno – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan di Malaysia, iaitu Tun Mahathir sendiri.

Tetapi saya bersedia mempertaruhkan nasib, meninggalkan kerusi parlimen selamat bagi saya, iaitu Ipoh Timur, yang telah saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi, untuk bertanding di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang hampir 9,000 undi majoriti pada tahun 2008 dan 21,666 undi majoriti pada tahun 2004.

Saya mahu berterimakasih kepada ahli-ahli parti, para penyokong dan semua pihak yang mendoakan kejayaan saya pada malam 5 Mei 2013 lalu. Menerusi lawatan saya ke seluruh negara sepanjang beberapa bulan lalu, saya mendapat tahu bahawa mereka bimbang tentang kedudukan parlimen Gelang Patah ketika pilihanraya umum dan bahawa mereka, seperti juga saya, sama sekali tidak dapat menjangkakan keputusan pilihanraya di kawasan parlimen itu. Ketika itu, saya menggantungkan masa depan politik saya sepenuhnya di tangan para pengundi di Gelang Patah.

Pada malam 5 Mei 2013 itu Mahathir kalah dan saya menang. Saya telah membuktikan Mahathir telah berbuat silap kerana bekas Perdana Menteri itu telah bermain politik rendah yang jelek dan tidak bermoral dengan menyebarkan pembohongan dengan mendakwa saya bertanding di Gelang Patah untuk meninbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu dan bahawa saya mahu Cina membenci Melayu dan menolak kerjasama dengan Melayu.

Sedangkan hakikatnya berlawanan. Sepanjang kempen saya telah menggesa semua pengundi, tanpa mengira kaum, untuk bekerjsama sebagai satu bangsa Malaysia untuk mengejar Impian Malaysia dan menyokong Pakatan Rakyat sebagai pakatan politik pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Dalam semua ceramah saya di Gelang Patah sepanjang kempen pilihanraya selama tiga minggu itu, saya telah menegaskan bahawa saya mahu menang bukan saja dengan undi Cina, tetapi juga dengan sokongan Melayu dan India.

Saya merasa lega pada malam keputusan pilihanraya kerana saya tidak mungkin menang di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa sokongan para pengundi Melayu – ini adalah bukti nyata bahawa orang Melayu di Johor tidak semudah itu menjadi mangsa pembohongan Mahathir yang mahu mewarnakan kempen Gelang Patah dengan unsur perkauman.

Kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas, di mana bekas Perdana Menteri itu telah mempertaruhkan seluruh reputasi politiknya atas keupayaannya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya, bukan satu-satunya petanda kuasa dan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme tidak lagi sehebat dan seperkasa yang cuba ditonjolkan.

Sebenarnya, telah ada beberapa tanda awal kemerosotan tersebut, misalnya kegagalan Mahathir pada tahun 2006 untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno. Rentetan daripada itu beliau telah keluar daripada Umno dan meningkatkan kempen beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tetapi kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas adalah petanda pertama daripada tiga petanda penting kemerosotan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme sejak enam bulan lalu.

Dua petanda lain:

-       Kegagalan anak beliau, Mukhriz Mahathir, untuk merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden Umno dalam pemilihan Umno bulan lalu, walaupun Mahathir menyalahkan politik wang sebagai punca kekalahan Mukhriz; dan

-       Kegagalan beliau untuk membawa kemenangan kepada Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau (kawasan yang termasuk dalam parlimen Kota Setar Selatan yang Mahathir adalah Ahli Parlimennya di tahun 1964 hingga1969) walaupun beliau turun berkempen di sana.

Mungkin kerana menyedari kemerosotan pengaruhnya, Mahathir menunjukkan kekecewaan dengan menulis dalam blog beliau bahawa saya takut pada “bayang” beliau dan bertanya: “When will Kit Siang retire? When he is dead?” (Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?)

Tiada sebab untuk sesiapa pun takut dengan “bayang” Mahathir dalam keadaan bayang itu sendiri telah mula pudar.

Rakyat Malaysia sepatutnya lebih bimbang dengan kesan buruk daripada Mahathirisme – warisan Mahathir setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Kesan buruk Mahathirisme paling besar ialah apabila Mahathir sendiri meminggirkan Wawasan 2020 dan dasar Bangsa Malaysia beliau (selain dasar 1Malaysia Najib) dengan menjadi Godfather gerakan Ku Klux Klan Malaysia yang sarah dengan khutbah pemecah-belah dan politik kebencian dalam menjuarai ketuanan kaum dan bukannya ketuanan bangsa Malaysia. Ini menghasilkan jurang perkauman paling lebar dalam sejarah Malaysia.

Kesan buruk Mahathirisme yang lain:

-       Terjejasnya kebebasan badan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang;

-       Merosotnya keyakinan pihak di dalam dan luar negeri terhadap kecekapan, mutu, profesionalisme dan integriti institusi-institusi negara yang utama;

-       Kemerosotan sistem pendidikan yang dulunya bertaraf antarabangsa – di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi; dan

-       Berleluasanya korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di jabatan politik tertinggi

Mahathirisme akan terus memberi kesan buruk kepada Malaysia dan tidak akan membantu negara ini mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang rakyatnya bersatu, berjaya, dan berdaya saing di peringkat dunia.

Mahathir mahu saya mati, tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun untuk menyaksikan kemerosotan dan berakhirnya Mahathirisme.

Untuk menjawab pertanyaan “Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?”, izinkan saya memetik kata-kata terkenal Wen Tianxiang, seorang sarjana dan panglima Dinasti Sung, untuk direnung oleh Mahathir: “Semua manusia akan mati, tetapi kesetiaanku akan menyinari catatan sejarah selama-lamanya.”

Untuk makluman Mahathir, “kesetiaan” yang saya maksudkan di sini adalah kesetiaan kepada Malaysia.

Resolusi Tanah: Orang Asal mahu kerajaan mohon maaf

Jaringan Orang Asal, 08 Nov 2013


PENAMPANG: Lebih 400 peserta persidangan nasional berkenaan tanah telah menghasilkan Resolusi Tanah Orang Asal di Dewan Tun Fuad, di sini.

Persidangan anjuran oleh Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) yang diadakan pada 6 dan 7 November itu melibatkan peserta Orang Asal dari seluruh Malaysia, serta wakil-wakil dari kerajaan, syarikat-syarikat, pelajar-pelajar dan ahli akademik.

43 perkara dalam resolusi itu bertujuan untuk menangani pelanggaran hak tanah adat Orang Asal, yang pada akhir-akhir ini telah diburukkan lagi oleh pindaan undang-undang dan tindakan kerajaan.

"Kami mahu kerajaan memohon maaf untuk segala kesalahan terhadap Orang Asal," kata kebanyakan peserta.

Perbincangan semasa persidangan itu bertemakan 18 syor dari laporan Suhakam khususnya penubuhan sebuah Suruhanjaya Nasional Orang Asal yang bebas, pengiktirafan hak tanah adat Orang Asal, menangani ketidakseimbangan pembangunan tanah, mencari remedi tanah yang hilang, mencegah kehilangan tanah pada masa hadapan dan menangani isu pentadbiran tanah.

Salah satu perkara utama dalam resolusi tersebut termasuk menggesa kerajaan untuk menyiarkan dan merealisasikan Deklarasi Antarabangsa terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP) dalam urusan-urusan, program-program dan dasar-dasar yang melibatkan Orang Asal dan tanah mereka.

UNDRIP, yang disokong oleh Malaysia, memerlukan proses izin berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (Izin-MABT) dalam semua urusan yang melibatkan Orang Asal.

Seruan untuk Izin-MABT adalah dipersetujui sebulat suara, terutamanya dengan projek empangan mega yang tidak memperolehi Izin-MABT serta sokongan daripada Orang Asal.

"Bantahan di Murum dan sekatan di Baram Sarawak, sekatan di Ulu Papar yang membantah empangan Kaiduan di Sabah tidak berlaku secara kebetulan,” kata Setiausaha Agung JOAS, Mary Giun.

Katanya lagi, rakyat telah merasai bencana akibat pembinaan empangan Bakun, bukan sahaja terhadap kehidupan Orang Asal yang kini menjadi lebih teruk, tetapi juga kemusnahan alam sekitar.

Mereka tidak mahu melihat kesilapan yang sama berulang," jelasnya.

"Kerajaan telah menganiayai Orang Asal dengan meminggirkan kami, mengetepikan pemilihan demokratik pemimpin tradisional kami, mengkategorikan kami sebagai miskin dan kini atas nama pembangunan dan pembasmian kemiskinan, tanah dan sumber-sumber kami telah dirampas," kata Jannie Lasimbang, Pengarah Sekretariat JOAS yang juga ahli Mekanisme Pakar Hak Orang Asal di PBB menjelaskan mengapa Orang Asal menuntut permohonan maaf daripada kerajaan.

Berita ceria kepada pengundi BN PRU13

http://omakkau.blogspot.com/, 08 Nov 2013

BERITA YANG MEMBAWA KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN KEPADA PENGUNDI UMNO/BN PRU 13 LALU ... TARIF ELEKTRIK BAKAL NAIK TAHUN DEPAN!!!!



Berita ini sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh semua para pengundi UMNO/BN pada PRU13 lalu.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan sudah datang dan menjadi kenyataan jua.

Mengikut laporan ... Tarif elektrik bakal dinaikkan tahun depan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan restu dan kebenaran dari Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak.

Omak Kau pasti agak para penyokong UMNO/BN pasti gembira .. terbayang akan wajah senyuman lebar sampai ke telinga setiap penyokong, pendokong dan ahli UMNO yang memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU13 lalu.

Inilah masanya para pengundi UMNO menerima balasan hasil kerja penat berpeluh-peluh nak memenangkan UMNO/BN tempoh hari.

Masa UMNO/BN membalas budi. ... Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada kesemua pengundi UMNO/BN .. Kerana kamulah rakyat menerima hadiah lumayan ini dari UMNO/BN.

Kalau Pakatan Rakyat menang tempoh hari janji dan manifesto PR ialah mengurangkan tarif elektrik. .. Tapi para pengundi UMNO tidak mau itu semua sebab mungkin tidak ada class bayar elektrik murah .. Lagi mahal lagi bergaya dan menunjukkan negara kita maju.

Luahan staf Kawalan Prima

http://www.ekeleh.com, 08 Nov 2013
Luahan_Staf_Kawalan_Prima

Macai Umno keliru panji Rasulullah dengan bendera Syiah

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com, 08 Nov 2013

Macai umno Keliru di Antara Bendera syiah dan Panji Rasullulah


Edisi kantoi macai BN yg kosong otaknya..bersangka baik barangkali waktu belajar lari ponteng dalam tandas...bersangka baik barangkali neuro otak tak bersambung..

Aku tak harapkan yg macai umno bn baca ni sebab panjang sgt sbb depa mana baca tapi takpala~ cek tulis jugak utk org yg dahaga ilmu~

1) Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.” Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh denganlafadz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’. Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af ’al) Nabi Sallallahu‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa’) berwarna putih.” . An-Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawasemasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom,baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (sama ada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi waSallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali.” Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Saya tidak menyeru PAS dibatal pendaftaran – Karpal

Harakahdaily, 08 Nov 2013
KUALA LUMPUR: “Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu,” tegas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Justeru, beliau yang juga  Ahli Parlimen Bukit Gelugor agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadapnya oleh beberapa pemerhati politik, ahli akademik dan para pengulas politik tertentu.

“Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Saya agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadap saya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan saya yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.

Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini.


Terence Netto telah benar-benar termakan dengan putar belit Utusan Malaysia bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya; yang kemuncaknya menyifatkan saya sebagai seorang yang cuai serta tidak cermat dan saya tidak bertambah matang seiring dengan usia dan pelbagai kata-kata buruk lain di dalam artikelnya.

Saya terkejut bagaimana Terence Netto yang telah meningkat usianya tetapi tidak banyak mengambil pengajaran. Tidak mahu kalah, sesetengah orang kuat PAS pun turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu.

Sudah tentu, terdapat ramai lagi, termasuklah seorang profesor, yang turut mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS.

Benar, saya telah menyeru agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam bahkan, melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah.

Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam. Saya tegas dengan pendirian saya menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 ketika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas dan terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri waktu itu Dr. Mahathir, yang langsung membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek.

Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam.

Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu.

Terence Netto dan mereka yang seangkatan dengannya jelas telah terlepas pandang akan perkara itu. Sama ada disengajakan atau disebabkan oleh nurani personaliti-personaliti ini.

Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebelum pilihan raya umum 2004?

Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?

Bolehkah PAS menafikan bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, pada 13.10.13 telah berkata, ketika ditanya sama ada keahlian penuh akan diberikan kepada bukan beragama Islam berikutan sokongan besar yang PAS terima daripada DHPP di dalam pilihan raya umum, beliau berkata:

"Buat masa ini, kami mempunyai sayap penyokong PAS (DHPP) untuk yang bukan beragama Islam. Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan di kami di kalangan bukan beragama Islam. Seterusnya, cabaran kami ialah untuk menjadikan diri kami releven di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan beragama Islam dan meningkatkan sokongan daripada umat Islam."

Bolehkah PAS menafikan pada pilihan raya umum 2008, ia meletakkan calon dari masyarakat India, R. Kumutha, untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri Tiram di kawasan parlimen Johor Bharu?

Bolehkah PAS menafikan pada 6.11.2013, DHPP melalui setiausahanya K. Deepakaran dalam membahaskan ucapan dasar Presiden sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya menganggap golongan bukan beragama Islam di dalam PAS sebagai sebahagian daripada jenteranya.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo 'PAS For All'."

Beliau juga menekankan, "Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam."


Di sidang akhbar pada hari Selasa, saya menekankan sekali lagi, saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang jelas-jelas merupakan parti rasis yang perlu dibatalkan pendaftarannya.

Saya tidak meletakkan PAS di dalam bakul yang sama apabila saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas dasar kaum. Saya telah menyatakan kebenaran. Tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi. Itu saya boleh jamin.


PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan PAS salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini.

Muktamar PAS medan perkukuh tahaluf siyasi

Khairul Faizi Ahmad Kamil, 08 Nov 2013
1. Saya diamanahkan untuk membahas tentang perkara yang berkaitan dengan Tahaluf Siyasi semasa Konvensyen PAS Negeri Johor yang diadakan pada hari Ahad yang lalu.

2. Saya telah membentangkan tentang sejarah tahaluf siyasi yang pernah dilalui oleh PAS Johor sejak ditubuhkan pada 19 Mac 1954. Sepanjang tempoh ini, ada kalanya PAS dilihat tidak mendapat kelebihan dan ada kalanya ia menguntungkan.

3. Apabila PAS menyertai Parti Perikatan selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana kerusi Melayu Umno di dalam Perlimen ketika itu sangat sedikit dan untuk mengekalkan kuasa Melayu PAS telah bersetuju untuk menjadi anggota baru Parti Perikatan dan seterusnya menukar nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1974.

4. Dek kerana Johor adalah kubu Umno maka PAS Johor tidak meletakkan calon dalam PRU ke 4 iaitu pada tahun 1974 di atas pemuafakatan politik pada ketika itu dan BN terus menguasai pentas politik dan Pilihan Raya di Johor. Keputusan PAS Johor untuk tidak meletakkan calon telah menyebabkan beberapa ahli PAS mengisytiharkan diri bertanding sebagai calon bebas.

5. Apabila PAS ditendang keluar daripada BN pada tahun 1978, barulah PAS Johor kembali mengorak langkah menyertai pilihan raya dengan bertanding menentang BN di 23 kerusi Dun dan 12 kerusi Parlimen di seluruh Johor.

6. Perpecahan Umno pada tahun 1987 sehingga mewujudkan Parti Melayu semangat 46 (S46) memberikan kelebihan kepada PAS secara keseluruhannya sehingga terbentuknya kerajaan APU di Kelantan yang masih utuh sehingga kini namun ia bukanlah khabar gembira untuk PAS Johor. Pilihan Raya Umum ke 10 pada tahun 1990, telah menyaksikan suatu penyatuan di kalangan partai pembangkang apabila PAS bersama Semangat 46 berjaya bergerak di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) dan Semangat 46 bersama parti-parti lain berjaya membentuk Gagasan Rakyat.

7. PAS Johor sekali lagi ‘mendapat nasib malang’ PAS Johor hanya dibenarkan untuk meletakkan tiga orang calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Endau, Rengit dan Benut kerana ia disebabkan keputusan persepakatan antara PAS dan Semangat 46 dalam Angkatan di mana kuota kerusi telah pun dipersetujui bersama mengikut kekuatan pengaruh sesebuah parti di sesuatu kawasan.

8. Walaupun peratusan sokongan kepada PAS melepasi 30% di setiap kerusi yang ditandingi namun ia telah mengurangkan pengaruh PAS di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Johor. PAS berterusan mengalami nasib yang sama apabila menghadapi PRU ke-9 dengan jumlah kerusi yang sedikit.

9. Namun, ia berbeza dengan situasi tahaluf siyasi apabila PAS bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN), DAP dan PRM pada tahun 1998 setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

10. Kerjasama di gabungan Barisan Alternatif ini telah memberikan ruang kepada PAS untuk bertanding lebih daripada 20 kerusi Dun dan Parlimen manakala pada tahun 2004 PAS telah meletakkan calon di 36 Dun namun pencapaian PAS secara keseluruhannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1999. PAS menang satu kerusi iaitu kerusi Dun Senggarang di atas kesilapan teknikal BN. PAS berjaya mendapat sokongan sebanyak 18.3% undi keseluruhannya kerusi yang telah ditandingi.

11. Pilihan Raya Umum kali ke-12 yang diadakan pada tahun 2008 memberikan ruang untuk PAS bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dun. PAS buat pertama kalinya telah berjaya menang di kerusi N13 Sungai Abong dan N15 Maharani. Begitu juga peratusan undi yang telah diperoleh PAS daripada 33 kerusi Dun yang ditandingi itu adalah sebanyak 31.63% menunjukkan pencapaian PAS semakin memberangsangkan.

12. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, PAS Johor telah bertanding 30 kerusi Dun dan 7 Parlimen tetapi kali ini PAS Johor telah mendapat keputusan yang terbaik dalam sejarah PAS di Johor apabila berjaya menang 4 kerusi Dun dan meningkatkan sokongan kepada 42% daripada jumlah kerusi yang ditandingi. PAS menang di Dun Putri Wangsa dan Dun Parit Yaani serta mengekalkan kerusi Dun Maharani dan Dun Sungai Abong.

13. Apa yang dapat saya nyatakan di sini, PAS Johor telah mendapat banyak manfaat di atas keputusan permuafakatan politik ini walaupun pada dua permuafakatan awal telah memberikan kesan negatif kepada perkembangan PAS di Johor sehingga berlakunya perpecahan di dalam PAS.

14. PAS Kawasan Kluang memperakui bahawa Tahaluf Siyasi PAS telah membantu kepada peningkatan sokongan pengundi kepada PAS di Dun Mahkota, Kluang. PAS Kluang telah mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah penubuhan PAS selama 30 tahun. Bermula dengan pengalaman 'hilang deposit' pada tahun 1986 sehinggalah mencatatkan sokongan 48.5% pengundi di Dun Mahkota.



15. Apa yang perlu ketika ini adalah penegasan terhadap Tahaluf Siyasi yang telah dibina sejak tahun 2008 itu diperkuatkan dan diperbaiki segala bentuk kelemahan. Diperakui bahawa terdapat beberapa kelemahan yang berlaku seperti pertindahan kerusi di beberapa tempat tetapi ia bukanlah satu perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan baik.

16. Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 22 – 24 November 2013 yang akan datang ini di Shah Alam adalah medan terbaik untuk PAS secara keseluruhannya memperhalusi segala bentuk kelemahan yang wujud sepanjang permuafakatan politik ini, mudah-mudahan penggabungan di dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih utuh untuk menumbangkan BN dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan berkebajikan untuk rakyat Malaysia.
Penulis ialah Yang Dipertua PAS Kluang merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tiada ulasan: