Khamis, 10 Januari 2013

ORANG AMBIK HAQ ORANG...ATAU AMBIK HARTA@WANG SECARA BATIL NI...TAK TAKUT KE....DIAKHIRAT NANTI ALLAH MASUKKAN DALAM NERAKA....DOA ORANG YANG DIZALIMI AMAT MUSTAJAB

HKR 12 Januari: Stadium Merdeka lulus

Hazayani Zakaria, 09 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini memaklumkan pihak Stadium Merdeka telah membenarkan penggunaan stadium itu untuk himpunan pada 12 Januari ini.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok.

"Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak Stadium Merdeka kerana membenarkan HKR diadakan di stadium.

"Kami akan hantar jawatankuasa untuk berunding dengan pihak pengurusan tentang penyelarasan dan peraturan 'do and don't  yang dikenakan oleh pihak stadium jam 10 pagi esok.

"Kami juga akan memaklumkan segera kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kerjasama seperti yang dijanjikan dan akan berjumpa dengan OCPD Dang Wangi," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau juga yakin HKR ini merupakan HKR terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

"Kita juga berhasrat menjadikan perhimpunan ini satu perhimpunan bersejarah dan aman, tenteram sebelum pilihan raya di mana Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara melalui proses demokrasi.

"Himpunan satu juta rakyat ini menjadi signal kepada SPR, media, kerajaan dan lain-lain bahawa rakyat mahu pilihan raya yang aman dan tenteram," katanya.

Sementara itu, pra himpunan akan diadakan pada malam sebelumnya di Taman Medan, Petaling Jaya dan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

"Pemuda Pakatan Rakyat akan diadakan di Taman Medan dan NGO akan berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman," katanya.

Isa Samad wajar undur dari Felda

Salmiyah Harun, 09 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Tan Sri Isa Samad supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta sekiranya beliau seorang yang bermaruah.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tidak ada jalan lagi buat Isa Samad melainkan meletak jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada warga Felda.

"Apa guna mengekalkan jawatan di dalam organisasi tersebut dalam keadaan beliau dibenci oleh kebanyakan rakyat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, katanya sekali gus memberi mesej kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berfikir panjang dan mengambil pandangan  rakyat sebelum membuat sebarang keputusan terutama yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Keputusan ini juga kata beliau, merupakan suatu lagi tamparan hebat kepada kepimpinan Najib Tun Razak yang berkeras mengekalkan Tan Sri Isa Samad.

"Umum mengetahui bahawa  Isa Samad tidak layak menganggotai KPF apatah lagi untuk memimpinnya. KPF hanya layak dipimpin oleh peneroka, isteri dan anak peneroka serta kakitangan tetap Felda," tegasnya.

Ternyata, jelas Nasrudin keputusan mahkamah membuktikan gesaan rakyat khususnya warga Felda adalah pada landasan yang betul.

Bagi DPPM, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah suatu kemenangan buat rakyat khususnya terhadap perjuangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memperjuangkan hak warga Felda.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Hakim Datuk Zaleha Yusuf, memutuskan KPF perlu memadamkan dan membuang nama  Isa Samad dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta.

Jangan khianati wang pampasan 'landasan maut'

Anis Nazri, 09 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Wang pampasan buruh paksa Landasan Kereta Api Maut Jepun yang digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa ataupun waris mereka.

"Sewajarnya wang itu untuk mangsa. Bayangkan ada di kalangan mereka yang hilang kerana dipaksa membina, tidak kurang juga mati ketika itu.

"Bagaimana kerajaan boleh menggunakan wang darah tersebut untuk membina MISC?" soal beliau pada satu sidang media khas, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Tambah beliau, tindakan itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak mempunyai sikap kemanusiaan dan peka terhadap mangsa buruh paksa tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang pernah dilaporkan Utusan Malaysia, bertarikh 11 Mei 2007 yang menyatakan wang tersebut digunakan untuk penubuhan MISC.

Shabery, ketika itu yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, dilaporkan berkata kes itu dianggap selesai.

Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.

Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan MISC.

Sebelum ini, isu berkaitan pampasan ini pernah dibangkitkan Nizar ketika perbahasan belanjawan 2013, hujung tahun lalu.

Beliau ketika itu meminta Menteri Kewangan menjelaskan status kedudukan wang tersebut yang dikatakan sudah dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia, namun mangsa ataupun waris masih tidak menerima wang tersebut.

Ulama PAS bersama rakyat di HKR Sabtu ini

Salmiyah Harun, 09 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari, Sabtu ini.

Setiausaha Dewan Ulama Dr Khairuddin At Takiri berkata ahli Ulama akan membanjiri Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau juga menyeru semua rakyat yang prihatin dengan masalah negara agar turun dalam himpunan itu untuk menyatakan pandangan dan menuntut pemerintahan yang telus berasaskan Al Quran dan Sunnah.

"Keadilan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga telah memaklumkan kepada ahli Ulama di peringkat cawangan, Dun dan kawasan untuk turun bersama pada hari bersejarah nanti.

Hari ini, pihak pengurusan Stadium Merdeka memberi kebenaran menggunakan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sekretariat himpunan menjangkakan sejuta peserta akan memenuhi Stadium Merdeka itu nanti.

Bebaskan Liga M daripada campur tangan politik

Peminat bola,
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan ATM kerana berjaya mengalahkan Kelantan dan memenangi Piala Sumbangsih. Perlawanan itu menandakan bermulanya Liga-M musim 2013.

Sebagai salah seorang peminat bola sepak, tentunya saya mahu sukan ini berkembang dengan baik dan setanding dengan liga utama lain atau sekurangnya-kurang tidak terlalu jauh ke belakang.

Namun, seperti kebiasaannya, sejak diperkenalkan saya mendapati Liga-M masih ketinggalan dalam banyak sudut, terutamanya dari segi pengurusan. Ketika ini, masih lagi timbul isu pemain yang tidak dibayar gaji, pampasan perpindahan yang tidak dibayar, pengurusan yang terus memegang jawatan walupun gagal dalam tugasnya dan sebagainya.

Salah satu isu tidak profesional yang terkini ialah yang membabitkan penghijrahan pemain Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo). Walalupun musim baru telah bermula isu bayaran pampasan perpindahan beliau masih menjadi pertelingkahan. Sepatutnya, dalam industri bola sepak profesional perkara ini tidak berlaku. Setiap kelab akan meletakkan harga pada mana-mana pemain yang ingin dijual dan kelab yang mahu membelinya mesti bersedia berunding dan membayar harga yang dipersetujui seperti dalam kontrak, atau jika pemain masih dalam kontrak bayaran mesti dibuat mengikut terma pembatalan kontrak.

Namun, kebanyakan pengurusan bola sepak di Malaysia diuruskan oleh bukan mereka yang ahli dalam sukan dan bukan ahli perniagaan. Oleh sebab itulah sukan ini masih ditakuk lama dan pasukan negara hanya masih berlegar sekitar Asia Tenggara.

Belajarlah daripada BPL atau La Liga atau setidak-tidaknya daripada Liga J. Mereka menjadikan sukan ini sebagai suatu industri yang menguntungkan negara, syarikat perniagaan, mewujudkan peluang pekerjaan, memajukan bidang sains sukan dan sebagainya.

Kalimah Allah: Polemik gelombang kedua

-, 09 Jan 2013



1. Isu mengizinkan atau mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain khasnya agama-agama samawiyyat (langit) seperti Kristian dan Yahudi sekali lagi menjadi polemik besar yang boleh sahaja meledakkan negara ini.
PAS tetap tegas menyatakan pendiriannya sekaligus membuktikan bahawa bukan sokogan politik atau undi yang diburu PAS, tetapi berusaha matlamat meletakkan -Islam yang syamil-mutakamil dan kedudukan Allah sebagai Rabbul 'Alamiin -Tuhan Seru Semesta Alam ini dalam jajaran perjuanganya mendaulatkan Islam yang bakal menaungi semua.


2. Merujuk kepada sandaran utama Syariah Islam yakni Al-Quran, ayat-ayat secara dalil yang jelas menerangkan kedudukan perkara ini. Contoh-contoh ayat di mana perkara ini menjadi maudhu’ bicara atau Khitob Allah SWT adalah dalam ayat-ayat dalam surah Az-Zumar: 3, Luqman:25 dan yang paling jelas ialah pengakuan Allah sendiri bahawa namanya ditasbihkan dalam tempat-tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di samping di masjid dalam surah Hajj ayat 40.

3. Beristidlal secara yang betul yakni pertama menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dbsnya, akan menemukan kita bahawa bahawa hukum asalnya ialah ianya ‘Yazuz’ atau diizinkan, diharuskan dan tidak dilarang.

Jelasnya ia bukan satu yang diharamkan atau kegunaannya ialah secara 'eksklusif' olih ummat Islam sahaja kerana Allah tidak dimilikki ummat Islam sahaja bahkan Allah adalah Tuhan seluruh seru semesta Alam. Penegasan ini yang kita ulangi bacaan setiap hari 17 kali sehari semalam dalam Al-Fatihah ditegaskan olih Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi.

4. Adapun setelah diharuskan digunakan maka adalah mustahak dan penting untuk keharusan itu tidak disalahgunakan samada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa-dewa dsbnya atau tujuan mendi’ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri ummat Islam di negara ini.

5. Maka barulah betul (sahih) kita merujuk kemudiannya kepada kepada Qawaid Fiqqiyah setelah merujuk kepada al-Quran (cara mencari dalil atau beristidlal yang betul dalam Islam) dan tidak sebaliknya yakni tiba-tiba haram kerana Qaedah ‘as-Sadda az-Zari’ah’ atau perhitungan menutup pintu-pintu kemudaratan, sebelum kita meneliti wujudnya Nas atau Nusus secara jelas tentang perkara atau maudhu tersebut dalam Al-Quran itu sendiri atau dalam Ahadith.

6. Penguasa politik dan pembuat dasar wajar kemudiannya menurunkan enakmen atau peraturan supaya keharmonian antara agama dan budaya dipelihara dan kalimah Allah tidak disalahguna atau eksploitasi untuk tujuan-tujuan salah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya difahamkan sudah ada pihak paderi dan pimpinan gereja dan agama lain yag mahu bekerjasama untuk mempastikan ini dapat dijaga dan dilindungi dengan baik.

7. Berkebetulan juga, inilah uslub atau pendekatan paling cantik, wajar dan sesuai dalam menghidupkan budaya
Politik 'Li Ta’arafu' dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini.

Inilah dia sesungguhnya pendekatan ‘pertegahan’ atau ‘Uslub Wasotiyyah’ PAS, yang kini disenangi oleh pelbagai pihak – Melayu-Islam dan penganut agama lain sekaligus mengisi tuntutan ‘ruang tengah’ politik negara.

Penulis masih ingat bahawa inilah pesanan dan amanat Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi ketika mengadakan muzakarah tertutup dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum pilihanraya umum ke-12 dulu, supaya PAS mengambil uslub ini dalam megendalikan pendekatan 'Siasatut Dakwah'nya.

Setiap kebijakan atau polisi Siasahnya mempunyai perhitungan Dakwahnya dan setiap langkah Dakwahnya mempunyai perhitungan mengimbangi tuntutan Dakwahnya.



Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Rapid: Penduduk fail semakan kehakiman

Muhammad Faizal, 09 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Empat penduduk Pengerang hari ini memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Kuala Lumpur bagi mencabar pengambilan tanah dan juga projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di sana.

Mereka adalah Khairiah Md Yunus, Sufinah Abu, Loh Back Seng dan Lim Goo Kia.

Mereka memfaikan semakan itu melalui Tetuan Hanipa Maidin kira-kira jam 2 petang tadi.

Kira-kira 20 orang penduduk turut hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Membela Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), Salahuddin Ayub ketika sidang media memberitahu tindakan memfailkan semakan ini adalah bagi tujuan membela nasib penduduk di 10 buah kampung di Pengerang.

"Ini adalah satu usaha untuk memastikan masa depan kehidupan semua penduduk hampir 10 buah kampung dapat diberi pembelaan yg sewajarnya.

"Selain itu juga agar penduduk tidak menjadi mangsa pembangunan Rapid yangg telah mula dilihat mengabaikan dan mengambil hak penduduk tersebut," jelasnya.

Sementara itu Peguam Mohammad Hanipa Maidin menjelaskan semakan tersebut adalah bagi tujuan membatalkan keseluruhan projek Rapid.

"Antara alasan kita setelah meneliti dokumen pengambilan tanah tersebut saya dapati ada elemen pelanggaran dan antaranya pelanggaran dibawah beberapa seksyen dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

"Selain itu juga ia turut bertentangan dengan beberapa akta lain yang berkaitan dengan hak rakyat, yang mana harta rakyat perlu dilindungi dan kalau diambil ia mesti mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," kata beliau.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mengulangi tindakan undang-undang itu bukan bermaksud menentang pembangunan tetapi mahu memastikan pembangunan yang ingin dilaksanakan mengikut hak-hak yang sepatutnya dan tidak menzalimi rakyat.

C4-R tuntut hak Kelantan rentasi 3 negeri

Rizal Tahir, 09 Jan 2013

KUANTAN: Anak-anak muda Kelantan meneruskan program Cycling For Royalty (C4-R) yang kini merentasi negeri ketiga sebelum tiba di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Sejak 1 Januari lalu sehingga sekarang mereka mengayuh lebih 300 km biar pun dalam keadaan hujan lebat yang melanda Pantai Timur sekarang. Malah ada peserta terjatuh di atas jalan.

Program C4-R yang diketuai aktivis R, Jeming Hassan bersama sembilan lagi peserta mempamerkan semangat kental dan berhati waja.

Sepanjang laluan di Terengganu mereka turut mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Marang, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Selain itu mereka juga sempat bertemu bapa saudara Sultan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah dan aktivis R Terengganu serta R Pahang.

Jeming berkata, program kayuhan anak muda itu dijangka berakhir Jumaat ini di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

“Saya melahirkan rasa syukur kerana jelajah  C4-R sudah sampai ke Pahang, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi cuaca seperti panas, hujan dan ribut.

“Alhamdulillah kami tetap teruskan perjuangan demi untuk rizab minyak dan gas yang cukup untuk 500 tahun atau tujuh generasi Kelantan pada masa hadapan.

“Di Terengganu kami disambut oleh R Terengganu dan di Pahang kami disambut R Pahang bersama dengan peserta yang semakin bertambah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Malaysia khasnya Kelantan mendoakan program itu berjaya sampai ke KLCC dalam tempoh ditetapkan.

Beliau juga berharap ribut tropika sonamu tidak berlaku bagi membolehkan program C4-R berjalan lancar.

Jeming memberitahu matlamat program itu diadakan untuk menarik sokongan anak muda kepada perjuangan menuntut royalti dan pendaratan gas ke Kelantan.

“Di akhir program peserta C4-R akan menyerahkan memorandum kepada Petronas agar membayar segera royalti kepada Kelantan,” katanya.

Saya akan datang biar pun keuzuran – TG Nik Aziz

Salmah Mat Husain, Foto: Zam Zamani, 09 Jan 2013

KOTA BHARU: “Saya akan pergi biar pun dalam keadaan uzur dan bertongkat pada penyerahan memorandum kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan 11 Januari ini.

“Apa sahaja tindakan menuntut royalti yang diusahakan anak muda kita saya akan sokong demi mendapatkan harta kerajaan dan rakyat Kelantan.

“Saya akan pergi dengan bertongkat. Tongkat lambang kekuatan, polis ada tongkat dia sendiri,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bercakap selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini katanya biar pun dalam keuzuran namun kerana menuntut hak rakyat beliau bersedia hadir.

"Ambo sokong R nak serah memo kepada Petronas. Tak sokong guano itu hak kita. Ambo orang mula-mula nak saman Petronas.

"Sepatutnya kalau ramai orang berhimpun kerajaan kena bagi, baru betul demokrasi... ini tidak," ujarnya lagi.

Menurutnya, royalti jelas hak Kelantan, namun kerana tindakan khianat mereka menafikan sehingga sekarang.

Beliau juga berkata, semua negeri pengeluar minyak dan gas iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak wajar memakai baju berlogo R dan berwarna merah.

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali, berkata memorandum itu akan diserah kepada Pengerusi Petronas pada jam 2 petang di PWTC.

Katanya, majlis penyerahan memorandum itu juga akan dihadiri aktivis R dari Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya himpunan sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam musa dan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman.

Selain itu Pengerusi R Terengganu, Fauzi Abu Samah, Pengerusi R Pahang, Nordin Majid dan Adun Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad.

Tiada ulasan: