Selasa, 2 Julai 2013

BAGAIMANA YANG TAK SETIA DAN TAK TAAT PADA ALLAH SWT....PATUT TAK MEREKA CARI DUNIA LAIN

Rakyat tak setia perlu dicegah, dihukum
KUALA LUMPUR - Rakyat tidak setia kepada negara perlu dianggap sebagai musuh yang perlu dicegah dan dihukum, demikian menurut seorang anggota Parlimen.
Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) berkata fenomena yang tercetus hasil politik kebencian itu dilihat semakin meruncing malah diguna sebagai modal oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan.

"Akhir-akhir ini, aspek yang merunsingkan kita ialah budaya politik kebencian yang nampaknya kian menjadi-jadi sehingga melepasi persempadanan politik, menembusi parameter kaum, parti dan agama sehingga sampai ke tahap melabelkan apa sahaja institusi kerajaan harus dibenci.

"Fenomena ini amat berbahaya kerana ia pasti akan menghakis soal kesetiaan kepada negara, namun fenomena ini jugalah yang digunakan sebagai modal politik oleh sesetengah pihak bagi meraih sokongan," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata persoalan yang harus diambil kira di sebalik fenomena itu adalah sama ada rakyat bersedia mengalami keruntuhan kesetiaan kepada negara, semata-mata atas nama demokrasi dan kebebasan. 

Hasbullah turut menyarankan agar pencegahan dan penghukuman segera dilaksana supaya fenomena kesetiaan yang kian terhakis dalam kalangan rakyat dapat dibendung dan dirungkai.

Terdahulu, PRU13 terus menjadi topik hangat apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membangkitkan isu undi popular.

 Abdul Hadi (Pas - Marang), ketika membahaskan usul sama, mengulangi pertikaian terhadap daftar pemilih PRU13 dengan mendakwa wujud banyak keraguan termasuk ada warga asing mendapat kad pengenalan dan mengundi.

Dakwaan itu menyebabkan Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) bangkit mencelah dan meminta penjelasan berhubung kenyataan berkenaan serta menuntut Abdul Hadi     mengemukakan fakta, dan bukan sekadar membuat tuduhan tidak berasas.

"Berdasarkan fakta, hanya 113 warga Bangladesh mendapat kerakyatan. Daripada jumlah itu, hanya 85 layak mengundi tetapi yang mendaftar undi ialah 41 orang.

"Jadi, dari mana datangnya alasan mengatakan ada pengundi dari negara luar yang diberi kerakyatan dan boleh mengundi, sedangkan jumlahnya tidak pun sampai sebagaimana didakwa pembangkang," katanya.

Abdul Hadi, ketika menjawab celahan Shabudin itu, sekadar berkata banyak pendedahan dapat dibuat jika pembangkang mendapat kemudahan maklumat dari agensi kerajaan.

Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pula membidas pembangkang hanya membuat dakwaan berkaitan 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk sebagai pengundi hantu namun langsung tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh berhubung perkara itu.

"Kalau ada, kenapa tidak ada sebarang petisyen pilihan raya dibuat mengenai perkara itu", soalnya sinis. Persidangan Dewan bersambung esok. - Bernama
Skuad khas kesan umat Islam ponteng puasa
Syed Ibrahim Syed Ahmad
Syed Ibrahim Syed Ahmad
KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menubuhkan skuad khas bagi mengesan umat Islam di negeri itu yang didapati makan dan minum secara terbuka pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata skuad itu akan menjalankan rondaan di lokasi-lokasi tertentu termasuk premis makanan bagi membanteras aktiviti tidak bermoral pada bulan mulia itu.

"Mereka yang didapati bersalah kerana gagal menjalankan ibadah puasa akan dikenakan tindakan tegas seperti termaktub di bawah undang-undang syariah JAIP," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.

Katanya tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mana-mana premis makanan yang didapati menjual makanan serta minuman kepada umat Islam kerana bersuhabat.

Mengulas mengenai penggunaan shisha di Pahang, Syed Ibrahim berkata perkara tersebut tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan sekiranya ia membawa keburukan kepada penghisapnya.

"Kita bersetuju dengan tindakan kerajaan Perlis mengharamkan penggunaan shisha, namun saya berpendapat pendidikan awal terhadap pengguna perlu diberikan supaya mereka mengetahui kesan penggunaannya sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat," katanya. - Bernama
Sistem e-plat akan dicadang semula
9:30AM Jul 2 2013
Bagi membendung kejadian curi kenderaan yang semakin berleluasa, pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat akan dicadang semula kepada pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelaksanaan kaedah itu mampu mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran pada semua jenis kenderaan.

"Dengan adanya e-plat ini, kita dapat mengesan penjenayah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dapat mengelak kenderaan daripada dicuri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput semalam.

Beliau berkata kaedah itu dicadang semula memandangkan banyak negara luar menggunakannya dan terbukti mampu mencegah serta mengesan kejadian jenayah, termasuk curi kenderaan.

Sistem e-plat, yang menggunakan teknologi mikrocip atau Radio Frequency Identification (RFID), diguna pakai di beberapa negara maju seperti Perancis dan Australia.

Terdahulu, Khalid menghadiri majlis perasmian Kompleks IPD Sungai Siput yang disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.|

Beliau berkata IPD itu dirancang pembinaannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 selaras hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Katanya, IPD Sungai Siput mempunyai 17 pegawai kanan, 230 anggota pangkat lain dan 38 pegawai awam manakala bahagian pentadbiran meliputi Balai Polis Sungai Siput, Lintang, Simpang Jalong, Karai dan Salak Baharu.

Kompleks itu, yang berharga RM100.9 juta merangkumi sebuah bangunan pejabat pentadbiran, kompleks perumahan dan cawangan pengangkutan, dibina di kawasan seluas 0.696 hektar dan mula diduduki pada 28 Jun 2012.

- Bernama
Menteri akan perjelas undang-undang tukar agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau akan memberi penjelasan kepada para MP berhubung rang undang-undang baru yang memudahkan ibu atau bapa menukar agama anak mereka kepada Islam.

Beliau juga akan meneliti kembali Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 yang menerima tentangan parti komponen BN itu.

 "Kita akan tengok dengan sebaik mungkin dengan merujuk pada semua pandangan.

"Kita akan bagi taklimat pada ahli parlimen sebelum masuk bacaan Rang Undang-Undang kedua," katanya ringkas.

Rang pindaan tersebut menerima tentangan keras, termasuk dari MIC dan MCA, selain dari Majlis Peguam, DAP dan Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST).
Golongan itu antara lainnya bersungut bahawa peruntukan Rang Undang-undang tersebut bertentangan dengan Perlembagaan.Mereka mendakwa, peruntukan itu juga salah dari segi moral dan etika serta berlawanan dengan keputusan bersama dalam Parlimen pada 2009 yang menetapkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak bawah umur.

'Undilah RUU tukar agama dengan suara hati'

Anggota Parlimen BN digesa mendengar suara hati sendiri apabila mengundi menerima atau menolak Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berkaitan penukaran agama kanak-kanak.

Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Gerakan negeri Baljit Singh berkata, cadangan itu secara moralnya salah dan pihaknya sangat sedih kerana ia dicadangkan tanpa rundingan dengan parti komponen BN terlebih dahulu.

"Ini mengesahkan tanggapan bahawa hanya satu parti memerintah dalam BN," kata Baljit kepada Malaysiakini.

"Yang dahulu mesti didahulukan. Rundingan dengan pelbagai sektor mesti dilakukan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) di Parlimen," tegasnya.

Rang undang-undang itu ditentang pelbagai pihak, termasuk oleh parti komponen BN dan Pakatan Rakyat, malah kumpulan agama bukan Islam kerana membenarkan pengislaman kanak-kanak bawah 18 tahun melalui kebenaran sebelah pihak -ibu atau bapa atau seorang penjaga sahaja.
Kesal gambar masjid dipijak
Kesal gambar masjid dipijak
Gambar masjid dipijak orang ramai yang tidak menyedari kewujudannya di lantai sebuah pusat beli-belah.
BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini, tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini,” katanya.

Pengunjung, Khairul Arif Abdul Hakim, 25, pula berkata, pusat beli-belah berkenaan patut peka terhadap sensitiviti umat Islam.

“Walaupun saya percaya mereka berniat baik dan mahu memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, tetapi seharusnya hal ini tidak berlaku,” katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Yahya Abd. Razid, 42 berkata, pihak pengurusan sepatutnya meletakkan gambar berkenaan di dinding dan bukannya di lantai.

“Kalau nak juga letak di lantai, letak sahaja ucapan Selamat Hari Raya tanpa gambar masjid,” katanya.

Manakala, Halim Samsuddin, 34, pula berharap, pihak pengurusan pasaraya terbabit dapat mengalihkan segera gambar masjid yang diletak di atas lantai itu, sebelum lebih ramai pengunjung memijaknya.

“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya.
MP: Mengapa perbelanjaan SPR meningkat?
4:33PM Jul 1 2013
azlanAhli Parlimen Seremban Anthony Loke menuntut supaya kerajaan menjelaskan peningkatan kos perbelanjaan sehingga sekali ganda – dari RM200 juta pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada RM400 juta dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Perbelanjaan sebanyak RM400 juta ini mesti dipersoalkan kerana ia melibatkan peningkatan sehingga 100 peratus daripada peruntukan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

"Mengapa dalam tempoh lima tahun, perbelanjaan untuk pilihan raya umum melonjak 100 peratus walaupun bilangan pengundi hanya meningkat 20 peratus?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada 27 Jun lalu berhubung perbelanjaan pada pilihan raya umum ke-13.

Loke dalam soalan lisannya meminta Suruhanjaya Pilihan RAya (SPR) untuk menyatakan butiran perbelanjaan suruhanjaya itu semasa pilihan raya umum yang lalu.

Secara purata, perbelanjaan itu meliputi RM1.8 juta bagi setiap satu dari 222 kawasan Parlimen, yang disifatkannya sebagai sangat banyak berbanding had perbelanjaan bagi setiap calon iaitu RM200,000.

KECOH SATU DUNIA PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI YANG BARU HANYA BERKELULUSAN SPM SAJA????



Perlantikan Ahli Parlimen Baling Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji kini sudah mula mendapat reaksi negatif bukan saja dari kalangan blogger pro PR tetapi yang paling ketera keras membantah ialah para blogger UMNO sendiri yang dilihat perlantikkan yang tidak kena pada tempatnya.

Azeez Rahim yang sebelum ini digelar Azeez Rempit, Azeez Putra dan juga Azeez Baling dizaman Pak Lah tetapi sudah bertukar jenama semasa pemerintahan Najib dengan gelaran Azeez Gaza dan Azeez Somalia.

Antara blogger UMNO yang cukup kuat menentang perlantikkan beliau ialah penghulu blogger pro UMNO Rocky Bru, yang menyifatkan perlantikkan beliau tidak lebih dari upah sebagai merampas kembali parlimen Baling dari PAS pada PRU 13 baru-baru ini.

Paling menyedihkan sudah kedengaran dari kalangan blogger pro UMNO memperlekehkan kelulusan akademik beliau yang sekadar lulus SPM yang diberi amanah terajui sebuah GLC sebesar Tabung Haji.

Apakah dengan kelulusan sedemikian beliau boleh menyumbang kearah kemajuan Tabung Haji
?

Tiada ulasan: