Isnin, 14 Januari 2013

RAKYAT YANG BERAKAL@BIJAK SERTA MENDAPAT PERTUNJUK ALLAH TAHU YANG MANA BENAR DAN YANG MANA PENIPU JUGA KAKI SONGLAP SERTA KAKI KUMPUL HARTA..BERMEWAH2 DAN ENJOY KERANA MENDAPAT MACAM2 KEMUDAHAN

20 belia Pulau Gaya sertai PAS

Mohd Firdaus, 13 Jan 2013



KOTA KINABALU: Seramai 20 belia di Pulau Gaya dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis anjuran PAS Kawasan Putatan, petang tadi.

Borang-borang itu diserahkan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu yang turut hadir dalam majlis itu. (Gambar atas)

Lahirul dalam ucapannya menyentuh berkenaan permasalahan utama yang membelenggu kehidupan rakyat serta beberapa isu berkaitan kebangkitan rakyat yang semakin ketara akibat kezaliman dan penindasan yang dilakukan pemerintah Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk bersama parti pembangkang kerana parti itu telah membuktikan keupayaan mengurus beberapa buah negeri sejak 2008 termasuk Perak yang dirampas oleh Barisan Nasional.

“Kita sudah menjadi kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga di Perak sebelum dirampas semula oleh Barisan Nasional.

“Pencapaian di negeri ini cukup membanggakan apatah lagi dengan laporan audit yang memperlihatkan keupayaan dinegeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan pendapatan negeri yang tertinggi,” kata Lahirul.

Beliau menambah, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang bagi memastikan kestabilan dan hak rakyat terjamin bersama Pakatan Rakyat.

Terkini! Ustaz Azhar bertemu Dr Maza, apa dibincangkan

http://kerabubersuara.blogspot.com, 13 Jan 2013

Terkini! Ustaz Azhar Idrus Bertemu Dr MAZA Petang Tadi. Apa Yang Dibincangkan?

January 13, 2013

http://bm.harakahdaily.net/cache/226599_522793387753940_772501706_nsphotos-gakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg

Jkkk Fan Club

DrMAZA.com
Minum petang di sebuah restaurant di Jln TAR KL bersama Ustaz Azhar Idrus.

# kemah keming
jangan lupa warga lembah kelang kuliyah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di padang au2

Syabas Mohamad Sabu

Aspan Alias, 13 Jan 2013
Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar stadium bersejarah itu. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.
Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa.

Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai Unit Amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang diketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina Unit Amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.

Dalam ceramah-ceramah saya di seluruh negara saya melihat Unit Amal PAS ini merupakan unit yang telah membantu parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan begitu baik dan tersusun semua program yang parti itu laksanakan. Malahan parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang lain (DAP dan PKR) mendapat bantuan yang begitu baik dari Unit Amal PAS ini. PAS mempunyai pasarana parti yang begitu baik sekali dan tidak ada parti-parti politik lain yang mempunyai satu unit yang khusus untuk menjaga keselamatan serta lalu lintas dalam sebarang perhimpunan, sama ada besar atau kecil.

Timbalan Presiden PAS itu telah memberi jawapan yang sinis kepada tuduhan UMNO yang mengatakan peserta-peserta perhimpunan itu telah dibayar oleh PAS sebanyak RM150 seorang. Tuduhan UMNO itu amat menjelekkan kerana mereka (UMNO) membuat tuduhan melulu kerana mereka ingat penyokong Pakatan itu sama seperti penyokong UMNO yang sentiasa di bayar untuk hadir dalam majlis keramaian anjuran parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu.

Jika UMNOlah yang mengumpulkan rakyat seramai itu semalam, tidak salah jika dikatakan mereka (UMNO) terpaksa berbelanja puluhan juta ringgit untuk membekalkan bas dan pengangkutan, karipap-karipap yang tebal-tebal, topi serta baju T untuk peserta. Sebaliknya PAS dan rakan dalam Pakatan pula dibantu oleh rakyat dengan derma sedikit seorang dari peserta-peserta perhimpunan itu dan telah dapat mengumpulkan wang bantuan dari rakyat dengan jumlah yang mencukupi untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka yang begitu mahal itu. Perhimpunan semalam itu adalah perhimpunan rakyat dan sedikit sebanyak rakyatlah yang membantu membiayai kos perhimpunan itu.

Inilah perbezaan di antara UMNO dengan PAS dan PR. Tidak ada siapa yang menanggung kos perjalanan mereka dari Kedah, Kelantan dan tidak kurang ramainya dari Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya perhimpunan ini kecenderungan mereka untuk kekal menyokong Pakatan adalah besar kerana mereka yang hadir itu ada saham dalam perbelanjaan melaksanakan perhimpunan yang begitu besar dalam sejarah perhimpunan politik negara itu.

Dalam suasana perubahan yang wujud pada hari ini tidak ada jentera kerajaan yang mampu untuk mendekati kemampuan yang boleh dilakukan oleh jentera parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Kalaulah UMNO berniat untuk mengumpulkan seramai ini rakyat UMNO terpaksa menyewa tidak kurang dari lima ke enam ribu buah bas selain dari van-van dan kenderaan-kenderaan yang lain yang di sewa untuk mengangkut peserta perhimpunan mereka.

Saya tetap menyatakan dengan keyakinan yang tinggi yang Pakatan Rakyat tetap mendahului dari segi sokongan yang ‘legitimate’ rakyat kerana mereka (rakyat) menyertai program anjuran Pakatan Rakyat dengan berbelanja sendiri. Pakatan tidak payah menggunakan anggota keselamatan, agensi-agensi kerajaan serta bebagai-bagai pertubuhan untuk membawa manusia kepada himpunan yang di anjurkannya.

Tidak payah ada penyelia untuk makanan seperti nasi bungkus dan kuih muih serta minuman untuk peserta seperti lazim dilakukan oleh BN khususnya UMNO. Ia juga tidak payah membawa kumpulan K-Pop dari Korea atau bidadari dari syurga untuk membuatkan orang ramai hadir di perhimpunan mereka semalam.

Semangat yang seperti ini sudah pasti tidak dapat ditanam dalam UMNO kerana segala pergerakkan mesti dilancarkan dengan penggunaan wang yang besar. Itulah sebabnya saya selalu menyatakan yang untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang memerintah kita terpaksa berbelanja dengan banyak dan segala perbelanjaan itu ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan.

Ahli-ahli dan pemimpin UMNO hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja. Selepas nyanyian itu mereka akan kembali bercakaran dan berusaha mengenepikan pengaruh mereka yang berlawanan untuk mendapat tempat khususnya semasa pemilihan calon pilihanraya nanti.

Himpunan rakyat semalam benar-benar merangsangkan semangat pihak yang mahu melakukan perubahan dan keyakinan mereka telah bertambah berganda-ganda dan semangat ini lah yang akan membakar semangat rakyat untuk melakukan perubahan dengan sukarela dan dengan komitmen yang tinggi.

Selalunya pihak yang mempunyai semangat sebeginilah yang akan menempa kejayaan, insyaallah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Isu Kanak-kanak: UMNO BN Boleh, Org Lain Tak Boleh, Mengapa Dwi Standard?

http://greenboc.blogspot.com, 14 Jan 2013

Mengapa ada kanak-kanak di himpunan Najib?

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.

Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

“Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

“Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?

“Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?

“Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai," kata Barathidasan. -mk

Ulasan GB

Dah bagus dipuji-puji kerana berjaya mengawal keselamatan semasa #HKR 112, tiba-tiba polis buat kenyataan nak siasat penganjur.

Cukup tak senang mereka apabila perhimpunan itu berjalan aman.

Sekarang cari isu untuk memburukkan HKR 112 diantaranya konon ada perlanggaran ke atas syarat-syarat yang mereka kenakan terutama membawa kanak-kanak.

Bukankah perhimpunan itu aman, perhimpunan itu halal dan perhimpunan itu santai?

Bukankah tiada sebarang insiden yang tidak diiingini berlaku?

Di dalam program-program anjuran UMNO BN kenapa tiada larangan seperti itu?

Tindakan polis yang dwi standard itu amat menjelekkan. KPN perlu menjawab dan SUHAKAM perlu siasat PDRM mengapa wujudnya sikap dwi-standard ini!


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sokongan India merosot, Melayu meningkat

http://msomelayu.blogspot.com, 14 Jan 2013
ANALISA SUBUH

Dakwaan presiden MIC, G Palanivel bahawa sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat merosot memang tidak boleh dinafikan. Ukuran terbaru sokongan masyarakat India ialah kepada Himpunan Kebangkiran Rakyat (HKR) Sabtu lalu. Ternyata sekali bilangan masyarakat India begitu kurang.

Perhatikan berapa orang India dalam kelompok ini.
Saya membuat hitungan rambang mengenai perkara ini dengan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memerhati orang ramai yang berjalan di sebatang jalan menuju ke stadium merdeka pada tengah hari itu. Dalam perhatian saya setiap kelompok yang dipurata sebanyak 10 orang, ianya terdiri dari lima Melayu empat Cina dan satu India - 5 Melayu 4 Cina 1 India.
Dengan permerhatian ini boleh dianggarkan komposisi mereka yang hadir pada himpunan itu terdiri dari 50% Melayu, 40% peratus Cina dan 10% India serta ethnik lain. Kalau diterjemahkan ke dalam angka 50,000 Melayu, 40,000 Cina dan 10,000 India.

Dikira dari usia pula kira-kira 65% terdiri dari orang mudah yang berusia di bawah 40 tahun ke bawah, manakala selebihnya berusia 40 tahun ke atas sampai 76.

Dari pemerhatian itu juga jumlah dari segi jantina pula didapati 55% lelaki dan 45% peratus perempuan.

Di sini apa yang hendak saya tekankan berhubung dengan dakwaan Palanivel tadi. Kekurangan masyarakat India di himpunan itu bukan bermakna mereka menolak terus Pakatan Rakyat, tidak, tetapi kerana ada faktor lain. Salah satu faktor ialah pemulihan di dalam MCA selepas Samy Vellu tidak lagi menjadi presiden parti India itu.

Faktor samping ekoran berlaku pengkhiatan beberapa ahli politik India termasuk yang menjadi wakil rakyat dan menang atas tikit DAP dan PKR. Pengkhianatan ini memberi kesan dan dianggap segelintir masyarakat India mereka ini adalah hero. Jadi apabila hero sudah meninggalkan Pakatan Rakyat maka pengikutnya ikut berbuat sama.

Selain itu faktor pendekatan kepimpinan Ha Najib Razak. Pendektaan Najib memesra masyakat India menyebabkan masyarakat itu teruja dengan kemesraan Najib di samping mereka merasakan akan mendapat apa yang mereka ingini. Kunjungan Najib ke Batu Cave memberi tafsiran kepada orang India yang Najib mengambil berat kepada masalah kehidupan mereka.

Penampilan dan momokkan Najib sebagai seorang pemimpin yang prihatin serta status Najib sebagai anak Tun Razak Hussein yang dikenali oleh mereka sebagai baik dan berjiwa rakyat memberi mata kepada Najib. Dalamk erti kata lain jasa-jasa Tun Razak kepada masyarakat India dibalas oleh masyarakat itu dengan menyokong Najib.

Bagaimana pun sokongan itu tidak sampai melebihi 70%. Sebanyak 30% atau lebih lagi adalah yang menyokong Pakatan Rakyat. Sosiopolitik masyarakat India tidak seperti Melayu dan Cina. Maksudnya tidak ada orang India yang berada di atas pagar. Mereka suka menzahirkan sokongan mereka walaupun sokongan itu pura-pura, atau seperti memasukkan air ke dalam raga.

Adapun yang menyokong Najib dan UBN adalah dari kalangan yang berpendapatan rendah atau pun tidak celit politik, kelompok terhindar dari isu,  kebanyakan yang tinggal di ladang-ladang getah, sawit, lombong dan juga setinggan berapi dan berair. Kelompok cerdik pandai dan profesional memilih Pakatan Rakyat kerana mereka sudah faham dengan janji politik dan bentuk dan sistem pemerintahan Umno yang tidak adil kepada semua kaum.

Mereka ini juga sedar kemesraan ditunjuk Najib, sanggup memasuki kawasan setinggan atau minum di tepi kuil dan sebagainya hanya menjelang pilihan raya saja. Selepas ini mereka semua tidak akan dipedulikan sehinggalah lima tahun akan datang.

Selain itu kenapa menyebabkan masyarakat India seakan menyokong UBN ialah kerana ke belakangan ini tidak ada gangguan ke atas komuniti mereka. Maksudnya tidak ada mana-mana pemimpin atau tokoh di dalam masyarakat India yang berlawan dengan presiden parti itu kini. Keharmonian di dalam MIC memberi peluang kepada masyarakat itu memberi sokongan kepada pucuk pimpinannya dan sekaligus kepada UBN.

Jika dilihat kenapa lebih 50% bahkan hingga 65% masyarakat India menolak UBN dalam pilihan ke-12 ialah kerana peranan dimainkan kelompok tertentu di dalam masyarakat itu seperti Hindraf, NGO berunsur agama yang telah berjaya memecahkan minda masyarakat India dari menyokong UBN.

Peranan dimainkan Hindraf misalnya adalah cukup penting. Kekurangan sokongan masyarakat India apabila Hindraf sudah berpecah kepada dua kumpulan di mana kumpulan menyokong UBN agak besar. Tetapi Najib dan UBN tidak perlu bersedap hati menerima hakikat sokongan masyarakat India ini kerana masyarakat ini dianggap masyarakat "klu klik".

Sebagai kaum yang sifatnya mesra tetapi licit dan suka berpura-pura belum tentu lagi sokongan masyarakat India kepada UBN yang dianggarkan disekitar 55% hari ini kekal. Kalau tiba-tiba ada kocakan semangat ke atas masyarakat itu oleh kumpulan seperti Hindraf menyebabkan sokongan masyarakat India terhadap UBN boleh turun sampai di bawah 50% dan angka sebegini tentulah mencemaskan Najib dan UBN.

Berbalik kepada statistik atau bilangan mengikut kaum yang hadir dalam himpunan Sabtu lalu ia memberi petunjuk agak menggembirakan kepada Pakatan Rakyat. Apabila dianggarkan 50% orang Melayu yang hadir himpunan itu ia memberi gambaran sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat berganjak setidak-tidaknya 1.5 %. Walaupun anjakan itu kecil namun Pakatan Rakyat harus merasa puas kerana relatif orang Melayu masih tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun mereka dituba dengan berbagai fitnah dan dipanah dengan panah sakti oleh UBN siang dan malam.

Mengenai kecenderongan masyarakat India memberi sokongan besar kepada UBN nanti ia tidak begitu membimbangkan sangat. Masih ada ruang masyarakat itu akan kembali semula kepada Pakatan Rakyat ataupun menganggangu 'keamanan' UBN dalam pilihan raya nanti apabila orang-orang yang mereka anggap sebagai Matado yang boleh merebahkan lembu tidak diberi peluang untuk bertanding. [wm.kl.7:40 am 14/01/13]

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

Harakahdaily, 14 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.


2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.


3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.




Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia


Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Penduduk Rh Mangun yang terabai

Catatan Jofri Jaraiee, 14 Jan 2013


(Rombongan PAS Miri di Rh Mangun Sungai Sebatuk)

NIAH (Miri): Rumah (Rh) Mangun Sungai Sebatuk, Suai terletak dalam DUN Bekenu. Majoriti penduduknya kaum Iban dan ada juga keluarga Muslim tinggal di rumah panjang tersebut.

Kebanyakkan mereka bekerja sebagai petani dan ada juga bekerja dengan syarikat swasta.

Perjalanan dari bandaraya Miri ke Rh Mangun di Pekan Niah mengambil masa lebih dari satu jam.

Jalan masuk ke Rh Mangun lebih kurang dua kilometer saja, jalannya agak teruk dan berlumpur. Apabila musim hujan jalannya becak dan licin.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Rh Mangun adalah jalanraya dan juga bekalan air bersih.

Mereka sudah banyak kali memohon kepada pihak berkuasa untuk menurap jalan masuk kampung dengan tar dan juga menyalurkan bekalan air bersih, tetapi sehingga kini masalah tersebut belum dapat diatasi.

(Takungan air yang kering)

Mereka terpaksa menadah air hujan untuk keperluan harian mereka, apabila musim kemarau mereka terpaksa menggunakan air sungai yang berdekatan.

Menurut mereka lagi, air sungai tersebut tercemar dengan bahan sisa dari ladang kelapa sawit yang berdekatan.

Air takungan kering serta sukar untuk mendapat air bersih apabila musim kemarau.
Mereka juga belum menerima tangki 1Malaysia dari pihak kerajaan, sedangkan ada rumah yang berdekatan dengan Rh Mangun mendapat tangki tersebut.

Selain masalah jalanraya dan bekalan air bersih, terdapat seorang warga emas dan juga ibu tunggal mengadu masalahnya kepada pihak kami.

Sengayan Anak Jinga (Gambar kanan) berumur 76 tahun telah beberapa kali mohon bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri tetapi sehingga kini beliau belum mendapat sebarang bantuan.
Menurut beliau lagi, setelah kematian suaminya 10 tahun yang lalu sehingga kini tiada sebarang bantuan diterima dari jabatan berkenaan.

Beliau sangat berharap pihak kebajikan dapat membantu meringankan bebannya dengan segera setelah sekian lama menunggu.

Kita mengesa pihak berkuasa serta mereka yang berkenaan segera membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan kebajikan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Begitu juga masalah infrastruktur, kemudahan asas serta kebajikan rakyat perlu diberi perhatian dan jangan hanya menunggu musim tertentu barulah datang untuk membantu.

Kita berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.
Iklan Teks

Gambar orang Umno tak boleh tengok

http://burungmerbok.blogspot.com, 14 Jan 2013

UMNO/BN : TAK SAMPAI 1,000 PUN HADIR HKR KL 112

INILAH GAMBAR YANG ORANG UMNO TAK BOLEH TENGOK....MEROYAN HABIS

Kahkahkahkahkah tergelak bila membaca tuduhan yg mengatakan peserta HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT dibayar untuk hadir..???? Gelak sampai guling-guling. Untuk pengetahuan Umno dan macais2nya....kami semua datang menggunakan perbelanjaan sendiri dan kami siap menderma lagi....Hok aloh ingat Pakatan Rakyat ni macam Umno dan Macais ker....tak do otak...otak ingat duit jer...ada duit baru jalan...kuikuikui
http://bm.harakahdaily.net/cache/64898_10151279720093369_2071259060_n_thumb_medium490_0.jpg


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Himpunan Kebangkitan Rakyat lwn Himpunan Merebut Beras

http://sakmongkol.blogspot.com, 14 Jan 2013
500 atau 700 ribu orang yang hadhir di KL112, bukan lagi isiu besar. Yang penting ialah rakyat pelbagai bangsa disatukan oleh azam menumbangkan UMNO/BN yang korap dan menzalimi rakyat. Ratusan Ribu berhimpun di Stadium Merdeka untuk memebaskan diri dari kerajaan yang korap, dan rasuah. Pada masa yang sama, Najib menghimpunkan kaum India di Semenyih merasuah mereka dengan sekampit beras dan ole2.


Orang Cina bergaul dengan orang Melayu dan mendapati orang Melayu juga manusia seperti mereka- ada perasaan takut dan ada harapan menggunung inginkan kerajaan yang baik. Orang Melayu bergaul dengan Cina dan India dan dapati mereka juga manusia biasa. Ada rasa takut da nada harapan. Tidak ada masaalah seperti yang selama ini digambarkan oleh UMNO. Kenapa pemimpin UMNO berniaga dengan orang Cina tapi orang Melayu kebanyakan diajar untuk benci dan kelahi dengan orang Cina? Tiu Nia Seng!




Orang India dan Cina hairan mengapa UMNO hilang akal. Jika PR memerintah, yang jadi PM tetap orang Melayu. Tatap ba!. Bukan Guan Eng atau Kit Siang. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi. Ugama Islam tetap agama rasmi dan tetap dianuti oleh orang Melayu. Kesemua kepentingan Melayu ini tidak diancam pun. India dan Cina tidak mahu mengubah ini semua.

Raja2 Melayu tetap Raja Melayu bukan Raja Cina atau India. Mereka tetap muslim yang baik, menjaga kesucian agama Islam dengan menjadikan diri mereka ummatan wasatho- umat pertengahan yang jadi contoh teladan.

Yang diubah ialah UMNO disingkirkan digantikan dengan orang Melayu lain. Kalau UMNO lawan PAS, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau PAS menang, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau saya menang PRU13, saya kalahkan seorang Cina MCA. Yang menang ialah Melayu. Melayu saya tidak kurang dari Melayu orang UMNO.

Jadi apa masaalah? Yang berdepan dengan masaalah ialah pemimpin Melayu dari UMNO yang rasuah dan korap yang sudah menyamun harta benda rakyat. Mereka yang takut dan cemas. Yang rasa takut ialah Shahrizat Jalil, Raja Ropiaah, Zahid Hamidi, Syed Mokhtar Bukhari, ketua2 bahagian UMNO yang rasuah dan sapu tanah rakyat. Yang takut ialah Najib bila kita kemukakan Deepak Jaikishan dan suruh menyanyi macam burung kenari. Yang takut ialah tauke2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO untuk samun Negara ini. Tauke India juga.

Apa yang perlu nya majority orang Melayu ratapkan apabila segelintir kaki busuk bangsa Melayu ini ditumpaskan? Rakyat Melayu yang menang!

Najib kata dia gembira melihat ramai manusia datang bertemu dengan nya di Tesco Semenyih. Memang itu perasaan orang feudal yang melhat hamba abdi berpusu pusu dan bersyusyun syusyun menadah tangan mendapatkan ole2 yang dibawanya.

Ribuan kaum India dikerah oleh IPF untuk bertemu dengan Najib. Mereka diangkut dengan bas dan dijanjikan akan mendapat ole2 dari Najib. Najib bilang, terus sokong dia, maka banyak masaalah kaum India akan selesai. Kamu ada 55 tahun tak dapat selesai maka sekarang dalam masa 5 tahun, pasti beres?

Saya setuju. Kaum India mesti terus beri Najib nambikei mereka dan apa apa lagi yang mahu diberi. Berikan Najib tairu, apom dan tosei. Najib akan terus memperlakukan kaum India terutama yang susah sebagai peminta sedekah. Keadaan kelam kabut apaila orang ramai berpusu pusu mendapatkan kampit hamper yang disediakan sebagai penarik kehadiran kaum India. Mengikut kiraan Rais Yatim, lebih 50,000 datang. Tesco hampir habis semua barangan mereka. Bil akan dihantar ke JPM untuk mendapat bayaran.

Inlah yang boleh UMNO tawarkan. Jangan tanya apa UMNO boleh buat, Tanya apa kamu boleh buat pada UMNO. Maklum sahaja, UMNO itu tuan dan kita hamba. UMNO penjaga keselamatan dan kebajikan. Orang Melayu yang beragama Islam sia2 mengisytiharkan solat dan ibadat mereka, hidup mereka dan mati mereka kerana Allah - sebab sebaik sahaja keluar pintu, pemberi rezeki ialah UMNO.

Tanya apa yang kamu boleh buat kuntuk UMNO kerana UMNO itu tuan dan UMNO itu penaung kepada kamu. 55 tahun diperlakukan sebagai hamba abdi, ini kalilah kita bangkit mengisytiharkan merdeka dan penjajahan UMNO. Kaum India! Bersatulah dan singkirkan UMNO yang memperhambakan kamu!

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan: