Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 – Himpunan Sejuta Rakyat
Nasrudin Hassan, | 10 Jan 2013 |
1. Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa
pecutan akhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan
kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya. Fasa akhir ini bermula
dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari
Sabtu 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka.
2. Dari soal Lynas, Felda, Royalti, tuntutan Bersih dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan - himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah UMNO-BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak.
3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan am kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Kita menjangkakan 30,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri Stadium Merdeka kelak. Suara Sejuta Umat akan bergema merayakan perubahan, Insya Allah!
4. Sehingga setakat ini kami dimaklumkan rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur kelak.
5. Oleh itu, kita juga telah meminta pendokong PAS luar negara di lokasi-lokasi utama lain untuk mengadakan himpunan yang sama sebagai tanda sokongan.
6. Pada masa yang sama, DPPM turut menjemput wakil-wakil kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat koordinasi peringakat pemuda dalam masa yang terdekat ini. Ianya bertujuan untuk memperhebat promosi dan menjayakan himpunan ini sebagai himpunan terbesar dan paling aman di dalam sejarah Malaysia.
7. Jabatan Amal Malaysia juga telah siap siaga untuk memainkan peranan penting mengawalselia perhimpunan itu kelak. Pada masa yang sama, kita berharap pihak keselamatan khususnya PDRM dapat menghalang mana-mana anasir jahat yang cuba untuk membuat provokasi bagi mengganggu kesusilaan himpunan.
8. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Ayuh kita jadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan. Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Mencorak Masa Depan
Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~
1. Isu mengizinkan atau mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain khasnya agama-agama samawiyyat (langit) seperti Kristian dan Yahudi sekali lagi menjadi polemik besar yang boleh sahaja meledakkan negara ini.
PAS tetap tegas menyatakan pendiriannya sekaligus membuktikan bahawa bukan sokogan politik atau undi yang diburu PAS, tetapi berusaha matlamat meletakkan -Islam yang syamil-mutakamil dan kedudukan Allah sebagai Rabbul 'Alamiin -Tuhan Seru Semesta Alam ini dalam jajaran perjuanganya mendaulatkan Islam yang bakal menaungi semua.
2. Merujuk kepada sandaran utama Syariah Islam yakni Al-Quran, ayat-ayat secara dalil yang jelas menerangkan kedudukan perkara ini. Contoh-contoh ayat di mana perkara ini menjadi maudhu’ bicara atau Khitob Allah SWT adalah dalam ayat-ayat dalam surah Az-Zumar: 3, Luqman:25 dan yang paling jelas ialah pengakuan Allah sendiri bahawa namanya ditasbihkan dalam tempat-tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di samping di masjid dalam surah Hajj ayat 40.
3. Beristidlal secara yang betul yakni pertama menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dbsnya, akan menemukan kita bahawa bahawa hukum asalnya ialah ianya ‘Yazuz’ atau diizinkan, diharuskan dan tidak dilarang.
Jelasnya ia bukan satu yang diharamkan atau kegunaannya ialah secara 'eksklusif' olih ummat Islam sahaja kerana Allah tidak dimilikki ummat Islam sahaja bahkan Allah adalah Tuhan seluruh seru semesta Alam. Penegasan ini yang kita ulangi bacaan setiap hari 17 kali sehari semalam dalam Al-Fatihah ditegaskan olih Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi.
4. Adapun setelah diharuskan digunakan maka adalah mustahak dan penting untuk keharusan itu tidak disalahgunakan samada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa-dewa dsbnya atau tujuan mendi’ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri ummat Islam di negara ini.
5. Maka barulah betul (sahih) kita merujuk kemudiannya kepada kepada Qawaid Fiqqiyah setelah merujuk kepada al-Quran (cara mencari dalil atau beristidlal yang betul dalam Islam) dan tidak sebaliknya yakni tiba-tiba haram kerana Qaedah ‘as-Sadda az-Zari’ah’ atau perhitungan menutup pintu-pintu kemudaratan, sebelum kita meneliti wujudnya Nas atau Nusus secara jelas tentang perkara atau maudhu tersebut dalam Al-Quran itu sendiri atau dalam Ahadith.
6. Penguasa politik dan pembuat dasar wajar kemudiannya menurunkan enakmen atau peraturan supaya keharmonian antara agama dan budaya dipelihara dan kalimah Allah tidak disalahguna atau eksploitasi untuk tujuan-tujuan salah seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya difahamkan sudah ada pihak paderi dan pimpinan gereja dan agama lain yag mahu bekerjasama untuk mempastikan ini dapat dijaga dan dilindungi dengan baik.
7. Berkebetulan juga, inilah uslub atau pendekatan paling cantik, wajar dan sesuai dalam menghidupkan budaya
Politik 'Li Ta’arafu' dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini.
Inilah dia sesungguhnya pendekatan ‘pertegahan’ atau ‘Uslub Wasotiyyah’ PAS, yang kini disenangi oleh pelbagai pihak – Melayu-Islam dan penganut agama lain sekaligus mengisi tuntutan ‘ruang tengah’ politik negara.
Penulis masih ingat bahawa inilah pesanan dan amanat Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi ketika mengadakan muzakarah tertutup dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum pilihanraya umum ke-12 dulu, supaya PAS mengambil uslub ini dalam megendalikan pendekatan 'Siasatut Dakwah'nya.
Setiap kebijakan atau polisi Siasahnya mempunyai perhitungan Dakwahnya dan setiap langkah Dakwahnya mempunyai perhitungan mengimbangi tuntutan Dakwahnya.
Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.
Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.
PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.
Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.
Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini dijangka berlangsung secara aman dan tertib. Tidak akan ada kekacuan, kecuali jika ada provokasi dari pihak tertentu yang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan. Namun pihak keselamatan yang disediakan oleh penganjur Himpunan yang akan bekerjasama dengan pihak polis akan mempastikan Himpunan itu akan berjalan secara aman dan penuh harmoni.
Sementelah lagi jaminan yang diberi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa pihak polis akan berperanan sebagai pemudahcara pada perhimpunan 12 Januari ini. Jaminan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara itu dalam pertemuan dengan penganjur yang diketuai oleh Haji Muhamad Sabu dengan disertai oleh 10 orang wakil termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim dan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Malah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu bahawa pihak polis turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai ‘detik bersejarah’ selepas ‘belajar daripada kekurangan’ yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.
Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah puncak dari segara himpunan yang terdahulu di seluruh negara menjelang PRU akan datang.
Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah disusun oleh badan-badan NGO dengan kerjasama rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.
Pelancaran rasmi HKR ini telah diadakan pada 3 November tahun lalu di Seremban, disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat itu adalah petunjuk mengenai ‘mood’ rakyat telah bersedia untuk berhimpun membuat tuntutan.
NGO yang mendukung Himpunan Mega ini ialah, Anak, SAMM, Himpunan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Muafakat atau NGO anti-PPSMI.
Pada pendapat saya, kehadiran yang dijangka satu juta rakyat dalam Himpunan itu akan menenggelamkan segala tohmahan seperti - Amanat Haji Hadi, isu murtad, isu nama Allah, kes liwat, masalah air di Selangor dan semua tohmahan lagi. Ia menunjukkan rakyat tidak peduli segala fitnah itu.
Kepada saya, jumlah sejuta rakyat yang dijangka hadir itu bukan satu ancaman dan tidak ada apa yang dikhuatirkan. Kehidupan harian di Kuala Lumpur akan berjalan seperti biasa. Restoran, pusat membeli belah, bas, teksi, monorel, LRT dan segalannya berjalan seperti biasa.
Seperti juga Himpunan Bersih yang lalu, saya percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menyaksikan demikian ramai golongan generasi muda yang mahukan perubahan. Mereka benci menyaksikan kegiatan rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang terus berleluasa, harga barang yang meningkat terus – yang menjadi beban berat kepdaa rakyat - hutang negara yang terus meningkat, demokrasi dan keadilan semakin jauh.
Generasi ini akan menjadi pengundi dalam PRU akan datang. Oleh itu kekecewaan mereka terhadap situasi yang ada ini dijangka akan diterjemahkan dalam peti undi pada PRU akan datang itu.
Jika kita mengamati beberapa Himpunan Bersih yang lalu, anak muda ini yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah bersatu menentang segala kemungkaran yang berlaku dalam negara. Bagaimanapun, malangnya mereka melihat hingga kita tidak ada sebarang perubahan, bahkan perlakuan rasuah, penyelewengan dan sebagainya semakin bertambah. Ini yang sangat menekan perasaan anak muda dan rakyat prihatin.
Saya percaya, kebangkitan rakyat ini menunjukkan bahawa rakyat telah berjaya ‘meruntuhkan’ tembok rasa takut terhadap pihak berkuasa dalam usaha menuntut hak mereka. Oleh itu runtuhnya tembok takut ini adalah kemenangan rakyat sebenarnya.
Dengan demikian, Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini adalah manifestasi keberanian rakyat yang bangun di atas reruntuhan batu bata tembok ketakutan mereka selama ini.
Sehubungan itu media yang dimiliki parti yang memerintah tidak mungkin lagi berupaya menjadi ‘penghadang’ kepada kebangkitan rakyat ini. Mereka kehilangan daya dan kekuatan untuk menyekat sebarang aliran maklumat kepada rakyat. Dalam masa yang sama media alternatif dengan dunia siber yang sangat terbuka menyebarluaskan apa saja maklumat kepada rakyat.
Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini mempunyai seribu satu makna. Sama ada disukai atau tidak disukai oleh golongan tertentu, kebangkitan rakyat ini akan mengambil tempatnya yang penting di ibu negara yang bersejarah ini.
Rakyat sedang melangkah ke depan dan tidak akan berundur lagi, seperti kata Almarhum penyair Usman Awang: Kawan-kawanku yang dikasihi, di depan duri di belakan api, kita tidak boleh undur lagi.
Negara digemparkan dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tentang wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946. Wartawan Harakah, MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR menemuramah Pak Hashim Yaakob, 112, iaitu bekas buruh paksa pada tahun 1942 hingga 1946 di kediamannya baru-baru ini.
Sejak bila pakcik jadi buruh paksa?
Pakcik mula jadi buruh pada tahun 1942. (Pada ketika itu) pakcik baru berumur 20an. pakcik pulang ke Malaysia pada tahun 1946 diambil oleh wakil negara ketika itu.
Semasa menjadi buruh paksa, berapakah upah atau gaji yang diberikan oleh pihak Jepun?
Sehari pakcik diberi gaji RM3 saja untuk sehari, setiap bulan mereka akan bagi (kepada) kami.
Bagaimana teruk dan deritanya menjadi buruh paksa Jepun?
Mula-mula jadi buruh paksa, pakcik bersama kumpulan kira-kira 32 orang terpaksa berjalan kaki selama 16 hari daripada Padang Besar ke Timunta. Pakcik pergi (ketika itu) di peringkat ketiga bermakna ada orang sudah dahulu menjadi buruh paksa.
Kami dipukul oleh pihak Jepun jika tidak mendengar perintah dan arahan daripada mereka. Namun Jepun tidak mengasari kami jika patuh dengan arahan yang diberikan. Sepanjang pakcik menjadi buruh paksa, Jepun tak pernah pukul pakcik.
Macam-macam kerja yang kami kena buat, bukan sahaja landasan kereta api.
Bagaimana dengan aspek makanan dan kesihatan buruh paksa?
Jepun sediakan makanan untuk kami 5 kali sehari disetiap di tempat-tempat tertentu di sepanjang perjalanan. Ada pekerja yang menyediakan makanan. Mereka juga ada sediakan perubatan dan doktor untuk merawat kami.
Pakcik pulang dengan selamat, bagaimana pula buruh paksa yang lain?
Pakcik diambil pulang oleh pihak Malaysia bersama dua orang lagi, yang lain semua mati di sana. Ramai yang mati disepanjang perjalanan untuk menyiapkan landasan itu. Kalau ada buruh yang sakit atau mati, Jepun akan tinggalkan mereka (begitu sahaja) dan teruskan perjalanan.
Apabila balik ke Malaysia, ada apa-apa janji dan bantuan daripada kerajaan?
Selepas pulang daripada Siam sehingga sekarang tak ada langsung pembelaan atau janji daripada kerajaan. Tak ada sapa yang jumpa pakcik dan maklumkan apa-apa kepada pakcik. Satu sen pun pakcik tak dapat daripada kerajaan.
Pakcik tahu tak Jepun sudah membayar pampasan RM207 billion kepada kerajaan untuk diberikan kepada buruh-buruh paksa?
Pakcik langsung tidak tahu, sampailah Datuk (Seri) Nizar datang melawat saya dan maklumkan tentang pampasan. Pakcik sangat terkejut kerana tidak tahu menahu.
Apa perasaan pakcik apabila mendapat tahu Jepun sudah beri pampasan sedangkan pakcik tak dapat apa-apa?
Rasa terkilan kerana langsung tidak diberi tahu sedangkan Datuk Nizar kata kerajaan Jepun sudah beri pampasan itu pada tahun 2004, sekarang dah 2012.
Pakcik rasa duit pampasan itu hak pakcik?
Ya, sudah tentu. Bukan hak pakcik saja, itu hak semua bekas-bekas buruh paksa. Kami sudah menderita bertahun-tahun dizalimi Jepun.
Apa pesanan pakcik kepada kerajaan?
Saya harap kerajaan bagi tau kepada rakyat Malaysia (tentang pampasan itu) dan memberi secepat mungkin kepada buruh-buruh atau warisnya. Saya secara peribadi tidak halal dunia akhirat kalau kerajaan tak bagi duit itu kerana itu hak saya. Itu bukan hak mereka, itu hak kami!
Pakcik sokong tindakan PAS untuk membantu memperjuangkan hak buruh paksa ini?
Pakcik sangat sokong. Syukur alhamdulillah kerana PAS telah memperjuangkan hak pakcik dan buruh paksa lain. Kalau tidak, sampai bila pakcik tak tahu kerajaan Jepun ada bagi pampasan.
CYCLING FOR ROYALTY (C4-R) KB-KLCC. 1-11/1/2013
1. Tahniah! Sangat menarik dan kreatif langkah yang diambil oleh "R" dalam memperjuangkan hak rakyat agar risalah dan mesej yang dibawa sampai kepada seluruh rakyat untuk turut sama bangun memperjuangkan hak yang dinafikan sejak sekian lama.
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi sokongan penuh kepada gerakan "R" untuk menuntut royalti minyak petroleum.
3. Sangat malang, jika YAB Perdana Menteri masih membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap tuntutan ini kerana ia adalah hak rakyat. Apa yang rakyat mahu ialah royalti diberi kepada Kelantan, Pahang dan dipulangkan royalti yang telah dirampas secara kejam dari Terengganu.
4. "Kami mahu Royalti bukan Wang Ehsan" ... Jika Sabah dan Sarawak boleh menikmati royalti yang sememangnya menjadi hak mereka seperti mana yang telah dimuktamadkan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974, kenapa hak Kelantan, Terengganu dan Pahang dicabul. Kerajaan Umno dan BN mestilah bertanggungjawab atas pencabulan ini dan mendahulukankan hak rakyat sebagaimana slogan yang mereka jual kepada umum selama ini iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, atau slogan itu hanya satu pembohongan semata-mata.
5. Seperkara lagi, YAB Perdana Menteri telah mengisytiharkan Medan Bertam terletak dalam negeri Pahang dan Pahang hanya akan menerima wang ehsan pada suku ke-3 tahun 2014 sebanyak RM100 juta/tahun. Sementara negeri Terengganu pula mendakwa Bertam adalah milik mereka. Maka YAB Perdana Menteri mesti tegas menjelaskan bagaimanakah kedudukan sebenar mengenai isu pertindihan tuntutan ini yang membabitkan sempadan laut Terengganu dan Pahang.
Saya mewakili seluruh warga DPPM merakam rasa bangga dengan perjuangan "R" yang rata-ratanya disertai oleh anak muda. Hari bertuah ini pula saya diberikan amanah untuk melepaskan kembara C4R di sempadan Terengganu-Pahang sebelum mereka meneruskan kembara C4R ke Kuantan, Temerloh dan langsung ke KLCC pada 11 Jan 2013 kelak. Saya mendoakan agar semua peserta kembara C4R selamat dan berjaya mencapai matlamatnya.
Matlamat C4-R
1. Menarik sokongan Anak Muda kepada perjuangan Royalti dan Pendaratan Gas ke Kelantan.
2. Melalui ketiga-tiga Negeri Pengeluar Minyak iaitu Terengganu-Pahang yang dinafikan royalti dengan pemberian wang ehsan yang menyalahi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Menyeru agar seluruh rakyat bangkit menuntut hak hasil bumi mereka yang dinafikan.
3. Sebagai satu inisiatif R untuk mengajak lebih ramai rakyat Malaysia yang cintakan Negara untuk hadir ke Himpunan Kebangikatan Rakyat di Kuala Lumpur 12/1/2013.
4. Sepanjang laluan C4-R berhenti akan diadaka sidang media dan kempen penerangan kepada orang ramai, memandangkan media massa awam yang dikuasai kerajaan menutup ruang untuk kami memberikan penerangan tentang perjuangan kami.
5. Ia sebagai satu mekanisme kempen R dalam menuntut tunggakan royalti yang kini berjumlah RM10.8 Billion kepada Kelantan dan pendaratan minyak dan gas ke Kelantan seperti titah DYMM Sultan Kelantan sekarang.
6. Membina hubungan akrab dengan rakan2 NGO R TERENGGANU, R PAHANG, R SELANGOR dan R KL dalam menuntut hak negeri masing-masing.
7. Usaha ini adalah inisiatif R Malaysia bagi mengembeling tenaga untuk satukan semua R Negeri menjadi R MALAYSIA bagi menuntut ROYALTI kepada semua negeri- negeri pengeluar minyak di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
8. Diakhir program peserta C4-R dan semua semua pemimpin tertinggi R Malaysia dan Negeri akan menyerahkan memorandum kepada PETRONAS agar membayar segera ROYALTI yang dituntut oleh setiap negeri di Malaysia.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Mencorak Masa Depan
Salam dari:

Kalimah Allah: Polemik gelombang kedua
-, | 09 Jan 2013 |

Tak mustahil sejuta hadir Himpunan 12 Jan
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 09 Jan 2013 |

Pampasan RM207b: 'Saya tak halal dunia akhirat'
Mohamad Faeez Azahar, | 09 Jan 2013 |

C4-R - Berbasikal tuntut royalti
Nasrudin Hassan, | 09 Jan 2013 |

5,000 anggota Unit Amal bertugas pada HKR 12 Jan
Hazayani Zakaria, | 10 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Unit Amal PAS menyediakan sekurang-kurangnya 5,000 anggota untuk
bertugas di Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Johari Osman (gambar), Unit Amal sudah membahagikan tugas mengikut kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh pengajur HKR.
Mereka akan mula berkampung di Kuala Lumpur bermula pagi esok dan dikehendaki melaporkan diri sebelum jam 12 tengah malam.
"Esok Unit Amal dari luar Kuala Lumpur dan Selangor akan mula turun ke Kuala Lumpur. Kita akan berada di sekitar Stadium Merdeka malam esok dan akan mula bertugas pada pagi Sabtu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal akan bekerjasama dengan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP sepanjang himpunan berjalan dari jam dua hingga lima petang.
"Kita mengadakan kerjasama dengan AMK dan Pemuda DAP menjaga kelancaran himpunan," katanya.
Sementara itu, Johari berkata pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan waalaupun polis berjanji akan memberikan kerjasama penuh.
"Cabaran tetap ada. Unit Amal tidak boleh ambil ringan HKR kali ini walaupun nampak macam semuanya tenang.
"Memanglah himpunan bermula jam dua petang tapi orang ramai mula berkumpul dari pagi lagi. Jadi kami mesti menjaga pergerakan mereka," katanya.
Beliau turut berpesan kepada orang ramai agar mengikut arahan pihak penganjur dan tidak bertindak sesuka hati.
Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.
Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.
Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.
Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.
Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.
PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.
Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.
Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.
PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.
Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.
Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.
Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

Fenomena Amanat dan Takfir
Abdul Hadi Awang, | 10 Jan 2013 |

Kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun
Aspan Alias, | 10 Jan 2013 |
Kenapa
kita bermasalah dalam politik negara kini? Sebabnya kerana kita
membiarkan politik mengatur kita. Kita yang sepatutnya mengatur politik
negara tidak berbuat perkara yang sepatutnya kita lakukan. Jika jika
biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya maka kita akan dibaham
oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah berkait dengan
kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan politik
sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa
itu menentukan sama ada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan.
Tidak ada yang bersih sebersih kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara ‘relative’ di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut etika yang baik maka pihak itulah yang dianggap pihak yang lebih baik dari pihak yang lagi satu itu.
Bagi mereka yang beretika selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk digariskan. Perbezaan pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan politik seolah-olah berada di dalam keadaan berperang.
Di negara kita politik sedang dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita berada di negara Congo atau Zimbabwe dan banyak negara Afrika.
Di negara kita khususnya pihak yang sedang berkuasa sebegitu lama masih bermain dengan politik yang sangat rendah semata-mata kerana hendak mengekalkan keenakan berkuasa seolah-olah kuasa itu adalah hak mereka semata-mata. Bila berbohong mereka akan melakukannya dengan terang-terangan dan mudah untuk dibaca oleh pihak yang ramai kecuali kepada mereka yang menjadi penyokong tegar mereka yang tidak kisah pimpinan mereka itu mempunyai malu atau tidak.
Dalam pada memberikan tuduhan yang begitu berat terhadap Pakatan Rakyat, UMNO sedang bergolak dengan perkara yang bersifat noda dan nesta seperti apa yang kita lihat berlaku dalam isu Deepak dan Musa Hasan. Saya bukan hendak menyebut tentang ‘political mileage’ yang di dapati oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang disebutkan itu. Ia melambangkan yang perkara seperti isu tanah Kementerian Pertahanan yang menjadi isu itu adalah isu yang biasa. Sesama UMNO sendiri kita nampak betapa gilanya isu itu dan itulah sebenarnya yang menyelubungi UMNO dan BN keseluruhannya.
Itu di Kementerian Pertahanan sahaja. Belum lagi kita terdengar apa yang berlaku di dalam Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Perkara seperti ini berlaku di dalam setiap Kementerian dan Jabatan dan itu sudah menjadi isu biasa. Semuanya melibatkan kroni membina ‘empire’ kekayaan masing-masing dengan menggunakan harta benda rakyat. Mereka bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan harta rampasan. Apabila sudah tidak terdapat kehendak masing-masing, maka masing-masing membocorkan rahsia masing-masing sehinggakan membuatkan rakyat yang sedang hendak memilih kali ini menjadi bingung dan tersedu melihat perkara yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa.
Kita tidak kisah sama ada Musa Hasan dan Deepak itu jujur atau tidak, tetapi yang penting bagi rakyat mengetahuinya ialah perkara yang terjadi yang dibongkarkan oleh pelaksana pimpinan yang rasuah itu benar-benar berlaku. Siapa yang bersalah dan tidak bersalah terpulang kepada penghakiman untuk menentukannya. Jika Raja Petra terpaksa keluar negara kerana menulis apa yang beliau lihat benar-benar berlaku kenapa Deepak tidak dan masih belum diketengahkan kemuka pengadilan jika Deepak melakukan fitnah? Kenapa? Jika Deepak tidak diketengahkan kemuka pengadilan maka Raja Petra sepatutnya dilepaskan dari sebarang tuduhan dan beliau sepatutnya boleh kembali ke tanah air tanpa sebarang tuduhan terhadap beliau.
Kenapa ada pihak yang dibawa kemuka pengadilan dan ada pula yang tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan tuduhan itu dibuat secara terbuka dan memalukan Perdana Menteri sendiri. Jika Najib ini Perdana Menteri di negara maju isu yang beliau hadapi ini memungkinkan beliau dihalau oleh rakyat atau pun Deepak dihadapkan ke mahkamah dengan cepat dan deras. Isu yang disebut oleh Deepak ini bukan isu kecil. Ia melibatkan pembunuhan dan penyelewengan wang rakyat serta salah menggunakan kuasa yang tersangat hina dan buruk.
Kita juga ingin tahu kenapa Deepak dan Musa Hasan mengeluarkan isu secara ‘installment’ dan beransur-ansur? Apa tujuan mereka dan kenapa pihak Najib dan Hishammuddin yang sedang berkuasa senyap sunyi tanpa tindakan untuk membersihkan nama mereka?
Saya menulis isu ini kerana saya sendiri sudah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kerja noda dan dosa politik dan ekonomi ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi tetapi ia juga membawa kecenderungan yang pemimpin-pemimpin yang lain juga telah dan sedang melakukan dosa dan noda yang sama sahaja tarafnya.
Justeru kita bertanya, adakah rakyat hendak membiarkan sahaja perkara seperti ini terus-terusan berlaku? Jika BN masih menjadi kerajaan kita maka kerja-kerja yang ternoda ini akan tetap terus berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat akan terpaksa membayar segala harta rampasan yang mereka curi dari mereka (rakyat).
Ini samalah seperti saya yang membeli beberapa papan petai dari seorang penjual petai suatu ketika dahulu. Saya tidak menyedari yang petai yang saya beli itu adalah petai saya sendiri yang telah dicuri oleh penjual petai itu.
Di mana-mana dalam UMNO kini, penuh dengan pencuri-pencuri yang cepat tangan dan mereka bergaduh serta menipu di antara satu dengan lain untuk membolot harta rakyat yang tidak tahu menahu tentang kegiatan mereka sebelum rahsia-rahsia mereka terbongkar.
Pencuri-pencuri harta rakyat ini terpaksa mencuri lagi untuk menutup mulut pencuri yang tidak berpuas hati itu pula. Begitulah perlakuan mereka terhadap rakyat jelata dan itulah sebabnya mereka begitu liat untuk menerima demokrasi dengan semudah itu kerana demokrasi memungkinkan mereka terpaksa berhenti dan akan berjauhan dari khazanah rakyat yang telah mereka selongkar selama ini. Mereka mahu selongkar lagi kerana harta rakyat negara ini masih banyak.
Kali ini pemilihan kita ialah di antara pihak yang ketagih merampas harta benda kita dengan pihak yang mahu menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan politik dan ekonomi.
Rakyat boleh memilih satu di antara dua itu. Semasa pilihan raya nanti undi akan dikira dan dijumlahkan. Jika mereka yang ketagih melanun dan merompak itu mendapat mandat rakyat maka kerja yang biasa kita dengar itu akan terus berlaku. Jika pihak yang hendak menyelamatkan negara mendapat mandat maka ada sedikit harapan untuk kita menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan itu.
Selama 5 tahun kita akan perhatikan peperangan dan tingkah laku mereka yang mengambil alih kuasa kerajaan itu. Rakyat akan tetap dalam pencarian selagi sebuah kerajaan yang telus dan jauh dari bermain dengan politik perkauman belum dapat dicapai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

50,000 aktivis R sertai "Walk For Royalty"
Aslani M, | 10 Jan 2013 |
KOTA BHARU: Kira-kira 50,000 aktivis royalti dari lima negeri pengeluar minyak dijangka menyertai Walk For Royalty (W4-R) pada Sabtu ini bermula dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Stadium Merdeka.
Perhimpunan itu akan bermula jam 11 am dan 45 minit kemudian mereka akan bergerak ke Stadium Merdeka dengan berjalan kaki.
Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Nazri Deraman berkata, lebih 22,000 aktivis akan datang dari Kelantan.
Manakala selebihnya dari Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Mereka akan memakai baju berlogo R dan berwarna merah.
“Kami akan pastikan W4-R berjalan secara aman tanpa diadakan perarakan. Kami akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka bagi menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat.
“R menghormati segala arahan polis supaya tidak diadakan perarakan atau demontrasi di sepanjang laluan dari KLCC ke stadium,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.
Manakala esok R akan menyerah memorandum kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di KLCC kira-kira jam 2.30 petang.
Nazri juga berkata, rombongan Cyling For Royalty (C4-R) sekarang berada di Bentong Pahang dan pagi esok akan diadakan acara pelepasan dari Greenwood ke KLCC jam 8 pagi.
Katanya, orang ramai dijemput hadir pada program berkenaan bagi memberi sokongan kepada perjuangan anak-anak muda dari Kelantan menuntut royalti.
C4-R berlepas dari Kota Bharu pada 1 Januari lalu disertai 10 anak muda, diketuai Jeming Hassan. Mereka mengayuh basikal sejauh lebih 600 km merentasi Terengganu dan Pahang.
(Khalid memotong riben perasmian sebuah jejantas yang dibina oleh kontraktor bumiputra dan siap pada masanya dengan harganya berpatutan)
SHAH ALAM: Amalan tender terbuka bagi projek-projek kerajaan negeri yang dipratikkan kerajaan Selangor sejak 2008 telah berjaya melahirkan kontraktor Bumiputera yang kompetitif dan berkualiti.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini sekali gus menolak tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa amalan tender terbuka akan menyusahkan kontraktor Bumiputera mendapat projek kerana perlu bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera.
Beliau berkata, tender terbuka dapat memastikan kontraktor yang terpilih berkelayakan dan berkemampuan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang ditetapkan berbanding amalan pemberian kontrak secara runding terus yang dipratikkan kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini yang terdedah kepada penyelewengan.
“Tender terbuka membuktikan bahawa amalan yang dipratikkan kerajaan negeri ini betul kerana kita mendapat harga yang rendah tetapi berkualiti. Justeru, tidak betul dakwaan bahawa kontraktor Bumiputera sukar mendapat projek kerajaan menerusi menerusi tender terbuka,” katanya.
(Khalid melihat pemandangan dari jejantas yang baru siap dibina)
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jejantas Pejalan Kaki di Persiaran Kewajipan yang menghubungkan SS13 dengan SS14, Subang Jaya, hari ini.
Jejantas itu disiapkan oleh kontraktor Bumiputera, Aminsa Bina Sdn Bhd. Projek pembinaan dimulakan pada 27 Dis 2011 dan siap sepenuhnya 24 Dis 2012 dengan kos sebanyak RM1.35 juta menggunakan peruntukkan negeri yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor di bawah program meningkatkan keselamatan jalan-jalan negeri.
Menteri Besar berkata, beliau berbangga dengan kontraktor Bumiputera itu yang berjaya menyiapkan jejantas berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kos munasabah.
Kerajaan Selangor berjaya menjimatkan RM102.2 juta menerusi tender terbuka melibatkan 63 projek sepanjang 2012.
Ini menepati konsep ‘value for money’ yang diterapkan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri.
Sementara itu, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pembinaan jejantas itu telah dijanjikan oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi tidak dilaksanakan dengan alasan tiada peruntukkan.
“Saya pernah membawa cadangan pembinaan jejantas ini kepada pihak yang berkenaan tetapi alasan diberi ialah tiada peruntukkan dan pembinaannya hanya janji peribadi bekas seorang menteri kabinet,” katanya.
Jejantas ini akan diselenggara JKR Negeri Selangor dan akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan pengguna.
KUALA LUMPUR: Dengan langkah segera, menjadi suatu kewajipan kepada kerajaan menjelaskan perkara sebenar serta menyerahkan pampasan RM207bilion kepada semua mangsa yang terlibat tanpa terkecuali.
Justeru, bagi Dewan Pemuda PAS Pusat isu wang pampasan sebanyak RM207 bilion yang dikatakan telah diserahkan oleh kerajaan Jepun kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa pembinaan ‘Landasan Keretapi Maut’ Siam-Burma 1942-1946 tiba-tiba menjadi polemik yang membakar iklim politik negara kebelakangan ini.
“Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mengetuai isu ini mengheret jauh rakyat Malaysia menyelongkar kebenaran di sebalik isu ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).
Beliau berkata, RM207 bilion seperti yang didakwa bukan suatu angka kecil yang boleh dipandang remeh atau ‘disapu di bawah karpet’.
“Angka ini amat besar dan hampir menyamai bajet tahunan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mendedahkan beberapa dokumen sebagai bukti serahan wang tersebut serta usaha mendesak kerajaan menjelaskan pampasan tersebut wajar dipuji.
Tambahnya, Nizar berani mengetengahkan isu tersebut supaya mangsa dan perwarisnya berhasil mendapat hak mereka sendiri.
Apapun, kata beliau respons kerajaan ditagih dengan menjelaskan secara terperinci aliran wang tersebut supaya tidak ada pihak yang merasa dianiayai atau dizalimi.
Dalam hal ini, ujar Riduan kerajaan perlu berterus terang dengan menjelaskan mengenai kedudukan sebenar sekiranya mereka di pihak yang benar.
Ini, katanya kerana wang tersebut terlalu besar jumlahnya manakala mangsa atau pewaris masih belum menerima apa-apa bentuk pampasan hasil dari kezaliman yang mereka terima.
“Janganlah hanya kerana jumlahnya terlalu besar, prosesnya dilambatkan atau dinafikan langsung. Ingatlah, doa mereka yang dizalimi pasti akan dikabulkan.
“Adalah diharapkan isu ini bukan lagi suatu skandal penyelewengan oleh mana-mana pemimpin negara. Jika tidak, ia merupakan suatu tragedi terburuk dalam sejarah moden negara,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR:
Sambil mengucapkan penghargaan kepada pihak Stadium Merdeka kerana
memberikan kelulusan untuk menggunakan stadium untuk Himpunan
Kebangkitan Rakyat 2013, PAS hari ini menyarankan agar pihak polis dan
pasukan keselamatan yang bertugas pada hari Sabtu ini memakai uniform
rasmi berserta tanda nama serta nombor anggota mereka.
“Ini bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar bawah) dalam satu kenyataan hari ini.
Cadangan itu dibuat kerana PAS ada menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan, kata beliau.
Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata Unit Amal PAS dan orang ramai yang hadir disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba lakukan provokasi pada hari tersebut.
“Sebarang ucapan yang menyerang peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama, perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan,” kata beliau.
Semalam, Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok.
"Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak Stadium Merdeka kerana membenarkan HKR diadakan di stadium.
"Kami akan hantar jawatankuasa untuk berunding dengan pihak pengurusan tentang penyelarasan dan peraturan 'do and don't yang dikenakan oleh pihak stadium jam 10 pagi hari ini.
"Kami juga akan memaklumkan segera kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kerjasama seperti yang dijanjikan dan akan berjumpa dengan OCPD Dang Wangi," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut.
Beliau juga yakin HKR ini merupakan HKR terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.
Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Himpunan Kebangkitan Rakyat #112
PAS mengalu-alukan kebenaran Pihak Stadium Merdeka yang memberi kebenaran kepada peserta HKR berhimpun pada 12hb ini serta jaminan pihak polis untuk mengawal bagi mempastikan tiada kekecohan yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, seluruh jentera keselamatan dan Unit Amal PAS dan orang ramai disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba lakukan provokasi pada hari tersebut. Sebarang ucapan yang menyerang peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama, perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan.
PAS juga menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan.
PAS berharap pihak polis dan pasukan keselamatan mestilah mengutamakan keselamatan rakyat dan menggunakan uniform rasmi beserta tanda nama dan nombor anggota bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 Januari 2013
Perhimpunan itu akan bermula jam 11 am dan 45 minit kemudian mereka akan bergerak ke Stadium Merdeka dengan berjalan kaki.
Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Nazri Deraman berkata, lebih 22,000 aktivis akan datang dari Kelantan.
Manakala selebihnya dari Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Mereka akan memakai baju berlogo R dan berwarna merah.
“Kami akan pastikan W4-R berjalan secara aman tanpa diadakan perarakan. Kami akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka bagi menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat.
“R menghormati segala arahan polis supaya tidak diadakan perarakan atau demontrasi di sepanjang laluan dari KLCC ke stadium,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.
Manakala esok R akan menyerah memorandum kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di KLCC kira-kira jam 2.30 petang.
Nazri juga berkata, rombongan Cyling For Royalty (C4-R) sekarang berada di Bentong Pahang dan pagi esok akan diadakan acara pelepasan dari Greenwood ke KLCC jam 8 pagi.
Katanya, orang ramai dijemput hadir pada program berkenaan bagi memberi sokongan kepada perjuangan anak-anak muda dari Kelantan menuntut royalti.
C4-R berlepas dari Kota Bharu pada 1 Januari lalu disertai 10 anak muda, diketuai Jeming Hassan. Mereka mengayuh basikal sejauh lebih 600 km merentasi Terengganu dan Pahang.
Tender terbuka jimatkan wang rakyat RM102.2 juta
Harakahdaily, | 10 Jan 2013 |
(Khalid memotong riben perasmian sebuah jejantas yang dibina oleh kontraktor bumiputra dan siap pada masanya dengan harganya berpatutan)
SHAH ALAM: Amalan tender terbuka bagi projek-projek kerajaan negeri yang dipratikkan kerajaan Selangor sejak 2008 telah berjaya melahirkan kontraktor Bumiputera yang kompetitif dan berkualiti.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini sekali gus menolak tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa amalan tender terbuka akan menyusahkan kontraktor Bumiputera mendapat projek kerana perlu bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera.
Beliau berkata, tender terbuka dapat memastikan kontraktor yang terpilih berkelayakan dan berkemampuan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang ditetapkan berbanding amalan pemberian kontrak secara runding terus yang dipratikkan kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini yang terdedah kepada penyelewengan.
“Tender terbuka membuktikan bahawa amalan yang dipratikkan kerajaan negeri ini betul kerana kita mendapat harga yang rendah tetapi berkualiti. Justeru, tidak betul dakwaan bahawa kontraktor Bumiputera sukar mendapat projek kerajaan menerusi menerusi tender terbuka,” katanya.
(Khalid melihat pemandangan dari jejantas yang baru siap dibina)
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jejantas Pejalan Kaki di Persiaran Kewajipan yang menghubungkan SS13 dengan SS14, Subang Jaya, hari ini.
Jejantas itu disiapkan oleh kontraktor Bumiputera, Aminsa Bina Sdn Bhd. Projek pembinaan dimulakan pada 27 Dis 2011 dan siap sepenuhnya 24 Dis 2012 dengan kos sebanyak RM1.35 juta menggunakan peruntukkan negeri yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor di bawah program meningkatkan keselamatan jalan-jalan negeri.
Menteri Besar berkata, beliau berbangga dengan kontraktor Bumiputera itu yang berjaya menyiapkan jejantas berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kos munasabah.
Kerajaan Selangor berjaya menjimatkan RM102.2 juta menerusi tender terbuka melibatkan 63 projek sepanjang 2012.
Ini menepati konsep ‘value for money’ yang diterapkan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri.
Sementara itu, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pembinaan jejantas itu telah dijanjikan oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi tidak dilaksanakan dengan alasan tiada peruntukkan.
“Saya pernah membawa cadangan pembinaan jejantas ini kepada pihak yang berkenaan tetapi alasan diberi ialah tiada peruntukkan dan pembinaannya hanya janji peribadi bekas seorang menteri kabinet,” katanya.
Jejantas ini akan diselenggara JKR Negeri Selangor dan akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan pengguna.
Pampasan RM207b: Tindakan Nizar wajar dipuji
Harakahdaily, | 10 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dengan langkah segera, menjadi suatu kewajipan kepada kerajaan menjelaskan perkara sebenar serta menyerahkan pampasan RM207bilion kepada semua mangsa yang terlibat tanpa terkecuali.
Justeru, bagi Dewan Pemuda PAS Pusat isu wang pampasan sebanyak RM207 bilion yang dikatakan telah diserahkan oleh kerajaan Jepun kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa pembinaan ‘Landasan Keretapi Maut’ Siam-Burma 1942-1946 tiba-tiba menjadi polemik yang membakar iklim politik negara kebelakangan ini.
“Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mengetuai isu ini mengheret jauh rakyat Malaysia menyelongkar kebenaran di sebalik isu ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).
Beliau berkata, RM207 bilion seperti yang didakwa bukan suatu angka kecil yang boleh dipandang remeh atau ‘disapu di bawah karpet’.
“Angka ini amat besar dan hampir menyamai bajet tahunan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mendedahkan beberapa dokumen sebagai bukti serahan wang tersebut serta usaha mendesak kerajaan menjelaskan pampasan tersebut wajar dipuji.
Tambahnya, Nizar berani mengetengahkan isu tersebut supaya mangsa dan perwarisnya berhasil mendapat hak mereka sendiri.
Apapun, kata beliau respons kerajaan ditagih dengan menjelaskan secara terperinci aliran wang tersebut supaya tidak ada pihak yang merasa dianiayai atau dizalimi.
Dalam hal ini, ujar Riduan kerajaan perlu berterus terang dengan menjelaskan mengenai kedudukan sebenar sekiranya mereka di pihak yang benar.
Ini, katanya kerana wang tersebut terlalu besar jumlahnya manakala mangsa atau pewaris masih belum menerima apa-apa bentuk pampasan hasil dari kezaliman yang mereka terima.
“Janganlah hanya kerana jumlahnya terlalu besar, prosesnya dilambatkan atau dinafikan langsung. Ingatlah, doa mereka yang dizalimi pasti akan dikabulkan.
“Adalah diharapkan isu ini bukan lagi suatu skandal penyelewengan oleh mana-mana pemimpin negara. Jika tidak, ia merupakan suatu tragedi terburuk dalam sejarah moden negara,” katanya lagi.
HKR112: PAS saran polis pakai uniform rasmi
Harakahdaily, | 10 Jan 2013 |
“Ini bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar bawah) dalam satu kenyataan hari ini.
Cadangan itu dibuat kerana PAS ada menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan, kata beliau.
Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata Unit Amal PAS dan orang ramai yang hadir disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba lakukan provokasi pada hari tersebut.
“Sebarang ucapan yang menyerang peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama, perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan,” kata beliau.
Semalam, Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok.
"Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak Stadium Merdeka kerana membenarkan HKR diadakan di stadium.
"Kami akan hantar jawatankuasa untuk berunding dengan pihak pengurusan tentang penyelarasan dan peraturan 'do and don't yang dikenakan oleh pihak stadium jam 10 pagi hari ini.
"Kami juga akan memaklumkan segera kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kerjasama seperti yang dijanjikan dan akan berjumpa dengan OCPD Dang Wangi," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut.
Beliau juga yakin HKR ini merupakan HKR terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.
Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Himpunan Kebangkitan Rakyat #112
PAS mengalu-alukan kebenaran Pihak Stadium Merdeka yang memberi kebenaran kepada peserta HKR berhimpun pada 12hb ini serta jaminan pihak polis untuk mengawal bagi mempastikan tiada kekecohan yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, seluruh jentera keselamatan dan Unit Amal PAS dan orang ramai disaran turut berperanan bagi merakam sesiapa sahaja yang cuba lakukan provokasi pada hari tersebut. Sebarang ucapan yang menyerang peribadi mana-mana individu, mengapi-apikan isu perkauman dan agama, perkataan bersifat provokasi mesti dielakkan.
PAS juga menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang dibekalkan baju HKR yang akan menyusuk masuk dalam himpunan bagi tujuan yang meragukan.
PAS berharap pihak polis dan pasukan keselamatan mestilah mengutamakan keselamatan rakyat dan menggunakan uniform rasmi beserta tanda nama dan nombor anggota bagi menyakinkan orang ramai dan mengelak berulangnya kekecohan di perhimpunan Bersih 3.0.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 Januari 2013
Pilihan raya bebas dan adil, di mana kita?
Mohammad Faizal Che Yusof, | 10 Jan 2013 |
MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13 yang akan berlangsung bila-bila masa, tentunya antara agensi
hadapan yang diletakkan harapan oleh rakyat ialah pasukan keselamatan.
Dalam menuntut suatu PRU yang bersih, adil dan bebas, peranan pasukan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) amatlah penting dalam memastikan
keselamatan rakyat sebagai pengundi terjamin.
Dalam suasana rakyat ghairah menantikan parlimen dibubarkan, peristiwa tarian bogel semasa Majlis Malam Mesra Sekalung Budi Segunung Intan yang diraikan oleh IPD Shah Alam baru-baru ini amat mengejutkan. Kita amat meraikan jawapan pihak yang berkuasa betapa acara tarian tersebut bukan perancangan mereka.
Acara yang tidak bermoral tersebut mahu tidak mahu amat memberi kesan negatif kepada integriti PDRM. Apatah lagi kejadian acara tersebut berlaku setelah satu demi satu kepincangan pengurusan dan operasi PDRM didedahkan kepada umum.
Terbaru pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum isu tarian tidak bermoral ini terus meletakkan pasukan PDRM pada tahap yang perlu dipulihkan secara besar-besaran.
Rakyat kini kian faham apakah itu pilihan raya yang bebas dan adil. Bagaimanakah pilihan raya yang bebas dan adil boleh dihasilkan dengan integriti pasukan PDRM yang kian terserlah kepincangannya hari demi hari?
Polis memainkan peranan bukan sedikit dalam menjamin kelangsungan pilihan raya yang bebas dan adil. Tentunya faktor keselamatan kepada semua pihak dalam suasana pilihan raya itu sendiri adalah perkara pokok untuk kita melihat suatu pilihan raya yang berwibawa dan dipercayai keputusannya.
Lihat saja dalam masa-masa kebelakangan ini bagaimana pelbagai kejadian samseng yang menimpa sebelah pihak iaini pimpinan dan penggerak parti Pakatan Rakyat amat menjadi tanda tanya di manakah keberadaan pasukan PDRM? Boleh saja timbul persoalan, apakah pasukan yang alpa dengan tarian bogel ini yang akan dipertanggungjawabkan dengan tugas yang kian mencabar di kala ini?
Mahu tidak mahu usaha segera dan bersifat drastik mesti dilakukan ke arah penambahbaikan operasi dan pengurusan pasukan PDRM.
Selain itu, rakyat jelata yang mengimpikan suatu pilihan raya yang bebas dan adil kini perlu bersiap siaga untuk menjadi pemantau-pemantau bebas kepada PRU13 yang akan kita hadapi. Rakyat tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan hanya membiarkan pasukan-pasukan hadapan untuk mewujudkan pilihan raya yang benar-benar bersih.
Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, sebarang rasuah, penipuan dan kelakuan-kelakuan yang terjatuh sebagai kesalahan pilihan raya mesti dikekang secukupnya.
Pilihan raya adalah induk kepada lahirnya kerajaan yang sah dan berdaulat seumpama ibu bapa adalah induk kepada lahirnya zuriat-zuriat. Baik pilihan raya, baiklah kerajaan yang terhasil sebagaimana ibu bapa yang baik akan melahirkan generasi yang baik dan hebat.
Bagi maksud tersebut, selaku penggerak aktivis-aktivis pemantau PRU13 Kelantan, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia umumnya supaya pulang dari Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari, sama-samalah menghadiri program pemantau pilihan raya yang akan diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari kelak. Satu sidang media akan diadakan bagi menghebahkan program tersebut.
Pusat Rakyat Cakna Prihatin iltizam untuk membentuk jenerasi rakyat yang mampu berusaha menjadikan PRU13 suatu pilihan raya yang bebas dan adil. Emelkan sebarang aduan kepada kami – pusatrakyatcp@gmail.com – 27 Safar 1434H.
Penulis ialah Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan