Khamis, 4 Julai 2013

HANYA ALLAH BOLEH MEMBANTU DAN MENGHUKUM...KITA BERDOA...BERUSAHA SERTA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT

Mohamed Morsi dijatuhkan oleh orang kepercayaannya sendiri?
Posted on Thursday, July 04 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog AnakRimau

Presiden Mesir Muhamed Morsi diguling oleh pihak tentera iaitu Jeneral Abdel Fattah Al Sisi. Pada kenyataan yang disiarkan di media, Abdel Fattah bersumpah bersedia mati untuk rakyat. "Kami bersumpah demi Tuhan bahawa kami akan mengorbankan darah kami bagi Mesir dan rakyatnya, untuk membela mereka dari setiap teroris, radikal atau penipu."

Adbel Fattah merupakan pembantu kepada Moahamed Morsi dalam kabinet. Jeneral Al Sisi ini diangkat sebagai Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Bersenjata oleh Morsi menggantikan Tantawi.

Dalam pidato yang disiarkan secara langsung melalui tv, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengatakan ketua MA akan mengawasi masa peralihan, yang dijalankan oleh para teknokrat, hingga pilihanraya parlimen dan pemilihan presiden baru.

 

Otoritas Islam tertinggi di Mesir, Syaikh  Al-Azhar, ketua Gereja Koptik, serta pemimpin pembangkang Mohammed El Baradei semuanya menyokong langkah Jeneral Sisi.

Morsi yang terpilih secara demokrasi itu dianggap tidak memenuhi janji-janji reformasinya. Pemimpin yang baru menjawat satu tahun itu, juga dituding lebih mengutamakan kepentingan kelompoknya, Ikhwanul Muslimin.

Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi ialah:

1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Dalam lain maksud Morsi digulingkan dimana kuasa presiden diberi kepada ketua hakim yang mana semua orang mengetahui di dalam kerajaan, terutama jawatan-jawatan tinggi masih lagi dikuasai oleh puak mubarak.


Rakyat Anti Morsi bersorak riang gembira.


Sementara itu pula Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara:

1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.

2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.

3) Melalui Pengkhianatan terbesar.

Manakala Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.

Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)

Siapa pula Presiden Sementara Mesir??



Adly Mansour  memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1967, Universiti Kaherah. Diploma Undang-undang Awam Tahun Universiti Kaherah. Diploma Sains Pengurusan Universiti Kaherah pada tahun 1970.

Pernah dilantik pembantu wakil Majlis Negeri 1970. Beliau menyertai untuk berkhidmat kepada Fatwa dan Jabatan Perundangan jawatan Presiden Republik dan wilayah pada bulan Disember 1970. Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri Majlis Negeri pada bulan Februari 1992.Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Mahkamah Perlembagaan Agung pada bulan Disember 1992. Telah dilantik sebagai presiden interim daripada Republik Arab Mesir pada Julai 2013.

_____
http://anakharimau.blogspot.com



Mesir dan kejatuhan Morsi

Dr Mujahid Yusof Rawa, 04 Jul 2013
Morsi Diguling

Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkn oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan pihak Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan.

Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa’ Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.

Demokrasi Melampau

Adakah istilah ‘demokrasi melampau’? Sebelum revolusi rakyat pada 25 Jan 2011 rakyat Mesir tidak pernah memahami erti demokrasi kerana sejak penggulingan Raja Farouk oleh Gamal Abdul Naser dan kemudian Anwar Saddat yang mati di bunuh, Hosni Mubarak meneruskan legasi penguasaan tentera yang membenam demokrasi di Mesir.

Penguasaan tentera tidak hanya dalam bidang politik dan menentukan kepimpinan negara tetapi tentera menguasai hampir 40% agihan ekonomi Mesir. Penguasaan tentera hampir sukar untuk dihapuskan bagi membuka jalan kepada demokrasi untuk menentukan masadepan politik Mesir. Dua tahun setelah Mubarak dijatuhkan dengan kekuatan rakyat demokrasi seolah masih mencari wajahnya yang sebenar apabila Morsi menjadi mangsa demokrasi melampau.

Gambaran penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden Morsi dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya hanya akan berakhir 3 tahun lagi.

Para analisis menggambarkan kebimbangan mereka apakah jaminan Presiden akan datang tidak akan diperlakukan dengan cara demokrasi melampau ini? Adakah di atas nama demokrasi, Mesir akan menuju ke arah anarki? Atau adakah kebangkitan rakyat dalam revolusi 25Jan yang mahukan kuasa tentera dikurangkan hanya akan mengukuhkan lagi cengkaman tentera? Berbagai persoalan yang memerlukan jawapan kepada masadepan peneraju Arab Spring di Mesir.

Ikhwan Gagal?

Salah satu faktor yang dikatakan menyebabkan kepimpinan Morsi dipertikaikan ialah tanggapan bahawa Ikhwan telah mendominasi politik Mesir sedangkan kebangkitan rakyat adalah terjemahan berbagai pihak. Tanggapan bahawa Morsi tidak mewakili kehendak rakyat dan hanya mewakili kelompoknya adalah asas yang menjadi kempen penentang Morsi. Perlu diingatkan bahawa Morsi memenangi Pilihanraya Presiden dengan meraih 52% sahaja sokongan rakyat. Golongan liberal sekular tiada pilihan calon mereka kerana Morsi yang mewakili parti Kebebasan dan Keadilan adalah cabang politik Ikhwan yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai penyokong akar umbi yang kuat.

Kemenangan Morsi dilihat sebagai terjemahan kepada kekuatan Ikhwan yang wujud sekian lama (hampir 85 tahun) dan berjaya kekal dalam suasana politik yang tidak menyebelahinya sepanjang proses itu. Kegagalan Ikhwan mentadbir negara yang cuba digambarkan oleh musuh politiknya dari kalangan liberal sekular akan meninggalkan bekas yang buruk kepada Ikhwan malah ia adalah isyarat kepada potensi kegagalan mana-mana parti Islam yang mahukan kuasa politik di mana-mana negara lain.

Ikhwan Muslimin dianggap sebagai paling kanan dan menjadi idola kepada hampir semua gerakan Islam dunia malah mempunyai cawangannya di hampir seluruh dunia Islam khususnya. Propaganda ini berjaya membunuh dua burung dengan satu batu atau serampang dua mata untuk meranapkan cita-cita politikal Islam yang menyertai proses demokrasi hari ini.

Masa Depan Partisipasi Islamis

Istilah Islamis menggambarkan kelompok penyertaan gerakan Islam dalam gerakan politik dan sivil sebagai salah satu komitmen terhadap proses demokrasi. Ia berbeza dengan istilah teroris yang bergerak di luar kerangka demokrasi yang mengimani cara keganasan sebagai mencapai matlamat Islamnya.

Ikhwan di Mesir selama ini menegaskan dirinya sebagai entiti yang meyakini cara aman untuk memenangkan cita-citanya, malangnya sebelum Revolusi 25 Jan, Ikhwan tiada banyak pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengan tekanan yang kuat dari regim tentera. Walaupun tertindas begitu lama, namun ia mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa hilang pengaruh dan kekuatan prinsipnya.

Setelah Revolusi Rakyat, Ikhwan muncul sebagai entiti yang paling berpengaruh dan tersusun berbanding dengan golongan lain. Pasti nya penyertaan dalam proses demokrasi post Revolusi memberikan Ikhwan kelebihan lantas memenangi Pilihanraya Presiden setahun yang lalu. Dari sudut prinsip demokrasi, Ikhwan telah memenangi pilihanraya melalui Parti Kebebasan dan Keadilan secara demokratik namun kemenangannya terus diragui dari sudut keyakinan dan tindakan politiknya yang sering disalahtanggap.

Malah kemenangan Ikhwan tempoh hari dianggap sebahagian sebagai kebangkitan Islamic Fascism. Kejatuhan Morsi pasti akan memberi kesan yang besar kepada persoalan partisipasi politikal Islam dalam proses demokrasi.

Memberi Keadilan

Adakah benar dakwaan terhadap Morsi? Ataukah ianya tuduhan yang tidak berasas malah sengaja direka secara terancang untuk mengapuskan pengaruh Islam yang terlibat dalam proses demokrasi? Morsi sering mengulangi aduannya bahawa saki baki regim Mubarak masih menguasai beberapa kementerian di mana Morsi gagal untuk membentuk struktur barunya. Ini tidak termasuk dakwaan sabotaj kepada kerajaannya dengan menimbulkan krisis kekurangan tenaga, minyak yang membawa kesan kepada keselesaan rakyat. Rakyat menuduh Morsi gagal dan alasan membuangnya menjadi semakin kukuh pada pandangan awam yang rata-rata berada pada pendapatan US 2.5 dollar seorang.

Faktor ekonomi menjadi tekanan terhadap Morsi namun ramai yang mempertikaikan kemampuan untuk reformasi ekonomi dalam jangka masa setahun dan Morsi tidak boleh dipersalahkan. Kementerian Dalam Negeri masih dalam penguasaan saki-baki Mubarak menyebabkan sukar bagi Morsi mengembalikan keadaan stabil dalam negara kerana terlalu banyak sabotaj ke atas inisiatif Morsi.

Reaksi Pro-Morsi

Penganalisis masih menanti reaksi penyokong Morsi yang kebanyakannya ialah dari anggota Ikhwan dan para aktivisnya dan simpatiannya. Kebimbangan para analisis berpandukan kepada keupayaan Ikhwan untuk menggerakkan penyokongnya yang bertebaran di seluruh Mesir bagi membalas tindakan terhadap penggulingan Morsi.

Ikhwan terkenal dengan keberanian, disiplin ahlinya dan kesediaan mereka untuk mempertahankan ideologinya dan sebarang kenyataan yang provokatif mampu untuk menambahkan minyak ke atas api yang sedang membara. Walaupun demikian hingga saat ini, Ikhwan masih senyap dan tetap menyatakan bahawa mereka akan terus membantah tindakan penggulingan Morsi dengan cara aman.

Namun siapa yang boleh beri jaminan bahawa kerapuhan yang ada di Mesir berupaya untuk mencetuskan kekacuan kelompok yang sukar untuk dikawal.

Amerika Bersuara

Obama mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika mengambil berat apa yang berlaku dan meminta supaya demokrasi dikembalikan dalam suasana yang telus dan mahkan penguasaan tentera dikembalikan kepada kuasa awam.

Malah Obama mahukan tindakan undang-undang tidak dikenakan ke atas Morsi dan penyokongnya. Sudah tentu Amerika akan bertindak balas kerana Amerika mempunyai kepentingan besar di Mesir. Mesir adalah negara Arab pertama yang mengiktirafi Israel pada tahun 1979, sebelum ini Mesir mendapat bantuan ekonomi dan ketenteraan yang besar. Setelah revolusi, bantuan awal US 250 juta diberikan atas semangat reformasi demokrasi dan US 1billion dijanjikan untuk perkembangan selanjutnya ketika Morsi membuat lawatan ke Amerika baru-baru ini.

Amerika juga berharap Mesir terus kekal menjadi rakan bagi mengimbangi kuasanya memelihara kewujudan Israel. Morsi tidak dilihat dapat memenuhi kehendak ini berpandukan kepada sikap Ikhwan yang keras terhadap Israel.

Definisi Kuasa Rakyat

Pelik memahami perkembangan di Mesir kerana Revoulusi Rakyat 25 Jan mahukan kuasa tentera dikawal tetapi perhimpunan terkini di Tahrir Square menjemput kuasa Tentera untuk menggulingkan Morsi.

Apakah matlamat awal revolusi dikhianati dengan memberikan kuasa kepada tentera hanya setelah 2 tahun revolusi? Apakah kehendak rakyat hanya boleh disampaikan melalui tentera? Lebih penting ialah apakah makna demokrasi jika perlantikan seseorang boleh dibatalkan di jalanraya tanpa peti-peti undi?

Para penentang Morsi menegaskan bagaimana mereka tidak turun ke jalanraya sedangkan Morsi gagal membentuk kerajaannya secara demokratik? Mesir akan melalui fasa-fasa yang menyukarkan dalam menemui wajah sebenar demokrasi setelah terlalu lama dicengkam otokrasi. Kesan reaksi selanjutnya sukar dibayangkan kerana selagi tentera terus mempunyai kata putus dan kedua kelompok berkonflik mahu menyatakan sikapnya, Mesir akan menyaksikan konflik berterusan.

Menarik kata-kata Qaradhawi seorang ulamak besar yang menjadi penyokong terkuat revolusi rakyat di Mesir bahawa “Bagaimana kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun, tapi tidak boleh bersabar dengan Morsi setahun? - http://drmujahid.com

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar.


Tentera gulingkan Morsi, penunjuk perasaan berpesta
Penunjuk perasaan bergembira di pelbagai pelosok Kaherah sambil melaungkan slogan protentera dan meletupkan bunga api selepas tentera menggantung perlembagaan dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi awal pagi ini.

Kelihatan lelaki, wanita dan kanak-kanak mengibarkan bendera Mesir merah, hitam dan putih Mesir ke udara, penunjuk perasaan duduk di bahu dan anggota keluarga bergambar di Dataran Tahrir, pusat demonstrasi yang menarik jutaan orang keluar menentang Morsi dan Ikhwanul Muslimin.

"Rakyat dan tentera seiring bersama," mereka bersorak.

Dua tahun lalu, di Tahrir terdapat perayaan hampir sama selepas Hosni Mubarak ditumbangkan dan Morsi diangkat sebagai presiden pertama dipilih rakyat.

Bagaimanapun popularitinya merosot pada tahun yang sama beliau diangkat ke jawatan itu. Pembangkang liberal dan kiri menuduhnya menolak kompromi dan gagal menangani masalah politik dan ekonomi yang mendesak.


Hanya ucapan, hasbunaLLAHu wa ni'ma l-Wakiil

Saat terjadi revolusi/demontrasi 25 Januari 2011, banyak sekali kita mendengar para "Petinggi" al-Azhar dan Dar Ifta yang berfatwa, haram hukumnya keluar melawan pemerintah. Padahal presiden saat itu adalah sudah sangat dibenci kerana kezalimannya.

Namun lucunya, dimanakah fatwa-fatwa "setia terhadap pemerintah" itu, ketika Mursi memerintah???! Padahal ia "disaksikan oleh kita, rajin shalat. Bukankah, Nabi pernah bersabda, rwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi dari Abu Said Al-Khudri ra. Disebutkan : “Jika Kalian melihat seorang lelaki membiasakan pergi ke masjid, maka bersaksilah bahwa ia benar-benar beriman! Sebab Allah berfirman : “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian”. (At-Taubah:18)

Kegagalan tegaknya Islam hari ini, bermakna kita memiliki saham dosa/kesalahan. Mari sama-sama beristighfar dan islah/memperbaiki diri.........
Ya Rabb, kami mengadu segala kelemahan kami, jangan putuskan inayah/perlindungan mu kepada kami walau sekelip mata..................................



Kenyataan Media (4 Julai 2013)

KEJATUHAN MORSI: SAMA NIZAR DI PERAK


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyifatkan kejatuhan Dr Mohamed Morsi, Presiden Negara Mesir yang dipilih secara demokrasi yang dijatuhkan oleh Tentera Mesir pada hari ini dapat dilihat sama dengan apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dijatuhkan dengan cara tidak demokratik setelah rampasan kuasa jahat awal bulan September 2009 yang lalu.


Seluruh dunia menerima hakikat pemilihan Morsi setelah kejatuhan rejim Hosni Mubarak telah diterima oleh rakyat Mesir setelah memenangi dalam Pilihan Raya ketika itu. Datuk Seri Nizar secara umumnya juga telah diterima oleh rakyat Negeri Perak apabila Pakatan Rakyat (PR) telah menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 tahun 2008 yang lalu.


Bagi kami, kejatuhan Morsi lebih kepada agenda jahat pihak-pihak yang menolak demokrasi di dalam dunia yang kini diamalkan. Persoalan timbul di sana, kenapakah penetangan terhadap Morsi tidak dikembalikan kepada rakyat Mesir secara demokrasi semula yang lebih sempurna mengikut perundangan yang ada. Di Perak, kelihatan perkara tersebut ada persamaan yang masih rakyat Perak tidak dapat lupakan sehingga kini.

DR AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

LIDAH RASMI MUSUH

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin Islam yang banyak membantu dunia Islam khususnya di Syria, TV3 menggelar beliau sebagai diktator.

Apabila melaporkan berkenaan Basyar pula, TV3 mengatakan bahawa Basyar merupakan pemimpin pilihan rakyat. Walaupun sudah jelas bahawa Basyar merupakan pemimpin yang telah membunuh ribuan rakyat Syria. 'Tahniah' TV3 kerana menjadi lidah rasmi musuh Islam!
Photo

LIDAH RASMI MUSUH

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin Islam yang banyak membantu dunia Islam khususnya di Syria, TV3 menggelar beliau sebagai diktator.

Apabila melaporkan berkenaan Basyar pula, TV3 mengatakan bahawa Basyar merupakan pemimpin pilihan rakyat. Walaupun sudah jelas bahawa Basyar merupakan pemimpin yang telah membunuh ribuan rakyat Syria. 'Tahniah' TV3 kerana menjadi lidah rasmi musuh Islam!

- Gempakz Siot


Celakalah kamu wahai TV3, kamu memanggil pejuang-pejuang FSA sebagai pemberontak, disebabkan mereka melawan kerajaan Bashaar yang zalim membunuh puak sunni, menyembelih anak kecil, dan wanita dirogol. Mereka pejuang mempertahankan agama ISLAM.

Di mesir pula kau memanggil Dr Morsi sebagai pemerintah yang diktator sedangkan berjuta2 rakyatnya yg masih setia memperjuangkan demokrasi, wahai tv3 sesungguhnya anda mmg zalim dalam menyampaikan maklumat yg salah, diputar belit serta dipancut racun, Ya Allah kau selamatkan saudara seagamaku, kau lindungilah mereka yg tidak putus2 mempertahankan Islam iaitu agamamu Ya Allah, wahai tv3 suku, sesungguhnya you are totally drunk! Org kate boddow mu nk maroh, org kate tollol mu nk naik angin. Sememannya Bangang!
Inilah presiden yang naik dengan sistem demokrasi tanpa penipuan dan ini jugalah presiden yang digulingkan walau beliau naik secara sah.

Kemungkinan demokrasi bukan untuk Islam. Apa saja nama Islam, semua tak boleh. Selain Islam semua boleh.

Presiden ini juga ditohmah media Malaysia sebagai diktator. Aku sebagai rakyat Malaysia, malu kerana memilik media massa yang sebegitu.

Presiden ini yang lantang perjuangkan rakyat Palestin dan Syria. Lepas ini, siapa lagi mahu diharapkan? Ohh, insyaallah, kita masih ada Erdogan. Semoga dikuatkan.

Kalau nak cerita mengenai keunikan presiden ini, memang sangat banyak. Orang yang membaca saja akan tahu.

Mungkin Allah mahu beri kerehatan sebentar kepada Morsi kerana kelelahan mahu menyelesaikan masalah 30 tahun oleh Hosni dalam masa setahun. Akal mana lah mampu berfikir perkara ini boleh diselesaikan dalam setahun.

Kemungkinan juga akan masuk fasa sirr(baca: rahsia) seperti dahalu. Aku mendoakan semoga pejuang Islam disana terus kuat.

Mesir dan Morsi, sejarah yang tidak pernah aku lupakan.

Innallaha ma'akum.
Like · · · 20 minutes ago · 

Photo

Perkembangan terkini dr lokasi : Rab'ah Cairo, Mesir

Minta maaf tak dpt siarkan gambar2 atas nasihat sahabat2 kerana ianya amat merbahaya.

Keadaan amat merbahaya & suasana yg tidak menentu d bandaraya ini. Banyak jln ditutup kerana perintah berkurung.

Malam tadi kedengaran bunyi bedilan & helicopter yg tak henti dr slps magrib hingga ke subuh.
Hinggakan hari ini saya tak dpt ke mana2, nak makan pun tak dpt keluar.. syukur ada keropok yg dibawa dr Kelantan.

Yg anihnya kumpulan penyokong Ikhwan M (tak buleh sebut penuh coz bahaya) dpt berhimpun dg aman sambil memdengar ucapan dr pemimpim, ada kumpulan mengadakan usrah d bawah khemah2, membaca Al Quran, buku & akhbar dll dlm suasana yg aman sekali.

Hinggakan saya yg melalui kawasan tsb pd mulanya merasa takut, tetapi apabila menghampiri mereka ianya amat mengembirakan dg sambutan senyuman, pelukan & kata2 semangat... inilah hebatnya sebuah Gerakan Islam yg sempat memerintah sekejap sebuah negara sekular ... fikirkan kenapa IM ditolak oleh rakyat Mesir?

Doakan keselamat saya & misi ke sempadan kemanusiaan Syiria agar berjaya walaupun terpaksa dirangguhkan beberapa hari berikutan keadaan yg tidak mengizinkan ini.

Perhimpunan besar2an akan di adakan pd jam 2pm waktu Mesir (8pm waktu Malaysia)

Presiden R


Dpp Sungai Siput shared Ustaz Nazmi Karim (Original)'s photo.
Askar pengawal pribadi Mursi tidak iktiraf rampasan kuasa tentera...skang Mursi disembunyikan di satu tempat yg dirahsiakan.

Nasir Sahlan shared Ilhamkaza Ayoub's photo.
Kata-kata Dr. Najlaa , isteri kepada Presiden Mesir , Dr. Muhammad Mursi berkaitan suaminya :

" Dihari-hari yang penuh dengan ujian , tatkala aku masuk ke dalam bilik , kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya . Apabila dia hendak tidur , tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya , sehingga basahnya umpama mandi . Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih . Maralah wahai Sang Presiden , Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut , nescaya digoncangkan mereka bersamamu ! "

Nasir Sahlan shared Kami Boikot Media Pro BN's photo.
INFO TERKINI DARI MAHASISWA MESIR
SEBARKAN!!!!
Info terkini dr mahasiswa di mesir "sebarkan ini sebanyak-banyaknya: Kabar pendukung DR. Mursi di Rab'ah al 'Adawiyah:
Helikopter masih saja berputar-putar di atas kami semenjak lebih dari dari satu jam. Mereka mencari celah yang memungkinkan mereka untuk melancarkan serangan dan mereka berusaha menakut-nakuti serta memantau keadaan kami.
Sementara kami tetap dalam kondisi berzikir dan membaca azkar shabah....
Sebarkanlah berita kami ini, tidak ada satu pun media pemberitaan selain anda yang menyebarkan kabar kami setelah mereka menutup seluruh channel tv yang mungkin menyiarkan demo kami ini. Mereka juga melarang Jazeera untuk menyiarkan tentang kami dan menangkapi mereka. Mereka baru mau melepaskan dengan syarat tidak menyiarkan tentang demo berkesinambungan kami ini.
Dan sudah jelas saja tv-tv yang dimiliki antek-antek mubarak sangat ingin mendengarkan tanggapan para pengamat, sementara mereka tidak akan mau menerima tanggapan yang berseberangan dengan mereka. Mereka tidak menganggap kami sebagai rakyat Mesir yang mesti disiarkan beritanya.
Sebarkanlah berita ini sebanyak-banyaknya, jadilah anda sebagai ganti dari wartawan.
Cukuplah Allah bagi kami, Dialah sebaik-baik pelindung".


Mereka ini bersatu mempertahankan "syar'iyyah" Presiden Mursi:

-Ikhwan Muslimin dan partinya, FJP
-Jamaah Islamiyyah dan partinya, Bina wa Tanmiyyah
-Parti Wasat (pecahan Ikhwan Muslimin)
-Parti 'Amal Jadid
-Hal Ehwal Ulamak Syariah bagi Hak dan Perubahan
-Parti parti aliran Salafi (Asolah, Fadhilah, Ar-Rayah dan El-Waton)
-Gerakan kempen Syeikh Hazim Abu Ismail (dikenali sebagai Hazimun)

Mereka ini akan keluar menuntut Presiden Mursi digulingkan pada 30 Jun:

-Barisan Penyelamat Mesir
-Pemuda 6 April
-parti sekular dan liberal
-Parti Ghad Thaurah

Paling saya kecewa pendirian dua parti berikut:

- Parti Nur (mengambil pendirian tidak menyokong kedua-dua pihak di atas, berada di jalan tengah)
- Parti Masr Qawiyyah (diketuai oleh Dr.Abdul Mun'iem Abul Futuh). Bagaimana beliau seorang bekas Anggota Majlis Syura dan Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin boleh menentang "syar'iyyah" Dr.Mursi, orang yang pernah ditarbiyah bersama beliau dalam Ikhwan satu masa dahulu.

Zaharudin Muhammad
SYEIKH AL-AZHAR LAMBANG PENGUASAAN ASING TERHADAP DALAMAN MESIR: PENGALAMAN BERSAMA DR YAHYA ISMAIL.

Ramai tertanya-tanya apabila Syeikh Azhar, Dr. Ahmad Tayyib berdiri bersama-sama pembangkang Mesir yang sekular untuk menjatuhkan Morsi dan Ikhwan di Mesir. Kenapa ulama tidak menyebelahi Ikhwan? Mereka yang tidak memahami politik dalaman Mesir dan Politik Dalaman Azhar mungkin terpinga-pinga.

Bagi saya, pengalaman berada di Bumi Mesir selama lebih 10 tahun (1996-2007) dan mengikuti usrah Ikhwan sejak tahun 1997, adalah tidak mustahil dan tidak pelik jika Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib menyokong golongan sekular menentang Morsi aka Ikwan Muslimun.

Saya masih ingat, sekitar tahun 2001, saya sempat belajar Talaqqi kitab Tadrib Ar-Raawi dengan Dr. Yahya Ismail, seorang pakar hadis dan bekas Ketua Jabhah Ulama Al-Azhar, di rumahnya di Muqattam. Pada waktu itu beliau baru sekitar 6 bulan dipecat daripada Universiti Al-Azhar oleh Sayyid Tantawi, Syeikh Al-Azhar pada waktu itu. Sebab beliau dipecat ialah kerana menggerakkan bangkangan di kalangan pensyarah-pensyarah Al-Azhar memprotes usaha Syeikh Azhar waktu itu untuk menghapuskan matapelajaran Jihad daripada silibus pengajian Al-Azhar. Penghapusan silibus ini selari dengan arahan Amerika melalui Presiden Husni Mubarak. Subjek Al-Jihad dan Al-Qital ini telah dihapuskan daripada IPT milik kerajaan, tetapi akhirnya gagal di Universiti Al-Azhar akibat penentangan Dr. Yahya Ismail dan rakan-rakan Ikhwannya di Universiti Al-Azhar.

Disebabkan beliau tidak lagi bersama Al-Azhar, pada waktu itu saya dan beberapa pensyarah Al-Azhar (Pensyarah Junior) mengambil peluang kelapangan waktu Dr. Yahya untuk talaqqi kitab Tadrib Ar-Raawi. Malangnya, talaqqi tersebut hanya sempat selama 2 bulan dan terhenti apabila perbicaraan Mahkamah Pengurusan berkenaan tuduhan bahawa Dr. Yahya membuat gerakan menjatuhkan Syeikh Al-Azhar. Saya masih ingat beliau berkata: "kalau saya tunggu di Mesir, confirm saya akan dipenjarakan". Dalam masa seminggu selepas surat panggilan mahkamah sampai kepada beliau, beliau terus melarikan diri ke Qatar.

Institusi Al-Azhar rosak selepas kuasa pentadbirannya dicampuri oleh Presiden Mesir, khususnya bermula di zaman Sayyid Tantawi. Bermula saat itu, fatwa Syeikh Al-Azhar hanya menurut telunjuk Presiden Husni Mubarak.

Sekalipun Syeikh Al-Azhar yang dilantik oleh Presiden sememanganya Ulama Su', tetapi mereka sebenarnya tidak mampu mempengaruhi Al-Azhar secara keseluruhan. Sememangnya pergolakan ini berterusan antara pensyarah dan Syeikh Al-Azhar.

Jabhah Ulama Al-Azhar adalah kesatuan ulama-ulama yang dipilih perwakilannya daripada kalangan ulama Muktabar Al-Azhar. Ditubuhkan pada tahun 1946, ditutup pada akhir 80an dan dihidupkan kembali pada tahun 1994. Sejak Sayyid Tantawi menduduki takhta Syeikh Al-Azhar tahun 1996, pertembungan mula berlaku antaranya dengan Jabhah Ulama disebabkan banyak fatwa-fatwanya disanggahi oleh pihak Jabhah. Oleh itu, pada tahun 1999, Jabhah Ulama ditutup dan diharamkan melalui keputusan Mahkamah melalui usaha Sayyid Tantawi. Ketua Jabhah terakhir ialah Dr. Yahya Ismail yang saya sebutkan di atas.

Setelah kematian Sayyid Tantawi, tempat beliau diganti oleh Dr. Ahmad Tayyib dengan endorsement Presiden Husni Mubarak. Jadi, tidak hairan jika Syeikh Al-Azhar sekarang menyokomg golongan sekular menjatuhkan Morsi kerana sememanya Syeikh Al-Azhar adalah orang kuat Hosni Mubarak.

- Zaharudin Muhammad.(ahli majlis syura ulamak pas)


Watch "بالفيديو القبض على مرسى" on YouTube - https://www.youtube.com/watchv=xyt6r0qr7xY&feature=youtube_gdata_player
 

Video penangkapan Morsi
— with Pas Puchong.
Like · ·

[ Isu Mesir : Dr. Mursi? ]

---presiden baru?---

'Presiden baru' sementara mesir, Adli Mansour (beragama kristian) yang juga ketua hakim mahkamah tinggi perlembagaan menyampaikan ucapan sebentar tadi. Beliau akan m'angkat sumpah dihadapan anggota2 hakim yang lain dalam tempoh sementara.

Tapi adakah penyokong mursi akan m'iktiraf mereka sbg 'presiden'? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah mursi!

Adakah bakal berlaku mesir mempunyai 2 presiden? Seorang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera.

Semua media termasuk tv dan radio m'gelar Mursi sbg 'bekas presiden' sejurus selesai ucapan As-sisi.

---Turki iktiraf Mursi?---

'Rampasan kuasa ke atas presiden Mesir, Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat, Dr. Muhamad Mursi.' - kenyataan perdana menteri Turki, recap Tayyip erdogab awal pagi tadi di Turki aetelah mengetahui Dr.Mursi dikecam hebat.

---Mesir pasti dipegang Islam kembali? ---

PRU Turki tahun 1997, pari Refah yang dipimpin Erdogab menang , tapi tidak kekal lama jatuh 'digulingkan tentera'.

4tahun selepas itu Parti AKP yang dipimpin Erdogan bangkit menggantikan Refah menang dalam pilihanraya hingga kini.

Episod getir pergulingan Mursi & ikhwan di mesir pula berlaku hari ini dengan skrip yang sama. Mursi jatuh kerna pertahankan Islam dan perlembagaannya..

---a wake up call?!!---

Mereka menyangka dengan menggulingkan mursi, dapatlah kuasa utk menjatuhkan islam? Silaplah mereka itu..

Perkara ini hanyalah akan melahirkan lebih ramai 'MURSI' yang tanpa mereka sedari..

---pandang cermin sendiri---

Jika dilihat di Mesir sendiri, yang menjadi anti-mursi, masih ada lagi terdirinya org islam mengangotainya..
Tidak perlu lihat lebih jauh, kita lihat di malaysia sahaja. Media seperti tv sendiri mengatakan bahwa Mursi itu diktator??!! Siapa yang m'anggotai penyiaran itu? Rata2nya adalah muslim juga..

Ini ternyata membuka mata pejuang pejuang dakwah bahwa kita Muslim masih belum lagi bersatu dalam keinginan menegakkan khaliah Islam!

Jangan terlebih dahulu letak telunjuk pada dakwah org lain kurang , cermin kembali diri kita. Apa yang kita dah buat? Usahakan? Adakah masih cukup? Atau kita terlebih lena dari jaga?

Bangunlah pejuang pejuang sekalian!
Laksanakan tanggungjawan dakwah anda untuk diri sendiri,! Keluarga kita! Masyarakat kita! Islam kita!

Jangan bersedih lagi dan bangun laksanakan apa yang patut!!!

Pas Bagan Parit Sulong and 4 others posted 7 updates.


Pas Bagan Parit Sulong shared Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)'s photo.
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Khamis I 04 Julai 2013 I 01.44 pagi

PM Turki Erdorgan: "Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi."

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Alwi Bakri Luddin shared Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria's photo.
DR MORSY TETAP PRESIDEN DI HATI UMMAH

Wahai Tuan Presiden, Dr Morsy, kami akan tetap memanggilmu dengan presiden kerana kamu dilantik secara sah oleh rakyat.

Walaupun kamu digulingkan secara jahat oleh pihak tentera, ummah tetap dibelakang kamu.

Kami tidak akan pernah melupakan jasa-jasamu terhadap ummah terutamanya dalam isu Syria biarpun baru setahun memegang tampuk pemerintahan.

Allah ma'akum ya raīs Morsy..

#pray4syria #pray4egypt


Dunia pernah menyaksikan rampasan kuasa oleh tentera kali terakhir ke atas presiden yang dipilih rakyat pada bulan April tahun 2002. Presiden Hugo Chavez digulingkan dan selepas penahannya setengah juta rakyat turun jalanraya bagi dan mempertahankan beliau. Selepas 48 jam ditangkap, askar melepaskan Chavez dan beliau kembali keistananya meneruskan pemerintahan sehingga akhir hayat.

Persoalan di sini kenapa rakyat turun mempertahan Presiden?

Jutaan rakyat turun mempertahankan kedaulatan undang-undang dan hak demokrasi, sekiranya presiden yang dipilih rakyat digulingkan, maka tidak akan kekal lagi presiden yang dipilih oleh rakyat selepas itu. Kerana setiap tahun akan berlaku rampasan kuasa, maka yang seronok adalah musuh-musuh dan perosak negara.

Yang hendak dipertahankan bukan Presiden yang bernama Mursi semata-mata, tetapi mempertahankan hak rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara. Mursi akan mati, presiden silih berganti, adapun keadilan dan kebenaran sentiasa hidup.


‎#HAFIZABDULLAH.
Like · · · 18 hours ago ·

1 ulasan:

Anonymous berkata...

kalau dah setuju dengan sistem demokrasi (akur pada amerika), parti yang menang kena lah memenuhi kehendak rakyat.

sekarang zaman kemewahan. Morsi gagal dalam membantu ekonomi mesir, pegangguran pun meningkat.

sebab tu sebagaian besar rakyat protes.