Isu tanah: Kami sedia disiasat, kata Nik Aziz
6 Januari 2013
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya.
Menurutnya, pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.
“Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja termasuklah suruhanjaya diraja atau apa sekalipun. Saya selalu sebut, pejabat saya dibuka 25 jam sehari dan bukannya 24 jam.
“Dengan cara itu saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru sempena Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu suruhanjaya ditubuhkan bagi merungkai rasa tidak puas hati rakyat negeri ini berhubung penjelasan yang dibuat kerajaan negeri berhubung pajakan tanah tersebut.
Mujahid: 'Kenyataan saya berlandas fekah'
6 Januari 2013
Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama.
“Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya.
Menurutnya, Islam tidak memaksa penganut agama lain mengikut Islam. Yahudi dan Nasrani juga sudah menggunakan perkataan ALLAH sejak sekian lama.
“Kenyataan saya keluarkan sebelum ini juga berpandukan ayat 25, Surah Luqman dan Surah Al Hajj,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Mohamed Hafiz, beliau berkata, mungkin pandangan pemimpin JMPP itu terlalu mudah dan hanya melihat dari perspektif kecil.
Henti pembohongan terhadap PR
6 Januari 2013
Namun amat menyedihkan Timbalan Perdana Menteri memulakan tahun baru ini dengan terus membuat tohmahan politik dengan mendakwa rakyat Selangor telah empat tahun diperdaya Pakatan Rakyat.
Hakikatnya, rakyat Selangor dan Malaysia yang telah 55 tahun diperdaya Barisan Nasional (BN). Artikel ini berhasrat menunjukkan bukti kukuh berkenaan keutamaan diberi Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan Selangor kepada kebajikan rakyat serta komitmen kami untuk amalkan tadbir urus beramanah.
Kami yakin bukan sahaja di Selangor bawah BN dahulu, tetapi di mana-mana negeri bawah naungan BN sekarang, bukti sebegini tidak mungkin dibentangkan. Dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan serta peruntukan program kebajikan, kerajaan Selangor pimpinan PR jauh mendahului negeri-negeri bawah BN mahupun Kerajaan Persekutuan sendiri.
Apabila PR ambil alih kerajaan Selangor pada 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta. Dalam masa singkat empat tahun, kerajaan PR berjaya tingkatkan jumlah ini lebih tiga kali ganda ke RM2.5 bilion. Adakah ini hasil pengurangan perbelanjaan pembangunan?
Semestinya tidak. Sebaliknya, perbelanjaan untuk program-program kebajikan rakyat ditingkatkan setiap tahun, bukan diturunkan. Kelebihan dana tercapai bukannya melalui pengurangan perbelanjaan, tetapi dengan penghapusan ketirisan dan gejala rasuah yang sebelumnya amat berleluasa. Saya amat tegas dalam memastikan setiap sen duit rakyat diurus dengan rapi dan dibelanja secara beramanah.
Justeru itu, hasil negeri berjaya dikongsi secara sama rata tanpa mengira bangsa, agama atau politik. Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor mencerminkan dasar asas Kerajaan PR yang menegaskan bahawa segala hasil negeri harus disalurkan terus kepada rakyat, tanpa sebarang ketirisan dan tanpa 'untung' yang bukan-bukan kepada pihak berkepentingan.
Rekod yang disimpan berkenaan perbelanjaan program MES merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memulakan program MES sebaik sahaja mengambil alih pada 2008.
Pada tahun itu, jumlah peruntukan adalah RM73 juta. Jumlah ini meningkat secara berterusan setiap tahun: RM161 juta (2009), RM173 juta (2010), dan RM192 juta (2011). Untuk 2012 sehingga September, peruntukan adalah RM165 juta dan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan demi kebajikan rakyat melalui program MES dalam empat tahun ini adalah RM766 juta.
Empat program berjalan secara berterusan sejak 2008: 20 meter padu air percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-Anak. Setiap tahun, program-program MES baru diperkenalkan. Program-program ini tidak mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang menabur gula-gula berupa duit dan barangan secara buta dengan tujuan beli undi.
Sebaliknya, asas MES adalah pemerkasaan dan pemberdayaan lestari, di mana rakyat diberi modal, latihan dan pertolongan supaya mampu dan sedia berhadapan dengan segala cabaran ekonomi secara berdikari.
Jumlah rakyat menerima bantuan MES juga telah meningkat secara konsisten sejak 2008: 1.10 juta orang (2008), 1.19 juta orang (2009), 1.25 juta orang (2010), 1.30 juta orang (2011) dan 1.34 juta orang (2012, sehingga September). Bukti terperinci komitmen boleh dilihat dalam laman web rasmi. http://mes.selangor.gov.my.
Maka, dengan bukti yang dikemukakan di atas, jelas ternampak bahawa komen-komen TPM adalah komen pemimpin Umno yang kian terdesak sehingga tanpa segan silu sanggup membuat pembohongan secara terbuka kepada rakyat.
Saya ingin bertanya kepada beliau apa yang beliau telah lakukan sebagai Menteri Besar Johor ketika pemberian kontrak secara monopoli kepada Syed Bukhari? Bagaimana pula ketika rakyat Johor dipaksa membayar tarif air di antara tertinggi di Malaysia?
Sekarang di peringkat persekutuan, bilakah beliau akan berhenti berdolak dalih tentang isu pengembalian kawalan industri air kepada Kerajaan Negeri seperti mana yang diniatkan dalam Akta WSIA 2006 – satu proses yang dimulakan oleh BN sendiri.
TPM sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat tohmahan kepada kerajaan PR Selangor. Kerajaan BN bentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2013. Meskipun demikian, memandangkan PRU13 begitu hampir, maka ianya penuh dengan gula-gula pilihan raya. Lebih teruk lagi hutang negara pula melebihi RM500 bilion.
Sebaliknya Selangor berjaya bentangkan belanjawan berimbang lima tahun berturut-turut dan lebih menekankan pelaburan jangka masa panjang demi kebaikan rakyat. Ini mencerminkan prinsip Kerajaan Negeri PR yang enggan gadai masa depan generasi akan datang hanya untuk menang pilihan raya melalui kaedah-kaedah tidak halal.
Saya seru berhenti membuat fitnah terhadap pemimpin PR di Selangor dan bertanding dengan berhemah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Umno Selangor telah gagal menggoyahkan semangat rakyat Selangor, jadi tiada sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mencuba.
Mekanik parah ditetak, diserang empat lelaki
6 Januari 2013
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, mangsa berumur 29 tahun berada di rumahnya di tepi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Darau, Hulu Besut ketika kejadian berlaku.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, seramai empat lelaki datang dengan menaiki dua kereta Perodua Kancil ke rumah mangsa.
Menurutnya, kesemua suspek turun daripada kenderaan dengan bersenjatakan pedang dan golok, terus menyerang mangsa yang berada di depan rumahnya.
“Selepas bertindak menetak mangsa, suspek terus melarikan diri dengan kereta tersebut dan ibu mangsa yang berada di dalam rumah sempat mengecam salah sebuah kenderaan yang digunakan suspek,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa tidak dapat mempertahankan dirinya apabila diserang bertubi-tubi oleh suspek.
Menurutnya, ibu mangsa telah membawa anaknya ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Menurutnya, akibat tetakan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di lengan, rusuk dan ibu jari kanan serta luka belakang badan.
Susulan kejadian itu, polis telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 36 tahun, yang beralamat di Kampung Padang Bual, Hulu Besut ketika dia sedang bersembunyi di satu lokasi dekat Pasir Akar, jam 10 pagi semalam.
“Siasatan awal mendapati, motif kejadian dipercayai berpunca kerana mangsa gagal membayar hasil jualan kayu yang ditebang bersama suspek,” katanya.
Saringan air kencing mendapati suspek yang ditahan juga positif dadah jenis methamphetamine.
Semua suspek yang masih bebas sedang diburu polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.
Bapa mangsa rogol: 'Nama anak saya Jyoti'
6 Januari 2013
Tetapi hari ini, bapa gadis malang itu tampil mendedahkan namanya - Jyoti Singh Pandey.
Badri Singh Pandey, 53, memberitahu The Sunday People: "Kami mahu dunia tahu nama sebenar dia."
"Anak perempuan saya tidak buat sebarang kesalahan. Dia meninggal dunia ketika melindungi dirinya.
"Saya bangga dengan dia. Dengan mengungkap namanya akan memberi keberanian kepada wanita lain. Mereka akan mencari kekuatan dari anak perempuan saya,” katanya.
Badri dan keluarganya tinggal di kampung nenek moyangnya Billia, Uttar Pradesh, utara India. Mereka telah berpindah jauh dari rumah mereka di Delhi - tempat yang akan sentiasa mengingatkan mereka kepada serangan seksual yang kejam terhadap Jyoti, 23.
Isterinya, Asha 46, kelihatan masih terkejut untuk bercakap kepada media.
Badri berkata: "Pada mulanya saya mahu melihat muka lelaki yang bertanggungjawab ke atas kematian anak perempuan saya, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian lagi. Saya hanya mahu dengar bahawa mahkamah telah menghukum mereka dan mereka akan digantung.
"Hanya kematian layak untuk kesemua enam daripada mereka. Lelaki-lelaki itu adalah binatang. Mereka harus dijadikan bahan pengajaran dan masyarakat tidak akan membenarkan perkara seperti itu berlaku lagi," katanya.
Mengimbas kembali hari kejadian, Badri memberitahu, dia baru sahaja pulang selepas jam 2.15 petang waktu tempatan pada 16 Disember dari lapangan terbang Delhi di mana dia bekerja sebagai pemunggah barang.
Ketika pulang, Badri mendapati isterinya resah dan bimbang kerana Jyoti, seorang graduan sekolah perubatan masih tidak pulang dari pawagam.
Badri menambah: "Kami mula memanggil telefon mudah alihnya dan rakannya tetapi tiada jawapan."
"Kemudian pada 3.30 petang waktu tempatan, kami mendapat panggilan daripada hospital di Delhi memberitahu saya anak perempuan saya ditimpa kemalangan," katanya.
Badri meminta rakan untuk membawanya ke hospital menaiki motosikal.
Katanya: "Apabila saya tiba di hospital, saya nampak dia di katil dengan matanya ditutup."
"Saya meletakkan tangan saya pada dahinya dan memanggil namanya. Dia perlahan-lahan membuka matanya dan mula menangis dan berkata dia berada dalam kesakitan. Saya menahan air mata saya. Saya memberitahu dia supaya tidak perlu bimbang, kuatkan semangat dan segala-galanya akan menjadi baik," katanya.
Pada masa itu, Badri masih tidak tahu apa yang telah berlaku.
Seorang anggota polis akhirnya menjelaskan.
Jyoti dan rakannya Awindra Pandey, 28, telah menaiki bas untuk pulang ke rumah tetapi telah diculik ke dalam dan diserang selama dua setengah jam oleh pemandu, pembantu dan empat penumpang.
Kedua-duanya didera dengan batang besi dan Jyoti telah dirogol berkali-kali sebelum kedua-dua mereka dibogelkan dan dibuang di atas jalan raya menuju ke lapangan terbang Delhi – beberapa meter dari tempat Badri bekerja.
Katanya: "Saya segera memanggil isteri dan anak-anak saya dan memberitahu mereka untuk datang ke hospital."
"Tetapi saya tidak boleh memberitahu mereka tentang rogol," katanya.
Sepanjang 10 hari pertama, Jyoti dalam keadaan luar kesedaran dan berharap seluruh keluarganya mengharapkan supaya dia akan terus hidup.
Badri berkata: "Doktor melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan dia."
"Jyoti ada bercakap beberapa kali tetapi kebanyakannya melalui isyarat tambahan pula dengan paip makanan berada dalam mulutnya, menjadikan dia lebih sukar untuk bercakap.
“Tetapi dia menulis di atas kertas bahawa dia mahu hidup, dia mahu untuk terus hidup dan tinggal dengan kami," katanya.
Dalam pada itu, Jyoti berjaya memberi polis dua kenyataan. Tetapi Badri terlalu tertekan untuk terus duduk bersama anaknya ketika sesi memberi keterangan. Dia tidak sanggup mendengar bagaimana dan apa yang diperlakukan terhadap anak gadisnya.
"Saya dan isteri menangis begitu banyak selepas mendengar segala apa yang berlaku," Badri.
"Dia kemudian memberitahu saya apa yang berlaku. Saya tidak mempunyai perkataan untuk menggambarkan kejadian itu.
"Apa yang boleh saya katakan ialah mereka bukan manusia, tidak juga haiwan. Mereka tidak berada di dunia ini.
“Apa yang berlaku sangat mengerikan dan saya berharap tiada siapa yang akan melalui apa yang dia lalui. Dia banyak menangis, dia berada dalam kesakitan. Dan sebaik sahaja dia melihat ibu dan adik-beradik, dia menangis lagi.
"Bagaimanapun, bagi kami, dia seorang gadis yang berani, malah memujuk kami dan memberi harapan kepada kita bahawa segala-galanya akan menjadi baik," katanya lagi.
Doktor terpaksa membuang usus Jyoti dan selepas itu keadaannya semakin teruk dan kemudiannya menerbangkan dia ke Singapura untuk rawatan pakar.
Badri berkata lagi: "Saya memberitahu segala-galanya akan menjadi OK dan kita tidak lama lagi akan pulang ke rumah."
"Dia teruja apabila kita bercakap tentang pulang ke rumah dan dia tersenyum.
"Saya meletakkan tangan saya di dahinya, dia bertanya kepada saya, jika saya ada makan apa-apa dan kemudian dia beri isyarat kepada saya supaya pergi tidur. Saya memegang tangan dan memberi dia kucupan. Saya memberitahu dia agar berehat dan tidak perlu bimbang dan dia memejamkan matanya," katanya lagi.
Ketika Jyoti sedang berjuang untuk hidup, beribu-ribu orang mengadakan tunjuk perasaan menuntut kesemua enam perogol digantung dan undang-undang antirogol baru diwujudkan.
Bagaimanapun, Jyoti telah diserang serangan jantung yang membawa kepada kematian pada 29 Disember.
Badri berkata: "Saya begitu terdesak dan mahu dia terus hidup walaupun dia akan terpaksa hidup dengan memori serangan itu dan mendapatkan melalui trauma.
"Kami begitu kecewa apabila terpaksa menerima berita bahawa dia telah pergi. Terdapat kekosongan besar dalam kehidupan kami. Dia adalah dunia kami. Kehidupan kami berkisar kepadanya.
"Ketiadaannya begitu menyakitkan, masa depan tanpa dia tidak dapat dibayangkan," katanya lagi.
Badri berkata, Awindra, rakan Jyoti bukan teman lelakinya - hanya seorang kawan yang sangat berani, yang cuba untuk menyelamatkan dia.
Beliau berkata: "Tiada soalan mengahwini beliau kerana kita tergolong dalam kasta yang berbeza."
"Dia tidak pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin. Dia hanya ingin menumpukan perhatian pada pelajaran dan mahu bekerja," katanya.
Badri juga mendedahkan bahawa Jyoti sering menyebut berapa banyak Awindra cuba untuk menyelamatkan beliau.
"Dia terus memberitahu ibunya dia cuba yang terbaik untuk membantu tetapi mereka telah memukul kawannya itu menggunakan batang besi," katanya lagi.
Badri kini tinggal dalam kenangan anak perempuannya. Dia sentiasa ingat impiannya menjadi doktor.
Katanya lagi: "Saya memberitahunya, saya tidak mampu untuk membiyai pelajarannya tetapi Jyoti tetap bersemangat. Dia tetap mahu menjadi seorang doktor dan akan mendapat banyak wang dan akan selalu pergi ke luar negara."
Apabila Badri berpindah ke Delhi pada tahun 1983, dia memperoleh hanya RP$150 (RM8.30) sebulan. Tetapi dia menjual beberapa bidang tanah untuk membiaya pengajian anak perempuannya.
Badri berkata: "Sukar untuk hidup di Delhi dengan gaji saya, tetapi Jyoti selalu berkata dia akan mengubah semua itu."
"Dia mahu mengubah kehidupan kami sebaik sahaja dia mendapat pekerjaan," katanya.
Jyoti baru sahaja selesai kursus empat tahun dalam bidang fisioterapi di Delhi. Beliau telah melakukan latihan amali sebelum dia diserang.
Adik-adik lelakinya, Gaurav Singh, 20, dan Saurav Singh, 15, amat rapat dengan kakak mereka dan tidak boleh boleh menerima kejadian yang menimpa kakak mereka.
Gaurav berkata: "Hidup ini akan menjadi begitu sukar tanpa dia. Tanpa bimbingan kakak, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau bagaimana untuk lalui kehidupan ini."
Badri dan semua keluarga amat tersentuh dengan cara negara menyokong mereka.
Beliau berkata: "Rakyat India telah memberi kami kekuatan untuk menghadapi kehilangan dia. Saya rasa dia bukan hanya anak perempuan saya tetapi juga anak perempuan India.
"Saya pernah membaca tentang kejadian rogol dalam akhbar tetapi tidak pernah berfikir lebih daripada itu. Kami begitu berterima kasih kepada orang-orang yang keluar untuk memprotes terhadap kekejaman itu," katanya.
Dalam pada itu, ujian DNA telah menyabitkan lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun terhadap serangan itu. Lelaki itu akan muncul di Mahkamah Daerah di kawasan Saket India, esok manakala remaja itu akan dibicarakan secara berasingan di mahkamah juvenil.
Badri kini berharap ibu dan bapa akan mengajar anak-anak mereka menghormati wanita.
Beliau berkata: "Pihak polis tidak boleh mengendalikan semua ini sendiri. Tetapi ibu bapa perlu memerhatikan anak-anak mereka juga. "
Sementara itu, wajah Badri merah menyala apabila dia bercakap mengenai impian Jyoti dan menjemput pemberita melihat melalui album keluarga mereka.
Setiap foto menunjukkan anak perempuan yang cantik tersenyum.
Dalam kebanyakan gambar, dia memakai pakaian barat, yang dia digemari berbanding sari tradisional.
Bagi menghormati Badri, pemberita tidak dibenarkan merakamkan gambar Jyoti. Mungkin pada hari lain.
Undang-undang India melarang menamakan mangsa rogol melainkan jika dia membenarkan atau, jika dia mati, keluarganya bersetuju.
Pada masa ini, adalah cukup untuk keluarga kecewa dan merana kerana membenarkan dunia mengetahui nama anak mereka.
Hadi tidak pernah kata Umno kafir
7 Januari 2013
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.
“Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan mereka ketika dahulu, ‘politik suku agama suku’ (politik asing agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini menjerat diri mereka sendiri.
“Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu,” katanya ketika berucap pada forum ‘Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan Umno Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah.
Dalam perkembangan isu terbabit, Nasaruddin berkata, perlu diingat sebelum ini pada tahun 2001, Hadi pernah menyatakan kesanggupan berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan apabila tiba masanya pengerusi majlis terbabit membatalkan muzakarah itu.
“Sekarang isu ini diungkit kembali oleh Umno, dan Presiden kita (Hadi) bersedia menjelaskan amanat yang diucapkannya di stesen RTM dan TV3 namun niatnya tidak disokong kerana ada pihak yang menentang dan menyatakan penjelasan itu boleh dibuat di dalam media lain dan bukannya arus perdana.
“Sepatutnya kedua-dua stesen televisyen inilah yang memberi peluang kepada Hadi, disebabkan TV3 dan RTM yang sering memainkan isu ini dan menyerang hadi secara terang-terangan,” katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih menghairankan juga Hadi sendiri tidak pernah menerima sebarang surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan kenyataannya itu bercanggah dengan ajaran Islam.
“Hanya ditempelak oleh dua mufti iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Hadi menarik balik amanatnya berkenaan.
“Mereka kata amanat ini sesat, Hadi kena bertaubat, sepatunya mereka beri peluang dulu, biar beliau terangkan dan selepas itu nilai kembali apa yang dinyatakan sebelum membuat tuduhan,” katanya.
Ketakutan pada Najib, dakwa SU Akhbar Nik Aziz
7 Januari 2013
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, desakan tersebut hanya lambang ketakutan yang ada pada diri Presiden Umno itu.
“Pas telah memerintah negeri ini selama 22 tahun dan apa yang kita lihat, tiada kehancuran pun berlaku,” katanya ketika mengulas isu kenyataan Presiden Umno itu yang meminta rakyat untuk membuat pilihan yang betul PRU13 dan menganggap pilihan kepada pembangkang boleh menyebabkan kehancuran.
Menurutnya, tiada kehancuran juga berlaku pada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Amanat Hadi: Hadi perlu diberi peluang
7 Januari 2013
“Ini cerita lama, sama ada dia menarik balik ataupun tidak, kita telah lama tidak memperkatakannya,” katanya, semalam.
Saifuddin berkata, kini, apa yang lebih penting ialah untuk membincangkan bagaimana menterjemahkan Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran dan realiti baru seperti teknologi maklumat dan media sosial, kesedaran dan gerakan sosial baru serta demokrasi fasa ketiga.
“Kita perlu membangunkan pemikiran baru mengenainya. Ini memerlukan diskusi bentuk baru, bukannya mengungkit perkara lama,” katanya.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Abdul Hadi tidak perlu bimbang memberikan penjelasan mengenai isu tersebut kerana terdapat banyak saluran lain, seperti di internet dan media alternatif.
“Abdul Hadi tidak perlu mencari kesalahan kerajaan sahaja. Tidak timbul perlu siaran secara langsung atau tidak untuk penjelasan Amanat Hadi itu,” katanya.
Panik bas dinaiki terbakar
7 Januari 2013
Kejadian berlaku sewaktu bas yang dinaiki penumpang terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke Hatyai, Thailand.
Insiden berkenaan berlaku pada kira-kira jam 1.20 petang dan disedari pemandu bas selepas melihat asap tebal di bahagian belakang kenderaan dan telah mengarahkan semua penumpang turun menyelamatkan diri.
Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Shamsudin Abd Karim berkata, kebakaran itu menyebabkan bas persiaran dua tingkat milik Syarikat Konsortium Bas Ekspres Sdn Bhd itu musnah keseluruhannya.
“Mereka memulakan perjalanan dari Johor malam. Pemandu itu menyedari kebakaran itu setelah melihat asap tebal keluar dari bahagian belakang bas yang menempatkan enjin.
“Menyedari keadaan itu, pemandu terbabit segera memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan mengarahkan kesemua penumpang turun,” katanya.
Menurutnya, dua jentera dan 13 anggota termasuk pegawai dari Kuala Kangsar dan Taiping dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran dalam tempoh 15 minit.
“Bas tersebut terbakar 70 peratus dan kita masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian belum dianggarkan,” katanya.
TI-M juga tolak pelawaan SPR untuk pantau p'raya
Badan
pemantau rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) mengumumkan
secara rasmi untuk menolak pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk
menjadi pemantau dalam pilihan raya umum ke-13.Dalam satu kenyataan hari ini, TI-M menyatakan bahawa keputusan untuk menolak pelawaan tersebut adalah berhubung terma rujukan yang ditetapkan SPR kepada para pemerhati pilihan raya.
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) dan Institut Kebangsan untuk Demokrasi dan Integriti Pilihan Raya (NIEI) juga sebelum ini mengumumkan menolak pelawaan SPR.
Setiausaha agung TI-M Josie M Fernandez (kanan) dalam satu kenyataan berkata SPRM dimaklumkan pada 4 Januri berhubung keengganan mereka.
Beliau berkata TI-M menggesa SPR supaya peraturan yang ditetapkan kepada pemerhati bertauliah, termasuk proses pentauliahan tersebut, memenuhi standard dan amalan antarabangsa.
Tarian separuh bogel di IPD Shah Alam... Ini jawapan Ketua Polis Selangor..
Tersebarnya gambar penari separuh bogel sedang beraksi di atas dilaman FaceBook dan juga Blog menyebabkan pihak Polis Di Raja Malaysia, khususnya dari IPD Shah Alam dihujani kritikan.
Gambar tersebut telah dirakamkan di Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam.
Ada yang meminta penjelasan dari pihak Polis dan ada juga yang tanpa memberi peluang kepada pihak Polis menjelaskan keadaan terus mengkritik pihak Polis.
Malah oleh kerana gambar di atas disiarkan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro Pakatan Rakyat maka secara automatik Blog-blog Pro UMNO mendakwa ianya adalah gambar super impose yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan pihak Polis.
Bagaimanapun tuduhan Blog-blog Pro UMNO itu terjawab bilamana ada individu yang mengambil inisiatif untuk bertanya kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui laman FaceBook beliau.
Beliau melahirkan rasa terkejut bila melihat gambar tersebut dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut kerana menurutnya ini adalah satu pelanggaran tata susila PDRM dan mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan kepadanya.
Dan setelah beberapa jam berlalu sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan hasil dari penyiasatannya mendapati "Pihak polis yg hadir (JSJ Shah Alam) juga terperanjat dgn pihak kebudayaan (mlm di Intekma) itu yg tlh membuat "show" sedemikian, namun tindakan disiplin terhadap mereka yg bertanggung jawab &cuai dlm menganjur. Polis Selangor tidak sekali kali menyokong kemungkaran sebegitu. Harap maklum."
IKIM siar muzakarah jelas isu kalimah Allah melalui internet tv
Menyedari
isu penggunaan kalimah Allah yang berterusan dipolemikkan di negara
ini, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melalui saluran Internet
TV IKIM hari ini menyiarkan rakaman program Muzakarah Pakar 'Terjemahan
God sebagai Allah' : Mengenal pasti punca dan penyelesaiannya.Ketua Pengarah IKIM Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata program pertama kali yang disiarkan IKIM itu bagi menyatakan pendirian IKIM dan memperjelaskan kepada umum kesalahan menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan kepada 'God'.
"Pendirian IKIM kekal bahawa penggunaan Allah sebagai terjemahan kepada God tidak dapat diterima kerana ia bukan sahaja menyalahi lunas-lunas bahasa bahkan tidak dapat dipertahankan dari segi akidah, sejarah mahupun undang-undang.
"Menyedari hakikat ini, menjadi kewajipan IKIM untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi memelihara kesucian bahasa agar tidak dicemari unsur asing yang boleh mengelirukan pegangan masyarakat Islam," katanya dalam kenyataan di ibu negara hari ini.
Jelasnya Bahasa Melayu adalah tergolong dalam rumpun bahasa Islam dan makna yang sah bagi kalimah 'Allah' ialah makna yang dikehendaki oleh Al-Quran dan dijelaskan dalam akidah Islam.
"Dalam surah Al-Ikhlas, Allah berfirman dengan maksud; "Katakanlah: Dia adalah Allah, Yang Maha Esa. Allah, yang Maha Kekal Abadi tiada berkesudahan. Tiada Dia beranak dan tiada pula Dia diperanakkan. Dan bagiNya tiada satu pun tara (setara)," katanya.
Malahan katanya keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 juga telah memutuskan empat istilah Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible dalam apa jua keadaan iaitu; Allah; Kaabah; Baitullah dan Solat.
Nik Mustapha berkata ia berbeza dengan konsep ketuhanan yang dianjurkan dalam agama Kristian yang berasaskan konsep triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Suci (Holy Spirit).
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kalimah Allah yang kembali panas apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas Disember lalu meminta kerajaan pusat membenarkan penggunaannya dalam kitab Bible di Semenanjung.
Pada 2010, Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.
Selain program siaran muzakarah melalui Internet TV yang dilaksanakan khas untuk tontonan umum itu, IKIM pada Jan 2010 turut melaksanakan satu muzakarah pakar secara tertutup bagi membincangkan isu yang sama di Dewan Besar IKIM.
-Bernama
Salahudin: Pindah kubur Pengerang tak ikut prosedur
Naib
presiden PAS Salahudin Ayub mendakwa kubur dan empat perkuburan Islam
di Pengerang, Johor, digali dan dipindahkan daripada tapak asal mengikut
prosedur yang betul.Beliau mendakwa, Perbadanan Islam Johor ditugaskan untuk memindahkan kubur berkenaan.
Salahudin berkata sebanyak 249 kubur digali di antara 21 Disember dan 28 Disember tahun lalu, tanpa pengawasan daripada Jabatan Agama Islam Johor, pejabat kadi dan jabatan kesihatan negeri.
"(Jenazah) ditindan di atas satu sama lain di bawah sebuah pokok... Ia kemudiannya ditempatkan di kubur tohor sedalam 15 inci (38cm).
"Ini tidak akan menghalang binatang liar daripada menggali (jenazah)," katanya.
Pengerusi gabungan NGO Pengerang Anis Afida Mohd Azli berkata tapak kubur baru itu juga tidak dipagar dan kawasan tersebut berlumpur.
Beliau turut menunjukkan gambar kubur yang digali semula.
Mufti Johor pada minggu lalu menggesa agar pemindahan kubur berkenaan ditangguhkan sehingga tapak baru sedia untuk digunakan.
4 polis dibelasah tahanan, sembur serbuk lada
8 Januari 2013
Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam.
Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri.
Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari.
Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth.
“Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang.
“Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang,” katanya.
Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut.
“Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT.
“Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan,” katanya.
Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan.
Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya.
Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat.
“Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
“Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan,” katanya.
Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28.
“Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor.
“Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya,” katanya.
Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah.
Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan.
Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan