Jumaat, 12 Julai 2013

PULAUKAN SAJA GERAI ATAU KEDAI MAKANAN YANG KOTOR

PRK Kuala Besut: Che Long ada kelebihan

Muhammad Faizal, 12 Jul 2013
KUALA BESUT: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menyifatkan calon PAS, Endot@Azlan Yusof mempunyai kelebihan tersendiri untuk memikat pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut kali ini.

Jelasnya, Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long merupakan individu yang dikenali ramai selain sering membantu orang yang susah.

"Saya melihat Che Long mempunyai kelebihan peribadi tersendiri bagi menarik pengundi memilih beliau pada PRK kali ini.

"Selain itu juga beliau dikenali ramai dan sering membantu mereka yang susah," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Abd Rani yang turut menyatakan walaupun Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi Melayu seramai 99 peratus ia bukan merupakan satu masalah besar kepada PAS.

Malah jelasnya lagi, kemenangan PAS di Terengganu pada Pilihan Raya Umun ke-13 (PRU13) sebelum ini turut disumbangkan oleh pengundi Melayu.

"Peratusan tinggi pengundi Melayu bukan satu masalah yang besar kepada PAS, kita sedia maklum pada PRU13 kemenangan 15 kerusi Dun kepada PAS disumbangkan oleh pengundi Melayu.

"Jadi di PRK ini saya pasti pengundi Melayu akan memberi sokongan kepada calon kita Che Long seterusnya memberi pertambahan kerusi kepada PAS," sambung beliau.

Beliau memberitahu kempen kali ini lebih kepada pendekatan mendekati pengundi serta menyelesaikan masalah tempatan.

Jelasnya lagi, PAS Selangor yang turut menyediakan jentera bagi membantu jentera PAS Terengganu menghadapi PRK kali ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan pertandingan kali ini agak sengit di antara kedua-dua pihak.

Beliau yang meletakkan keyakinan tinggi akan berlaku perubahan di Kuala Besut seterusnya merubah politik di Terengganu dari keseimbangan jumlah kerusi.

"Saya melihat pertembungan kali ini agak sengit dan saya berkeyakinan calon yang ditonjolkan oleh PAS mempunyai kelebihan, apatah lagi dia cukup dikenali dan dihormati oleh pengundi dan rakyat di Kuala Besut.

"Che Long yang dikenali dengan sifat pemurah dan sering membantu rakyat di kawasan ini, atas faktor itu saya yakin ia dapat membantu usaha kempen yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat," jelasnya.

Azmin yang memberitahu PKR melalu jentera dari Kelantan dan Terengganu akan bersama-sama membantu PAS dalam kempen kali ini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Che Long tidak bimbang serangan peribadi

Khairul Azlam Mohamad, 12 Jul 2013


BESUT: Calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48, menolak sama sekali sebarang kempen yang berbentuk serangan peribadi pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Beliau yang mesra dengan panggilan Che Long berkata, serangan peribadi terhadap calon adalah tidak ‘gentleman’ tetapi langsung tidak bimbang jika dipergunakan oleh pihak lawan Umno BN.

“Kita semua kawan-kawan dan jika boleh tolak kempen yang bersifat peribadi dan jika ada itu tidak ‘gentleman’. Kita berjuang atas dasar parti, perjuangan PAS dasarnya Islam,” ujarnya kepada media.

Hadir sama pada sidang media tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Che Long menyifatkan hubungan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman seumpama adik abang kerana beliau lebih tua daripadanya.

“Kempen kita sempena bulan Ramadhan ini tidak serang peribadi calon dan untuk kita angkat martabat Islam ini pada bulan Ramadhan adalah bulan terbaik.

“Kita bersedia untuk menghadapi tohmahan pihak lawan kerana itu biasa sahaja. Janji kita tidak buat apa yang Allah Taala larang. Orang hendak kata apa silakan tetapi kami saling kenal mengenali antara satu sama lain.

“Keluarga dia (calon BN) kenal keluarga saya dan saya pun banyak kenal dengan keluarga mereka,” jelasnya.

Menjawab persoalan pihak media sama ada pernah menganggotai ahli Umno, beliau mengakui pernah bersama Umno ketika zaman ‘kejahilan’ serta tidak ada kesedaran politik ketika itu.

Kata Che Long, hampir keseluruhan penduduk di Kampung Baru Kuala Besut adalah orang Umno dan hanya terdapat lapan orang sahaja ahli PAS lebih 30 tahun lalu.

“Kampung saya dulunya orang PAS ada lapan orang sahaja dan sekarang ini hampir keseluruhan jadi orang PAS. Sekarang ini orang muda di kampung saya hampir kesemuanya bersama-sama dengan saya dan mereka bersama-sama memasang bendera parti dan sebagainya.

“Itu cerita lebih 30 tahun lalu, pengaruh Umno BN cukup kuat tetapi sekarang tidak lagi setelah rakyat mempunyai kesedaran berpolitik,” tegasnya.

Pendidikan calon bukan isu besar - Husam

Muhammad Faizal, 12 Jul 2013


BESUT: PAS berpendapat calon yang dipilih pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut adalah calon yang tepat serta menepati kehendak penduduk setempat.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Datuk Husam Musa menjelaskan perkara tersebut selepas proses penamaan calon pagi tadi.

Menurutnya lagi, calon yang ditampilkan oleh PAS merupakan calon yang disukai oleh penduduk setempat dan beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan pada hari pengundian nanti.

"Calon yang kita tampil ini adalah atas permintaan penduduk di sini, jadi atas alasan tersebut saya yakin calon dari PAS mempunyai kekuatan untuk menghadapi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini.

"Kita tidak tampil calon yang mempunyai bantahan dalaman atau penduduk setempat, calon kita adalah individu yang dihormati serta dikenali," kata beliau.

Sementara itu, Husam ketika ditanya mengenai kelayakan pendidikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof menjelaskan calon PAS dipilih untuk mewakili serta membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri bukannya untuk menjadi pensyarah ataupun jurutera.

"Isu pendidikan bukan satu isu yang besar, beliau mewakili dan membawa suara rakyat di dewan, beliau hendak mewakili rakyat bukannya menjadi pensyarah ataupun jurutera di dewan.

"Apa yang penting walaupun pendidikan itu rendah tetapi dapat membawa inspirasi rakyat dan membela hak rakyat itu yang lebih bermakna dari pendidikan tinggi tapi gagal membela rakyat," jelasnya.

Husam yang juga turut yakin dapat mengulangi kemenangan PAS di Dun Kuala Besut sepertimana yang belaku pada tahun 1999.

"Kita di sini mempunyai tugas berat dan kita sedia maklum pada PRK BN akan menggunakan pelbagai pihak atau agensi kerajaan untuk membantu kempen mereka.

"Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diragui ketelusannya tetapi oleh kerana calon kita ini disenangi rakyat, saya rasa peluang itu ada.

"Kalau ditakdirkan kita menang kedudukan Dun 16:16, secara tidak langsung rakyat terengganu ada kuasa untuk meminta kerajaan mengagihkan kekayaan Terengganu dengan lebih adil," sambung beliau.

Tambahnya lagi, kemenangan PAS memberi kelebihan kepada rakyat tetapi jika BN terus kekal ia tidak akan membawa apa-apa perubahan besar kepada politik Terengganu.

Katanya, jika kedudukan seri, wakil rakyat PAS akan membawa isu-isu pembangunan ekonomi yang lebih mantap dan rakyat akan mendapat faedah yang berganda.

"Ini peluang untuk rakyat Kuala Besut membuat perubahan, ia tidak berlaku pada PRU13 sebelum walaupun hanya PRK tetapi kesannya amat besar kepada pengaruh politik Terengganu," tambah beliau lagi.

Dalam pada masa yang sama, Husam menyifatkan PRK kali ini juga merupakan pertarungan antara kem Datuk Seri Idris Jusoh dan kem Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Calon: PRK Kuala Besut ulangi Manek Urai?

Aslani M, 12 Jul 2013
BESUT: Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut dilihat ramai seperti mengulangi apa yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) di Manek Urai pada 2009.  Ketika itu BN juga menurunkan calon lulusan ijazah,  bertugas pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Dan pilihan raya Kuala Besut sekali lagi BN memperjudikan nasib seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mempertahankan Dun terbabit.

Di Manek Urai dan Kuala Besut, calon diketengahkan PAS lulusan SPM, namun berjaya dalam perniagaan. Mohd Fauzi Abdullah (kanan), seorang tauke ikan di Pasar Kuala Krai.

Begitu juga di Kuala Besut, PAS meletak seorang peniaga yang berjaya, Che Long atau nama sebenar Azlan @ Endut Yusof memiliki perniagaan di Kota Bharu.

“Betulkah ada persamaan di antara saya dengan calon PAS di Kuala Besut. Saya pun tidak tahu apabila ada orang kata begitu. Boleh jadi kerana kita sama-sama tidak memiliki sijil tinggi seperti calon BN.

“Kalau begitu baguslah, setidak-tidak boleh mengulangi apa yang berlaku di Manek Urai biar pun menang dengan undi yang tidak besar,” kata Mohd Fauzi ketika ditemui di luar dewan penamaan calon di Kampung Raja, hari ini.

Isu persamaan antara calon PAS di Kuala Besut mulai dilihat orang ramai mungkin kerana kedua-duanya ahli perniagaan yang berjaya, biar pun tidak mendapat pendidikan tinggi.

(Pendedahan lanjut dalam Harakah cetak)

Pastikan makanan di pasar Ramadhan selamat

Harakahdaily, 12 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dalam beberapa tahun yang lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan berhubung laporan sampel makanan yang diambil secara rambang oleh pihak berkuasa kesihatan dan CAP di beberapa gerai-gerai di Pasar Ramadhan didapati mengandungi bakteria patogenik berbahaya seperti E. Coli dan Salmonella.

“Kita dapat melihat banyak gerai sementara didirikan di seluruh negara untuk menjual pelbagai masakan dan juadah untuk berbuka puasa,” ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, sesetengah gerai ini didirikan di kawasan terbuka di mana makanan terbiar dalam keadaan terdedah kepada debu jalanan dan lalat.

Justeru, ujarnya CAP sekali lagi mengulangi gesaan terhadap Kementerian Kesihatan agar memaklumkan kepada orang ramai apa yang perlu dilakukan untuk memastikan makanan yang dijual di gerai makanan sementara ini adalah selamat untuk dimakan.

Beliau mempersoalkan bagaimanakah pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara untuk memastikan ia mematuhi undang-undang makanan.

“Adakah pengendali gerai makanan sementara ini dihantar untuk menjalani kursus pengendalian makanan sebelum memulakan perniagaan mereka dan adakah mereka juga telah menjalani inokulasi terhadap penyakit tertentu seperti tifoid?” tanya beliau.

Beliau berkata, bakteria E.Coli dan Salmonella boleh menyebabkan penyakit yang serius, dan malah boleh membawa kematian terutama sekali kanak-kanak amat berisiko.

“CAP berharap risiko keracunan makanan tidak diambil mudah pada masa ini dan langkah yang lebih ketat perlu diambil untuk memastikan hanya makanan yang bersih dan sihat sahaja yang dijual,” katanya.

CAP juga, kata beliau menggesa umat Islam supaya tidak berbelanja dengan boros dan membazir pada bulan Ramadhan yang mulia ini tetapi bersederhanalah dalam berbelanja dan penggunaan mereka.

Siar nama pemilik premis makanan kotor

SM Mohamed Idris, Presiden CAP,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji langkah pihak berkuasa kesihatan kerana mengambil langkah tegas menutup premis makanan yang kotor di negeri ini.

Bagaimanapun CAP merasakan pihak berkuasa perlu juga menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil daripada melakukan kesalahan yang sama.

Setiap tahun lebih daripada beribu kesalahan direkodkan. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar.

Untuk langkah yang lebih berkesan ke arah premis makanan bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya:

- Mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun.

- Mewujudkan talian 24 jam untuk orang ramai menghubungi dan mengadu jika mereka mendapati mana-mana premis atau pengendali makanan yang kotor.

Calon PAS bagi Kuala Besut dedahkan dakwaan Tun Mahathir adalah benar..


Sekitar Mac 2012 lalu, Tun Mahathir dalam satu kenyataannya berpendapat UMNO kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin.

Ini semua gara-gara kepimpinan di peringkat Bahagian serta Cawangan yang menyekat kemasukan golongan profesional cerdik pandai ke dalam UMNO.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya.

Lagi apa kata Tun Mahathir silalah baca di ( SINI )

Kata-kata Tun itu telah diterjemahkan oleh banyak pihak sebagai membawa maksud kini hanya orang-orang yang bodoh tinggal bersama UMNO kerana golongan cerdik pandai tiada dalam UMNO sebab dihalang menyertainya seperti yang dimaksudkan oleh Tun.

Kenyataan Tun itu hari ini terbukti benar dan ianya telah disahkan secara tidak sengaja oleh Calon PAS untuk PRK Kuala Besut, Azlan Yusof.

Beliau mengakui pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan di kampungnya tetapi menegaskan ia dilakukan masa "tidak cerdik"..

Atau dalam lain ayat jawatan itu telah disandang ketika zaman bodohnya.. oleh kerana beliau kini telah cerdik maka ditinggalkannya UMNO bersama-sama golongan yang masih kurang cerdik..

Laporan berkaitan..

Azlan: Dulu tak cerdik masuk Umno, tapi dah baligh dah  
Calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Azlan Yusof hari ini mengakui pernah bergiat sebagai ketua pemuda Umno cawangan di kampungnya tetapi menegaskan ia dilakukan masa "tidak cerdik"  
"Zaman dulu orang kampung saya, orang PAS ada lapan orang sahaja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu oleh pemberita dalam sidang media selepas penamaan calon hari ini.  
Diasak oleh wartawan supaya beliau mengakuinya, Azlan (kanan) berkata: "Betullah... Tapi sekarang ini orang muda kampung saya boleh dikatakan semua bersama saya. Malam tadi hampir semua orang kampung keluar pasang bendera.  
"(Masuk Umno) dulu masa tak cerdik, tapi dah baligh dah. Tapi sekarang dah cerdik dah," katanya sambil diiringi ketawa kecil.

Menurutnya ahli perniagaan dan kontraktor itu, beliau menyertai PAS pada 1997. 
 
Azlan juga berkata beliau bersedia berdepan dengan pelbagai tohmahan kepada beliau sepanjang kempen pilihan raya kecil ini dan menganggap tindakan itu "perkara biasa". 
"Kita bersedia, janji kita tak buat benda yang dilarang oleh Allah. Orang kata apa, silakan. 'Harap (kurang tohmahan). Calon sana kita kenal keluarga dia, dia kenal keluarga kita.  
"Datuk Idris (Jusoh), kita kenal juga, dia juga sayang dekat kita," katanya yang menolak kempen memburukkan peribadi sepanjang proses berkempen.  
Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman .  
Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman Mokthar daripada BN menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. 
Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian A Rahman akibat kanser ~ Malaysiakini

Jadi... jika golongan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO dan golongan yang tidak lagi 'kurang cerdik' pula meninggalkan UMNO.. Golongan yang bagaimana agaknya kini berada dalam UMNO??

Macai-macai UMNO dah mula menyerang Calon PAS ini.. ramai yang memperlekehkan kelulusan yang dimilikinya... mereka mendakwa beliau hanya memiliki SPM sahaja..

Bagi aku biar memiliki SPM malah tak lulus SPM sekalipun, asalkan beliau sedar akan beratnya amanah yang hendak dipikul itu.. itu jauh lebih baik dari memiliki PhD sekalippun tetapi tidak langsung memiliki amanah..

Lagipun ADUN tugasnya hanyalah membawa dan menyelesaikan masaalah rakyat bukannya menggubal dasar seperti Ahli Parlimen..

Dan aku bangga dengan calon dari PAS ini.. biarpun hanya memiliki SPM beliau telah membuktikan beliau mampu berjaya dalam hidupnya lebih baik dari golongan yang ada PhD..

Beliau membuktikan tidak semestinya kita gagal dalam hidup bila kita gagal dalam pelajaran, usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil...  TAKBIR!!!

Kalau dah berjaya dalam perniagaannya apa salahnya beliau memiliki banyak kereta?

Tiada ulasan: