Ahad, 7 Julai 2013

MEREKA MERANCANG....ALLAH PENENTUNYA...KITA TUNGGU DAN LIHAT...SAPE YANG AKAN HANCUR DAN MUSNAH...SEDARLAH PENENTANG ISLAM SAMALAH MENENTANG ALLAH SWT...DIMANA ALLAH MENTADBIR SEMESTA ALAM...MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN...TIADA SIAPA YANG MAMPU MELAWAN KEKUASAAN ALLAH SERTA TAKDIR ALLAH SWT

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٢) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٣) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٤)  ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٥) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ (٦) غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) 



Surah Al-Fatiha
In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (1) The Beneficent, the Merciful. (2) Owner of the Day of Judgment, (3) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (4) Show us the straight path, (5) The path of those whom Thou hast favoured. (6) Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7) 
 

Hikmah di sebalik rampasan kuasa tentera Mesir.

Hikmah di sebalik Mursi di'guling'kan oleh komplot pemerintah tertinggi tentera Mesir yang kononnya membela dan menghormati kehendak rakyat.

A. As-Sisi dan komplotnya ternyata tertipu dengan anggapan dan khayalan sendiri bahawa Mursi telah hilang sokongan majoriti rakyat. Cubaan barat untuk menggambarkan kepada dunia bahawa Mursi telah hilang sokongan rakyat apabila hanya memfokuskan Medan Tahrir yang hanya dikerumuni oleh tidak sampai 100 000 orang, juga meleset. Kini gerakan menyokong Mursi sudah mencecah hampir 10 juta orang di seluruh negara.

B. Mungkin tergopoh gapah membuat keputusan, As-Sisi hanya merujuk dan mendapatkan sokongan peringkat atasan tanpa mengetahui kedudukan di peringkat bawah. Menarik sokongan Ketua Hakim, Syaikhul Azhar, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis, pemimpin-pemimpin penentang yang tidak dapat menjangkakan kekuatan sokongan mereka terutama yang kalah dalam pilihanraya Presiden 2012. Tetapi as-Sisi terlupa Ketua Angkatan Tentera Daratnya sendiri yang terang-terangan menyatakan tidak setuju dengan tindakan a-Sisi dan mendesaknya menarik balik perisytiharan rampasan kuasa.

C. Sokongan terhadap Mursi tanpa disangka-sangka datang daripada pelbagai peringkat dan penjuru. Paling mengejutkan ialah pasrti al-Watan, parti bekas Presiden Hosni Mubarak menolak sebarang kerjasama dengan presiden sementara dan mengulangi pendirian bahawa Mursi masih presiden yang sah. Lain-lain pihak berpengaruh yang telah mengisytiharkan sokongan penuh terhadap Mursi sehingga kini;

i. Mufti Mesir yang menggesa agar dikembalikan kerajaan pilihan rakyat. Suara Mufti Mesir dilihat mampu menggugat suara Syaikhul Azhar kerana kedua-dua jawatan ini amat penting dalam negara Mesir.

ii. Ulama' al-Azhar di pelbagai peringkat yang sanggup turun ke jalanraya bersama penunjuk perasaaan pro-Mursi tanpa menghiraukan pendirian Syaikhul Azhar.

iii. Kumpulan Hakim Untuk Mesir yang bersumpah tidak akan meninggalkan Dataran Rabaatul Adawiyyah sebagai sokongan kepada Mursi.

iv. Parti al-Wasat - pecahan Ikhwanul Muslimin yang agak moderate.

v. Ahli-ahli Nour Party - golongan 'salafi' yang berpaling tadah daripada sokongan terhadap Mursi.

D. Kesimpulannya, dalam masa hanya 4 hari Mursi mendapat apa yang diperlukan oleh seorang pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi iaitu sokongan umum rakyat walaupun beliau berada dalam penjara pada masa ini. Selama ini sokongan terhadapnya tersembunyi tetapi as-Sisi membantunya membongkar sokongan sebenar rakyat. "ِMereka merancang, Allah merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang." Insya Allah Mursi akan kembali menerajui Mesir berkat doa kita semua. Amin.

Ahad | 07 Julai 2013 | 12.27 malam

Setelah dekri dari (kerajaan sementara) yang diketuai oleh Adli Mansour membubarkan Dewan Senat, maka anggota-anggota Dewan Senat telah mengadakan persidangan mereka di atas pentas dataran Rabaah Adawiyyah.

Mereka bagaimanapun menganggap Dewan Senat masih sah dan dekri tersebut terbatal.

Dalam sidang tersebut, mereka mencapai keputusan:

1) Menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera dan mengiktiraf Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden yang sah.

2) Mengiktiraf Perlembagaan 2012 masih diterima pakai walaupun tentera menggantung perlembagaan ini buat sementara waktu.

3) Akan meneruskan persidangan esok, Ahad di tempat yang sama.
Like · · 7 minutes ago ·

TERKINI: Jurucakap rasmi Pejabat Presiden Mesir sebentar tadi menafikan pelantikan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Perdana Menteri yang baru dan berkata, hingga sekarang masih belum ditetapkan bila pembentukan kerajaan baru akan dibuat.

Sah! Mereka sedang bergolak. Teruskan doa kita. "Allahumma zalzil aqdamahum"

"Ya Allah, goncangkan pendirian mereka."
Pencinta Kebenaran
Mana keampuhan ijtihad siyasi Syaikhul Azhar At-Tayyib setelah kita melihat akibat daripada sokongan beliau kepada rampasan kuasa Mursi, keputusan dan dekri-dekri presiden sementara nyata merugikan rakyat dan Islam? Benar jika ulama' berijtihad, andai mereka salah mereka dapat 1 pahal, jika benar dapat 2 pahala. Tetapi ulama' tidak berdiri atas kedudukan pahala itu sahaja sebaliknya perlu melihat kesan daripada salahnya ijtihad beliau. Sebab itu saya selaku Azhariy, menyatakan tidak puas hati dengan tindakan At-Tayyib kerana nampak jelas ijtihad siyasi terlalu pendek jangkamasanya. Dalam masa 2-3 hari sahaja sudah nampak kesan negatifnya. Untuk menyelamatkan nyawa rakyat, apakah kita hilang pertimbangan? Penentang Mursi mungkin sekitar 100k orang sedangkan tindakan memecat Mursi menyebabkan hampir 10 juta orang penyokong beliau sudah keluar ke jalan-jalan raya. Bencana semakin besar. Adakah At-Tayyib mampu bertanggun jawab atas ijtihadnya itu?

Ustaz Zamri Zainal Abidin.

RAMPASAN KUASA TENTERA TERHADAP PRESIDEN DR MOHAMMED MORSI AL HAFIZ TIDAK SAH DAN BATAL!!!!!



KAHERAH - MESIR.  Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohammad Badie menyifatkan rampasan kuasa tentera terhadap Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi Mohamed Mursi tidak diiktiraf.

Pendirian itu ditegaskan di hadapan jutaan penyokong Mohamed Mursi yang setia berkubu di Dataran Rabiatul Adawiah, timur Kaherah sejak hari penahanan beliau.

“Kami hanya menerima Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah dan kami tidak berganjak dari prinsip ini. Kami menolak rampasan tentera, semua urusan dan perkara berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diiktiraf.

“Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu, tetapi percayalah peluru anda tidak dapat menembusi kami!” katanya dan pada masa sama kelihatan enam helikopter
berlegar di kawasan dataran itu.

Menurutnya, penyokong Ikhwanul Muslimin berikrar membawa Mursi kembali ke tampuk pimpinan dan terus menerajui Mesir.

“ALLAH membantu Mursi dan membawanya kembali ke Istana Presiden. Percayalah kuasa ALLAH, ALLAH Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui kesusahan dan kesedihan rakyat Mesir ketika ini,” katanya dipetik Al Jazeera

Menurutnya, kehilangan Mursi dan nasibnya menjadi tanda tanya seluruh rakyat dan negara Islam lain di dunia.

“Kami merayu, tolong kembalikan Mursi sebagai Presiden dan Ikhwanul Muslimin sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu. Saya tidak lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi yang sentiasa terbuka.

Sementara itu, Naib Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Isam Iryan, mengeluarkan kenyataan, penyokong Mursi tidak akan meninggalkan Dataran Rabiatul Adawiyah hingga Mursi dibebaskan.

Photo

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 07 Julai 2013 | 12.36 malam

Carta jumlah penyokong Dr.Muhammad Mursi yang turun menyatakan sokongan kepadanya sekitar Kaherah.

Setakat ini mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir dalam keadaan selamat. Diminta kepada semua untuk mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

By: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
'Presiden' baru Mesir mulakan tugas
Adly Mansour
Adly Mansour
KAHERAH - MESIR. Bakal menjadi Presiden kerajaan interim Mesir, Adly Mansour memulakan tugas pertama dengan mengadakan perbincangan dengan ketua tentera dan pemimpin-pemimpin politik, semalam.

Beliau dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi, yang mengumumkan penyingkiran Mursi Rabu lalu.

Mansour turut mengadakan perbincangan dengan bekas ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari agensi nuklear, ketua liberal dan beberapa pemimpin politik lain yang menentang Mursi.

Antara perkara yang menjadi perhatian ialah bagaimana mahu menangani isu krisis negara itu yang sudah mengorbankan 35 nyawa rakyat negara itu.

Dipetik dari Reuters, dalam kejadian bantahan yang berlaku ekoran penggulingan Presiden Mohamed Mursi sejak 30 Jun lalu, sekurang-kurangnya 35 maut manakala lebih 1,000 cedera.

Bagi melaksanakan penyelesaian itu, Mansour dilaporkan telah memantau pelan tindakan tentera untuk pilihan raya dan menghabiskan hari pertamanya di pejabat Presiden di Itihadiya Palace.

Sementara itu, media turut difahamkan, pihak tentera sudah diberikan sedikit maklumat mengenai tarikh pilihan raya namun tiada jangka masa dimaklumkan.
Di manakah Mursi ketika ini?
Mursi
Di manakah Mursi ketika ini?
Di manakah Mursi ketika ini?
Doa berterusan dari penyokong Mursi
SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima  nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?

Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar Tahrir.

Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.

Apa berlaku seterusnya?

Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.

Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi  tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.
Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan.

Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.

Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab.

Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna?

Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

Sheikh Hassan dan pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.
Pada awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi melihat kepada penyertaan keahlian semakinbertambah, ia beralih ke dalam sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.

Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.
Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian. Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.
Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950  selama berdekad di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di antara mereka dipenjarakan.
Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.
Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak?

Di sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni.
Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.

Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan menjelang  pilihan raya Presiden ketika itu. Hosni merupakan pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri.

Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.

Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.”

Menurutnya, Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu.

Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun lalu.

Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan.
Sabtu | 06 Julai 2013 | 08.50 malam

Ringkasan kenyataan terbaru oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Akbar Al-Qaradhawi Ketua Persatuan Ulamak Sedunia Hafizahullah hari ini.

1. Rakyat Mesir mestilah bersama menyokong Presiden yang sah,Dr.Muhammad Mursi,kekalkan perlembagaan kerana ia merupakan kemestian untuk disempurnakannya manakala Abdul Fattah As-Sisi mestilah menarik balik tindakannya.

2. Fadhilatus Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Tayyib telah memilih jalan yang lebih menyukarkan akibat bersetuju dengan tindakan tentera ke atas Presiden Dr.Muhamamd Mursi.

3. Semua pihak di Mesir perlulah kembali bersatu untuk mengekalkan apa yang telah dicapai dalam Revolusi yang lalu.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
via Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Like · · · about an hour ago ·

Tiada ulasan: