Posted on Tuesday, January 08 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber MiloSuam
GUA terjumpa gambar Rosmah Mansor sedang mop lantai sebentar tadi. Gua nak cari gambar lain, tapi terjumpa gambar Rosmah pulak. Difahamkan gambar ini mula disebarkan sejak dua hari lalu ketika lawatan Datin Rosmah ke rumah mangsa banjir.
Gua tak kisah Rosmah nak berlakon mop lantai, semua orang tahu dia mop lantai untuk ambil gambar, untuk tunjukkan kononnya dia berjiwa rakyat di depan kamera.
Cuma kalau nak berlakon tu janganlah nampak sangat. Elok-elok nak bina persepsi kononnya dia berjiwa rakyat, persepsi sebaliknya pula yang dia dapat.
Cuba anda lihat gambar di bawah ini baik-baik. Nampak sangat Datin Rosmah ni tak pernah mop lantai. Nak mop lantai siap dengan glove, dengan safety boot bagai macam takut sangat kena air takut sangat tangan kotor.
Apa yang lebih lucu, kalau iya pun nak tunjuk kamu berjiwa rakyat, tak payahlah mop tikar getah datin. Tikar getah kalau kena banjir pergilah gulung bawa ke tempat lapang dan jemur, bukan mop kah kah kah...
Budak-budak Pandu Puteri kat belakang tu terpinga-pinga tengok lawak apakah yang dibuat oleh Datin Rosmah ni kah kah kah...
ReJaM© "Nasib baik dia tak mop tikar mengkuang kah kah kah... "
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/rosmah-mansor-kantoi-berlakon-mop.html#ixzz2HIyrmXlA
Kali ini, Abby betul-betul panas!!
Posted on Tuesday, January 08 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: laniismaa
"Melalui video di bawah, Abby Abadi membuatkan puak-puak UMno terutamanya Perkasa paling panas punggong. Antara ucapan Abby..
1) Ahli Perkasa adalah Melayu bermasalah.
“Kebanyakan ahli Perkasa itu adalah orang-orang Melayu yang sangat tidak mempunyai akhlak yang baik yang mana berlaku satu peristiwa mereka membaling kasut di masjid.
“Saya rasa benda itu tidak patut berlakulah untuk orang Melayu beragama Islam,” katanya.

2) UMNO Upah Budak Langkawi Setin Arak
“Dia kata iye dia diupah oleh pihak UMNO RM30 dengan satu tin arak, orang Melayu kita…”.
3) Polis Pilih Kasih
“Serahkan
pada polis, tapi polis lepas aje, macam tu polis..rasa macam Ya
Allah, kalau benda tu berlaku pada pihak pembangkang rasanya budak tu
dah jadi lain la…hancurlah tu ustaz,”
Betullah
kalau Perkasa tu samseng dan UMno dan arak, kena tanyalah Mahathir,
anaknya pasti tahu!! Polis lebih dari pilih kasih…amacam, terasa
panas!!
Tak Tahu Malu: Najib Minta Veteran Tentera Terus Sokong Kerajaan
Posted on Monday, January 07 @ 21:40:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Tak Tahu Malu: Najib Minta Veteran Tentera Terus Sokong Kerajaan Perasuah, Penipu, Penindas, Pemfitnah, Perompak & Perosak Rakyat, Agama dan Negara.
Oleh: Tok Janggut
Nampak sangatlah cemasnya Najib....ke sana sini tak henti minta rakyat sokong BN. Berbagai janji yang dibuat yang dia sendiri pun mungkin tak sedar dan tak tahu janji yang dibuat kepada rakyat itu. Dia mungkin cakap ikut sedap mulut sahaja kerana hati sudah terlalu risau, gundah gulana jika gagal mempertahankan Putrajaya dalam PRU13 nanti.
Baru-baru ini beliau merayu kepada veteran tentera agar terus menyokong kerajaanya yang sudah terkenal dengan kerajaan yang zalim, penindas, penipu, pemfitnah, perasuah, perompak dan perosak keharmonian kaum serta pengkhianat bangsa dan agama. Memang beliau jenis manusia yang tak tahu malu, sama jugalah dengan pemimpin UMNO yang lain itu. Apakah beliau dan puak UMNO ini tidak sedar akan berbagai penyelewengan dan salahguna kuasa serta rasuah yang mereka lakukan terhadap harta negara, terhadap bangsa dan agama Islam selama ini sudah terbongkar satu demi satu? Jika dalam keadaan pembangkang yang terhad untuk mendapat maklumat pun pelbagai penyelewengan pemimpin UMNO berjaya dibongkar, bagaimanakah nanti agaknya jika pembangkang berjaya ke Putrajaya, maka akan lebih banyaklah fail-fail rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa akan dapat dibongkar secara besar-besaran. Inilah sebenarnya yang sangat ditakuti oleh Najib dan pemimpin UMNO yang lainya.
Tetapi yang paling ditakuti oleh Najib ialah pembongkaran kes Kapal Selam dan kes pembunuhan Altantuya akan dibongkar semula jika pembangkang berjaya ke Putrajaya kelak. Apakah benar isterinya terlibat dengan pembunuhan ini yang dikatakan telah mengarahkan kedua orang polis UTK membunuh Altantuya itu? Samada benar atau tidak, semuanya akan terjawab jika pembangkang berjaya ke Putrajaya kelak. Mungkin kes Menteri rogol amah pun boleh dikorek semula nanti.
Veteran tentera pula nampaknya seperti orang nyanyuk dan lupa diri apabila begitu bersemangat menyokong dan menyahut seruan dan rayuan Najib itu tanpa mereka sedar bahawa sokongan mereka itu nanti akan melingkupkan negara, bertambah rosaknya lagi akhlak dan aqidah umat Islam dan akan mem bangkrapkan negara jika UMNO terus berkuasa selepas PRU13 kelak.
Apakah dengan pendedahan penyelewengan wang pencen tentera yang berjumlah lebih seratus juta ringgit itu tidak boleh membuka mata veteran tentera ini lagi? Manusia yang baik dan beriman akan mengajak umat Islam menyokong kerajaan dan pemimpin yang baik, adil dan punya akhlak yang mulia tetapi Najib meminta rakyat menyokong puak yang korup, rosak dan sudah tidak punya maruah lagi. Manusia jeniskah ini? Orang yang tidak berakhlak dan tidak bermoral sahaja yang akan terpengaruh.
Selain dari itu ialah tuduhan TPM bahawa PAS adalah pencetus dan pemecahbelah rakyat. Apakah beliau itu lupa bahawa dalam UMNO itu sendiri sentiasa berpecahbelah sejak berpuluh tahun dulu lagi sehingga sekarang. Buktinya, berpecahnya UMNO sehingga tertubuhnya Parti Semangat 46 dan berpecah kali keduanya dengan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat. Ini membuktikan bahawa dalam UMNO itu sendiri tidak pernah aman. Pernah diharamkan. Jatuh menjatuh, fitnah memfitnah sesama sendiri, adu domba, ampu mengampu dan berbagai lagi. Jika dalam parti sendiri pun mereka berpecahbelah, inikan pula dalam negara, sudah pastilah bahawa semua punca yang membuatkan rakyat bermusuhan sesama sendiri adalah dari angkara UMNO juga. Jangan nak tuding jari kepada orang lain. Tak tahulah jika pengharaman UMNO dulu, perpecahan sehingga muncul Semangat 46 dan PKR adalah berpunca dari Amanat Hj Hadi juga kot?
Begitu juga tindakan Rais Yatim dan beberapa orang pemimpin UMNO yang tidak setuju supaya Hj Hadi diberikan peluang menggunakan saluran TV untuk menjelaskan isu "amanat hj hadi". Setelah mereka sing malam menggunakan saluran semua TV dan akhbar milik mereka menghentam Hj hadi dalam isu amanat ini, tiba-tiba tidak diberikan pula Hj Hadi untuk menjawab dengan menggunakan saluran yang sama. Apakah fungsi RTM dan TV3 itu hanya untuk UMNO menipu rakyat, membuat fitnah, mengadudomba dan mengapi-api kan dan mengugut rakyat? Jelaslah mereka sekarang sudah mula takut. Mereka ingin gunakan isu amanat Hj Hadi sebagai senjata untuk menghancurkan PAS tetapi nampaknya senjata makan tuan. Mufti yang sebelum ini bukan main garang dan lebih dari UMNO sendiri menyerang Hj Hadi, kini jadi kecut bila diajak berdepan dengan Hj Hadi. Sedarlah wahai UMNO, urusan yang berkaitan dengan aqidah bukan kerja Jakim dan Mufti. Ini kerja Jabatan Agama Islam setiap negeri. Oleh itu, Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT) yang sepatutnya memanggil Hj Hadi dan berhujah denganya atas isu ini. Tetapi adakah ustaz dalam JHEAT yang mampu berdepan dengan Hj Hadi dalam isu aqidah ini?
Alasan Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mewartakan/memfatwakan bahawa Amanat Hj Hadi ini bercanggah dengan Islam juga boleh dipertikaikan dan satu pembohongan. Sejak bila pula Majlis Fatwa memanggil Haji Hadi membincangkan isu Amanat ini? Bagaimana sesuatu Fatwa boleh dikeluarkan tanpa memanggil terlebih dahulu Hj Hadi untuk menjelas dan mempertahankan amanat itu melalui Nas dan dalil al Quran? Fatwa apa jika begini? Apakah ini fatwa hanyalah mengikut telunjuk dan arahan UMNO? Seperti mereka memfatwakan bahawa Al Arqam itu sesat beberapa tahun lalu semata-mata patuh atas arahan Mahathir? Sepatutnya Majlis Fatwa adakah muzakarah dengan Hj Hadi terlebih dahulu, dan jika benar Hj Hadi gagal memberikan hujah, maka barulah Fatwa dikeluarkan. Patutlah selama ini ada pihak meminta Majlis Fatwa mengeluarkan Fatwa apakah dasar perjuangan dan menyokong UMNO itu sesat atau tidak, mereka membisu, takut dengan UMNO rupanya. Rais Yatim jangan cuba nak bercakap tentang aqidah kerana beliau pernah berkata "jangan mana-mana penganut agama mengangap agama mereka lebih tinggi dari agama-agama lain"...ini bermaksud umat Islam jangan cuba merasakan Islam itu tinggi dari agama lain. Ini kenyataan sesat dan merosakan aqidah.
Kepada Mufta Perak, cukuplah tu...tak payahlah nak bersusah payah mempertahankan UMNO. Elok diam sahajalah jika tak faham dan jika tak tahu asal usul sesuatu isu itu. Lagi banyak beliau bercakap makin bercelaru rakyat. Jangan sedihlah jika rata-rata umat Islam sekarang tidak menghormati beliau lagi. Beliau sendiri telah merosakan maruahnya sebagai Mufti. Elok pencen dan bermain sahaja dengan cucu-cucu kat rumah. Pandangan beliau tidak diperlukan dan tidak dipedulikan oleh rakyat lagi dah. Beliau hanya dipergunakan oleh UMNO sahaja sekarang ni. Buat Hassan JATI dan Ibrahim PERKASA, Zul KULIM, elok balek rumah dan bertaubatlah. Apakah kamu tidak sedar bahawa kamu sudah tidak diperlukan dan sudah tidak dipedulikan oleh rakyat lagi dah. Cakap-cakap kamu buat rakyat jadi mual dan muntah sahaja. Ucapan kamu membolehkan rakyat menilai hati, akhlak dan maruah kamu. Kamu sebenarnya sudah rosak. Tak payahlah nak tunjuk hero. Orang-orang gila pun ketawa mendengar ucapan kamu itu sebab mereka juga mungkin menganggap kamu bertiga gila seperti mereka juga.
Seperti dalam soaljawab agama dengan Dato harun Din yang berbunyi. "Allah mencela orang yang mengingkari hukum Allah (termasuk hudud), khususnya orang yang tidak suka, mempertikai dan mempersendakan apa yang diturunkan oleh Allah (syariat atau undang-undangnya). Manusia sebegini, jika mereka membuat apa-apa kebaikan (amal ibadah) ketika di dunia pun Allah tetap akan menghapuskan pahala amalan tersebut. Ini kerana manusia sebegini sudah jelas aqidah mereka sudah rosak. Apabila mereka bertemu Allah kelak (mati) dalam keadaan semua amalanya semasa di dunia ditolak oleh Allah (sia-sia)".
Oleh itu jika nak boikot Israel...kena boikot UMNO juga kerana UMNO sekutu APCO (syarikat milik Zionis) dan UMNO bantu ekonomi Israel (hantar minyak sawit)....Sokong UMNO samalah seperti sokong Israel/Zionis....Tanggunglah dosa sampai ke mati....Wallahualam.

Kalau Syaitan sokong PAS
Posted on Monday, January 07 @ 21:16:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh TAUFIK
Bermain dengan perkataan “kalau” memang sedap. Tapi kali ini pedih sedikit, kerana dikaitkan dengan Parti Islam Se-Malaysia. Satu parti yang dikatakan menjunjung nilai Islam di Malaysia.
Secara literal, Syaitan takkan mungkin akan menyokong PAS, kerana dikatakan PAS ingin menegakkan syiar Islam yang kononnya lencun dihujani kemungkaran yang ditaja kerajaan Barisan Nasional. Mana ada Syaitan yang nak sokong Islam bukan?
Tapi kes ini berbeza. Sifat Syaitan yang utama adalah sentiasa merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Berdasarkan asbab inilah juga, wujudnya perjuangan Syaitan untuk menyesatkan manusia.
Sokongan Syaitan terhadap PAS bukan bermakna mereka menyokong perjuangan PAS. Tetapi ianya lebih kepada menyesatkan dan memesongkan penyokong PAS yang datang dari kalangan manusia.
Berikut adalah antara senarai-semak untuk kita mengenal pasti adakah benar Syaitan sedang menyokong PAS ketika ini:
Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan memaki hamun, menggelarkan penyokong UMNO dengan pelbagai gelaran yang keji?
Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan membiarkan/me-neraka-kan penyokong UMNO tanpa berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar?
Kalau Syaitan sokong PAS, adakah akhlak mereka sama seperti melayan binatang ketika melayan penyokong UMNO?
Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan sedaya upaya memburuk-burukkan rakan seagama (Syaitan tetap takutkan Allah) dari kalangan penyokong UMNO?
Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan mengajak orang membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO?
Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan melihat penyokong UMNO ini dengan penuh keji atau penuh kasih sayang?
Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan menyiram RON97 untuk menyemarakkan lagi kebencian UMNO terhadap PAS? Atau berdakwah kepada mereka dengan cara yang baik?
Sebelum pergi lebih jauh, mesti ramai yang sedang muntah darah kenapa PAS dijadikan bahan di sini. Ini kerana didapati penyokong PAS ini lebih berbaloi untuk dikritik berbanding penyokong UMNO. Sila teruskan membaca Mengapa Kritik PAS untuk dapatkan pencerahan selanjutnya.
Setelah kita meneliti senarai semak di atas, secara tidak langsung kita dapat melihat beribu-ribu Syaitan (yang dikenali) sedang bertungkus lumus memperlihatkan sokongan mereka terhadap perjuangan PAS.
Dalam satu sudut yang halus, timbul satu pertanyaan yang bergema dihati penyokong PAS sendiri. “Adakah aku Syaitan yang dikenali itu?” Untuk kamu mengenali Syaitan yang berselindung di dalam diri, perlukan kamu ketahui perihal si pendamping itu.
Syaitan mana yang nak sokong PAS? Kesyaitanan itu tidak hanya merujuk kepada entiti ghaib itu. Ianya juga terdiri daripada kelibat sifat dan jatidiri kesyaitanan itu juga. Jadi tidak hairanlah jika anda telah dibukakan hijab untuk melihat betapa ramainya Syaitan sedang berkeliaran di dalam perjuangan PAS.
Aneh sungguh Syaitan-Syaitan ini, mereka berkelana di ceramah-ceramah “agama”, siang malam pagi dan senja mendokong perjuangan PAS menegakkan Islam tapi masih tidak lekang mereka dari sifat Syaitan itu.
Bahkan ada diantara mereka yang hairan, kenapakah orang UMNO ini amat liat untuk insaf dan kembali ke jalan yang benar (PAS). Jawapannya, kerana mereka (UMNO) tidak nampak apa bezanya mereka dan Syaitan-Syaitan yang dikenali ini.
Kesimpulannya, sama ada anda telah dibukakan hijab untuk melihat Syaitan disekeliling anda, ataupun anda sendiri Syaitan tersebut, sudah tiba masanya untuk mengalihkan tumpuan. Tumpuan kepartian yang menuntut kefanatikan kepada tumpuan tuntutan rakyat yang mahukan politik yang lebih matang.
Sekalung doa kepada anda, yang terbuka hijab, supaya anda dipelihara daripada dijangkiti sifat kesyaitanan saudara separti anda. Begitu juga kepada Syaitan-Syaitan yang baru mengenal diri, agar kembali ke jalan yang benar.

Bersyukur kereta dicuri serta musibah yang menimpa
Posted on Monday, January 07 @ 21:11:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"
Baru-baru ini saya tanya dia, macamana cerita kereta kena curi hari tu? Dia kata ada juga hikmah kereta dia kena curi dulu, memandangkan ekonomi semasa tidak menentu agak sukar untuk dia membayar ansuran bulanan untuk kereta tersebut. Sekarang dia bersyukur kereta dia dicuri dahulu.
Anak saya dapat UPSR 2A, 2B dan 1C tahun lepas, dia tidak layak untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Agama di Seremban. Tak apalah saya kata, kita cuba sekolah lain, ambil borang SMA Rembau, SMA Gadong, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, SMK Seri Ampangan (KAA) pergi hantar borang ke Jabatan Pelajaran dan macam-macam lagi.
Anak saya pun pergilah temuduga semua tempat , kecuali SMA Gadong.
Akhirnya ditakdirkan dapat SMA Rembau tanpa asrama.
Bukan serampang dua mata lagi, bukan menyelam sambil minum air lagi bahkan anak saya dapat lebih dari itu. Anak saya dapat kelas yang tidak ramai murid dalam kelas, yang guru boleh beri tumpuan. Anak saya dapat tinggal bersama neneknya di Rembau, temankan nenek yang keseorangan (bukan main suka lagi nenek dia).
Saya pula dapat balik kampung selalu, solat di masjid dan surau yang arwah ayah saya pernah solat dulu, dapat selalu berjumpa dengan kawan-kawan arwah ayah saya dulu.
Memang benarlah apa yang Nabi saw kita kata supaya orang mukmin ini sentiasa ”happy” saja, susah pun ”happy”, senang pun ”happy”, tak ada masalah. ”Happy” dalam bentuk bersyukur dan bersabar.
Selamat Menyambut Maulid Nabi

Amat
benar sekali kata Nabi saw yang amat kita cintai, iaitu orang beriman
itu bila beroleh kesenangan di bersyukur, bila ditimpa musibah di
bersabar dan sabar itu lebih baik baginya. Beberapa tahun sudah kereta
kawan saya yang baru dibeli beberapa bulan dicuri di hadapan rumahnya.
Baru-baru ini saya tanya dia, macamana cerita kereta kena curi hari tu? Dia kata ada juga hikmah kereta dia kena curi dulu, memandangkan ekonomi semasa tidak menentu agak sukar untuk dia membayar ansuran bulanan untuk kereta tersebut. Sekarang dia bersyukur kereta dia dicuri dahulu.
Anak saya dapat UPSR 2A, 2B dan 1C tahun lepas, dia tidak layak untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Agama di Seremban. Tak apalah saya kata, kita cuba sekolah lain, ambil borang SMA Rembau, SMA Gadong, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, SMK Seri Ampangan (KAA) pergi hantar borang ke Jabatan Pelajaran dan macam-macam lagi.
Anak saya pun pergilah temuduga semua tempat , kecuali SMA Gadong.
Akhirnya ditakdirkan dapat SMA Rembau tanpa asrama.
Bukan serampang dua mata lagi, bukan menyelam sambil minum air lagi bahkan anak saya dapat lebih dari itu. Anak saya dapat kelas yang tidak ramai murid dalam kelas, yang guru boleh beri tumpuan. Anak saya dapat tinggal bersama neneknya di Rembau, temankan nenek yang keseorangan (bukan main suka lagi nenek dia).
Saya pula dapat balik kampung selalu, solat di masjid dan surau yang arwah ayah saya pernah solat dulu, dapat selalu berjumpa dengan kawan-kawan arwah ayah saya dulu.
Memang benarlah apa yang Nabi saw kita kata supaya orang mukmin ini sentiasa ”happy” saja, susah pun ”happy”, senang pun ”happy”, tak ada masalah. ”Happy” dalam bentuk bersyukur dan bersabar.
Selamat Menyambut Maulid Nabi
Daripada
Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh
menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya)
semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan
terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia
bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan
kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” – Riwayat
Muslim
Pelajar tajaan JPA belum dapat bayaran?
Posted on Monday, January 07 @ 21:11:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Cucu Tok
asalamualaikum.
sy dr penang dan ank sy masih blajar di thn akhir di sebuah universiti tempatan dan di biayai oleh JPA. mmg berita yg tuan siarkan tepat dan telus kerna kelewatan membayar wang ke akaun ank sedikit sebanyak membeban kan sy kerna gajian sy tidak seberapa dan mempunyai ramai ank..lagi pon ditambah dgn harga barangan yg semakin meningkat amat sy rasai kerna sy bekerja seorang, ank2 masih mengaji lg.
sy berasa hairan kerna wang untuk rakyat amat lh susah untuk diberi walau pon ank sy akn bekerja selama 5 thn dgn kerajaan nanti, insyaallah tetapi jika berjuta2 wang melayang entah kemana tidak di ambil tahu langsung.. ini tidak adil !!! sy harap pihak tuan dpt highlight berita JPA ini hingga semua pemilik nya dpt segera. sekian. tk

Siapa nak bantu baiki penghuni rumah reput di Rembau?
Posted on Monday, January 07 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"Salam, boleh dapatkan maklumat lanjut bagaimana kita Anak Rembau boleh bantu keluarga ini? Saya pasti, insyaAllah ramai Anak Rembau di perantauan khususnya orang Chengkau Ulu boleh bantu tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka. Chengkau Ulu adalah merupakan kampung asal arwah Atok saya ( Hj Kamaruddin bekas Tok Menteri)
Huni rumah reput
28 Dis 2012
REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu, dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum mendapat perhatian pihak berkaitan.
Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.
“Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali hujan.
“Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan, habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin dan sudi membantunya.
“Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut menambah pendapatan.
“Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup dengan saya.
“Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah yang rosak ini,” katanya.
Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini tiada tindakan dilakukan.
“Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.
“Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai, saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan keselamatan.
“Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil tindakan segera untuk membaiki rumah nenek,” katanya.
hmetro.com.my"

Ratib #112
Posted on Monday, January 07 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: myogis
"Bukan setahun..bukan sebulan..bukan seminggu. Sekejap waktu lagi tabung kaca kepala lembu ini akan penuh. Bila tabung itu penuh cukuplah jumlahnya 112.
Seratus dua belas. Cukup seratus dua belas, aku akan ambil marton ketuk kepala lembu dengan tanduk-tanduknya sekali.
Dengan 112 itu aku akan bergerak bersama-sama menyusur gelombang menuju ke satu tempat yang bakal ditulis dalam buku sejarah. Tempat berkumpulnya dedur-debur air yang selama ini tertahan oleh empangan yang keras, yang bebal dan yang tidak belajar geografi. yang tidak tahu air yang mengalir tidak boleh diempang selamanya. Sampai masa kuasa padu air itu meruntuhkan segala-segalanya. Tidak pernahkah kita belajar dengan pengalaman empangan pecah? Lihatlah bongkah-bongkah batu yang bersipongan dalam galir, tidak siapa peduli!
Jangan fikir seratus dua belas tidak boleh menjadi sejuta. Kuasa ganda Malthus tidak pernah menipu. Jika mahu ia boleh tumbuh secara geometrik, berganda dan berganda. Masakan tidak, sampai masa dunia penuh dengan 7 billion manusia dengan bermacam fesyen dan ragam. Bermacam perangai dan kelakuan.
Seratus dua belas tidak boleh membeli bas. Tapi seratus dua belas boleh membeli basikal. Tidak pernah dalam sejarah kebangkitan pemuda perjalanan 500 kilometer berlaku berminggu-minggu dengan hanya berbasikal fixie. Walaupun ramai yang anggap warna-warna terang itu seperti hanya layak diguna kanak-kanak dan mat mat jiwang. Namun jelas seminggu lalu hujan, ribut, panas dan petir tidak boleh menyebabkan tayar basikal fixie itu haus walau sedikit.
Ratiblah sekuat-kuatnya 112..112..112.. ratiblah walau dimana. Tidak usah peduli jika di Sayong sekalipun, sungai Perak tidak pernah putus membawa arus. Jangan peduli, ratiblah 112 walau di Bidor sekalipun. Lombong-lombong tinggal disana tidak pernah kering walau kemarau sejuta tahun. Ratiblah 112 sehingga sampai ke kemuncak Gebeng, ratiblah 112 sehingga pecah anak telinga makcik dan pakcik di felda Ceneh dan Neram. Ratiblah sehingga sampai ke Jengka kerana gunung senyum tidak pernah bermuram durja.
Semua harus menghitung semua harus mengira semua harus waspada. Tunggulah sehingga genap 112! Empangan ego,kuasa dan kebatilan akan roboh jua."

Laung perpaduan Melayu, Islam tapi rumah tangga punah ranah
Posted on Monday, January 07 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"
Sebelum kita begitu bersemangat melaungkan perpaduan Melayu, perpaduan Islam, tolong laungkan dulu perpaduan rumahtangga. Masalah keruntuhan perpaduan rumahtangga Melayu Islam semakin kritikal sekarang ini yang mengakibatkan keruntuhan akidah dan akhlak anak-anak.
Pakai songkok tinggi tak salah, pakai serban merupakan sunnah, tapi jangan ianya menjadi fitnah , tengok orang tu pakai songkok tinggi tapi anak bini entah ke mana. Tengok orang tu pakai serban , pakai kopiah tapi bergaduh sesama yang pakai serban dan kopiah, anak-anak berpeleseran.
Boleh tak khutbah Jumaat mengupas secara mendalam masalah ini, kerana masalah ini berlaku dimana-mana pada ketika ini.
PADAH HALANG SUAMI BERCUTI DENGAN MADU
7 Jan 2013 - Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 29 tahun menghalang suaminya pergi bercuti dengan isteri barunya mengundang padah apabila tangan kirinya patah akibat dihentak dengan kerusi oleh lelaki terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Tasik Selatan, di sini, kelmarin.
DIBELASAH KERANA LAMBAT BEBERAPA MINIT
7 Jan 2013 - Kajang: Angkara lambat beberapa minit mengambil suaminya yang mabuk pulang ke rumah, seorang isteri terpaksa menanggung derita selepas ditumbuk dan dipukul dalam kejadian di Kajang Utama, di sini, kelmarin.
ISTERI CURANG KETIKA BERPANTANG PARAH DIBELASAH SUAMI
Kangar 6 Jan. 2013 - Seorang suri rumah yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, cedera parah dibelasah suaminya yang terserempak wanita itu berpelukan dengan lelaki lain di rumah mereka."

Tandas masjid kotor, ibu bapa pengotor, anak pun mungkin pengotor
Posted on Monday, January 07 @ 10:44:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"Sebelum Asar saya sempat membasuh tandas surau. Biasalah tandas surau di tempat saya ini, laluan orang, berhampiran dengan padang permainan. Ramai yang menggunakannya, termasuk pelajar sekolah yang ponteng sekolah atau singgah sebentar.
Tandas surau ni biasanya dijadikan tempat hisap rokok. Puntung rokok, kotak rokok, mancis bertaburan atas lantai tu biasalah.
Surau pula tiada siak, sukarela siapa ada kelapangan tolong bersihkan kerana rata-rata jemaah kerja dari subuh sampai ke malam, ada yang berulang alik dari Senawang ke Kuala Lumpur.
Kita pun bersihkanlah tandas dengan hati yang tenang, tak perlu marah-marah. Anak-anak biasalah, mereka tidak dididik menjaga kebersihan surau dan tandas.
Dalam pada tengah bersih surau , ada seorang lelaki yang singgah berehat di surau. Lelaki tadi kata, budak-budak ni yang kotorkan tandas.
Saya kata pada lelaki tadi, budak-budak ni bermula dari rumah, ibu bapa merekalah yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka menjaga kebersihan, terutama apabila menggunakan tandas surau.
Kalau anak-anak ini tidak dibiasakan menjaga kebersihan di rumah macamana mereka hendak menjaga kebersihan tandas surau, tandas masjid, tandas sekolah.
Semoga teks khutbah di Malaysia ini memberi penekanan kepada ibu bapa supaya melatih anak-anak mereka menjaga kebersihan di rumah, di sekolah, di surau, di masjid terutama di tandas.

Kisah Pengalaman Pahit Buruh Paksa Tentera Jepun...Duit Pampasan Lesap...!!!
Posted on Monday, January 07 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Rakyat Marhaen
KOTA BAHARU - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun.
Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan.
Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun.
"Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu.
Muhammad hanya mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76,menjadi tempat beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya.
Khadijah seringkali mencelah sebagai "jurucakap" suaminya itu
disebabkan pertuturan Muhammad yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paksa itu tetap terpahat kukuh dalam ingatannya.
MUHAMMAD MEMULAKAN PERJALANAN BERBAHAYA
Ketika menceritakan kisah silam itu, air mata Muhammad sentiasa
bergenang dan kadang kala keadaan menjadi lebih emosi dengan
tangisannya semakin kuat.
Pada Jun 1942, pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi di Thailand, ke Thanbyuzayat di Burma.
Ketika dibawa ke Thailand ketika itu, Muhammad yang berasal dari
Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas baru memasuki usia 18 tahun.
Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.
Muhammad turut serta dengan 61,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda dan 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu dari rantau itu.
Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang.
MUHAMMAD TERSEKSA
Muhammad dipaksa menaiki sebuah keretapi bersama ramai yang lain dari Pasir Mas untuk ke Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa enam hari.
"Duduk dalam keretapi itu sangat sedih, makan tak cukup, duduk
berhimpit-himpit sehinggalah sampai ke Ban Pong (Thailand).
"Dari Ban Pong kami diangkut dengan lori dan selepas beberapa jam pula kami sampai ke satu tempat," katanya.
Sambil menyeka air mata, Muhammad berkata mereka ditempatkan di rumah panjang iaitu bangsal buluh yang beratapkan daun sagu dan berlantaikan buluh.
Setiap bangsal itu memuatkan lebih 100 orang dan keadaannya
diibaratkan macam tin sardin dengan tiada ruang untuk tidur atau
bergerak.
Di tapak itu mereka diarahkan membuat kerja-kerja seperti mengangkut tanah dan menambak jalan keretapi dengan dikawal ketat oleh tentera Jepun.
"Jika kami lambat, kami akan dipukul dengan buluh, rotan atau "makan penampar Jepun". Makan minum juga tidak cukup dan belum pun tiga bulan di situ masalah kesihatan mula timbul," katanya.
Muhammad berkata antara masalah yang biasa dialami ialah cirit birit selain malaria dan kepialu.
Beliau berkata ubat-ubatan pula tidak mencukupi dan setiap hari
terdapat dua atau tiga orang buruh yang mati dan keadaan itu sangat menakutkan dirinya.
"Pak cik membilang hari bila agaknya nasib (untuk mati) akan tiba.
"Setiap hari lihat mayat yang kemudiannya kami isi dalam guni dan
ditanam di merata tempat," katanya.
MUHAMMAD MAHU MENYELAMATKAN DIRI
Lebih setahun di sana, Muhammad yang semakin terseksa akhirnya cuba mencari helah kembali ke tanahair dan helahnya menggunakan miang buluh akhirnya berjaya.
Semasa menebang buluh, beliau mengambil miang buluh dan melumurnya diseluruh tubuh dan apabila badannya basah akibat peluh, seluruh badannya bertukar menjadi merah menyebabkan tentera Jepun menghantarnya pulang.
"Tentera Jepun ingatkan saya hidapi penyakit berjangkit dan saya
terus dihantar pulang dengan segera. Saya sampai di rumah waktu malam ketika keluarga sedang menilik nasib saya melalui permainan puteri," katanya.
Selepas pulang, Muhammad akhirnya memilih kerjaya tentera sehingga bersara dan melalui perkongsian hidup dengan Khadijah, pasangan itu dikurniakan 10 anak iaitu lima lelaki dan lima perempuan.
PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN MUHAMMAD
Ketika ditanya akan pengajaran daripada pengalaman yang dilaluinya, Muhammad berkata ia membuatkan beliau menghargai kemerdekaan negara.
Beliau juga menyeru kepada generasi muda supaya menghargai
pengorbanan mereka yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan mereka yang berkorban demi keamanan negara.
"Bukan senang negara diberikan kemerdekaan dan pemimpin pula berjaya membawa negara menjadi maju dan kita hidup senang," katanya.
Mengakhiri perbualan, Muhammad berkata; "Jangan ada lagi yang jadi macam pak cik ketika itu, rakyat merempat dan negara mudah dijajah".
Sementara Muhammad terpaksa mengharungi kenangan pahit itu sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya, rakyat Malaysia boleh belajar menghargai semangat kemerdekaan daripada pengalaman pahit yang dilalui Muhammad kerana penjajah.-Bernama
Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,
"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
Soalan :
Kenapa Najib tidak mengambil tindakan Undang2 keatas kehilangan Duit Pampasan Rakyat Malaysia ?
Siapa yang menjadikan Rakyat papa kedana sebenarnya ?
Rakyat berhak mengetahui kemana perginya Dana Pampasan 207 Billion masa Tun Mahathir menjadi PM Malaysia ....
Tak kira sesiapa pun pemimpin mahupun dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat , kalau membuat kesalahan harus dihukum di sisi Undang Undang ...nampaknya kerajaan Umno/BN lebih kejam dari tentera Jepun kerana terus menipu buruh paksa tentera Jepun dan waris-waris mereka sejak sekian lama.
Sumber: wargamarhaen.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan