Posted on Tuesday, January 29 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: paklongdin
"
Hodoh betoi cara Umno berkempen... geli Pak Long tengok...
Memang la keluarga budak William Yau tengah bersedih. Sapa tak sedih bila anak cucu yang depa sayang tu, baru berumoq 6 tahun dah pergi mengadap Ilahi... Dah tu pi dalam keadaan yang menyedihkan pulak tuh...
Bukan tak boleh nak pujuk orang bersedih neh... Bukan salah besaq sangat pun nak boh gambaq kat surat habaq, bagitau kat semua yang kita ni baik tapi, cari la gambaq yang senonoh sikit. Ni ka, boh gambaq yang kamera men penuh dok menyemak depan tuh... Geli la orang kampung tengok. Hangpa buat macam ikut skrip pulak time orang lain dok susah hati... hadoiihh...
KM Melaka, Mohd Ali Rustam (duduk bertinggung tiga dari kanan) cuba menenangkan nenek William Yau, Chee Chau Moi, 68, dihadapan puluhan kamera men... Nenek si William neh tak dapat menahan kesedihan masa upacara pembakaran mayat cucunya di pusat pembakaran di Jelutong, Sungai Putat, Melaka.
William dilaporkan hilang pada 16 Januari lepas di Putra Heights, Puchong dan ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. - Foto Bernama
Teringat kata-kata hj Karim, ayaq turun mai dari gunung-gunung tapi kebijaksanaan turun mai dari kelaku buat kita...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/
Utusan Meloya Cuba Memperbodohkan Pembaca
Posted on Tuesday, January 29 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: NordinAli
"Utusan ini memang akhbar bebal. Sudah berkali-kali di saman masih lagu tu juga!! Saya tak tahu bagaimana rupa ketua pengarang yang bebal ini. Hari ini ada cerita Amanat. Antara lain disebut:-
Solat Jumaat 'berimamkan' radio
PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.
Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.
Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas. “Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.
Bangang betul pengarang, kalau dia tak solat kerana iman kerajaan kafir habis dalam radio tu iman PAS ke?? Nak tipu pun biarlah betul!!
Nordin Ali
http://nordinali.blogspot.com/"
Surat Terbuka Untuk Majalah Hijabista
Posted on Tuesday, January 29 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: solihinzubir
"Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…
Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda.
Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.
Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?
Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.
Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.
Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.
Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam
Ikhlas,
Muslimah yang Risau
sumber: Muntah Pelangi"
Cara Memperkukuhkan Tali Persaudaraan
Posted on Tuesday, January 29 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog PenjagaKubur96
Berbicara persaudaran Islam, mungkin ada dikalangan kita menganggap suatu yang remeh. Tapi sedar atau tidak sedar persaudaraan Islam dikalangan umat Islam makin hampir tipis. Bahkan dalam jammah Islam pun persaudaraan Islam tidak sebagaimana yang diajukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani). Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut: Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA)
Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)
Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah) Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)
MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."
Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).
Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi.
Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.
PenjagaKubur
http://penjagakubur96.blogspot.com
Pengguguran TP PAS Perkara Biasa
Posted on Tuesday, January 29 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Mohd Sayuti Omar
Pengguguran bekas timbalan presiden PAS, dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama tidak perlu diberi ulasan panjang. Pemecatan itu adalah perkara biasa. Seperti mana kata Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat suami isteri pun bercerai jadi pengguran itu adalah perkara biasa.
Orang PAS tidak perlu menangis dan bersedih, apa lagi tercabut kain, terimalah semua itu sebagai takdir. Cuma ingat satu sahaja, PAS adalah sebuah jemaah dan bukan milik individu. PAS lebih besar dari sesiapa hatta Nik Aziz. Siapa pun dia namun jemaah mengatasi segala-galanya.
Seorang pergi meninggalkan PAS ribuan yang memasukinya. Selagi PAS tetap atas perjuangan asal ia tetap menjadi pilihan. Jangan ambil kira yang melarikan diri kerana mereka mengejar sesuatu yang PAS tidak dapat berikan kepada mereka. Ini sudah terbukti sejak penubuhannya tahun 1952 PAS terus membesar dan disokong hingga apa yang wujud hari ini.
Justeru isu bekas timbalan presiden itu hanya sebesar tahi cicak terpotong dua saja.
Sebelum ini pun ramai yang diambil tindakan dan kerana itu mereka terus berjauhan dengan PAS malah ada yang menghentam dan memaki hamu PAS dari belakang. Itu biasa. Dan PAS tidak pun terjejas apa-apa. Sebab apa, yang diperkirakan orang ialah PAS bukan orangnya.
Dalam kes bekas timbalan presiden itu, ianya jelas. PAS telah memberi beberapa kali peringatan tetapi dia terus dengan keputusan dan kepercayaannya. Siapa yang boleh memujuk atau menahan dia? Dia bukan seorang budak yang perlu diberi tunjuk ajar. Dia menjadi ahli Parlimen PAS dua kali. Dia juga pernah menjadi timbalan presiden dua penggal, jadi dia berada di tempat paling tinggi. Tidak bererti bila sudah sampai ke tempat itu dia berada di pihak benar, tidak.
Sesuatu yang mungkin dia tidak sedar bahawa kemenangan dia untuk jawatan timbalan presiden PAS dulu bukan atas kredibilitinya. Kemenangan itu adalah kerana strategi politik. Inilah yang salah ditafsirkan oleh beliau sehingga beliau merasakan dia lebih berhak untuk menjadi timbalan presiden kemudian dia merasakan berpengaruh.
Saya akan menceritakan detik-detik awal bagaimana dia dicalonkan untuk mencabar Allahyarham Hassan Shukeri untuk merebut jawatan timbalan presiden yang ditinggalkan oleh Abdul Hadi Awang selepas ketiadaan Allahyarham Fadhil Mohd Noor. Ramai mungkin yang tidak tahu cerita di sebalik ini. Dan dia juga tidak insaf apa yang berlaku di sekitar dirinya.
Orang PAS perlu mengucap selamat berjuang dalam wadah baru kepada beliau. Kalau dia memilih Umno itu adalah pilihan yang tepat baginya bila dilihat kepada karektor dan juga pembawaannya. Angkatlah tangan dan berdoalah semoga dia berjaya dengan caranya sendiri. Mereka yang kekal dalam PAS hendaklah istiqamahkan perjuangan. [wm.kl.8:47 pm 28/01/13]
Sumber: msomelayu.blogspot.com
Nak tahu Kenapa B END Nak sangat Negeri Kelantan..Jom Baca
Posted on Tuesday, January 29 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: abuluqman
"
Emas Yang Dijumpai Dalam Negeri Kelantan ..dan Di Proses.. Masih Banyak lagi..
Siapa kata pelabur asing tak melabur di Kelantan? Hari ni The Straits Times Singapore dalam beritanya melaporkan Singapore Listed CNMC dan China National Gold melabur di lombong emas Sokor di Kelantan? Susah nak baca berita2 psl investments kat Kelantan kalau nak harapkan mainstream medias kat Bolehland.
KOTA BHARU:Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu.
Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri.
“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,”ujarnya.
Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.
Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang.
Bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri akan berunding dengan syarikat terbabit secepat mungkin disamping mengguna pakai setiap undang-undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak.
Antaranya melalui saman kerajaan negeri kepada Petronas, kerajaan Pusat menyatakan minyak di atas daratan adalah hak sepenuhnya negeri berkenaan bukannya pusat.
Beliau juga turut mengakui, rizab penemuan minyak itu lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di laut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Pusat dan Petronas yang mendakwa Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kedudukannya melebehi tiga batu nautika dari daratan.
Ini bermakna, katanya apabila penemuan minyak di darat dalam negeri Kelantan, kerajaan Pusat tidak boleh berbuat apa-apa berdasarkan hujah tersebut.
“Adakah kerajaan Pusat boleh menerima dengan dakwaan mereka sendiri dan Kelantan tidak akan membayar pada mereka walaupun satu sen berdasarkan hujah tersebut, sekiranya benar hasil minyak benar-benar terdapat di darat,”ujarnya.
Husam juga turut menyifatkan kenyataan Petronas dan kerajaan sebagai berbahaya apabila mendakwa Kelantan hanya boleh mendapat hasil sekiranya ia dikeluarkan dari bumi negeri itu. Sila Like Blog AKOK
Nukilan Abu Luqman"
Toyota kembali pengeluar kenderaan terbesar dunia
Posted on Tuesday, January 29 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh AFP
TOKYO 28 Jan. - Tiga buah syarikat pengeluar kenderaan Jepun, Toyota, Nissan dan Honda telah merekodkan peningkatan jualan pada tahun lalu, sekali gus menyaksikan Toyota menjadi pengeluar kenderaan terbesar dunia.
Berikutan itu, Toyota berjaya mengatasi General Motors (GM) dari Amerika Syarikat (AS).
Keputusan jualan pada tahun lalu memperlihatkan pemulihan ketiga-tiga pengeluar kenderaan itu selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan jualan dan pengeluaran pada 2011.
Selain itu, pemulihan berlaku akibat permintaan kukuh di pasaran negara-negara utama Asia dan Amerika Syarikat.
Pemulihan itu telah membantu mengimbangi krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi di China yang berpunca daripada masalah hubungan diplomatik antara China dan Jepun.
Pada Isnin lalu, Toyota berkata, jualan tahun lalu meningkat sebanyak 22.6 peratus kepada 9.75 juta kenderaan, sementara Nissan telah memperlihatkan peningkatan sebanyak 5.8 peratus pada tahun lalu, meningkat kepada 4.94 juta buah kenderaan.
Pengeluar kenderaan nombor tiga di Jepun, Honda, telah mencatatkan jualan sebanyak 3.81 juta kenderaan pada tahun 2011.
Angka terbaharu itumengesahkan Toyota kembali meningkat dalam jualan global setelah ditewaskan oleh GM pada 2011 yang berpunca daripada bencana alam.
Krisis banjir di Thailand yang menempatkan kilang pengeluaran kereta Jepun pada tahun yang sama juga telah dirujuk sebagai tahun yang teruk, kata penganalisis ekonomi Nomura, Masataka Kunugimoto.
Kata Kunugimoto, tahun lalu merupakan tahun kembali pulih dan kembali normal. - AFP
PANAS -Azwan Ali marah Ummi Hafilda dan Mak Tom
Posted on Thursday, January 24 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: Dukunpasir
"Kita pun tak tahu apa punca sebenar ,adakah disebabkan POLITIK MAKA SEBUAH INSTITUSI KELUARGA hancur!!>Amat malang bila hampir kesemua ahli keluarga ini DIKENALI ......lebih malang lagi bila masing masing ada pengikut, masing masing ada KEMAHUAN DAN MASING MASING ada agenda
Bila
dikenali...DAN BERLAKU sesuatu kejadian atau perkara ianya tidak
dapat disorok malah lebih zalim lagi ianya akan dibongkar untuk
menambah aib pada keluarga dan diri sendiri.
Rujuk berita disini.........(Klik sini)
Dan rujuk pula kenyataan Azwan Hj. Ali dibawah ini
Jika
anda tak faham , apa yang difahami ......Azwan marah pada Ummi Hafilda
dan apa yang berlaku dimalam majlis persandingan Ummi pada Mak TomYANG
JATUH DALAM BILIK AIR adalah satu balasan atau bala .
Macam
manapun kita tak perlu menambahkan lagi barah yang ada, cukup kita
ketahui KERANA MEMANG NALURI KITA NAK TAHU APA YANG BERLAKU PADA ORANG
YANG TERKENAL.........dan kita sama sama doakan kesejahteraan Mak Tom
dan semua ahli keluarganya.......Amin.........!!
Berita sepenuhnya KLIK SINI Beli sendiri dengan duit tabung atuk!
Posted on Friday, September 21 @ 02:27:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Picture2u
Ramai tak sedar bahawa DS Rosmah adalah seorang penjimat dan suka menabung. Malah hampir semua keluarganya suka menabung. Jam tangan tatap belian baru berjenama Franck Muller sekitar RM350k itu adalah hasil tabungan atuk Rosmah.
......
http://kide-picture2u.blogspot.com
Kelibat Terkini Nur Amalina
Posted on Friday, December 28 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: laniismaa
"Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini [SINI].
Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.
“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.
“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.
“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.
Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP serta bagaimana Arash Mohdbantai Zed Zaidi di FB [SINI].
EkELEH.COM"
SULTAN Kelantan dengan Fitnah terbaru!
Posted on Wednesday, January 09 @ 15:36:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: Dukunpasir
"
Tak tahu dimana rasionalnya mereka mengeluarkan cerita ini. Jika benar sekalipun berita ini ianya hak mutlak seorang Sultan Kelantan, tetapi apabila dibaca apa yamg mereka mereka tulis ..Mereka mendakwa isu kereta ini tiada kaitan dengan politik cuma untuk membandingkan kemewahan seorang raya dengan rakyatnya..TETAPI macamlah kita tak boleh berfikir..
Kalau
benar bagai dikata, kenapa kemewahan dan keborosan Sultan Sultan LAIN
tidak dipaparkan?? Jika hendak adil dan tidak dituduh CUBA MENCEMARKAN
SISTEM BERAYA, paparkan semua kemewahan dan kemegahan dan tidak TERTUMPU
PADA SEORANG RAJA @ SULTAN.
Selama ini mereka berpesan....Jangan heret institusi raja kedalam politik..Nah!! Sekarang siapa yang heret isu ini sekarang?? Adakah dengan mendakwa SULTAN KELANTAN MEMPUNYAI KERETA SEMEWAH INI kamu sudah berjaya menarik pengundi menyokong Barisan Nasional cuma kerana Sultan Kelantan akrap dan mesra alam dengan kepimpinan Pas Kelantan??
SUMBER : http://jomgelakla.blogspot.com
Anak dara Ustaz yang baca doa dalam perhimpunan pemuda wanita dan puteri UMNO
Posted on Wednesday, November 28 @ 22:00:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: LensaHandPhone
"
Anak dara Ustaz yang baca doa dalam perhimpunan pemuda wanita dan puteri UMNO semalam.Antara doa yang di bacakan ialah
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah!
Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu
Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai
Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah
Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami
Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami
fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah
Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.
Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com "
Allah Hu Akhbar : Terharu dan Gembira , rasa sejuk mata Lihat Gambar Nie.!!!!.
Posted on Monday, October 01 @ 05:29:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: abuluqman
"
KDYMM Sultan Kelantan .Solat Berjemaah , diImamkan oleh Tuan Guru.
KDYMM Sultan Kelantan menyampaikan cenderamata kepada YAB Tuan Guru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan