Agong: Jangan bawa budaya assabiyyah
Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan rakyat
supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat
majmuk.
Seri Paduka bertitah rakyat sebaliknya perlu memahami konsep "penerimaan dan kebersamaan" yang menunjangi kesejahteraan hidup.
"Marilah kita bersikap sederhana dalam kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," titah Seri Paduka semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M peringkat kebangsaan dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya hari ini.
Tuanku Abdul Halim juga melahirkan kegusaran apabila semangat "kebersamaan dalam kepelbagaian" dalam kalangan rakyat cuba dihakis dan diganggu gugat pihak tertentu.
"Pelbagai isu sensitif dan slogan cuba dicanangkan, sedangkan semua pihak tahu dan perlu memahami bahawa kita semua bertanggungjawab menjaga kepentingan perpaduan dan keamanan negara," titah Seri Paduka.
- Bernama
Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.
PENGERTIAN NASIONALISME
Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:
Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.
Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.
Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.
PERCANGGAHAN NASIONALISME DENGAN AGAMA ISLAM
Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisme dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam. Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam. Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah s.w.t. semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini. Secara asasnya percanggahan tersebut bolehlah dibariskan kepada empat bahagian seperti berikut:
(1) Ia adalah fahaman yang membina penyatuan manusia di atas asas menerima pensyarikatan yang berlaku di kalangan manusia terhadap ketuhanan Allah s.w.t. di alam ini. Ia dengan itu adalah penyatuan yang tidak menjadikan kepentingannya membimbing manusia kepada mentauhidkan Allah s.w.t. dan kepada membulatkan kehambaan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Penyatuan yang meredhakan kekufuran seperti ini adalah bentuk penyatuan yang membawa penyesalan para pengamalnya di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Ankabut ayat 25 yang berbunyi:
Dan berkata Ibrahim: Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah s.w.t. adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tiada bagi kamu para penolong pun.
(2) Ia adalah fahaman yang membina kepentingan manusia di atas asas kepentingan di dunia semata-mata dengan melupakan kepentingan kesejahteraan manusia di akhirat. Kepentingan akhirat itu hanya dapat dicapai melalui ketaatan yang penuh kepada segala perintah Allah s.w.t. yang telah disampaikan oleh RasulNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Israa' ayat 18 dan 19 yang berbunyi:
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.
(3) Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala'. Yang dikehendaki dengan hukum al-wala' ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah s.w.t. atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.
Dari sini dapatlah difahami bahawa hukum wala' di dalam masalah kepimpinan bukanlah semata-mata persoalan setakat memastikan kekuasaan mutlak tidak berada di tangan golongan kuffar seperti yang difahami secara menyeleweng oleh penulis buku "Permasalahan Agama dan Politik" tetapi ia sebenarnya adalah persoalan memastikan bahawa orang-orang kafir tidak mendapat kuasa yang boleh menghalang orang-orang Islam daripada melaksanakan ketaatannya kepada Allah s.w.t. secara sempurna.
Di dalam negara yang mengamalkan nasionalisme sekular pada hari ini kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Muslimin adalah kuasa yang tidak melibatkan kebebasan mereka melaksanakan hukum Allah s.w.t. atau dengan kata lain ia adalah kuasa yang tidak menafikan kemestian orang-orang Islam mentaati orang-orang kafir di dalam hukum dan peraturan ciptaan mereka. Oleh itu persoalan para khalifah Islam yang terdahulu melantik dan memberi ruang kepada orang-orang kafir menjawat beberapa jawatan negara tidaklah boleh disamakan dengan corak pentadbiran negara sekular pada hari ini. Pemberian jawatan kepada golongan kafir zimmi pada zaman itu adalah berlaku di dalam suasana terlaksanya hukum Allah s.w.t. secara sempurna dan megah dan tidak pula membawa kerugian kepada umat Islam.
Seterusnya perlulah diingatkan mengenai kesesatan penulis tersebut yang cuba meletakkan persoalan melantik orang-orang kafir di tanah air pada hari ini sebagai termasuk di dalam rukhsah yang dibenarkan oleh syariat Islam. Perlulah difahami bahawa rukhsah di dalam Islam adalah digantungkan di dalam perkara ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia sama sekali tidak dibenarkan dalam perkara maksiat dan mungkar seperti rukhsah yang difahami oleh penulis buku tersebut kerana rukhsah seperti itu adalah rukhsah yang membuka jalan untuk melakukan perkara yang amat mungkar iaitu menolak hukum Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan di dalam negara yang merupakan syarat kerjasama di antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam yang diletakkan oleh penjajah. Menolak hukum Allah s.w.t. dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam, firman Allah s.w.t. di dalam Surah As-Syura ayat 21 yang berbunyi:
Apakah mereke mempunyai sembahan-sembahan selain Allah s.w.t. yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah s.w.t. .
Seterusnya perlulah ditegaskan pula mengenai kesesatan penulis buku tersebut apabila beliau meletakkan perkara memberi sebahagian kepimpinan umat Islam kepada orang kafir sebagai termasuk di dalam taqiyyah yang dibenarkan oleh Islam. Perlulah difahami bahawa hukum taqiyyah hanyalah dimaksudkan oleh syarak sebagai rukhsah kepada orang perseorangan sahaja dan di dalam keadaan yang berkait dengan paksaan sahaja. Ia tidak dibenarkan untuk menjadi suatu kaedah umum yang boleh dipakai oleh umat Islam di dalam menghadapi golongan kuffar kerana hal tersebut akan menghilangkan kewajipan hukum jihad.
Adapun tindakan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu yang membayar ufti kepada kerajaan Siam itu dari sudut hukum syaraknya bukanlah termasuk di dalam perkara taqiyyah tetapi ia adalah termasuk di dalam persoalan siasah syari'yyah. Perlulah difahami dengan baik dan perlu dibezakan kedua perkara ini dengan jelas supaya tidak diperbodohkan oleh penulis buku tersebut dan seumpamanya daripada penyokong-penyokong fahaman sekular di tanah air.
Sesungguhnya umat Islam perlulah memahami bahawa di dalam keadaan negara pada hari ini Islam menjadikan jihad menurut peringkatnya sebagai kewajipan dan jalan menegakkan semula kedaulatan Islam itu.
(4) Ia adalah fahaman yang memusuhi usaha menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah di zaman ini sebagai sebuah ikatan politik umat Islam yang berasaskan aqidah dan syariat Islam. Kewujudan sebuah negara yang seperti ini adalah bercanggah dengan fahaman nasionalisme sekular. Perlulah difahami bahawa dari sudut sejarahnya gerakan fahaman nasionalisme di barat adalah bertujuan untuk menolak pemerintahan gereja di benua Eropah dan fahaman nasionalisme ini juga kemudiannya telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melahirkan penentangan bangsa Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah yang membawa kepada kelemahan dan kejatuhannya. Sesungguhnya menegakkan khilafah adalah wajib menurut hukum Islam. Dalam hal ini Imam Nawawi Rahimahullah telah berkata di dalam syarahnya kepada soheh Muslim dengan ucapan yang bermaksud:
"Para ulamak telah ijmak di atas kewajipan muslimin melantik khalifah."
Mengenai tugas khalifah itu pula antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hazmin di dalam kitab Muhalla. Beliau berkata:
"Hanya sanya Imam itu dilantik adalah untuk menegakkan sembahyang di kalangan manusia, memungut sedekah-sedekah mereka, melaksanakan hukum hudud mereka dan melaksanakan hukum di kalangan mereka dan berjihad melawan musuh mereka."
MENOLAK SYUBAHAT MENGENAI HAKIKAT ASSABIYYAH
Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat assabiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian assabiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam assabiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith soheh yang bermaksud:
"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah." (Riwayat Muslim)
Oleh itu perlulah difahami bahawa kekeliruan ini adalah bertolak daripada tumpuan yang berlebihan kepada pengertian assabiyyah dari sudut bahasa sebaliknya melupakan pengertiannya dari sudut istilah menurut keterangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Perlulah difahami bahawa mengutamakan pengertian lughawi dengan mengabaikan pemahamannya menurut keterangan Al-Quran dan Sunnah atau pemahaman para salafus soleh bagi sesuatu kalimah yang terdapat di dalam nas-nas syarak adalah merupakan cara perjalanan ahlul bidaah sepanjang zaman.
Di dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pemahaman sesuatu kalimah syarak mestilah dicari terlebih dahulu di dalam penjelasan Allah s.w.t. dan rasulNya dan para salafus soleh. Apabila telah tidak didapati barulah pegertiannya itu disandarkan kepada perbahasan lughawi. Di dalam hal ini pengertian assabiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadith baginda yang bermaksud:
"Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini, baginda telah mengikat pengertian assabiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan Rasulullah s.a.w. yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan Rasulullah s.a.w.. Baginda telah menjelaskan pengertian assabiyyah itu dengan cara yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali yang mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. adalah menjadi didikan Allah s.w.t. kepada baginda. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang berbunyi:
Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji."
Manakala mengertikan assabiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah s.a.w. dan mengandungi sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah s.a.w. hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab? Tidak, tetapi Rasulullah s.a.w. ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, samada berbentuk fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah s.a.w. ingin membentuk umat baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisaa' ayat 75 yang berbunyi:
Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.
Apabila kita telah memahami bahawa assabiyyah itu ialah menolong bangsanya di atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak undang-undang Allah s.w.t. yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut. Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di dalam kabilah-kabilah Arab.
Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden adalah kerana menyekutukan Allah s.w.t. S.W.T. di dalam salah satu daripada sifat UluhiyyahNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-An'am ayat 115-116 yang berbunyi:
Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t. S.W.T. lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45:
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Firmah Allah s.w.t. di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang besar.
Seterusnya bagi menolak syubahat yang kedua kita perlulah memahami terlebih dahulu kaedah penting yang dipakai oleh para ulamak Islam bermaksud "Sesuatu hukum itu adalah digantungkan kepada kefahaman". Memahami kaedah ini adalah amat perlu untuk melahirkan hukum yang tepat kepada mereka yang kelihatan mengamalkan sesuatu bidaah yang bercanggah dengan syariat Islam. Ia juga adalah amat penting untuk menjadi asas bagi mengetahui fahaman sebenar ulamak-ulamak Islam yang kelihatan memakai syiar-syiar golongan kuffar. Bertolak dari kaedah inilah Al-Allamah Syeikh Said Hawwa telah berkata:
"Bahawa setiap syiar yang memalingkan manusia dari mengambil jalan Allah s.w.t. S.W.T. sebagai maksudnya dan sembahannya adalah syirik. Dengan ingatan bahawa hukum ke atas seseorang dengan kekufuran atau syirik akbar adalah memerlukan kepada fatwa yang mendalam dari ahli fatwa kerana ihtimal bahawa di sana terdapatnya niat-niat yang tersembunyi yang mungkin membawa kepada peringanan hukum ke atas pengamalnya, seumpama ia menanggung lafaz-lafaz tersebut di dalam masalah ini di atas wajah yang menepati iktiqad yang betul."
Dengan kefahaman ini adalah jelas bahawa penulis buku Minda Melayu Baru menyamakan perjuangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Haji Agoes Salim dengan perjuangan nasionalisme UMNO adalah tidak benar kerana nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh kedua-dua ulamak tersebut tidak melibatkan penolakan terhadap hukum Allah s.w.t. S.W.T. seperti UMNO. Ia adalah suatu penyamaan yang terburu-buru dan sebagai fitnah terhadap ulamak-ulamak Islam yang wajib ditolak. Semoga dengan penjelasan terhadap syubahat-syubahat ini akan dapat membuka kepada kita hakikat kesesatan nasionalisme itu tanpa sebarang keraguan lagi menurut timbangan syariat Islam. WAllahu A'lam wa Huwa yahdis Sabil.
Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Insan ayat 29-30 yang berbunyi:
Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali bila dikehendaki Allah s.w.t. . Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
PENUTUP
Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Amin.
Oleh Al-Faqir ila Rabbihi
Abu Abdul Halim
Kaherah, Mesir.

NASIONALISME
DAN BAHAYANYA
MUQADDIMAH
————————————
Oleh Ustaz Zulkifli Bin Hj.Ismail

HIDUPKAN UKHUWAH ISLAMIYAH, TINGGALKAN ASSABIYYAH!
Tafsir Al-Quran:
HIDUPKAN UKHUWAH ISLAMIYAH, TINGGALKAN ASSABIYYAH!
Tafsir Ayat
Allah S.W.T berfirman:
(Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara). Berdasarkan ayat ini,
dapat disimpulkan bahawa sebab utama yang menyatukan sesama individu
Mukmin itu adalah atas dasar ukhuwah (persaudaraan) Islamiyah kerana
persamaan akidah. Ayat ini juga turut menekankan bahawa ukhuwah kaum
Mukmin atas dasar akidah ini adalah sangat kuat, malah lebih kuat
daripada persaudaraan atas dasar nasab (ikatan darah). Hal ini dapat
dilihat dari beberapa sudut: Pertama, penggunaan kata ikhwah dan kata
ikhwan - yang merupakan jamak dari kata akh[un] (saudara). Kata ikhwah
dan ikhwan dalam penggunaannya boleh saling menggantikan. Namun, umumnya
kata ikhwah digunakan untuk merujuk saudara senasab, sedangkan kata
ikhwan pula untuk merujuk kawan atau sahabat. Penggunaan kata ikhwah
dalam ayat ini membuktikan bahawa ukhuwah sesama Muslim itu lebih dari
sekadar persahabatan atau kawan-kawan biasa.
Kedua, ayat ini dimulakan dengan kata.Walaupun secara ter-minologi
bahasa, kata innama tidak semestinya membawa maksud hasyr (pembatasan),
tetapi dalam ayat ini, kata innama membawa makna hasyr. Maksudnya, tidak
ada persaudaraan kecuali antara sesama Mukmin, dan tidak mungkin ada
persaudaraan antara Mukmin dan kafir. Ini mengisyaratkan bahawa ukhuwah
Islam adalah lebih kuat daripada persaudaraan nasab. Persaudaraan
nasab boleh terputus kerana perbezaan agama. Sebaliknya, ukhuwah Islam
tidak boleh (malah hukumnya haram) terputus kerana perbezaan nasab.
Bahkan, persaudaraan nasab dianggap tidak wujud jika ia tidak disertai
dengan persaudaraan (akidah) Islam.
Hal ini dapat dibuktikan dengan melakukan penelitian dalam beberapa
hukum-hukum syarak, seperti dalam masalah pewarisan. Tidak ada hak waris
antara Mukmin dan kafir dan sebaliknya. Jika seorang Muslim meninggal
dunia dan dia hanya memiliki saudara senasab yang kafir, saudaranya
yang kafir itu tidak layak mewarisi hartanya. Malah, hartanya itu akan
menjadi milik kaum Muslimin. Sebaliknya, jika saudaranya yang kafir
itu meninggal dunia, dia tidak boleh mewarisi harta saudaranya itu.
Contoh yang lain dapat dilihat dalam hal kekuasaan. Umat Islam tidak
boleh menjadikan orang kafir sebagai wali (pemimpin), sekalipun ia
adalah bapa-bapa dan saudara-saudara mereka [lihat TMQ at-Taubah [9]: 23].
Kemudian, Allah S.W.T berfirman:
(kerana itu, damaikanlah di antara kedua saudara kalian).
Lumrahnya sebagai saudara, kehidupan mereka akan diliputi rasa cinta,
kasih sayang dan perdamaian. Jika terjadi persengketaan dan peperangan
antara mereka, sesungguhnya itu adalah tindakan penyimpangan. Maka,
wajib untuk mengishlahkan (memperbaiki hubungan) mereka yang
bersengketa, iaitu dengan mengajak mereka untuk mencari penyelesaiannya
dengan kembali kepada hukum Allah dan RasulNya.
Perkataan akhawaykum (kedua saudara kalian) menunjukkan jumlah minimum
individu Muslim yang berkemungkinan terlibat dalam persengketaan. Jika
dua orang Muslim sahaja yang bersengketa sudah wajib untuk didamaikan,
apatah lagi jika jumlahnya lebih dari dua orang!
Kata akhaway (dua orang saudara) yang digunakan dalam ayat ini
memberikan makna, bahawa persengketaan atau pertikaian antara mereka
tidak akan mengeluarkan mereka dari tubuh kaum Muslim. Mereka tetap
sahaja disebut sebagai saudara seakidah. Ayat sebelumnya juga menyebut
dua kelompok yang saling berperang sebagai Mukmin. Perkataan akhaway
yang di-mudhaf-kan dengan kum (kalian - pihak yang diperintahkan)
adalah lebih menegaskan kewajipan islah (mendamaikan) itu, sekaligus
menunjukkan takhsis (pengkhususan) atasnya. Maka, segala persengketaan
antara sesama Mukmin adalah persoalan internal umat Islam yang
wajib diselesaikan sendiri oleh mereka.
Selanjutnya Allah S.W.T berfirman:
(dan bertakwalah kalian kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat).
Takwa wajib dijadikan panduan dalam melakukan islah dalam semua
perkara. Ketika melakukan islah, kaum Mukmin wajib terikat dengan
kebenaran dan keadilan, tidak berbuat zalim dan tidak cenderung kepada
salah satu pihak.
Hal ini kerana mereka semua adalah bersaudara yang kedudukannya sama di
sisi Islam. Maka, persengketaan itu wajib diselesaikan sesuai dengan
ketentuan hukum-hukum Allah, iaitu ber-tahkim pada syariat. Semoga
dengan itu, mereka akan beroleh rahmat dari Allah S.W.T.
Meninggalkan ‘Assabiyyah
Jelas sekali, ayat ini mewajibkan umat Islam agar bersatu dengan akidah
Islam sebagai landasan penyatuan mereka. Islam menolak setiap pemikiran
yang tidak didasarkan oleh akidah Islam. Nasionalisme contohnya, adalah
haram di sisi Islam kerana ia termasuk dalam perbuatan ‘assabiyyah
(fanatik golongan). Rasulullah S.A.W bersabda,
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada ‘assabiyyah,
berperang atas dasar ‘assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan)
‘assabiyyah” [HR Abu Daud].
Seseorang pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Apakah seseorang mencintai kaumnya termasuk ‘assabiyyah?” Beliau menjawab: “Tidak, akan tetapi termasuk ‘assabiyyah jika seseorang menolong kaumnya atas dasar kezaliman” [HR. Ibnu Majah].
Nasionalisme adalah pemikiran yang menjadikan persamaan bangsa sebagai
dasar penyatuan individu dalam sebuah masyarakat. Pemikiran ini termasuk
sebahagian daripada seruan-seruan jahiliyah (da’wah al-jahiliyyah).
Nasionalisme menjadikan ketaataan dan pembelaan terhadap bangsa berada
di atas ketaatan dan pembelaan terhadap Islam.Halal-haram pun akan
dikalahkan ketika bertembung dengan ‘kepentingan nasional’. Akibatnya,
kepentingan bangsa, walaupun menyalahi syariat, akan dibela.Jelaslah,
fahaman ini termasuk ‘assabiyyah yang diharamkan dalam Islam.
Mewujudkan Ukhuwah Islamiyah
Ukhuwah Islamiyyah wajib untuk diwujudkan secara nyata dalam kehidupan.
Hukum-hukum syariat Islam telah banyak menyebutkan sikap dan perilaku
sebagai lambang kepada ukhuwah Islamiyyah ini. Misalnya, sikap saling
mencintai sesamaMuslim. Rasulullah S.A.W bersabda,
“Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai…” [HR. Muslim].
Kaum Muslimin juga wajib saling bersikap dzillah iaitu berkasih sayang, belas kasihan dan lemah lembut [lihat TMQ al-Ma’idah (5): 54]; bersikap rahmah terhadap umat Islam [lihat TMQ al-Fath (48): 29]; dan rendah hati kepada kaum Mukmin [lihat TMQ al-Hijr (15): 88].
Kaum Muslimin juga diperintahkan untuk tolong-menolong, membantu
keperluan dan menghilangkan kesusahan saudaranya, melindungi
kehormatan, harta dan darahnya, menjaga rahsianya, menerima permintaan
maafnya dan saling memberikan nasihat. Perlu juga ditekankan bahawa
ukhuwah Islamiyyah ini tidak hanya bersifat individual, tetapi juga
perlu diwujudkan dalam sistem kehidupan untuk memastikan ia dapat
dimanifestasikan dalam komuniti Muslim. Di sinilah Islam telah
mewajibkan umatnya agar memiliki hanya sebuah negara dan satu kepimpinan
yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Rasulullah S.A.W bersabda,
“Jika dibaiat dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya” [HR. Muslim].
Islam juga melarang setiap usaha untuk memisahkan diri daripada
Khilafah. Allah S.W.T memerintahkan Khalifah untuk memerangi kaum
penentang (bughat) hingga mereka kembali tunduk kepada Khilafah [lihat TMQ al-Hujurat (49): 9]. Nabi S.A.W pernah bersabda,
“Siapa saja yang datang kepada kalian sedangkan urusan kalian berada
di tangan seseorang (Khalifah), lalu dia hendak memecah-belahkan ikatan
kesatuan dan mencerai-beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia” [HR. Muslim dari Ar Fajah].
Islam menetapkan bahawa penyatuan umat dan negara merupakan salah satu
qadhiyyah masiriyyah (perkara utama) untuk diselesaikan. Dengan
penyatuan itu, kaum Mukmin menjadi kuat, sebagaimana sabda Rasul
S.A.W.
“Mukmin dengan Mukmin lainnya bagaikan satu bangunan; sebahagian menguatkan sebahagian lainnya” [HR. Bukhari, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ahmad].
Ukhuwah Islamiyah wajib dimanifestasikan secara nyata dalam kehidupan
dan tidak hanya disebut dengan lisan sahaja. Kaum Muslimin wajib saling
bersikap kasih-sayang, lemah lembut dan rahmah terhadap sesama Muslim.
Islam menuntut supaya kita memuliakan saudara kita, membangunkan rasa
tanggungjawab, iaitu sense of responsibility ketika melihat saudara kita
teraniaya meskipun mereka jauh dari pandangan mata kita.
Tidak kira di mana mereka berada, sama ada di Palestin, Rohingya, Syria
atau di belahan dunia mana sekalipun, hatta walaupun tidak ada pertalian
darah dan nasab dengan kita. Islam juga menuntut supaya kita menolong
mereka, menghilangkan kesusahan mereka dan melindungi kehormatan, harta
dan darah mereka.
Khatimah
Islam mewajibkan umatnya agar bersatu dengan akidah Islam sebagai
landasan penyatuan mereka. Islam menolak setiap fahaman selain akidah
Islam sebagai dasar penyatuan umat. Realitinya pada hari ini, kaum
Muslimin berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan kerana mereka
sedang terpecah belah kepada banyak negara yang menyebabkan mereka
menjadi umat yang lemah, terpecah-belah, dan mudah diadu-domba. Dalam
keadaan begini, kaum Muslimin mudah dikuasai musuh-musuh mereka. Keadaan
ukhuwah umat Islam juga sedang berada dalam keadaan kacau-bilau yang
wajib untuk diperbetulkan segera.
Tidak ada jalan penyelesaian lain lagi untuk mempersatukan umat Islam
kecuali dengan penegakan semula Daulah Khilafah Islamiyyah. InsyaAllah,
dengan tertegaknya Daulah Khilafah, ukhuwah Islamiyyah yang hakiki sudah
pasti dapat dikembalikan semula. Kaum Muslimin pasti dapat meraih
semula kejayaan dan kegemilangan seperti yang telah dikecapi oleh mereka
yang terdahulu daripada kita. Allahu Akbar!
Rujukan :
1. Terjemahan Al Quran oleh Yayasan Penyelenggara Pen-terjemah/Pentafsir Al Quran Menteri Agama Indonesia.
2. English Translation Tafsir Ibn Kathir (Abridged) Darussalam.
3. Al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 13/303; Abu Hayyan al-Andalusi, Tafsir al-Bahr al-Muhith, 8/111.
4. Wahbah az-Zuhayli, Tafsir al-Munir, 25/239.
5. Abdurrahman al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hlm. 79, Dar al-Ummah, Beirut. 1990.
6. Abdul Qadim Zallum, Kayfa Hudimat al-Khilafah, hlm. 197, Dar al-Ummah, Beirut. 1990.
7. Rokhmat S. Labib, Persaudaraan Islam Yang Hakiki, Publikasi 31/05/2005 hayatulislam.net
Konsep nasionalisme dalam Islam
BERSATULAH kamu sesama muslim, jangan kamu jadikan puak, bangsa, perbezaan lidah pertuturan dan juga mazhab atau keturunan serta kasta itu suatu halangan kepada terjalinnya ukhwah sesama kamu.
Ketahuilah bahawa tiada kesatuan yang akan terjalin selain daripada kesatuan yang haq. Islam pasti akan bersatu tetapi bukan dengan kebathilan yang ada dalamnya. Selagi ada unsur bathil dalam kesatuan itu pasti akan berlaku lagi perpecahan sehingglah pada suatu masa ia akan menyatukan org-orang muslim dan mukmin sahaja.
Nasionalisme adalah satu konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia mengikat dan menyatukan manusia atas dasar bangsa atau keturunan, walhal satu-satunya cara yang benar untuk mengikat dan menyatukan umat Islam adalah berdasarkan ikatan akidah.
Bersatu atas dasar jalur keturunan atau bangsa jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah".
Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam.
Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu'ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj.
Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda, "Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian.
Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian." Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103. (Sirah Ibn Hisyam).
At-Thabrani dan al-Hakim melaporkan bahawa pada suatu hari beberapa orang sedang berbual tentang Salman al-Farisi dengan merendah-rendahkan bangsa Parsi berbanding bangsa Arab. Apabila mendengar hal ini, Rasulullah tersu bersabda, "Salman adalah dari ahli al-bait (keluarga Rasulullah)."
Kata-kata Nabi ini sebenarnya memutuskan segala bentuk ikatan berdasarkan keturunan atau bangsa. Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal, "Engkau anak orang hitam." Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda, "Engkau sudah melampau wahai Abu Dzar.
Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibu yang hitam." Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya.
Peristiwa-peristiwa di atas menunjukkan kepada kita bahawa ikatan assabiyyah dan wathaniyyah langsung tidak ada tempat di dalam Islam. Kaum Muslimin diperintahkan agar bersatu atas dasar persamaan akidah dan tidak membezakan antara satu sama lain hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa atau asal keturunan.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa kaum Muslimin adalah umpama tubuh yang satu, jika salah satu bahagian sakit maka keseluruhan tubuh akan terasa sakit. Ini bermakna setiap Muslim tidak kira Arab, Melayu, Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan sebagainya adalah ummatan wahidah dan kita tidak boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan bangsa mahupun tanahair.
Sesetengah orang mendakwa bahawa Rasulullah membenarkan assabiyyah berdasarkan peristiwa hijrah di saat Rasulullah bersabda tentang Mekah dengan air mata membasahi pipinya, "Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi."
Sebenarnya kata-kata Nabi ini langsung tidak ada kena-mengena dengan assabiyyah (nasionalisme) mahupun wathaniyyah (patriotisme).
Kesalahfahaman ini timbul kerana hadis ini selalunya tidak dibaca atau dipetik secara sepenuhnya, yang berbunyi, "Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi kerana engkau adalah bumi yang paling Allah sayangi".
Oleh itu, kecintaan Rasulullah kepada Mekah adalah kerana kedudukannya yang suci yang Allah berikan dan bukannya kerana Rasulullah dilahirkan di sana. Setiap Muslim justeru mesti cinta dan sayangkan Mekah kerana bumi ini adalah bumi yang paling Allah sayangi dan hal ini langsung tidak ada hubung-kaitnya dengan nasionalisme atau patriotisme!
Wassalaam.
AZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan