Kemaruk Harta ‘Bathil'
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Mengumpul
dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah
satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat
segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam
bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham
dan sebagainya.
Dalam
pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai
objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja
dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses
pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini,
lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.
Allah swt berfirman :
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Ertinya
: Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya
telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur (
At-Takathur : 1-2)
Kelalaian
itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara
sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan
perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak
pula diiktiraf oleh hukum Islam.
Nabi
s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti
mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah
kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian. Ada yang bertanya kepada saya:
"Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri"
yang lain pula bertanya :
"Sebagai
kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit
kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan
sebagainya, boleh tak ustaz?"
Saya
kira, soalan ini dikethaui jawapannya oleh penanya, tetapi ada
sebahagiannya bertanya kerana nafsu dan mindanya cuba untuk mencari
jalan mengharuskan.
"bagaimana
kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita
melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita
tidak akan suka, maka mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang
lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak
benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil' Jawab saya
ringkas.
Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tempat mangsa.
Syeikh
Rashid Ridha menegaskan “penghormatan harta yang dimiliki oleh orang
lain itu sebenarnya adalah merupakan penghormatan kepada hartamu
sendiri” ( Tafsir Al-Manar, 2/195)
STANDARD ISLAM BAGI MASYARAKAT MAJU
Justeru
sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam,
berkepimpinan cemerlang dalam tanggungjawab adalah mereka yang berjaya
membentuk rakyat sehingga hatinya bertaut jernih di antara satu dengan
lain. Sanggup dan 'ringan tulang ', bantu membantu dan harmoni tanpa ada
kerakusan untuk mengambil harta orang lain secara salah.
Hanya
dengan itu statistik rasuah benar-benar akan berjaya dikurangkan,
demikian juga rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan
lain-lain jenayah. Selagi kepimpinan meletakkan sasaran kemajuan
hartabenda, kekayaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau kayu
ukur kejayaan sehingga mengabaikan tugas memulih dan membersihkan jiwa
dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia rakus akan sentiasa
seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu pembangunan
material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli
dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan
menjadi tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi
oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang
miskin semakin papa kedana.
Kerana itulah Allah swt berfirman ;
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ
Ertinay : ..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.. (Al-Hasyr : 7)
Namun
apabila bab hukum dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan
kontrak pertukaran hak pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar,
gejala negatif akan meningkat.
Nabi bersabda :
ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة
Ertinya
: Tiadalah seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab
kepimpinan, lalu dia tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan
diperolehi bau syurga ( sekalipun) ( Riwayat Al-Bukhari, kitab al-ahkam,
no 6731)
MAKAN HARTA BATHIL
Allah berfirman,
وَلاَ
تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى
الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ
وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya
: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di
antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 188)
Imam
ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama
dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan.
Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan,
pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' sebagai suatu
perumpamaan.
Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :
ما لا يحل شرعاَ لأن الشرع نهى عنه ومنع منه وحرم تعاطيه كالربا والغرر ونحوهما والباطل ما لا فائدة فيه
Ertinya
: Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan
seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat ( buat Islam)
Imam
Al-Qurtubi memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan,
khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa
restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung
jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan
harta secara bathil. Beliau menyimpulkan
من أخذ مال غيره لا على وجه إذن الشرع فقد أكله بالباطل
Ertinya : Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.
Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada
ما لم يكن في مقابلة شيء حقيقي وهو من البطل
Ertinya
: Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar
(yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia
tergolong dalam erti bathil.
KALAU MENANG DI MAHKAMAH?
Mungkin
ada yang mendakwa bahawa melalui proses kehkaiman dan mahkamah, mereka
berjaya memperolehi hak ke atas sesutau harta yang pada asalnya bukan
miliknya. Namun, hasil kemenangan tersebut, kini ia telah sah menjadi
haknya hasil pengiktirafan hakim atau qadhi.
Al-Qurtubi menolak dakwaan tersebut dengan katanya:
ومن
أكل بالباطل أن يقضي القاضي لك وأنت تعلم أنك مبطل فالحرام لا يصير حلالا
بقضاء القاضي , لأنه إنما يقضي بالظاهر وهذا إجماع في الأموال
Ertinya
: Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi
(hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu
kamu (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan
sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan
hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’
dalam bab harta (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)
Pandangan itu jelas bersumberkan hadis Nabi
إنما
أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض ,
فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع
له قطعة من النار
Ertinya
: Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes
pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih
cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan
hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku
jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang
cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu
mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632,
no 3920 )
KESIMPULAN
Demikian
perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita
bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan
memperbanyakkan harta menjadi target utama di dalam kehidupan. Apabila
itu berlaku, kita akan dapati gejala negatif ini bertambah. Kerana
itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peringkat perlu segera
kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata
dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian,
keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.
Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-
a. Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,
b. Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,
c. Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,
d. Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.
e.
Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat
sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa
baik.
f. Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.
g. Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.
h. Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.
i. Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.
j.
Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima
kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan
kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.
k. Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan
sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan
bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian.
Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan
jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.
l. Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.
Akhir
sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di
mana terlalu ramai ramai yang kemaruk wang bathil, sabda nabi:
لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
Maksudnya
: “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya
mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia
memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah
harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali
tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Sebab ini Umno pasti kantoi....
http://karatijau.blogspot.com, | 19 Jan 2013 |
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab
segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik
pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa
pentadbirannya.
Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.
Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya di musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim terus berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena pilihanraya secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara segera ini terus mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat Sabah ketika itu dan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama mendiamkan diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi untuk membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui kewarganegaraan segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan Tun Mahathir tidak punya pilihan selain mengaku perbuatannya.
Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya apabila menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood kebangkitan rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu ditamatkan. Umno dan BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut sedar betapa mereka akan tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990 diperluas ke semenanjung!
JuRaGan : Apa yang mampu lagi kita harapkan kepada pimpinan-pimpinan Umno selama ini..Agama sudah mereka buang, bangsa dah menjadi bangsat dan kini Negara dijual kepada Warga Asing, semata2 untuk pertahankan kuasa yang selama ini pencacai najis Umno sangka mereka kuat...Rupanya hanya pendatang asing sebagai pemyambung hayat mereka...kalau tidak dah lama Umno Mampoussss.."Di mana Umno menang, Di situ Pendatang Asing kenyang"

PRU13: Mahathir, Najib dan Rosmah mula menggelabah
http://wargamarhaen.blogspot.com, | 19 Jan 2013 |
Hanya tinggal tidak sampai 3 bulan sahaja
lagi parlimen akan terbubar dengan sendirinya walau pun Najib cuba
mengelakkannya. Inilah pertama dalam sejarah negara penggal parlimen
hampir cukup 5 tahun kerana sebelum ini parlimen dibubarkan paling lama
pun 4 tahun selepas BN memerintah. Kenapa Najib terlalu takut untuk
mengadakan pilihan raya umum sehinggakan ia menyusahkan parti-parti
yang bersama dengan Umno dalam BN.
Baca http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/01/pru13-mahathir-najib-dan-rosmah-mula.html
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim mendakwa, kerajaan pusat lebih berminat menjaga periuk
nasi kroni berbanding kebajikan rakyat negeri ini.
Katanya, jika BN benar mahu membela nasib rakyat di negeri itu, sudah tentu kerajaan pusat akan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan air selangor dari diswastakan.
Namun katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pusat dilihat bermati-matian membela Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang memegang konsesi biarpun banyak masalah berlaku.
“Ia bukan isu politik tetapi isu rakyat. Kembalikan hak air kepada rakyat. Jangan diswastakan lagi, itu yang paling penting.
“Undang-undang bersetuju hak air boleh dikembalikan tetapi ada tiga pihak mesti bersetuju, Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan pemegang saham.
“Kerajaan Pusat tidak memihak kepada rakyat tetapi memihak kepada kroni. Kalau Kerajaan Pusat kata setuju ambil, esok kita boleh selesaikan,” katanya pada sidang media bersama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam..
Abdul Khalid berkata, penswastaan air dilakukan itu adalah satu kesilapan kerana diserahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mengendalikan operasi air.
Katanya, ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan menyarankan ia diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri.
“Ini jelas kita sudah melihat beberapa perkara termasuk penjagaan pam yang tidak dijaga dibiarkan saja rosak selama setahun," katanya.
KUALA LUMPUR: Pelbagai
andaian mula bergerak di alam maya sekarang ekoran tekanan yang
diberikan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad melalui suruhanjaya
penyiasatan diraja (RCI) pemberian kad pengenalan di Sabah.
Ada yang berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja memberikan tekanan ini kepada Tun Dr Mahathir selepas beliau ditekan melalui Deepak Jaikishan.
"Mahathir guna Deepak lemahkan Najib, Najib balas dengan kaitkan Mahathir isu pendatang asing Sabah," kata satu dalam laman sosial Facebook.
Namun begitu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataannya berkata, ada perancangan untuk mengenakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui RCI ini.
Azmin mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan RCI berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.
"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.
Azmin mengulas kenyataan saksi di RCI tersebut semalam yang mengaitkan dua bekas orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk menjadi pengundi di Sabah.
(Anwar dan Khalid ketika bercakap dengan media - foto Selangorku)
SHAH ALAM: Jika pendaftaran warga asing boleh berlaku di Sabah untuk dijadikan pengundi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ia juga berlaku di Semennajung khasnya di Selangor.
Anwar berkata, pendedahan dalam siasatan siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) itu membuktikan penglibatan SPR dalam isu tersebut dan ini meragukan kerana perkara sama turut berlaku kini di Selangor.
“Yang dipertikaikan sekarang ialah tidak mengikut peraturan, isu rasuah dan lebih mengejutkan ialah peranan SPR dalam proses penipuan ini.
“Kita mahukan respon segera daripada SPR kerana ia berlaku pada masa lalu dan kita mempunyai bukti berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorku.com
Sebelum ini, bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip memberi keterangan berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada 1990-an.
Mohd Nasir ketika memberi keterangan kepada RCI mengenai masalah imigrasi Sabah mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada SPR Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.
Beliau yang pernah ditahan di bawah ISA mendakwa operasi yang digelar “Ops Durian Buruk” itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.
Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi ‘Bumiputera Islam’.
Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan kaji selidik mengenai pendaftaran pengundi baru berjumlah kira-kira 400,000 orang.
“Terdapat lebih kurang 138,000 tidak dapat dikesan. Adakah mereka ini dalam kategori sama sebagaimana dikatakan dalam RCI.
“Sekarang ini ialah tanggungjawab SPR supaya menghentikan penipuan dan penyalahgunaan kuasa ini,” katanya.
Katanya, mereka yang didaftarkan ini mungkin tidak hanya mengundi di Sabah tetapi di Selangor, Kuala Lumpur atau Johor.
(Peserta kayuh untuk royalti ke seluruh Kelantan pula)
KOTA BHARU: selepas berjaya melakukan jelajah berbasikal dalam program Cycling For Royalty dari Kota Bharu - KLCC, selama 11 hari sempena HKR112, ngo Royalti atau 'R' melancarkan kempen jelajah parlimen di Kelantan pula.
Program dinamakan Cycling For Royalty (C4-R) Peringkat Parlimen di 14 Parlimen seluruh Kelantan bermula hari ini, kata Khairul Nizam Abdullah Pengarah Program C4-R Parlimen KB-PC.
Yang menariknya, ia mengambil kira model penjajahan Jepun di Tanah Melayu menggunakan basikal.
Dengan mengambil kaedah berbasikal untuk masuk ke kampung-kampung bagi memberi masej perjuangan NGO R agar diterima oleh seluruh masyarakat.
Semalam, Jumaat 18 Januari 2013, R telah berjaya lancarkan kempen C4-R Parlimen Kota Bharu & Pengkalan Chepa.
Dilepaskan oleh Datuk Mohd Amar b. Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan dan Presiden R, Nazri Deraman.
"Pada pagi semalam walaupun terpaksa berhujan, lebih 50 buah basikal telah hadir bersama-sama menyertai kami," beritahu Khairul.
Ia satu perkembangan yang cukup baik, kerana mereka hanya berkempen melalui FB sahaja, menunjukkan media baru sangat berperanan penting dalam menjadi penyebaran maklumat.
Dalam perjalan, C4-R singgah di Berek 12, disambut oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Rahim, Dr Rosli Allani wakil Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Ketua Pemuda PAS Kota Bharu.
Mereka bersolat Jumaat di Madjid As Salam, dengan disambut oleh Pejabat Adun Chempaka dan Parlimen Pengkalan Chepa.
Penutup C4-R parlimen Kota Bharu- Pengkalan Chepa pula dirasmikan oleh Wan Ubaidah, Exco Pembangunan Wanita, Kesihatan Negeri Kelantan pada jam 3.30 petang semalam di Medan Ikan Bakar, PCB petang semalam.
Ia disertai dengan slot ceramah umum, pengedaran risalah ke dalam kampung dan temubual dengan penduduk kampung.
Peserta paling tua dalam C4-R ni ialah pakcik Abdul Rahman Mohd Zain, berasal jalan Tok Semien Kota Bharu, berumur 65 tahun.
Pakcik Abdul Rahman berkata "Tuntut sampai dapat....untuk anak cucu kito"
Seorang lagi Yusof b Ibrahim yang berasal dari Kg Kuda, Kota Bharu, berumur 66.
"Ambo tuntut royalti bukan untuk ambo lagi doh, ambo doh tua... ambo tuntut ni demi anak, cucu dan demi negeri kito," katanya.
Kepada yang berminat untuk menyertai kayuhan ini, boleh mendaftar di http://royaltikelantan.com/pendaftaranc4r/index.php
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Saudara Aduka: 0176688394
"Kami berharap program kempen kami ke seluruh negeri Kelantan ini dapat sambutan baik dari rakyat, pada masa yang sama ia dapat memberikan kesedaran kepada rakyat dan menarik minat golongan muda untuk mengadakan aktiviti berbasikal yang sememangnya baik untuk kesihatan," kata Khairul lagi.
KUALA LUMPUR: Fenomena listen! listen! listen! bukan sahaja tamat di alam internet bahkan juga merangkak ke pentas Maharaja Lawak Mega 2012.
(Kumpulan Jambu ketika menggunakan trend terkini shut up!)
Ia digunakan oleh Afdlin Shauki dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega semalam dalam persembahan pertama beliau bersama kumpulan Boboi.
Tahun lepas, Afdlin memperagakan watak yang disifatkan oleh ramai penonton sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan gaya poco-poconya.
Namun sebagaimana tahun lepas, Boboi tidak juga menang tahun ini.
Selain Boboi, turut menggunakan sentimen penonton terhadap fenomena listen! listen! listen! adalah kumpulan Jambu.
Namun perkataan digunakan adalah shut up! shut up! shut up! ataupun diam! diam! diam!.
Sebagaimana dijangka, kumpulan Jozan yang terdiri dari Johan dan Zizan telah memenangi hadiah pertama tahun ini yang membawa pulang hadiah wang tunai setengah juta ringgit.
Kumpulan Jambu telah berjaya menjadi naib johan pertandingan ini.
Jozan juga menggunakan trend terkini dalam persembahan mereka apabila semasa persembahannya di Terengganu, Zizan yang ketika itu terpaksa membuat persembahan solo, telah bergaya ala ustaz (gambar kanan).
Ramai penonton beranggapan watak Zizan malam itu yang memakai jubah dan songkok merah dan bercakap pelat Terengganu adalah meniru gaya Ustaz Azhar Idrus yang popular itu.
Zizan pernah berduet dengan Ustaz Azhar semasa sambutan Ambang 2012 tahun lepas di depan ratusan ribu penonton di Dataran Shah Alam.
Malam tadi, ketika peringkat akhir persembahan Maharajalawak, Zizan dan Johan membuat persembahan di konti Era yang sememangnya menjadi tugas harian Johan sebagai DJ Radio Era.
Perang di twitter antara Dr. Maza dan Ustaz Fathul Bari?
http://batuvskayu.blogspot.com, | 19 Jan 2013 |
Perang mulut di antara dua tokoh agama di laman sosial twitter .Punca perang mulut di antara dua tokoh ini penulis tak ketahui.
Khilaf antara dua ulama, jadi malas mahu campur. Semoga ALLAH mencampakkan hidayah buat kita semua.
Yang penting kita tumbangkan umno/BN....
Kami benci UMNO (selagi dasar umno
tidak Islam). Namun kami sayang orang2 UMNO, dan sentiasa berharap
mereka akan kembali meyakini Islam..
Lawan tetap lawan ..Umno Wajib kita tumbangkan ..dah lama sangat menyeleweng.
KUALA LUMPUR: Ketua
Ekonomis Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin mempertahankan
analisisnya yang dibentangkan dalam satu seminar di Singapura sebelum
ini.
"Saya telah membuat tiga andaian, BN menang tipis, Pakatan menang tipis dan Pakatan menang besar.
"Saya membuat analisis ini secara profesional, jujur dan tidak memihak berdasarkan amalan terbaik dalam industri selepas mengambil kira semua faktor yang perlu.
"Saya mempertahankan analisis dan persembahan yang saya buat dalam forum itu," kata Arzul dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Beliau mengulas tekanan pelbagai pihak ke atas beliau ekoran analisis itu.
Ia berlaku selepas media Singapura melaporkan beliau meramalkan Pakatan akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang.
Ekoran itu, pelbagai pihak menekan beliau khasnya blogger pro BN yang menuduh beliau sebagai ahli PKR.
"Saya mempertahankan saya memberikan pandangan yang profesional dan jujur dalam forum itu.
"Saya yakin, tidak ada kes disiplin yang wajar diambil ke atas saya," kata beliau yang kini digantung oleh Bank Islam.
Azrul memberikan amaran kepada blogger dan ahli politik yang cuba memburukkan nama beliau bahawa beliau sedia mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan nama baiknya.
Bagi beliau, adalah satu tragedi bagi politik Malaysia apabila memberikan pandangan yang berbeza dengan parti yang memerintah boleh menyebabkan tindakan disiplin dan serangan peribadi.
"Saya yakin kebenaran akan terdedah akhirnya," tegas Azrul dalam kenyataannya itu.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan
pendirian berhubung isu kalimah Allah.
"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.
"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.
Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.
"Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu.
"Jangan hanya pandai desak orang lain sahaja menyatakan pendirian," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan, kerajaanlah pihak yang sepatutnya menyatakan pendiriannya mengenai isu itu kerana permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditujukan kepada kerajaan.
Isu kalimah Allah itu dibangkitkan Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hujung bulan lalu apabila beliau menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan pengunaan kalimah berkenaan di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksud kalimah ini.
Lawan tetap lawan ..Umno Wajib kita tumbangkan ..dah lama sangat menyeleweng.
Azrul pertahankan analisisnya
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
"Saya telah membuat tiga andaian, BN menang tipis, Pakatan menang tipis dan Pakatan menang besar.
"Saya membuat analisis ini secara profesional, jujur dan tidak memihak berdasarkan amalan terbaik dalam industri selepas mengambil kira semua faktor yang perlu.
"Saya mempertahankan analisis dan persembahan yang saya buat dalam forum itu," kata Arzul dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Beliau mengulas tekanan pelbagai pihak ke atas beliau ekoran analisis itu.
Ia berlaku selepas media Singapura melaporkan beliau meramalkan Pakatan akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang.
Ekoran itu, pelbagai pihak menekan beliau khasnya blogger pro BN yang menuduh beliau sebagai ahli PKR.
"Saya mempertahankan saya memberikan pandangan yang profesional dan jujur dalam forum itu.
"Saya yakin, tidak ada kes disiplin yang wajar diambil ke atas saya," kata beliau yang kini digantung oleh Bank Islam.
Azrul memberikan amaran kepada blogger dan ahli politik yang cuba memburukkan nama beliau bahawa beliau sedia mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan nama baiknya.
Bagi beliau, adalah satu tragedi bagi politik Malaysia apabila memberikan pandangan yang berbeza dengan parti yang memerintah boleh menyebabkan tindakan disiplin dan serangan peribadi.
"Saya yakin kebenaran akan terdedah akhirnya," tegas Azrul dalam kenyataannya itu.
Kalimah Allah: Apa pula pendirian Umno BN
Abdul Aziz Mustafa, | 19 Jan 2013 |
"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.
"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.
Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.
"Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu.
"Jangan hanya pandai desak orang lain sahaja menyatakan pendirian," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan, kerajaanlah pihak yang sepatutnya menyatakan pendiriannya mengenai isu itu kerana permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditujukan kepada kerajaan.
Isu kalimah Allah itu dibangkitkan Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hujung bulan lalu apabila beliau menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan pengunaan kalimah berkenaan di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksud kalimah ini.
Air S'gor: Pusat lebih pentingkan Syabas dari rakyat
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
Katanya, jika BN benar mahu membela nasib rakyat di negeri itu, sudah tentu kerajaan pusat akan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan air selangor dari diswastakan.
Namun katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pusat dilihat bermati-matian membela Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang memegang konsesi biarpun banyak masalah berlaku.
“Ia bukan isu politik tetapi isu rakyat. Kembalikan hak air kepada rakyat. Jangan diswastakan lagi, itu yang paling penting.
“Undang-undang bersetuju hak air boleh dikembalikan tetapi ada tiga pihak mesti bersetuju, Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan pemegang saham.
“Kerajaan Pusat tidak memihak kepada rakyat tetapi memihak kepada kroni. Kalau Kerajaan Pusat kata setuju ambil, esok kita boleh selesaikan,” katanya pada sidang media bersama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam..
Abdul Khalid berkata, penswastaan air dilakukan itu adalah satu kesilapan kerana diserahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mengendalikan operasi air.
Katanya, ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan menyarankan ia diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri.
“Ini jelas kita sudah melihat beberapa perkara termasuk penjagaan pam yang tidak dijaga dibiarkan saja rosak selama setahun," katanya.
Deepak tekan Najib, Najib tekan Dr M?
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
Ada yang berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja memberikan tekanan ini kepada Tun Dr Mahathir selepas beliau ditekan melalui Deepak Jaikishan.
"Mahathir guna Deepak lemahkan Najib, Najib balas dengan kaitkan Mahathir isu pendatang asing Sabah," kata satu dalam laman sosial Facebook.
Namun begitu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataannya berkata, ada perancangan untuk mengenakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui RCI ini.
Azmin mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan RCI berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.
"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.
Azmin mengulas kenyataan saksi di RCI tersebut semalam yang mengaitkan dua bekas orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk menjadi pengundi di Sabah.
Jika berlaku di Sabah, mungkin juga di Selangor
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
(Anwar dan Khalid ketika bercakap dengan media - foto Selangorku)
SHAH ALAM: Jika pendaftaran warga asing boleh berlaku di Sabah untuk dijadikan pengundi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ia juga berlaku di Semennajung khasnya di Selangor.
Anwar berkata, pendedahan dalam siasatan siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) itu membuktikan penglibatan SPR dalam isu tersebut dan ini meragukan kerana perkara sama turut berlaku kini di Selangor.
“Yang dipertikaikan sekarang ialah tidak mengikut peraturan, isu rasuah dan lebih mengejutkan ialah peranan SPR dalam proses penipuan ini.
“Kita mahukan respon segera daripada SPR kerana ia berlaku pada masa lalu dan kita mempunyai bukti berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorku.com
Sebelum ini, bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip memberi keterangan berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada 1990-an.
Mohd Nasir ketika memberi keterangan kepada RCI mengenai masalah imigrasi Sabah mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada SPR Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.
Beliau yang pernah ditahan di bawah ISA mendakwa operasi yang digelar “Ops Durian Buruk” itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.
Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi ‘Bumiputera Islam’.
Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan kaji selidik mengenai pendaftaran pengundi baru berjumlah kira-kira 400,000 orang.
“Terdapat lebih kurang 138,000 tidak dapat dikesan. Adakah mereka ini dalam kategori sama sebagaimana dikatakan dalam RCI.
“Sekarang ini ialah tanggungjawab SPR supaya menghentikan penipuan dan penyalahgunaan kuasa ini,” katanya.
Katanya, mereka yang didaftarkan ini mungkin tidak hanya mengundi di Sabah tetapi di Selangor, Kuala Lumpur atau Johor.
Peserta 66 tahun sertai kayuh 'R' seluruh Kelantan
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
(Peserta kayuh untuk royalti ke seluruh Kelantan pula)
KOTA BHARU: selepas berjaya melakukan jelajah berbasikal dalam program Cycling For Royalty dari Kota Bharu - KLCC, selama 11 hari sempena HKR112, ngo Royalti atau 'R' melancarkan kempen jelajah parlimen di Kelantan pula.
Program dinamakan Cycling For Royalty (C4-R) Peringkat Parlimen di 14 Parlimen seluruh Kelantan bermula hari ini, kata Khairul Nizam Abdullah Pengarah Program C4-R Parlimen KB-PC.
Yang menariknya, ia mengambil kira model penjajahan Jepun di Tanah Melayu menggunakan basikal.
Dengan mengambil kaedah berbasikal untuk masuk ke kampung-kampung bagi memberi masej perjuangan NGO R agar diterima oleh seluruh masyarakat.
Semalam, Jumaat 18 Januari 2013, R telah berjaya lancarkan kempen C4-R Parlimen Kota Bharu & Pengkalan Chepa.
Dilepaskan oleh Datuk Mohd Amar b. Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan dan Presiden R, Nazri Deraman.
"Pada pagi semalam walaupun terpaksa berhujan, lebih 50 buah basikal telah hadir bersama-sama menyertai kami," beritahu Khairul.
Ia satu perkembangan yang cukup baik, kerana mereka hanya berkempen melalui FB sahaja, menunjukkan media baru sangat berperanan penting dalam menjadi penyebaran maklumat.
Dalam perjalan, C4-R singgah di Berek 12, disambut oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Rahim, Dr Rosli Allani wakil Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Ketua Pemuda PAS Kota Bharu.
Mereka bersolat Jumaat di Madjid As Salam, dengan disambut oleh Pejabat Adun Chempaka dan Parlimen Pengkalan Chepa.
Penutup C4-R parlimen Kota Bharu- Pengkalan Chepa pula dirasmikan oleh Wan Ubaidah, Exco Pembangunan Wanita, Kesihatan Negeri Kelantan pada jam 3.30 petang semalam di Medan Ikan Bakar, PCB petang semalam.
Ia disertai dengan slot ceramah umum, pengedaran risalah ke dalam kampung dan temubual dengan penduduk kampung.
Peserta paling tua dalam C4-R ni ialah pakcik Abdul Rahman Mohd Zain, berasal jalan Tok Semien Kota Bharu, berumur 65 tahun.
Pakcik Abdul Rahman berkata "Tuntut sampai dapat....untuk anak cucu kito"
Seorang lagi Yusof b Ibrahim yang berasal dari Kg Kuda, Kota Bharu, berumur 66.
"Ambo tuntut royalti bukan untuk ambo lagi doh, ambo doh tua... ambo tuntut ni demi anak, cucu dan demi negeri kito," katanya.
Kepada yang berminat untuk menyertai kayuhan ini, boleh mendaftar di http://royaltikelantan.com/pendaftaranc4r/index.php
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Saudara Aduka: 0176688394
"Kami berharap program kempen kami ke seluruh negeri Kelantan ini dapat sambutan baik dari rakyat, pada masa yang sama ia dapat memberikan kesedaran kepada rakyat dan menarik minat golongan muda untuk mengadakan aktiviti berbasikal yang sememangnya baik untuk kesihatan," kata Khairul lagi.
Fenomena listen! di Maharaja Lawak Mega
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
(Kumpulan Jambu ketika menggunakan trend terkini shut up!)
Ia digunakan oleh Afdlin Shauki dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega semalam dalam persembahan pertama beliau bersama kumpulan Boboi.
Tahun lepas, Afdlin memperagakan watak yang disifatkan oleh ramai penonton sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan gaya poco-poconya.
Namun sebagaimana tahun lepas, Boboi tidak juga menang tahun ini.
Selain Boboi, turut menggunakan sentimen penonton terhadap fenomena listen! listen! listen! adalah kumpulan Jambu.
Namun perkataan digunakan adalah shut up! shut up! shut up! ataupun diam! diam! diam!.
Sebagaimana dijangka, kumpulan Jozan yang terdiri dari Johan dan Zizan telah memenangi hadiah pertama tahun ini yang membawa pulang hadiah wang tunai setengah juta ringgit.
Kumpulan Jambu telah berjaya menjadi naib johan pertandingan ini.
Jozan juga menggunakan trend terkini dalam persembahan mereka apabila semasa persembahannya di Terengganu, Zizan yang ketika itu terpaksa membuat persembahan solo, telah bergaya ala ustaz (gambar kanan).
Ramai penonton beranggapan watak Zizan malam itu yang memakai jubah dan songkok merah dan bercakap pelat Terengganu adalah meniru gaya Ustaz Azhar Idrus yang popular itu.
Zizan pernah berduet dengan Ustaz Azhar semasa sambutan Ambang 2012 tahun lepas di depan ratusan ribu penonton di Dataran Shah Alam.
Malam tadi, ketika peringkat akhir persembahan Maharajalawak, Zizan dan Johan membuat persembahan di konti Era yang sememangnya menjadi tugas harian Johan sebagai DJ Radio Era.
Imuniti: Mahfuz ucap terima kasih kepada Deepak
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih di atas
kesudian usahawan karpet Deepak Jaikishan untuk berjumpa dengannya.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Mahfuz berkata kesediaan Deepak yang menyambut pelawaannya itu sangat dihargainya.
Bagaimanapun, pertemuan antara mereka kata Mahfuz, paling cepat hanya boleh diadakan satu minggu dari sekarang.
"Minggu ini saya terlalu sibuk dengan hari keputeraan Tuanku Sultan Kedah.
"Selepas itu saya akan sibuk dengan sambutan Maulidul Rasul," katanya.
Mahfuz sebelum ini menyatakan kesediaan bertermu Deepak bagi membincangkan isu imuniti dan perlindungan seperti yang diminta usahawan karpet itu.
Perlindungan itu diminta Deepak bagi membolehkannya mendedahkan lebih lanjut berhubung beberapa isu kontroversi berfrofil tinggi yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri.
Deepak dalam jawapannya semalam pula berharap pertemuan dengan Mahfuz dapat diadakan hari ini.

Kewarganegaraan: RCI bukti Umno BN khianati negara
Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pendedahan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai isu pendatang
tanpa izin di Sabah, satu lagi bukti pengkhianatan pemimpin Umno BN
kepada negara kerana kewarganegaraan negara diberi begitu mudah demi
mencapai cita-cita politik jangka pendek.
Pengakuan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani menjadi bukti, bagaimana kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Operasi itu dilakukan di rumah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.
“Walaupun beliau kata Aziz Shamsuddin tidak ada peranan, persoalannya kenapa perkara yang melibatkan maruah negara dibenarkan beroperasi di rumah beliau.
“Sudah tentu ia melibatkan konspirasi peringkat tertinggi negara. Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu mesti bertanggungjawab, dan dibawa pengadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pengakuan yang sama juga dibuat oleh bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagian daripada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpangkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu.
“Kita tentu masih ingat tahun 2011 pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah,” katanya.
Pengakuan beliau dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
“Inilah watak pemimpin Umno BN yang mengendalikan negara tanpa memperduli keselamatan dan masa depan negara,” ujar Idris lagi.
Menurutnya, negara lain begitu ketat untuk memberi kewarganegaraan, sedangkan Malaysia memberi kerakyatan macam jual tapai ubi di pasar tani.
Justeru, tegas beliau perlu diingat RCI ditubuhkan apabila desakan Pakatan Rakyat dan banyak lagi penyelewengan dan pengkhianatan Umno BN akan terdedah apabila mereka kalah di peringkat Kerajaan Pusat.
KERAJAAN BN pimpinan Najib tidak menjawab kes pampasan Jepun terhadap
mangsa buruh paksa maut keretapi Siam-Burma dari Tanah Melayu musim
Jepun dulu.
Mengikut surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas Buruh Paksa itu yang ditanda tangani oleh Dato Hajah Zalekha Hassan pada 29 Mac, 2011 bahawa tuntutan persatuan itu telah diangkat untuk tindakan kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada Peguam Negara dan Kementerian Sumber Manusia.
Jumlah pampasan itu dikatakan RM207 bilion, dikatakan sudah dijelaskan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.
Surat kementerian itu tidak menafikan wujudnya jumlah pampasan RM207 bilion dan tidak juga menafikan ia telah dijelaskan oleh kerajaan Jepun.
Persoalannya khazanah untuk 72,000 hamba Jepun itu tidak diketahui apa telah jadi. Waris hamba itu tidak mendapat apa-apa dari duit yang banyak itu. Duit itu jika ditunaikan dalam not kertas RM10 digantung di tali macam poster pilihanraya, digantung bersambung dari Malaysia ke Jepun dan disambung lagi dari Jepun ke arah timur nescaya sampai semula ke Malaysia masih belum habis lagi. Ia boleh disambung berbelit-belit entah berapa kali sekeliling globe. Demikianlah banyaknya duit RM207 bilion itu. Atau lebih dari separuh hutang Malaysia sekarang.
Duit itu boleh dijadikan modal yayasan hamba Jepun yang pemegang sahamnya adalah waris hamba itu. Setiap bulan mereka boleh dapat dividen tetap yang beribu jumlahnya. Cucu cicit mereka boleh menikmati pencen tetapi sehingga hari kiamat.
Yayasan itu boleh melabur di seluruh dunia dan boleh menjadi perbadanan terbesar dan terkaya di Malaysia.
Tetapi mereka sekarang dengar saja dan tidak mencium sedikit pun nikmatnya.
Siapa yang menikmat dan membolot pampasan itu?
Kerajaan BN telah mendiamkannya selama ini. Apabila perkara ini dibangkitkan Parlimen oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin, ia didiamkan juga. Tiada sebarang penjelasan dari kerajaan.
Mengapa? Dipercaya ia sudah dirompak oleh ketua kerajaan semasa pampasan itu dibuat. Kalau ia dijadikan duit kerajaan secara zalim pun boleh tahan juga kerana ia dijadikan duit kerajaan dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Kalau pun ia zalim kepada waris hamba Jepun itu tetapi kerajaan dapat duit.
Yang dibimbangkan ialah ia dirompak oleh ketua kerajaan. Ketua kerajaan itu siapa? Perdana Menterilah yang juga Presiden UMNO. Jika ia tidak dirompak tentu kerajaan jelaskan apa jadi dengan pampasan itu.
Perdana Menteri yang mana melakukan rompakan itu? Bagaimana pun Perdana Menteri selepasnya mesti bertanggungjawab menjelaskannya. Jika tidak mereka mewarisi najis rompakan itu.
Apakah Melaysia dipimpin oleh perompak? Apa yang hendak kita katakan kepada kerajaan yang pecah amanah itu jika tidak dipanggil perompak? UMNO dan penyokong membuta tuli pemimpin dan kerajaan seperti ini bersubahat menzalimi hamba binaan keretapi itu.
Jepun sudah menebus kezalimannya. Tetapi kezaliman itu diambil pula oleh kerajaan BN.
Seorang dari mangsa itu adalah orang kampung saya Sungai Parit, Pasir Panjang Laut yang ADUNnya sekarang ialah Dato Seri Nizar . Jika tidak silap namanya Mansor bin Ayub. Ayahnya dikenali orang masa itu dengan Yob Petok. Dia bujang ketika diambil Jepun. Tiada dengar kabar sejak itu. Dia sebaya dengan Tun Abdullah Ayob.

Kerajaan BN rompak pampasan Jepun?
Subky Latif, | 17 Jan 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan