Posted on Monday, January 07 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: al-bahanj
"‘Kerana mulut badan binasa’. Ya, mulut yang di dalamnya ada lidah adalah satu pancaindera yang selalu mendatangkan masalah kepada manusia jika disalahgunakan atau tersalahguna. Ramai hati bisa kecewa dan sakit lantaran lidah yang berkata-kata. Bahkan bangunan yang utuh pun bisa roboh dan negara antara negara pun bisa berperang akibat dari lidah.
Binasanya
manusia disebabkan lidah bukan hanya setakat di dunia, bahkan di
Akhirat sana lebih merugikan lagi. Justeru, lidah kurniaan ALLAH kepada
manusia ini mesti disyukuri dan digunakan untuk kebaikan dan meraih
redha Penciptanya, bukan sebaliknya.
Haram Ghibah
Ghibah
atau dalam bahasa Melayunya ialah ‘mengumpat’, adalah perbuatan lidah
yang agak selalu dilakukan oleh manusia samada dengan sengaja atau tanpa
sengaja. Samada lelaki atau perempuan, ia tidak terkecuali.
Sedangkan perbuatan tersebut dilarang tegas oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala dari melakukannya. Firman ALLAH Ta`ala:
Bermaksud:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sebahagian kamu melakukan ghibah kepada sebahagian yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu
kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat, lagi Maha
Penyayang.”
(Surah al-Hujurat, 49:12)
Bukan
sahaja perbuatan ghibah itu dilarang, bahkan dibawa suatu perumpamaan
untuk manusia berfikir. Iaitu ghibah diumpamakan seperti memakan daging
manusia yang sudah mati, iaitu daging mayat orang yang kita ghibahkan
atau umpatkan itu. Mahukah kita memakannya jika ia dihidangkan di
hadapan kita? Tentu sahaja kita berasa jijik terhadapnya bukan? Itulah
perumpamaannya.
Sheikh
Ibnu Uthaimin menerangkan kaitan ghibah dengan perumpamaan memakan
daging orang mati dalam ayat di atas ialah kerana apabila seseorang
melakukan ghibah atau mengumpat terhadap seseorang lain, orang yang
diumpatkan itu tiada di hadapannya dan tidak dapat membela diri terhadap
apa yang diungkapkan oleh si pengumpat. Serupalah dengan orang yang
sudah mati. Dia tidak mampu bangkit untuk membela dirinya walaupun
dagingnya dipotong dan dimakan oleh seseorang.
Nabi
Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam ada menyebut apakah itu ghibah,
iaitu ia merupakan suatu perbuatan lidah yang menceritakan tentang hal
orang lain sedangkan hal itu tidak disukai oleh orang tersebut.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu sesungguhnya Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ ؟
قَالُوا : اللهُ ورسولُهُ أعْلَمُ
قَالَ : ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ
قِيْلَ : أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ ؟
ْقَالَ : إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ ، فَقَدِ اغْتَبْتَهُ . وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ ، فَقَد بَهَتَّهُ
Bermaksud:
“Tahukah kamu apakah itu ghibah?”
Para sahabat berkata: “ALLAH dan RasulNYA lebih mengetahui.”
Baginda pun bersabda: “Iaitu kamu menceritakan keadaan saudaramu sesuatu yang tidak disenanginya.”
Ada sahabat bertanya: “Bagaimana seandainya saya menceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada saudara saya itu?”
Baginda
bersabda: “Jika kamu menceritakan sesuatu yang sebenar, maka
sesungguhnya kamu telah meghibahnya (mengumpatnya). Dan jika kamu
menceritakan sesuatu yang bukan sebenar, maka sesungguhnya kamu telah
menuduhnya.”
(HR Muslim)
Justeru,
hendaklah kita berhati-hati dengan lidah kita jangan sampai melakukan
ghibah kerana ia suatu dosa yang besar di sisi ALLAH Jalla wa A`la.
Perintah Menjaga Lidah
ALLAH
Tuhan Yang Maha Mencipta, telah memberi amaran kepada sekalian manusia
bahawa semua yang diperbuat dan diucapkan akan dipertanggungjawabkan
oleh diri masing-masing kelak.
Firman ALLAH Subhanahu wa Ta`ala:
Bermaksud:
“Dan
janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Surah al-Isra’, 17:36)
Dan firman ALLAH Ta`ala:
Bermaksud:
“Semasa
dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala
perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan
yang satu lagi di sebelah kirinya.”
“Tidak
ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang
dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa
sedia (menerima dan menulisnya).”
(Surah Qaaf, 50:17-18)
Justeru,
kita sepatutnya sangat berhati-hati terhadap lidah kita kerana
dikhuatiri ia akan menyebabkan diri kita terbinasa bukan sahaja di
dunia, bahkan yang lebih malang ialah pada Hari Akhirat nanti.
Banyak
hadith-hadith dari Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang
menceritakan tentang pentingnya kita berwaspada terhadap lidah.
Antaranya:
(1)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
ْمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ,فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت
“Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
(2)
Dari Abu Musa al-Asy`ari (أبو موسى الأشعري) radhiAllahu `anhu, katanya aku bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ ؟
ِقَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِه
“Wahai
Rasulullah, Islam yang bagaimanakah lebih utama? Bersabda Baginda:
”Sesiapa yang orang-orang Islam lainnya selamat dari lidahnya dan
tangannya.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
(3)
Dari Sahl bin Sa`d as-Sa`idi (سهل بن سعد الساعدي) berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
َمَنْ يَضْمَنُ لِيْ مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنُ لَهُ الْجَنَّة
“Barangsiapa
yang berani memberi jaminan kepadaku akan apa yang ada di antara dua
janggutnya dan apa yang ada di antara dua pehanya, aku menjamin untuknya
Syurga.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
(4)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa beliau mendengar Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ
الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِِ ،مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا ,يَزِلُّ
بِهَا فِي النَّارِ ، أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya
seseorang itu bisa kerana mengucapkan sesuatu perkataan yang tidak
difikirkan terlebih dahulu membuatkannya tergelincir ke dalam api neraka
yang luasnya lebih jauh dari timur dan barat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
(5)
Dari Sufyan bin `Abdullah ath-Thaqafi (سفيان بن عبدالله الثقفي) berkata:
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، حَدِّثْنِي بِأَمْرٍ أَعْتَصِمُ بِِهِ
ْقالَ: قُلْ ربِّيَ اللَّهُ ، ثُمَّ اسْتَقِم
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَا أَخْوَفَ مَا تَخَافُ عَلَيَّ ؟
فَأَخَذَ بِلِسَانِ نَفْسِهِ ثُمَّ قالَ : هَذَا
“Saya berkata: “Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada saya sesuatu yang dapat saya jadikan sebagai pegangan.”
Baginda bersabda: “Katakanlah Tuhanku ialah ALLAH, kemudian tetap istiqamahlah (dengan jalan yang benar)”.
Saya bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perkara yang paling engkau takut berlaku ke atas saya?”
Maka Baginda memegang lidahnya sendiri, kemudian bersabda: “Ini!”.”
(HR at-Turmudzi, katanya hadith ini hasan sahih)
Itulah
sebahagian kalam mulia dari Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam
mengenai bahaya lidah. Banyak lagi amaran Nabi tentangnya, namun
cukuplah ini dahulu dijadikan sebagai panduan kepada kita semua betapa
pentingnya kita berwaspada terhadap lidah. Dengannya kita boleh
mendapat pahala. Dengannya juga kita mudah mendapat dosa.
Jika mahu selamat, berkatalah hanya yang baik-baik ataupun diam sahajalah.
Semoga
peringatan ini bermanfaat buat saya dan tuan/puan yang sudi membacanya.
Kepada ALLAH lah kita memohon hidayah, taufiq, pertolongan dan
keampunan.
Sekadar mengingatkan diri sendiri,
===
Rujukan:
- Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi rahimahullah.
Posted on Monday, January 07 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: paklongdin
"
Salam semua...
Nak tau pilihanraya tu lambat pasai apa... ? Tok sah susahkan diri cari bomoh nak tengok ayaq dalam mangkok, ni ha baca neh...
Ada satu hari tu, si Najeeb pi la klinik nak check doktor. Chup..!! Bukan Najeeb yang periksa doktor noo, tapi doktor Madey yang periksa Najeeb...Mungkin tak dak masaalah kat hangpa tapi ia satu masaalah negara kalau kena kat Piem kita... bila dah kentut dia tak dak bunyi dan bau maka dia langsung tak sedaq bila ianya berlaku. Ini yang bahayanya...
Doktor Madey tanya kat Najeeb apa masalah dia... Najeeb yang sudah empat tahun mati kutu menjawab, dia menghadapi masalah kentut yang tak mau bunyi dan tak dak bau. Kalau ikut kira congaknya, dia dah kentut sebanyak sepuluh kali dah masa dok ataih katil ngan bini dia...
Doktor Madey dengaq dengan teliti dan hati-hati. Akhir pemeriksaan doktor bagi kat Najeeb senarai beberapa jenih ubat yang perlu Najeeb ambil. Doktor arahkan Najeeb ambik ubat-ubatan tersebut selama seminggu dan selepaih tu mai balik jumpak ngan dia...Tak tau la pulak tang mana Mak Long hang neh dapat cerita. Tapi ni la pasainya Najib tak tau nak letak pilihanraya tu haribulan bila, dia dah hilang deria rasa dia...
Lepaih seminggu, Najeeb pun mai la balik kat klinik dengan muka yang masam mencuka... Dia luahkan rasa tak puaih hati dia kat doktor berbangsa mamak tersebut...
"Saya tak tau la ubat hapa yang doktor bagi kat saya, tapi tengik sungguh bau angin di sekeliling saya... Tak dengaq bunyi apa-apa pun tapi busuk dia, masyaallah... dahsyat betoi", kata Najeeb...
"Baguih, la neh deria bau hang dah elok dah... Err, apa nama? Ya..!! Kita akan usaha untuk pulihkan pulak deria pendengaran hang", kata doktor Madey kat Najeeb...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/"
RM207 Billion, banyak tuuuuuu!
Posted on Monday, January 07 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Pendedahan RM207 Billlion sudah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada Kerajaan UMNO Malaysia sebagai gantigugi kepada mangsa buruh paksa Jepun ketika perang dunia kedua amat menyedihkan kepada mangsa. Sebagai salah seorang waris buruh paksa, penulis terasa cukup terguris, bukan kerana wang yang begitu banyak dibayar oleh Jepun, tetapi kerana kerajaan UMNO tidak amanah dalam menguruskan pengagihan wang tersebut.
Barangkali kalau dilihat jumlah wang pampasan yang dibayar dengan jumlah mangsa serta generasi warisnya, kadar yang mungkin diperolehi oleh mangsa yang berhak adalah melebih RM1 Juta setiap mangsa. Ke mana wang itu pergi? Mahathir mesti dipertanggungjawabkan! mesti!
Patutlah puak puak UMNO ini ketika berbelanja, macam orang yang cetak sendiri wangnya.Rupa rupanya wang yang dirompak dari berbagai sumber termasuk juga sumber yang sepatutnya dimiliki oleh orang orang yang pernah tersiksa hidup mereka. Gambaran hidup buruh paksa penulis dapat rasakan berdasarkan kisah hidup arwah ayah yang berjaya melepaskan diri dan melarikan diri dengan berbasikal dari Burma untuk kembali ke tanah air.
Tak tahulah berapa bulan yang diambil oleh arwah ayah untuk sampai ke tanah air dan sesudah sampai ke tanah air, ketika Jepun menyerah diri, muncul pula Bintang Tiga yang menuduh arwah ayah sebagai tali barut Jepun dan hampir mati ditikam Bintang Tiga. Demikianlah secebis kisah sedih arwah ayah yang pada penulis jauh lebih bernasib baik dari ramai lagi mangsa buruh paksa terutama kepada yang sakit ketika bekerja kerana dihumbang saja ke dalam lubang dan dibiarkan sehingga mati di situ.
Apakah UMNO langsung tidak terkesan dengan penderitaan ini sehingga sanggup menghabiskan wang pampasan RM207 Billion itu? Kini waris mangsa yang masih hidup harus bersama sama mendoakan kehancuran kepada puak puak yang tidak berhati perut ini, biar mereka di telan bumi semua! "
Mengulas Komentar Isu Amanat Haji Hadi
Posted on Monday, January 07 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: ibnuabbas
"Mutakhir ini, isu ‘Amanat Haji Hadi’ dilihat begitu jelas kembali menguasai media arus perdana di negara kita. Media elektronik dan media cetak begitu teruja untuk menganjurkan pendedahan, ulasan dan anekdot-anekdot yang boleh dikaitkan dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Amanat’ tersebut.
Sementara itu, pihak-pihak yang terlibat dalam membicarakan dan membuat pendedahan isu ini meliputi menteri, JAKIM, Ulama’ Muda UMNO,pemimpin-pemimpin politik, bekas-bekas ahli PAS, ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh masyarakat dan juga orang ramai.
Secara umumnya, hasil perbincangan dan pendedahan tersebut merumuskan bahawa ‘Amanat’ tersebut telah membuktikan bahawa Presiden PAS, pimpinan PAS, ahli PAS dan penyokong PAS telah menyeleweng daripada ajaran Islam yang tulen, mengamalkan budaya kafir mengkafir dan merosakkan perpaduan masyarakat melayu Islam di negara ini. Oleh itu masyarakat Islam di negara kita hendaklah menjauhkan diri daripada organisasi PAS yang serba songsang itu.
Tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara pihak-pihak yang memberikan pandangan tentang isu ini begitu ikhlas dalam menyuarakan pandangan mereka. Harapan mereka ialah beberapa kesalah-fahaman terhadap isu ‘Amanat’ itu dapat dirungkai secara lebih objektif. Tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah, isu ini sengaja diangkat tinggi oleh pihak media perdana untuk diulas secara ‘ikhlas’ bagi menjayakan agenda tersembunyi yang lebih besar. Iaitu menghilangkan kredibiliti Presiden PAS dan PAS sendiri sebagai wadah politik yang memperjuangkan Islam dan kepentingan ummat Islam di Malaysia, yang majoritinya berbangsa melayu.
Hakikatnya, isu ‘Amanat’ ini ditimbulkan bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan kemelut-kemelut yang didakwa timbul daripada isu ‘Amanat’ itu. Tetapi ia lebih kepada menjayakan agenda politik pihak tertentu sebagai perang propaganda bagi merosakkan nama baik PAS di mata rakyat. Tambahan lagi, pilihanraya Umum ke-13 pun akan diisytiharkan pada bila-bila masa sahaja. Ibarat kata pepatah; telunjuk lurus, kelingking berkait.
Inilah sebabnya, kita dapati para pengulas yang mengupas isu ‘Amanat’ tersebut tidak hanya memfokuskan perbincangan kepada isi kandung ‘Amanat’ tersebut secara objektif. Bahkan, mereka sengaja meluaskan skop perbincangan kepada prasangka-prasangka yang dibina di atas persepsi dan kesimpulan bahawa ‘Amanat Haji Hadi’ telah mengkafirkan orang UMNO.
Dengan itu, ‘Amanat’ turut dikaitkan dengan;
1. Isu kafir mengkafir dalam masyarakat melayu Islam di negara kita.
2. Anekdot-anekdot tentang pengikut-pengikut PAS di kampung mereka yang mengkafirkan UMNO, sembahyang dua imam dan tidak hadir jemputan kenduri kendara.
3. PAS telah mengamalkan politik memecah belah dan merosakkan perpaduan masyarakat melayu Islam di negara kita.
Walhal, untuk menyalahkan ‘Amanat Haji Hadi’ kepada 3 isu besart tersebut memerlukan para pengkritik dan pengulas’Amanat’ terlebih dahulu membuktikan perkara-perkara berikut;
1. Dimanakah teks ‘Amanat Haji Hadi’ yang menyebut secara terang dan nyata mengkafirkan orang UMNO?
2. Adakah ‘Amanat Haji Hadi’ mengandungi gesaan kepada ahli-ahli PAS supaya memulaukan masjid dan kenduri kendara orang-orang UMNO?
3. Apakah isu-isu politik yang dikenalpasti digunakan oleh PAS untuk memecah belah dan merosakkan perpaduan masyarakat melayu Islam di negara kita?
Mari kita lihat ‘Amanat Haji Hadi’, patah demi patah, baris demi baris;
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku'.”
Intipatinya;
1. PAS menentang UMNO dan BN dalam pilihanraya adalah kerana UMNO dan BN mengekalkan perlembagaan penjajah yang tidak berlandaskan syariat Islam, bukan kerana faktor namanya.
2. Perjuangan PAS untuk mendaulatkan Syariat Islam di medan politik pilihanraya adalah suatu bentuk jihad, di mana usaha-usaha penerangan dan derma-derma untuk tujuan itu, juga termasuk dalam cabang-cabang jihad.
3. Perjuangan untuk menegakkan syariat Islam tidaklah mudah kerana di sana ada halangan dan rintangan, oleh itu pendokong PAS mestilah sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah Taala.
4. Menentang UMNO dan BN yang enggan menegakkan Syariat Allah secara syumul memerlukan pendokong PAS bersabar dengan karenah pendokong UMNO dan BN yang akan menggunakan jentera kerajaan, media, pemuda tahan lasak dan sebagainya untuk menghalang usaha-usaha penerangan dan dakwah yang cuba dilakukan oleh PAS. Bukan senang untuk berhadapan dengan legasi serangan pemikiran yang ditinggalkan oleh penjajah.
5. Jika serangan UMNO dan BN sampai ke tahap paling ganas sehingga tidak mempedulikan batasan sistem demokrasi dan sampai ke tahap membahayakan nyawa, pendokong PAS tetap perlu bersabar dan bertahan.Dan jika nyawa mereka diragut dalam proses tersebut, kematian mereka tidak sia-sia, bahkan mereka syahid di sisi Allah Taala.
6. Sebagai orang Islam, kita perlu berhati-hati dalam tutur kata kerana ada beberapa perkara yang boleh menjadikan seseorang Islam itu murtad dan terkeluar daripada Islam, walaupun dia tidak menukar agamanya secara langsung kepada Budha, Hindu atau Kristian.
7. Antaranya sebab yang menyebabkan seseorang itu murtad ialah dengan mengatakan bahawa agama suku dan politik suku, iaitu mengatakan bahawa agama Islam terhad kepada perlaksanaan rukun-rukun Islam semata-mata dan tidak mencakupi semua aspek kehidupan termasuk politik dan pemerintahan.
Menjawab 3 persoalan tadi,
1. Tidak ada kelihatan pada teks ‘Amanat Haji Hadi’ yang mengkafirkan orang UMNO.
Yang ada hanyalah ‘Amanat’ itu menyebutkan secara umum, seseorang itu boleh menjadi murtad dengan mengatakan agama suku dan politik suku. Tidak semestinya orang yang berkata begitu terus dihukum murtad, dia boleh jadi murtad jika berkata begitu dengan faham.Tetapi, jika dia berkata begitu kerana jahil, dia berdosa besar dan wajib bertaubat.
2. ‘Amanat Haji Hadi’ juga tidak langsung menyentuh tentang gesaan kepada ahli-ahli PAS supaya memulaukan masjid dan kenduri kendara orang-orang UMNO.
Yang ada ialah gesaan supaya ahli PAS bersabar menghadapi apa jua ancaman dan karenah UMNO dan BN dalam berjihad menyampaikan penerangan dan dakwah tentang perjuangan PAS untuk menegakkan Syariat Allah di bumi Malaysia tercinta. Antara usaha berjihad menyampaikan penerangan dan dakwah ialah mendekati orang-orang UMNO dan BN di masjid-masjid, kenduri kendara dan mendirikan pusat khidmat masyarakat di setiap DUN. Bukan memusuhi dan menjauhi mereka dengan mengkafirkan mereka.
3. Persoalan ketiga berkaitan dengan isu-isu politik yang dikemukakan oleh PAS di medan politik Malaysia telah mengakibatkan pecah belah dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia, perlu dibincangkan dengan lebih khusus dan tidak dalam ruang Amanat sebanyak 2 perenggan itu sahaja.
Isu-isu politik yang diperjuangkan oleh PAS sejak 60 tahun yang lalu tentulah terlalu banyak untuk disebut di sini. Antara yang masih diperjuangkan ialah untuk memartabatkan sistem pemerintahan berteraskan Syariah yang adil untuk semua, menuntut tadbir urus kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, memerangi peningkatan kadar jenayah tegar dengan undang-undang jenayah Islam, membentuk kerajaan yang telus dan bebas rasuah. PAS juga menentang cara berpolitik berasaskan dendam politik yang rakus dengan memalukan musuh politik yang merupakan saudara melayu Islam dengan per tuduhan zina dan liwat tanpa saksi yang disiarkan dalam media-media arus perdana selama hampir 15 tahun. PAS juga menentang tindakan Kerajaan Pusat merampas hak royalti minyak daripada kerajaan-kerajaan negeri kerana ia melanggar perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada zaman Tun Abdul Razak.
Saya fikir isu-isu ini bukan akan menyebabkan orang melayu semakin berpecah belah, bahkan menyebabkan mereka semakin bersatu dan semakin kuat untuk membawa Malaysia lebih ‘cemerlang, gemilang dan terbilang.’
Terbaru, dalam tulisan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang bertajuk ‘Menilai Amanat Haji Hadi dengan Adil’, beliau telah memberikan ulasan berpandukan kepada buku ‘Menuju PAS Baru’ karangan YB Dr. Mujahid Yusof Rawa dan juga pengalaman peribadi beliau yang telah mengaitkan tindakan kafir mengkafir adalah kesan daripada’ Amanat Haji Hadi’.
Pada pendapat saya, kita tidak boleh menyalahkan’ Amanat Haji Hadi’ kerana segelintir kecil penyokong PAS salah faham terhadap apa yang disebut oleh Amanat itu. Ini kerana Amanat itu terang dan jelas sekali tidak mengkafirkan orang UMNO. Cuma dalam masa yang sama, ia turut mengandungi peringatan supaya berhati-hati dalam tutur bicara, kerana akidah juga boleh tertanggal dengan iktikad, perkataan dan perbuatan. PAS menjadikan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias sebagai dasar parti. Oleh itu, apa yang disebutkan sebagai ‘Amanat’ itu perlu difahami mengikut konteks tersebut.
PAS dalam era kepimpinan Ulama’ sangat menekankan konsep perjuangan berdasarkan berteraskan ahli yang berilmu dan beramal sejak di bawah al-Marhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa, bapa kesayangan YB Dr. Mujahid dan mantan al-Mursyidul Am PAS yang pertama yang sangat dekat dengan hati setiap pendokong PAS. Para ulama’ di dalam PAS termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri, sentiasa berusaha mentarbiyyah ahli-ahli PAS meningkatkan kualiti ilmu dan amal mereka dalam kerja-kerja dakwah dan perjuangan Islam, sehingga kita dapati pada hari ini tidak ada seorang pun ahli PAS yang menghukum orang UMNO sebagai kafir.
Jika ada orang yang mengatakan hukum Islam tidak sesuai dijalankan pada zaman moden ini atau menghina janggut Baginda Rasulullah SAW, mereka hanya berkata akidah orang yang berkata demikian dalam keadaan bahaya kerana perkataan sebegitu boleh menjerumuskan seseorang ke lembah murtad jika disebut dengan faham, dan berdosa besar jika dengan jahil. Penentuan murtad sebenar mestilah melalui proses mahkamah syariah, kerana seseorang yang mengeluarkan kalimah kufur, mungkin jahil dan telah bertaubat tanpa pengetahuan yang mendengar. Maka mahkamah syariahlah yang patut memutuskan kafir atau tidak kafirnya seseorang lantaran perkataan atau perbuatannya. Ini memerlukan akta murtad.
Satu lagi isu ialah tentang PAS yang pada hari ini turut mempertahankan perlembagaan Malaysia. Isu ini agak panjang untuk diulas di sini. Tetapi ia adalah sesuatu yang tak dapat kita nafikan ialah Perlembagaan Malaysia pada hari sudah banyak mengalami pindaan-pindaan. Dan terdapat juga beberapa elemen dalam perlembagaan yang tidak bersalahan dengan Islam bahkan menepati dengan sistem pemerintahan Islam. Mengenai perlaksanaan hukum hudud yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan, PAS akan terus berjuang untuk meminda perlembagaan bagi tujuan itu berdasarkan kerangka sistem demokrasi berparlimen yang adil dan telus, iaitu dengan mendapat sokongan 2/3 majoriti ahli dewan Rakyat.
Yang menjadi masalahlah, pihak yang kononnya mempertahankan perlembagaan seringkali bertindak melampaui batasan perlembagaan dan membelakangi hasrat dan kehendak perlembagaan. Antaranya hak untuk bersuara telah dinafikan dengan sekatan berupa akta dan undang-undang. Termasuk hak untuk setiap parti politikmendapat akses kepada media secara adil.
Tulisan Dr. Maszlee Malek bertajuk ‘Apa ada dengan Amanat Hadi’ lebih menjurus kepada sebab sebenar kenapa isu ‘Amanat’ ditimbulkan semula. Dr. Maszlee menyebutkan bahawa beliau sendiri tidak nampak isu mengkafirkan UMNO terdapat dalam’ Amanat’. Ia artikel yang pendek tetapi meyakinkan.
Membicarakan dan menilai isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan cara yang paling adil dan saksama ialah dengan memberikan ruang sependek 1 jam di media perdana untuk Presiden PAS untuk menjelaskan isu yang dikatakan membelenggu masyarakat melayu Islam di Malaysia selama lebih 30 tahun.
Ustaz Zakaria Ismail
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang
6 Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434 H
insanberpotensi@yahoo.com"
Tuan Guru Haji Salleh Musa minta Tuan Guru Haji Hadi pertahankan Amanat
http://pondoktauhid.blogspot.com, | 06 Jan 2013 |
Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah merupakan tokoh ulama Kedah
berusia 85 tahun yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia meminta Tn Guru Hj Hadi Awang mempertahankan Amanat 1981
Amanat tersebut tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama kata Tuan Guru Hj Salleh Musa
Tn Guru Hj Salleh berkata ucapan Tn Guru Hj Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan UMNO pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud , mempersenda hukum Allah , mempersenda sunnah Rasulullah SAW . Banyak perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syaraq dan aqidah, yang paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik .
Tuan Guru Hj Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan UMNO yang sangat ketandusan isu. Tn Guru Hj Salleh berkata Insyallah isu ini tidak lama , nanti depa (mereka /UMNO ) akan diam.
Golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi exco PAS di Selangor? Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara , ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang.
Begitu juga Tn Guru Hj Salleh menemplak JAKIM dan beberapa orang mufti terutamanya Dato Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan? Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata " Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat " dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakkan , ini soal aqidah .
Begitu juga mengapa tidak ambil tindakan kepada Rahim Noor yang kata kepada Nik Aziz bapa kafir?
Ini menunjukan ramai mufti jahat mufti pengampu kerajaan.
Begitu juga ramai pimpinan UMNO mempersenda hudud mengapa tidak diambil tindakkan dan mengapa tidak dihebohkan?
Tn Guru Hj Salleh menyeru ahli PAS supaya memperbanyakan doa munajat agar fithnah jahat UMNO/BN terhadap Tn Guru Hj Hadi dalam isu ini diangkat dengan segera.
Tn Guru Hj Salleh mengadakan munajat khas mengenai isu amanat Hj Hadi ini di Masjid Bukit Besar Yan pada 2.1.2013 lalu, kehadiran lebih kurang hampir 400 orang yang hadir. Tn Guru Hj Salleh Musa akan jelajah setiap daerah seluruh kedah menggerakan munajat bagi menghadapi pilihanraya 13.
Tn Guru Hj Salleh menghubungi Tn Guru Hj Hadi Jumaat lalu meminta Tn Guru Hj Hadi bersabar dan mempertahankan amanat, Alhamdulillah Tn Guru Hj Hadi dengan berkata tak pa Tok Guru saya tenggah mengarang 100 alasan mengenai amanat ini Insyallah saya pertahankan.
TAKBIR!!!
Pertahan Amanat Hj Hadi 1981 (1)- Helmi Assyafie
Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 12:03 PM
Label: jawab isu semasa
Ambik kau, berbelit lidah orang UMNO nak elak 1 jam siaran langsung!
Posted on Monday, January 07 @ 00:07:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,.
Menteri pelebongan (penerangan) Rais Yatim sudah menunjukkan sikap kebudak budakannya ketika meminta TGHH jangan macam macam sebaliknya menerima keputusan majlis fatwa yang menyesatkan amanat Hadi yang pula dijadikan alasan kononnya tidak dapat memenuhi permintaan TGHH untuk bersiaran langsung.
Amboi Rais, undang undang ALLAH pun tak nak ikut ketika menyiarkan berita berita macam macam, apabila tiba permintaan untuk 1 jam siaran langsung hanya untuk memberi penjelasan yang terang dan jelas mengenai amanat Hadi, keputusan majlis fatwa pulak nak diikuti. Kepala otak hang!
Baru beberapa hari setelah permintaan mudah TGHH, sudah berbagai alasan atau auta yang dikeluarkan UMNO menerusi berbagai bagai lapisan pimpinannya. Macamlah TGHH minta wang RM207 billion, macamlah TGHH minta Rais mengaku yang dia rogol amahnya, macamlah TGHH minta Rais mendedahkan berapa banyak jambatan yang sudah dibakarnya.
Ini cuma 1 jam siaran langsung di RTM yang dimiliki oleh rakyat sesuai dengan serangan amanat Hadi yang dilakukan hari hari di berbagai media pengampu UMNO.
Susah sangat ker nak tunaikan permintaan mudah TGHH itu? Sehingga berbelit belit lidah puak gerabak UMNO memberi alasan dan auta yang antaranya kelakar gila!
Nampaknya nak sampai sebulan selepas permintaan ini, lidah puak gerabak UMNO ini boleh tumbuh dua atau tiga mencari alasan alasan lain untuk mengelakkan TGHH diberi ruang 1 Jam yang dimintanya.
Lepas ini mungkin kita akan lihat akan benarnya kata kata A Samad Said, orang UMNO ada dua lidah dan satu telinga!"
Posted on Monday, January 07 @ 00:07:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,.
Menteri pelebongan (penerangan) Rais Yatim sudah menunjukkan sikap kebudak budakannya ketika meminta TGHH jangan macam macam sebaliknya menerima keputusan majlis fatwa yang menyesatkan amanat Hadi yang pula dijadikan alasan kononnya tidak dapat memenuhi permintaan TGHH untuk bersiaran langsung.
Amboi Rais, undang undang ALLAH pun tak nak ikut ketika menyiarkan berita berita macam macam, apabila tiba permintaan untuk 1 jam siaran langsung hanya untuk memberi penjelasan yang terang dan jelas mengenai amanat Hadi, keputusan majlis fatwa pulak nak diikuti. Kepala otak hang!
Baru beberapa hari setelah permintaan mudah TGHH, sudah berbagai alasan atau auta yang dikeluarkan UMNO menerusi berbagai bagai lapisan pimpinannya. Macamlah TGHH minta wang RM207 billion, macamlah TGHH minta Rais mengaku yang dia rogol amahnya, macamlah TGHH minta Rais mendedahkan berapa banyak jambatan yang sudah dibakarnya.
Ini cuma 1 jam siaran langsung di RTM yang dimiliki oleh rakyat sesuai dengan serangan amanat Hadi yang dilakukan hari hari di berbagai media pengampu UMNO.
Susah sangat ker nak tunaikan permintaan mudah TGHH itu? Sehingga berbelit belit lidah puak gerabak UMNO memberi alasan dan auta yang antaranya kelakar gila!
Nampaknya nak sampai sebulan selepas permintaan ini, lidah puak gerabak UMNO ini boleh tumbuh dua atau tiga mencari alasan alasan lain untuk mengelakkan TGHH diberi ruang 1 Jam yang dimintanya.
Lepas ini mungkin kita akan lihat akan benarnya kata kata A Samad Said, orang UMNO ada dua lidah dan satu telinga!"
Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah
Posted on Sunday, January 06 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO. Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi
Posted on Sunday, January 06 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO. Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan