Ahad, 6 Januari 2013

BUKA PEKUNG ORANG...PEKUNG KITA MELAMBAK2 CUBA NAK TUTUP.....DUNIA MUNGKIN OK...AKHIRAT BARU TAHU KITA PENYAMUN TARBUS ATAU ORANG YANG TAQWA

Skandal Raja Ropiaah: Wanita Umno kena tanggungjawab

Harakahdaily, 06 Jan 2013


(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah)

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."

Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.

Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.

"Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk  kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah," kata Haniza (gambar) dalam kenyataannya.

Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah dilantik oleh Najib sebagai senator setelah penggal Datuk Seri Shahrizat Jalil ditamatkan ekoran skandal NFC.

Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini.

Antara yang paling “menarik’ perhatian  ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah  “The Star”.

Dengan berita yang termuat sebagai “Bakti to buy stake in Astacanggih” dan pada waktu yang sama memuatkan berita “Deepak withdraws lawsuit over land”, maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset.

Dengan tiba-tiba pula Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas  200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh  Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah,  Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!

Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan.

Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman.

Akibat daripada itu, projek Puspahanas telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.

Persoalannya, kata Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut.

Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.

Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

 






PRU13: PAS Perak bertemu pengundi di Lembah Klang

Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.

Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Program berbentuk santai ini bakal mengumpul semua penyokong-penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) daripada Perak untuk disusun menjelangnya PRU13 bagi memastikan mereka akan balik dan seterusnya mengundi PR kelak,” kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri, Salman Saleh (gambar).

Katanya, pimpinan utama PR Perak dan kebangsaan dari Perak akan memberikan ucapan ringkas untuk memberikan semangat kepada semua yang akan hadir nanti.

“Kami yakin usaha-usaha kecil ini akan memberikan impak yang besar buat PR Perak terutamanya dan PR di peringkat nasional amnya,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru dan mengharapkan semua pengundi-pengundi yang berdaftar di Perak yang tinggal di sekitar Lembah Klang terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir beramai-ramai kelak.

Pihaknya juga akan membuka kaunter mengikut Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi tujuan kemaskini dan semakan daftar pemilih pengundi di Perak.

“Kami berkeyakinan pengundi-pengundi berdaftar di Perak yang berada di Lembah Klang akan hadir memberikan sokongan kepada PR Perak bagi menghadapi PRU13 nanti,” katanya.

Jom yeop & yong datang jumpa teman di sana yer!

Bukan Islam Pun Minat Ustaz Azhar Idrus.. Lihatlah!!


Ustaz Azhar Idrus bersama peminat bukan Islam di hentian Temerloh ketika beliau singgah dalam perjalanan untuk satu program. 


Allah telah campakkan dalam hati orang bukan Islam, utk duduk bersama dengan ulamak. Moga dia dibukakan pintu hidayah, dan faham akan Islam. Takbir!~ FB

Bongkar!! Rupanya Ini Muslihat TNB Pasang Meter Digital..

TNB Kenakan Caj 200-500%.. Awas, anda mungkin akan terperangkap dengan tindakan TNB ekoran pemasangan meter digital di rumah anda.  Caj yang akan dikenakan nanti adalah antara 200% hingga 500%. TV Selangor mendedahkan sikap tidak prihatin TNB ini..

Lihat video ini..

 

 

Bill Gates berapa CGPA? Marah Timbalan KPT, Saifuddin di Twitter

   
Soal jawab di Twitter malam semalam. Soal jawab direkodkan selepas selesai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah menghadiri forum PRU13: Agenda Mahasiswa anjuran Gerakan Mahasiswa 13 di  Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Forum ini dianjurkan oleh Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Turut hadir Pengerusi Soilidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang serta bekas aktivis pelajar, Ahmad Shukri Razab.
Mungkin kerana marah apabila seorang pemilik Twitter yang bernama Khairul Rizal Osman bertanyakan keputusan yang mereka (SMM) perolehi iaitu Cummulative Grade Point Average (CGPA), Saifuddin bertanya kembali, “bill gates berapa cgpa?”
Menurut Timbalan Menteri KPT lagi, seseorang mahasiswa wajar dibenarkan bertanding di dalam PRU13 yang akan datang disebabkan Bill Gates, seorang tokoh perisian IT yang terkenal di dunia tidak pernah mempunyai CGPA. Menurutnya lagi, jikalau mahasiswa tidak dibenarkan bertanding, maka Ahli Parlimen yang melanjutkan pelajaran di peringkat Masters juga harus meletakkan jawatan. Bung Mokhtar Mencarut di Twitter

Read more: http://www.ekeleh.com/bill-gates-berapa-cgpa-marah-timbalan-kpt-saifuddin-di-twitter/#ixzz2HD1jEYQJ

Dulu pembuat tatoo Yakuza, kini imam masjid

   
takazawa1takazawa2Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.Pengantin Seksi Dalam Masjid, Astarghfirullah….DetikIslam

Read more: http://www.ekeleh.com/dulu-pembuat-tatoo-yakuza-kini-imam-masjid/#ixzz2HD1WGCY6

Jangan terheret dengan isu ‘Amanat Haji Hadi’

Muslim Profesional Network, 05 Jan 2013

Serangan demi serangan untuk menjatuhkan kredibliti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui media masa dan cetak. Terbaru adalah isu ‘Amanat’ yang sebenarnya petikan ceramah beliau pada 7 April 1981 lalu.

Kisah 31 tahun yang lalu diungkit dan diperhangatkan kembali oleh semua media milik Umno BN.

Jaringan Profesional Muslim (MPN) melihat isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini adalah siri saraf dan serangan politik Umno BN bagi menjatuhkan musuh politik mereka. Mereka tiada modal lain untuk menjatuhkan kewibawaan dan kredibiliti kepimpinan PAS.

Jika PKR mereka momokkan dengan kononnya skandal seks pemimpin utama, DAP dengan isu komunis dan PAS mereka akan mengheretnya dengan isu keagamaan.

MPN menyeru seluruh pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat jangan leka dengan isu yang dicipta oleh Umno BN ini. Tumpukan sepenuh perhatian dengan membongkar dan mendedahkan kepincangan pemerintahan Umno BN.

Isu pendedahan Deepak yang perlu diambil serius kerana ianya melibatkan keselamatan negara. Isu yang berkaitan dengan lapan tuntutan Bersih, Anti-Lynas, Anak dan sebagainya perlu diperhangatkan dengan lebih giat lagi.

Pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat jangan mudah terpedaya dengan tarian dan mainan Umno BN dalam pelbagai isu yang sengaja di timbulkan demi menutup keaiban yang sudah jelas di depan mata.

MPN juga menyeru pertubuhan-pertubuhan yang sengaja mencari publisiti murahan atas isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini seperti Isma, Perkasa supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan tidak melihat kepada sejarah.

Dr Ghazali Hasbullah

Dr Wan Jihan Wan Din

Sulaiman Akhlakan

Ahli Majlis Muslim Profesional Network

 

Amanat Mahathir lagi sesat!!

   
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Kini UMno begitu bersungguh memainkan isu ‘amanat’ Hadi. Terasa sangatkah?? Kalau terasa pelbetulkan!!
Utusan Malaysia belum habis menceritakannya. Habis diselongkar dan diperbesar kes-kes berkaitan amanat tersebut sama ada diketahui benar atau tidak, tidak menjadi persoalan asalkan dapat menghentam TG Hadi dan PAS.
Kini Jakim pula terkemaruk dengan isu tersebut. Jakim menjadi alat UMno tetapi masih berdiam diri apabila TG Hadi meminta kenyataan rasmi melalui surat. Mufti-mufti belaan UMno turut bersuara memeriahkannya.
TG Hadi tetap bertegas, antara ucapan beliau…
“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu.”
“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah.
“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujar TG Hadi lagi.
amanatmahathirCuba lihat amanat Mahathir di atas. Kita juga boleh menamakan ini amanat Mahathir yang telah jelas lagi pasti menyesatkan. Apa khabar UMno tentang amanat ini, apa khabar para Mufti, tak nak bersuarakah dan apa khabar Jakim, tak nak siasatkah??
Kalau yang tak bodoh dan tak dungu pasti boleh membezakannya dan mintalah Mahathir bertaubat!! Lagi Mahathir Akui UMNO Buruk!!

Read more: http://www.ekeleh.com/rupanya-amanat-mahathir-lagi-sesat/#ixzz2HD1vEGve

Najib Umum Tarikh PRU13

TERKINI...Dato Najib sebentar tadi menerusi Buletin Utama TV3 tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum 13 akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina.  Rasanya ini kali pertama Najib keluarkan statement demikian. 
Malah beliau nyatakan dalam riak wajah yang agak serius sambil memberitahu BN telah siap sepenuhnya senarai calon BN. Ayuh teman-teman....perang sudah bermula. (anda boleh lihat lagi kenyataan Najib di dalam berita inggeris TV3 jam 12 malam ini)

Bas Paling Mewah Di Dunia.. Saksikanlah!!


Wow..memang sungguh mewah bas ini..Lihat lah bagaimana pemiliknya menghias ruang dalam bas tersebut yang juga memuatkan sebuah kereta di bawahnya.
Lihatlah gambar-gambar di bawah ni..






Gambar ~ informasi

Lihat dan Lihat, artikel terhangat awal 2013

Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Gambar perbandingan yang disiarkan media Umno untuk menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada blog http://tukartiub.blogspot.com menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu pertama 2013.
Di tempat ke 2 ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri terhadap ulama muda Umno tentang tiada jihad di Palestin paparan blog http://www.ekeleh.com.

Manakala pembaca Harakahdaily memilih tulisan blog http://addin77.blogspot.com mengenai sebuah bas paling mewah di dunia sebagai artikel ke 3 terhangat minggu lepas.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 30 Disember 2012 hingga 5 Jan 2013.

1
Lihat dan lihat
2
Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri sama-sama bantai ulama muda Umno
3
Bas paling mewah di dunia.. saksikanlah!!
4
Terhot! 'Banner tahap IQ paling rendah' menyanggah qada dan qadar
5
Dua pemimpin PAS selamat terima menantu
6
Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi
7
Wajarkah kita beli buku Rosmah? Ini saranan Dr Asri..
8
Siapa mentadbir negara sekarang, Najib di mana?
9
Kenyataan Abby Abadi betul cuma Umno tak faham matematik
10
Top 5: Menteri paling tak buat kerja tahun 2012

Najib belum atasi masalah bekalan air di Pekan

Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.

Beberapa blog memetik sumber mahasiswa UMP berhubung perkara itu masalah yang berlarutan itu yang berpunca daripada tekanan air yang rendah di kawasan parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Akibatnya, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Najib agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf turut memberi respons berhubung masalah tersebut.

Lihat http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4Qcbdlb5i4o#!

Perjuangan Leman Raja Lawak

Mohd Sabri Said, 06 Jan 2013
SEBERANG JAYA: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim (gambar) bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang.

"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.

"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur.  Itu kerja saya hari ini.  Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti  kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.

Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.

"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri

Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi

Khairul Azlam Mohamad, 05 Jan 2013


KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.

“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.

“Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” tegasnya.

Beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.

“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah.

“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.

Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.

“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.

Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.

“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.

“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.

“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya.

Tiada ulasan: