Dun S'gor dibubar awal selepas Chap Goh Meh
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar)
berkata, pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih
awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh
pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.
"Rakyat tidak harus dibiarkan tunggu terlalu lama," katanya melalui Facebook hari ini.
Kenyataan terbaru itu sekaligus memperlihatkan tahap kesediaan kerajaan negeri berdepan pilihan raya kali ini.
Selangor sehingga kini antara negeri yang diserang hebat oleh Umno BN dalam usaha mereka merampas kembali negeri itu selepas tewas pada pilihan raya 2008 lalu.
Pelbagai usaha dilakukan bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.
Bagaimanapun dalam banyak hal, Selangor sering mendapat pujian termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak ditadbir Pakatan Rakyat.
Selangor juga dikatakan 'pusat perang' pada pilihan raya kali. Ianya juga digelar 'lubuk emas' memandangkan kekayaan hasil bumi dan kepesatan industri di sini.
Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.
Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
KUALA LUMPUR:
Bayangkan jika Datuk Seri Anifah Aman sendiri adalah sebahagian
daripada rakyat Sabah yang hidup dalam kesempitan dan di bawah paras
kemiskinan.
“Mungkin beliau dan adiknya antara yang paling lantang menentang pemimpin korup seperti pemimpin negeri itu sekarang,” kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada rayuan Anifah kepada rakyat Sabah supaya jangan berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Katanya, nada suara Anifah pula seperti sudah berputus asa sehingga merayu-rayu rakyat mendengar permintaannya.
“Hakikatnya, kenyataan beliau telah menghina rakyat Sabah,” ujarnya lagi.
Menurutnya, rakyat Sabah masih diminta bersabar untuk sepenggal malah sedekad lagi di bawah pemerintahan BN meskipun janji mereka tidak tertunai.
“Sudah berpuluh tahun menderita diminta bersabar lagi?” katanya.
Menurut beliau, Sabah bukannya sebuah negeri yang miskin kerana hasil buminya banyak, daripada minyak petroleum kepada hasil hutan, balak, kelapa sawit, getah dan lain-lain lagi.
Katanya lagi, melalui hasil minyak petroleum sahaja sebenarnya mampu menampung kehidupan rakyat di sana.
Namun, kata beliau entah berapa peratus hasil kekayaan bumi Sabah mengalir ke dalam kehidupan rakyat negeri itu.
“Apabila Pakatan Rakyat memberi komitmen untuk memberi royalti minyak kepada negeri itu sebanyak 20 peratus serta merta beliau dan pemimpin Umno Sabah lainnya menggelabah.
“Mengapa beliau begitu gelisah apabila PR mahu hadiahkan hasil kekayaan bumi yang disedut dari negeri tersebut kepada warganya?” tanya beliau.
Justeru, katanya apa salahnya jika rakyat Sabah menikmati sebahagian kecil dari kekayaan negeri itu.
Beliau berkata, jika royalti 20 peratus diberikan kepada Sabah atau negeri-negeri pengeluar minyak dikatakan boleh memufliskan negara, mengapa beliau tidak menilaikan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN negeri tersebut berjumlah berbilion ringgit tidak pula boleh memufliskan negeri Sabah dan negara.
Tambahnya, amalan ketirisan, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa kerat pemimpin negara jauh lebih memudaratkan negara daripada memberi sebahagian kecil untuk rakyat negeri itu.
“Dengan kekayaan yang dimilikinya sebagai Menteri Luar dan adiknya sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau boleh menasihatkan rakyat supaya bersabar dan berputus asa.
“Lihatlah jurang kehidupan beliau, adik dan keluarganya dan bandingkan dengan kehidupan rakyat di bawah sana,” katanya.
(Saari bersama sukarelawannya menghantar tong sampah baru untuk penduduk Ukay Perdana)
HULU KELANG: Bagi mempastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasannya, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib membuat kempen ‘Buanglah Sampah Di Tempat Sepatutnya’.
Ia dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Jawatankuasa Penduduk (MPAJ) Zon 4 dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Kempen itu dilancarkan sempena Kempen Kebersihan DUN Hulu Kelang 2013 bertemakan ‘Selangorku Bersih dan Indah’ yang telah selamat dirasmikan oleh Saari di Tapak Pasar Malam Ukay Perdana.
(Saari mengangkat sendiri tong sampah baru untuk penduduk kawasannya)
Melalui kempen ini, setiap dua buah kedai akan menerima sebuah tong sampah 'Two Wheel Bin' bagi menggantikan 'Rumah Sampah' yang ditutup.
Ini berikutan kegagalan 'Rumah Sampah' berjalan dengan baik sehingga menjadi tempat yang 'menyampah' kerana penuh dengan sampah yang terbiar di situ.
Sehubungan itu, Saari bersama dengan anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali menyumbangkan tong-tong sampah dua tayar untuk mereka.
Ia diserahkan kepada penduduk dan pemilik kedai di sekitar Ukay Perdana baru-baru ini.
Saari sendiri menyerahkan tong-tong sampah itu bersama dengan sukarelawan Selangorku di Ukay Perdana baru-baru ini.
BAYAN BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Md Taib di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Dalam kunjungan itu, Ustaz Taib kelihatan beransur pulih dan berbual-bual dengan Ustaz Abdul Hadi dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri.
Ustaz Taib Azamuden sudah stabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak menunaikan solat Dhuha pada 23 Januari lalu di rumahnya.
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya
akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam
tempoh 14 hari.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.
"Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.
Hasil dari siasatan awal yang dilakukan ujar Khalid, kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.
"Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
"Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya.
Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan memantau aduan kekerapan paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.
"Rakyat tidak harus dibiarkan tunggu terlalu lama," katanya melalui Facebook hari ini.
Kenyataan terbaru itu sekaligus memperlihatkan tahap kesediaan kerajaan negeri berdepan pilihan raya kali ini.
Selangor sehingga kini antara negeri yang diserang hebat oleh Umno BN dalam usaha mereka merampas kembali negeri itu selepas tewas pada pilihan raya 2008 lalu.
Pelbagai usaha dilakukan bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.
Bagaimanapun dalam banyak hal, Selangor sering mendapat pujian termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak ditadbir Pakatan Rakyat.
Selangor juga dikatakan 'pusat perang' pada pilihan raya kali. Ianya juga digelar 'lubuk emas' memandangkan kekayaan hasil bumi dan kepesatan industri di sini.
Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.
Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Bayangkan Anifah Aman antara rakyat Sabah miskin
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
“Mungkin beliau dan adiknya antara yang paling lantang menentang pemimpin korup seperti pemimpin negeri itu sekarang,” kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada rayuan Anifah kepada rakyat Sabah supaya jangan berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Katanya, nada suara Anifah pula seperti sudah berputus asa sehingga merayu-rayu rakyat mendengar permintaannya.
“Hakikatnya, kenyataan beliau telah menghina rakyat Sabah,” ujarnya lagi.
Menurutnya, rakyat Sabah masih diminta bersabar untuk sepenggal malah sedekad lagi di bawah pemerintahan BN meskipun janji mereka tidak tertunai.
“Sudah berpuluh tahun menderita diminta bersabar lagi?” katanya.
Menurut beliau, Sabah bukannya sebuah negeri yang miskin kerana hasil buminya banyak, daripada minyak petroleum kepada hasil hutan, balak, kelapa sawit, getah dan lain-lain lagi.
Katanya lagi, melalui hasil minyak petroleum sahaja sebenarnya mampu menampung kehidupan rakyat di sana.
Namun, kata beliau entah berapa peratus hasil kekayaan bumi Sabah mengalir ke dalam kehidupan rakyat negeri itu.
“Apabila Pakatan Rakyat memberi komitmen untuk memberi royalti minyak kepada negeri itu sebanyak 20 peratus serta merta beliau dan pemimpin Umno Sabah lainnya menggelabah.
“Mengapa beliau begitu gelisah apabila PR mahu hadiahkan hasil kekayaan bumi yang disedut dari negeri tersebut kepada warganya?” tanya beliau.
Justeru, katanya apa salahnya jika rakyat Sabah menikmati sebahagian kecil dari kekayaan negeri itu.
Beliau berkata, jika royalti 20 peratus diberikan kepada Sabah atau negeri-negeri pengeluar minyak dikatakan boleh memufliskan negara, mengapa beliau tidak menilaikan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN negeri tersebut berjumlah berbilion ringgit tidak pula boleh memufliskan negeri Sabah dan negara.
Tambahnya, amalan ketirisan, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa kerat pemimpin negara jauh lebih memudaratkan negara daripada memberi sebahagian kecil untuk rakyat negeri itu.
“Dengan kekayaan yang dimilikinya sebagai Menteri Luar dan adiknya sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau boleh menasihatkan rakyat supaya bersabar dan berputus asa.
“Lihatlah jurang kehidupan beliau, adik dan keluarganya dan bandingkan dengan kehidupan rakyat di bawah sana,” katanya.
Tong sampah 2 roda ganti rumah sampah
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
(Saari bersama sukarelawannya menghantar tong sampah baru untuk penduduk Ukay Perdana)
HULU KELANG: Bagi mempastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasannya, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib membuat kempen ‘Buanglah Sampah Di Tempat Sepatutnya’.
Ia dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Jawatankuasa Penduduk (MPAJ) Zon 4 dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Kempen itu dilancarkan sempena Kempen Kebersihan DUN Hulu Kelang 2013 bertemakan ‘Selangorku Bersih dan Indah’ yang telah selamat dirasmikan oleh Saari di Tapak Pasar Malam Ukay Perdana.
(Saari mengangkat sendiri tong sampah baru untuk penduduk kawasannya)
Melalui kempen ini, setiap dua buah kedai akan menerima sebuah tong sampah 'Two Wheel Bin' bagi menggantikan 'Rumah Sampah' yang ditutup.
Ini berikutan kegagalan 'Rumah Sampah' berjalan dengan baik sehingga menjadi tempat yang 'menyampah' kerana penuh dengan sampah yang terbiar di situ.
Sehubungan itu, Saari bersama dengan anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali menyumbangkan tong-tong sampah dua tayar untuk mereka.
Ia diserahkan kepada penduduk dan pemilik kedai di sekitar Ukay Perdana baru-baru ini.
Saari sendiri menyerahkan tong-tong sampah itu bersama dengan sukarelawan Selangorku di Ukay Perdana baru-baru ini.
Presiden PAS ziarah Ustaz Taib Azamudden
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
BAYAN BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Md Taib di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Dalam kunjungan itu, Ustaz Taib kelihatan beransur pulih dan berbual-bual dengan Ustaz Abdul Hadi dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri.
Ustaz Taib Azamuden sudah stabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak menunaikan solat Dhuha pada 23 Januari lalu di rumahnya.
Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.
"Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.
Hasil dari siasatan awal yang dilakukan ujar Khalid, kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.
"Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
"Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya.
Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan memantau aduan kekerapan paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
Umno cuba gagalkan MB agih geran kepada peneroka
M Faqih, | 30 Jan 2013 |
GUA MUSANG: Sekumpulan
penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan
program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di
RKT Lebir hari ini.
Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.
Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.
Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.
“ Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.
"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.
Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.
Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya.
Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.
Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din.
Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.
Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.
Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.
Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat.
KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah kesal dengan tindakan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kewarganegaraan kepada
pendatang asing semasa pentadbirannya.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan Mahathir memberi kewarganegaraan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan memberi kesan kepada rakyat Sabah sekarang ini.
"Sebagai rakyat Sabah saya kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang melakukan tindakan tidak mengikut prosedur dan undang-undang.
"Sekarang ini kita sendiri pun tidak dapat membezakan mana penduduk yang betul, mana penduduk yang dapat kerakyatan melalui pemberian IC ini.
"Rakyat asing mula menguasai negeri kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Aminuddin juga berkata, rakyat Sabah juga tertanya-tanya sikap berdiam diri kerajaan walaupun orang yang terlibat dalam perkara ini sudah pun membuat pengakuan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
"Kita tidak persoalkan kalau kerakyatan itu diberikan kepada mereka yang memang layak dan mengikut undang-undang yang betul.
"Sebahagian yang mengaku melakukan perkara itu sudah pun membuat pengakuan tapi kenapa tindakan yang diambil? Diam begitu sahaja," katanya.
Justeru tegasnya, pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih amanah dalam menjaga kedaulatan negara dengan tidak memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing sewenang-wenangnya.
"Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menteri yang berkaitan seharusnya menjaga amanah mereka.
"Jangan permudahkan hal yang salah kerana tindakan mereka ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia," tegasnya.
Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.
Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.
Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.
“ Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.
"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.
Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.
Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya.
Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.
Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din.
Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.
Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.
Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.
Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat.
Projek IC: Rakyat Sabah kecewa negeri digadai
Hazayani Zakaria, | 30 Jan 2013 |
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan Mahathir memberi kewarganegaraan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan memberi kesan kepada rakyat Sabah sekarang ini.
"Sebagai rakyat Sabah saya kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang melakukan tindakan tidak mengikut prosedur dan undang-undang.
"Sekarang ini kita sendiri pun tidak dapat membezakan mana penduduk yang betul, mana penduduk yang dapat kerakyatan melalui pemberian IC ini.
"Rakyat asing mula menguasai negeri kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Aminuddin juga berkata, rakyat Sabah juga tertanya-tanya sikap berdiam diri kerajaan walaupun orang yang terlibat dalam perkara ini sudah pun membuat pengakuan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
"Kita tidak persoalkan kalau kerakyatan itu diberikan kepada mereka yang memang layak dan mengikut undang-undang yang betul.
"Sebahagian yang mengaku melakukan perkara itu sudah pun membuat pengakuan tapi kenapa tindakan yang diambil? Diam begitu sahaja," katanya.
Justeru tegasnya, pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih amanah dalam menjaga kedaulatan negara dengan tidak memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing sewenang-wenangnya.
"Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menteri yang berkaitan seharusnya menjaga amanah mereka.
"Jangan permudahkan hal yang salah kerana tindakan mereka ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia," tegasnya.
NGO Hijau putus masuk politik kempen tolak BN
Anis Nazri, | 30 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah
pelbagai usaha dilakukan untuk menentang isu kerosakan alam sekitar,
namun tidak diendahkan kerajaan, NGO Himpunan Hijau hari ini memutuskan
untuk menyertai politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Bagaimanapun menurut Himpunan Hijau, penyertaan dalam politik itu menjurus kepada kerja-kerja berkempen dan merayu undi supaya rakyat memilih untuk menolak kepimpinan Umno BN pada PRU13 nanti.
Pengerusinya, Wong Tack berkata pihaknya sudah tidak mempunyai pilihan, selain turun bersama-sama jentera parti Pakatan Rakyat dalam usaha meraih undi untuk mengubah kerajaan sedia ada.
"Kita sudah tidak ada pilihan lain selepas pelbagai cara kita lakukan untuk menyatakan suara kita berhubung isu kilang nadir bumi, Lynas.
"Namun sikap kerajaan yang tidak mengendahkan tuntutan kami menyebabkan kami terpaksa memilih untuk terjun dalam politik bagi menumbangkan BN," kata beliau pada satu sidang media, di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, hari ini.
Bagi menjayakannya, Himpunan Hijau melancarkan kempen Serambi Hijau Pahang yang memfokuskan enam kerusi di peringkat parlimen, dan 14 kerusi di peringkat Dun Pahang.
Enam kerusi parlimen tersebut meliputi Kuantan, Indera Mahkota, Temerloh, Raub, Cameron Highlands dan Bentong.
Menurut Wong Tack, bagi menggerakkan kempen di kalangan pengundi di setiap kawasan, satu pasukan yang dinamakan Angkatan Mat Kilau akan ditubuhkan.
Mengambil semangat perjuangan Mat Kilau, perjuangan Himpunan Hijau dikatakan selaras dengan perjuangan Mat Kilau dalam membebaskan negara dari penjajahan.
Penasihat Himpunan Hijau, Wong Chin Huat ketika menjelaskannya berkata, perjuangan Himpunan Hijau menghentikan operasi kilang Lynas yang berasal dari Australia itu disifatkan sebagai satu penjajahan bentuk baru.
Menurutnya dalam kempen Serambi Hijau itu, tiga dari kawasan yang menjadi fokus Himpunan Hijau mengalami kesan alam sekitar yang teruk iaitu Kuantan - kilang Lynas, Raub (lombong emas sianida) dan Cameron Highlands (pembangunan dan pembalakan).
Menyentuh berkenaan gerak kempen yang akan dilakukan, khususnya kepada masyarakat Melayu, Wong Tack berkata anggota Mat Kilau akan turun ke kampung-kampung dalam usaha tersebut.
"Kita akan pergi ke seluruh pelusuk negeri untuk merayu untuk menumbangkan BN kerana tidak mendengar suara rakyat.
Kita akan masuk ke kampung-kampung, menemui setiap keluarga untuk berkempen tentang keburukan segala projek yang memudaratkan. Kita mahukan kerajaan yang mendengar dan menjaga hak rakyat sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini," tegas beliau.
Dalam pada itu, Himpunan Hijau turut mengingatkan Pakatan Rakyat untuk menghentikan operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan sekiranya berjaya pada PRU13 ini.
Badan itu memberi masa 30 hari untuk Pakatan Rakyat berbuat demikian, tanpa sebarang kompromi.
Turut serta pada sidang media tersebut Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said; Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dan beberapa pemimpin NGO alam sekitar.
Drama ini merosakkan imej wanita berhijab. Wanita yang berpakaian sebegitu tidaklah 'murah' untuk berdating dan berpegangan tangan...Pembikin filem sepatutnya menonjolkan kesucian Islam bukannya memperlekehkan pakaian sunnah...
http://www.youtube.com/watch?v=S0uxa3j1n4M&feature=player_embedded#!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
LONDON: Pergerakan
Hamas telah menunda pemilihan ketua Biro Politik baru dalam usaha
memujuk penyandangnya, Khalid Mishal, untuk menerima pencalonan bagi
tempoh kelima.
Satu sumber dari Palestin memberitahu Asharq Al-Awsat bahawa penundaan Majlis Syura Hamas bertujuan untuk memberikan Arab, Palestin, dan parti-parti Islam masa untuk memujuk Mishal mengubah fikiran beliau.
Sumber yang bercakap kepada Asharq Al-Awsat dengan syarat namanya tidak didedahkan berkata tekanan ke atas Mishal meningkat disebabkan oleh perubahan jawatan pemimpin pergerakan peringkat tempatan, terutamanya selepas perang Israel ke atas Gaza baru-baru ini dan lawatan Mishal ke Semenanjung.
Sumber itu menegaskan bahawa pihak Hamas yang berpangkalan di luar negara, yang sebelum ini mempunyai keraguan mengenai Mishal kini yakin bahawa dia harus terus memimpin pergerakan tersebut dalam keadaan sekarang.
Sementara itu, orang-orang yang masih mempunyai keraguan tidak lagi vokal kerana populariti semasa Mishal.
Sumber utama tekanan ke atas Mishal datang dari Mesir, atau secara spesifiknya Ikhwan Muslimin; sumber Palestin tersebut memberitahu Asharq Al-Awsat.
Ikhwanul Muslimin melihat Mishal sebagai individu yang boleh membawa pergerakan ke arah perdamaian kebangsaan, yang akan menamatkan pembahagian Palestin.
Sumber itu turut berkata bahawa beberapa pihak Arab dan Islam seperti Qatar dan Turki, juga mengenakan tekanan ke atas Mishal untuk menarik kembali keputusan beliau untuk tidak menyambung tugasnya.
Sumber juga turut mengatakan bahawa walaupun pertengkaran antara Fatah dan Hamas, dua pergerakan tersebut sedar bahawa mencapai perdamaian kebangsaan adalah penting untuk kedua-dua belah pihak.
Sumber itu menegaskan bahawa Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyedari kejayaan tindakan yang dirancang di peringkat antarabangsa bergantung kepada keupayaannya untuk memulihkan perpaduan rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sumber itu berkata bahawa banyak pihak Eropah menerima hujah Israel bahawa Abbas tidak boleh mewakili Palestin kerana kewujudan dua kerajaan di Gaza dan Ramallah.
KUALA LUMPUR: Bekas anggota Puteri Umno, Siti Azma Mohd Zin sedih kerana difitnah oleh Adun BN selepas kisah kemiskinan hidupnya yang tinggal di ‘rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.
Menurutnya, antara fitnah yang sedang menjadi buah mulut kononnya beliau terlibat dengan perbuatan maksiat dan sering bertukar-tukar pasangan, lapor BuletinOnline.
Beliau memberitahu demikian ketika dikunjungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat di 'rumah kotaknya' di Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, semalam.
Lihat video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gxb2qbSDqbs#!

Drama Sahara di Astro Prima menghina Islam
http://kafesantai.blogspot.com, | 30 Jan 2013 |
Drama SAHARA di Astro Prima Menghina Islam
Drama ini merosakkan imej wanita berhijab. Wanita yang berpakaian sebegitu tidaklah 'murah' untuk berdating dan berpegangan tangan...Pembikin filem sepatutnya menonjolkan kesucian Islam bukannya memperlekehkan pakaian sunnah...
http://www.youtube.com/watch?v=S0uxa3j1n4M&feature=player_embedded#!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Ikhwan pujuk Khalid Mishal agar kekal
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 30 Jan 2013 |
Satu sumber dari Palestin memberitahu Asharq Al-Awsat bahawa penundaan Majlis Syura Hamas bertujuan untuk memberikan Arab, Palestin, dan parti-parti Islam masa untuk memujuk Mishal mengubah fikiran beliau.
Sumber yang bercakap kepada Asharq Al-Awsat dengan syarat namanya tidak didedahkan berkata tekanan ke atas Mishal meningkat disebabkan oleh perubahan jawatan pemimpin pergerakan peringkat tempatan, terutamanya selepas perang Israel ke atas Gaza baru-baru ini dan lawatan Mishal ke Semenanjung.
Sumber itu menegaskan bahawa pihak Hamas yang berpangkalan di luar negara, yang sebelum ini mempunyai keraguan mengenai Mishal kini yakin bahawa dia harus terus memimpin pergerakan tersebut dalam keadaan sekarang.
Sementara itu, orang-orang yang masih mempunyai keraguan tidak lagi vokal kerana populariti semasa Mishal.
Sumber utama tekanan ke atas Mishal datang dari Mesir, atau secara spesifiknya Ikhwan Muslimin; sumber Palestin tersebut memberitahu Asharq Al-Awsat.
Ikhwanul Muslimin melihat Mishal sebagai individu yang boleh membawa pergerakan ke arah perdamaian kebangsaan, yang akan menamatkan pembahagian Palestin.
Sumber itu turut berkata bahawa beberapa pihak Arab dan Islam seperti Qatar dan Turki, juga mengenakan tekanan ke atas Mishal untuk menarik kembali keputusan beliau untuk tidak menyambung tugasnya.
Sumber juga turut mengatakan bahawa walaupun pertengkaran antara Fatah dan Hamas, dua pergerakan tersebut sedar bahawa mencapai perdamaian kebangsaan adalah penting untuk kedua-dua belah pihak.
Sumber itu menegaskan bahawa Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyedari kejayaan tindakan yang dirancang di peringkat antarabangsa bergantung kepada keupayaannya untuk memulihkan perpaduan rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sumber itu berkata bahawa banyak pihak Eropah menerima hujah Israel bahawa Abbas tidak boleh mewakili Palestin kerana kewujudan dua kerajaan di Gaza dan Ramallah.
Bekas Puteri Umno sedih difitnah tukar pasangan
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas anggota Puteri Umno, Siti Azma Mohd Zin sedih kerana difitnah oleh Adun BN selepas kisah kemiskinan hidupnya yang tinggal di ‘rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.
Menurutnya, antara fitnah yang sedang menjadi buah mulut kononnya beliau terlibat dengan perbuatan maksiat dan sering bertukar-tukar pasangan, lapor BuletinOnline.
Beliau memberitahu demikian ketika dikunjungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat di 'rumah kotaknya' di Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, semalam.
Lihat video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gxb2qbSDqbs#!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan