Isnin, 28 Januari 2013

JAGA IMAN@AKIDAH DIRI KITA DAN JUGA ORANG LAIN...JANGAN KITA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN....PANGKAT SERTA KEKAYAAN SEMENTARA SAJA...AKHIRNYA KITA MATI JUA

Kenyataan Harusani dan Noh Gadut: Siapakah sebenarnya Yang Kafir?
Posted on Monday, January 28 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Tok Janggut

Masih tidak habis lagi cerita tentang Kalimah Allah. Kenyataan bekas Mufti Johor dan Mufti Perak bahawa sesiapa yang membenar dan meluluskan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu boleh menjadi Kafir. Kita tidak menafi dan menolak kenyataan itu kerana didalam bible ada menyatakan bahawa "Tuhan itu mempunyai anak" yang ditujukan kepada Jesus mereka...jika ditukar perkataan Tuhan itu kepada Allah maka ayatnya akan menjadi "Allah itu mempunyai anak" dan ini secara tidak langsung menghina Allah, tuhan milik semua umat Islam di dunia ini. Perbuatan ini mesti dihalang walau dengan apacara sekali pun kerana ini membabitkan persolan aqidah umat Islam.

Kita juga bersetuju dengan kenyatan kedua-dua tokoh itu bahawa mana-mana umat Islam yang setuju, melulus dan membenarkan kalimah Allah itu digunakan di dalam bible boleh membawa kepada kufur dan kafir.

Namun begitu, kepada siapakah kenyataan tersebut ditujukan sebenarnya? Bukankah yang layak dan berkuasa membenar dan meluluskan permintaan puak kristian untuk menggunakan kalimah Allah itu terletak ditangan kerajaan yang memerintah sahaja? Sudah berpuluh tahun kalimah Allah ini digunakan di dalam bible di Sabah dan Sarawak mengapa kedua tokoh ini dan pihak Jakim membiarkanya sahaja tanpa sebarang tindakan? Apakah dengan kelulusan dan kebenaran yang diberikan oleh kerajaan UMNO terhadap puak Kristian di Sabah dan Sarawak itu tidak boleh menjadi kafir? Atau kafir hanya terjadi di Semenanjung sahaja? Begitu juga kemasukan begitu banyak bible dari Indonesia yang mengandungi kalimah Allah yang diluluskan dan dibenarkan oleh Perdana Menteri dan kabinet yang juga terdiri dari kalangan Melayu Islam UMNO itu tidak menjadikan pemimpin UMNO itu kafir?

Apakah kafir akan hanya terjadi sekiranya penggunaan kalimah Allah dalam bible itu dipersetujui dan di sokong oleh pemimpin PAS dan pemimpin Melayu Islam dalam PKR sahaja wahai Harusani dan Noh Gadut? Apakah kedua tokoh ini lupa bahawa dengan kenyataan mereka itu secara tidak langsung membuatkan rakyat memahami bahawa Perdana Menteri dan Menteri-Menteri UMNO termasuk yang jaga agama di Jabatan Perdana Menteri dan orang yang menyokong dan mengundi UMNO itu juga turut menjadi kafir! Kalau begitu, apakah masih ada orang Melayu yang mengaku beragama Islam akan mengundi UMNO lagi dalam PRU13 ini nanti? Kalau mereka mengundi juga bermakna mereka juga setuju dengan penggunaan Kalimah Allah dalam bible itu dan secara automatik mereka jadi kafir juga. Bukankah begitu wahai Harusani dan Noh Gadut?
Kalau begitulah maksudnya maka apa yang dikatakan Amanat Haji Hadi itu juga adalah betul lah seratus peratus. Dalam Amanat itu juga menjelaskan batas-batas iman dan kufur termasuk memisahkan agama dan politik itu kufur. Jadi jika ada sesiapa yang menolak Amanat itu juga bermakna mereka menafikan bahawa memisahkan agama dan politik itu menjadi kufur. Sedangkan Dr Hamka dalam Tafsir Al Azharnya dengan jelas mengatakan bahawa mana-mana umat Islam yang mengatakan agama dan politik itu mesti dipisahkan boleh menjadi kufur.

Jadi bagaimana yang dikatakan satu kesalahan sekiranya dalam Amanat itu menyatakan bahawa orang yang memisahkan agama dan politik itu kufur? Bagaimana juga yang dikatakan dalam Amanat itu mengatakan UMNO itu kafir sedangkan jika merujuk kepada kenyataan Noh Gadut dan Harusani bahawa mana-mana umat Islam yang membenarkan dan meluluskan penggunaan kalimah Allah dalam bible itu kufur sedangkan ini telah dilakukan oleh pemimpin UMNO? Kedua-dua tokoh ini wajib menjelaskan apakah Perdana Menteri dan Menteri UMNO itu sudah jatuh kufur/ kafir atau belum kerana telah melulus dan membenarkan penggunakan Kalimah Allah dalam bible di Sabah dan Sarawak dan juga meluluskan kemasukan bible dari Indonesia yang ada kalimah Allah di dalamnya? Jangan cakap berbelit-belit. Jelaskan pada rakyat kerana dibimbangi akibat tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kedua-dua tokoh ini pula sebenarnya telah menjadi kufur.

Oleh itu diharapkan semua umat islam berhati-hatilah jika membaca atau mendengar apa-apa kenyataan dari pihak yang selama ini jelas menyokong dan mempertahankan UMNO kerana ucapan mereka tidak lain hanya untuk mencari publisiti dan untuk mengelirukan orang ramai. Mereka ini lupa bahawa didalam UMNO itu sendiri terdapat seribu satu macam kesesatan dan kekufuran yang berlaku. Tetapi oleh kerana mereka berkuasa maka semuanya dipandang sepi dan tidak dihiraukan apatah lagi puak-puak yang ingin bercakap tentang agama ini diberi gaji dan jawatan oleh UMNO, maka mereka jadi bisu terhadap apa yang berlaku dalam UMNO walaupun kesesatan dan kemungkaran serta kezaliman berlaku jelas di hadapan mata sehinggakan ada kalangan mereka menyalahkan hudud menyebabkan umat Islam berpecah sedangkan umat Islam berpecah kerana satu pihak mahukan syariat Allah dan satu puak lagi menentangnya, jika benar mereka beriman maka tiada alasan mereka menolaknya. Jika mereka menerima syariat Allah termasuk hudud maka tidak akan adalah lagi perpecahan malahan akan bersatulah umat Islam. Persoalanya, apakah yang menentang syariat Allah ini tidak termasuk juga menjadi kafir/kufur? Wallahualam. 


Isu kalimah Allah, Harussani sudah sampai tahap mengkafirkan mufti

 POLEMIK isu kalimah Allah sudah semakin hangat apabila Mufti Perak, Tan Sri Harussani sudah sampai ke tahap mengkafirkan umat Islam yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau adalah, membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, bermakna bersetuju dengan pihak berkenaan untuk menyekutukan Allah ~ Bernama



Nampaknya fatwa baru dikeluarkan oleh Mufti Perak ini jelas bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri Perlis sebelum ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bil 1/2008 bertarikh 14-15 jun 2008, memutuskan tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah, atau memanggil nama tuhan dengan nama Allah ~ Mufti Perlis



Sila baca ayat di bawah ini baik-baik.

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu:

"(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa" Surah Al Maidah ayat 106.

Dalam surah ini jelas Allah menyuruh orang berlainan agama (bukan Islam) bersumpah dengan nama Allah. Jadi bagaimana Mufti Perak boleh mengkafirkan pihak yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah?

Inilah akibatnya bila kalimah Allah dijadikan alat politik untuk meraih undi Melayu menjelang pilihanraya ke 13. Maka keluarlah fatwa-fatwa lucu sehingga sanggup mengkafirkan orang.

Sampai ke tahap mufti mengkafirkan mufti. Sampai ke tahap, mufti menolak ayat daripada kitab suci Al-Quran. Sampaikan mufti pula seolah-olah mengkafirkan Al-Quran yang menyuruh bukan Islam menggunakan  kalimah Allah.

Sebelum ini gua dah kata, dalam dunia ini isu kalimah Allah hanya kecoh di Malaysia sahaja. Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang kecoh tentang isu kalimah Allah baik negara Islam mahupun negara kafir.  Kenapa? Jawapannya mudah, kerana hanya di Malaysia ada Umno rujuk sini ~ Isu Kalimah Allah.

Sumber: ~ Bernama, Mufti Perlis





 MARI IKUT : Cara Orang tua sambut Hari Jadi
Posted on Monday, January 28 @ 12:11:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Sesuatu yang unik apabila seorang tua berusia 82 tahun membawa kek dari Kelantan untuk sambut hari jadi di rumah "rakan yang memahami perbezaan keduanya" di Pulau Mutiara.

Bahkan orang tua itu turut memotong kek itu di rumah rakannya.

Tentunya berbeza caranya berbanding Dr Mahathir sambut harijadinya ke 87 Julai lalu. Mahathir terbangkan Shah Rukh Khan ke Kuala Lumpur untuk sambut harijadinya.

Apa alamat "mantiq" cara TG Nik Aziz berkunjung ke rumah " musuh hududnya" dan sambut harijadi dan potong kek ?

Ini yang memeningkan Utusan,TV3, MCA dan UMNO.

Barangkali cara TG Nik Aziz tidaklah sehebat Salehudin Al Ayubi kirim doktor mengubati King Richard musuhnya dalam Perang Salib.

Dalam kemelut isu Kalimah Allah dan hudud , tentunya ziarah Mursyidul Am membawa 1001 erti dan makna kepada penyokong PAS dan DAP.

Hasilnya, dalam keadaan Karpal berada atas kerusi rodanya, beliau berkata dengan penuh makna, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya
.

Sebagai imbasan kembali, TG Nik Aziz pernah berkata, " Di dada Karpal ada bulan...."

UMNO dan UTUSAN terduduk kecewa. Diam membisu. Kelu dan kedu. Tidur tidak lena lagi. Kena cari isu lain pula untuk lagakan PAS dan DAP.
 

MARI IKUT : Cara Orang tua sambut Hari Jadi

  Kes C. Sugumaran Uji Kredibiliti PDRM
Posted on Monday, January 28 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Noor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membuat siasatan menyeluruh dibuat ke atas kematian C. Sugumaran. Kes ini telah menimbulkan polemik yang menggemparkan masyarakat ekoran terdapatnya dakwaan beliau dipukul semasa ditahan oleh pihak polis.

Terdapat dakwaan daripada saksi yang melihat kejadian tersebut yang mendakwa mangsa dibelasah hingga mati dalam keadaan tangannya bergari. Malah saksi juga melihat pihak polis memijak leher Sugumaran serta membiarkan beliau dipukul oleh orang ramai.


Sekiranya dakwaan tersebut benar, DPPM mempersoalkan apakah Standard Of Procedure (SOP) yang digunakan oleh pihak polis semasa menahan mangsa. Meskipun mangsa dikatakan mengamuk dan merosakkan harta benda awam, apakah itu suatu lesen untuk pihak polis membelasah atau membiarkan mangsa dibelasah sehingga mati?


Kes ini menjadi suatu perbincangan dan perhatian di kalangan masyarakat serta menimbulkan keresahan rakyat iaitu adakah polis bertindak ganas ke atas mangsa serta adakah polis telah bertindak betul terhadap tahanan mereka. Ia juga menjadi suatu ketakutan kepada masyarakat mengenai tahap keselamatan semasa dalam tahanan polis kerana sudah berlaku beberapa kali tahanan mati ketika ditahan atau di dalam lokap polis.


Justeru, DPPM mendesak polis bersikap telus dengan membawa bukti yang kukuh punca kematian Sugumaran. Jika benar beliau dibelasah oleh pihak polis atau pihak lain, kesemua mereka mesti didakwa atas kesalahan membunuh dan mereka mesti didakwa di mahkamah. DPPM mengingatkan PDRM supaya jangan melindungi mana-mana pihak termasuk pegawai mereka sekiranya mereka benar bersalah dalam kes ini kerana kesilapan tersebut akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi PDRM.


RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 


 Tempoh mengundi dua minggu meragukan, kata NGO
Posted on Monday, January 28 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Sekurang-kurangnya 24 hari diperlukan untuk pengundian di luar negara berbanding dua minggu yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata badan bukan kerajaan (NGO) Tindak Malaysia semalam.

Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) memberitahu Radio ABC Australia Rabu lalu terdapat dua minggu antara pengundian pada penamaan calon dan pengundian untuk kertas undi dihantar ke luar negara, pembuangan undi, dan pengiraan undi mengikut kawasan masing-masing pada hari pengundian.

“Dua minggu sememangnya tidak cukup,” kata PY Wong, wakil Tindak Malaysia kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kita perlu cabar SPR. Kita beri tempoh masa setiap operasi, ini penting untuk memastikan pengundi luar negara mendapat peluang untuk mengundi, bukan ada sandiwara bila diberikan undi pos dan tidak sampai tepat pada masanya,” katanya lagi.

Wan Ahmad memberitahu Radio ABC Australia masa mencukupi untuk kertas undi tiba di Kuala Lumpur seminggu selepas dihantar dari Australia, sebagai contoh.

“Kerana dalam masa seminggu, minggu terakhir, kita mempunyai masa untuk menghantar kertas undi itu ke kawasan-kawasan parlimen, dan pegawai akan mengira undi selepas pusat mengundi ditutup, itu cara biasa mengundi di Malaysia,” katanya lagi.

Tetapi Wong berkata lapan hari, bermula dari hari penamaan calon, memerlukan kertas undi itu dicetak, dihantar ke ibu pejabat SPR di Putrajaya, kemudian kepada pegawai di setiap kawasan, dan kembali ke SPR Putrajaya.

Sekurang-kurangnya 14 hari tambahan diperlukan oleh SPR Putrajaya untuk menghantar kertas mengundi di beberapa kedutaan dan memulangkan kembali ke SPR Putrajaya, sebelum menghantar ke pegawai di kawasan tersebut yang mengambil masa lagi dua hari.

Dibawah Wong memecahkan proses dalam hari-hari pengundian luar negara:

Hari pertama, penamaan calon: Mengenal calon dan kedudukan mereka dalam kertas undi melalui lukisan.

Hari ke-3: Pencetak kerajaan mencetak kertas undi

Hari ke-4: Hantar ke SPR Putrajaya

Hari ke-5: SPR Putrajaya akan hantar ke SPR negeri

Hari ke 6: SPR negeri akan menghantar ke pegawai di setiap kawasan, dan akan mengumumkan kepada calon.

Hari ke-7: Pegawai dan agen pengundi pos (PACAPOS) akan mengedar undi pos dan meletakkannya dalam sampul surat.

Hari ke-8: Pegawai di kawasan tersebut menghantar semula ke SPR Putrajaya.

Hari ke-9: SPR Putrajaya menghantar ke Wisma Putra.

Hari ke-12: Wisma Putra akan menghantar kertas undi ke kedutaan.

Hari ke-15: Kedutaan akan memberitahu pengundi-pengundi melalui pos dengan mengepos kertas tersebut kepada mereka.

Hari ke-18: Pengundi memulangkan undi kepada kedutaan masing-masing.

Hari ke-21: Kedutaan menghantar kertas undi ke Wisma Putra.

Hari ke-22: Wisma Putra akan menghantar ke SPR Putrajaya.

Hari ke-23: SPR Putrajaya akan menghantar kepada pegawai bertugas di kawasan.

Hari ke-24: Tiba di tempat pengiraan undi.


Wong juga berkata tiga hari diperlukan untuk hari cuti umum dan kemungkinan berlaku kelewatan, menjadikan jumlah keseluruhannya 27 hari.

“Kritikal bagi kawasan yang tidak mempunyai kedutaan atau pejabat konsulat, dan negara yang luas seperti Brazil, Amerika Syarikat, Australia, Rusia atau China,” katanya lagi.

“Nampaknya prosedur mereka untuk kertas undi diterbangkan kepada kedutaan dan mengumpul undi pos dan mengundi, hanya memberi notis 24 jam dan hanya mempunyai satu hari untuk mengundi, ini agak janggal,” kata aktivis tersebut.

Beliau berkata Tindak Malaysia “gembira sekiranya SPR membuktikan mereka salah”.

“Apa yang kami mahukan ialah ketelusan dan keyakinan bahawa SPR membuat kerja untuk memastikan kertas undi mereka dapat sampai tepat pada masanya,” kata Wong.

Wan Ahmad berkata dalam temubual tersebut SPR Putrajaya boleh menghantar kertas undi tersebut kepada pegawai bertugas seluruh negara dalam masa satu hari.

“Kita ada rancangan kita, dan kita ada program yang disusun dalam hal ini, ini tak jadi masalah,” katanya lagi.

Beliau berkata mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan tidak dibenarkan untuk mengundi pos kerana mereka hampir dengan Malaysia.

“Mereka yang di Singapura misalnya, mereka cuma seberang tambak dan boleh pulang, ke kawasan mereka akan mengundi. Begitu juga dengan mereka di Brunei, kebanyakannya dari Sabah atau Sarawak, begitu juga dengan Kalimantan, kebanyakannya dari Sarawak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pada Rabu lalu sehingga hari ini, SPR hanya menerima 125 pemohonan dari rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi secara pos dalam pilihan raya yang perlu diadakan selepas mandat kerajaan berakhir pada April.

Sumber: Malaysia Insider


  Panas! Punca Pahang Kalut Nak Jual Air Kepada Langat 2 Terbongkar! (+ Video )
Posted on Monday, January 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Kedah Kini



Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. Dengan penjualan air mentah itu Pahang akan mendapat hasil antara RM80 juta setahun bagi menampung projek bekalan air di Pahang yang agak kritikal.

RM30j atasi masalah air di Felda

Merujuk Berita Sinar Harian bertarikh 20hb. Oktober 2010, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan kerajaan akan menaik taraf dan menggantikan paip lama di Felda-Felda sekitar Bera.

Masalah bekalan air paip yang dihadapi warga Felda sejak 20 tahun lalu di beberapa tanah rancangan di Felda Gugusan Bera akan berakhir tidak lama lagi apabila kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menangani masalah itu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu adalah untuk menaik taraf dan menggantikan paip lama dan uzur yang sering bocor yang sering dihadapi 30,000 peneroka di kawasan terbabit.

Menurutnya, bagi fasa pertama ini, keutamaan akan diberikan kepada Felda Purun, Mayam dan Kumai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan tinggi yang sukar mendapat bekalan air bersih.

“Peruntukan itu termasuk menggantikan batang paip lama dan meningkatkan keupayaan loji bekalan air serta memasang penggalak (booster) di kawasan tekanan air rendah. Dimaklumkan tiada peruntukan diluluskan sehingga kini Oleh JBA Pahang dan juga dari kerajaan negeri



Bekalan air sering terputus di Felda Gugusan Bera

SEJAK lebih 34 tahun lalu, kehidupan kami di Felda Gugusan Bera sering terjejas berikutan masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan.

Keadaan semakin bertambah kritikal apabila hampir seluruh kawasan Felda Kumai, Mayam, Purun dan Mendi tidak mendapat bekalan air sejak sebulan lalu.

Masalah ini telah dikemukakan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) tetapi tiada tindakan diambil melainkan pihak berkenaan menghantar lori tangki untuk dibekalkan kepada penduduk.

Penduduk yang tinggal di kawasan yang lebih tinggi paling teruk menghadapi masalah ini berikutan tekanan air yang rendah. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah, mereka agak bernasib baik kerana masih mampu menyimpan bekalan walaupun air paip yang diterima di rumah agak perlahan alirannya.

Masalah bekalan air ini menyebabkan banyak urusan harian seperti membasuh pakaian dan memasak terjejas. Lebih teruk lagi jika ada penduduk mahu mengadakan kenduri kahwin atau berlaku kematian.

Kami menyedari JBA dan Felda telah mengeluarkan peruntukan yang besar untuk menangani masalah gangguan bekalan air tetapi masalah tersebut masih berterusan.

Difahamkan Felda pernah menaik taraf sistem paip air dengan menggantikan yang baru di beberapa kawasan di Gugusan Felda Bera. Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang dialami penduduk dan peneroka.

Setiap hari ada sahaja rungutan penduduk mengenai bekalan air sehingga ada di antara mereka hilang kepercayaan kepada JBA dan Felda. Malah, sebahagian mereka menganggap JBA dan Felda gagal menjalankan tugas dalam memulihkan bekalan air di gugusan tanah rancangan itu.

Ketika media Umno saban hari menyerang kononnya kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pandai menguruskan bekalan air, media yang agak bebas melaporkan masalah bekalan air sedang melanda negeri BN.

Hampir setiap tahun, penduduk negeri Perdana Menteri iaitu Pahang menghadapi masalah air. Nak dikatakan air tidak cukup, Kerajaan BN lah saban hari berkempen agar projek Langat 2 dilaksanakan kerajaan negeri Selangor untuk hadapi krisis air.

Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. Namun rupa-rupanya, penduduk Pahanglah saban hari menghadapi masalah air.

Menurut laporan Sinar Harian, penduduk Jengka 7 menghadapi masalah bekalan air hampir setiap tahun khasnya di hari raya Aidil Fitri. Pada hari itulah mereka terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman, membersihkan pakaian bahkan membersihkan pinggang mangkuk yang bertimbun-timbun di hari raya.

"Jika begitu, yang tidak pandai mengurus air sebenarnya kerajaan BN. Air banyak tetapi tidak sampai kepada pengguna...inilah kelemahan mengurus yang nyata," kata salah seorang mangsa ketiadaan air ini.

(Muhyidin wajar membantu Najib menyelesaikan masalah air di Pahang dahulu sebelum membuat kenyataan sebegini supaya orang tidak ketawa.) Media Umno selalu sahaja memaparkan kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Kedah tidak pandai menguruskan air di negeri masing-masing.

Padahal apa yang dibangkitkan tidak ada pun bahkan sekadar reka-rekaan semata-mata dan bukan isu.Di Selangor misalnya, kerajaan negeri mendakwa amaran Syabas untuk mencatu air di negeri itu hanya retorik politik untuk menekan kerajaan negeri dan menggusarkan rakyat Selangor.

Padahal air di empangan penuh bahkan melimpah apabila hujan turun. Semuanya bertujuan mahu menekan kerajaan negeri agar meluluskan projek Langat 2. Bagi kerajaan negeri Selangor, mereka keberatan untuk meluluskan projek ini kerana kosnya terlalu tinggi dan tidak wajar.

"Hari ni eksklusif keluar di Sinar Harian Pahang. Mana PM?... Kelantan dan Selangor dikatakan tidak pandai mengurus air. Tapi di Pahang lebih teruk rupanya.. Hampir 40 tahun masalah berlaku... kasihan mereka yg teraniaya," tulis beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian itu.

Lebih memalukan JBA Pahang baru dikorporatkan awal tahun 2012. sekarang dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), tapi servis makin HANCUR dan cukup mengecewakan.

Sumber: pkrl.blogspot.com



SYABAS Guna Dana Awam Untuk Kepentingan Sendiri
Posted on Monday, January 28 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM 26 JAN : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

“Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

“Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.

Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

“Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.

Sumber: selangorku.com


  YB Malik Kassim "bakar" bontot Perkasa
Posted on Monday, January 28 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim

Kerajaan Negeri dengan tegasnya menolak gesaan Presiden Perkasa Ibrahim Ali bagi membakar Bible versi Bahasa Melayu. Ini langsung tidak mencerminkan Agama Islam yang sebenarnya.

Islam mengajar umatnya agar bersifat Penyayang (Love), Toleransi (Tolerance) dan Hormat (Respect) dengan manusia tidak mengira fahaman Agama.

Ini telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sepertimana yang terdapat dalam sirah Nabi. Saya ingin mengajak semua pihak Umat Islam khasnya meneladani Qudwatul Ar-Rasul keunggulan keperibadian Rasulullah SAW.

Terdapat berbagai kisah membuktikan yang Islam mengajar umatnya bersifat penyayang, toleransi dan hormat-menghormati sesama manusia sejagat. Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada manusia sebagai contoh ikutan dan rahmat kepada alam semesta.

Gesaan Presiden Perkasa ini dan usaha mengadakan satu acara membakar Bible sangatlah merbahaya dan menjatuhkan imej Agama Islam serta Umat Islam. Saya sebagai seorang yang beragama Islam merasa malu dan marah terhadap Perkasa dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini yang saya anggap menghina Islam dengan gesaan dan usaha itu.

Saya ingin menyeru umat Islam Pulau Pinang khasnya melalui NGO-NGO dan juga Persatuan agar menentang usaha ini dan membuat kenyataan membantah usaha jahat ini. Usaha ini bukan sahaja memalukan umat Islam dan menghina Islam tetapi juga bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat dan mengugat keharmonian Pulau Pinang yang aman selama ini terutama 5 tahun kebelakangan ini.

YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama



Ulamak Turki dan Mesir Turut Keluarkan Amanat Sama Seperti Amanat Haji Hadi
Posted on Monday, January 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Buletin Online

KUALA NERUS - Amanat yang memberi amaran tentang bahaya sekularisma kepada aqidah umat Islam bukan sahaja telah dikeluarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, malah amanat yang serupa pernah dikeluarkan oleh ulamak negara Turki dan Mesir.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Azhar Yaakob berkata, Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri dan Ulamak terkenal Sheikh Abdul Kadir Audah dari Mesir turut berkata, umat Islam akan menjadi 'sesat' sekiranya menganut fahaman 'politik suku dan agama suku'.

"Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri berkata mana-mana dikalangan umat Islam yang menganut faham sekularisma, faham agama suku dan poltik suku, yang redha dengan faham penjajah sekularisma menjadi sistem hidup mereka, ia adalah jalan pintas kepada seseorang untuk 'murtad' dari agama Islam,

"ulamak Mesir Sheikh Abdul Kadir Audah mengeluarkan amanat memberikan amaran sekiranya ada dikelangan umat Islam yang redha dengan pemerintahan dan undang-undang sekular, agama uku politik suku, demi sesungguh seseorang itu meniti jalan 'riddah dalam hidupnya, murtad dri agama Islam,"tegas Ustaz Azhar.

Beliau bekata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di atas mimbar Masjid at-Taqwa Batu Enam dekat sini, hari ini 25 Januari.

Oleh itu, kata beliau adakah boleh kita berkata amanat dan pandangan kedua-dua ulamak itu adalah menyebabkan umat Islamberpecah belah sebagaimana tuduhan yang dilontarkan kepada Ustaz Abdul Hadi Awang.

Beliau menegaskan umat Islam di Malaysia sepatutnya bersyukur dengan adanya amanat Haji Hadi dapat menyedarkan orang Melayu beragama Islam
'sesat' dari agama Islam.

"di Malaysia seharusnya kita semua bersyukur kepada Allah kerana tampil apa yang dikatakan sebagai amanat Haji Hadi yang bukan untuk memecahbelahkan masyarakat tetapi untuk menjadi penyelamat menyedarkan umat islam tentang bahaya mereka berkiblatkan kepada Barat,

"menyedarkan masyarakat supaya mereka jangan mengambil ideologi sekular 'agama suku politik suku', menyedarkan masyarakat supaya mereka kembali kepada Islam yang syumul, yang lengkap dan sempurna,"jelasnya.

Justeru katanya, tidak timbul soal untuk menarik balik amanat tersebut bahkan amanat haji Hadi itu adalah relevan sejak ia dikeluarkan pada tahun 1980an sehingga hari kiamat.

Sumber: buletinonline.net


  Sekeluarga jadi doktor
Posted on Monday, January 28 @ 08:04:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Tiga puluh tahun lepas  penulis ada mempertikaikan pendapat salah seorang Dr perubatan yang berkata Doktor boleh menyelamatkan nyawa manusia.Penulis tidak berasa sedih apabila sebuah Iklan TV mengatakan hospital menyelamat nyawa manusia.

Mengapa? Kerana iklan itu hak kerajaan satu Malaysia yang mempromosikan sekolah dan hospital kerajaan kepada rakyat jelata. Lebih lebih lagi ada mufti yang boleh beri nasihat kepada pihak kerajaan yang buat kesilapan besar mengandaikan hospital boleh menyelamatkan nyawa manusia.


Mufti yang ada hari ini mungkin tak berani beri nasihat, sebaliknya begitu bersemangat beri nasihat pasal penggunaan kalimah Allah yang pada penulis berani tidak bertempat.

Penulis sangat sangat sedih apabila baca kata kata Prof. Dr Muhaya Mohammad dalam rencana Metro Ahad (13 Januari 2013).
Mengapa? Kerana beliau bukan main hebat bercakap mengenai Islam. Bukan setakat itu saja, malah beliau ketika bercakap macam seorang ahli tasawuf.
Akan tetapi sayang seribu kali sayang. Mungkin beliau tidak sedar cakap cakap bahawa doktor boleh menyelamatkan nyawa orang tidak salah.
Pada penulis doktor boleh menyelamatkan nyawa orang suatu kesilapan besar dan perlu segera bertaubat, kerana Allah saja yang boleh menyelamatkan nyawa manusia.
Mengapa mesti bercakap begitu? Kalau ada fakta tiada seorang penyakit yang mati ketika masuk hospital dan ketika mendapat rawatan barang kali lojik juga pada akal.
Hari ini berapa peratus yang mati apabila dimasukkan ke hospital dan sempat dirawat oleh doktor. Bahkan silap bedah pembunuh no. 2 di Malaysia ini.
Penulis bukan orang alim tetapi dalam islam bercakap bukan boleh buat main main. Rasa nak cakap, cakap. Sedangkan cakap cakap kita boleh membuat seseorang itu jadi kafir dek salah cakap.
Penulis tidak tahu mengapa Prof. Dr Muhaya Mohammad, sedangkan dalam banyak ceramah termasuk dalam ruangan tanyalah ustazah bukan main hebat membincangkan pasal keislaman seseorang, termasuk menyentuh mengenai tasawuf. 

Tiada ulasan: