Rabu, 2 Januari 2013

SEMUA TEMEBELANG TERBUKA DENGAN KEMAJUAN IT@INTERNET...TAK KIRA SAPE...SIAP GAMBAR SEBAGAI BUKTI...SELAK KAIN ORANG KAIN KITA TERBUKA LUAS DITIUP ANGIN

Di atas robohan Kota Melaka

Datuk Mahfuz Omar, 01 Jan 2013
Di atas robohan Kota Melaka Kita dirikan jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Nukilan  Allahyarham Dr Burhanudin Al-Helmy
Bekas Presiden PAS dan pejuang Kemerdekaan.

Marilah kita sambung nukilan perjuangan ini.

Kita dirikan jiwa merdeka,
Ke dalam setiap sanubari rakyat jelata,
Rakyat yang tak takut pada mana manusia,
Rakyat yang hanya akur kepada yang maha Esa.

Bersatulah segenap baka,
Berjuanglah kita memartabatkan bangsa,
Berkorban kita mendaulat negara,
Berpaksikan kepada Addin yang mulia,
Membela hak keadilan pusaka,
Membenteras segala penyelewengan kuasa,
Menentang segala kebobrokan mereka yang berkuasa,
Menegak keadilan untuk semua makkluknya.

Di atas robohan Kota Melaka,
Kami bersumpah atas nama yang maha esa,
Kami berjanji pada mu Burhanudin Perkasa,
Kami ada generasi yang sudah merdeka,
Akan kami bina tamaddun para anbiya',
Di bumi Nusantara.

Selamat menyambut tahun baru 2013, moga kebaikan, kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan serta keadilan milik kita bersama.


Naib Presiden PAS,
Ahli Parlimen Pokok Sena.

‘Amanat’ selesai jika jadi debat PAS-Umno 1985

Harakahdaily, 01 Jan 2013
KUALA LUMPUR: “Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, semasa isu itu dibangkitkan, ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih memakai pampers lagi.

“Isu yang sepatutnya sudah selesai jika Debat PAS-Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Tambahnya, tujuan isu itu dihidupkan supaya  ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS.

Harapan Umno, katanya supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali kerana mereka sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun.

Menurutnya lagi, undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberikan wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah Cina.

“Insya Allah isu amanat akan memakan diri Umno. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut.

“Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama,” katanya.


Beliau berkata, sepatutnya pihak Jakim juga perlu bersifat proaktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan malaikat juga membuat salah.

“Mana suara Jakim dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah,” tanya beliau.


Katanya, kesan daripada ulama PAS yang memberi penerangan mengenai batas-batas iman dan kufur tidak ada lagi masyarakat yang menghina hukum Allah.

Dulu, ujarnya menjadi kebiasaan penyokong Umno yang mengatakan jika hendak mengikut hukum Islam negara akan jadi huru-hara dan jika hukum Islam dilaksanakan ramai orang Islam akan kudung tangan.

“Apa ulama Umno ajar kepada pengikutnya untuk memelihara akidah pengikutnya sehingga mereka sanggup berucap demikian,” ujarnya.

Justeru, tegasnya masalah akidah, bukan masalah hendak dipolitikkan.

“Inilah peranan  yang dimainkan oleh ulamak PAS untuk memelihara akidah umat Islam,” ujarnya lagi.

Pentas astaka Kemaman runtuh tutup tirai 2012

Khairul Azlam Mohamad, 01 Jan 2013



KEMAMAN: Negeri Terengganu Darul Iman menutup tirai 2012 dengan insiden bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai, Kemaman runtuh pada 30 Disember lalu.

Kejadian ‘runtuh’ seolah-olah badi bagi negeri ini selepas kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pada 2 Jun 2009.

Tinjauan Harakahdaily mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan runtuh menyembah bumi dipercayai strukturnya yang lemah serta reput sekitar jam 2.30 petang.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan.

Gerbang 2013

-, 01 Jan 2013


1. Hari demi hari malah detik demi detik sangat berharga dan bernilai buat hidup dan perjuangan suci yang didokong ini. Sementelah Allah swt bersumpah demi masa bahawa manusia umumnya terperangkap dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan juga berpesan dengan kesabaran.

2. Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dengan 1001 kenangan buat diriku, pula membungakan 1001 keinsafan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia dan juga amanah sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ini.

3. Segalanya menjadi pelajaran yang sangat berharga dan sukar diperolehi. Saya mengharapkan tahun 2013 ini akan menjadi lebih baik berbanding 2012 yang telah berlalu dengan pahit getir dan suka duka perjuangan  bersama rakan - rakan saff kepimpinan dan seluruh warga DPPM [seluruh saff kepimpinan dan anggota pemuda PAS disemua peringkat].

4. Saya mengambil kesempatan sedetik menyambut tahun baru untuk saya dedikasikan ucapan setinggi - tinggi penghargaan buat seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM yang begitu cekal meredah tribulasi demi menyahut seruan perjuangan. Sabar menyerap tekanan saban masa dan matang membuat perkiraan tatkala berdepan fitnah. Tanpa saya nafi masih terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki, namun mereka telah melakukan yang terbaik. Saya bangga memiliki rakan dan sahabat seperjuangan seperti mereka malah mereka jualah sumber inspirasi saya untuk terus sabar dan tabah mengharungi leliku dan selekoh tajam sepanjang saya diamanah memimpin DPPM.

5. Berbekal pengalaman bermutu tinggi  yang dipungut dan dikutip sepanjang 360 hari yang lalu, saya berharap DPPM akan bertambah baik. Semangat juang dan kesungguhan jitu dari seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM akan membentuk team pejuang yang kental dan mantap sekaligus membantu parti memenangi PRU 13 kelak.

a] Peliharalah hubungan dengan Allah swt dan jangan sekali - kali biarkan ia retak dan putus justeru kemenangan yang diimpi adalah ketentuan muktamad dari Allah swt.

b] Tingkatkan kualiti diri dengan menambah ilmu pengetahuan, koleksi  ibadah kepada Allah dan skill kepimpinan yang baik dari masa ke semasa.

c] Laksanakan arahan jamaah dan patuhi segala disiplin yang telah ditetapkan dengan benar dan sabar.

d] Dekati dan santuni masyarakat khasnya anak - anak muda dengan adab dan akhlak Islami yang terpuji.

e] Bina ukhuwwah sesama anggota jamaah. Elakkan berburuk sangka dan membuat tohmahan serta berwaspadalah senantiasa agar jamaah tidak ditembusi fitnah yang merobohkan kekuatan kita.

Salam perjuangan dari saya buat semua pemuda dan saya menyeru semua anak - anak muda di luar sana, jom sokong perjuangan suci ini. Orang Muda Geng Kita !

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran

"Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013.
Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.

Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 1Muhammad Nasir yang ditemui Malaysiakini memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.
Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.

NONESebelum ini, bendera Sang Saka Malaya -- yang dianggap antara  versi Bendera Rakyat -- juga dikibarkan ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Ogos tahun lalu.

Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.
Ulama PAS: Belum ada fatwa ke atas 'amanat' Hadi

Bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi yang didakwa sebagai amanat yang bertentangan dengan Islam.

Katanya, setahunya belum ada fatwa atau pendirian yang diputuskan daripada majlis itu berhubung amanat tersebut, sekalipun perkara itu berlaku berlaku 30 tahun lalu, dan kini ia dibangkitkan semula.

"Adakah Majlis Fatwa dan mufti membuat keputusan, dan dengan sebab fatwa itu, beliau (Abdul Hadi) dianggap berdosa besar. Setahu saya, belum ada daripada Majlis Fatwa berbincang untuk mengeluarkan fatwa atau menetapkan pendirian (mengenai perkara ini).

"Kalau (ada) fatwa, adakah Abdul Hadi dipanggil untuk memberi keterangan. Jangan senang-senang dan menentukan ini halal, ini haram.

"(Jika ingin) mengeluarkan fatwa, kena panggil Ustaz Hadi... kerana yang tahu perkara itu Ustaz Hadi sahaja sebab dia yang bercakap," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tegasnya lagi, sekiranya amanat Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang disahkan atau menyalahi fatwa yang diputuskan, maka Jabatan Agama Terengganu diminta mengambil tindakan dan membawa perkara itu ke mahkamah memandangkan ucapan itu dibuat di Banggol Peradong, Terengganu.

"Jika sabit ucapannya itu tidak menepati apa yang difatwakan, maka beliau bebas daripada kesalahan. Majlis Fatwa berdasarkan isu ini, tidak boleh menjatuhkan hukuman.

"Mereka umpama peguam negara atau menjadi penasihat undang-undang. Oleh sebab itu, penguatkuasa atau polis membawa perkara ke mahkamah," katanya.

Ahmad yang pernah bertugas di bahagian hal ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, mengulas kenyataan pelbagai pihak termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat itu.

Ini kerana, ia didakwa telah menyebabkan pepecahan umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad menempelak Harussani supaya tidak bersikap terus menghukum dengan menyatakan bahawa Abdul Hadi telah melakukan kesalahan tanpa mendapat penjelasan Abdul Hadi.

"Tak boleh mufti (Perak) jadi hakim keluar pandangan (bahawa) ini salah ... Terus menghukum dia... Dia (Harussani) tidak mengikut kelayakannya dan hak dalam lingkungannya (iaitu) berbincang tentang perkara itu (terlebih dahulu sebelum memberi pandangan).

"Dia tidak boleh tuduh orang. Dia tak boleh jadi hakim, dengan senang kata orang itu salah. Panggil Ustaz Hadi beri penjelasan," katanya.

Ahmad yang juga seorang pendakwah turut menasihatkan Jakim yang diketuai ketua pengarahnya Datuk Mustapha Othman supaya segera memanggil mesyuarat bersama-sama Majlis Fatwa membincang berhubung perkara ini termasuk memanggil Abdul Hadi memberi penjelasan.

Abdul Hadi sebalum ini dilaporkan sedia menjelaskan berhubung ucapan yang dianggap 'amanat' sekiranya media arus perdana - TV1 dan TV3 - memberi ruang untuk beliau berbuat demikian secara langsung dari kaca televisyen.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mengecam Abdul Hadi kerana meletakkan syarat jika mahu memberi penjelasan di televisyen.
Deepak dijangka temui SPRM minggu ini

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini.

Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.

"Oleh itu dia telah meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.

"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya.

Ditanya mengenai identiti pegawai yang telah memanggilnya, Deepak memberitahu beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan bahawa beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.

Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM.
Ops tahun baru: JAIP cekup 13 pasangan remaja

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mencekup 13 pasangan remaja berumur 18 tahun hingga 25 tahun dalam operasi cegah jenayah syariah sempena sambutan Tahun Baharu 2013.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan dicekup di beberapa hotel bajet di bandar ini dalam operasi bermula 9 malam tadi dan berakhir kira-kira 6.30 pagi ini.

"Kebanyakan pasangan yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan mereka didapati berkhalwat di hotel-hotel murah sekitar pusat bandar selepas meraikan sambutan tahun baharu.

"Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Katanya JAIP sentiasa mengadakan operasi dalam usaha membanteras umat Islam daripada terjebak dalam kes jenayah syariah seperti berkhalwat.

- Bernama
JHEAT serbu 'parti liar' di kelab eksklusif T'ganu

Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi tadi.
Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.

"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis.

- Bernama
Banjir: Pelajar, warga kerja sekolah 'dihalau' pulang

Hari pertama sesi persekolahan 2013 bagi Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Hulu Terengganu hari ini, terbantut apabila sekolah itu dinaiki air menyebabkan kira-kira 900 pelajar, guru dan warga kerjanya terpaksa pulang ke rumah masing-masing.
Air banjir dikatakan mula memasuki kelas, dewan dan asrama sekolah tersebut pada pukul 8 pagi dan setakat petang tadi seluruh kawasan sekolah itu ditenggelami air sedalam dua meter.

Pengetuanya Mohd Yakin Mahmood memberitahu pemberita, hari ini dijadualkan untuk sesi suai kenal guru dan murid, namun disebabkan air naik begitu pantas sesi ditangguhkan serta kesemua diarah meninggalkan kawasan sekolah.

Pada awal pagi banjir hanya dikesan berhampiran dewan sekolah dan tidak menjejaskan kawasan lain, namun kira-kira pukul 8 pagi banjir mula merebak, katanya menambah arahan meninggalkan sekolah tersebut dibuat selepas mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Setakat ini belum dapat dipastikan bila sekolah akan dibuka, katanya.

Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan tiga negeri yang memulakan sesi persekolahan 2013 hari ini, manakala negeri lain akan bermula esok.

Sementara itu, seorang pelajar Siti Nurhidayah Sharudin berkata walaupun beliau agak terkejut dengan pengumuman pihak sekolah berkenaan, perkara tersebut agak melucukan.

"Selepas cuti panjang, saya dan kawan-kawan sangat bersemangat untuk pergi ke sekolah semula. Namun tidak sampai sejam selepas itu kami diarahkan balik sebab banjir pula," katanya ketika ditemui.

Sementara itu Timbalan Pengarah JPNT, Hashim Mohd Zin ketika dihubungi Bernama, berkata sehingga kini sebanyak 31 sekolah terpaksa ditutup hari ini akibat banjir iaitu 13 di Hulu Terengganu, Besut (12), dan tiga masing-masing di Setiu dan Kemaman.

Katanya sebahagian daripada sekolah itu tidak dapat memulakan sesi persekolahan kerana dijadikan pusat pemindahan banjir.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di Kampung Matang yang dilanda banjir mendapati pekerja Pos Malaysia, Mas Izan Mustafa, 32, tekun melakukan kerja menyerahkan surat di kawasan tersebut.

Difahamkan Pejabat Pos Malaysia cawangan Kuala Berang di Hulu Terengganu, terpaksa mengambil inisiatif menyerahkan surat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diserah kepada penduduk di kawasan yang dinaiki air.

Selain itu, syarikat berkenaan juga menyewa bot bagi tujuan penghantaran surat penting.

- Bernama
TPM: Mereka sedar tembelang k'jaan negeri
1:34PM Jan 1 2013
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan PKR, supaya memilih BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai PAS-PKR-DAP.

"Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang," katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di Shah Alam malam tadi.

Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.
Tiga sekeluarga ditemui mati di Pengerang
 
Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di Johor Bahru hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, polis menemui mayat seorang lelaki berumur 60 tahun, isterinya yang berumur 57 tahun serta anak lelaki mereka yang berusia lingkungan 20-an di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

Bagaimanapun polis tidak mendedahkan identiti mangsa.

"Terdapat bau asap di dalam rumah itu dan kita percaya sesuatu telah dibakar di dalam bilik itu bagi tujuan melemaskan diri," katanya ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Menurut Che Mahazan, isteri dan anak mangsa merupakan penghidap sindrom down.

Katanya, siasatan awal mendapati kematian tiga beranak itu tiada kaitan dengan unsur jenayah dan siasatan masih dijalankan.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.

- Bernama
Veteran mahu lembaga Boustead sekat urusniaga LTAT
 
Sekumpulan veteran angkatan tentera hari ini menggesa rakan-rakan mereka dalam lembaga pengarah Boustead Holdings Berhad untuk menghalang urusniaga tanah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan pemimpin Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.
"Adakah jeneral dalam lembaga pengarah hanya pak turut, yang hanya menganggukkan kepala?," soal brigadier jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab.

Abdul Hadi (kanan) yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, urusniaga tanah itu menyaksikan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan sebanyak RM130 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah yang menjejaskan anggota tentra dan veteran yang mencarum kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

LTAT menguasai dan melabur dengan banyak dalam Boustead, katanya.

"Mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara sekiranya urusniaga itu menjejaskan anggota tentera yang menyumbang kepada LTAT," kata Abdul Hadi.

[Baca berita penuh]


Veteran tentera tak dibenar lihat dokumen Boustead

Sekumpulan bekas anggota tentera hari ini dihalang daripada melihat dokumen Boustead Holdings Bhd berhubung pengambilalihan sebuah syarikat milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan juga pembelian tanah daripada sebuah syarikat milik ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

“Mereka memberi alasan hanya individu yang memegang saham secara terus boleh berbuat demikian," kata pengarah strategi PKR Rafiz Ramli yang mengetuai delegasi tersebut.

Seramai kira-kira 20 orang bekas pegawai tentera daripada NGO mewakili bekas anggota tentera - PAHLAWAN dan KERABAT - berhimpun di ibu pejabat Boustead di Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur sejak jam 1 petang ini.

Mereka bertemu pegawai syarikat tersebut pada kira-kira jam 2.30 petang dan meminta untuk melihat perjanjian dan dokumen berhubung transaksi tersebut.

Veteran berkenaan yang merupakan pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera itu hadir dalam kapasiti mereka sebagai ahli tabung amanah anggota tentera yang memiliki pegangan dalam Boustead.

Menurut Rafizi, pegawai syarikat berkenaan bagaimanapun berkeras bahawa LTAT dan Boustead "tiada kena mengena antara satu sama lain" dan merupakan dua entiti berbeza.

Menurutnya, pegawai berkenaan seterusnya enggan membenarkan mereka mengakses dokumen yang diminta.

Rafizi bagaimanapun berkata, beliau dan veteran berkenaan akan kembali sebagai pemegang saham dan akan meminta untuk melihat dokumen berkenaan sekali lagi.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kohilan Pillay dari Gerakan.

- Bernama

  • Yang Reti Base · Pengulas Tertinggi
    Mudah-mudahan hancurlah UMNO sehancur-hancurnya.

    • Bee End · Pengulas Tertinggi
      AMIN....AMIN....AMIN.....yarabilalamin.

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Aminnnnn..

    • Ramesh Rao Krishnan Naidu · · Pengulas Tertinggi
      Baju Pink----JAYA muka KENCING Manis bekas tentera?????hahahaah kalau ya pun upahlah orang yang berwibawa!!!!bukan muka muka sakit Jantung,Buah Pinggang dan Yang dah nak mapos!!!!!

    • Jeff Wahab · Pengulas Tertinggi · Macam Macam Boleh di Sekolah kat tepi sungai jer
      PariaRamesh Rao..Lu sibok apahal..

    • Shuaib Bakar · Pengulas Tertinggi · Uitm
      Ramesh Rao Krishnan Naidu ni keling yg tak faham kalu kaata keling marah....bodoh itu hak dia x kira sakit ataau sihat LTAT patut telus terutama bg para tentera dan bekas tentera./..woi ramesh enko tu yg pg mampossssssss bukan duit nenek engkau

    • Mhassan Said · Shah Alam, Malaysia
      RKKN. What's your problem. Klau tak nak buat posting yang bersesuaian, diam2 sajalah.

    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Ramesh, kenapa badan kau ada bau lembu! Ohh...baru lepas masukkan lembu dalam kandang kak Ijat ya! Tambiii.... ada mabuk ke ...hari ini. Jangan minum banyak ya!

    • Kibota Bob · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Parti Keadilan Rakyat
      Ramesh Rao Krishnan Naidu : wahai bekas tentera, daripada buat senaman punggung lebihlah baik tuntut hak anda sebagai pencarum LTAT.

    • Kibota Bob · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Parti Keadilan Rakyat
      Jamil Awab : ada bau biawak jugak...Ramesh = gudumbu = biawak

    • Azwan Hashim · Pengulas Tertinggi · Binary College
      Ramesh Rao Krishnan Naidu , dia lebih mulia dari kamu seorang dalit. lu low calss punya hindu.

      Duit LTAT pun mau curi. tarka lain duit ka mau curi.. bodoh macam lembu NFC

    • Markoko Joko · Pengulas Tertinggi
      Azwan Hashim >> Ramesh nih, melayu rasis umno, guna nama keling. Inilah kerja macai Umporno rasis

    • Saleem Mohd Zain · Pengulas Tertinggi
      Ramesh Rao Krishnan Naidu....wooooiii deepak tu kaum cow jangan nak sibuk...cow lihat sendiri siapa yang menjual hak2 rakyat, kalau tak umno..nei yang dikatakan nak lindung harta melayu umno...nei bukan melayu umno, umno mamak kutty hang tau tak...cow sokong sebab umno sekarang siapa pun boleh kencingnya...sejak najib memimpin habis harta dijualnya cow tau siapa dibelakang najib...? kalau tak mamak kutty yang mengaku melayu...tumbang UMNO/BN pru13 ni...tukar kerajaan PR

    • Hashim Noor · Pengulas Tertinggi
      Ramesh aku rasa dia org patut bawak org yg muka muka mcm kau org upahan kening berdiri dan berlari nak tolong cover BN.

    • Khalid Khairil
      Tambi yang mampos

    • Arif Aziz · Pengulas Tertinggi · Malaysia maritime college
      aamiin!

    • Arif Aziz · Pengulas Tertinggi · Malaysia maritime college
      Ramesh Rao Krishnan Naidu ...apasal?bekas tentera takleh kena kencing manis?lu pun boleh kena kencing manis maaa!

    • Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
      Ramesh Rao Krishnan Naidu ..1PARIA 1NAIDOL..HOW COME YOU NEVER BEEN TO ORISSA..COZ YOUR MENTOR WNET SHOPPING THERE!!!

    • Pakpompat Mustape · Pengulas Tertinggi · Chulalongkorn University
      Duit askar dgn senjata pun berani seleweng, bayangkan duit kita yang tak dak senjata ni. Inilah keberanian Umporno rasis yang tak dak kat parti lain

    • Majnun Sixtfive · Pengulas Tertinggi · SMA DAERAH KISARAN
      Dey macha pundek..Lu duduk estet diam2 pundek?

    • Mohd Aquil Mohd Yusof · Pengulas Tertinggi · Financial Advisor di Etiqa Takaful Berhad
      Ramesh Rao Krishnan Naidu yg ngambik pun tgg hari dah

    • Romantiza Kamal · Pengulas Tertinggi
      naidu kau ni macam bangkai bernyawa kau ni kaya dgn umno ke atau pencacai atau pembodek dlm banyak pengulas kau ni bercakap mcm bongak kata org n9 selalu org macam kau ni hanya melukut di tepi gantang kalau kau ada TERLALU IKUT BONTOT

    • Abidin Ahmad · Pengulas Tertinggi
      sahabat2..jangan layan Ramesh hindu paria tu..dia sengaja nak melaga2kan kita..sudah memang dasar paria BN KAKI MENGAMPU..nasib la british pilih moyang dia jadi penoreh masuk malaya ni..klu tak merempat dia kt india..

    • Wong Jowo · · Business di Capenter
      Ramesh.....tak payahlah kau nak membela puak2 perasuah tu...nampak sangat kau ni sama je dgn mereka....kita tengok je sapa betul sapa salah... tak yah nak kata org mcm2...esok ke, lusa ke....satu hari nanti kau pun mampos jugak....

    • Ng Sook Huey · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Ramesh Rao Krishnan Naidu pls don't talk so much as you're using your ass to talk, all shit and rubbish. Talk by fact and walk by fact. don't just know how to carry balls of UMNO leaders. For the sick of your grandchildren you should not behave like a monkey! Don't let history tell your children, you'll be ashame. I been seeing you commented a lot but never talk bad on BN. Be fair! What about the ex military who show their ass you don't ever comment? cause you love to play people ass behind? As an INDIAN you're ashame your community! As a malaysian you're just like a monkey at National Zoo! As a human you're just waiting to answer to God! I'm pity of you when the more you talk and the more you comment! Everything has its expire day! BN has more then 55 years in rulling. We thanks them what has or had contributed to the nation. Now the people of Malaysia want to see changes cause mostly of Malaysian are suffering on the hike of Cost Of Standard Living!

      THE GREATEST DANGER TO MALAYSIA FREEDOM IS A GOVERNMENT THAT IGNORES THE CONSTITUTIONS. THE FREEDOM OF MALAYSIA IS IN OUR HAND, WE PEOPLE OF MALAYSIA IS TIME TO TAKE MALAYSIA BACK, RESPONSIBILITY PM, HONEST BENCH OF MINISTERS, TRANSPARENCY POLICY TO ALL STATE GOVERNMENT AND FEDERAL GOVERNMENT.

    • Affandy Aru Abdul · Pengulas Tertinggi
      Ng Sook Huey Thanks. This Rubbish Ramesh Rao is an Idiot of the first Order.

    • Jason Ong · Pengulas Tertinggi · The Culinary Institute of America
      Look at yourself in the mirror first you Indian traitor, before you comment on anyone else. Muka pondan pencacai umno ini memang sudah dapat banyak permit teksi. Keling makan taik .Bodoh punya orang.

  • Sangkakala Ajal · Pengulas Tertinggi · Supervisor di Tanah Perkuburan
    AYUH TENTERA....KITA SAMA2 TUKAR KRJAAN.....

    • Bee End · Pengulas Tertinggi
      Dijiwa veteran tentera tersemat lagi semangat perjuangan....kini perjuangan belum selesai untukmenegakkan keadilan....

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Dedah jangan tak dedah..Polis dan SPRM diam membisu dah skrg ni...Laporan polis dah buat..Dengar cerita mrk kena sumpah jadi bisu..

    • Ramesh Rao Krishnan Naidu · · Pengulas Tertinggi
      Baju Pink----JAYA muka KENCING Manis bekas tentera?????hahahaah kalau ya pun upahlah orang yang berwibawa!!!!bukan muka muka sakit Jantung,Buah Pinggang dan Yang dah nak mapos!!!!!

    • Jeff Wahab · Pengulas Tertinggi · Macam Macam Boleh di Sekolah kat tepi sungai jer
      Paria Ramesh Rao Krishnan Naidu..lu sibok apahal?

    • Ahrib Ahmad · Pengulas Tertinggi
      Tapi perangai jijik , senaman pontot tu jangan Buat lagi, malukan rakyat malaysia kaum melayu jer.. macam budak sekolah tadika jer....

    • Mohd Faizal Awang · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Port Moresby, Papua New Guinea
      RRKN, apa hal? kau ingat kau tak mampus ke? silap=silap kau mampus dulu drp org yg kencing manis.

    • MohNazman MohShidin · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
      Yang senaman buntut tu Ramesh Rao Krisnan Naidu le, bekas tentera juga, tapi jenis bangang , bodo dan ........... Wauuu!

    • Pakpompat Mustape · Pengulas Tertinggi · Chulalongkorn University
      Mula2 melabur, pas tu MELEBUR dalam tombolok pemimpin & kroni

    • Majnun Sixtfive · Pengulas Tertinggi · SMA DAERAH KISARAN
      Dey macha pundek..Lu duduk estet diam?

    • Ng Sook Huey · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      pls don't talk so much as you're using your ass to talk, all shit and rubbish. Talk by fact and walk by fact. don't just know how to carry balls of UMNO leaders. For the sick of your grandchildren you should not behave like a monkey! Don't let history tell your children, you'll be ashame. I been seeing you commented a lot but never talk bad on BN. Be fair! What about the ex military who show their ass you don't ever comment? cause you love to play people ass behind? As an INDIAN you're ashame your community! As a malaysian you're just like a monkey at National Zoo! As a human you're just waiting to answer to God! I'm pity of you when the more you talk and the more you comment! Everything has its expire day! BN has more then 55 years in rulling. We thanks them what has or had contributed to the nation. Now the people of Malaysia want to see changes cause mostly of Malaysian are suffering on the hike of Cost Of Standard Living! THE GREATEST DANGER TO MALAYSIA FREEDOM IS A GOVERNMENT THAT IGNORES THE CONSTITUTIONS. THE FREEDOM OF MALAYSIA IS IN OUR HAND, WE PEOPLE OF MALAYSIA IS TIME TO TAKE MALAYSIA BACK, RESPONSIBILITY PM, HONEST BENCH OF MINISTERS, TRANSPARENCY POLICY TO ALL STATE GOVERNMENT AND FEDERAL GOVERNMENT.

  • Leslie Chan · Pengulas Tertinggi
    Aku masih ingat lagi ada sekali aku ikut org tuan aku pegi office epf mengeluarkan caruman cukup umur 55 tahun,selamba je mamat tu sergah,kita kat epf memang strict,borang isi salah sikit kita mmg reject,kena isi lain,aku selamba jawab balik, mamak madey bawa kuar duit epf tolong family dia kena isi borang tak? Kalu tak jgn buat perangai mcm l-ncau dpn aku.mamat tu diam tak terkata.

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Memang padan muka dia..mana boleh suka hati cakap pada pencarum macam tu..layan2lah baik2..itu kan duit dia..

    • Kibota Bob · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Parti Keadilan Rakyat
      bagus tindakan anda...aku pun ada pengalaman aku sendiri semasa di hospital, dia ingat dia boleh makan aku dengan bercakap kasar dan terbeliak biji mata...last2 aku hamun, tahu pun malu dan takut.

    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      Leslie Chan
      Memang kalau kita yg tak ada nama nih nak berurusan dgn pihak yg berkaitan, kekadang boleh naik darah dibuat nya...lebih lebih lagi bila di tengok kita agak selekeh sket...tapi kalau bapak bapak penyangak amno bn berurusan sepantas kilat urusan dibereskan syarat cukop tak cukop hal kemudian..bila peralihan pimpinan jadi kelam kabut selalu nya pegawai tu jugak ler yg dimangsakan...
      Elok gak Bro bahasakan dia, kekadang meluat gak aku tengok ramai yg lebih sudu dari kuah.

    • Marto Petok · UPM Serdang
      Setuju dgn anda...... Aku lagi pernah marah polis PD pasal salah saman. Aku amuk dia org ngan Ketua dia sekali. Last2 dia mintak RM5.00 utk batal saman, tp aku x bg jgk, aku cakap 'ko dah susahkan aku, buang masa aku, salah ko nk suruh aku tanggung. untung aku x claim masa dan mailage aku kt polis. tu gambar jabat tangan tu gambaran terima rasuah ker?" merah padam ketua balai polis tu. Last2 dia batalkan juga. 'Bolehpun' aku cakap ngan dia.

      Kesimpulannya kita mesti berani menegakkan kebenaran walaupun terpaksa melawan org yg berkuasa.....

    • Pakpompat Mustape · Pengulas Tertinggi · Chulalongkorn University
      Betul tu. Kita yang tak dak nama & pakai selekeh ni, tidak dilayan sebaik mungkin. Takkan aku nak pakai tie baru jab. kerajaan nak layan?? Tindakan yg berani Leslie, kalau tak dia asyik nak pijak kita jer

  • Zulkaini Idris · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
    Duit hang guna.... Bila nak tengok tak Kasi... Apa punya style ni ?

    • Pak Yeop Abdullah · Pengulas Tertinggi · Sekolah atap jer
      Jahanam Stlye...

    • Bee End · Pengulas Tertinggi
      Tak mengenang budi...alasan penipu,biasalah.

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Dedah jangan tak dedah..Polis dan SPRM diam membisu dah skrg ni...Laporan polis dah buat..Dengar cerita mrk kena sumpah jadi bisu../././.

    • Nasir Ariffin · Pengulas Tertinggi
      Pak Yeop Abdullah
      NAK TAMBAH SIKIT YEOP. jahanam Bin pelingkup. BEYO DEME BUAT PUEH -PUEH DALAM KEADAAN NYAWA IKAN.

  • Izat Ain · Pengulas Tertinggi · SEKOLAH MENENGAH BANDAR MAS
    hak mereka ( tentera ) menabung tak di benarkan lihat dokumen !!!, apakah jadahnya pemimpin UMNO ni ?????????, hei zahid hamidi !!!, gaji kau pun di bayar oleh rakyat tau !!!, kau ingat semua ni duit kau yg punya ?...pirahhhhh

    • Master Fahmi · Pengulas Tertinggi · Institut dakwah islamiah perkim
      Perinsip amno duit kau duit aku, duit aku duit aku lee..

    • Niru Ssb · · Pengulas Tertinggi · Smk simunjan no 1
      Tak boleh.....tengok dokumen,apa punya style.....ini style tahap kambing tak boleh kena hujan.......bangang punya style....

    • Chin Lee · · Pengulas Tertinggi
      Izat Ain, kalau tak salah saya, mereka memang ingat duit tu adalah duit bapa dia

    • Kibota Bob · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Parti Keadilan Rakyat
      Niru Ssb : gangnam style kot

    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Najib dah lama dok perhati duit tabung Felda dan LTAT. Bila naik jadi PM, ni lah peluang perabih duit tabung tu. Dia tau tentera boleh buat apa! Sekali sekal Najib Rosmah terliur tengok duit EPF lebih RM200 billion. Nasib baik Najib dan BN dah dipenghujung nyawa kalau tidak habis dirembatnya. Pekerja melopong!!!!! ABU!!!

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      bos2 da nak cabut, tinggal anak kuli sorang dua dok bertempik, keh keh keh
Kenali hadis palsu menerusi matan

Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan kepalsuannya merupakan dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya.

Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian.

Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh' maka Tuhan ataupun Rasul-Nya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.
Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi SAW dalam hadis mutawatir:

"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka."
Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar.

Menerusi SMS, email, Facebook dan Twitter, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya.
Mengkritik matan
Pembaca Internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu. Saya mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para pelajar ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.
Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara. Pertama, kajian terhadap sanad (rangkaian perawi).

Kedua, kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.

Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna Internet hari ini. Ia sekurang-kurangnya dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya.
Ibn Qayyim
Ilmuwan hadis yang terbilang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks hadis iaitu Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da'if. Sesiapa yang berkemampuan membaca teks Arab, saya mencadangkan mereka membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah.

Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasainya, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.
Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim, hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah.

Contoh hadis palsu yang dibawa oleh Ibn Qayyim ialah:

"Sesiapa yang mengucap lailaha illa Allah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya." (ms 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

Logik
Antara ciri lain hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: "Terung itu ubat bagi segala penyakit."

Contoh lain: "Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Memperbanyak air mata dan ia disucikan oleh 70 nabi." (ms 52)
Antara lain beliau menyebut hadis ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan.

Banyak contohnya, antara yang disebut: "Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun".

Contoh lain: "Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit."

Contoh lain: "Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga." (ms 55)
Contoh lain: "Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir."

Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis berkaitan ayam jantan itu:

"Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu: Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat." (riwayat Bukhari dan Muslim). (ms 56)
Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.
Bercanggah sumber sahih
Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila ia bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata.

Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad, bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka.

Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi SAW yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan salih. (ms 57)
Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta.

Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (ms 67-76)
Pelik
Contoh hadis palsu lain: "Pelangi di langit itu adalah tengkuk ular yang berada di bawah Arsy."

Juga hadis palsu: "Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak." (ms 60)
Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (ms 64).

Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam Internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.

Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: "Memakan ikan melemahkan jasad."

Contoh lain: "Ada seseorang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang."

Contoh lain: "Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas." (ms 65).

Banyak hadis yang seperti yang kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz' dan 'ustazah' yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan perniagaan mereka.
Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca.

Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini.

Insya-Allah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.


PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini

Tiada ulasan: