Tiada kesalahan jenayah, kenapa lapor polis
Harakahdaily, | 22 Jan 2013 |
Oleh itu, beliau terkejut apabila mengetahui ada laporan polis dibuat terhadap beliau oleh kakitangan Bank Islam.
"Saya ingin menjelaskan, dakwaan yang terkandung dalam laporan polis yang dibuat oleh majikan saya tidak mengandungi sebarang kesalahan jenayah.
"Paling kuatpun hanya isu sivil yang kini tertakluk kepada Siasatan Dalaman (DI) antara majikan dengan saya," kata Azrul dalam kenyataannya.
Beliau yang kesal dengan laporan polis itu menyifatkan kes ini tidak sepatutnya menjadi kes polis.
"Saya tidak nampak mengapa kes ini menjadi kes polis.
"Isu ini yang dibesarkan kepada yang tidak sewajarnya adalah satu taktik untuk mengugut dan gangguan ke atas saya," kata Arzul.
Bank Islam membuat laporan polis terhadap ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.
Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.
"Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah.
Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.
Media Singapura sebelum ini membuat laporan, Azrul dalam analisanya meramalkan Pakatan Rakyat akan menang tipis dalam pilihan raya umum nanti.
Ekoran itu, Bank Islam telah menggantung Azrul dari tugasnya dan Siasatan Dalaman dijalankan ke atas beliau.
Gangguan air: Warga emas tulis surat kepada PM
Selangorku, | 22 Jan 2013 |
PANDAN JAYA: Semasa gangguan air di Lembah Klang tempoh hari, seorang warga emas, Muhamad Din, terpaksa bersaing dengan penduduk lain di pangsapurinya untuk mendapat sebaldi air daripada lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Meskipun tinggal di aras bawah Blok M2 Pangsapuri Pandan Jaya, kekuatan lelaki berusia 70-an ini tidak cukup untuk beliau beratur panjang menunggu giliran dan berulang alik ke lori tanker.
Kesal dengan krisis itu, beliau menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tindakan susulan.
Muhamad terpaksa menjaga isteri yang sakit dan seorang anak kelainan upaya (OKU).
“Saya susah betul bila air tiada. Isteri saya ada dirumah pula sakit pada ketika itu. Perihal air jangan dibuat main.
“Lori tanker memang ada tapi tak dapat. Saya pun tak larat nak angkat. Mujur orang ramai bagi ruang untuk saya ambil air dulu,” katanya dengan nada sayu kepada TVSelangor dan pegawai Pejabatu DUN Cempaka yang bertemu beliau hari ini.
Muhamad antara setengah juta penduduk di Ampang, Cheras dan Gombak yang terputus bekalan air dari 29 Disember hingga ke 15 Januari.
Ia berpunca daripada kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju yang diuruskan Syabas.
Siasatan Jawatankuasa Pemantau Bekalan Air Selangor mendapati kegagalan pam tersebut adalah disebabkan Syabas tidak menyelenggaranya dengan baik.
Muhamad berharap masalah air tidak dijadikan modal permainan politik pihak berkepentingan kerana ia keperluan harian rakyat.
“Saya berharap ia (gangguan air) tidak berulang lagi.”
Jelasnya, beliau menulis surat berkenaan secara peribadi tanpa melibatkan pihak lain.
Lebih menyedihkan, beliau menguruskan isteri tersayang yang bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan kini berada di Hospital Ampang.
Beliau menyara anak dan isterinya dengan bantuan wang pencen bekas tentera berjumlah RM1,000 sebulan.
Foto terbaik di majlis bantuan dana persekolahan
http://malaysiaberih.blogspot.com, | 22 Jan 2013 |
Tahniah!! aku betul kagum kat pakcik ni.
Tanpa segan silu hadir menerima dana bantuan persekolahan di Sekolah Kg
Nyor Paka Terengganu yang disampaikan oleh Adun Paka dengan memakai
baju PGU, yess !! PAS Ganti Umno ~ Tinta Hijau DKB
KUALA LUMPUR:
Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa
tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.
Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.
Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.
Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.
Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu.
Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC.
Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan menjejaskan kontrak sosial antara kaum.
Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut untuk memberikan perhatian
khusus tanpa menunggu siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI)
selesai.
Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga, berkata SPR boleh mula bertindak membersihkan daftar pemilih, lebih-lebih lagi ketika isu pemberian status warga negara kepada rakyat asing di Sabah didedahkan baru-baru ini.
Beliau dalam kenyataannya berkata pihaknya terperanjat dengan tuduhan-tuduhan terbaru yang terdedah di hadapan RCI Sabah.
"Kenyataan-kenyataan dari bekas pegawai kerajaan yang menuduh Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dan SPR bersubahat memberikan status warga negara dan dokumen kerakyatan kepada beribu-ribu warga asing tanpa proses yang sah.
"Warga asing ini menjadi ‘warga baru’ untuk diletakkan di kawasan-kawasan seluruh Sabah dengan tujuan untuk menambahkan lagi jumlah ‘ Pengundi Muslim’," kata beliau.
Menurut Ambiga, pendedahan tersebut perlu diberi penjelasan oleh SPR memandangkan ia boleh menghakis kepercayaan rakyat, selain memperlekeh keupayaan badan itu untuk menjalankan pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau menggesa SPR segera membersihkan daftar pemilih tanpa menunggu siasatan RCI Sabah selesai.
Tambah beliau, berasaskan kajian Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap), telah mempertikaikan ketelusan senarai pengundi Sabah.
Justeru, Bersih menyeru SPR dan kerajaan untuk melancarkan siasatan sama ada ‘Ops Durian Buruk’ telah juga diguna pakai di Sarawak dan di Semenanjung.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi menyatakan kesediaan kumpulan masyarakat madani untuk membantu membersihkan senarai pengundi bagi menghadapi pilihan raya yang bersih dan adil.
KUALA LUMPUR:
Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff
berpendapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara
tergesa-gesa adalah kerana desakan oleh syarikat pembekal kamera
tersebut bagi mendapat balik modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Beliau yang ditemui di mahkamah hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwaraya yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sehingga sekarang belum menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan saman AES mengikut apa yang telah dijanjikan sebelum ini.
Malah jelas beliau, alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaraya bahawa dokumen tersebut tidak dapat diserahkan adalah kerana terdapat masalah teknikal juga membuktikan AES ini belum bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan.
"Hari ini merupakan kali ketiga penangguhan yang dimohon oleh pihak pendakwaraya kepada mahkamah bagi tujuan penyerahan dokumen dengan alasan belum bersedia.
"Malah pihak pendakwaraya juga turut memberitahu selain belum bersedia pegawai yang mengendalikan dokumen tersebut juga tidak ada dan juga masih terdapat masalah teknikal," jelasnya kepada Harakahdaily.
Zulhazmi yang hadir ke mahkamah hari ini bagi tujuan mengambil dokumen berkaitan saman AES seperti yang diarahkan oleh mahkamah, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh yang lain.
Tarik balik saman
"Kalau pihak pendakwaraya belum bersedia untuk memulakan pendakwaan, saya desak agar semua saman yang dikeluarkan dan kes tersebut perlu ditarik balik.
"Malah alasan yang diberikan iaitu masalah teknikal, saya ingin mengetahui apa masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan dari awal hingga sekarang, perkara ini perlu dijelaskan segera," katanya.
Tambah beliau lagi, jika masalah teknikal belum dapat diselesaikan dan ini membuktikan AES ini sebenarnya masih lagi peringkat kajian dan tidak boleh dilaksanakan.
Zulhazmi turut memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang mengarahkan saman AES ini dibekukan sementara adalah bersifat politik untuk kepentingan kerajaan yang sedia ada.
"Sebab itu kita minta pelaksanaan AES ini ditangguhkan dulu sepenuhnya sehinggalah satu kajian yang lengkap diperolehi, kita tidak mahu pelaksanaan AES ini memberi bebaban kepada rakyat.
"Apa yang kita tahu walaupun Peguam Negara mengarahkan pembekuan sementera tetapi pihak JPJ masih lagi menerima bayaran pengguna jalanraya jika mereka hadir ke JPJ untuk menyelesaikan saman tersebut," tambah beliau lagi.
Sebanyak 21 kes saman AES dikendalikan oleh KASE melibatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia tidak termasuk di mahkamah Sepang, Putrajaya dan juga Kajang.
Daripada jumlah kes tersebut pihak beliau belum lagi menerima sebarang dokumen berkaitan seperti yang diarahkan oleh mahkamah.
Umno, MCA dan MIC serang Tun Dr Mahathir
Harakahdaily, | 22 Jan 2013 |
Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.
Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.
Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.
Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu.
Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC.
Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan menjejaskan kontrak sosial antara kaum.
Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah.
Bersih daftar pemilih tanpa tunggu RCI selesai
Anis Nazri, | 22 Jan 2013 |
Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga, berkata SPR boleh mula bertindak membersihkan daftar pemilih, lebih-lebih lagi ketika isu pemberian status warga negara kepada rakyat asing di Sabah didedahkan baru-baru ini.
Beliau dalam kenyataannya berkata pihaknya terperanjat dengan tuduhan-tuduhan terbaru yang terdedah di hadapan RCI Sabah.
"Kenyataan-kenyataan dari bekas pegawai kerajaan yang menuduh Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dan SPR bersubahat memberikan status warga negara dan dokumen kerakyatan kepada beribu-ribu warga asing tanpa proses yang sah.
"Warga asing ini menjadi ‘warga baru’ untuk diletakkan di kawasan-kawasan seluruh Sabah dengan tujuan untuk menambahkan lagi jumlah ‘ Pengundi Muslim’," kata beliau.
Menurut Ambiga, pendedahan tersebut perlu diberi penjelasan oleh SPR memandangkan ia boleh menghakis kepercayaan rakyat, selain memperlekeh keupayaan badan itu untuk menjalankan pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau menggesa SPR segera membersihkan daftar pemilih tanpa menunggu siasatan RCI Sabah selesai.
Tambah beliau, berasaskan kajian Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap), telah mempertikaikan ketelusan senarai pengundi Sabah.
Justeru, Bersih menyeru SPR dan kerajaan untuk melancarkan siasatan sama ada ‘Ops Durian Buruk’ telah juga diguna pakai di Sarawak dan di Semenanjung.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi menyatakan kesediaan kumpulan masyarakat madani untuk membantu membersihkan senarai pengundi bagi menghadapi pilihan raya yang bersih dan adil.
Peguam cadang tarik balik saman AES
Muhammad Faizal, | 22 Jan 2013 |
Beliau yang ditemui di mahkamah hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwaraya yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sehingga sekarang belum menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan saman AES mengikut apa yang telah dijanjikan sebelum ini.
Malah jelas beliau, alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaraya bahawa dokumen tersebut tidak dapat diserahkan adalah kerana terdapat masalah teknikal juga membuktikan AES ini belum bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan.
"Hari ini merupakan kali ketiga penangguhan yang dimohon oleh pihak pendakwaraya kepada mahkamah bagi tujuan penyerahan dokumen dengan alasan belum bersedia.
"Malah pihak pendakwaraya juga turut memberitahu selain belum bersedia pegawai yang mengendalikan dokumen tersebut juga tidak ada dan juga masih terdapat masalah teknikal," jelasnya kepada Harakahdaily.
Zulhazmi yang hadir ke mahkamah hari ini bagi tujuan mengambil dokumen berkaitan saman AES seperti yang diarahkan oleh mahkamah, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh yang lain.
Tarik balik saman
"Kalau pihak pendakwaraya belum bersedia untuk memulakan pendakwaan, saya desak agar semua saman yang dikeluarkan dan kes tersebut perlu ditarik balik.
"Malah alasan yang diberikan iaitu masalah teknikal, saya ingin mengetahui apa masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan dari awal hingga sekarang, perkara ini perlu dijelaskan segera," katanya.
Tambah beliau lagi, jika masalah teknikal belum dapat diselesaikan dan ini membuktikan AES ini sebenarnya masih lagi peringkat kajian dan tidak boleh dilaksanakan.
Zulhazmi turut memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang mengarahkan saman AES ini dibekukan sementara adalah bersifat politik untuk kepentingan kerajaan yang sedia ada.
"Sebab itu kita minta pelaksanaan AES ini ditangguhkan dulu sepenuhnya sehinggalah satu kajian yang lengkap diperolehi, kita tidak mahu pelaksanaan AES ini memberi bebaban kepada rakyat.
"Apa yang kita tahu walaupun Peguam Negara mengarahkan pembekuan sementera tetapi pihak JPJ masih lagi menerima bayaran pengguna jalanraya jika mereka hadir ke JPJ untuk menyelesaikan saman tersebut," tambah beliau lagi.
Sebanyak 21 kes saman AES dikendalikan oleh KASE melibatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia tidak termasuk di mahkamah Sepang, Putrajaya dan juga Kajang.
Daripada jumlah kes tersebut pihak beliau belum lagi menerima sebarang dokumen berkaitan seperti yang diarahkan oleh mahkamah.
Cubaan buang 'Islam' kerana Umno rasa terancam
Harakahdaily, | 22 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Cubaan Umno untuk melarang perkataan
Islam digunakan oleh parti politik bukan perkara baru malah telah
disuarakan sejak 40 tahun dahulu lagi.
Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan itu sebenarnya dibuat dipercayai kerana Umno terancam dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS itu sendiri.
"Usaha untuk membuang nama Islam daripada parti politik telah dimulakan UMNO sejak 40 tahun dahulu kerana Umno berasa terancam dengan akhlak dan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang banyak bertentangan dengan pembawaan dan sikap pemimpin Umno.
"PAS menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah selari dengan prinsip dan matlamat perjuangan Islam dan setakat ini pimpinan PAS berjaya buktikan bahawa prinsip Islam tidak akan digadai untuk kepentingan politik sebagaimana yang dibuat oleh Umno," katanya.
Nasaei yang juga Penyelia PAS Parlimen Masjid Tanah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik semalam.
Rahim semalam berkata, satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak.
Mengulas lanjut Nasaie berkata, isu yang dibangkit Rahim itu tidak lebih sebagai menyanyikan lagu lama.
Rahim katanya, patut menilai diri sendiri dahulu sebelum bercakap soal mempertahankan agama Islam itu sendiri.
"Kes salah laku moral pemimpin Umno sendiri telah memberikan imej dan persepsi buruk kepada agama Islam itu sendiri walaupun parti yang mereka dokong bukan bernama Islam.
"Saya mendesak beliau agak menarik balik kenyataan tersebut dan sepatutnya menghormati keputusan Majlis Raja-raja pada 2001 yang membenarkan perkataan Islam digunakan kepada mana-mana pertubuhan dan parti politik mahalah digalakkan dengan prinsip ilmu, ihsan dan iman," jelasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan