Posted on Saturday, July 06 @ 22:37:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Facebook PMRAM
Pesanan Syeikh Rasyid Ghannushi buat semua penyokong yang menentang rampasan kuasa dan para tentera yang berkawal di medan serta jalan-jalan di Mesir:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai keturunan sang Penakluk Agung Ibn Al-Ash dan Solahuddin dan Qutuz. Telah tertegak semula sejarah (sejarah Islam dan kebebasan), dan nasib kebangkitan Arab yang sentiasa menunggu keputusan serta tindakan daripada kamu. Adakah kamu mahu terus kekal menghadapi berbagai kerenah mereka yang enggan menerima kebebasan dan demokrasi?
Atau, inginkah kamu kekalkan legasi nenek moyang kamu yang agung sebagai pahlawan yang gagah berani di belakang pemimpin kamu? Yang tetap teguh dalam memelihara nilai serta prinsip demokrasi, kebebasan dan kemodenan berteraskan Islam.
Sesungguhnya kebangkitan bangsa Arab telah bermula di Tunisia dan kini ia telah merebak ke Mesir untuk membakar segala penindasan yang telah dilakukan oleh pemerintah yang zalim. Kini kebangkitan tersebut bergantung di atas tangan-tangan kamu. Maka adakah sesiapa yang ingin mengejar kemuliaan dan tanggungjawab tersebut?
Dengan nama Allah, dengan nama Yang Maha Mengasihani, dengan nama ummah, aku merayu kepada kamu semua untuk tetap teguh sebagaimana janji-janji kamu dan janganlah kamu kembali ke rumahmu sebelum kami melunaskannya.
Sehinggalah kembalinya kebenaran di atas tempatnya, dan kembalinya kebebasan dan demokrasi di atas landasannnya, dan kembalinya syariat kepada asalnya. Sehingga kembalinya Presiden yang dipilih melalui pilihanraya yang sah iaitu Presiden Dr.Muhammad Mursi ke bidangnya yang menepati kehendak rakyat Mesir.
Sekiranya ia berlaku, maka ia bukan sahaja merupakan kemenangan terhadap rakyat Mesir, bahkan ia juga kemenangan ke atas prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan Islam.
Rasyid Ghannushi,
Presiden Parti Nahdah, Tunisia
Sabtu bersamaan 06 Julai 2013
Sumber: Facebook Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Kenapa Saudi Bergembira Morsi Jatuh?
Posted on Saturday, July 06 @ 20:42:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: ismanusa
"
Umat Islam Mesir berdoa supaya Allah mengembalikan pemerintahan Islam Morsi
Seluruh dunia Islam terkejut dan sedih dengan kejatuhan presiden Morsi. Tetapi selain dari Israel, sebuah negara yang menjadi kiblat umat Islam amat gembira dengan penggulingan tersebut. Beberapa jam sahaja slepas presiden Mesir, Muhammed Morsi dari Ikhwan digulingkan, rejim Saudi dengan serta-merta mengucapkan tahniah kepada presiden sementara Adly Mansour. Saudi merasa amat gembira dengan kejatuhan mengejut parti Islam itu selepas beberapa dekad menjadi pembangkang.
Adalah ironik Saudi yang melaung-laungkan bahawa mereka memerintah berdasarkan undang-undang Islam tetapi amat bimbang dengan kebangkitan parti Islam menguasai negara. Sebenarnya seperti juga kebanyakan negara barat, Arab Saudi merasakan lebih selesa bergabung dengan pemimpin diktator tentera Mesir Presiden Husni Mubarak yang telah ditumbangkan. Tetapi apabila Ikhwan Muslimin berjaya mengambil alih kuasa dan dilantik menjadi presiden pada 2012, Riyadh merasa bimbang. Arab Saudi selalu menghadapi masalah hubungan dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai kaedah yang berbeza dalam mengembangkan islam, dan keupayaan organisasinya yang cekap, pengaruhnya semakin berkembang adn juga penyertaannya dalam pilihanraya semakin diterima rakyat.
Golongan terpelajar Saudi semakin tertarik dengan pendekatan Ikhwan dan tertarik dengan gerakan masyarakat yang dijalankan melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. Kebanyakan mereka kecewa dengan sekatan golongan Wahabi-Salafi yang mengharamkan penyertaan politik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan secara mutlak tanpa perbincangan. Mereka mendapati pendekatan secara perbincangan terbuka lebih diterima oleh masyarakat. Kekosongan ideologi politik nasionalis dan sosialis arab selepas 1967 telah mula digantikan dengan politik Islam.
Bagi mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin, pihak berkuasa agama Arab Saudi mula mengecamnya sebagai faktor pemecah-belah dan menuduhnya bertentangan dengan agama. Arab Saudi mula menyekat kegiatan Ikhwan selepas ia mengecam tindakan Saudi mengundang tentera asing yang diketuai AS untuk mengusir Saddam Husien dari Kuwait dalam perang 1990.
Selepas peristiwa 9/11, prasangka Saudi terhadap Ikhwan bertukar kepada perseteruan. Putera Nayef menuduh Ikhwan menjadikan pemuda Saudi sebagai radikal dan menuduhnya bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku dalam tahun 2003 hingga 2008. Tetapi beliau gagal membuktikannya dan beberapa peristiwa kekacauan yang berlaku adalah akibat dari masalah dalaman Saudi sendiri.
Sikap permusuhan Saudi terhadap Ikhwan sebenarnya melampaui batas tuduhan sebagai pengganas. Ia berdasarkan beberapa faktor yang menyebabkan adalah sukar untuk rejim tersebut bergabung dengan Ikhwan.
Pada asalnya, dinasti Saud tidak terlalu bimbang dengan pengaruh Ikhwan kerana pergerakan itu hanyalah sebagai pembangkang. Tetapi selepas Ikhwan berjaya di Mesir dan Tunisia dan kemungkinan Syria, pandangan Riyadh terhadap Ikhwan telah bertukar sama sekali. Mereka bimbang kebangkitan pengaruh Ikhwan akan mengembangkan pengaruh pergerakan tersebut didalam kerajaan beraja itu.
Saudi Arabia yang selama ini dianggap sebagai mewakili negara Islam Sunni dalam menghadapi seteru kuatnya iaitu Iran yang mewakili Syiah. Oleh itu apabila Ikhwan menyeru kepada perpaduan Islam sebaik saja memegang kuasa di Mesir, ia telah mengendurkan sedikit pertikaian Sunni-Syiah, pihak Saudi terasa tercabar. Bila Morsi membuat lawatan ke Iran pada 2012, Saudi mengecam pendekatan tersebut dengan keras. Saudi melihat Mesir di bawah Morsi ingin keluar dari pengaruhnya.
Apabila Ikhwan menjalinkan hubungan yang rapat dengan Qatar, Saudi melihat ia sekali lagi cuba mengurangkan pengaruhnya dalam kalangan negara teluk. Gerakan Ikhwan dilihat oleh Saudi tidak boleh dipercayai dan tidak berterima kasih dan pengaruhnya sudah berada disempadan. Pengaruh Ikhwan di Qatar mula berkembang melalui medan bicara ilmiah, media massa dan badan pemikir amat dibimbangi akan turut berkembang ke Saudi akhirnya boleh mencabar kerajaan beraja tersebut.
Pihak Saudi juga bimbang wujudnya rangkaian tiga serangkai iaitu Mesir, Turki dan Qatar (satu-satunya negara teluk yang mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwan), akan menjejaskan lagi pengaruhnya di Timur Tengah.
Kejatuhan kerajaan pimpinan Ikhwan Muslimin di sambut amat gembira oleh pihak media Saudi sebaliknya di tangisi oleh seluruh dunia Islam. Kononnya wartawan bebas di Saudi mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana menyingkirkan apa yang mereka sifatkan kerajaan Islam diktator tetapi mereka buat-buat lupa tentang diktator yang mencengkam mereka.
Pada masa ini dikalangan pergerakan Islam di Arab Saudi sudah mula tersebar bahawa Arab Saudi bersama UAE adalah dalang kejatuhan Morsi. Walaupun setakat ini ia berhasil memberi kelegaan kepada Saudi, tetapi hakikatnya seluruh Mesir berada dalam keadaan huru-hara dan bertempur sesama sendiri.
Arab Saudi telah berjaya dalam misinya dalam menjatuhkan Parti Islam yang mencabar pengaruhnya, merupakan satu isyarat yang jelas juga kepada mana-mana wilayah yang cuba mengembangkan gerakan Ikhwan. Walaupun apa pun berlaku kepada Mesir dan walau apa pun berlaku kepada Gaza, yang penting kepada dinasti Saud ketika ini, inilah saat untuk bergembira yang dinanti-nantikan!
petunjukzaman"
Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:
Posted on Saturday, July 06 @ 14:08:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: voice
"1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.
2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.
3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.
4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.
5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.
6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Mursyid al-Am Ikhwan Mesir: Kami Hanya Terima Morsi,Tolak Rampasan Kuasa
Posted on Saturday, July 06 @ 08:52:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: ustaznik
"Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul.
Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan.
Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi’ di pentas. Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: ‘Semua urusan-rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dll-dianggap batal). Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah:
1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini.
(Khutbah Jumaat saya di Masjid Kg Pasir Minal 5 Julai 2013: Morsi diguling
2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf.
3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang.
4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu.
5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendokong revolusi, bukan orang yang lari."
Facebook Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)"
Khabar angin, Al-Baradei lari ke Arab Saudi, Mursi bakal berkuasa kembali
Posted on Saturday, July 06 @ 11:26:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Media Orang Kampung
Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata. Mereka mula khuatir akan peritiwa yang bakal berlaku sekiranya Mursi terus di penjara.
Jurucakap Ikhwan Muslimin: lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran Raba'ah (turut disertai Dr. Badie Mursyidul Am Ikhwan) bagi menentang rampasan kuasa tentera. Jutaan lagi di dataran-dataran lain di seluruh Mesir.
Beberapa pegawai tentera bermuafakat mennyeru Abdul Fatah Sisi (kalau nama dia patah sisi kan sedap ... wakaka) menarik semula rampasan kuasa ke atas President Mursi demi keamanan negara.
Kedua-dua pihak kini sedia menumpahkan darah.
Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat: "Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami."
Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen "Misr25" yang diharamkan: "Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba'ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi."
Setakat ini tiga orang telah terbunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera firaun Mesir pimpinan Abdul Fatah Al- Sisi yang menggulingkan Mursi. Para mujahidin telah beri amaran agar Mursi dibebaskan dalam masa 24jam kalau tidak fisabilillah bermula. Kini perubahan bukan lagi melalui undi tetapi dengan peluru...
Tatkala Mursi memerintah, Ratusan penyokong Ikhwanul Muslimin dibunuh namun mereka tetap bersabar tanpa melakukan serangan balas. Tetapi kini maruah agama mereka dicalar dengan penangkapan ulama yang juga president kesayanga mereka. Masanya telah tiba untuk membalas kekejaman pihak sekular,yahudi dan syiah Mesir.
Ketika ini, dalam suasana selepas rampasan kuasa, mereka masih lagi dengan perangai setan yang memburu dan mencederakan penyokong Mursi. Kumpulan bergelar "baltoji" (perusuh upahan) dengan kerjasama polis dan tentera terus mengganas.
Penyokong Mursi terjun ke Sungai Nil apabila diburu "baltoji"
Menyedari kemungkinan perang saudara, seorang ulama Mesir mengingatkan agar sama-sama mencari jalan damai yang terbaik bagi kedua-dua pihak.
Sementara itu.....
Sumber Ikhwanonline melaporkan, pegawai tinggi tentera telah menekan dan mendesak Ketua Majlis Tentera, Abdul Fattah As-Sisi untuk menarik balik kenyataan "rampasan kuasa" beliau.
Terdapat berita bahawa tokoh pembangkang, Dr.Mohammed El-Baradei telah meninggalkan Mesir menuju ke Saudi. - Abdul Malik
Telahan Mursi menjadi kenyataan
kachipemas.blogspot.com
Penduduk Dunia Nyatakan Sokongan Kepada Mursi
Posted on Saturday, July 06 @ 13:00:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Facebook Mesirkini
Terkini: Ibu negara German, Berlin telah menunjukkan pendirian menyokong Mursi dan menentang penggulingan tentera terhadap presiden yang dipilih Muhammad Mursi.
Begitu juga Jordan, Amman dan Afghanistan, kabul telah membuat demonstrasi yang sama.
Ratusan di Turki dan Perancis telah keluar menunjukkan sokongan mereka terhadap presiden mesir.
Sumber : egyptwindow.net
Facebook Mesirkini
Saud Disebalik Kejatuhan Morsi?
Posted on Saturday, July 06 @ 07:14:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: ismanusa
"Adli Mansour Presiden Baru Mesir dari Kristian Qibti (gambar kiri)
Buat pertama kali dalam sejarah moden negara Arab mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar. Presiden Mesir yang baru di gulingkan Dr Muhammad Morsi walaupun tidak sampai setahun memerintah mempunyai akhlak dan ilmu Islam yang tinggi. Beliau diberitakan sentiasa bermunajat kehadrat Allah bagi memohon bimbingan memerintah Mesir dan juga seorang yang hafiz al-Quran.
Kerajaan Islam Mesir tumbang akibat dari pengkhianatan dari golongan Islam sendiri yang terdiri dari Parti Nur, yang dianggotai oleh golongan Salafi yang mendapat bantuan dari Arab Saudi.
Sebaik saja Parti Nur mengalihkan sokongan kepada tentera, Saudi dengan serta-merta menjanjikan habuan sebanyak $150 juta dolar setahun kepada parti tersebut. Setelah berjaya menggulingkan Morsi barulah Saud menawarkan bantuan ekonomi kepada Mesir. Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi $3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari. Saud yang mengaku sebagai pemimpin negara Islam Sunni ini telah menjalankan usaha menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Sunni dengan bantuan golongan Salafi. Tetapi sungguh amat menghairankan atas dasar apakah yang membolehkan mereka menjatuhkan seorang pemimpin Islam yang warak tetapi melantik Adli Mansur seorang Kristian Qibti dengan sokongan penuh gereja Coptic!
Saud yang dulunya mencipta sejarah apabila pertama kali membebaskan bumi Mekah dan Madinah dari pemerintahan khalifah Othmaniyyah, kali ini pula dengan bantuan Saud buat pertama kalinya selepas Amru Ibn Al A’s R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah Omar Ibn Al Khattab RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja! Sehingga malam kelmarin 2013 termaktub dalam sejarah umat Islam diperintah oleh Kristian Qibti (Coptic).
Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya
Kekuatan tentera Mesir sahaja tanpa bantuan dari luar tidak mampu untuk menggulingkan Dr Morsi kerana dalam kalangan general terdapat juga sokongan kepada Dr Morsi. Perancangan tersebut memerlukan perancangan yang teliti dan kewangan yang besar. Ia memerlukan bantuan dari agensi perisikan, inilah sumbangan dari Saudi dan Dubai.
Arab Saudi dan UAE mengerahkan segala kekuatan dan kewangan dengan menaja beberapa orang general yang berpengaruh. Denagn jatuhnya Dr. Morsi melalui rampasan kuasa tentera, Raja Saudi, Abdullah berjaya membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada Februari 2011 yang lalu. Dua negara ini bergabung bagi menjatuhkan Ikhwan dan menjamin bantuan kewangan kepada General Abdel Fattah El-Sisi, Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera, seperti berikut:
- Arab Saudi dan UAE menjamin bantuan ketenteraan tahunan sebanyak $1.3 billion dolar jika pentadbiran Obama menyekat bantuan akibat rampasan kuasa.
- Saudi, UAE dan negara-negara teluk lain, seperti Bahrain dan Kuwait, akan serta-merta memberi bantuan kewangan segera yang mencukupi bagi menggerakkan ekonomi Mesir. Rakyat Mesir dijamin mempunyai taraf hidup lebih baik dan makanan yang mencukupi berbanding semasa diperintah oleh Ikhwan.
- Mengikut beberapa sumber, Saudi dan UAE menjanjikan jumalah yang sama seperti diberikan oleh Qatar kepada Ikhwan tahun lepas iaitu sebanyak $13 billion dolar.
Apakah Matlamat Krisis Asia Barat
Dengan jatuhnya Ikhwan di Mesir ia memberikan impak yang amat besar kepada Israel. Kesan sertamerta dalam tempoh yang terdekat ialah ia memberikan kelegaan terhadap keselamatan Israel terutamanya bahaya yang dihadapi Israel dari Sinai. Tetapi yang menghadapi kesan yang paling teruk ialah pejuang Palestin Hamas, yang selama ini mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan dari kerajaan Morsi. Sudahlah kekurangan bantuan persenjataan berat akibat putus hubungan dengan Iran hasil dari krisis Sunni-Syiah yang berlarutan, maka pasti rancangan Israel untuk meluaskan wilayahnya menjadi lebih mudah.
Suasana peperangan di Asia Barat hari ini hanyalah mempunyai satu matlamat iaitu untuk menjamin keutuhan Israel. Ia terbukti sebaik sahaja Kerajaan Islam pimpinan Dr Morsi digulingkan, tentera Mesir yang lengkap bersenjata dan menggunakan jentolak menutup laluan ke Gaza yang dibuka oleh Dr. Morsi bagi membantu umat Islam Palestin. Laluan terowong antara Mesir dan Gaza adalah satu-satunya laluan bagi mendapat bekalan untuk kehidupan seramai 1.8 juta penduduk Gaza sejak kepungan oleh Israel pada 2006.
Rejim Tentera Mesir Menutup Laluan Rafah Dengan Kawalan Ketat Tentera
Pertelingkahan
yanng berlaku dikalangan umat Islam hari ini adalah kerana mereka gagal
mengenali siapakah musuh sebenar mereka. Mereka enggan kembali kepada
al-Quran padahal dalam al-Quran jelas menyatakan musuh sebenar bagi umat
Islam ialah Yahudi dan Nasrani. Tetapi sebaliknya mereka sanggup
menghabiskan segala sumber hasil dan kewangan yang Allah anugerahkan
kepada mereka untuk menghunus senjata sesama Islam. Mereka perlu faham
bahawa dengan mereka bersatu menentang Zionis barulah mereka dapat
bersatu dan duduk semeja mencari titik persefahaman. Kerana unsur-unsur
Zionis lah yang menjadi penghalang kepada kemenangan umat Islam kini.
Mereka sentiasa mengadakan masalah supaya pertikaian sesama umat Islam
berlarutan.
petunjukzaman
petunjukzaman
Kesemua pelajar sedang menghadapi peperiksaan semester & 9,101 pelajar selamat
Posted on Saturday, July 06 @ 12:48:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Briged Kibaran
Kenyataan Kedutaan Malaysia di Kaherah: Kesemua pelajar sedang menghadapi peperiksaan semester & 9,101 pelajar selamat
Maklumat Kedutaan Malaysia di Kaherah
Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my.
Keadaan kembali normal.Iskandariah (Mesir): "Alhamdulillah, suasana di sini kembali normal setelah seminggu penunjuk perasaan anti-Morsi berkampung. Cuma kedengaran bunyi helikopter ..
9,101 pelajar M'sia di Mesir selamat...
Seramai 9,101 pelajar Malaysia yang berada di Mesir selamat dan mereka tidak terlibat dengan pergolakan yang sedang berlaku di negara berkenaan.
Menurut jurucakap Kedutaan Malaysia di Kaherah, kesemua pelajar berkenaan pada masa ini sedang menghadapi peperiksaan semester dan tinggal berdekatan dengan universiti masing-masing.
"Buat masa ini, keadaan di Mesir masih terkawal dan tiada sebarang laporan memaklumkan kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar Malaysia di Mesir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya pihak kedutaan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah keselamatan jika pergolakan di negara itu berterusan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konflik terbaharu di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohammed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.
Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my.
-Bernama
bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com
'PENCAPAIAN' PERAMPAS KUASA RAKYAT
'Pencapaian' dalam tempoh dua hari rampasan kuasa tentera:
1) Menggulingkan seorang Presiden dalam pilihanraya pertama pertama yang disertai oleh 26 juta pengundi yang telus dan menggantikannya dengan seorang yang tidak dikenali iaitu Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagan, Adli Mansour.
2) Membatalkan Perlembagaan yang telah disertai oleh 18 juta rakyat.
3) Membubarkan Dewan Senat yang dipilih oleh 8 juta pengundi.
4) Menutup 27 buah stesen televisyen dan sebahagian terbitan akhbar.
5) Membunuh 53 orang penyokong Presiden Mursi di seluruh Mesir hingga semalam dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.
6) Melarang khatib-khatib yang terdiri dari aliran Islam seperti Syeikh Muhammad Hasan menyampaikan khutbah.
7) Menangkap 28 orang pemimpin parti-parti Islam (termasuk Ikhwan Muslimin) dan menyenaraikan 500 orang yang lain dalam "senarai larangan musafir ke luar negara".
Sumber: Halaman rasmi FJP Pusat
Salam Ukhwah shared Akhukum Abdul Malik's photo.
Syeikh Hafiz Salamah, seorang wira yang berjuang dalam Perang Israel 1973 telah memimpin perararakan rakyat dari Suez ke Bangunan Pengawal Republik.Ketibaan beliau yang menjangkau usia 90 tahun itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh ratusan ribu rakyat yang telah berkumpul sejak awal pagi.
Berita terbaru: 9pm waktu Mesir ( 3 am waktu Malaysia)
1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.
2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.
3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.
4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.
5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.
5) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.
Sumber: Jurucakap Tentera.
Azam Myship and Pasti Taman Daya shared AzHar Ad's photo.
Sekadar mengimbau....Majlis Rakyat Mesir (Parlimen Mesir) pernah memiliki :
- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith.
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.
Inikah sebuah kerajaan DIKTATOR yang dicanang..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan