Khamis, 31 Januari 2013

ULANG TAYANG @ ULANG SEMULA....FIKIR2KAN....NAK ISLAMIK PILIHLAH DENGAN MENDIRIKAN SOLAT SUNAT ISTIHARAH...

KAHWIN DENGAN ORANG LAIN TAPI MAKAN ANGIN DENGAN WANITA LAIN....BOLEHKE...JANGANLAH KITA INGAT 'KITA NI BAGUS SANGAT'....MUHASABAHLAH...JANGAN KITA JADI KAKI AUTA DAN PEMBODEK DAN MENJADI JURU CAKAP TAGHUT...KALAU NAK JADI JAHAT PUN...AGAK2LAH

Ilmu sedia terima Nasharudin
Wartawan Sinar Harian
30 Januari 2013
Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya
SHAH ALAM - Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), menerima dengan tangan terbuka sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhasrat menyertainya.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.

Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.

“Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai Ilmu, meskipun masih lagi menjadi ahli Pas. Ilmu merupakan NGO yang proUmno dan bukannya sepenuhnya dengan Umno.

“Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.

Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.

Majlis Syura Ulama Pas, pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari, menggugurkan Nasharudin sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh parti.

Keputusan menggugurkan Nasharudin diambil setelah mendapati tindak-tanduk beliau kebelakangan ini merugikan parti.
Ali Rustam cabar Pas pecat Nasharudin

30 Januari 2013
Mohd Ali: Ambil tindakan berani dah tegas terhadap Paderi Gay
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam
MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.
Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas  itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.
"Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin.
"Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini.
Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut.

Di NIBONG TEBAL, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura adalah hasil perasaan saling tidak mempercayai dan syak wasangka.

Beliau menyifatkan tindakan pemecatan itu merupakan perpecahan dalam Pas yang mengamalkan politik taksub.

"Kalau sesama pemimpin Pas pun mereka tak boleh bersatu...macam mana mereka nak bersatu dalam kepentingan ummah bersama orang Islam lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, jika wujud perasaan saling tidak mempercayai dan syak wasangka sesama pemimpin dan anggota parti, mereka sebenarnya tidak layak untuk mentadbir kerajaan. - Bernama
Hasan Ali: Lucut Nasha cubaan Pas lari isu
NIZAM ZAIN
30 Januari 2013
Hasan Ali
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali
KUALA LUMPUR - Tindakan melucutkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam Majlis Syura  dipercayai satu cubaan untuk mengalih pandangan rakyat dalam kontroversi penggunaan kalimah ALLAH, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau mendakwa penyingkiran itu cuba menyelubungi kepincangan yang berlaku dalam Pas apabila pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas bertentangan dengan keputusan yang dibuat Majlis Syura.

"(Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Pengerusi DAP), Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

"... sementara Majlis Syura dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama Pas tidak berganjak menolak keputusan mesyuarat 13 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan media petang ini.

Tambah beliau, berita pemecatan Nasharudin itu, dakwanya lewat diumumkan, malah ia hanya dibuat oleh Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhamad Zawawi Salleh pada 13 Januari lalu.

"Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat.

"... jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan pelbagai spekulasi boleh dibuat," dakwanya sambil menyifatkan penyingkiran Ahli Parlimen Bachok itu bertepatan dengan tarikh lawatan kemanusiaan Perdana Menteri dengan Nasharudin yang menjadi salah seorang daripada ahli rombongannya.

Hasan juga mendakwa pemecatan itu sebagai langkah 'damage control' untuk mengalih isu sebenar.

"Ahli parti di peringkat akar umbi kini berkobar-kobar untuk melihat isu akidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan," katanya lagi.
Ke mana Nasha selepas ini?
MUHAMAD MAT YAKIM
30 Januari 2013
Muka depan Sinar Harian 30 Januari 2013
Muka depan Sinar Harian 30 Januari 2013
DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan Pas. Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan.

"Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.

Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama Pas yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.

Sekarang adalah masa untuk beliau membuat keputusan, sama ada meneruskan karier sebagai ahli politik sepenuh masa yang telah menjadi bidangnya sejak dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas pada 1999, menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan terutama yang memberi perhatian terhadap isu-isu kemanusiaan di Timur Tengah, khususnya Palestin, ataupun kembali semula ke bilik kuliah sebagai ahli akademik.

Apa sahaja bidang yang disertainya, Nasha sememangnya adalah ahli dan mempunyai reputasi yang tinggi. Cumanya, jika beliau memilih untuk terus menjadi ahli politik, parti manakah yang akan dipilih?

Nik Aziz semalam sudah mengingatkan, jika Nasha menganggap dirinya seorang pejuang Islam, di negara ini tidak ada parti yang memperjuangkan Islam selain Pas. Jika beliau memilih Umno, bagi Nik Aziz, Umno adalah parti yang menolak Islam dan memilih perjuangan kebangsaan (assobiyah).

Itu kenyataan Nik Aziz. Soalnya, adakah Nasha - yang pernah jadi orang nombor dua Pas selama tiga penggal berturut-turut - pun berpendirian seperti itu juga?

Mengenali Nasha, beliau bukan seorang ulama konservatif seperti kebanyakan ulama dalam Pas. Meskipun di peringkat awal kontroversi yang meletakkan dirinya di atas bara ketika isu Kerajaan Perpaduan berkumandang pada 2009, Nasha dikatakan hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Syura Pas untuk mengatur rundingan dengan pemimpin Umno, beliau sebaliknya tidak pernah mengundur daripada laluan yang telah dirintis untuk terus berhubungan mesra dengan pemimpin Umno.
'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'


Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

NONE"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

NONEJusteru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

zainal klingKetua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling (kiri) sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

nik aziz angry and pas 020607"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.
Masa depan Nasha jadi spekulasi
1:46PM Jan 30 2013
Spekulasi mengenai masa depan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, yang digugurkan dari majlis syura ulama parti itu, terus menjadi tumpuan laporan media hari ini.Antaranya akhbar Sinar Harian yang memetik kenyataan mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan menghalang sekiranya Nasharudin memilih untuk menyertai parti lain.

"Itu dia punya pasal. Saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini (pula) kerana parti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Akhbar berkenaan turut memetik kenyataan pengerusi ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahaya yangh mengalu-alukan sekiranya Nasharudin menyertai Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (ILMU) yang diketuainya.

"Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai ILMU, meskipun masih lagi menjadi ahli PAS. ILMU merupakan NGO yang pro-Umno dan bukan sepenuhnya dengan Umno," katanya kepada akhbar itu.

Satu lagi tulisan di akhbar itu menimbulkan teka-teki mengenai kawasan yang akan ditandingi Nasharudin selepas ini, memandangkan MP Bachok itu tidak lagi tersenarai sebagai calon PAS.

Rencana yang disiarkan di halaman kedua itu mempersoalkan sama ada Nasharudin akan bertanding di Negeri Sembilan.

"Jika ya, di manakah kerusi yang akan diperuntukkan kepadanya oleh Umno? Adakah di kampung kelahirannya di Rembau yang sekarang diwakili Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin? Ataupun beliau akan bertanding di kerusi DUN Rantau yang kini disandang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan?

"Melihat pada keakraban Nasha dan gunanya bagi hubungan diplomatik dengan pemimpin dan juga ulama Timur Tengah, tidak berbaloi rasanya jika beliau dipencilkan hanya di peringkat negeri" rencana itu dipetik.
LGE tanya AG: Bagaimana dengan Ibrahim Ali?
2:59PM Jan 29 2013
DAP berkata bahawa jaminan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa tindakan akan diambil terhadap laporan atau ketetapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah adalah tidak bermakna apabila beliau gagal untuk mengambil tindakan terhadap seruan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya dibakar Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

Lim Guan Eng at DAP AGMBukan itu sahaja, Abdul Gani juga telah gagal untuk menubuhkan
Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh RCI Polis, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

"Abdul  Gani telah pun membuktikan bahawa beliau takut untuk mengambil tindakan dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin BN, kroni atau penyokong mereka.

"Contoh yang paling jelas bahawa beliau takut dan mengamalkan dwi-standard adalah keengganan beliau untuk mengambil tindakan terhadap PERKASA atas seruan mereka untuk membakar Bible dengan alasan yang tidak masuk akal bahawa belum ada Bible yang dibakar lagi, dan beliau hanya akan bertindak setelah ada Bible yang dibakar!

"Pada masa yang sama, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin PR seperti Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh atas dakwaan hasutan," kata Lim.

Semalam, Gani berjanji bahawa kerajaan akan bertindak atas apa-apa laporan atau resolusi oleh RCI mengenai pendatang haram di Sabah, dan tindakan akan diambil jika unsur-unsur jenayah terlibat.

"Ya, jika terdapat kesalahan jenayah, kita akan bertindak. Ini adalah janji kerajaan. Itulah sebabnya RCI ditubuhkan," Gani dipetik sebagai berkata.

Lim berkata, jaminan Abdul Gani bahawa beliau akan bertindak sekiranya ada kesalahan jenayah merupakan janji kosong berikutan simdrom penafian kerajaan BN dalam kes kematian ngeri pengawal sekuriti C Sugumaran dalam keadaan digari oleh polis, dan kematian mangsa dalam tahanan seperti Chang Ching Te dan K Kugan serta kes Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, masa sudah tiba bagi rakyat Malaysia untuk menggugurkan Peguam Negara yang didakwanya bersifat politik dan yang tidak berfungsi melainkan untuk memenuhi keperluan tuannya.

"Rakyat Malaysia berhak mempunyai Peguam Negara yang menunaikan tanggungjawabnya secara profesional dan tidak berat sebelah mengikut undang-undang tanpa rasa takut atau memihak.

"Selagi para kroni dan penyokong pemimpin BN mempunyai imuniti undang-undang sementara rakyat yang tidak bersalah dihukum oleh Peguam Negara hanya kerana mereka berbeza pendapat atau menentang BN, selagi itulah tidak ada keadilan untuk semua," tegas Lim
Awang Adek: Umno Bachok sedia hadapi pengganti Nasha


Umno Bachok bersedia menghadapi siapa juga yang dicalonkan PAS bagi menandingi kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-13 selepas penyandangnya Nasharuddin Mat Isa digugurkan daripada senarai calon.

Ketuanya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Bachok telah melaksanakan pelbagai gerak kerja sejak beberapa tahun lepas bagi memastikan kerusi itu menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami yakin kemenangan akan berpihak kepada BN dalam mencapai misi pelaksanaan Bachok Baru Bachok Maju," katanya kepada pemberita selepas penyampaian Bantuan Awal Persekolahan kepada 470 murid Sekolah Kebangsaan Beris Lalang di Bachok hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengesahkan Nasharuddin tiada dalam senarai calon PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mengulas lanjut, Awang Adek berkata tindakan PAS menyingkirkan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama PAS akan membuka mata penyokong parti itu dan pengundi atas pagar mengenai sikap sebenar PAS apabila ada pemimpinnya akrab dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rakyat khususnya penyokong PAS di Bachok pastinya tidak dapat menerima tindakan sedemikian dan mereka sedih serta terkejut apabila anggota parlimen mereka diperlakukan sedemikian tanpa memberi peluang untuk membela diri," katanya.

Sehubungan itu beliau mengajak pengundi di Bachok agar memberi sokongan kepada BN yang mahu membangunkan daerah berkenaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Awang Adek yang juga timbalan menteri kewangan, berkata walaupun tidak mentadbir Kelantan, BN yang meneraju kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membela nasib penduduk Kelantan.

Setiap bantuan diberi tanpa diskriminasi, tanpa melihat fahaman politik individu, katanya.

-Bernama
PAS: Penguguran Nasha bukan tindakan politik
3:52PM Jan 29 2013
PAS menafikan pengguguran bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura PAS, bermotifkan politik dan ada kaitan dengan lawatannya ke Gaza bersama rombongan kerajaan seperti yang digembar-gemburkan oleh media.

Menurut laporan Sinar Harian Online hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata, keputusan badan tertinggi parti itu pada 13 Januari lalu, dibuat berikutan "komitmen yang kurang memuaskan" oleh Nasharudin.

NONE"Tak ada kena-mengena dengan politik.

"Kita mengambil keputusan itu pada 13 Januari lalu, namun saya tak pasti bila surat rasmi dihantar kepada Nasharudin.

"...seperti kita katakan sebelum ini, kita ambil tindakan sedemikian disebabkan komitmennya yang kurang memuaskan," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor tetap menganggap pengguguran Nasharudin ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.

Bagaimanapun Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pula dilapor menegaskan pengguguran ahli parlimen Bachok itu tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza sebaliknya keputusan tersebut dibuat lebih awal dari itu.

NONELaporan portal itu juga menyebut Tuan Ibrahim sebagai berkata, Nasharudin sering mengadakan lawatan bersama kerajaan sebelum ini, tetapi Majlis Syura tidak pernah mengambil tindakan terhadapnya.

"Tak ada kena-mengena dengan lawatan, dulu pun Nasharudin pergi juga.

"Namun kita tak pernah pula ambil tindakan, kalau sebab ini yang dikatakan kita ambil tindakan sebegitu padanya," katanya lagi.

Laporan itu juga menyebut, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai berkata pengguguran Nasharuddin bukan disebabkan faktor politik, tetapi prestasinya yang didakwa kurang memuaskan.

"Saya memang bukan ahli Majlis Syura, tapi saya diberitahu Nasharudin digugurkan pada 13 Januari lalu sebelum beliau pergi ke Gaza.

"Jadi bukan faktor politik lah, Majlis Syura ambil tindakan sebegitu, tapi prestasi beliau," katanya dipetik.
Najib: K'jaan lulus RM50j untuk program Hati Rakyat


Kerajaan meluluskan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program Hati Rakyat yang akan bermula bulan depan.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada majlis pelancaran jubli emas Majlis Persatuan Wanita Kebangsaan Malaysia (NCWO) di Dewan Perdana Felda hari ini.

Beliau berkata bantuan itu akan disalur kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya dan warga emas mengikut keperluan masing-masing.

"Bantuan itu mungkin diguna untuk buat latihan, keperluan warga emas seperti lampin dan kerusi roda.

"Bantuan kewangan kita akan campuradukkan dengan program 1Azam supaya wanita yang ingin berniaga kecil-kecilan boleh dapat bantuan," katanya berucap merasmikan sambutan jubli emas NCWO.

Najib berkata peruntukan yang disalur mesti sampai kepada kumpulan sasar yang ditetapkan.

- Bernama
Anifah: Negara bankrap jika bayar royalti 20 peratus


Rakyat di Sabah jangan cepat berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran BN, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat di negeri ini perlu menyuarakan permintaan mereka agar kerajaan tahu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Tidak ada pemimpin di negara ini yang tidak membantu rakyat. Kita tidak sama dengan negara lain kerana kita menjaga rakyat sama ada diminta atau tidak," katanya pada majlis malam mesra bersama pengundi luar kawasan Parlimen Kimanis di Kota Kinabalu malam tadi.

Anifah, yang juga anggota Parlimen Kimanis meminta rakyat di Sabah supaya jangan mendengar hasutan dan janji kosong pembangkang.

Katanya apa yang dirancang pembangkang, termasuk 20 peratus royalti minyak yang dijanjikan, tidak mampu menjadi kenyataan dan boleh membankrapkan negara.

Bagaimanapun, beliau kesal terdapat rakyat, khususnya di luar bandar, yang percaya dengan kata-kata pembangkang.

"Sekarang kita dapat lima peratus royalti minyak. Tetapi bila dicampurkan dengan pelbagai bantuan yang kerajaan beri sudah melebihi 20 peratus yang diharapkan," jelasnya.

Pada majlis itu, Anifah mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk membantu rakyat di Kimanis dari aspek kesihatan.

Beliau turut mengumumkan RM50,000 lagi untuk membantu persekolahan anak-anak pengundi luar yang mengundi di Kimanis tetapi tinggal di luar daerah itu.

- Bernama


  • event dalam gambar ini ialah sebuah seminar bertajuk "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan". antara muka2 yg hadir pada mesyuarat @ seminar di Masjid Negara yang diadakan siang tadi ini ialah Hasan Ali, Ust Nasha, Ust Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd dan ramai lagi.

maka bersedialah melihat muka2 ini dalam TV dengan lebih kerap membicarakan isu2 khilaf atau hal2 yg remeh temeh sebenarnya dalam agama dengan bertujuan utk menembak Pas dan PR.

kredit tuan Suhaimi Mohd Saad.
    event dalam gambar ini ialah sebuah seminar bertajuk "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan". antara muka2 yg hadir pada mesyuarat @ seminar di Masjid Negara yang diadakan siang tadi ini ialah Hasan Ali, Ust Nasha, Ust Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd dan ramai lagi.

    maka bersedialah melihat muka2 ini dalam TV dengan lebih kerap membicarakan isu2 khilaf atau hal2 yg remeh temeh sebenarnya dalam agama dengan bertujuan utk menembak Pas dan PR.

    kredit tuan Suhaimi Mohd Saad.


    KINI HASSAN ALI DAN NASARUDDIN MAT ISA BERGABUNG TENAGA....

    HOT: GAMBAR Hassan Ali dan Nasha bergabung KUASA disebar
    HOT: GAMBAR Hassan Ali dan Nasha bergabung KUASA disebar
    HOT: GAMBAR Hassan Ali dan Nasha bergabung KUASA disebar


    Program khas sekarang ini di Masjid Negara:
    "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" Tengah mesyuarat sekarang di Masjid Negara;

    Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI... FB




    Jula Juli Jewel shared Pakatan Rakyat "time4change"'s photo.
    Photo










    Nasir Sahlan shared Kamal Rohim ID's photo.
    SUDAHLAH...... kalau najib nak sangat ... silakan ambik... dia...
    kami pon ''no heart feeling'' tak perlu dipersolkan lagi lah.....


    Khairul Hilmi Che Ali and Ramli Mohamed shared Salladin Irfan's photo.
    Ali Rustam cabar Pas pecat Nasharudin.....
Masa lawan Muhyiddin,Ali Rustam telah dikenakan tindakan kerana mengamalkan politik wang.....lebih baik beliau bersihkan diri dulu sebelum mencampuri urusan parti lain....dah melakukan rasuah,selamba jer muka......tak tahu malu betul....
    Ali Rustam cabar Pas pecat Nasharudin.....
    Masa lawan Muhyiddin,Ali Rustam telah dikenakan tindakan kerana mengamalkan politik wang.....lebih baik beliau bersihkan diri dulu sebelum mencampuri urusan parti lain....dah melakukan rasuah,selamba jer muka......tak tahu malu betul....
    Jula Juli Jewel shared UMNO Penyeleweng's photo.
    Korup & Rasuah
    Korup & Rasuah
    Jula Juli Jewel shared UMNO Penyeleweng's photo.
    Pencapaian 2 org Menteri Kewangan

Compare & nilailah sndr yg mn lbh bagus. 
Pakai otak tu. Jgn jadi bodoh mcm lembu(UMNO)
    Pencapaian 2 org Menteri Kewangan

    Compare & nilailah sndr yg mn lbh bagus.
    Pakai otak tu. Jgn jadi bodoh mcm lembu(UMNO)
    Mahfuz Omar and 5 other friends were tagged in Wak Hensem's photo. — with Ismail Salleh and 26 others.
    Insaflah Setelah 55 Tahun Merdeka.......Antara Rumah Pemimpin  UMNO Dengan Rumah Penyokong UMNO


Jom tengok niii.....perbezaan antara dua darjat......yang pemimpin UMNO terus berpeluang dengan kekayaan.....maju dan terus maju .....bertambah hebat......manakala penyokong UMNO.....merintih kecewa......namum terus menunggu kalo ada peluang dan habuan!

Bagi wak ......sokongan biar berpada.......menjelang PRU13..... …...demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.......sokonglah PR......Ubah!
    Insaflah Setelah 55 Tahun Merdeka.......Antara Rumah Pemimpin UMNO Dengan Rumah Penyokong UMNO


    Jom tengok niii.....perbezaan antara dua darjat......yang pemimpin UMNO terus berpeluang dengan kekayaan.....maju dan terus maju .....bertambah hebat......manakala penyokong UMNO.....merintih kecewa......namum terus menunggu kalo ada peluang dan habuan!

    Bagi wak ......sokongan biar berpada.......menjelang PRU13..... …...demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.......sokonglah PR......Ubah!

    Demang Lebar Daun shared 1,000,000 Chinese dont want MCA to represent the Chinese's photo.
    Stupid BN cybertrooper doing a lousy job for their master!
    Jula Juli Jewel shared UMNO Penyeleweng's photo.
    Kononnya "Pejuang" org Melayu.
Hakikatnya UMNO lah "Pengkhianat" org Melayu
    Kononnya "Pejuang" org Melayu.
    Hakikatnya UMNO lah "Pengkhianat" org Melayu
    Sebab tu tiada arahan BAKOU dari brahim alii...
    ISU MAJALAH INI LBH DULU DRP ISU KALIMAH ALLAH..TP CAI2 UMNO TK BISING PUN...
    ISU MAJALAH INI LBH DULU DRP ISU KALIMAH ALLAH..TP CAI2 UMNO TK BISING PUN..
    Nasir Sahlan shared Iklankan Jawatan Kosong, Rumah Sewa, Cari Jodoh DiSini's photo.
    Jana Wang Semasa Raya Cina Gong Xi Fa Cai~Extra Cash RM3,000 Cara Pantas Online 100%=ANDA DAFTAR SEKARANG DAN DAPATKAN WANG DIDEPAN LAPTOP ANDA RM500 SEHARI! JOIN NOW FREE! http://www.biodinar.com/daftar.asp?ref=biodinar1   HANYA PROMOSIKAN LINK SYKT DAN SETIAP 1 LINK ANDA JANA 100% INCOME=RM100! Jana Duit Raya 2013 RM25,000! BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! 1 klik dapat RM100! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! MAKSIMA INCOME ANDA RM450,000! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam! >>Teknik pantas jana wang RM5,000 modal hanya RM10 sahaja~portal iklan percuma terbesar Malaysia-daftar free di: http://goo.gl/tJpkL  LIKE & SHARE TQ! Follow my twitter= https://twitter.com/azlinda2
    Nasir Sahlan and 5 other friends were tagged in Guruyaya OK's photo. — with Nordin Hashim and 43 others.
    TUNTUTAN BERSIH MASIH BELUM DILAKSANAKAN..PRU13 SEMAKIN DEKAT ..TETIBA SAJA  PENGERUSI SPR BUAT SOALAN KELAKAR.....

Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?'
Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?'
Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?'

Kata Pengerusi SPR...
"Jika saya bersih (daftar pemilih) hari ini, esok ada seseorang meninggal dunia, dan ia tidak bersih lagi...

"Berapa bersih yang anda mahu? Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?" kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini

Fikirkanlah wahai spr kalau setakat  puluh  ribu rakyat boleh terima lagi nii kalau dah ratus ribu ape citer....janganlah kerana hendak mempertahankan UMNUU tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan menjerut leher sendiri..berfikirlah dgn waras apa kesudahannya bila tiba waktunya  rakyat tidak berpuashati dgn bukti2 penipuan yang nyata Pengerusi SPR harus bertanggungjawab.....
    TUNTUTAN BERSIH MASIH BELUM DILAKSANAKAN..PRU13 SEMAKIN DEKAT ..TETIBA SAJA PENGERUSI SPR BUAT SOALAN KELAKAR.....

    Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?'
    Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?'
    Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?'

    Kata Pengerusi SPR...
    "Jika saya bersih (daftar pemilih) hari ini, esok ada seseorang meninggal dunia, dan ia tidak bersih lagi...

    "Berapa bersih yang anda mahu? Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?" kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini

    Fikirkanlah wahai spr kalau setakat puluh ribu rakyat boleh terima lagi nii kalau dah ratus ribu ape citer....janganlah kerana hendak mempertahankan UMNUU tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan menjerut leher sendiri..berfikirlah dgn waras apa kesudahannya bila tiba waktunya rakyat tidak berpuashati dgn bukti2 penipuan yang nyata Pengerusi SPR harus bertanggungjawab.....

    Nasir Sahlan and Khairul Hilmi Che Ali shared Jkkk Fan Club's photo.
    SEBARKAN!!

Adun UMNO Paka hina ibu tunggal di bawah kawasannya kerana mengadu keperitan hidup  kepada media yang mana boleh memburukkan reputasinya sebagai seorang YB yang hidup bermewah-mewahan.. Ibu tunggal ini sudah bertahun2 meminta bantuan dari kerajaan, tetapi diam tanpa berita, balik2 JKKK yang dapat tanah dan bantuan!

# Mung hidup dalam rumoh banglow bapok besor! rakyat duk dalam rumoh kotok mu dop cara, tapi mu hina lagi dia bila dia mintak pertolongan!! Pakat guling jer YB UMNO!!

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=475987289103424&set=a.277267435642078.59440.100000764724420&type=1&relevant_count=1

GT
    SEBARKAN!!

    Adun UMNO Paka hina ibu tunggal di bawah kawasannya kerana mengadu keperitan hidup kepada media yang mana boleh memburukkan reputasinya sebagai seorang YB yang hidup bermewah-mewahan.. Ibu tunggal ini sudah bertahun2 meminta bantuan dari kerajaan, tetapi diam tanpa berita, balik2 JKKK yang dapat tanah dan bantuan!

    # Mung hidup dalam rumoh banglow bapok besor! rakyat duk dalam rumoh kotok mu dop cara, tapi mu hina lagi dia bila dia mintak pertolongan!! Pakat guling jer YB UMNO!!

    Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=475987289103424&set=a.277267435642078.59440.100000764724420&type=1&relevant_count=1

    GT




    JAUHILAH TAGHUT

    Firman Allah s.w.t:

    وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


    Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
    (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

    CUKUPLAH ALLAH BAGI SEGALA2NYA

    "Barangsiapa menginginkan teman,
    cukuplah Allah menjadi temannya.

    Barangsiapa menginginkan kekayaan,
    cukuplah qanaah menyertainya.

    Barangsiapa menginginkan nasihat,
    cukuplah kematian menasihatinya.

    Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
    cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

    Barangsiapa yang tidak cukup dengan
    keempat-empat hal ini,
    cukuplah neraka baginya."
    قال الحكماء

    فَالإِنْسَانُ إِنْسَانٌ هُوَ شَرِيْقٌ ِلأَجْلِهِ، فَلَيْسَ ذَلِكَ بِقُوَّةِ شَخْصِهِ فَإِنَّ الجَمَلَ أَقْوَى


    مِنْهُ بِمَا لاَ يُقاسُ وَلاَ بِعَظْمِ بَدَنِهِ فَإِنَّ الفِيلَ أَعْظَمُ بَدَنًا مِنْهُ، وَلاَ بِشَخَاعَتِهِ فَإِنَّ

    السَّبُعَ أَشْجَعُ مِنْهُ وِلاَبَجِمَاعِهِ فَإِنَّ أَخْسَّ العَصَافِيْرِ أَقْوَى عَلَى السِّفَدِ مِنْهُ
    Manusia itu adalah insan mulia kerna dirinya. Namun hal itu bukan berarti ia menjadi mulia kerna kekuatan fisiknya sebab unta lebih kuat darinya tanpa bisa ditakar. Bukan pula kerna besar badannya sebab gajah lebih besar badannya. Bukan juga kerna keberaniannya sebab binatang buas lebih berani, Bukan pula kerna kuat jima'nya sebab se-kecil2nya burung masih lebih kuat saat melakukan persetubuhan.

Tiada ulasan: