Pembangkang Syria tolak pelan damai Assad
Terjemahan Mohamad Yahya, | 07 Jan 2013 |
Kumpulan pembangkang Syria telah menolak inisiatif keamanan baru oleh
Presiden Bashar al-Assad termasuk persidangan perdamaian kebangsaan dan
kerajaan serta perlembagaan baru.
Ahad lalu, Assad yang jarang jarang sekali memberi ucapan kepada rakyat Syria, berucap buat kali pertama sejak Jun, menuntut bahawa negara-negara Barat menghentikan pembiayaan dan membekalkan senjata kepada pemberontak dan berkata beliau bersedia untuk mengadakan dialog dengan mereka "yang tidak mengkhianati Syria".
Beliau berucap kepada hadirin yang memenuhi Opera House di kawasan tengah Damsyik, dan penonton kerap bersorak dan bertepuk tangan.
Pembangkang Syria, termasuk kumpulan pemberontak, dengan cepatnya menolak cadangan Assad.
Louay Safi (gambar), ahli blok pembangkang, Pakatan Kebangsaan Syria, menyifatkan ucapan tersebut sebagai "retorik kosong".
"Dia tidak menawarkan untuk mengundur diri, yang merupakan pra-syarat untuk memulakan apa-apa rundingan," Safi memberitahu Al-Jazeera.
"Beliau telah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang diktator yang tidak boleh dibawa berbincang. Saya fikir beliau tidak mempunyai keinginan untuk melepaskan kuasa. Beliau mahu menghancurkan pembangkang dan beliau berharap dia boleh terus berkuasa lebih untuk 40 tahun yang akan datang seperti yang telah dilakukan bapanya."
Pemimpin parti pembangkang telah berulang kali menyatakan bahawa mereka akan hanya menerima pengunduran presiden, menolak sebarang penyelesaian yang melibatkan Assad kekal dalam kekuasaan.
"Tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang boleh pergi kepada masyarakat umum dan berkata 'kami akan berunding dan berkompromi dengan Assad dalam kerajaan', seorang komander kanan Tentera Pembebasan Syria memberitahu Al-Jazeera. (aljazeera.com)
(Mahfuz menunjukkan salinan suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong pada sidang media.)
KUALA LUMPUR: PAS akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda menitahkan Perdana Menteri memanggil satu sidang parlimen tergempar berhubung tuduhan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata sidang tergempar itu perlu diadakan sebelum 25 Februari ini bagi memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Razak membersihkan dirinya yang sehingga kini masih membisu terhadap tuduhan itu.
Beliau berkata, sidang tergempar merupakan medium terbaik untuk Najib menjawab atau membela diri berhubung dakwaan yang dikaitkan terhadap beliau.
"Soal ini bukan soal kecil kerana ia mencalarkan nama PM. Apabila nama PM tercalar, ia turut mencalar nama negara," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Mahfuz menjelaskan, pihaknya telah menghantar surat kepada istana bagi memohon satu penetapan tarikh untuk bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Yang di-pertuan Agong.
Surat tersebut telah difakskan kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang Di-pertuan Agong, Elmy Mohd Yusoff, pagi tadi.
Langkah menyerahkan memorandum tersebut diambil memandangkan pendedahan usahawan karpet tersebut tidak mendapat sebarang respons dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Jabatan Peguam Negara.
Sebelum ini, beliau memberi tempoh dua minggu kepada ketiga-tiga agensi terbabit untuk membuat siasatan terhadap pendedahan Deepak.
Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sebarang respons daripada agensi-agensi terbabit.
Beliau turut mempertikaikan pemimpin BN yang seolah-olah bisu dan pekak apabila berhadapan dengan isu ini.
"Sebelum ini, pemimpin negara begitu riuh, mulut becok bila menyentuh satu-satu isu, tapi bila isu Deepak ini, mereka seolah-olah bisu dan pekak. Tiada siapa yang hirau," tegas beliau.

Deepak: Perlu sidang khas parlimen bersihkan Najib
Anis Nazri, | 07 Jan 2013 |

Beratus jam diserang, Ustaz Hadi mahu 1 jam
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Apabila Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberi peluang
membuat penjelasan hanya satu jam secara siaran langsung, setelah
beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais
Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh.
Demikian tulisan AJK PAS Pusat, Khalid Samad di dalam blognya http://www.khalidsamad.com.
“Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet ‘PM takut debat’, tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan ‘mirage di tengah-tengah padang pasir’ kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!” ujarnya.
Di bawah adalah tulisan penuh beliau.
UMNO nampak sangat kehabisan modal kerana terpaksa dikitar semula cerita lama dengan harapan kalau ada yang boleh menyengat. Maka ditimbulkan kembali soal ‘Amanat Hj. Hadi’ yang kononnya merupakan fatwa mengkafirkan ahli UMNO! Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?!
Selepas itu apabila TGHH minta diberi peluang buat penjelasan, hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh. Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet ‘PM takut debat’, tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan ‘mirage di tengah-tengah padang pasir’ kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!
Aduhai, nampak sangat UMNO/BN tidak tahu menahu bagaimana untuk menangani isu yang ditimbulkan sendiri! Kalau TGHH sudah dituduh dengan begitu hebat sekali, berilah beliau peluang bela diri, kalau jujur! Apa kata pujangga, ‘berani kerana benar’? Ini jelas takut kerana pembohong!
Sudah jelas bahawa peluang itu tidak akan diberi oleh kerajaan BN dan kalau sekiranya rakyat mahu mendengar penjelasan TGHH dan membenarkan beliau membela diri, hanya satu cara sahaja yang ada, iaitu tukar kerajaan BN dengan kerajaan PR. Sekira itu berlaku maka debat ilmiah berhubung semua isu akan diusahakan. Seperti isu Amanat Hj Hadi, Kalimah Allah, Altantuya, Deepak, Teo Beng Hock dan segala-galanya boleh diadakan. Pada ketika itu akan dibebaskan minda rakyat daripada dibelenggu, sepertimana selama ini, oleh propaganda UMNO/BN. Pada masa itu juga pimpinan UMNO/BN boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung dan segala yang ingin ditanya dan dinyatakan boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan bersama.
Pada ketika itu akan terserlah siapa yang bercakap benar dan siapa penipu. Ada berani?
KUALA LUMPUR: Dewan
Muslimat PAS Pusat (DMPP) meminta seluruh umat Islam melakukan solat
hajat dan berdoa agar penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
dijauhi daripada sebarang bahaya dan bencana.
Ia ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) minggu ini berhubung amaran Ribut Tropika Sonamu dijangka melanda Pantai Timur pada 8 Januari, jam dua petang.
MMD menasihatkan penduduk khususnya nelayan di negeri-negeri Pantai Timur menjauhkan diri dari laut.
"Mohon solat hajat dan doa semoga Allah lindungi Malaysia khususnya di Pantai Timur daripada bahaya dan bencana Ribut Tropika Sonamu," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi kepada Harakahdaily.
MMD dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Situasi ini dijangka berterusan sehingga Jumaat.
Justeru, Aiman mengingatkan ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak mereka.
"Minta ibu bapa semua prihatin terhadap kedudukan anak-anak, jangan biarkan berada di luar ketika ribut, hujan dan banjir," katanya.
Ribut Tropika Sonamu akan mengakibatkan keadaan laut bergelora disertai dengan angin kencang dan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar.
Mereka yang berada di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir diingatkan agar berwaspada terhadap amaran hujan lebat dari masa ke semasa dan perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.
Orang ramai juga diminta patuh kepada arahan daripada pihak berkuasa seandainya diminta untuk mengosongkan rumah mereka.
ALOR SETAR:
Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik Kedah
meminta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan amanatnya
kerana ia tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum
agama.
Tuan Guru Haji Salleh Musa, 85 tahun, merupakan tokoh ulama Kedah yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia.
Beliau berkata, sebagaimana dipetik oleh blog Gendang Perang (www.wasukalu.com), ucapan Ustaz Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan Umno pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah dan mempersenda sunnah Rasulullah SAW.
"Banyak perkara Umno buat yang bertentangan dengan syarak dan aqidah, yang paling nyata kesalahan Umno adalah kerana asingkan agama dari politik," katanya.
Haji Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan Umno yang bagi beliau sangat ketandusan isu.
Haji Salleh berkata, "Insyallah isu ini tidak lama, nanti depa (mereka /Umno) akan diam."
Bagi beliau, golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Datuk Dr Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
"Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi Exco PAS di Selangor?" soal beliau.
Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara, ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang, katanya.
Haji Salleh juga menemplak Jakim dan beberapa orang mufti terutamanya Datuk Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan?
"Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata 'Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat' dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakan, ini soal aqidah," katanya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menganugerahkan Tokoh Profesional Terbilang kepada almarhum Prof. Ahmad Ibrahim sempena Himpunan Xpresi Profesional Muda tempoh hari.
“Almarhum adalah tokoh negara yang banyak berjasa,” kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan sempena penyerahan sijil dan plak penghargaan DPPM kepada anak almarhum di Shah Alam, semalam. (Gambar)
Menurutnya, almarhum adalah peguam yang mempertahankan aqidah Natrah yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Singapura pada awal 50-an.
Selain itu, katanya almarhum adalah pengasas Malayan Law Journal yang menghimpunkan koleksi kes-kes mahkamah yang kini menjadi rujukan utama para pengamal undang-undang, hakim dan pelajar undang-undang di seluruh negara.
Tambahnya, almarhum juga adalah pejuang perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia dan antara orang penting di sebalik penubuhan mahkamah syariah sehingga nama beliau diabadikan di UIA [Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law - AIKOL].
Nasrudin berkata, DPPM semalam menyerahkan Sijil dan Plak Anugerah Tokoh Profesional Terbilang kepada anak ke-6 daripada 9 anak almarhum iaitu Mohd Ismail di kediaman beliau Taman Subang Mutiara Batu 3, Shah Alam yang mana wajah Mohd Ismail mirip almarhum.
Mewakili DPPM ialah Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz Timbalan Ketua DPPM dan Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Pengarah JUHAM DPPM.
"Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunanNya kepada almarhum Prof. Ahmad Ibrahim. Mudah-mudahan jasa dan kegigihan perjuangan beliau terus menjadi sumber inspirasi anak-anak muda hari ini," ujarnya.
AProf. Ahmad Ibrahim yang telah kembali ke rahmatillah pada tahun 1999 sewaktu usia 83 tahun juga adalah ahli PAS seumur hidup.
BACHOK:
Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan minyak di Bachok
(Cabar) hari ini secara rasminya melancarkan kempen sokong titah sultan
dengan menampilkan logo (gambar) pelekat kenderaan yang istimewa khususnya untuk warga bachok.
Pengerusinya Ahmad Marzuk Shaary berkata kempen ini sebagai menzahirkan manifestasi sokongan rakyat bachok terhadap titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang meminta agar minyak didaratkan di Bachok kerana pihak kerajaan negeri telah menyediakan zon prindutrian petroleum seluas 4000 ekar di Bachok semenjak tahun 1990.
Mengulas lanjut mengenai kempen ini beliau berkata, ada beberapa komponen kempen yang akan dilaksanakan, semua aktivis anak muda akan digerakkan untuk sampaikan maklumat kepada rakyat.
"Kemuncak kempen ini Insya Allah akan di adakan himpunan rakyat bachok dalam masa terdekat yang menampilkan kehadiran pemimpin utama yang akan berucap pada majlis tersebut," kata Ahmad Marzuk (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika ditanya mengapa NGO yang melaksanakan program ini, beliau berkata, ia bertujuan untuk mengajak semua rakyat Bachok untuk menyokong hasrat murni ini tanpa mengira fahaman politik mereka.
Penganjuran ini juga adalah kerana desakan sebahagian besar rakyat Bachok yang ingin melihat pembangunan dan perubahan berlaku dibachok dengan adanya pendaratan minyak dan gas.
Ketika diminta mengulas tentang kenyataan salah seorang pemimpin tempatan Bachok baru-baru ni yang menyatakan bahawa kerajaan pusat tidak pernah janjikan pendaratan minyak di Bachok, beliau berkata, ia bukan soal janji.
"Ini kerana Bachok adalah antara daratan yang paling hampir dengan telaga minyak yang ditemui.
"Kita faham dengan mereka ini, janji 5 peratus royalti pun dicabuli inikan pula cadangan pendaratan. Kita akan tunjukkan bukti sokongan rakyat Bachok terhadap pendaratan ini," katanya.
Beliau juga berkata, hujah mengenai bayaran pampasan kepada penduduk yang dikatakan sebagai penghalang untuk daratkan minyak menampakkan sikap tidak jujur dan serius membantu kelantan.
"Sedangkan itu hanyalah soal mekanisma yang boleh diselaraskan antara kerajaan negeri, petronas dan penduduk setempat sebagaimana cadangan pendaratan minyak di Pengerang, Johor dan sejarah pendaratan minyak di Kerteh, Terengganu. Kita ada maklumat tentang itu.
"Tidak timbul soal masalah pampasan kepada penduduk setempat jika benar-benar jujur dan ikhlas,” jelasnya.
Beliau berkata, ia hanya alasan untuk memastikan kekayaan hasil bumi ini tidak diberikan kepada Kelantan, kerana akan menutup peluang mereka ini untuk ambil semula Kelantan menggunakan isu kemiskinan dan mundur.
Ahmad Marzuk berkata, beliau bimbang sejarah lama pendaratan minyak yang sepatutnya ke kelantan dilarikan ke Songkhla dengan alasan yang sama akan berulang, sedangkan titah baginda sultan sangat jelas khususnya minyak dan gas dari telaga bumi selatan dan telaga surya selatan (blok PM 301 - Malay Basin) untuk didaratkan di bachok seperti yang tercatat dalam pembukaan persidangan dun kelantan penggal ke-12 pada 1 Mac 2012.
“Saya yakin dan percaya rakyat Bachok khususnya tanpa mengira fahaman politik menyokong penuh dan menjunjung kasih terhadap titah Sultan Muhammad V yang terbukti mengutamakan rakyat dan menolak pemimpin tertentu yang menzalimi dan menafikan hak rakyat," tegas beliau.
Demikian tulisan AJK PAS Pusat, Khalid Samad di dalam blognya http://www.khalidsamad.com.
“Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet ‘PM takut debat’, tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan ‘mirage di tengah-tengah padang pasir’ kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!” ujarnya.
Di bawah adalah tulisan penuh beliau.
UMNO nampak sangat kehabisan modal kerana terpaksa dikitar semula cerita lama dengan harapan kalau ada yang boleh menyengat. Maka ditimbulkan kembali soal ‘Amanat Hj. Hadi’ yang kononnya merupakan fatwa mengkafirkan ahli UMNO! Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?!
Selepas itu apabila TGHH minta diberi peluang buat penjelasan, hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh. Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet ‘PM takut debat’, tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan ‘mirage di tengah-tengah padang pasir’ kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!
Aduhai, nampak sangat UMNO/BN tidak tahu menahu bagaimana untuk menangani isu yang ditimbulkan sendiri! Kalau TGHH sudah dituduh dengan begitu hebat sekali, berilah beliau peluang bela diri, kalau jujur! Apa kata pujangga, ‘berani kerana benar’? Ini jelas takut kerana pembohong!
Sudah jelas bahawa peluang itu tidak akan diberi oleh kerajaan BN dan kalau sekiranya rakyat mahu mendengar penjelasan TGHH dan membenarkan beliau membela diri, hanya satu cara sahaja yang ada, iaitu tukar kerajaan BN dengan kerajaan PR. Sekira itu berlaku maka debat ilmiah berhubung semua isu akan diusahakan. Seperti isu Amanat Hj Hadi, Kalimah Allah, Altantuya, Deepak, Teo Beng Hock dan segala-galanya boleh diadakan. Pada ketika itu akan dibebaskan minda rakyat daripada dibelenggu, sepertimana selama ini, oleh propaganda UMNO/BN. Pada masa itu juga pimpinan UMNO/BN boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung dan segala yang ingin ditanya dan dinyatakan boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan bersama.
Pada ketika itu akan terserlah siapa yang bercakap benar dan siapa penipu. Ada berani?
Sonamu: Muslimat PAS saran solat hajat
Hazayani Zakaria, | 07 Jan 2013 |
Ia ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) minggu ini berhubung amaran Ribut Tropika Sonamu dijangka melanda Pantai Timur pada 8 Januari, jam dua petang.
MMD menasihatkan penduduk khususnya nelayan di negeri-negeri Pantai Timur menjauhkan diri dari laut.
"Mohon solat hajat dan doa semoga Allah lindungi Malaysia khususnya di Pantai Timur daripada bahaya dan bencana Ribut Tropika Sonamu," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi kepada Harakahdaily.
MMD dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Situasi ini dijangka berterusan sehingga Jumaat.
Justeru, Aiman mengingatkan ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak mereka.
"Minta ibu bapa semua prihatin terhadap kedudukan anak-anak, jangan biarkan berada di luar ketika ribut, hujan dan banjir," katanya.
Ribut Tropika Sonamu akan mengakibatkan keadaan laut bergelora disertai dengan angin kencang dan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar.
Mereka yang berada di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir diingatkan agar berwaspada terhadap amaran hujan lebat dari masa ke semasa dan perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.
Orang ramai juga diminta patuh kepada arahan daripada pihak berkuasa seandainya diminta untuk mengosongkan rumah mereka.
Amanat: TG Haji Salleh Musa minta Ustaz Hadi pertahan
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
Tuan Guru Haji Salleh Musa, 85 tahun, merupakan tokoh ulama Kedah yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia.
Beliau berkata, sebagaimana dipetik oleh blog Gendang Perang (www.wasukalu.com), ucapan Ustaz Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan Umno pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah dan mempersenda sunnah Rasulullah SAW.
"Banyak perkara Umno buat yang bertentangan dengan syarak dan aqidah, yang paling nyata kesalahan Umno adalah kerana asingkan agama dari politik," katanya.
Haji Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan Umno yang bagi beliau sangat ketandusan isu.
Haji Salleh berkata, "Insyallah isu ini tidak lama, nanti depa (mereka /Umno) akan diam."
Bagi beliau, golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Datuk Dr Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
"Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi Exco PAS di Selangor?" soal beliau.
Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara, ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang, katanya.
Haji Salleh juga menemplak Jakim dan beberapa orang mufti terutamanya Datuk Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan?
"Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata 'Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat' dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakan, ini soal aqidah," katanya.
Pemuda PAS hargai jasa almarhum Prof Ahmad Ibrahim
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menganugerahkan Tokoh Profesional Terbilang kepada almarhum Prof. Ahmad Ibrahim sempena Himpunan Xpresi Profesional Muda tempoh hari.
“Almarhum adalah tokoh negara yang banyak berjasa,” kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan sempena penyerahan sijil dan plak penghargaan DPPM kepada anak almarhum di Shah Alam, semalam. (Gambar)
Menurutnya, almarhum adalah peguam yang mempertahankan aqidah Natrah yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Singapura pada awal 50-an.
Selain itu, katanya almarhum adalah pengasas Malayan Law Journal yang menghimpunkan koleksi kes-kes mahkamah yang kini menjadi rujukan utama para pengamal undang-undang, hakim dan pelajar undang-undang di seluruh negara.
Tambahnya, almarhum juga adalah pejuang perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia dan antara orang penting di sebalik penubuhan mahkamah syariah sehingga nama beliau diabadikan di UIA [Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law - AIKOL].
Nasrudin berkata, DPPM semalam menyerahkan Sijil dan Plak Anugerah Tokoh Profesional Terbilang kepada anak ke-6 daripada 9 anak almarhum iaitu Mohd Ismail di kediaman beliau Taman Subang Mutiara Batu 3, Shah Alam yang mana wajah Mohd Ismail mirip almarhum.
Mewakili DPPM ialah Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz Timbalan Ketua DPPM dan Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Pengarah JUHAM DPPM.
"Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunanNya kepada almarhum Prof. Ahmad Ibrahim. Mudah-mudahan jasa dan kegigihan perjuangan beliau terus menjadi sumber inspirasi anak-anak muda hari ini," ujarnya.
AProf. Ahmad Ibrahim yang telah kembali ke rahmatillah pada tahun 1999 sewaktu usia 83 tahun juga adalah ahli PAS seumur hidup.
Kalau Deepak buat dakwaan 10% kepada Pakatan, DAP
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Tidak diragukan lagi sekiranya Deepak Jaikishan membuat hanya 10%
dakwaan kepada pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan
terhadap Najib dan pemimpin Umno BN, dia mungkin kini sedang muncul
dalam semua media perdana BN sejak enam minggu lalu dan bukannya
digelapkan terus seperti mana yang berlaku sekarang.
Demikian kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur bertanya mengapa politik dan kewartawanan Malaysia telah jatuh ke tahap sedemikian selepas 55 tahun Merdeka pada 1957?
Berikut ialah kenyataan beliau.
Sepanjang tiga hari lalu merupakan hari-hari yang sukar buat pemimpin, ahli dan penyokong DAP di dalam 47 tahun sejarah parti, kerana DAP telah memenuhi muka depan media perdana Barisan Nasional sejak dua hari lalu dan memenuhi semua siaran yang dikawal Barisan Nasional.
Berikut adalah tajuk berita muka depan yang lantang di dalam media perdana BN sejak dua hari lalu:
DAP silap kira undi? – Pengarah pilihan raya parti itu letak jawatan (Utusan Malaysia 5.1.13)
Drama DAP – Lagi persoal isu silap kira undi (Mingguan Malaysia 5.1.13)
DAP election FIASCO – Error raises doubts about party’s ability to rule country (New Straits Times 5.1.13)
‘Embarrassing glitch’ – (New Sunday Times 6.1.13)
Sandiwara DAP pujuk Melayu – Ambil masa tiga minggua akui kesilapan pemilihan CEC (Berita Harian 5.1.13)
Tindakan DAP ‘luar biasa’ – Pinda keputusan pemilihan janggal, timbul banyak persoalan: Muhyiddin (Berita Harian t6.1.13)
It doesn’t add up (Star 5.1.13)
Apabila DAP muncul di dalam media perdana BN, terutamanya muka depan, pasti bukan berita baik. Malah, biasanya berkenaan pembohongan – sepertimana kes yang terkenal pada 7 Mei 2011 ketika Utusan Malaysia memaparkan tajuk berita muka depan “Kristian agama rasmi?”, mendakwa DAP berkonspirasi dengan pemimpin Kristian untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama persekutuan dan bukan lagi Islam serta satu lagi kes terkenal yang lain adalah pada 9 Julai, 2012 di muka depan Utusan Malaysia adalah tentang pembohongan bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi daripada 222 kerusi parlimen untuk menguasai Pakatan Rakyat lalu melantik Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke-13.
Tidak diragukan lagi sekiranya pengedar permaidani, Deepak Jaikishan telah membuat hanya 10% dakwaan kepada pemimpin DAP/PR sepertimana yang dia lakukan terhadap Najib dan pemimpin UMNO/BN, dia mungkin kini sedang muncul dalam semua media perdana BN sejak enam minggu lalu dan bukannya digelapkan terus seperti mana yang berlaku sekarang.
Mengapa politik dan kewartawanan Malaysia telah jatuh ke tahap sedemikian selepas 55 tahun Merdeka pada 1957?
Walaupun sepanjang tiga hari lalu merupakan hari yang paling sukar buat DAP di dalam sejarah parti, tiada seorang pun Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti (CEC) menyesal melakukan apa yang betul – untuk merendah diri dan menegakkan kejujuran serta ketelusan dengan mengakui secara terbuka kesilapan di dalam keputusan pemilihan CEC DAP, kejujuran sekalipun sukar dan menyakitkan untuk seketika namun akan berjaya untuk jangka masa panjang.
Pemimpin, ahli dan penyokong DAP tidak perlu rasa malu, bukannya seperti mereka yang berterusan bergelumang dengan pembohongan dan penipuan serta mengelak untuk berlaku jujur, bertanggungjawab dan telus.
Terdapat kebenaran pada pemerhatian penganalisa politik berpengalaman yang disampaikan oleh penasihat seumur hidup DAP Dr Chen Man Hin bahawa “kritikan keras daripada Barisan adalah tindak balas terdesak oleh musuh yang sedang menghitung hari. Mereka telah tewas dalam perlawanan politik, dan kini cuba menggapai apa sahaja untuk terus hidup”.

Minyak di Kelantan: Cabar dibentuk sokong titah Sultan
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
Pengerusinya Ahmad Marzuk Shaary berkata kempen ini sebagai menzahirkan manifestasi sokongan rakyat bachok terhadap titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang meminta agar minyak didaratkan di Bachok kerana pihak kerajaan negeri telah menyediakan zon prindutrian petroleum seluas 4000 ekar di Bachok semenjak tahun 1990.
Mengulas lanjut mengenai kempen ini beliau berkata, ada beberapa komponen kempen yang akan dilaksanakan, semua aktivis anak muda akan digerakkan untuk sampaikan maklumat kepada rakyat.
"Kemuncak kempen ini Insya Allah akan di adakan himpunan rakyat bachok dalam masa terdekat yang menampilkan kehadiran pemimpin utama yang akan berucap pada majlis tersebut," kata Ahmad Marzuk (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika ditanya mengapa NGO yang melaksanakan program ini, beliau berkata, ia bertujuan untuk mengajak semua rakyat Bachok untuk menyokong hasrat murni ini tanpa mengira fahaman politik mereka.
Penganjuran ini juga adalah kerana desakan sebahagian besar rakyat Bachok yang ingin melihat pembangunan dan perubahan berlaku dibachok dengan adanya pendaratan minyak dan gas.
Ketika diminta mengulas tentang kenyataan salah seorang pemimpin tempatan Bachok baru-baru ni yang menyatakan bahawa kerajaan pusat tidak pernah janjikan pendaratan minyak di Bachok, beliau berkata, ia bukan soal janji.
"Ini kerana Bachok adalah antara daratan yang paling hampir dengan telaga minyak yang ditemui.
"Kita faham dengan mereka ini, janji 5 peratus royalti pun dicabuli inikan pula cadangan pendaratan. Kita akan tunjukkan bukti sokongan rakyat Bachok terhadap pendaratan ini," katanya.
Beliau juga berkata, hujah mengenai bayaran pampasan kepada penduduk yang dikatakan sebagai penghalang untuk daratkan minyak menampakkan sikap tidak jujur dan serius membantu kelantan.
"Sedangkan itu hanyalah soal mekanisma yang boleh diselaraskan antara kerajaan negeri, petronas dan penduduk setempat sebagaimana cadangan pendaratan minyak di Pengerang, Johor dan sejarah pendaratan minyak di Kerteh, Terengganu. Kita ada maklumat tentang itu.
"Tidak timbul soal masalah pampasan kepada penduduk setempat jika benar-benar jujur dan ikhlas,” jelasnya.
Beliau berkata, ia hanya alasan untuk memastikan kekayaan hasil bumi ini tidak diberikan kepada Kelantan, kerana akan menutup peluang mereka ini untuk ambil semula Kelantan menggunakan isu kemiskinan dan mundur.
Ahmad Marzuk berkata, beliau bimbang sejarah lama pendaratan minyak yang sepatutnya ke kelantan dilarikan ke Songkhla dengan alasan yang sama akan berulang, sedangkan titah baginda sultan sangat jelas khususnya minyak dan gas dari telaga bumi selatan dan telaga surya selatan (blok PM 301 - Malay Basin) untuk didaratkan di bachok seperti yang tercatat dalam pembukaan persidangan dun kelantan penggal ke-12 pada 1 Mac 2012.
“Saya yakin dan percaya rakyat Bachok khususnya tanpa mengira fahaman politik menyokong penuh dan menjunjung kasih terhadap titah Sultan Muhammad V yang terbukti mengutamakan rakyat dan menolak pemimpin tertentu yang menzalimi dan menafikan hak rakyat," tegas beliau.
Bermula di KSS sebelum ke Stadium Merdeka
Khairil Abdul Rahim, | 07 Jan 2013 |
TEMERLOH: Himpunan
Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini
akan bermula di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kampung Baru pada pukul 11
malam sebelumnya.
Pengarah HKR Mohamad Sabu, berkata himpunan di KSS itu bertujuan menampung peserta perhimpunan yang datang awal ke ibu negara dengan diisi program amanat pemimpin sebelum berarak ke Stadium Merdeka.
Timbalan Presiden PAS itu memaklumkan, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang telah bersepakat menyeru semua rakyat turun berhimpun.
“Jadi datanglah berhimpun pada Sabtu ini dari jam dua petang hingga pukul lima petang. Seelok-eloknya datang awal dan jangan lupa, bawalah keluarga dan anak-anak kerana perhimpunan ini berbentuk santai,” katanya ketika berucap secara lintas langsung dalam program Himpunan Anak Muda di sini malam tadi.
Perhimpunan tersebut merupakan ‘road show’ peringkat negeri Pahang rapat kemuncak ‘count down’ HKR 112 satu juta rakyat Sabtu ini.
Muhamad sepatutnya berceramah pada majlis tersebut namun tidak dapat hadir berikutan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada waktu yang sama.
Turut berucap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, aktivis Hishamudin Rais, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Adun Sekincan Ng Suee Lim, aktivis mahasiswa Safuan Anang dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.
Sementara itu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata rakyat perlu turun beramai-ramai kerana perlawanan kali ini bukan lagi untuk menjatuhkan BN atau Najib dan menaikkan Anwar Ibrahim tetapi kali ini rakyat bangkit menentang kezaliman dan penipuan sejak 55 tahun.
“Ayuh kosongkan Temerloh, hanya orang-orang yang penakut saja yang terus tinggal di Temerloh pada hari itu,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 4,000 yang hadir.
Hishamudin pula menasihatkan peserta yang pergi ke HKR supaya tidak menggunakan kenderaan sendiri sebaliknya menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh mengeluarkan sesuatu fatwa hanya berdasarkan andaian atau laporan akhbar semata-mata.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad (gambar) berkata, dalam menyelesaikan isu yang disebut sebagai 'Amanat Haji Hadi', Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersemuka dengan Presiden PAS itu sendiri.
"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Semalam, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata, sejak 31 tahun lalu, beliau langsung tidak pernah menerima apa-apa surat atau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung petikan ucapannya yang dibuat di Banggol Peradong, Terengganu, 31 tahun yang lalu yang kemudian dipopularkan pihak tertentu sebagai 'amanat' itu.
Katanya, tindakan itu tidak adil bagi dirinya kerana tidak diberi peluang menjelaskan perkara sebenar berhubung polemik itu sehingga kini.
Sebelum ini hanya Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang mengeluarkan fatwa berhubung amanat itu yang diwartakan pada tahun 2002.
Sebaliknya tiada fatwa khusus di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara itu.
Mengulas fatwa yang dikeluarkan di peringkat negeri itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.
Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.
Saya merujuk pada berita dalam Harakahdaily yang bertajuk ‘LHDN:
Henti ‘serang’ PKS, siasat kekayaan luar biasa’. Saya adalah seorang
pemilik PKS dan saya tahu bahawa memang ada antara tindakan LHDN yang
membebankan PKS. Antaranya adalah dengan memaksa PKS membayar cukai
secara ‘prabayar’.
Mengikut sistem lama, pembayar cukai hanya perlu membayar cukai pada tahun berikutnya. Contohnya, bagi pendapatan yang diperoleh pada tahun 2012, cukai hanya perlu dibayar pada tahun 2013. Tetapi mengikut sistem kutipan cukai yang baru diperkenalkan oleh LHDN, LHDN menganggarkan jumlah pendapatan yang akan kita peroleh pada tahun 2012. Kemudian, cukai dikenakan berdasarkan anggaran pendapatan itu. Seterusnya, PKS diwajibkan membayar cukai berdasarkan anggaran jumlah pendapatan yang akan diperoleh. Kesimpulannya, mengikut sistem baru ini, cukai tahun 2012 mesti dibayar pada tahun 2012 juga.
Sistem baru ini menzalimi PKS. Hal ini kerana LHDN mengenakan cukai berdasarkan anggaran pendapatan yang akan kita peroleh. Natijahnya adalah PKS dipaksa membayar cukai atas pendapatan yang belum tentu dapat diperoleh.
Berbeza berbanding sistem lama, iaitu cukai hanya dikenakan ke atas pendapatan yang sudah pun diperoleh. Sistem baru ini sebenarnya bukan hanya menzalimi PKS, malah turut menzalimi golongan yang bekerja sendiri. Hal ini kerana mereka yang bekerja sendiri juga dipaksa membayar cukai secara ‘prabayar’.
Sistem baru ini tidak boleh disamakan dengan potongan cukai berjadual atau PCB yang dikenakan terhadap mereka yang makan gaji. Dalam sistem PCB, cukai hanya dikenakan terhadap pendapatan yang sudah pun diperoleh.
Saya berharap agar LHDN membatalkan sistem baru ini dengan serta-merta. Saya juga berharap agar agensi kerajaan lain atau syarikat utiliti tidak meniru sistem ala prabayar ini. Jika tidak, saya bimbang suatu hari nanti, syarikat utiliti juga akan menggunapakai sistem yang sama, yang mana pengguna elektrik/air dipaksa membayar bil berdasarkan anggaran penggunaan dan bukan penggunaan sebenar.
Pengarah HKR Mohamad Sabu, berkata himpunan di KSS itu bertujuan menampung peserta perhimpunan yang datang awal ke ibu negara dengan diisi program amanat pemimpin sebelum berarak ke Stadium Merdeka.
Timbalan Presiden PAS itu memaklumkan, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang telah bersepakat menyeru semua rakyat turun berhimpun.
“Jadi datanglah berhimpun pada Sabtu ini dari jam dua petang hingga pukul lima petang. Seelok-eloknya datang awal dan jangan lupa, bawalah keluarga dan anak-anak kerana perhimpunan ini berbentuk santai,” katanya ketika berucap secara lintas langsung dalam program Himpunan Anak Muda di sini malam tadi.
Perhimpunan tersebut merupakan ‘road show’ peringkat negeri Pahang rapat kemuncak ‘count down’ HKR 112 satu juta rakyat Sabtu ini.
Muhamad sepatutnya berceramah pada majlis tersebut namun tidak dapat hadir berikutan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada waktu yang sama.
Turut berucap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, aktivis Hishamudin Rais, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Adun Sekincan Ng Suee Lim, aktivis mahasiswa Safuan Anang dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.
Sementara itu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata rakyat perlu turun beramai-ramai kerana perlawanan kali ini bukan lagi untuk menjatuhkan BN atau Najib dan menaikkan Anwar Ibrahim tetapi kali ini rakyat bangkit menentang kezaliman dan penipuan sejak 55 tahun.
“Ayuh kosongkan Temerloh, hanya orang-orang yang penakut saja yang terus tinggal di Temerloh pada hari itu,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 4,000 yang hadir.
Hishamudin pula menasihatkan peserta yang pergi ke HKR supaya tidak menggunakan kenderaan sendiri sebaliknya menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
Tidak boleh buat fatwa berdasar andaian - Mufti
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad (gambar) berkata, dalam menyelesaikan isu yang disebut sebagai 'Amanat Haji Hadi', Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersemuka dengan Presiden PAS itu sendiri.
"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Semalam, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata, sejak 31 tahun lalu, beliau langsung tidak pernah menerima apa-apa surat atau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung petikan ucapannya yang dibuat di Banggol Peradong, Terengganu, 31 tahun yang lalu yang kemudian dipopularkan pihak tertentu sebagai 'amanat' itu.
Katanya, tindakan itu tidak adil bagi dirinya kerana tidak diberi peluang menjelaskan perkara sebenar berhubung polemik itu sehingga kini.
Sebelum ini hanya Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang mengeluarkan fatwa berhubung amanat itu yang diwartakan pada tahun 2002.
Sebaliknya tiada fatwa khusus di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara itu.
Mengulas fatwa yang dikeluarkan di peringkat negeri itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.
Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.
Gambar: Tok Guru Nik Aziz di majlis perkahwinan Khairul Fahmi (Apek)
http://malaysiaberih.blogspot.com, | 06 Jan 2013 |
Tok Guru Nik Aziz menghadiri
majlis kenduri kesyukuran perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat(Apek) dan
Leuniey Natasha di kediaman beliau Kg. Cherang, Kota Bharu pada
tengahari semalam 5hb. Jan 2013. Sumber FB
Kutipan cukai ‘prabayar’ membebankan rakyat
Latifah Kasim, |
Mengikut sistem lama, pembayar cukai hanya perlu membayar cukai pada tahun berikutnya. Contohnya, bagi pendapatan yang diperoleh pada tahun 2012, cukai hanya perlu dibayar pada tahun 2013. Tetapi mengikut sistem kutipan cukai yang baru diperkenalkan oleh LHDN, LHDN menganggarkan jumlah pendapatan yang akan kita peroleh pada tahun 2012. Kemudian, cukai dikenakan berdasarkan anggaran pendapatan itu. Seterusnya, PKS diwajibkan membayar cukai berdasarkan anggaran jumlah pendapatan yang akan diperoleh. Kesimpulannya, mengikut sistem baru ini, cukai tahun 2012 mesti dibayar pada tahun 2012 juga.
Sistem baru ini menzalimi PKS. Hal ini kerana LHDN mengenakan cukai berdasarkan anggaran pendapatan yang akan kita peroleh. Natijahnya adalah PKS dipaksa membayar cukai atas pendapatan yang belum tentu dapat diperoleh.
Berbeza berbanding sistem lama, iaitu cukai hanya dikenakan ke atas pendapatan yang sudah pun diperoleh. Sistem baru ini sebenarnya bukan hanya menzalimi PKS, malah turut menzalimi golongan yang bekerja sendiri. Hal ini kerana mereka yang bekerja sendiri juga dipaksa membayar cukai secara ‘prabayar’.
Sistem baru ini tidak boleh disamakan dengan potongan cukai berjadual atau PCB yang dikenakan terhadap mereka yang makan gaji. Dalam sistem PCB, cukai hanya dikenakan terhadap pendapatan yang sudah pun diperoleh.
Saya berharap agar LHDN membatalkan sistem baru ini dengan serta-merta. Saya juga berharap agar agensi kerajaan lain atau syarikat utiliti tidak meniru sistem ala prabayar ini. Jika tidak, saya bimbang suatu hari nanti, syarikat utiliti juga akan menggunapakai sistem yang sama, yang mana pengguna elektrik/air dipaksa membayar bil berdasarkan anggaran penggunaan dan bukan penggunaan sebenar.
Umno Kelantan sudah mula gaduh
http://msomelayu.blogspot.com, | 05 Jan 2013 |
SUSUPAN SENJA
Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.
Dali ialah bekas ketua pemuda Umno Kelantan dan kini adalah Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa.
Dengar khabar banyak juga sepanduk dan kain rentang diangkat semasa tunjuk perasaan berkenaan. Di sebuah kain rentang terpampang tulisan antara lain menyebut "ketua-ketua cawangan". Bermakna yang tunjuk perasaan itu terdiri dari ahli Umno sendiri.
Tidak jelas lagi apakah sebab musababnya. Khabarnya tunjuk perasaan itu mahukan agar Dali tidak dipilih menjadi calon. Satu memorandum juga hendak diserahkan kepada Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed tetapi gagal.
Apa yang terdengar Dali dikatakan mengamalkan kronisme di Pengkalan Chepa. Kronisme apa tidak pula dijelaskan lanjut. Sikap kronisme itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua bahagian.
Menurut maklumat dalam usaha melaporkan perkara itu kepada pihak tertinggi dalam parti termasuk presiden dan timbalan presiden juga telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Selalu berlaku begitu (ketidakpedulian) di dalam Umno dimana laporan orang bawahan tidak dipedulikan yang kemudian menimbulkan masalah.
Contohnya apa yang berlaku dalam Umno Bahagian Tanah Merah. Segelintir ahli tidak senang dengan politiking ketua bahagiannya, Ikhmal Hisham yang dikatakan memalsukan keahlian. Ekoran itu laporan dibuat kepada Pejabat Setiausaha Agung namun ia dibekukan begitu saja. Apa jadi, akhirnya masalah keahlian palsu di dalam Umno Kelantan terpaksa diheret ke mahkamah ekoran itu juga menyebabkan Umno Tanah Merah berkucah.
Tampaknya begitu juga apa yang berlaku di Pengkalan Chepa. Sebelum ini Umno Pengkalan Chepa adalah bahagian yang agak lantang dan kerap mencabar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Segala tindakan Umno Pengkalan Chepa seolah-olah menunjukkan ia berada dalam kekompakan. Tetapi dengan apa yang berlaku hari ini ia memberi gambaran sebaliknya.
Dengan apa yang berlaku di Pengkalan Chepa itu memberi petanda kurang baik kepada Umno Kelantan. Kalau tunjuk perasaan dan desakan ke atas Dali itu merupakan protes dalaman, ini bermakna kejadian cas keting dan sabotaj sesama sendiri tidak dapat dielakkan.
Sebelum ini sudah kedengaran berlaku rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pimpinan Umno di beberapa buah bahagian berhubung masalah calon. Perihal calon boleh menang (winnable candidate) ini sudah merebak perlahan-lahan ia membakar seperti api membakar dalam sekam.
Katanya ada pimpinan bahagian yang merasakan mereka lebih layak dan senior dalam parti kurang senang dengan penampilan beberapa calon boleh menang. Mereka juga mendakwa sudah bertahun menggerak jentera parti serta mendekati ahli serta sudah berbelanja ratusan ribu tiba-tiba bila calon hendak diserahkan kepada orang lain ia kurang disenangi.
Sudah kedengaran desas desus dan cakap-cakap mengatakan sekiranya pihak atasan tetap mengutamakan calon boleh menang dan mengenepikan calon pilihan bahagian, calon berkenaan akan disebatoj. Jika ini berlaku ia boleh merosakan potensi Umno untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
Justeru apa yang berlaku bakal memeningkan Mustapa Mohamed sebagai ketua Umno Kelantan. Di Kelantan dengarnya sekurang-kurang empat atau lima calon boleh menang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Idea winnable candidate yang cetuskan Najib Razak ini juga katanya telah mencelarukan keadaan.
Ada pimpimpin yang katanya bersetujuan dengan konsep calon boleh menang itu tetapi ianya di depan saja tetapi bersedia melakukan sabotaj di belakang. Insiden yang berlaku di Pengkalan Chepa itu perlu disekat oleh pihak Umno. Kalau ia tidak disekat, aksi-aksi protes calon itu akan berjangkit dan merebak ke kawasan lain.
Sudah pasti tunjuk perasaan di airport itu akan menjadi idea kepada pihak-pihak lain pula yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau pemilihan calon di bahagian masing-masing. Tambahan pula berlaku di Kelantan di mana orang Kelantan ia unik dan sedia berpatah arang berkerat rotan dalam apa juga situasi jika mereka kecewa. [wm.kl.6:54 pm 05/01/13]
Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.
Salah satu baner yang desak agar Dali tak jadi calon. |

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Pakatan Rakyat S'gor kerah 300,000 ke HKR 12 Jan
Muhammad Faizal, | 07 Jan 2013 |
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat Selangor akan
mengerahkan sejumlah 300 ribu yang terdiri daripada anggota, penggerak
dan penyokong Pakatan Rakyat bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat
(HKR) pada 12 Januari nanti.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, Pakatan Rakyat Selangor komited terhadap usaha untuk menggembleng solidariti rakyat bagi menyatakan pendirian berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.
Jelas beliau lagi, HKR adalah wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian terhadap kerajaan, sokongan padu perlu diberikan kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung demi kepentingan rakyat.
"Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari nanti.
"Atas usaha itu Pakatan Rakyat Selangor melakukan mobilasi sejumlah 300 ribu rakyat negeri ini untuk turun pada hari tersebut dengan menyatakan sokongan mereka atas apa yang kita perjuangkan," jelas beliau pada sidang media Ibu Pejabat PKR pagi ini.
Tambah beliau lagi, Pakatan Rakyat Selangor mengesa seluruh rakyat untuk mula bergerak ke Kuala Lumpur seawal 11 Januari lagi serta berharap mereka dapat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
"Seperti mana himpunan sebelum ini, kami menyeru seluruh rakyat yang hadir pada hari tersebut menjaga tatasusila dan tidak menghiraukan sebarang provokasi yang dilakukan oleh pihak lain.
"Kita juga mengharapkan himpunan kali ini menjadi sebahagian perubahan sejarah politik negara yang kemuncak dalam Pilihan Raya Umum ke 13," tambah beliau lagi.
Dr Rani yang pada itu juga mengesa seluruh ahli PAS di negeri ini hadir bersama-sama pada himpunan tersebut.
Sementara itu, Pengerusi DAP Teresa Kok memberitahu Pakatan Rakyat dan juga penganjur masih lagi menunggu jawapan dari pihak berkenaan mengenai kebenaran menggunakan Stadium Merdeka pada 12 Januari nanti.
"Sebelum ini Perdana Menteri menyatakan kerajaan tidak mempunyai masalah untuk memberi kebenaran jika himpunan tersebut diadakan di stadium, namun sehingga kini kita tidak mendapat apa-apa jawapan dari cadangan yang telah kita nyatakan itu.
"Malah pihak berkuasa juga belum memberi apa-apa respon, dan kami akan terus juga mengadakan himpunan tersebut di stadium merdeka walaupun tiada jawapan diberikan," kata beliau.
Beliau yang juga berharap Perdana Menteri dapat menunaikan apa yang diperkatakan sebelum ini berhubungan himpunan jika dilakukan di stadium.
Adun Batu Cave, Amiruddin Shari pula menyatakan PKR Selangor juga telah memaklumkan kepada semua peringkat cabang untuk menggerakkan anggota parti agar hadir.
Beliau juga berharap himpunan ini menjadi yang terbaik dan tanpa ada sebarang provokasi dilakukan oleh pihak luar yang boleh mencetuskan huru hara.

Mapim ucap takziah kepada keluarga Qazi Hussein
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: NGO Islam di bawah Majlis Perundingan
Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan takziah kepada ahli
keluarga Sheikh Qazi Hussein Ahmed, bekas Amir Jamaat-e-Islam Pakistan
yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.
“Kami turut merakamkan pemergian beliau adalah kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Islam di Pakistan malah seluruh umat Islam di seluruh dunia,” ujar Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau.
Kami mewakili seluruh NGO Islam di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Sheikh Qazi Hussein Ahmed, bekas Amir Jamaat-e-Islam Pakistan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.
Kami turut merakamkan pemergian beliau adalah kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Islam di Pakistan malah seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Beliau terlibat dengan pelbagai wadah penting termasuk dipilih sebagai ahli Senat Pakistan pada 1986 selama 6 tahun dan menunjukkan ketegasannya dengan meletakkan jawatan kerana protes terhadap sistem politik yang korup walaupun dilantik semula pada 1992 hingga 1996.
Ketokohan beliau menyerlah dalam peranannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen atas nama partinya Muttahida Majlis-e-Amal.
Beliau mengetuai banyak misi antarabangsa untuk turut menyumbang fikirannya mengenai pelbagai isu ummah.
Khidmatnya sangat besar dalam mengenengahkan sikap umat terhadap perang Iran-Iraq, Perang Teluk, krisis Balkan (Bosnia) dan perjuangan di Afghanistan pasca Soviet. Beliau juga berjasa besar dalam mengangkat perjuangan mujahiddin di Afghanistan.
Beliau merupakan pejuang Islam yang sangat berjasa dalam mengenengahkan Islam sebagai gagasan kepada Pakistan dan konsisten dalam menuntut supaya perlaksanaan Islam di negara tersebut dijadikan asas sebagaimana tujuan asal penubuhan negara Pakistan itu sendiri.
Seluruh hayatnya telah diberikan kepada perjuangan Islam dan beliau boleh dijadi tokoh gerakan Islam yang boleh dicontohi oleh generasi muda.
Kami mengharapkan sumbangannya dapat dilanjutkan oleh para pejuang Islam dalam Jamaat-e-Islam Pakistan Islam untuk mengangkat martabat umat Islam di Pakistan yang memerlukan kepimpinan Islam yang kuat bagi memerdekakan negara tersebut dari hegemoni kuasa besar seperti Amerika.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan