Air S'gor: Pusat 'pemain utama' operasi Syabas
Harakahdaily, | 17 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan merupakan pemain utama dalam operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, kerajaan pusat melalui Menteri Kewangan Incorporated memiliki ‘Golden Share’ dalam Syabas, yang membolehkan mereka berkuasa mutlak membuat keputusan dalam syarikat pemegang konsesi air di Selangor itu.
Manakala, anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) pula katanya hanya memiliki 30 peratus pegangan saham di dalam Syabas dan ini terhad kepada perwakilan dalam lembaga pengarahnya sahaja.
“Selain Kerajaan Negeri melalui KDEB, terdapat satu pemilik saham yang istimewa iaitu ‘golden share’.
“Dan (ia) mempunyai semua kuasa dan bertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang dibuat Syabas,” katanya ketika sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.
Kerajaan Negeri Selangor kini menuntut kerjasama pusat bagi membuat penstrukturan semula air di negeri itu dan mengambilnya semula dari Syabas.
Mereka mendakwa masalah air di Selangor dapat diatasi jika pengurusan itu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri dan bukan lagi kepada syarikat konsesi Syabas yang diberikan ketika zaman Umno BN memerintah.
Sehingga kini Kerajaan Negeri masih menunggu jawapan dari Kerajaan Pusat berhubung isu pengambilalihan pengurusan air daripada Syabas itu.
Sebelum ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dalam berkata, Pusat tidak pernah menghalang Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pengurusan air dari Syabas.
Katanyanya, ia kerana Pusat tidak mempunyai sebarang ekuiti dalam syarikat Syabas kecuali ‘golden share’ untuk membuat pemantauan.
Peluang terakhir menang RM10,000
majdan, | 17 Jan 2013 |
Oleh itu, gunakan kesempatan akhir ini untuk memenangi hadiah yang begitu lumayan iaitu hadiah utamanya wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000 serta 17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.
Peraduan ini meminta peserta menulis artikel berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Tujuan peraduan ini diadakan ialah untuk mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini; mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran; dan mengajak rakyat agar berhujah dengan al-Quran.
Sebelum mengirim tulisan, anda dinasihatkan agar membaca dengan teliti syarat penyertaan dan memahaminya agar menepati kehendak penganjur.
Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya dengan menghantar artikel mereka ke emel budayaharakahdaily@gmail.com
Pelajar UUM: 'Saya tidak sangka video itu akan letup'
17 Januari 2013
Bawani mendakwa, forum itu pada asalnya bertajuk 'Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik', namun ditukar kepada tajuk 'Wanita dan Politik' pada hari berkenaan.
Menurutnya, soalan yang diajukan kepada pihak penganjur itu diberikan setelah program tersebut hampir selesai kerana sesi soal jawab hanya mengambil dua soalan sahaja.
"Sepatutnya penganjur bagi peluang kepada pelajar untuk beri pandangan dan bukannya tutup sesi soal jawab setelah ambil soalan daripada dua pelajar sahaja.
"Dalam dewan itu ada lebih 2,300 pelajar, mengapa hanya dua soalan sahaja yang diambil," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara dia dengan Sharifah Zohra Jabeen yang disiarkan di laman Youtube.
Difahamkan, klip video terbaru ini dibuat atas inisiatif Dewan Pemuda Pas Perak yang datang ke rumah Bawani untuk mendapatkan penjelasan.
Bawani berkata, antara perkara yang menjadi persoalan dalam program itu adalah pengisiannya yang khusus mengkritik perhimpunan jalanan termasuk Bersih 3.0 dan Himpunan Bantah PTPTN di Dataran Merdeka.
"Selepas program itu berakhir, saya mendapat tahu program yang sama pernah dibuat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Oktober tahun lalu dan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada November tahun lalu," katanya.
Katanya, video yang diambil bulan lalu itu hanya memaparkan bahagian soalan dan jawapan daripada Sharifah.
"Jika boleh lihat bahagian satu dan dua video itu, pastinya anda akan lihat keseluruhan program itu bertujuan untuk 'membasuh pemikiran pelajar'," katanya.
Klip selama 24 minit itu memaparkan Sharifah sebagai ahli panel forum menegur Bawani, yang bangun bercakap dalam forum terbabit.
Dalam forum tersebut, barisan ahli panel terdiri daripada Sharifah Zohra Jabeen, Peter Yap, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Mazli Mutazam.
Sharifah Zohra: 'Saya akan jelaskan'
17 Januari 2013
Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.
“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.
Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.
Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar
Tertidur di landasan, maut digilis kereta api
17 Januari 2013
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan kenyataan saksi iaitu pemandu kereta api berkenaan, mangsa, Che Esah Mohamed, 53, tidur di atas landasan.
Menurutnya, meskipun siren dibunyikan beberapa kali, mangsa tidak berganjak daripada tempat kejadian.
"Berdasarkan kedudukannya yang berlunjur di atas batu manakala kepalanya di atas landasan, kita percaya mangsa tertidur di situ.
"Berdasarkan hasil bedah siasat, kepala mangsa pecah manakala tangan kanannya patah dan maut di tempat kejadian," katanya, semalam.
Beliau berkata, mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Sementara itu, penduduk, Ku Yahya Ku Tengah, 61, berkata, dia menyedari bunyi bising di luar rumahnya, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini.
"Saya dapati ramai anggota polis sedang memeriksa landasan kereta api, maka saya beranggapan mereka cuba mencari bahan bukti ketika menangkap penjenayah.
"Saya hanya mengetahui kejadian sebenar selepas subuh, apabila penduduk mengerumuni tempat kejadian," katanya, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pengkalan Pasir, Harun Daud berkata, Che Esah banyak menghabiskan masa di bandar dan semua penduduk mengenalinya.
"Sikapnya juga disenangi masyarakat kerana tidak mengganggu penduduk mahupun peniaga," katanya.
Ini merupakan kejadian kedua membabitkan kemalangan kereta api, di Pasir Mas, dalam masa sebulan.
Sebelum ini, seorang pekerja sambilan Telekom Malaysia maut selepas terpelanting akibat dilanggar kereta api dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah Pada 15 Disember lalu.
Mangsa dikatakan cuba melintas landasan sambil memegang telefon bimbit, namun tidak mendengar laungan jiran dan penduduk yang berada berdekatan.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Kes selesai tapi Anwar-KJ 'perang' di Twitter
17 Januari 2013
Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.
Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.
"Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.
Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)."
Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR.
Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam.
Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan."
Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes."
Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.
Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.
"Tiada perintah untuk kos," katanya.
Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah.
Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
Janda ditipu 'jemaah tarik duit'
17 Januari 2013
Itu pengakuan Salina, 30-an (bukan nama sebenar) saat menceritakan pengalamannya menyertai kumpulan jemaah ‘tarik duit’.
Menurut Salina, jemaah berkenaan diketuai oleh seorang lelaki dikenali sebagai Bujal 40-an yang mendakwa mampu menghasilkan wang jutaan ringgit.
"Jemaah turut disertai tujuh individu lain termasuk seorang doktor yang sanggup melabur sehingga puluhan ribu ringgit," katanya.
Menceritakan detik perkenalannya dengan Bujal ketika menjalankan urusan perniagaannya, Salina mengakui lelaki itu mempunyai perwatakan alim selain pandai mempengaruhi orang lain dengan tutur kata sopannya.
“Disebabkan seorang rakan baik turut menyertai jemaah ini, membuatkan saya turut terpengaruh, apatah lagi saat saya dan anak-anak memerlukan wang.
“Disebabkan begitu percaya dengan pujukan Bujal, saya sanggup laburkan semua wang simpanan yang ada asalkan hasilnya berlipat kali ganda.
"Akibat terlalu taksub dengan kebolehan Bujal itu jugalah saya tergamak menggunakan wang untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak,” katanya.
Selain menyerahkan wang, Salina juga diarahkan untuk menyediakan pelbagai barangan ketika ‘upacara’ menarik duit seperti tujuh helai kain satin berlainan warna, bekas bara, jarum, air mawar dan wang sebanyak RM180 atas nama bayaran fidyah.
Menurut Salina, aktiviti sesat itu dijalankan di beberapa hotel sekitar bandar raya ini di mana ahli jemaah diarahkan untuk membaca surah lazim al-Quran ketika Bujal sedang menjalankan upacara.
“Ia berlarutan selama empat bulan dan dijalankan pada 10 malam hingga awal pagi, Bujal akan menggunakan sehelai kain hitam dan kira-kira setengah jam kami membaca surah dia akan tunjukkan hasil wang diperolehi.
“Jumlah wang diperolehi memang banyak. Bayangkan daripada sehelai kain berwarna hitam kemudiannya ada duit sebanyak itu.
Menurut Salina, kemuncak aktiviti mereka berlaku sebelum Aidilfitri tahun lalu apabila pembahagian wang bermula.
Salina mengakui dalam pembahagian itu, dia memperolehi 500 keping RM50 untuk dijadikan ibu duit yang boleh menghasilkan wang sehingga RM6 juta.
“Bujal tidak membenarkan saya mengambil kesemuanya, dia hanya menyerahkan dua sampul surat, kononnya berisi sebanyak RM300,000. Namun, saya perlu mematuhi beberapa syarat sebelum melihat isi kandungan sampul surat itu apabila sampai di rumah.
“Bujal minta saya membaca surah Al-Fatihah, Al-Kausar dan Ayat Kursi, semuanya mesti dibaca sebanyak 100 kali pada tengah malam.
"Bagaimanapun belum sempat menyudahkan bacaan surah berkenaan, rakan baik menelefon dan memaklumkan apa yang diperolehi di dalam sampul surat yang diberi Bujal,” katanya.
Tanpa berlengah Salina pun melihat isi kandungan sampul surat itu dan dia terkejut apabila mendapati sampul surat berkenaan berisi kertas putih yang dipotong dan seberkas resit yang saiznya seperti wang kertas.
“Siapa yang tidak terkejut, malah salah seorang daripada jemaah kami turut meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengetahui keadaan sebenar.
"Bagaimanapun Bujal memberi alasan wang yang ditarik telah ‘rosak’ menyebabkan ia bertukar menjadi kertas kosong.
“Bujal berjanji jika saya serahkan RM500 dia akan menjalankan upacara itu sekali lagi. Akibat terpedaya dengan janji manis saya sanggup meminjam wang daripada ah long kerana yakin akan dapat pulangan berlipat kali ganda,” ceritanya.
Bagaimanapun kira-kira seminggu kemudian, Salina akhirnya tersedar dia sebenarnya telah ditipu Bujal dan dalam masa yang sama ah long pula memburunya kerana wang RM500 yang dipinjamnya telah naik kepada RM1,500.
Bujal pula menghilangkan diri, mujur seorang rakan baiknya bersimpati dan melangsaikan hutang berkenaan.
“Walaupun saya hanya rugi sekitar RM3,000 namun ia begitu memberi pengajaran, selama empat bulan menyertai jemaah itu, perniagaan saya merudum kerana hilang fokus. Saya berkongsi cerita ini sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mudah tertipu.
“Akibat terlalu tertekan saya masih belum melaporkan kes ini kepada polis. Mungkin dalam masa terdekat saya dan rakan lain yang ditipu akan membuat laporan supaya lelaki penipu seperti Bujal menerima hukuman setimpal,” katanya.
Pegawai daerah didakwa cabul wanita
17 Januari 2013
Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.
Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.
Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes tersebut.
Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Roslan membayar wang jaminan itu. - Bernama
Gertak: Haramkan Bible BM
17 Januari 2013
Desakan itu terkandung dalam satu memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman di sini, semalam.
Selain itu, termasuk dalam tuntutan Gertak ialah memohon Kerajaan Negeri mendapatkan perkenan Sultan Terengganu untuk mewartakan bukan sahaja kalimah ALLAH tetapi juga masjid, surau, ulama, ustazah dan ustaz dalam Enakmen Perundangan Islam negeri sebagai hak eksklusif orang Islam.
Setiausahanya, Azmi Ali berkata, pihaknya mencapai keputusan untuk mengemukakan memorandum dengan tiga tuntutan itu kepada Menteri Besar bersama 120 NGO lain dalam satu mesyuarat yang berlangsung kelmarin.
"Oleh kerana tujuan kami jelas iaitu untuk memelihara kepentingan agama dan umat Islam, khususnya di negeri ini, kami tidak merasakan bahawa tindakan kami ini terlambat walaupun isu kalimah ALLAH sudah semakin reda, apa lagi dengan tindakan Majlis Syura Ulama Pas yang juga tidak membenarkan kalimah ALLAH diguna dalam kita Bible berbahasa Melayu," katanya.
Azmi berkata, apa yang paling diutamakan oleh pihaknya ialah supaya tindakan itu akan melindungi akidah dan kedudukan Islam pada masa depan yang melibatkan generasi muda.
"Bukan mustahil isu seperti ini akan berbangkit semula, jadi kita perlu bersiap sedia dengan perlindungan undang-undang yang mantap," katanya.
Mengenai desakan supaya kerajaan mengharamkan Bible versi bahasa Melayu, Azmi berkata, tindakan perlu meliputi segala aspek penerbitan seperti percetakan dan juga pengedaran.
Dalam pada itu, Gertak juga menuntut Kerajaan Pusat tidak melayan sebarang rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
Azmi menjelaskan, sekiranya semua perkara tersebut dilulus dan diwartakan, ia boleh menjadi panduan sekiranya isu sama ditimbulkan pada masa akan datang.
“Apabila diwartakan, senang untuk dijadikan rujukan,” katanya.
Saman keluar, Pisau.net tarik balik fitnah terhadap MB Kelantan, Ngeh dan Nga
http://paspb2.blogspot.com, | 17 Jan 2013 |
SETELAH SURAT SAMAN DIKELUARKAN!!! Blogger Pisau.Net tarik balik fitnah terhadap MB Kelantan, Ngeh dan Nga
Sebelum ini diheboh-hebohkan kononnya YAB Tuan Guru memberikan rasuah berupa tanah kepada pemimpin DAP Perak untuk ditukar dengan jawatan Menteri Besar. Fitnah ini berasal dari blog pisau.net.
Kenapa apabila pisau.net menarik balik fitnahnya, media massa milik UMNO/BN senyap seribu bahasa???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan