Sabtu, 26 Januari 2013

ADA PUAK BERNAFSU BESAR NAK BERKUASA....ADA PUAK BERNAFSU BESAR NAK BERKUASA SAMPAI BILA2...TAK SEDAR RAKYAT DAH MULA TAK MAU DAN MELUAT...AGAK2LAH BILA MENGATA ORANG...KITA DAH TERBUKTI TAK JUJUR...YANG LAIN BELUM TERBUKTI SEBAB BELUM BERKUASA...KELANTAN OK AJE

Edisi Najib Pening: Carta undian HKR#112KL menaikan imej Pakatan Rakyat 80%, BN hanya 6%
Posted on Saturday, January 26 @ 18:35:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Orang ni



Sinar Harian Online telah membuat undian mengenai "Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari yang aman menaikkan imej"

Dalam carta tersebut di senaraikan keputusan terkini:

  • Pakatan Rakyat 80 %(5147)
  • Barisan Nasional 6 %(401)
  • Polis 6 %(411)
  • Negara 8 %(487)
Jumlah Undian: 6446 (Terbaru sila ke-laman SH)

Keputusan yang mungkin awal ini menampak rakyat amat menyokong perhimpunan tersebut yang sebelum ini cuba diprovokasi oleh pihak UMNO BN mengenai jumlah peserta yang hadir.

Nampaknya dengan undian yang dibuat Sinar Harian Online ini akan menyebabkan semakin pening dan meroyan Najib dengan keputusan yang ada....hahaha.....



Sesiapa yang belum mengundi sila ke: Bancian Onlian Sinar Harian

Sumber: orangni.blogspot.com
 Malulah, orang luar nak ajar kita pasal Adat Perpatih
Posted on Saturday, January 26 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Eloklah telah ada usaha sekarang ini untuk menjejaki kembali sejarah pembukaan Negeri Sembilan oleh pendatang asing dari Sumatera bersama orang tempatan dari suku Jakun sejak lebih 600 tahun dahulu. Sejarah yang semakin dilupai oleh generasi masa kini. Semalam saya berjumpa seorang tok guru di Rembau, katanya orang yang cinta Allah, akan cinta negerinya, akan cinta bangsanya.

Malulah rasanya sekarang ini , kita terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak luar untuk menjejaki kembali asal usul kita sedangkan anak tempatan pun apa kurangnya. Cuba beri penghargaan dan dapatkan pandangan mereka yang secara sukarela memperjuangkan Adat Perpatih melalui blog seperti yang dilakukan oleh Suku Biduanda Lela Maharaja Waris Kota di http://waghihbiduandalelamaharaja.blogspot.com/ , Sasterawan terkenal AF Yassin di http://waris-gadong.blogspot.com/ serta Anak Rembau di http://www.nagarinantuo.com/

Lembaga Muzium Negeri Sembilan, UKM buat kajian jurai Adat Perpatih
24 Januari 2013

SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjalankan kajian mengenai jurai Adat Perpatih dan sebagai permulaan Luak Inas dipilih dalam kajian itu.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Drs Shamsuddin Ahmad berkata taklimat khas mengenainya diadakan di rumah pemangku Penghulu Luak Inas Datuk Bentara Jantan Baharuddin Mohamad Noor di Kampung Sengenyih, Inas, Kuala Pilah baru-baru.

"Tujuan taklimat ini ialah untuk memberi kefahaman kepada Datuk-Datuk Adat (pemimpin adat) Luak Inas mengenai kajian ini yang menyentuh tiga perkara utama iaitu konsep kepersekutuanan Negeri Yang Sembilan, peneguhan kembali komuniti persukuan Adat Perpatih serta pemetaan luak-luak Adat Perpatih dan pentadbiran tanah pusaka," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata tempoh kajian dijangka dua hingga tiga tahun dan pendekatan yang diguna ialah mengadakan siri perjumpaan yang dipimpin datuk lembaga dan buapak dalam suku masing-masing.

Shamsuddin berkata impak kajian ini ialah masyarakat Adat Perpatih dapat mengenali pemimpin mereka dan pemimpin adat pula mengenal pasti anak buah mereka sebagai sebuah masyarakat adat yang telah wujud ratusan tahun.

Beliau berkata hasil dapatan daripada kajian ini adalah kewujudan sebuah pangkalan data khas berkenaan keseluruhan maklumat suku Adat Perpatih berserta carta organisasi kepimpinan adat sesebuah luak serta cadangan untuk mewujudkan pejabat adat di setiap luak yang dikendalikan pembantu tadbir. - Bernama

sinarharian.com.my"
 PAS sedia letak calon bukan Islam dalam PRU13
Posted on Saturday, January 26 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.

DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.

"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di Kuala Terengganu semalam.

Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Bahru.

Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN).

sumber"
 Si Benggap yg menguruskan!!!
Posted on Saturday, January 26 @ 12:40:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abanag

"Kredit kepada : forumer Cempedak dan forumer makanasi



Itu cakap cakap org yg tak berilmu..

Sedangkan Menteri menteri yg menjaga 2 produk ini pun tak tahu hendak membuat kerja mereka malah nak speak English pun terabur...

makannasi wrote:
kelapa sawit dan getah tidak lagi menjadi 'harapan' utama kepada penyumbang ekonomi negara. what they will do is to come out with the third crop after rubber and oil palm. kerajaan dah nampak masalah sawit nie.

ada kamu pernah melihat Menteri asas tani dan perladangan ini dan Menteri Perdagangan antarabangsa dan Timbalan nya ke Luar Negara untuk Melobi, Untuk memasarkan produk2 yg kita keluarkan ini?

masalahnya semua boleh jangka jika mempunyai Menteri2 yg bijak dan boleh berfikir.. Tetapi jika si Benggap yg menguruskan nya jadilah kes begini.. India dan china di jadikan Penyebab harga Komunditi ini jatuh.. sedangkan satu ketika dahulu Minyak sawit ini dapat mengatasi minyak soya Tetapi kenapa sekarang boleh tewas dengan Minyak soya semula?

inilah masalahnya kita di malaysia bila mana kuasa untuk mengurus di beri pada mereka mereka yg bukan ahlinya... akhir kata.. jika inginkan sesuatu kebaikkan berubahlah untuk itu jgn terlalu percaya pada Pemerintah sekarang ini yang hanya bijak mengurus harta Negara untuk di jadikan harta Sendiri...

# masalah FGV ini! bukan kah dari awal sebelom penerbitannya lagi telah di war warkan bahawa saham ini tiada prospek untuk berkembang naik.. TETAPI apa kata Melayu melayu UMNO dan Felda ini? dah ler bodoh percaya pulak dengan bapak Penyamun... tanggung ler akibatnya,, Semua ini bukan salah PR sebab awal awal lagi PR telah memberi amaran bahawa FGV tiada prospek untuk naik dan menjadi mewah #

dalam pada aku nie anti BN tetapi aku tetap respek kepada mediang Tun Lim Keng Yek, Semasa beliau menjadi menteri perdaganbgan antarabangsa,, beliau giat melobi pasaran Sawit ini hingga menggugat pasaran Soya yg di kuasai oleh US, dan masa itu minyak sawit melonjak tinggi dalam sejarah... Tetapi
sekarang kita alpa! dan pasaran Soya kembali mengatasi pasaran minyak sawit di persada dunia dan sebab itu mengapa harga sawit mudah di junamkan oleh kapitalis barat"
 kerajaan apa nih!!!
Posted on Saturday, January 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abanag

"Saham Felda jatuh merudum. Harga sawit jatuh merudum. Yang tak jatuh-jatuh ialah harga minyak masak. Yang peliknya, masalah kekurangan minyak masak berlaku sepanjang tahun.

Rakyat biasa mungkin tak perasan.Kalau setakat nak beli 1kg minyak masak memang mudah. tetapi, bagi peniaga makanan, untuk mendapatkan 10kg minyak masak sehari, adalah perkara sukar. Pasaraya terkenal pon, hakdan hanya 5kg/sehari setiap pelanggan.Itupon, kadang-kadang tiada stok.

Masalah minyak masak...adalah masalah rakyat.

Peniaga makanan amat menderita dengan masalah minyak masak. susah betul nak dapat dalam kuantiti yg sepatutnya.

Restoran saya memerlukan 50kg minyak masak sehari....demi menjaga kualiti ayam goreng. Ada ketikanya...time susah dapat ..kami hanya pakai 5kg/sehari.

Tn2 bayangkan....berapa puluh kali kena ulanguna minyak tersebut?...yg beli ayam goreng..tn2 jugak.

Begitu juga, penjual goreng pisang. seudah tentu sepanjang hari..tak berganti minyak masak dalam kuali. tn2 jugak yg beratur membelinya.

Kami, peniaga makanan, bukan tak mau ganti minyak pada kadar sepatutnya..tetapi..masalah takdak minyak di pasaran. kerajaan dok hantar juai di israel. Negara yahudi laknatullah.

Maknakata di sini, masalah minyak masak ialah..masalah rakyat. semua rakyat kena mengamuk dengan kerajaan. barulah kerajaan takut.

Cara mengamuk paling mudah ialah, pangkah PR pada PRU13. settle masalah. :D"

'Tinggal solat juga maksiat'
Wartawan Sinar Harian
26 Januari 2013
Tinggal solat juga maksiat
Jam 1.46 petang : Selamba berborak dengan rakan-rakan di tempat terbuka di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Tinggal solat juga maksiat
Jam 1.43 petang : Masih meronda sedangkan dari masjid sudah berkumandang suara imam membaca khutbah. Gambar dirakam di laluan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Tinggal solat juga maksiat
Jam 1.49 petang : Tanpa segan silu, lengkap berpakaian baju melayu dan kopiah, ada yang sedang minum di sebuah kedai di medan selera Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Senario belia suka melepak atau bersuka ria ketika umat Islam lain sedang memenuhi ruang masjid bagi melaksanakan solat Jumaat sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di negara ini.

Namun biarpun terus dikupas dan dibongkar sebab serta akibatnya, ia masih lagi berlaku dan dilihat tidak memberi kesan kepada golongan berkenaan kerana tinjauan mendapati, masih ramai yang meninggalkan solat wajib itu.

Tinjauan wartawan Sinar Harian di sekitar Pantai Batu Burok mendapati golongan belia menjadikan kawasan riadah itu sebagai tempat persinggahan, sementara menunggu selesai solat Jumaat.

Mengulas isu itu, Imam Besar Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, keluarga adalah faktor paling utama menyumbang masalah berkenaan kerana kurang mengambil tahu pergerakan anak-anak.

“Ibu bapa tidak pernah menyoal anak-anak yang lengkap berbaju Melayu dan berkopiah sama ada benar mereka ke masjid atau melencong ke tempat lain bersama rakan-rakan.

“Mereka tidak boleh dibiarkan begitu kerana tanpa pengawalan daripada ibu bapa memudahkan mereka melakukan apa sahaja yang melanggar hukum, sedangkan ini tanggungjawab bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Demikianlah juga masyarakat hari ini, yang sering menuding jari menyalahkan kerajaan, sedangkan ia adalah langkah bersama.

“Orang ramai yang melihat atau merasa ada unsur-unsur berlaku kegiatan meninggalkan solat Jumaat, mereka perlu melaporkan kepada pihak berwajib seperti pejabat agama dan polis.

“Tetapi masyarakat hari ini hanya melihat, pasangan yang duduk berdua-duaan itu sahaja adalah maksiat dan bertindak melaporkannya kepada pihak berkuasa, sedangkan meninggalkan solat wajib juga dikira maksiat,” katanya.

Menurutnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membanteras senario itu supaya tidak menjadi semakin parah.

“Laporkan segera lokasi-lokasi yang dipercayai golongan ini melakukan perkara yang melanggar hukum syarak,” katanya.


Haram jual makanan

Sementara itu, berhubung orang yang menjual makanan kepada mereka yang tidak pergi solat Jumaat, sekiranya penjual itu adalah seorang lelaki, hukumnya haram.

“Tetapi sekiranya perempuan, itu ditanggung oleh pembeli sendiri, tetapi pangkalnya adalah diri sendiri.

“Kebanyakan daripada masyarakat hari ini, pengamalan dalam kehidupan masih lagi tidak mencukupi kehendak agama menyebabkan mereka mengambil mudah soal-soal sebegini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Baru Tetambah, Mohd Noor Ali sependapat dengan imam besar, berpendapat program-program untuk mengimarahkan masjid juga dilihat antara langkah terbaik perlu dilaksanakan.

“Memang tidak dinafikan, ibu bapa kurang cakna bab solat kerana mereka juga sama seperti anak-anak.

“Sepatutnya ibu bapa menunjukkan contoh baik kepada anak-anak supaya mereka secara tidak langsung berminat mendekati masjid, sekali gus mengimarahkannya,” katanya.

Pada masa sama, masjid juga perlu menganjurkan aktiviti yang dapat menarik golongan belia datang ke rumah ALLAH SWT itu secara sukarela.

“Tetapi kadang-kadang pandangan negatif golongan veteran (orang tua) terhadap anak muda menyebabkan jarak hubungan mereka jauh.

“Hakikatnya masjid juga berperanan untuk menyelesaikan masalah ini bersama-sama supaya tidak terus diwarisi generasi akan datang,” katanya.
 Melayu semakin biadap, tidak hormat kemuliaan hari Jumaat
Posted on Saturday, January 26 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Fenomena tidak menghormati hari kebesaran umat Islam iaitu hari Jumaat semakin menjadi-jadi ketika ini di mana-mana, termasuk negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu.

Semua para khatib harus dilatih berkhutbah, bukannya membaca teks khutbah untuk menarik para jemaah menghayati khutbah Jumaat seperti tarikan yang ada pada Ustaz Azhar Idrus, Sheikh Nuruddin Al Banjari dan Ustaz Nor Azman Mohamad yang di”haram”kan berkhutbah di Seremban.


'Tinggal solat juga maksiat'
Wartawan Sinar Harian

26 Januari 2013

KUALA TERENGGANU - Senario belia suka melepak atau bersuka ria ketika umat Islam lain sedang memenuhi ruang masjid bagi melaksanakan solat Jumaat sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di negara ini.

Namun biarpun terus dikupas dan dibongkar sebab serta akibatnya, ia masih lagi berlaku dan dilihat tidak memberi kesan kepada golongan berkenaan kerana tinjauan mendapati, masih ramai yang meninggalkan solat wajib itu.

Tinjauan wartawan Sinar Harian di sekitar Pantai Batu Burok mendapati golongan belia menjadikan kawasan riadah itu sebagai tempat persinggahan, sementara menunggu selesai solat Jumaat.

Mengulas isu itu, Imam Besar Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, keluarga adalah faktor paling utama menyumbang masalah berkenaan kerana kurang mengambil tahu pergerakan anak-anak.

“Ibu bapa tidak pernah menyoal anak-anak yang lengkap berbaju Melayu dan berkopiah sama ada benar mereka ke masjid atau melencong ke tempat lain bersama rakan-rakan.

“Mereka tidak boleh dibiarkan begitu kerana tanpa pengawalan daripada ibu bapa memudahkan mereka melakukan apa sahaja yang melanggar hukum, sedangkan ini tanggungjawab bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Demikianlah juga masyarakat hari ini, yang sering menuding jari menyalahkan kerajaan, sedangkan ia adalah langkah bersama.

“Orang ramai yang melihat atau merasa ada unsur-unsur berlaku kegiatan meninggalkan solat Jumaat, mereka perlu melaporkan kepada pihak berwajib seperti pejabat agama dan polis.

“Tetapi masyarakat hari ini hanya melihat, pasangan yang duduk berdua-duaan itu sahaja adalah maksiat dan bertindak melaporkannya kepada pihak berkuasa, sedangkan meninggalkan solat wajib juga dikira maksiat,” katanya.

Menurutnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membanteras senario itu supaya tidak menjadi semakin parah.

“Laporkan segera lokasi-lokasi yang dipercayai golongan ini melakukan perkara yang melanggar hukum syarak,” katanya.

Haram jual makanan

Sementara itu, berhubung orang yang menjual makanan kepada mereka yang tidak pergi solat Jumaat, sekiranya penjual itu adalah seorang lelaki, hukumnya haram.

“Tetapi sekiranya perempuan, itu ditanggung oleh pembeli sendiri, tetapi pangkalnya adalah diri sendiri.

“Kebanyakan daripada masyarakat hari ini, pengamalan dalam kehidupan masih lagi tidak mencukupi kehendak agama menyebabkan mereka mengambil mudah soal-soal sebegini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Baru Tetambah, Mohd Noor Ali sependapat dengan imam besar, berpendapat program-program untuk mengimarahkan masjid juga dilihat antara langkah terbaik perlu dilaksanakan.

“Memang tidak dinafikan, ibu bapa kurang cakna bab solat kerana mereka juga sama seperti anak-anak.

“Sepatutnya ibu bapa menunjukkan contoh baik kepada anak-anak supaya mereka secara tidak langsung berminat mendekati masjid, sekali gus mengimarahkannya,” katanya.

Pada masa sama, masjid juga perlu menganjurkan aktiviti yang dapat menarik golongan belia datang ke rumah ALLAH SWT itu secara sukarela.

“Tetapi kadang-kadang pandangan negatif golongan veteran (orang tua) terhadap anak muda menyebabkan jarak hubungan mereka jauh.

“Hakikatnya masjid juga berperanan untuk menyelesaikan masalah ini bersama-sama supaya tidak terus diwarisi generasi akan datang,” katanya.

sinarharian.com.my

"
  Rais: 'Pembangkang bernafsu besar tapi tenaga tiada'
Posted on Saturday, January 26 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"JEMPOL - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan masa depan negara yang lebih baik dan rakyat diingatkan untuk memilih parti yang benar-benar mampu mentadbir negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pembangkang amat mudah menyatakan pelbagai janji untuk meraih sokongan, namun sebenarnya mereka tidak mampu mentadbir negara.

"Mudah bagi pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Abdul Hadi Awang untuk berkata itu dan ini tapi mereka tidak mempunyai kemampuan.

"Boleh kita katakan bahawa mereka ini seperti bernafsu besar tapi tenaga tidak ada," katanya semasa berucap menyempurnakan majlis pelancaran program perluasan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan - Astro Njoi ke perkampungan Orang Asli peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Lui, di Kampung Sungai Sampo, di sini semalam.

Katanya, pihak pembangkang sering mengutarakan untuk mengubah kerajaan bagi mentadbir negara, namun mereka tidak pernah menyatakan dasar mengenai hak Orang Asli dan hak orang Melayu seperti yang diperjuangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Rais berkata, jika semua perkara ini tidak disebut dalam perjuangan pembangkang, adakah cukup bagi rakyat untuk mengikut mereka menukar kerajaan sedangkan kerajaan sedia ada sentiasa memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat.

Justeru, katanya rakyat seharusnya bijak menilai dan diingatkan untuk menganggap pilihan raya akan datang sebagai satu perkara serius yang menentukan nasib dan masa depan bangsa, rakyat dan negara.

"Pilihan raya tidak boleh dianggap main-main, bukan seperti tukar baju, ini mengenai masa depan negara. Ia juga mengenai masa depan dan hak anak-anak kita dan hak semua masyarakat," katanya.

Dalam ucapannya Rais berkata, program perluasan siaran RTM dengan kerjasama Astro itu akan membolehkan masyarakat Orang Asli menikmati kemudahan siaran televisyen yang lebih baik.

"Dengan adanya perkhidmatan siaran televisyen dengan saluran daripada Astro Njoi ini masyarakat Orang Asli akan dapat menonton siaran televisyen dan mengemaskini pengetahuan mereka mengenai hal-hal semasa menerusi berita-berita terbaru," katanya.

Pada majlis itu Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menyampaikan set televisyen dan dekoder Astro Njoi percuma kepada beberapa pemimpin masyarakat Orang Asli mewakili 267 Orang Asli Dun Sungai Lui. - Bernama

sumber"

Tiada ulasan: