Rabu, 2 Januari 2013

DIA TAK BACA PAPER KE...TAK TAHU DIPERLAWA@BERI PELUANG... BUKAN MINTAK ATAU PILIH

Empangan Paya Peda Pecah: Kerugian Penduduk, Siapa yg Bertanggungjawab?
Posted on Tuesday, January 01 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Nasrudin Hassan



Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.


Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.
Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan ‘Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah’. Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.
Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).
Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato’ Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.
Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar.
Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan).  Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis.
Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku.
Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mempersoalkan ;
1. Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan Dato’ Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?
2. Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?
3. Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?
4. Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?
5.     Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga inign mendesak :
1.    Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu.
2.    Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka.
Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Lampiran bergambar
 3 Cadangan Untuk Merombak Sistem Pilihanraya
Posted on Wednesday, January 02 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Merujuk kepada cadangan bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali apabila pilihan raya umum baru menjelang tiba, jika benar dapat dilaksanakan, PAS juga ingin mencadangkan agar pecahan pengundi sesuatu kawasan tidak lagi mengikut komposisi kaum semata-mata.

Pecahan pengundi mengikut kaum semata-mata selama lima dekad telah mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada perpaduan kaum di dalam negara kerana seluruh rakyat Malaysia, kerajaan dan terutamanya ahli-ahli politik akan berbicara segala permasalahan negara daripada sudut kaum semata-mata seperti yang sedang berlaku pada waktu kini.

Pecahan pengundi mengikut kaum dibuat SPR selama ini juga dipercayai dibuat mengikut selera dan pecahan parti komponen BN, yang semuanya terdiri daripada parti berdasarkan kaum untuk memudahkan setiap parti komponen untuk menjaga undi kaum masing-masing.

Sudah tiba masanya, perkara ini dirombak dengan SPR mengeluarkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat. Data yang dipecahkan mengikut kaum tidak perlu dikeluarkan secara khusus melainkan ada keperluan.

Jika pecahan pengundi dilakukan mengikut usia sebagai contoh:

21-34 tahun: 35%
35-50 tahun: 40%
50-60 tahun: 15%
60 tahun ke atas: 10%

Berdasarkan data-data sedemikian, parti-parti dan ahli-ahli politik akan berbicara mengenai keperluan masyarakat mengikut usia, dan secara automatik isu-isu yang dibangkitkan akan meliputi semua kaum. Ini boleh mengurangkan risiko berlakunya keadaan masa kini di mana ada pihak-pihak yang sengaja menggunakan sentimen agama dan bangsa untuk meraih undi dan melaga-lagakan kaum demi mendapat modal politik murahan. Pecahan undi mengikut perspektif jantina juga boleh mengurangkan risiko ahli politik menggunakan isu perkauman dan agama untuk merai undi.

Sambil SPR membersihkan daftar pengundi, pecahan pengundi baru mengikut usia boleh dilaksanakan kerana ia tidak susah kerana segala maklumat sudah ada pada kad pengenalan pengundi.

Cukuplah rakyat dan negara ini di’pakai’kan cermin mata berdasarkan pecahan kaum – Malaysia boleh bergerak ke arah lebih makmur dan berpadu sekiranya kita memakai kacamata yang lebih menjurus ke arah perpaduan.

Pada skala yang lebih besar, PAS juga mencadangkan agar sistem pilihanraya dirombak untuk memastikan pembangkang sentiasa wujud dan efektif untuk manfaat rakyat. Kerajaan harus menyediakan satu dana bagi parti-parti politik yang bertanding. Kaedah ini diguna dibeberapa buah negara bagi mengelak parti tersebut mendapat dana dari pelbagai pihak dalaman dan luaran, sehingga menyebabkan parti akan ' terhutang budi' dengan penyumbang tersebut.  Peruntukan kewangan boleh ditentu berdasarkan undi popular yang diterima semasa pilihanraya umum. Harus diingat persaingan politik menyebabkan rakyat akan lebih mendapat perhatian daripada parti pemerintah, dan komentar lebih baik dari parti  pembangkang. 

Selain itu, PAS juga mencadangkan agar sistem pilihanraya dirombak mengikut peratusan undi yang diperolehi oleh setiap parti. Jumlah peratusan undi akan mewakili parti tersebut di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Kaedah ini ternyata lebih adil bagi parti yang bertanding, di mana jumlah kerusi parlimen dan DUN adalah berdasarkan peratus undi popular yang diterima keseluruhannya. Ini mengelakkan manipulasi persempadanan semula yang memboleh parti pemerintah terus memerintah walaupun tewas undi popular di seluruh negara kerana kerusi-kerusi strategik dengan jumlah pengundi yang rendah dimenangi dengan banyak.

Diharap cadangan-cadangan di atas diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak SPR demi lebih memakmurkan demokrasi negara.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
31 Disember 2012 

 PANAS! Deepak Tepati Janji!
Posted on Tuesday, January 01 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Jalan Pulang


Perdana menteri, Najib Altantuya terus dihimpit resah gelisah lagi!


Seperti dijanjikan, buku berkaitan pengelibatan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dalam penukaran akuan bersumpah pertama kepada yang kedua P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala mula diedarkan kepada media.
Buku setebal 26 muka surat dengan tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama “Spirit of Altantunya” sebagai penulisnya.
Buku itu bagaimanapun tidak menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya jalan cerita buku tersebut menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya seperti Kapeed, Black Rose, Bijan, dan banyak lagi.
Deepak sebelum ini berjanji akan menerbitkan sebuah buku bagi menceritakan pelbagai pengalamannya dalam penarikkan akuan bersumpah Bala mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Deepak baru-baru ini mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa beliau ditipu Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiaah Abdullah berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.
Beliau juga turut melakukan beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam akaun bersumpah kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya pada tahun 2006.
KEADILAN melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli ketika sidang medianya mendakwa pembelian syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd oleh kerajaan adalah untuk menutup Deepak daripada terus melakukan pendedahan.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Boustead Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiaah.
Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli Astacanggih pada harga RM30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai “rasuah” dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan.
Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja.
Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.
Astacanggih bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan.
Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam “kerjasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik.
Sehubungan itu, kerajaan Pakatan RakyatSelangor yang diterajui KEADILAN, melalui satu kenyataan berjanji akan menghalang urusan pertukaran nama tanah tersebut.
Buku yang diedarkan hari turut menyatakan akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk “Black Magic Women.”
Perutusan Tahun Baru 2013 Pesuruhjaya PAS Perak
Posted on Tuesday, January 01 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Abu Bakar Husain

Syukur kepada Allah SWT atas kurnia dan rahmat yang diberikan lantas kita dapat terus bersama-sama berperanan sebagai penggalas gerakan perjuangan rakyat yang Insya Allah akan dijanjikan kemanisan sekiranya keikhlasan mengiringi titi perjuangan mulia ini.Berlalunya 2012 meninggalkan pelbagai suka duka dalam arena kehidupan kita apatah lagi dunia politik tempatan dan pentas agama tanah air yang diwarnai dengan aneka macam peristiwa dan kemelut ekoran daripada pelbagai spekulasi, provokasi dan propaganda yang merancakkan krisis masyarakat.



Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan satu permulaan kepada perubahan ke arah yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kemelut lalu dan kemungkaran mendatang serta menumbangkan kezaliman.Kita menyambut kedatangan tahun 2013 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negeri dan Negara.

Justeru, sewajarnya apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan menjadi pedoman bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kesekian kalinya lantas memikul amanah yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk terus menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Namun, semestinya semua ini tidak bermakna sekiranya kita sebagai gerakan Islam yang terbesar di Malaysia ini hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.
Kita perlu ingat bahawa dalam menelusuri jihad menerusi pentas gerakan perjuangan ini, tidak dapat tidak kita harus bertembung dengan mehnah dan tribulasi .

Justeru marilah bersama kita memperhebatkan gerak kerja dan terus bermunajat agar cabaran seperti ini berjaya dipadam dengan dan keikhlasan yang senantiasa dituntut untuk diperbaharui.
Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh AllahSWT untuk melunaskan tanggungjawab serta ikrar yang kita laungkan buat gerakan perjuangan ini.

Mewakili seluruh kepimpinan PAS Perak, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh rakyat perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )


 Soal jawab: Ust Azhar Idrus, 2 org pelakon
Posted on Tuesday, January 01 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Tvpas hd



Sambutan Ambang 13,Jom Santai Bersama GeMS
Anjuran Kerajaan Negeri Selangor,
Dataran Shah Alam: 31.12.2012






Jurukamera: Abiey Mujahid Haziq,Shukri Mohamad
Suntingan: Shukri Mohamad 


 Misi Bantuan Kemanusiaan bencana banjir ke pantai timur oleh Dewan Pemuda Pas
Posted on Tuesday, January 01 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Adram Musa



29 Disember 2013 Dewan Pemuda Pas Malaysia menghantar satu rombongan yang diketuai oleh setiausahanya Saudara khairul Faizi Ahmad Kamil bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Rombongan ini juga disertai oleh Bendahari DPPM Ir. Haji Khairil Nizam, Ketua Lajnah kebajikan DPPM Adram Musa, Pengarah Jabatan penerangan dan media baru nurul islam mohamed yusoff dan Pengarah IPS Syahir Che Sulaiman.

etibanya dia Besut daerah pertama yang dilawati, PAS Besut membawa rombongan ini melawat Kampung Padang Bual. Kampung yang tidak pernah dilanda banjir ini dikatakan telah dilanda banjir "buatan manusia" apabila penduduk kampung mengatakan sebuah empangan yang masih dalam pembinaan berdekatan kampung mereka dipecahkan kerana gagal menampung air dan hampir pecah.


Dikampung ini seramai 230 rumah terlibat dengan banjir "buatan manusia" dan kerugian dianggarkan RM 5000 - RM 10000 setiap rumah. Manakala RM 20000 - RM 30 000 setiap premis perniagaan.
Ketika menyalurkan bantuan rata rata penduduk melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri dan agensi agensinya yang dilihat tidak bersedia dalam menghadapi musim banjir kali ini. Sebanyak RM 5000 kepada unit amal dan barangan keperluan kepada mangsa banjir telah diserahkan pada hari tersebut.
Keesokan harinya rombongan DPPM dibawa ke Kampung Pasir Raja, Kemaman untuk menziarahi mangsa banjir disana. Seramai 250 buah keluarga menjadi mangsa kali ini. Di sini juga kami dapati keluhan sama diluahkan mangsa banjir. Bagaimana agensi kerajaan tidak bersedia menghadapi musim banjir kali ini. Penduduk juga mengucapkan terima kasih kepada Unit Amal Terengganu yang cepat dalam menghulurkan bantuan dan melaksanakan kerja kerja pemindahan sebelum agensi kerajaan tiba.
Pihak Dewan Pemuda Pas Malaysia telah menyerahkan sumbangan RM10000 dan barangan keperluan harian kepada pihak PAS KAWASAN Kemaman untuk diserahkan kepada mangsa banjir.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Kemanusiaan Pemuda dan ingin merayu sumbangan tambahan dimana sumbangan ini akan digunakan untuk kerja kerja kemanusiaan dalam dan luar negara.
Mohd Adram Musa.
Ketua Lajnah kebajikan DPPM.
 Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindustan pun tak ramai yang hadir.
Posted on Tuesday, January 01 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Anak Sungai Derhaka

Kasihan benar dengan UMNO/BN Selangor.. meskipun mereka telah menghabiskan ribuan RM untuk memastikan Karnival Sayangi Selangor mereka di i-City semalam berjaya menyaingi program kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam namun hasilnya mengecewakan.
Hakikatnya ini membuktikan UMNO/BN masih gagal untuk memenangi hati rakyat Selangor yang sedar akan penipuan oleh mereka ketika memerintah Selangor sebelum ini..


Biarpun mereka telah mengundang khas seorang artis dari Chennai sebagai daya penarik program mereka ianya gagal menyaingi program anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus..




Lebih dari 100,000 orang dilaporkan telah hadir dalam program anjuran Pakatan Rakyat.. yang hadir program anjuran UMNO Selangor tu sila kira sendiri dari gambar-gambar kat bawah ni..

Muhyiddin Yassin Sedang Berucap Di Depan
belakang sikit
belakang lagi
lagi kebelakang
lagi lagi kebelakang
Ini lah dia jumlah kehadiran yang di anggarkan berjumlah 400 ribu orang.
kata pemuda Barisan Nasional di bawah ini
Warga indonesia bersama BN ketika temubual tim era pasca di ICT Malam tadi.
Sumber gambar di atas dari @tiewnama

Dan berikut pula adalah gambar dari program Pakatan Rakyat Selangor..

Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor - Foto Busuk.org
Bersiap untuk solat Isyak berjamaah sambil menunggu detik 12 malam - Foto Busuk.org
Umpama perhimpunan keluarga di Dataran Shah Alam - Foto Busuk.org
Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini - Foto Busuk.org
Kiralah sendiri berapa orang yang hadir tu...
Ni video dari Harakahdaily.. Ustaz Azhar Idrus dan dua orang pelakon..



Anak Sungai Derhaka: Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindustan pun tak ramai yang hadir

 Perutusan Tahun Baru 2012
Posted on Tuesday, January 01 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi

Secara kesuluruhannya, tahun 2012 merupakan tahun yg baik bagi Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana misi utama kami untuk merakyatkan JUHAM di mata masyarakat sudah berjaya dicapai walaupun diakui masih banyak lagi yg perlu diperbaiki. Penglibatan JUHAM dlm kes-kes di peringkat nasional seperti Himpunan Bersih 2.0 & 3.0, Himpunan Hijau Lynas, Himpunan Oren, Himpunan Mansuhkan ISA yg masih lagi dlm perbicaraan di mahkamah, Inkues siasatan kematian Baharuddin Ahmad, saman AES dan juga kes-kes yg melibatkan kemahasiswaan spt kes UPSI, semakan kehakiman kes pelajar UniMap dan kes-kes pelajar yg melibatkan AUKU.

Di peringkat dalaman pula JUHAM telah berjaya menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak untuk memberikan taklimat perundangan pilihanraya yg terkini, pengetahuan tentang hak-hak asasi dan juga simulasi pilihanraya kepada pimpinan dan petugas-petugas parti.

JUHAM mengharapkan agar di tahun 2013 ini, kerajaan lebih menghormati hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan, sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan. Ini dapat dibuktikan dengan kerjasama baik yang boleh diberikan oleh pihak berkuasa dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur nanti. Negara juga akan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 awal tahun 2013 ini dan tentunya JUHAM mengharapkan agar pihak berkuasa dapat memainkan peranan yg penting dan tidak bias dalam mengawal pesta demokrasi rakyat nanti. Undang-undang bukan sahaja perlu dilihat adil tetapi perlaksanaannya juga perlu adil dan saksama "without fear or favour".
Semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang lebih baik dan cemerlang untuk seluruh rakyat Malaysia.
Sekian

Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia



 Perutusan Sekretariat Prihatin OKU
Posted on Tuesday, January 01 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohamad Faizal

BERAKHIRNYA 2012 memberi kesan amat siknifikan kepada perjuangan meletakkan agenda OKU sebagai agenda yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan masyarakat termasuklah pimpinan politik.


Di peringkat antarabangsa, penghujung 2012 genaplah 6 tahun Konvensyen Bagi Hak-Hak Orang Kurang Upaya "CRPD" diterimapakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu "PBB". Manakala di peringkat domestic pula, penghujung 2012 juga menggenapkan 5 tahun Akta OKU 2008 dibentang dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia.


Terhasilnya CRPD di peringkat antarabangsa dan Akta 2008 di tanah air adalah suatu komitmen system perundangan global kepada corak pembangunan OKU yang berganjak dari pembangunan berasaskan simpati dan kesihatan kepada pembangunan yang berasaskan hak.
Secara atas kertas dan ucapan, pembangunan OKU berasaskan hak mudah difahami dan dimengertikan. Namun tiba waktu perlaksanaan, ia penuh liku dan cabaran yang tidak mudah didepani.

Kesediaan seluruh agensi kerajaan sebagai pemacu utama kepada kesejahteraan rakyat menterjemahkan aspirasi hak pembangunan kepada OKU masih meletakkan individu-individu OKU ternanti-nanti apakah yang dapat kami rasai. Lihat saja pada agensi utama yang dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan OKU di Malaysia iaini Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia "JKMM".

Meskipun JKMM dibantu secara pentadbiran oleh Jabatan Pembangunan OKU "JPOKU" di dalamnya, masih melata rintihan-rintihan OKU atau keluarga yang menjaga terhadap keberkesanan system penyerahan yang dilaksanakan oleh JKMM. Pujian boleh dipanjangkan kepada pejabat-pejabat JKMM negeri-negeri dalam menangani isu-isu OKU. Namun ia jarang sekali berlaku di peringkat daerah.

Walhal pejabat daerah merupakan tempat utama yang perlu didatangi OKU bagi melunaskan sebarang isu dan persoalan yang berkaitan. Contoh terkini ialah pengeluaran kad OKU yang baru.

Jika 3 Disember 2012 kerajaan telah mengisytiharkan perlaksanaan Sistem Maklumat OKU "SMOKU", apakah seluruh pegawai terlibat faham pentingnya SMOKU bilamana pengeluaran kad OKU yang baru masih banyak yang belum diselesaikan?

Tiadanya kad OKU antara lainnya telah menjejaskan banyak urusan OKU dan keluarga terutamanya dalam usaha mendapatkan pendidikan yang paling asas.

Justeru selaku wakil kepada 4.2 juta jumlah OKU yang dianggarkan di Malaysia, saya benar-benar berharap agar 2013 menjadi titik perubahan yang lebih besar kepada pembangunan OKU yang menyeluruh di Malaysia. Kepada seluruh jentera kerajaan, saya merayu dan berharap agar tanganilah setiap isu melibatkan OKU dengan penuh rasa keinsafan bahawa kecacatan pada OKU adalah ciptaan Allah yang maha esa.

Mahu tidak mahu, kerajaan adalah nadi utama dalam menghasilkan kehidupan sejahtera untuk benar-benar dirasai oleh OKU dan keluarga. - 18 Safar 1434H.


Empangan Paya Peda Pecah: Kerugian Penduduk, Siapa yg Bertanggungjawab?
Posted on Tuesday, January 01 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Nasrudin Hassan



Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.


Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.
Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan ‘Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah’. Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.
Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).
Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato’ Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.
Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar.
Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan).  Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis.
Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku.
Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mempersoalkan ;
1. Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan Dato’ Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?
2. Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?
3. Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?
4. Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?
5.     Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga inign mendesak :
1.    Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu.
2.    Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka.
Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Lampiran bergambar
 

 Muzakarah Isu Amanat Haji Hadi : Menanti Respons Majlis Fatwa Kebangsaan
Posted on Tuesday, January 01 @ 17:27:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Khairul Faizi Mohd Kamil

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengutus sepucuk surat susulan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu ‘Amanat Haji Hadi’ pada hari ini. Sebelum ini DPPM pernah menghantar surat kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember 2012 memohon untuk diadakan Muzakarah diantara majlis tersebut dengan Exco DPPM berhubung isu ini.

Surat ini diutus kepada Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran tiada respons diberikan oleh majlis tersebut terhadap permohonan DPPM. Dalam hal ini, DPPM merasakan mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berminat membincangkan isu ini serta mengadakan majlis muzakarah antara semua pihak bagi membincangkannya secara mendalam.
Namun demikian, DPPM merasakan isu ini perlu diperjelaskan kepada masyarakat supaya masyarakat faham terhadap isu sebenar memandangkan ianya telah dipolemikkan oleh segelintir pihak.
Lebih malang lagi apabila ada pihak tertentu menggunakan isu ini menjadi isu politik dengan menyerang YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menggunakan ruang media tanpa memberikan peluang kepada beliau untuk memperjelaskannya.

Justeru, DPPM mengharapkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan memainkan peranan menjelaskan isu ini kepada masyarakat supaya tidak timbul salah faham umat Islam di kemudian hari.
DPPM tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan untuk kepentingan politik sempit mereka dengan melagakan kesatuan ummat serta membangkitkan sentimen kebencian terhadap PAS dengan pelbagai fitnah yang tidak berasas.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia 



 FAKTA: Ini buktinya Utusan memutar belit berita...
Posted on Tuesday, January 01 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Shalehudin

Ini buktinya mengesahkan bahawa Utusan Malaysia, lidah rasmi penjilat tegar bontot Umno adalah akhbar pemutar belit berita nombor satu negara...

Bekas ahli MPAJ tu adalah orang yang sama dengan ketua Umno Pandan. Kenapa malu sangat nak mengaku bahawa memang Umno pembiak rasuah terhebat negara...




KETUA Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail, (kanan) dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Sumber: shalehudin.blogspot.com



Sekolah Agama, walaupun kekurangan, tetap cemerlang
Posted on Tuesday, January 01 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Alhamdulillah, pagi tahun baru 1 Jan 2013 selesai sesi pendaftaran anak kami yang bongsu ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Rembau di pekan Rembau. Bak sirih pulang ke gagang, bak pinang pulang ke tampuk, bak belut pulang ke lumpur, begitulah adatnya. Walaupun saya adalah anak jati Rembau tapi tidak berkesempatan bersekolah di Rembau, paling hampir ialah bersekolah di Seremban, akhirnya anak saya yang bongsu pula yang bersekolah di Rembau.

Walaupun Sekolah Menengah Agama Rembau ini tidak mempunyai dewan perhimpunan, tidak mempunyai sebarang gelanggang permainan, tidak mempunyai gelanggang futsal apatah lagi padang bolasepak , namum pencapaian akademiknya adalah amat memberangsangkan.

Menurut GPK HEM yang memberi taklimat (kerana Guru Besar bercuti 1 bulan atas urusan yang amat penting, GPK 1 telah bertukar belum ada pengganti) , Sekolah Menengah Agama Rembau adalah satu-satunya Sekolah Agama di Negeri Sembilan antara 15 sekolah terbaik di N.Sembilan dalam PMR 2012 baru-baru ini, iaitu menduduki tempat ke 13.

Walaupun terlalu ramai yang memohon untuk masuk ke Tingkatan 1 tahun ini di Sekolah Menengah Agama Rembau, hanya 70 pelajar yang terbaik sahaja yang terpilih, walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja rayuan dari ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke sekolah ini.

Ini memandangkan sekolah ini hanya ada 8 kelas sahaja dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dan ada pelajar terpaksa di tempatkan di makmal sebagai kelas. Manakala asrama untuk pelajar perempuan hanya boleh menempatkan 72 orang sementara asrama untuk pelajar lelaki hanya boleh menempatkan 32 orang sahaja.

Sebelum sesi penerangan bermula saya telah sempat meninjau keadaan sekeliling sekolah. Ternyata suasana yang tenang sekitar sekolah, dengan kakitangannya yang ramah dari pengawal hinggalah ke guru-guru.

Keceriaan sekolah pun adalah amat memuaskan dengan seni taman yang ringkas tetapi indah. Tandas adalah tempat yang pertama saya lawati, ianya amat bersih, tiada bau yang kurang menyenangkan, walaupun terdapat beberapa tandas yang tiada pintu, barangkali menunggu peruntukan untuk dibaiki.

Semoga sekolah ini akan lebih cemerlang lagi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang, insyaAllah.

Gambar-gambar sekitar sekolah tersebut dengan suasana tenang dan nyaman di waghih.blogspot.com/

SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau.

Bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan daripada Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan 23 Syawal 1378.

Di lokasi baru ini , bangunan satu tingkatan telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60an sehingga tahun 1996.

Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arab.

Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination ( LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama.

Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ianya akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.

Sekitar penghujung tahun 1990an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkatan ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini.

http://psssmarembau.blogspot.com/p/galeri.html

"



Macamana akhlak kerajaan, tanam mayat 15 inci?
Posted on Tuesday, January 01 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

oleh Mazlan Aliman

Untuk pengetahuan, pendedahan yang saya buat mengenai kerja2 mengorek kubur dan memindah mayat berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kg Jawa Laut, Kg Jawa Darat dan Kg Sebong yang terletak di Parlimen Pengerang.

Ahli Parlimennya ialah Dato' Seri Azalina Othman Said, juga Ketua Umno Bahagian Pengerang.

Lesen untuk menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.


Mengikut kenyataan Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Johor, Mustapahayuddin Abd Halim, syarat yang perlu dipatuhi untuk tapak tanah kubur yang baru ialah samada ia mesti lebih luas daripada tapak yang hendak diambil atau nilai tanah tapak kubur baru itu mesti lebih tinggi daripada tapak sedia ada atau kedua2nya.

Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru seperti dlm lesen di Plot PTD 54492, Punggai, becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang di tanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!

Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau Ngo Pengerang yg diketuai sdr Zaaba.

Kerja pemindahan yang sepatutnya dipantau hingga selesai oleh Pihak Berkuasa Agama, Jabatan Kesihatan, Polis, Ketua Kampung dan Imam terbabit telah tidak dilakukan.

Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawaban balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!

Laporan polis dibuat pada 25 Dis lalu di Balai Polis Sg Rengit dan aduan juga dilakukan kpd Pihak Berkuasa Agama agar kerja2 mengorek dan memindah mayat2 dihentikan serta merta!

Susulan dari episod menyedihkan ini, 4 Jan ini, saya akan mengiringi deligasi penduduk Pengerang dan Ngo2 untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mufti Johor. Kami mohon penjelasan dan tindakan segera dari pihak Mufti.

Dakwa kontraktor itu kubur tanpa waris. Skuad Pemantau akan menyegerakan referandum menjejaki waris2 semua 11 tanah perkuburan Islam di kampung2 yg terlibat. Kita akan dedah pembohongan Kontraktor dan membuat gesaan agar hentikan samasekali kerja gila mengorek dan memindah semua Tanah Perkuburan!


Kita yakin majoriti waris tidak akan setuju kubur dan mayat keluarga mereka diperlaku demikian.

Rakyat boleh nilai sendiri, macamana akhlak Kerajaan Johor mengurus mayat2 tersebut. Adakah mereka boleh berlepas tangan?

Sumber: sisibukit.blogspot.com


  Penduduk Flat Jasa Dipukul Dan Diugut Samseng
Posted on Tuesday, January 01 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Nusajayakini

SKUDAI: Sepasang suami isteri telah diugut dan dipukul oleh sekumpulan samseng di sini semalam. Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.15 malam ini menyebabkan kecederaan kepada Puan Siti Habibah apabila mangsa dicekik dan ditolak dengan kasar oleh beberapa orang samseng tersebut.

Menurut Puan Siti Habibah, samseng-samseng tersebut telah bertengkar dengan suaminya sebelum beliau cuba menghampiri suaminya untuk mengajak suaminya menghentikan pertengkaran dan pulang ke rumah. Malangnya, ketika beliau menghampiri tempat kejadian, mangsa telah dicekik dan ditolak dengan kasar.

"Saya terdengar pertengkaran diantara suami saya, Muhammad Daniel Iqwan Chong (gambar) bersama salah seorang pihak pengurusan pangsapuri iaitu Norizam Tan. Saya cuba mendapatkan suami saya namun saya telah dicekik dan ditolak oleh samseng yang berada disitu"

"Tersentak dengan tindakan itu, suami saya meniupkan wisel dan menjerit memanggil penduduk pangsapuri tersebut untuk datang membantu kami. Tindakan suami saya menakutkan mereka dan mereka segera beredar apabila melihat beberapa penduduk lain mula turun mendapatkan kami", ujar beliau lagi.

Pertengkaran yang berlaku diantara suami beliau dengan Norizam Tan itu difahamkan akibat daripada rasa tidak puas hati Norizam Tan dengan tindakan Puan Siti Habibah yang telah melaporkan penyelewengan keatas projek yang diusahakan Norizam Tan di kawasan tanah yang sepatutnya dibina sebuah kelas tadika bersebelahan pasngsapuri mereka.


Muhammad Daniel Iqwan Chong

"Kita hanya mahukan penjelasan terhadap projek yang beliau jalankan. Pasar mini yang beliau hendak wujudkan mendatangkan banyak kebimbangan. Kedai yang bakal dibuka tersebut akan beroperasi selama 24 jam. Sudahlah kawasan pangsapuri tersebut sesak dan tidak punya parkir kenderaan yang mencukupi".

"Wujudnya pasar mini tersebut akan menambahkan lagi kesesakan di kawasan kami ini. Saluran longkang juga tidak sesuai. Kami bimbang bau busuk daripada sisa buangan daripada kedai tersebut akan menganggu kesihatan penduduk pangsapuri. Lagipun pembinaan pasar mini tersebut tidak ada dalam pelan pembangunan Majlis Bandaraya Johor Baru Tengah", tambah beliau lagi.

Selepas kejadian tersebut beliau segera bergegas ke Balai Polis Sentral untuk melaporkan tindakan kasar samseng tersebut. Beliau juga telah membuat pemeriksaan kesihatan kerana rasa sakit dibahagian leher, tangan kanan dan juga belakang akibat dicekik dan ditolak.

Insiden yang berlaku ini mendapat respon pantas daripada Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Nusajaya, Tuan Haji Dzulkefly Ahmad yang bergegas membantu Puan Siti Habibah dan suaminya di Balai Polis Sentral dan di Hospital Sultanah Aminah.

Menurut Tuan Haji Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Gelang Patah, beliau berasa kesal dengan kejadian yang menimpa Puan Siti Habibah dan suaminya ini.

"Ini bukan zaman jakun. Kita ada undang-undang. Dan penduduka yang membantah pembinaan pasar mini tersebut melakukan bantahan mengikut lunas undang-undang.Kita kesal dengan tindakan yang menimpa keluarga Puan Siti Habibah ini"

"Laporan polis telah dibuat dan kita mengahrapkan pihak polis membuat siasatan yang terperinci. Motif ugutan terhadap mangsa sangat jelas oleh jawatankuasa pengurusan pangsapuri itu. Kita mahu sesuatu dilakukan oleh pihak polis samada melakukan pemantauan di kawasnan pangsapuri tersebut bagi mengelakkan insiden yang sama berulang", tegas beliau.

Turut hadir membantu mangsa adalah Timbalan YDP PAS Gelang Patah, Ustaz Salahuddin Dahiran dan Ketua Pemuda PAS Gelang Patah iaitu Ustaz Zaifiddin Isa.

Berita berkaitan: Penduduk Dakwa Hak Mereka Dicabuli

Sumber: nusajayakini.com


 DAHSYATNYA! Puluhan Ribu Hadir ceramah Ustaz Fathul Bari.. gambar sebagai bukti!
Posted on Tuesday, January 01 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Anak Sungai Derhaka

30 Disember baru-baru ini satu ceramah umum oleh Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) yang tersohor iaitu Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya telah diadakan di Taman Mewah, Bandar Tun Razak.

Laporan dari berita antarabangsa tiewnama melaporkan puluhan ribu telah hadir, ini berikutan dengan promosi hebat yang dijalankan oleh petugas-petugas UMNO di kawasan tersebut.



Berikut adalah laporan dari tiewnama..

Kuala Lumpur, 31 Disember. Begitu menggemparkan Malaysia bilamana ulama muda umno yang mengadakan ceramah umum di bandar Tun Razak telah di hadiri hampir 30 ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum untuk hadir sambil mendengar alunan suara merdu Ulama Muda UMNO ini.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, kehadiran fathulbari yang juga di kenali sebagai ulama tersohor mengkawarijkan Yusuf Al Qaradawi telah di sambut dengan sambutan yang sangat luar biasa, ternyata Ulama Muda UMNO ini memiliki karisma yang unik sehingga mampu menarik hampir 30 ribu orang yang hadir.

Setelah kami berfikir sebentar mendengar komen saksi yang hadir itu, kami terfikir sesuatu. begitu ramai yang hadir jika beginilah keadaannya, pasti Pakatan Rakyat bakal tumbang di Bandar Tun Razak ~ Tiewnama
Saksikan puluhan ribu yang mendengar ceramah "Awas!! Gelombang Fitnah" oleh Fathul Bari..


Ulama Muda UMNO yang tersohor sedang memberikan ucapan


Kaki pukul yang bersedia menghadapi provokasi penyokong Pakatan Rakyat yang gelisah melihat sambutan ramai terhadap program ini.


Puluhan ribu sedang menyaksikan..

Puluhan ribu??? kah..kah..kah...

Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com


  TG Hj Hadi dah sambut, Rais Yatim bakal bersilat lagi?
Posted on Tuesday, January 01 @ 11:56:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Cenangau Daunkari

Kesimpulannya, aku menjangkakan akan ada 'skrip' lain dari Rais Yatim selepas ni untuk 'menggagalkan' forum hasil idea tu sama macam dia 'menggagalkan' idea dia sendiri untuk logo merdeka tahun ni.

Macam yang aku tulis dalam posting petang tadi "Berani ka Hj Hadi berdepan semua tokoh agama dan mufti-mufti?" aku ada sarankan:

Apa pun, sebelum setuju untuk hadir program forum yang Rais Yatim tengah rancang tu, TG Hj Hadi patut sangat-sangat bagi satu syarat kecil, membenarkan pihak lain untuk buat rakaman sama termasuk dari pihak PAS sendiri.

Kalau syarat kecil dan mudah macam tu pun Rais Yatim tak sanggup nak terima, maka terbuktilah sapa sebenarnya yang "bersedia untuk menerima pendapat orang lain." - Ibid.
Dan nampaknya TG Hj Hadi sependapat dengan aku kenakan syarat kecil supaya benarkan pihak PAS pun buat rakaman.


Sumber: Facebook

Nampak gayanya terpaksa pulak Rais Yatim 'bersilat' lagi esok. Pasainya aku yakin Rais takkan beraninya terima syarat walaupun sekecil tu.

Kalau dah pihak PAS pun buat rakaman, takdak peluang la untuk RTM edit forum tu sesuka hati. Kalau edit sesuka hati sebelum siarkan dii TV sampai tahap ubah makna dan suasana sebenar forum tu, tentu dengan mudah pihak PAS terangkan keadaan sebenar.

Kalau jadi forum tu, aku yakin akan ada tokoh agama atau mufti negeri yang terpaksa 'dimalukan', yang terpaksa cakap merapu untuk mempertahankan 'kesesatan' Amanat Haji Hadi tu.

Takdak masalah sangat kut untuk pihak PAS cetak bagi banyak dan sebarkan rakaman penuh forum tu kepada orang ramai. Tentu punya rakaman tu akan jadi panas macam goreng pisang.

Dan tentu bukti rakaman tu laku untuk jadi bukti kalau perlu naik mahkamah dalam proses saman malu..

Kesimpulannya, aku menjangkakan akan ada 'skrip' lain dari Rais Yatim selepas ni untuk 'menggagalkan' forum hasil idea tu sama macam dia 'menggagalkan' idea dia sendiri untuk logo merdeka tahun ni.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Sumber: Cenangau Daunkari



Pilih RTM,TV3: Hadi disyaki ada agenda
Wartawan Sinar Harian
1 Januari 2013
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
PUTRAJAYA - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengesyorkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, tindakan Presiden Pas itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

“Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, pada sidang akhbar Sabtu lalu, selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.

“Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun tak nampak apa salah Perdana Menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008,” kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Tiada ulasan: