Rabu, 9 Januari 2013

KITA SEMUA MAKHLUK ALLAH...ALLAH MENYURUH SEMUA MAKHLUK BERIMAN KEPADANYA..MAKA ADAKAH SALAH MAKHLUK MENYEBUTNYA 'ALLAH'

Kase sokong cadangan Pakatan batal saman AES

Wan Nordin Wan Yaacob, 08 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyokong cadangan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang mahu membatalkan semua saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak ia dilaksana September 2012.

Menurut Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar, cadangan itu adalah satu kebaikan kepada rakyat memandangkan pelaksanaan AES oleh kerajaan Umno BN dibuat secara tergesa-gesa.

Sambil merayu rakyat agar terus mematuhi undang-undang meskipun AES suatu hari nanti ditangguh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Mahfuz juga menegaskan satu kajian akan dilakukan terhadap pelaksanaan AES .

"Kajian termasuklah dalam isu perjanjian dengan dua syarikat yang mendapat kontrak AES ini," katanya lagi.

Kata beliau lagi, Kase memandang serius isu AES membabitkan rakyat kerana sehingga kini lebih 400,000 saman telah dikeluarkan.

Pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan Pakatan Rakyat untuk membatalkan semua saman AES sejak sistem itu bermula.

Kata Anwar lagi, jika menerajui negara selepas PRU13, Pakatan Rakyat akan mengumumkan penangguhan AES untuk menjalankan kajian terhadap pelaksanaan sistem tersebut.

Abby Abadi perli ustaz-ustaz Umno

http://addin77.blogspot.com, 08 Jan 2013

Lihatlah post di wall Abby Abadi ni.. dia perli ustaz-ustaz Umno. Malu kepada Abby Abadi yang baru berhijrah tapi lebih faham Islam daripada ustaz-ustaz Umno ni.

Ustaz-ustaz Umno ni hanya menjual agama demi kepentingan diri sendiri. Taraf mana ilmu ustaz Umno hingga nak memperlekehkan ulama-ulama besar dunia.

Polis beri jaminan HKR akan berlangsung aman?

http://msomelayu.blogspot.com, 08 Jan 2013
PANDANGAN

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat lewat petang ini mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari nanti menggembirakan semua orang. Menurut kenyataan itu pihak polis memberi jaminan akan mengawal himpunan berkenaan dan mahukan ia menjadi satu sejarah? Sejarah apa masih kabur?

Ismail: Bagi jaminan HKR aman?
Perkara ini dinyatakan oleh Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali.

Menurut mereka perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Ismail Omar dalam pertemuan dengan mereka petang ini yang dikatakan dalam keadaan kondusif.

Saifuddin menegaskan IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi himpunan berkenaan detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu.

Dalam pada itu jelasnya Polis akan memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati. Sekiranya ini menjadi kenyataan satu tabik hormat dua belah tangan kepada polis boleh diberikan.

Semua rakyat berharap di sepanjang himpunan itu nanti tidak akan ada lagi cemuhan dan kata nista kepada anggota polis seperti sebelum ini yang diciskan oleh orang ramai kerana sikap tidak profesional mereka memukul dan membelasah orang ramai sewenang-wenangnya.

Bagaimana pun janji pihak polis itu masih lagi belum dapat diyakini sepenuhnya kerana ia tidak dijelaskan dari mulut Ismail Omar sendiri di mana ia boleh jadi betul ataupun selepas ini akan dinafikan dengan alasan Saifuddin silap memahami butiran perjumpaan dengan beliau (Ismail). Kalau ini berlaku ia tidak ganjil kerana sudah ada kekeliruan seperti itu sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein juga belum bersuara berhubung sikap polis itu. Apa pun kalau Najib Razak mahu mengurangkan rasa benci rakyat kepadanya seharusnya beliau membenarkan polis melakukan apa yang difikir terbaik.

Maruah dan martabat Najib serta pandangan umum kepadanya akan menjadi lebih tinggi kalau beliau sedia memenuhi janjinya untuk membenarkan himpunan berkenaan berlangsung dalam keadaan tersusun, aman dan diberikan lokasi seperti dipohon, iaitu Stadium Merdeka.

Petang ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari akan datang. Kalau esok atau lusa Tv no 3 tidak membuat laporan huduh berhubung HKR, apa yang dijanjikan polis itu boleh diterima. Tengoklah nanti apa fatwa Tv no 3 dan Harusani mengenai HKR itu. [wm.kl.8:56 pm 08/01/13]

Apa bukti negara bahaya jika bertukar kerajaan

Harakahdaily, 08 Jan 2013
KUALA LUMPUR: “Insya Allah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Justeru, beliau mempersoalkan atas asas apa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Matahir Mohamad bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan.

Menurutnya, mungkin Mahathir tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.

“Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik.

“Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan.

Mahathir dilaporkan berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau mengharapkan semua semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya menggemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga.

Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam.

“Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihan raya,” kata Idris.

Beliau berkata, Mahathir masih menggunakan taktik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya dengan memberi ingatan kepada generasi muda supaya mengenang jasa Umno kepada negara.

“Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80-an,” ujarnya.

Katanya, Mahathir terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni.

“Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan.

“Selepas PRU12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negara akan menggemblengkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat,” ujarnya.

Kalimah Allah: Siapa boleh tolong jawab persoalan Dr Maza

http://omakkau.blogspot.com, 08 Jan 2013

KALIMAH ALLAH...SIAPA BOLEH TOLONG JAWAB PERSOALAN MANTAN MUFTI PERLIS INI DEMI PENCERAHAN MINDA DAN KEBENARAN!!!!..


Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin melontarkan satu persoalan yang mencuit minda dan menggoncang jiwa untuk dirungkai secara realiti tetapi berhemah dan berilmiah.

PERLUKAH VERSI KHAS APABILA BUKAN ISLAM MENYANYIKAN LAGU-LAGU RASMI NEGERI-NEGERI INI?

Adun Chempaka buka bilik gerakan air

Salmiyah Harun, 08 Jan 2013

Iskandar (tengah) menyediakan pam air bagi membantu penduduk yang menghadapi tekanan air rendah.

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Adun Chempaka membuka bilik gerakan air bagi berhadapan krisis bekalan air yang terputus di sekitar Ampang dan Cheras sejak 10 hari yang lalu.

Bilik gerakan tersebut terletak di Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya.

Menurut Iskandar Abdul Samad yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, petugas-petugas bilik gerakan itu akan sedaya upaya cuba membantu penduduk yang berhadapan dengan bekalan air yang tidak menentu iaitu sama ada tiada bekalan langsung atau tekanan air yang rendah.

Katanya, mereka juga akan berhubungan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) agar memastikan kawasan-kawasan yang terlibat mendapat bekalan air sama ada melalui lori tangki air atau tangki air statik.

"Di dalam pertemuan di antara saya dan wakil-wakil Syabas pada 4 Januari lepas, saya telah menegaskan bahawa Syabas mesti membekalkan air yang secukupnya ke kawasan-kawasan yang terlibat. Mereka mesti memastikan tangki-tangki statik sentiasa diisi untuk digunakan penduduk.

"MPAJ juga mempunyai lori-lori tangki air tetapi jumlahnya amat terhad," katanya dalam satu kenyataan.

Hadir pada pertemuan tersebut adalah Pengarah Eksekutif Operasi Syabas Yusof Saroji,  Pengurus Besar Syabas Kelvin Siew dan ahli-ahli Majlis MPAJ bagi kawasan-kawasan yang terlibat.

Iskandar juga berkata, sebagai usaha tambahan beliau akan mendapatkan 10 pam air untuk membantu penduduk di pangsapuri-pangsapuri yang mengalami tekanan air rendah.

"Satu dari pam itu telah diuji di Pandan Jaya tengah hari tadi. Mereka yang inginkan khidmat pam itu bolehlah menghubungi bilik gerakan," katanya.

Petugas-petugas dari Unit Amal Pandan juga telah dikerahkan untuk membantu warga emas dan mereka yang tidak berkemampuan untuk mengangkat air.

Tambahnya, sekiranya terdapat orang ramai yang ingin turut membantu bolehlah menghubungi bilik gerakan.

Justeru katanya, Syabas adalah sebuah syarikat swasta dan bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, oleh yang demikian kerajaan negeri tidak boleh secara lansung menentukan operasi syarikat tersebut.

"Ini adalah di antara sebab utama kenapa kerajaan negeri mahu menstrukturkan semula industri air di Selangor. Agar urusan membekalkan air kepada rakyat ditadbir sendiri oleh Kerajaan Negeri," tegasnya.

Sayangi Malaysia, gunakan kuasa kita – Abby Abadi

Muhammad Faizal, 08 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Arbaeiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi hari ini meminta agar seluruh rakyat negara ini melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Beliau yang ditemui di Pejabat Harakah hari ini memberitahu perubahan yang dilakukan itu adalah salah satu usaha untuk menghentikan mereka yang memerintah daripada terus melakukan dosa.

Malah ia juga turut menjadikan negara ini berada dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berharap seluruh rakyat berani untuk melakukan satu perubahan yang besar pada PRU13 nanti, apatah lagi mereka yang baru pertama kali ingin mengundi perlu berani membuat perubahan.

"Niat kita hanyalah untuk menjadikan negara ini lebih baik dari sebelum ini, perubahan pemerintahan perlu dilakukan," jelas beliau.

Abby turut menyatakan keadaan politik sekarang dilihat lebih bersikap berat sebelah apabila pihak Pakatan Rakyat tidak menerima layanan yang sempurna dari kerajaan terutamanya dalam soal penyampaian maklumat di media milik mereka.

"Terlalu banyak kezaliman dilakukan oleh kerajaan sekarang khususnya Kelantan yang sehingga sekarang dinafikan hak mereka menerima royalti walaupun itu sudah terkandung di dalam perjanjian.

"Saya bercakap ini bukannya bererti saya dengki dengan kerajaan yang sedia ada tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk umat Islam serta rakyat negara ini yang sekian lama tertekan dengan kehidupan yang semakin tidak menentu," sambung beliau.

Dalam pada masa yang sama beliau menyeru agar wanita menggunakan kuasa mereka untuk turut sama melakukan perubahan.

"Untuk wanita gunakan PRU13, sayangi Malaysia, sayangi Islam dan gunakan kuasa kita jom ubah," kata beliau lagi.

Krisis air: Rakyat merana kerana kegagalan Syabas

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, 08 Jan 2013
PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa kecewa di atas kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di dalam menyelesaikan krisis air Selangor dan Kuala Lumpur sehingga menjejaskan kehidupan ribuan penduduk yang terlibat.
Tinjauan PAS WP mendapati ramai penduduk di kawasan Ampang, Pandan, dan Cheras menerima kesan sehingga penduduk terbabit terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi menampung keperluan air di rumah mereka.

Dengan penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai masalah air tersebut yang tiada kaitan dengan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat2) kerana bekalan air sebenarnya mencukupi dan ia hanyalah kegagalan Syabas menyelenggarakan Rumah Pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru menunjukkan kegagalan ini bukan berpunca dari kerajaan Selangor, tetapi kerana kegagalan Syabas sendiri.

Apa yang dikesalkan adalah mengapa Syabas tidak mengenal pasti punca masalah kerosakan di rumah pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru lebih awal sebelum insiden ini berlaku? Syabas pula seakan tidak mengambil langkah efektif bagi memastikan masalah ini tidak berlaku.

PAS WP merasa kesal kerana kegagalan Syabas telah menyebabkan ribuan penduduk menjadi mangsa. Sepatutnya Syabas menetapkan suatu jangka masa yang singkat untuk menyelesaikan masalah ini supaya penduduk tidak merana selama beberapa hari.

Dalam hal ini, PAS WP mengharapkan krisis air ini adalah kejadian yang benar-benar berlaku disebabkan oleh kelalaian dan kelemahan pihak Syabas, dan bukannya ada agenda politik lain.

Janganlah krisis ini disebabkan oleh suatu perancangan jahat segelintir pihak yang mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan ribuan rakyat sebagai mangsa dengan tujuan supaya rakyat menyalahkan kerajaan PR.

Jika ini yang berlaku, ia adalah tindakan keji dan hina dan mereka ini sanggup mengorbankan kepentingan penduduk hanya memenuhi nafsu politik pihak tertentu.

Akhirnya, PAS WP meminta penduduk yang terjejas agar bersabar dalam menghadapi ujian sebesar ini. PAS WP memahami kesulitan yang dialami oleh penduduk dan mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga krisis ini berlaku hanya sekali dan tidak akan berulang lagi di masa akan datang.


Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan: