Rabu, 9 Januari 2013

SAPE NAK JAWAB

Nik Aziz: Buka ruang untuk berdakwah
ROSMIZA KASIM
9 Januari 2013
Nik Aziz
Nik Aziz bergambar bersama ahli-ahli majlis yang selepas selesai majlis penyerahan watikah pelantikan semalam. FOTO:KHIRU SHALLEH ABDULLAH
KOTA BHARU - Di sebalik percanggahan pendapat dalam kalangan pimpinan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang digembar-gemburkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

“Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran saya akan ikut.

“Jadi pendapat saya sekarang ini yang penting ia perlu dibuka ruang kepada bukan Islam guna perkataan ALLAH,” katanya kepada media semalam mengulas mengenai perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Penyampaian Watikah dan Seminar Ahli-ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, ruang tersebut boleh diberikan namun beliau menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah berdasarkan ketetapan tertentu menerusi perbincangan.

“Kewajipan orang Islam adalah berdakwah. Bagaimana cara kita nak sebarkan Islam kepada bukan Islam kalau kita tutup 100 peratus perkataan ALLAH tidak boleh sebut oleh kumpulan itu,” katanya.

Isu penggunaan kalimah ALLAH mendapat perhatian hangat apabila ia dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaannya dalam Bible versi bahasa Melayu.
Nik Aziz: Bukan Islam wajar diberi ruang guna kalimah ALLAH
ROSMIZA KASIM
8 Januari 2013
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Di sebalik percanggahan pendapat mengenai isu kalimah ALLAH, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat sepatutnya orang bukan Islam diberi ruang menggunakannya.

Katanya, itu adalah pendapat peribadi beliau.

Sehubungan itu katanya, keputusan muktamad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Ulama Syura Pas, Sabtu ini.

Menurutnya, ruang tersebut boleh diberikan namun beliau menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah berdasarkan ketetapan tertentu.

"Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran, saya akan ikut," katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Penyampaian Watikah dan Seminar Ahli Pihak Berkuasa Tempatan Kerajaan Negeri di sini, hari ini.


Follow · 11 hours ago

Surah Al-Fatihah yang kita baca 17 kali dalam solat lima waktu tu bunyinya "alhamdulilahi rabbil A'LAMIN".. bukannya "alhamdulillahi rabbil MUSLIMIN.."

Jadi? Apa yang anda faham tentang ayat dalam surah Al-Fatihah tu?

p/s : Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( DrMAZA.com ) melontarkan satu persoalan yang mencuit minda dan menggoncang jiwa untuk dirungkai secara realiti tetapi berhemah dan berilmiah. Harap persoalan ini sudah terungkap mengapakah baru sekarang UMNO-BN memainkan isu ini.

Wallahua'lam.. ABU !
— with Keadilan Rakyat Terengganu, Kembalikan Hak Rakyat Perak, Pemuda Pas Perak and 49 others.

Keputusan PR bertentangan Buku Jingga
Wartawan Sinar Harian
9 Januari 2013
Mohamed Hafiz
Mohamed Hafiz
GEORGETOWN - Keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian seolah-olah mengetepikan Perlembagaan Negara dan tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, keputusan yang diumumkan pimpinan PR semalam juga jelas bertentangan dengan Buku Jingga yang dicipta mereka sendiri sebelum ini yang kononnya mahu mempertahankan Perlembagaan Negara.

Beliau yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, jika PR terus dengan pendirian yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kesemua parti dalam gabungan PR tidak layak berpolitik dan terus berada di negara ini.

“Keputusan Majlis Pimpinan PR juga tidak menghormati Majlis Muzakarah Kebangsaan selain ia dilihat menganjurkan perpecahan antara kaum dalam negara ini.

“Bagi kami, ahli PR di peringkat akar umbi melihat keputusan yang dibuat menunjukkan pakatan itu angkuh dan sombong kerana mereka hanya memikirkan pendapat dan pandangan sendiri untuk memenangi hati orang Kristian bagi kemenangan pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohamed Hafiz berkata, pihaknya masih menunggu jawapan dan pendirian Majlis Syura Ulama Pas berkenaan isu ini.

Beliau percaya, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu tidak dipersetujui sepenuhnya penganut agama Kristian dan isu kalimah ALLAH sengaja dibangkitkan oleh DAP yang tidak mewakili masyarakat Kristian keseluruhannya.

“Kita tidak tahu apakah agenda DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang cuba memperalatkan isu agama dalam politik PR.

“Kerana mahu menagih undi daripada orang Kristian, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, isu penggunaan kalimah ALLAH tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana penggunaan perkataan itu jelas hanya untuk orang Islam dan sudah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.
Follow · 11 hours ago

Cer umno ke,Asan Jati ke,Brahem Perkasa ke... ceta sikit...camana cara rakyat bukan Islam nak nyanyi lagu ni sementelahan adanya perkataan Allah...
Nak wat lagu baru?mmg baru pun...
Atau nak selotape mulut masa nyanyi...
Atau masa nyanyi lagu ni...yang Islam teruskan...yang bukan Islam nyanyi lagu dangdut Goyang Inul....
— with Ric Angah, Zaleha Md Said, Ahmad Jamil and 46 others.
Hadi: Islam tak halang orang lain guna kalimah 'Allah'

dikemaskini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Sambil menyatakan rasa kesalnya bahawa kerajaan Umno-BN menjadikannya satu isu polemik dengan menggunakan media arus perdana, apabila mereka (Umno dan BN) tidak faham dan ini menyebabkan ketegangan penduduk pelbagai agama dalam masyarakat majmuk.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka telah mencapai kata sepakat mengenai isu itu dan mahu Abdul Hadi menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Pakatan dinner HadiAbdul Hadi berkata pendirian PAS adalah konsisten dalam isu
tersebut  seperti dalam kenyataan media beliau pada 4 Januari 2010 dan beliau juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di mana perkataan 'Allah' dalam pengertian asal Al-Quran (Dia sahaja tuhan yang maha esa) tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Namun begitu, tegasnya lagi, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun ia tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran.
Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan satu kenyataan hari ini di mana Sultan Selangor bertitah bahawa kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Apabila ditanya mengenainya, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenainya kerana menurutnya kenyataan tersebut adalah jelas.

"Kenyataan itu adalah mencukupi dan saya tidak mahu mengulas lanjut," katanya.
NONEAnwar mengalu-alukan pendirian PAS itu sebagai pendirian bersama
Pakatan Rakyat. Beliau mahu ia jelas bahawa semua pihak termasuk pihak gereja dan bukan Islam hendaklah menghormati isu tersebut dan bagaimana umat Islam muliakan nama Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah itu berlarutan sejak perkara itu telah dibawa ke mahkamah berikutan rampasan buku dan VCD oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam buku-buku Kristian.

Kalimah tersebut telah digunakan secara meluas di kalangan orang Kristian di Sabah dan Sarawak, dan juga di kalangan masyarakat Sikh.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh agama lain adalah tidak sah. Perkara itu masih dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.
[
GPRS: MB hanya gemar berpolitik
Wartawan Sinar Harian
8 Januari 2013
 Datuk Sohaimi Shahadan
Datuk Sohaimi Shahadan
SHAH ALAM – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lebih gemar berpolitik daripada menyelesaikan masalah akan menyukarkan lagi krisis air melanda Lembah Klang sejak seminggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan mendakwa, Abdul Khalid lebih banyak bersandiwara mencari kesalahan pihak lain ketika rakyat kini berdepan krisis bekalan air.

Menurutnya, Abdul Khalid sepatutnya mencari pelan konkrit jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya cuba lari daripada isu dihadapi.

Katanya, sehingga kini MB didakwa menjadikan Syabas sebagai kambing hitam.

“Syabas dijadikan sasaran kerana enggan mengikut telunjuk Kerajaan Negeri yang lebih ghairah mahukan penstrukturan daripada memikirkan keperluan rakyat seolah-olah syarikat konsesi air itu sebagai punca masalah.

“Salah satu taktik Kerajaan Negeri ialah mempengaruhi rakyat yang menjadi mangsa keadaan untuk mengemukakan saman kepada Syabas, sedangkan beliau sepatutnya menjalin kerjasama dengan Syabas untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya melalui kenyataan akhbar di sini semalam.

Menurutnya, beliau difahamkan, Syabas sebelum ini pernah beberapa kali mengemukakan laporan mengenai keperluan untuk membaiki paip-paip lama demi manfaat pengguna tetapi tidak diendahkan Kerajaan Negeri kerana kepentingan politik.

Katanya, lebih malang lagi apabila Kerajaan Negeri didakwa menghalang pemberian dana modal (CAPEX) menyebabkan Syabas mengalami kesukaran untuk menjalankan kerja mengganti paip lama serta rumah pam dan loji.

“Ini semua cerita lama yang didendangkan semula oleh Abdul Khalid untuk memperlihatkan kelemahan Syabas dan sekiranya rakyat mempercayai tohmahan tersebut, mudah untuk beliau mendapat sokongan dan seterusnya mengekalkan penguasaan mereka,” katanya.
Isu air: MP salahkan SYABAS, S'gor dan kementerian

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), kerajaan negeri serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana tidak menyelesaikan krisis air yang berlanjutan selama 10 hari di Ampang dan Gombak.

Selain tiga badan tersebut, Zuraida turut mempersoalkan pihak berkuasa tempatan dan jabatan bomba dan penyelamat kerana tidak membantu bagi menyelesaikan isu tersebut.

NONEMenyifatkan gangguan bekalan air sebagai "isu nasional", Zuraida yang juga ketua wanita PKR berkata, menyebabkan urusan kekeluargaan terganggu semasa tempoh tersebut.

Beliau juga telah melawat rumah pam SYABAS di Wangsa Maju pada 3 Januari lalu dan ketika ditanya pegawai SYABAS memaklumkan kepadanya bahawa empat daripada lima pam sudah mula beroperasi.

"Bagaimanapun, SYABAS mendakwa pada hari berikutnya hanya dua pam berfungsi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana SYABAS perlu menyediakan atau mempunyai pelan alternatif untuk membetulkan keadaan," katanya.

Menurutnya lagi, SYABAS perlu mempunyai pelan kecemasan untuk menyelesaikan masalah ini dan Pada masa yang sama, kerajaan negeri perlu terlibat dan kementerian perlu menyiasat perkara tersebut.

Sebelum ini, terdapat gangguan bekalan air di bahagian Kuala Lumpur dan Selangor sejak 29 Disember.

SYABAS pula memberitahu bahawa masalah itu terjadi kerana disebabkan terdapat pam di rumah pam air Wangsa maju dan Pudu Hulu Baru rosak.
 gaji CEO syabas ni lebih RM 5 juta setahun, tapi masalah air kat lembah kelang maki teruk.

bukan sebab tak bina loji baru, tapi kegagalan menyelenggara loji yang sedia ada!

KAMI TUNTUT GAJI ROZALI ISMAIL DIPOTONG DENGAN BANYAKNYA ATAU DIA MELETAKKAN JAWATAN!

Subscribe · 13 hours ago


Krisis air akan berlanjutan sehingga sambutan CNY.. menurut kata Rozali Ismail, Pengerusi SYABAS.. dan pihak SYABAS akan memaklumkan pada penduduk info terkini bila akan berlaku gangguan air dari masa kesemasa..!!!! Hebat.. betul rancangan jahat SYABAS dan UMNO ini akan berterusan sehingga lah PRU13 nanti.....siapa dia ni..?? dan bagaimana dia boleh menjadi MAHARAJA Air diSelangor dan menentukan bila ada air dan bila tidak..?? Rakyat harus memahami bagaimana golongan kroni ini menjadi kuasa.........Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.

Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.

Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.

Segala infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.

Oleh kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja SYABAS.

Apabila tiba waktu untuk membayar hutang, SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar hutang Tan Sri Rozali Ismail.

Pada waktu yang sama, Tan Sri Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.

Secara ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.

Seperti kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.

Hebat hebat.

Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.

Syukurlah Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Segala usaha Tan Sri Rozali untuk menaikkan tarif air telah ditolak mentah-mentah.
— with RhZaaba Putra, Jom Undi Pakatan Rakyat, Yusoff Alias and 57 others.


Follow · 41 minutes ago


Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak. Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini. Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit. Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak. Inilah apabila sesebuah kerajaan terlalu menyanyangi Syarikat swasta milik Kroni dari mementingkan hak rakyat. Sebab itu sejak dulu lagi kita patut bangun menentang penswastaan dalam negara kerana ini yang akan berlaku apabila Syarikat2 Swasta besar kepala dan buat sesukahati mereka kerana ada sokongan Kerajaan BN dibelakangnya.. KO UMNO.. KO BN.. Hampir 2 Minggu tempat aku takde air.. Orang ramai majoriti semuanya menyampah dan meluat serta tak sabar nak tumbangkan BN.
— with Mahfuz Omar, Wak Rico Rock Kapak, Nizar Abd Hamid and 47 others.


Amanat Hadi: Umno sudah mula tutup mulut, kata Pas
NIZAM ZAIN
8 Januari 2013
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan langkah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menarik balik kesediaan memenuhi permintaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di televisyen bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi menunjukkan pemimpin Umno mula mengambil sikap "diam diri" daripada membicarakan isu tersebut.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak konsisten dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi berhubung kebebasan bersuara menggunakan media yang berpaksikan Umno-Barisan Nasional.

“Saya anggap bahawa pemimpin Umno sudah bersedia untuk tutup mulut untuk tampal mulut mereka dengan 'plaster' daripada bercakap dengan isu-isu ini,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan yang sama, hasrat pemimpin tertinggi Pas itu juga mendapat perhatian Sinar Harian apabila sanggup menawarkan platform alternatif selain media arus perdana dan beliau menyambut baik tawaran tersebut.
“Saya tidak terfikir kepada keperluan Sinar Harian, sebab isu yang berbangkit ini ialah cabaran dari pihak kerajaan sendiri yang membangkitkan isu ini.

“Sepatutnya institusi kerajaan RTM sendiri dan TV3 yang ada kepentingan kerajaan, sepatutnya di situ lah disiarkan penjelasan itu,” katanya.

Malah katanya Abdul Hadi juga telah bersetuju untuk melibatkan beberapa pihak berkepentingan seperti mufti dan pemimpin tertinggi Umno dalam sesi penjelasan secara siaran langsung sekiranya hasrat tersebut ditunaikan.

“Siapa saja boleh dijemput termasuk (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir, (timbalannya) Datuk Dr Mashitah dan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad),” katanya.
Sementara itu, mengulas perkembangan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini, Mahfuz berkata, hasrat pembangkang seringkali cuba ‘disabotaj’ oleh pihak berkepentingan apabila permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka sehingga ke hari ini, masih menemui jalan buntu susulan syarikat pengurusan stadium tersebut tidak memberi kerjasama baik dalam menjayakan perhimpunan aman itu.
Bagaimanapun katanya, halangan tersebut tidak menghalang rakyat untuk menyertai himpunan aman yang mensasarkan sejuta peserta sebelum pilihan raya bermula namun amat mengecewakan apabila pihak pengurusan stadium dan pihak keselamatan berdiam diri tanpa satu keputusan yang jelas.

"Jadi saya sangat kecewa kelembaban dua institusi ini, yang bagi saya paling mudah untuk berikan kebenaran, stadium daripada kita biar begitu saja pun buat apa,” katanya.

Mengulas lanjut sekiranya kelulusan tidak diberikan, Mahfuz berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mengadakan himpunan jalanan, sebaliknya mahu perhimpunan kali ini dibuat di tempat yang lapang dan tertutup seperti Stadium Merdeka.

"Hasrat kita untuk mengajak rakyat supaya berhimpun untuk menyatakan komitmen kita terhadap kepentingan-kepentingan kita yang sedang dicabul dan untuk membuat perubahan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub menegaskan pihaknya konsisten untuk mengadakan perhimpunan secara aman tanpa perarakan jalanan sebaliknya memilih stadium sebagai lokasi utama perhimpunan mega itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Sambil menolak dakwaan perhimpunan kali ini mungkin akan mencetuskan ketegangan, beliau berkata, jika ia dilakukan dalam kawasan tertutup, pihaknya boleh mengawal peserta dengan mudah khususnya mengelakkan daripada cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

"Saya harap polis boleh beri kerjasama yang sepatutnya, kita dah sebut kita tidak akan guna jalan raya, kita tidak akan buat perarakan, kita nak berhimpun satu tempat.

"Kita akan pastikan ia aman ketika berhimpun,” katanya.

Bagaimanapun perhimpunan kali ini sukar direalisasikan sekiranya pihak pengurusan stadium enggan bekerjasama dengan memberin kebenaran menggunakan kemudahan mereka biarpun beberapa permohonan telah dikemukakan kepada mereka tanpa melanggari prosedur yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
"Kita telah minta Stadium Merdeka dan kita sedang menunggu jawapan, harapan bagi saya adalah tidak ada sebab untuk pihak pengurusan tidak mengizinkan kita untuk berhimpun secara aman.

"Kita telah mengadakan road show seluruh negara dan kita yakin dan percaya bahawa matlamat kita untuk mengadakan perhimpunan itu akan jadi satu kenyataan,” katanya.

Tiada ulasan: