Penjawat Awam - Anda bekerja dengan Umno atau dengan kerajaan?
http://www.kedahlanie.info, | 28 Jan 2013 |
MASIH RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK MEMAHAMI
PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk
parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji
PENJAWAT AWAM dibayar daripada hasil negara.
PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan
syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot
jika menyokong pembangkang, apatah lagi meminta mereka berhenti.
Pembelot sebenar ialah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dengan rasuah, menyalah guna kuasa dan mengamalkan kronisme.
kalau macam tu sapa yang sokong
pembangkang (umno) di Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan sila letak
jawatan sebab anda tak sokong kerajaan negeri....
Negara ni negara demokrasi..terpulanglah deme nak sokong parti mana.....yang penting kerja.
(Bila-bila masa saja jambatan ini akan meragut mangsanya)
LAMBIR, Sarawak: Penduduk di sekitar Kampung Lusut dekat sini sangat-sangat berharap pihak kerajaan membaiki segera jambatan lusuh yang kini menjadi penghubung antara mereka.
Ini kerana ia telah terbiar sekian lama dan membahayakan penggunanya.
Jambatan yang menghubungkan Kampung Lusut, Lambir ke New Township Taman Tunku itu sangat perlu diperbaiki dengan segera.
Inilah jambatan yang sering dilalui oleh pengguna dalam kawasan tersebut untuk berulang alik ke tempat kediaman dan tempat kerja mereka.
Keadaan jambatan yang agak usang dan rosak tersebut sangat merbahaya kepada pengguna kenderaan yang melaluinya.
Kerosakan ini sudah lama berlaku tetapi pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan tidak ambil peduli dan memandang ringan keperluan rakyat di sekitar kampung Lusut dan Lambir ini.
"Mereka sepatutnya bertindak segera sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna jambatan tersebut," kata Yang Dipertua PAS kawasan Miri, Haji Jofri Jaraiee.
Beliau mengesa pihak yang berkenaan supaya segera memperbaiki jambatan tersebut kerana tidak mahu ada yang akan jadi mangsa sekiranya jambatan tersebut runtuh akibat terbiar begitu saja.
Kerjasama dengan pihak berkenaan sangat dihargai, katanya.
MELAKA: PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar) dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.
Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.
"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.
"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.
Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.
KUALA LUMPUR: Umno
akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk
pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang, tulis Aspan Alias.
“Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu taktik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.
DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya ke seluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.
Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.
Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas di antara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.
Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedarkah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu? Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?
Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.
Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat dibuang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.
Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula.
Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.
UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.
(Bishop Francis menghadiahkan kek harijadi untuk TG Nik Aziz)
PULAU PINANG: Selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di hotelnya dekat sini.
Di majlis itu, Francis Sebastian telah memberikan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82.
Pertemuan ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi acara spontan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini.
Pertemuan ini berlaku ketika masih panas ancaman yang dibuat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali agar Bible yang mempunyai perkataan Allah dibakar.
Ancaman ini dibuat Ibrahim ketika konvensyen Perkasa yang diadakan di Pulau Pinang juga.
Pertemuan dua tokoh agama yang berbeza ini telah meredakan ketegangan yang cuba dihangatkan oleh proksi Umno itu.
Sebelum ini, ketika mengulas saranan Ibrahim itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perkasa adalah proksi Umno.
Bishop Francis berkata, negara memerlukan contoh semangat yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, sentimen yang tidak akan disukai oleh Ibrahim Ali dan penyokongnya.
TGNA memasuki dewan
Baiki segera jambatan Kg Lusut
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
(Bila-bila masa saja jambatan ini akan meragut mangsanya)
LAMBIR, Sarawak: Penduduk di sekitar Kampung Lusut dekat sini sangat-sangat berharap pihak kerajaan membaiki segera jambatan lusuh yang kini menjadi penghubung antara mereka.
Ini kerana ia telah terbiar sekian lama dan membahayakan penggunanya.
Jambatan yang menghubungkan Kampung Lusut, Lambir ke New Township Taman Tunku itu sangat perlu diperbaiki dengan segera.
Inilah jambatan yang sering dilalui oleh pengguna dalam kawasan tersebut untuk berulang alik ke tempat kediaman dan tempat kerja mereka.
Keadaan jambatan yang agak usang dan rosak tersebut sangat merbahaya kepada pengguna kenderaan yang melaluinya.
Kerosakan ini sudah lama berlaku tetapi pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan tidak ambil peduli dan memandang ringan keperluan rakyat di sekitar kampung Lusut dan Lambir ini.
"Mereka sepatutnya bertindak segera sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna jambatan tersebut," kata Yang Dipertua PAS kawasan Miri, Haji Jofri Jaraiee.
Beliau mengesa pihak yang berkenaan supaya segera memperbaiki jambatan tersebut kerana tidak mahu ada yang akan jadi mangsa sekiranya jambatan tersebut runtuh akibat terbiar begitu saja.
Kerjasama dengan pihak berkenaan sangat dihargai, katanya.
Ali Rustam fitnah Pakatan Rakyat
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar) dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.
Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.
"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.
"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.
Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.
Umno sudah ada ciri-ciri sebagai pembangkang
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
“Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu taktik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.
DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya ke seluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.
Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.
Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas di antara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.
Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedarkah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu? Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?
Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.
Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat dibuang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.
Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula.
Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.
UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.
Bishop hadiah kek harijadi untuk TG Nik Aziz
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
(Bishop Francis menghadiahkan kek harijadi untuk TG Nik Aziz)
PULAU PINANG: Selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di hotelnya dekat sini.
Di majlis itu, Francis Sebastian telah memberikan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82.
Pertemuan ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi acara spontan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini.
Pertemuan ini berlaku ketika masih panas ancaman yang dibuat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali agar Bible yang mempunyai perkataan Allah dibakar.
Ancaman ini dibuat Ibrahim ketika konvensyen Perkasa yang diadakan di Pulau Pinang juga.
Pertemuan dua tokoh agama yang berbeza ini telah meredakan ketegangan yang cuba dihangatkan oleh proksi Umno itu.
Sebelum ini, ketika mengulas saranan Ibrahim itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perkasa adalah proksi Umno.
Bishop Francis berkata, negara memerlukan contoh semangat yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, sentimen yang tidak akan disukai oleh Ibrahim Ali dan penyokongnya.
Gempar! Penduduk serbu Tok Guru Nik Aziz kerana RM200
http://kachipemas.blogspot.com, | 28 Jan 2013 |
Gempar !!! Penduduk Parlimen Kepala Batas Serbu Tok Guru Nik Aziz Kerana RM200..
TGNA memberi ucapan dan membaca doaTGNA memasuki dewan
Pengunjung yang hadir
TGNA Menyampaikan Sumbangan Kerajaan
Negeri Sebanyak RM200 Seorang..dulu tak pernah beri pun..Mana Lebih
baik dulu atau sekarang..dulu Cina juga..la pun Cina..tapi Orang Melayu
dapat banyak manfaatnya..syukur ke hadrat Ilahi..
Blogger mengambil gambar Kenangan Bersama .TGNA
TGNA merasmikan van bergerak PAS Kawasan Kepala Batas dan diserbu
oleh penduduk Kepala Batas untuk melihat tuan guru lebih dekat lagi
Konvoi bermotosikal besar mengiringi Tuan Guru Nik Abd Aziz..
Foto TG Nik Aziz kunjungi rumah Karpal Singh
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Foto-foto di bawah dipetik daripada
Facebook Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
bertajuk ‘Memenuhi undangan ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh’.
Dihalau keluar stadium gara-gara pakai jersi Red Warriors?
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Adakah benar seorang pemuda telah dihalau keluar dari stadium gara-gara memakai jersi pasukan Kelantan (The Red Warriors) pada satu perlawanan bola sepak?
Lihat http://www.queachmad.com/2013/01/dihalau-hanya-gara-gara-memakai-jersey.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan