Ahad, 6 Januari 2013

KATA2...SEBUTAN YANG BERTALU2@YANG KERAP...ITU JUGA SATU DOA

PAS ucap takziah atas kematian Qazi Husein

Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Para pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar).

Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.

Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.

Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham.

Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.

Ketika itu beliau memohon maaf kerana tidak dapat menyertai muktamar PAS di Kota Bharu dan berjanji untuk datang ke Malaysia.

"Namun hasrat beliau tidak sampai," kata Kamarudin kepada Harakahdaily yang mengenal Qazi sejak beliau aktif di dalam Abim lagi.

Qazi dilahirkan pada tahun 1938 iaitu kira-kira 75 tahun lalu.

Penglibatannya dengan gerakan Islam bermula dibangku sekolah lagi apabila beliau menyertai Islami Jamiat-e-Talaba, Pakistan.
Allahyarham menjadi ahli Jamaat-e-Islami pada tahun 970 dan terpilih sebagai kekitangan pejabat Presiden di cawangan  Peshawar.

Beliau kemudian menjadi Setiausaha Jamaat-e-Islami dan kemudian Amir Khyber-Pakhtunkhwa province.

Kemudian menjadi Setiausaha dan seterusnya Amir pada tahun 1987.

Allahyarham yang mempunyai Ijazah dalam bidang Geografi ini dipilih semula sebanyak empat kali sebagai Amir sehinggalah menolak untuk memegangnya lagi pada tahun 2008.

Selamat tahun baru, dekatnya mati

Subky Latif, 06 Jan 2013
SELAMAT Tahun Baru untuk semua, khususnya kepada pembaca, moga-moga sekalian kita mendapat limpahan rahmatNya.

Setiap datang tahun baru – baik mengikut taqwim hijrah mahupun masihi, maka bertambah dekat kita pada yang ditunggu  dan yang  dituju.

Umpamanya, PRU13. Ketika menyambut tahun baru 2012 dulu ia dirasakan sudah dekat, kira-kira  dalam setahun dua bulan lebih sikit saja lagi. Tetapi dengan datangnya tahun baru kali ini, ia sudah bertambah dekat. Tidak sampai seratus hari saja lagi.

Bagi sebahagian dari menteri dan wakil rakyat, masa berkhidmat dan menikmati rahmat  kedudukan itu, jika tidak mati, sudah tidak  sampai 100 hari saja lagi. Bagi yang bernasib baik terpillih lagi menjadi calon, ada lagi harapan untuk menjadi wakil rakyat, dan yang bernasib baik akan menang. Entah siapa, sebahagiannya tadi sudah tinggal kurang dari 100 hari.

Maka ucap selamat tahun baru bagi mereka ialah selamat bersara.

Jika menjadi Yang Berhormat itu satu kebahagiaan, maka kedatangan tahun baru itu bagi setengahnya memendekkan lagi tempoh kebahagiaan itu.

Bagi manusia sebagai makhluk bernyawa, kedatangan tahun baru telah menambah tempoh usia yang sudah pergi. Kalau anda berusia 50  tahun sekarang, maka 50 tahun dari usia itu sudah habis. Yang tinggal  sekarang adalah bagi hidup itu.

Baki hidup anda sudah bertambah pendek. Kalau itu 100 tahun, maka baki usia anda  tinggal 50 tahun saja lagi.  Ini bererti kedatangan tahun baru akan memendekkan lagi baki usia anda.

Bagi berpuluh ribu yang menghadiri Dataran Merdeka menyambut tahun baru 2013 bersama Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menteri Rais Yatim, tidak salah jika dikatakan bahawa mereka menyambut waktu mati masing-masing yang bertambah dekat.

Seskaliannya tidak tahu panjang mana umur masing-masing. Tidak  tahu berapa lama lagi baki usia itu. Jika anda akan mati pada usia 40 tahun. Pada tahun ini usia  anda sudah 35 tahun, maka dengan kedatangan tahun baru itu hidup anda tinggal lima tahun  saja lagi.

Pada detik tibanya tahun baru beberapa hari lalu, anda telah bergembira menyambutnya. Gembira yang bersungguh-sungguh. Adakah anda bergembira kerana usia anda sudah bertambah pendek? Atau bergembirakah anda kerana anda sudah dekat dengan mati?

Malaikat sendiri pucat lesi apabila bertemu dengan Malaikat Maut. Sebabnya, mereka pun takut!

Anda  tidak tahu ada boleh hidup 10 tahun lagi atau 20 tahun lagi. Ada juga mungkin mati esok atau lusa. Kedatangan tahun baru itu telah mengurangkan baki hidup anda dan waktu mati anda sudah dekat.

Oleh kerana berbilion manusia di seluruh dunia yang menyambut kedatangan tahun baru itu tidak terfikir ia telah memendekkan setahun lagi usianya   dan tidak teringat matinya kian dekat, maka sekaliannya bergembira seolah-olah semuanya tidak akan mati-mati.

Jika anda ibaratkan tahun baru itu seperti menunggu PRU13 yang kurang dari 100 hari lagi, sedang anda tahu anda tidak terpilih lagi menjadi calon atau anda tahu akan kalah  sekalipun menjadi  calon, maka  tentu anda  runsing juga. Bukan manusialah  anda kira  tidak runsing dan  tidak  tahu runsing.

Detik tahun baru itu sebenarnya dunia telah banyak meninggalkan kita, akhirat pula kian dekat. Dunia akan meninggalkan kita, akhirat akan datang kepada kita.

Kedatangan  tahun baru itu juga mendekatkan kita kepada kiamat. Ramalan kiamat pada 21 Disember lalu tidak jadi. Dengan tahun baru itu ia bertambah dekat. Cuma kita tidak tahu bila?

PAS ucap takziah atas kematian Qazi Husein

Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Para pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar).

Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.

Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.

Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham.

Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.

Ketika itu beliau memohon maaf kerana tidak dapat menyertai muktamar PAS di Kota Bharu dan berjanji untuk datang ke Malaysia.

"Namun hasrat beliau tidak sampai," kata Kamarudin kepada Harakahdaily yang mengenal Qazi sejak beliau aktif di dalam Abim lagi.

Qazi dilahirkan pada tahun 1938 iaitu kira-kira 75 tahun lalu.

Penglibatannya dengan gerakan Islam bermula dibangku sekolah lagi apabila beliau menyertai Islami Jamiat-e-Talaba, Pakistan.
Allahyarham menjadi ahli Jamaat-e-Islami pada tahun 970 dan terpilih sebagai kekitangan pejabat Presiden di cawangan  Peshawar.

Beliau kemudian menjadi Setiausaha Jamaat-e-Islami dan kemudian Amir Khyber-Pakhtunkhwa province.

Kemudian menjadi Setiausaha dan seterusnya Amir pada tahun 1987.

Allahyarham yang mempunyai Ijazah dalam bidang Geografi ini dipilih semula sebanyak empat kali sebagai Amir sehinggalah menolak untuk memegangnya lagi pada tahun 2008.

Kampung Banjir yang sentiasa dilanda banjir

Insan Prihatin,
Assalamualaikum W.B.T,

Kepada pihak editor Harakah,

Saya insan prihatin dari Kuala Kangsar, Perak dan juga mewakili penduduk Kampung Banjir ingin meyuarakan ketidakpuasan hati kami.

Untuk pengetahuan pihak tuan kampung kami bernama Kampung Banjir kerana kerap banjir yang berlaku di kampung kami.



Dah terlalu lama kami menahan perit di mana setiap kali hujan kampung kami akan dinaiki air malah turut memasuki rumah penghuni kampung.

Prosedur biasa lepas banjir puak puak Umno akan datang untuk ambil nama dan bagi bantuan RM200.

Untuk pengetahuan pihak tuan RM200 tak cukup pun, barang yang rosak mencecah RM1000.



Bila saya renung kembali kenapa boleh terjadi macam ini, sebabnya sistem perparitan kg kami sangat tidak dijaga (disertakan gambar utk pihak tuan sebagai bukti).

Terdapat lapan kawasan di mana airnya mengalir masuk melalui sistem perparitan kami antaranya Taman Kuala Kangsar, Perindustrian Perak Tex, Taman Anggerik, Stesen keretapi Kuala Kangsar dan beberapa tempat lain.

Kami dah buat aduan malah puak puak Umno ini dah cakap dah submit kepada pihak bertanggungjawab untuk pembersihan tapi dah lima bulan tak da tindakan.

Maka saya mengambil langkah ini agar kampung kami diberi perhatian yang serius.

Di sini juga saya sertakan beberapa nama penduduk kampung yang boleh dirujuk oleh pihak tuan:


Encik Yusuf - 05 7769804
Encik Rizalwan - 0175768604
Encik Nazrin -017 5296086

alamat penuh JALAN RAJA PEREMPUAN TAAYAH,33000,KAMPUNG BANJIR,KUALA KANGSAR, PERAK.

Beberapa keping gambar bukti banjir dan parit di kampung kami yang tidak diselenggara.


MOHON JASA BAIK PIHAK EDITOR MEMBANTU KAMI..

sekian terima kasih,

Insan Prihatin

Hapus mula kempen kutip tandatangan

Mohd Sabri Said, 06 Jan 2013


(Aktivis Hapus berkempen bantah tol Pulau Pinang dengan berkhemah)


SEBERANG JAYA: Ngo Hapuskan Tol Pertama Jambatan Pulau Pinang (Hapus) berjaya mendapatkan 2000 tandatangan orang ramai untuk membantah tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) melanjutkan tempoh konsesi kutipan tol dari tahun 2018 kepada 2038.

Selain mendapatkan kutipan tandatangan pihak Hapus juga berkhemah sebagai tanda protes terhadap langkah kerajaan yang menindas rakyat sedangkan kutipan telah pun melepasi keuntungan.

Sebelum itu Hapus diberikan peluang untuk berucap di pentas utama bersama beberapa orang kepimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kepimpinan parti yang bergabung dengan Pakatan Rakyat.

Wakil Hapus, Ustaz Rizal sempat menceritakan betapa pentingnya penentangan terhadap usaha yang memudaratkan rakyat.

"Hapus tetap berjuang sampai dapat apa yang rakyat hajatkan.  Sudah sampai masanya tol jambatan dihapuskan sebab ianya menyusahkan semua pihak, " ujarnya ketika menyampaikan ucapan di slot NGO sempena Perhimpunan Impian Rakyat yqng diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Bukan sahaja kutipan tandatangan dan berkhemah, Hapus juga menjual baju dan topi di mana hasil dana itu akan digunakan untuk kegiatan pada masa depan.

Sementara itu, Pengerusi Hapus, Zolkiply Md Lazim (gambar kiri) menambah, kegiatan Hapus akan diperluaskan untuk memahamkan masyarakat bahawa tol jambatan seharusnya dibatalkan sekarang sebagaimana yang berjaya dilaksanakan terhadap Jambatan Yahya Petra di Kelantan serta Jambatan Kuala Terengganu.

"Selepas ini kita akan menafaatkan masa yang ada untuk menerangkan kepada rakyat keseluruhannya supaya sama-sama membantu agar Kerajaan BN tidak berlaku zalim. Tapi kalau Pakatan Rakyat memerintah saya yakin ia akan dihapuskan," ujarnya.

Permohonan Papagomo pinda pembelaan ditolak

Aslani M, 06 Jan 2013

KOTA BHARU: Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.

Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.

Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.

“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.

Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.

Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.

Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.

Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.

Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk “Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll” yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com.

Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk “Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!”

Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya.

Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.

Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.

Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.

Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.

Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.

Pemergian Qazi Husein kehilangan besar buat ummah

Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan pemergian pemimpin utama Jamiat Islami Pakistan, Sheikh Qazi Husein Ahmad sebagai kehilangan permata buat ummah dan warga dunia keseluruhannya.

Menurutnya, Qazi Husein sangat berjasa kepada perjuangan Islam di Pakistan dan rantau Asia Tengah.

"Secara peribadi, saya berkesempatan bersama Almarhum sekitar 30 tahun dalam pelbagai program dan dialog keamanan antarabangsa.

"Beliau mewarisi perjuangan yang dimulakan oleh Maulana Abul A'la Al Maududi yang berjaya menghidupkan ummah pasca penjajahan bukan sekadar di Pakistan malah berkembang di rantau tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung. Beliau adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS.

Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.

"Bagi pihak PAS, kami berkongsi kesedihan dengan rakyat Pakistan. Semoga semua ahli keluarga dan rakan taulan diberi kesabaran diatas pemergian beliau," ujar Ustaz Hadi.

Akhbar Umno kutip apa sahaja di atas jalan

M Faqih, 06 Jan 2013



KOTA BHARU: Pemindahan pemilikan saham syarikat Upayapadu membabitkan dua pemimpin DAP Perak tahun lepas telah dimaklum kepada lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Lembaga Pengarah Yik turut dianggotai Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan. Ia dipengerusikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala anggota-anggota lain iaitu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Anggota lain Mufti, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan pengarah Yik.

Mohd Amar berkata, ahli Lembaga Pengarah Yik dianggotai mereka yang bukan calang-calang orang kerana mempunyai kewibawaan dalam bidang masing-masing.

“Apa yang berlaku membabitkan syarikat itu hanya pertukaran milik saham. Urusniaga dijalankan secara sah. Kalau ada pihak yang masih ragu, SPRM boleh datang menyiasat.

“Kita tidak takut atau sembunyi apa-apa kerana semua proses berlaku mengikut peraturan ditetapkan,” katanya pada ceramah isu Gadai Tanah: Menjawab Fitnah Umno di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Dewan konvesnyen KTC penuh dengan orang ramai sehingga ramai yang terpaksa berdiri di bahagian belakang. Sebelum itu di dewan tersebut ditayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Tentera merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Pada Disember lalu akbbar milik Umno mendakwa tanah Yik yang dibangunkan dengan projek ladang hutan diberi kepada pemimpin DAP Perak sebagai habuan kerana menyerah kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Mohd Amar berkata, pertukaran saham itu berlaku tahun lepas, sedangkan Perak dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Sekarang kerajaan Pakatan sudah tidak ada lagi di Perak. Tak masuk akal langsung tahun lepas baru hendak baru habuan kepada DAP.

“Inilah perangai suratkhabar Umno mengutip apa sahaja yang ada di atas jalan. Tak kiralah ianya betul atau salah semuanya hendak dimuat bagi menjaga pemiliknya Umno,” katanya.

Beliau juga berkata, Umno menjadi semakin gelabah kerana banyak laporan daripada agensi-agensi kerajaan, kedudukan BN dan Pakatan sekarang 50-50.

Kos mengurus RM6.5 juta sebulan

Beliau juga berkata, kerajaan negeri membenarkan Yik membangun tanah bagi menampung kos mengurus sekolah-sekolah agama sekarang meningkat kepada RM6.5 juta setiap bulan.

Katanya, Yik mengadakan usahasama dengan syarikat swasta dengan membangunkan ladang bagi mendapat pulangan hasil untuk menampung perbelanjaan mengurus.

“Kita buka kepada mana-mana syarikat yang berminat dan ada modal. Kita buka peluang kepada sesiapa sahaja termasuk syarikat milik orang Umno, MCA atau MIC.

“Namun tidak ada syarikat milik orang Melayu yang berminat. Syarikat Teras Jati masuk namun tidak mengusahakannya. Kemudian diberi pula kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd," ujarnya.

Syarikat terbabit yang dipengerusikan Datuk Seri Wong Yeon Chai diberi surat tawaran oleh Yik pada 28 Ogos 2005.  Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dengan perjanjian selama 50 tahun dan bukannya diberi hak milik.

Ia mampu menjana pendapatan Yik melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun bagi getah klon.

Penjawat awam diseru tadbir nafsu lebih dahulu

Rizal Tahir, 06 Jan 2013
KOTA BHARU: Para petugas dan penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya mentadbir nafsu mereka terlebih dahulu kerana ia adalah yang paling utama sebelum mentadbir negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan demikian sewaktu menyampaikan amanatnya di Majlis Himpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darul Naim, di sini pagi tadi.

“Tadbir nafsu sendiri dari melakukan perkara-perkara yang tidak betul amat penting sebelum mentadbir negeri.

“Apabila kita mampu mentadbir nafsu sendiri maka senanglah kita untuk mentadbir negeri ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sepanjang tahun iaitu dari bulan Muharam hingga bulan Zulhijah perlulah dianggap dan disambut sebagai tahun baru.

“Kita perlu ada semangat hijrah sepanjang tahun, iaitu tinggal barang-barang karut dan ambil barang yang berguna, “ katanya.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata, tiga dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri iaitu ubudiyah, itiqan dan masuliyah (Umi), yang diterap kepada kakitangan awam negeri ini ternyata berkesan menghasilkan kualiti kerja yang baik.

Ini terbukti dengan kejayaan dan anugerah yang dicapai oleh jabatan dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tahun 2011 dan 2012.

“Konsep Umi yang telah diterapkan di dalam jiwa penjawat awam di negeri ini telah banyak member kesan penghasilan kerja (output),” ujarnya.

Beliau berkata, pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan, telah menerima pengitirafan empat bintang pada 2011 di dalam Perlaksanaan Penilaian Star Rating Pejabat SUK/Mampu, berbanding pada tahun 2009, iaitu tiga bintang.

“Bagi tahun 2013, pihak SUk Kelantan mensasarkan mencapai pengiKtirafan kepada lima bintang pula,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, Pejabat SUK Kelantan juga memperolehi pencapaian 100 peratus penyelesaian aduan awam bagi tahun 2010 dan 2011 dan telah mendapat pengiKtirafan daripada Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.

“Penggunaan tahun hijrah dan tulisan jawi dalam diari rasmi kerajaan negeri telah mendapat pujian secara lisan oleh beberapa orang pegawai kanan di Putrajaya,” ujarnya lagi.

Dalam majlis berkenaan, jabatan-jabatan kerajaan negeri yang mencapai kejayaan dan mengharumkan kerajaan negeri diberi sijil perhargaan di atas kecemerlangan mereka.

Tiada ulasan: