Posted on Thursday, January 24 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tokpepijat
"Cuba anda perhatikan wajah dan gaya berpakaian PMNajib semasa lawatan ke Gaza.
Berbanding dengan lawatan PMNajib ke London, New York, Davos tentunya kita dapati ada perbezaan yang ketara.
Lihat cara berpakaian dan penampilan PMNajib semasa bertemu Ratu Elizabeth atau Obama.
Wajah Najib juga tidak begitu ceria. Barangkali dia terlalu fikirkan PRU 13 dan ancaman team Muhyiddin. Bertambah dengan rungutan Presiden Mahmud Abbas yang marah kerana tidak melawat Tebing Barat.
Jika di lihat pakaian PM Ismail Haniyeh, tidak menjadi hal. Ini kerana itulah pakaian beliau(tanpa tali leher) semasa acara rasmi, lawatan luar negara dan upacara rasmi.
Berbanding PMNajib. Mengapakah Najib tidak berpakaian seperti semasa berjumpa Obama atau program rasmi? Biasanya Najib akan memakai tali leher dan kot yang kemas.
Adakah bagi Najib ini sekadar program santai-santai sedang pihak Palestin menyediakan satu perbarisan hormat untuknya ?
Adakah pihak Wisma Putra menganggap ini satu lawatan seperti NGO kerana takutkan kemurkaan Amerika yang menganggp HAMAS sebagai pengganas?
Untuk politik dalaman pula, Najib gunakan lawatan ini untuk menunjukkan betapa UMNO amat prihatin dengan nasib Palestin berbanding PAS. Pada hal, tangan kanan Najib bersalam dengan Palestin manakala tangan kirinya menjual sawit kepada Zionis !
Atau adakah lawatan PMNajib ini untuk selesaikan satu "skandal " besar yang melibatkan orang besar Putera UMNO yang dikatakan cuba pikul guni lebihan derma Palestin?
FIKIRKAN : Ada sesuatu yang tidak kena Najib di Gaza."
Kenapa berebut nak jadi calon Wakil Rakyat?
Posted on Thursday, January 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"Kadang-kadang pelik, kenapa ada yang berebut untuk jadi calon Wakil Rakyat baik sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, tak kiralah dari parti apa sekali pun baik dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat. Secara peribadi kalau boleh saya sendiri tidak mahu menjadi calon Wakil Rakyat. Kalau nak ikutkan, saya lebih selesa dengan kerjaya saya sekarang, dari segi pendapatan, masa untuk keluarga dan anak-anak, masa untuk ke masjid dan surau, masa bersama sanak saudara dan jiran tetangga.
Kalau nak bantu masyarakat, sekarang pun saya boleh bantu sekadar kemampuan saya secara peribadi atau sebagai Setiausaha Surau dan Taman Alamanda, selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan atau pun sebagai Yang Dipertua PIBG SMAD Klana.
Macamana pun nama saya naik sebagai salah satu calon di Negeri Sembilan antara beberapa nama lain. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar nama calon lain akan dipilih oleh pimpinan atasan. Namun kalau ianya adalah arahan dalam pimpinan atasan untuk saya bertanding juga, saya perlu akur.
Nak katakan saya pandai berceramah, kalau saya di pentas ceramah, tidak banyak isu politik sensasi yang saya utarakan. Atas pentas ceramah saya lebih banyak mengutarakan masalah setempat, masalah sikap budaya orang Melayu yang negatif, masalah sejarah Negeri Sembilan yang semakin dilupakan generasi kini, masalah tanah adat terbiar, masalah masjid-masjid yang lesu, setakat itu saja isu yang saya boleh bawa dipentas ceramah. Kalau tak percaya mungkin rujuk anggota polis di IPD Rembau boleh sahkan kerana mereka ada menyimpan koleksi ceramah di Rembau.
Nak edar risalah-risalah pun, kekadang fikir dua tiga kali apa risalah nak diedarkan, supaya boleh membuka minda pengundi agar bersikap terbuka, rasional, berkasih sayang. Sikap yang boleh membentuk masyarakat yang harmoni seperti mana yang telah ditunjukkan oleh nenek moyang kita dahulu dari keturunan Orang Asli Jakun dan dari Sumatera.
Kepada bakal-bakal calon baik dari PAS, PKR dan Umno, janganlah berebut nak jadi calon. Kalau menang , tanggungjawabnya amat berat di akhirat nanti. Terasa betapa rendahnya martabat kita ahli politik dibandingkan dengan para ulama. Wakil Rakyat kalau meninggal dunia, ramai yang berebut nak jadi calon, tapi kalau seorang ulama meninggal dunia, para ulama minta ulama lain dan menyebut kebaikan ulama lain untuk menjadi pemimpin ulama.
Sekiranya saya dicalonkan dalam masa yang sama saya sentiasa berharap dan berdoa agar ada calon lain yang dipilih, bahan kempen saya cuma satu sahaja di bawah ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada para pengundi dan penduduk di DUN Kota dalam kawasan Parlimen Rembau. Saya dilahirkan kira-kira 47 tahun yang lalu di Kg Kota. Setelah puas saya merantau bersama ibu bapa selama lebih 32 tahun akhirnya kami kembali menetap di Rembau iaitu di Kg Bongek.
Setelah habis mengejar ilmu saya juga kembali menetap di Negeri Sembilan sejak 20 tahun yang lalu bersama isteri dan anak-anak. Kini hati saya merasa tenang berada di bumi kelahiran sendiri.
Walau bagaimana pun , saya sentiasa menginginkan agar sanak saudara, jiran tetangga, masyarakat setempat dapat merasakan ketenangan yang dapat dirasakan kami sekeluarga.
Saya merasakan bumi Rembau ini, khususnya di Kota adalah merupakan bumi yang bertuah, bumi yang diberkati. Apabila saya kembali menetap di Negeri Sembilan, perlahan-lahan saya kembali menjejaki akan sejarah dan kewujudan Negeri Sembilan.
Sejak kecil dan di bangku sekolah lagi, saya tidak didedahkan akan betapa uniknya sejarah di Kota ini. Saya terasa amat bertuah apabila mengetahui bahawa tempat kelahiran saya di Kota adalah asal terbentuknya kerajaan Rembau, di mana pada waktu itu belum wujud lagi Negeri Sembilan.
Kota dan Rembau adalah merupakan satu kawasan yang begitu pesat membangun sejak berkurun-kurun lamanya.
Kita dulu hidup dalam satu masyarakat yang penuh harmoni serta mengamalkan sistem demokrasi yang awal di dunia menurut perspektif Islam, iaitu Sistem Adat Perpatih.
Namun kini, generasi kita sudah lupa akan semua ini, mengakibatkan kampung-kampung semakin sepi, rumah-rumah tradisional lama dengan seni bina yang hebat dan unik, satu demi satu semakin terbiar, rebah menyembah bumi.
Adalah hasrat saya agar kita dapat kembali meletakkan DUN Kota ini serta kawasan parlimen Rembau ini satu kawasan yang pesat membangun seperti lebih 600 tahun yang lalu.
Saya inginkan cerdik pandai, ulama, sasterawan, ilmuwan, tokoh politik yang berasal dari Rembau tetapi ramai yang berhijrah luar Rembau, agar kembali berbakti di Rembau ini.
Marilah kita sama-sama bangunkan kembali DUN Kota dan parlimen Rembau ini. Marilah kita berfikir, bekerja bersungguh-sungguh agar anak-anak Rembau yang ingin kembali ke Rembau mudah untuk mereka mendapatkan tapak rumah mengikut kemampuan mereka masing-masing.
Kita boleh bekerjasama dengan semua pihak, terutamanya Dato-Dato Adat yang sejak 600 tahun dulu memainkan peranan yang amat besar memajukan Rembau , meneroka tanah-tanah pertanian, sawah bendang dan kampung-kampung.
Sekiranya saya inginkan kesenangan , saya lebih selesa bekerja sebagai seorang professional di sebuah firma antarabangsa.
Tugasan wakil rakyat bukanlah satu tugas yang mudah, bukanlah satu tugas yang menjanjikan projek untuk diri sendiri dan keluarga. Tugas wakil rakyat memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi yang tiada masa untuk mengumpul kekayaan dan untuk berehat.
Tugas seorang wakil rakyat tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari masyarakat setempat dari anak buah hinggalah ke Ketua Adat, tanpa mengira suku, kaum, bangsa, agama serta fahaman politik.
Sekiranya saya tidak terpilih mewakili DUN Kota, saya mengharapkan pesaing saya dapat meneruskan hasrat saya untuk kembali kita bersama-sama meletakkan Kota dan Rembau ini digeruni lawan dan dihormati kawan seperti pada awal terbentuknya kerajaan Rembau dan beberapa ratus tahun selepas itu.
Tiada Kota, tiadalah Rembau. Tiada Rembau, tiadalah Negeri Sembilan.
Rozmal bin Malakan
Kg Bongek , Rembau.
http://rozmal.blogspot.com/ "
Maulidur Rasul: Hentikan pembohongan!
Posted on Thursday, January 24 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Cukuplah lebih 50 tahun kita berbohong, berbohong mencintai Nabi, berbohong mengingati Nabi tetapi sepanjang tempoh itu termasuk pada ketika kita meyambut hari kelahiran Baginda, kita melakukan berbagai bagai pembohongan terhadap ajaran sebenar Baginda.Oleh itu, sempena Maulidur Rasul tahun ini, penulis ingin mengajak semua untuk menghentikan pembohongan ini.
Usaha perlu dipertingkatkan untuk itu.Semua pihak dari semua lapisan dan latarbelakang masyarakat Islam perlu menyertai usaha ini tanpa mengira dari parti mana asalkan mereka itu mengaku ISLAM dan mengaku menjadi hamba ALLAH yang MENDENGAR dan MENTAATI.
Islam adalah carahidup, itu adalah ajaran sebenar Baginda Nabi, Baginda ketika hayatnya sudah memberi tarbiyah terbaik kepada para sahabat untuk menunjukkan contoh carahidup yang diperintahkan untuk kita ikuti, sebab itu Baginda mengingatkan kita bahawa sahabat itu ahli nujum.
Para sahabat pula meneruskan tarbiyah Baginda sehinggalah akhirnya Islam sampai kepada kita, Islam yang datang ke alam melayu sebagai ayam jantan seperti disebut oleh profesyor Naquib AlAttas memberitahu umat melayu bahawa hari sudah siang dan dengan mengikuti seluruh carahidup Islam yang diajarkan oleh Baginda, umat melayu berjaya membina tamaddun yang hebat.Namun itu semua sekarang ini hanyalah nastolgia sahaja.
Hari ini, sejak bermula dari merdeka, Islam terus dibohongi, sehingalah akhirnya pembohongan menjadi budaya bagi setengah setengah orang melayu termasuk juga pembohongan menyambut Maulidur Rasul yang menakutkan kita semua.
Hari ini, sejak merdeka, setiap kali Maulidur Rasul pasti akan ada perarakan tetapi di dalam perarakan itu, akan berlaku banyak maksiat dan kemungkaran. Setiap tahun kita mendengar berbagai bagai keluhan dari individu yang prihatim dan bimbang dengan ancaman bala ALLAH mengenai cara kita menyambut Maulidur Rasul.
Semua pembohongan yang berlaku berpunca dari carahidup yang menyimpan dari ajaran Baginda Nabi.Lantaran itu, bagaimana kita boleh menyambut dan mengingati hari kelahiran baginda, sedangkan sebahagian ajaran Baginda kita tinggalkan dan kita isi dengan carahidup yang dibawa oleh yahudi dan nasrani?
Hari ini, sejak merdeka kita sudah terlalu sebati dengan carahidup yang menyimpang dari carahidup yang diajar Baginda.Antara yang dibawa masuk ke dalam carahidup kita yang sudah sebati sejak dulu ialah budaya couple.Semua perkara mesti dibuat berpasangan antara lelaki perempuan, dari pelajar sekolah rendah sehinggalah ke IPT diajarkan supaya setiap orang mesti ada pasangan.Budaya ini dikesan dibuat oleh yahudi bagi menjauhkan orang Islam dari ajaran Baginda yang sebenarnya.Hatta, Radio IKIM sebagai radio yang sepatutnya mendidik orang Islam dan TV Alhijrah yang berimejkan Islam turut mengamalkan budaya ini apabila ada DJ yang berpasangan menjadi host rancangan rancangan tertentu.
Inilah antara pembohongan yang berlaku ketika menyambut Maulidur Rasul yang perlu dihentikan segera.Setiap lapisan mesti terlibat kalau kita benar benar sayangkan Nabi.
Secara umumnya, rasa kasih kepada Baginda bukan setakat berselawat walaupun ada hadis yang menyebut selawat itu boleh mendapatkan syafaat Baginda tetapi arahan dan ajaran Baginda perlu diikuti.Islam menunjukkan panduan bagi kehidupan individu, kelamin, keluarga, masyarakat dan negara.Setiap orang Islam perlu melihat apakah semua panduan dan ajaran Baginda sudah diikuti?
Hari ini, masalah besar bagi umat Islam ialah negara.Negara tidak ditadbir mengikut apa yang diajar Baginda, jadi apa alasan negara menjadikan Maulidur Rasul sebagai even rasmi seolah olah negara sudahpun mengikuti seluruh ajaran Baginda? Inilah pembohongan besar yang harus dihentikan segera.Tapi bagaimana? kembali kepada sistem memilih kerajaan, kalau kerajaan sekarang tidak berminat untuk menjadikan ajaran Baginda sebagai panduan, maka sudah tentu menjadi kewajipan seluruh umat Islam yang layak mengundi menukar kerajaan yang dikuasai oleh orang Islam ini kepada kerajaan yang lebih bersedia untuk menjadikan ajaran Baginda nabi sebagai panduan pentabdiran."
PRU13: Ubah sebelum rebah!
Posted on Thursday, January 24 @ 15:02:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh SELENA TAY
Semasa menyertai acara KL112 (Himpunan Kebangkitan Rakyat di KL) pada hari Sabtu, 12 Januari yang lalu, penulis sempat bersembang-bual dengan sepasang suami-isteri yang datang dari Kuala Terengganu.
Penulis
berasa teruja mereka datang dari jauh walhal ada ramai lagi orang
dari Kuala Lumpur yang masih tidur lagi dan tidak tahu apa-apa pun
mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat ini.
"Kena datang dari jauh jugalah, mek. Kita mesti menyatakan pendirian kita untuk mengubah kerajaan sebelum kita sendiri yang rebah," kata si suami.
Sampuk
si isteri, "Di Terengganu, ada stadium runtuh, masjid dirobohkan dan
macam-macam lagi kepincangan dalam pentadbiran BN. Oleh itu, kami
mesti ubahkan kerajaan pusat sebelum semuanya roboh, runtuh dan rebah."
Inilah
keadaan di negara kita terutamanya dalam isu ekonomi yang hanya
diberi liputan dari media arus perdana bahawa semuanya berada dalam
keadaan yang amat baik dan memberangsangkan.
"Jika
keadaan ekonomi begitu bagus sekali, mengapakah harga barang makanan
keperluan asas semakin naik? Makanan dalam tin pula juga makin
melambung naik harganya," ujar si isteri.
Seorang
ketua kampung dari Sekinchan, Selangor memberitahu penulis bahawa
sekarang rakyat di Selangor dapat menikmati berbagai manfaat yang tidak
wujud masa zaman pentadbiran BN dan masalah air yang berlaku
baru-baru ini sebenarnya tidak harus berlaku.
Penulis
dapat berjumpa dengan ramai peserta dari Terengganu dan Kelantan di
Kuala Lumpur pada hari itu. Ini menunjukkan bahawa orang dari
Terengganu dan Kelantan boleh dikatakan mempunyai kesedaran politik yang
agak tinggi walaupun mereka kurang membaca berita alternatif.
Ini
amat berlainan dengan warga kota KL yang walaupun mereka semua
mendapat akses mudah kepada berita alternatif masih tidur lena lagi!
Giliran Shabery Cheek bidas TMJ
Posted on Thursday, January 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: laniismaa
"Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.
Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.
“Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini. Lihat gambar-gambar [SINI]
“Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan,” katanya.
Baca juga Pak Cik ini dah peningkan Najib
LAGI.MY
Najib sudah tahu UMNO kalah
Posted on Thursday, January 24 @ 14:57:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh sakmongkol AK47
Saya sedang duduk diluar Stadium Negara pada 12 Januari yang lalu. Ye, mahu cakap lagi. Sebab perhimpunan ini menimbulkan ketakutan yang amat sangat dalam hati pemimpin UMNO.
Masa ini tentu semua orang sudah tahu karakter Naib Tun Razak- anak bangsawan yang gembira tengok ramai rakyat miskin.
Sebab jika ramai yang masih miskin, barulah sah rasa seorang feudal melihat rakyat menadah tangan meminta pertolongan. Baru ada rasa kick melihat seorang insan lain merayu rayu.
Ketika saya sedang duduk di bingkai pavement stadium merdeka, seorang berbangsa India, warga negara kita datang menghampiri saya. Dia memperkenalkan diri. Orang dari Perak, dari Sungai Siput. Kita gelar dia Mr Sungai Siput. Encik SS.
Dia pembaca blog saya. Terima kasih lah- kenalah baca sebab blog ini kepada blogging adalah seperti stadium Lumpini kepada Muay Thai, Madison Square Garden kepada boxing dan Wimbledon kepada pertandingan tennis. Tidak perlu setuju dengan apa yang saya tulis. Hanya kongsikan bersama dengan kawan2. Bawa mesej ini. Ini kalilah kita singkirkan UMNO. UMNO berketuakan Najib macam Ayam berak kapur. Teringat saya kata2 Tun Daim- Najib hasn’t got what it takes to run the country.
Encik SS cerita pada saya. Pertemuan dengan seorang Ketua UMNO Bahagian. Ketua Bahagian meminta dia menggembelingkan sokongan masyarakat India Sungai Siput untuk UMNO. Encik SS kata- ini kali, orang Yindia mahu dengar denyut hati rakyat.
Maka jika ketua UMNO tidak bingung, dia mesti sedar bahawa orang India bukan lagi berlari mendapatkan dakapan maut UMNO. Takde orang nak layan UMNO dah. Padan muka.
Apa dah jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang masih memilih? Masaalah UMNO bukan masaalah ahli. Yang membawa celaka dan malapetaka kepada UMNO ialah pemimpin mereka. Tunku Abdul Rahman pernah berkata- hampa tengoklah nanti- yang akan bawak kehancuran kepada UMNO dan merosakkan orang Melayu adalah Dr Mahathir. Lebih baik orang Melayu berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Ertinya, lebih baik bersahabat dengan orang jahat daripada berkawan dengan orang baik dan mulia? Emak bapak jenis apa yang beri nasihat sedemikian?
Sifat syaitan ialah (1) ingkar (2) sombong (3) takabbur (4) berbangga kerana asal usul. Bila Najib ingkar hadir ke Parlimen setelah membentangkan bajet terbaik nya sejak zaman nabi Adam, dia ikut perangai siapa? Iblis dan syaitan. Bila dia pergi ke Pulau Pinang cakap besar bahawa bajet Pakatan Rakyat tidak senilai kertas ianya dicitak- Najib ikut perangai siapa? Sombong dan takabbur- perangai syaitan. Bila orang UMNO berlagak kerana ahli mereka 3 juta dan mereka berasal usul golongan yang berjuang untuk merdeka- mereka ikut perangai siapa? Syaitan.
Sebab itu dalam AlQuran kita ada sebut yang ikut syaitan dan iblis ialah mereka yang bernaung dibawah syaitan dan golongan yang musyrik.
Semua pemimpin UMNO dari atas sampai kebawah, semua korap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata. Dr Mahathir bercakap mengenai rasuah sedangkan dia dikatakan bernilai USD44 billion atau RM 132 billion? Gila kita orang Melayu nak dengar cakap orang seperti ini.
Bagaimana nak benteras rasuah jika wang dan merangkak, merayap, berlari dan memanjat sehingga nombor 1? Bukan saya kata. Tun Daim beritahu. Yang nombor satu ada skendel beli kapal selam. RM5 billion beli kapal selam dapat komisyen RM500 juta. Terima sogokan dari kontraktor negeri Cina buat landasan berkembar Gemas-JB. Ada pula dakwaan dengan skendel Altantuya.
Isiu Altantuya tidak akan reda. Jangan kita mengentengkan pembunuhan ini kerana Altantuya bukan orang Melayu, agama Islam atau wanita yang dianggap tidak mulia. Ketika isiu pembunuhan ini mula2 timbul dulu, orang UMNO kata apa sangat nak kisahkan seorang kafir dan pelacur dibunuh? Sebab yang meniduri wanita itu ialah Melayu, Islam dan yang dibunuh itu manusia. Jadi kita kena kisahkan.
Rakyat naik berang dan tanya. Apa yang susah sangat nak buat Razak Baginda cerita kepada rakyat Malaysia? Razak Baginda terang2 mengaku wanita Mongolia girlfriend dia dan dia bercucuk tanam dengan bumi Mongolia. Balasubramaniam sebut, gadis Mongolia itu Najib Razak yang kenanalkan kepada Razak Baginda. Najib Razak suruh dia jaga Altantuya baik2. Kalau nak pakai boleh. Depan atau belakang pun boleh.
Padan muka orang UMNO kena tipu- Razak Baginda seronok bersuaka di England bawak kereta Ferari, bawak Aston Martin. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Kamu berkeringat membanting tulang semata mata membiayai kehidupan pemimpin kamu yang mewah.
Apa yang susah sangat nak buat dua orang polis tertuduh, cerita siapa suruh mereka tembak dan bom Altantuya? Mustahil suka2 dan seronok, bangun pagi- hari ini aku nak tembak, rogol dan bom? Apa yang susah nya pendakwa raya mendedahkan ini semua? Mereka ni lulus university mana? Betulkah ada sijik peguam?
Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertama nya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam Negara ini ialah majority. 18 juta dari 28 juta. Ahli UMNO , 3 juta. Mati semua ahli UMNO pun, ada 15 juta orang Melayu terus hidup tanpa perlukan ujudnya UMNO. Jadi apa perlu pemimpin UMNO yang rasuah dan korap? Kita tak boleh jadi jurucakap sendiri menjuarai kepentingan kolektif bangsa Melayu?
Kedudukkan, keistimewaan dan kepentingan orang Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang. Undang2 kekal. UMNO sifat nya sementara. Kedudukan dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Mesti dapat persetujuan Majlis Raja2 Melayu. Hanya jika Majlis Raja2 Melayu tiba2 jadi Majlis Raja Kapur- maka ketika itu, mungkin kita orang Melayu akan rasa cemas. Itu pun mungkin, sebab fakta nya ialah kita ni majority. Dan kita boleh mempertahankan dan menjuarai kepentingan kita secara sendiri tanpa memerlukan bantuan UMNO yang bingung itu.
Kenapa perlu kita beri Najib mandate untuk 5 tahun lagi? Apa yang boleh dia lakukan dalam masa 5 tahun yang dia tidak lakukan dalam masa 55 tahun? Kamu beri satu undi kepada UMNO bererti kamu melanjutkan usia parti dan pemimpin yang merompak dan melanun negara ini atas nama agama, bangsa dan tanah air? Kamu ingat orang UMNO yang membela agama Islam? Orang UMNO berebut nak jadi pengerusi masjid dan surau. Yakni berebut jawatan. Bukan berbakti dan memberi maksud kepada jawatan tersebut.
Budaya berkerja ikhlas dan jujur tidak ada dalam budaya atau piagam hidup orang UMNO. Sebab itu, pemimpin besor UMNO Tanya- lu tolong gua, wa tolong lu yang sekarang dah jadi, lu tolong gua dulu, baru wa tolong lu.
Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com
Buku Terbaru "Kelantan 22 Tahun, Bukti Kejayaan" yang perlu anda miliki
Posted on Thursday, January 24 @ 14:52:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
“Buku ini menampilkan suatu produk bermutu yang telah dihasilkan olej kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, iaitu sebuah pentadbiran dan kepimpinan Islam, yang lebih baik daripada mana-mana pentadbiran dan kepimpinan yang terdapat di dunia pada hari ini.
“Pimpinan Tok Guru Nik Aziz telah berjaya mentadbir Kelantan selama lebih 22 tahun. Banyak pembaharuan, kelainan dan kebaikan telah ditunjukkan, dan terbukti, khasnya dalam pentadbiran kerajaan negeri, dan dalam membentuk minda dan sikap rakyat supaya lebih mengikuti kehendak Islam.
“Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz telah berjaya dibentuk menjadi sebuah Pentadbiran Islam. Inilah model sebuah Negara Islam. Sesuatu yang nyata, yang ada di depan mata.”
Inilah dia seorang pemimpin Islam yang sebenar, yang mewarisi cara dan gaya kepimpinan Rasulullah s.aw . Berlainan sama sekali dengan apa yang difahami dan dipropagandakan oleh Amerika dan sekutunya (termasuk Umno - BN) itu
Demikianlah yang tercatat di belakang kulit buku setebal 263 mukasurat itu.
Buku "Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan ' Karya Dinsman boleh dipesan melalui pos kepada ADNAN BIN OTHMAN ,KAMPUNG RAJA,TUNJANG,06000 JITRA KEDAH. HP:0194582257.emal adnankgraja@gmail.com Bayaran atas nama ADNAN BIN OTHMAN, atau bank-in akuan BIMB:0203902005607 .Harga termasuk bayaran pos RM28.00.Dapatkannya sebelum kehabisan
ATAU
Berminat untuk mendapatkan buku tersebut,sila masukkan wang berjumlah RM25.00 + RM3.00(Kos penghantaran)= RM28.00 ke bank BIMB:0203902005607 di atas nama ADNAN BIN OTHMAN.Selepas Bank In ,sms kan nama dan alamat penuh anda ke 0194582257..Insya Allah buku tersebut akan pos kan dengan segera.
Najib buat lawak: lawat Gaza!
Posted on Thursday, January 24 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Dont buy Najib joke! Lawat Gaza untuk menyampaikan mesej kepada PAS supaya menerima penyatuan dengan UMNO, tetapi tidak berminat untuk melaksanakan syariat Islam seluruhnya.Najib disambut oleh PM Hamas tetapi dikencam oleh Mahmood Abbas, Pengerusi Palastin dari Fatah.
Sekali imbas terserlah jenaka yang dibuat Najib kerana semua tahu HAMAS adalah lanjutan ikhwatul muslimin Imam Hassan AlBana yang hampir hampir menakluki Tel Avis dan prinsip perjuangannya kosistan dengan PAS, sedangkan FATAH merupakan parti yang sekular yang serupa dengan UMNO.Kenapa Najib melawat PAS, bukan UMNO di Palastin? Sedangkan Bernama melapurkan Najib melawat palastin (Bernama merujuk Gaza sebagai wilayah PALASTIN) bukan Gaza. Sementara Mahmood Abbas sebagai sekutu Najib menyifatkan Gaza sebagai wilayah pentabdiran pengganas HAMAS (HAMAS TERRORIST RULERS). What a joke!
Najib mahu bergabung dengan PAS, itu mesej yang boleh difahami dengan skrip maharaja lawak ini, tetapi tidak mahu mengikut sepenuhnya ajaran baginda Nabi. Najib sanggup melukakan hati sahabat sepemikirannya, Mahmood Abbas yang selama ini diberi pengiktirafan sebagai penguasa Palastin dengan melawat orang orang yang dipinggirkannya dulu dan sanggup mengaku bahawa sebagai satu umat dengan HAMAS(sedangkan Najib turut bersubahat dengan Israel untuk membunuh penduduk Gaza dengan penjualan minyak sawitnya ke Israel).
PM HAMAS, Ismail Haneyah, yang menyambut Najib di sempadan Rafah merupakan seorang yang merendah diri dan sentiasa mahu menerima tetamu walaupun beliau tahu tetamunya itu tidak boleh dipercayai kerana beliau merupakan seorang yang yakin dengan perlindungan ALLAH. Cuba bayangkan apa tindakan Ismail Haneyah kalau Najib mengambil keputusan tidak melawat Gaza tetapi Tebing Barat yang dikuasai FATAH. Apakh beliau akan mengutuk Najib seperti Mahmood Abbas?
Najib sejak dulu memang bebal! mesej demi mesej dihantarnya untuk mendapat perhatian PAS supaya menerima lamara UMNO sehingga sekarang sanggup ke Gaza untuk memujuk PAS yang sudah diketahuinya mempunyai hubungan akidah yang akrab dengan HAMAS. Tetapi Najib buat buat tak faham akan makna hubungan AKIDAH ini, kerana itu walaupun masih mahu meneruskan dasar sekular dan pagmatisnya, dia masih mahu PAS menerima UMNO dan meletakkan UMNO sebagai peneraju.
Najib mahu FATAH dan HAMAS bersatu tetapi buat buat pekak dengan apa yang sudah diarahkan oleh ALLAH dan RASULnya supaya penyatuan itu mestilah dengan TALI ALLAH, bukan dengan akal manusia yang penuh dengan najis ini.
Najib tidak mahu belajar dari usaha gabungan FATAH dan HAMAS yang sebenarnya sama dengan usaha gabungan PAS dan UMNO. Najib juga semacam tak faham bahawa mesej ISLAM itu mengatasi parti politik dan jemaah. Kalau akidah sama dan syariat serta syiar ISLAM mahu diikuti sepenuhnya, bukan ambil separuh separuh, pasti FATAH dan HAMAS akan bersatu secara sendirinya tanpa perlu adanya ikatan FATAH dan HAMAS, begitu juga, PAS dan UMNO pasti akan bersatu tanpa perlu adanya ikatan PAS dan UMNO.
Oleh kerana Najib tidak mahu menerima seruan ini, walaupun dalam solat beliau turut membaca surat alFatihah, maka berlakulah skrip maharaja lawak seperti dipertontonkan di GAZA dan turut membantu dia melengkapkan skripnya ialah Nasarudin Mat Isa, seorang ustaz yang sudah ada rahsia Yidin Yasin yang menanti masa yang sesuai untuk menendang Najib.
Mungkin tahun depan, kita boleh cadangkan kepada Astro menjemput Najib dan Nasarudin Mat Isa untuk menyertai maharaja lawak mega.
Marah MB, tutup bilik gerakan
Posted on Thursday, January 24 @ 14:16:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"AZIZAN INCHE HARUN
24 Januari 2013
Bilik gerakan Umno cawangan Kampung Rumah 10 ditutup
PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.
Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.
Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum
dilunaskan.
“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.
“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.
Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.
“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.
“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok
kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.
“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.
“Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.
Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.
“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.
“Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya.
sumber"
Berminat Jadi Sukarelawan PRU13?
Posted on Thursday, January 24 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber myharakah.net
Berminat jadi sukarelawan PRU13?
Jika berminat, sila daftar di laman web
http://myharakah.net/PRU13/
Terma Dan Syarat Menjadi Sukarelawan PRU13
Pada bahagian bawah permohonan online anda dikehendaki untuk menanda kotak yang anda telah membaca dan memahami terma dan syarat menjadi Sukarelawan PRU13. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

DAPATKAN SEBELUM KEHABISAN!

- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Parti PAS tidak bertanggungjawab untuk kehilangan harta benda, kecederaan peribadi, penyakit, kemalangan, kelewatan atau perbelanjaan yang dialami oleh sukarelawan semasa mengambil bahagian dalam program ini.
- Parti PAS tidak bertanggungjawab bagi apa-apa obligasi kewangan atau liabiliti yang mungkin ditanggung oleh peserta termasuk kerosakan kepada harta, atau kecederaan kepada orang lain semasa menyertai program ini.
- Kos pengangkutan harian adalah tanggungjawab sukarelawan sendiri.
- Sukarelawan bersetuju untuk mengikuti undang-undang pertubuhan Parti sepanjang mengikuti program ini. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan penamatan dari menjadi sukarelawan program.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan