Sabtu, 12 Januari 2013

JANGAN KENYATAAN MAKAN KAWAN SENDIRI


Rafizi: Anwar mungkin tak jamin imuniti pada Deepak

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata ketua pembangkang parti Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat memberi jaminan untuk memberi imuniti kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan perlindungan penuh bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

"Saya tidak fikir sesiapapun atau Anwar sekalipun dapat memberi jaminan lateral untuk Deepak. Kita kena ikut undang-undang dan juga agensi yang terlibat," kata ketika dihubungi Malaysiakini.

NONEBeliau kesediaan Deepak untuk mendedahkan urusan melibatkan personaliti berkuasa dalam kerajaan dalam perhimpunan mega anjuran Pakatan Rakyat Hari ini.

Deepak berkata beliau sedia berbuat demikian sekiranya Pakatan boleh menjamin imunit kepadanya sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Rafizi menjelaskan, Deepak secara automatik akan gugur status sebagai pemberi maklumat sekiranya bertindak mendedahkan perkara itu melalui kepada umum, seperti tindakan berucap dalam himpunan mega hari ini.

"Undang-undang itu hanya memberi perlindungan sekiranya anda beri maklumat kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiua) atau kepada polis.

"Tetapi jika dia umumkan dalam perhimpunan atau dalam ceramah, secara automatik akan dibatalkan (perlindungan) bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat," katanya.

deepak 110113 01Rafizi berkata itu hanyalah pendapat peribadinya dan menyerahkan perkara itu untuk diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saya rasa ia adalah keputusan politik yang saya serahkan kepada Pakatan," katanya lagi.

Deepak hari ini muncul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka pagi ini, kira-kira tiga jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat dijadualkan bermula.

Deepak yang mengenakan baju-T dan berkasut sukan berliau pada mulanya berarak bersama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laun pada jam 11 pagi.

"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat  petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Sementara itu, pengerusi sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu berkata penganjur tidak akan melayani permintaan Deepak Jaikishan untuk berucap di Stadium Merdeka.

"Tak adalah, kita sudah ada banyak NGo nak cakap, tak ada ruang, tak adalah," katanya.


Laporan tambahan oleh Lee Way Loon.


Deepak muncul di Stadium Merdeka
11:57AM Jan 12 2013
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan muncul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka pagi ini, kira-kira tiga jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat dijadualkan bermula.

Deepak yang mengenakan baju-T dan berkasut sukan pada mulanya berarak bersama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laun pada jam 11 pagi.

NONE"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat  petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'
  
Bercakap kepada Malaysiakini pada malam tadi, Deepak berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega hari ini.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian sekiranya Pakatan Rakyat boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia memerintah.

"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka.

"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.
'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega Pakatan Rakyat hari ini jika pakatan pembangkang itu boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia  memerintah.

"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka," katanya kepada Malaysiakini dalam temu-bual malam tadi.
"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

deepak 110113 02Deepak menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Merdeka hari ini untuk menyaksikan Himpunan Kebangkitan Rakyat .

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.

"Saya bersedia, Saya sanggup, saya mempunyai keberanian untuk melakukannya (mendedahkan) ... Saya menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sila berikan saya jaminan itu - bahawa saya akan menjadi saksi - saya akan dedahkan setiap salah laku rasuah kerajaan sekarang yang saya tahu."

 Isu Kalimah Allah : molek juga ditinjau kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO

Kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Hussein : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hishammuddin-says-regrets-allah-ban/
Kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Kenyataan Fathul Bari Mat Jahaya : http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F3%2F19%2Fnation%2F8301418
Nooh Gadut: Murtad jika benar kalimah Allah dalam Injil

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Menurutnya kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T.

"Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada kompromi.

"Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di Johor Bahru hari ini.

Katanya, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".

"Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.

"Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan," katanya.

Nooh berkata, jika penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan.

Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara.

"Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti 'yang menang jadi arang yang kalah jadi abu'.

"Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar," katanya.

- Bernama
Polis: Himpun lebih 30,000 langgar syarat

Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat didapati tidak mematuhi syarat untuk mengumpulkan hanya 30,000 orang.
Beliau berkata perkara tersebut merupakan salah satu daripada tiga syarat yang tidak dipatuhi, yang dikesan oleh pihak polis jika dibandingkan dengan 27 syarat yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Seperti yang dipohon 30,000 ribu orang (untuk) berhimpun, tetapi lebih daripada apa mereka kehendaki. Lebih daripada syarat-syarat yang telah dikenakan oleh Ketua Polis Daerah," katanya.

Menurutnya lagi, dua syarat lagi tidak dipatuhi apabila pihak polis mendapati terdapat peserta membawa kanak-kanak dan membawa plakad yang berbentuk "menghasut, membawa kemarahan atau mengembang perasan permusuhan".

"Kita akan menjalankan siasatan (berhubung perkara ini)," katanya dalam sidang media di Balai Polis Tun H S Lee berhampiran Stadium Merdeka.

Mengulas mengenai sama ada insiden yang tidak diingini berlaku, Zainuddin berkata tidak ada insiden atau tangkapan yang dibuat sehingga berakhirnya perhimpunan tersebut.

Cuma, katanya, terdapat dua individu yang telah berusia telah pengsan dalam stadium dan dihantar ke hospital.

Mengulas mengenai anggaran jumlah peserta yang hadir, Zainuddin berkata pihaknya menganggar 40,000 hingga 45,000 orang yang hadir.

Beliaui mengulas percanggahan di antara angka dikeluarkan polis sebelum itu iaitu seramai 80,000 orang.
"Oh, sebenarnya itu mungkin satu kesilapan. Sebab orang ramai ini datang daripada pelbagai arah jalan, mungkin perkiraan itu tak betul," katanya.
Beliaui menegaskan jumlah anggaranya peserta sebanyak 40,000 hingga 45,000 termasuk peserta di luar stadium.

Beliau berkata sebanyak 200 anggota polis ditugaskan dalam memudahcara pergerakan peserta termasuk menjaga keselamatan dan lalulintas.

Ditanya terdapat rungutan bahawa anggota marshal polis tidak mengiringi wartawan pada perhimpunan ini, Zainuddin berkata pihaknya ada menyedia marshal berjumlah 80 orang.

"Kita sediakan, tetapi pihak media tidak memohon untuk diberi iringan, jadi tak adalah," katanya.

Ditanya sama ada pihak polis akan lebih terbuka dengan perhimpunan pada masa depan memandangkan kejayaan mengendalikan perhimpunan kali ini, Zainuddin berkata:

"Ya, sebagai pasukan penguatkuasaan undang-undang, itulah yang kita mahu. Orang ramai perlu mematuhi undang-undang pada perhimpunan ini, iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Itulah kita nak semangat undang-undang ini diterjemahkan dalam perlakuan kita khususnya dalam perhimpunan aman ini," katanya.


Tiada ulasan: