Ahad, 27 Januari 2013

MACAM2 CARA NAK ROSAKKAN ORANG LAIN

BN akui kesilapan, akan hantar semula surat Selamat Tahun Baru
Posted on Saturday, January 26 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol ‘Sayangi Selangor’ kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.

“Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini.

“Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa.

“BN Selangor memohon maaf kepada pengundi-pengundi terbabit atas kesilapan yang berlaku. Kami akan menghantar semula surat pembetulan dan permohonan maaf dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung dakwaan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menggesa BN Selangor menghentikan tindakan mengelirukan rakyat dengan menukarkan tempat mengundi pengundi sesuka hati untuk kepentingan parti mereka.

Dr Halimah dalam kenyataannya mendakwa, terdapat tiga pengundi dari Dun Selat Klang yang menghantar surat aduan kepadanya yang menyatakan Dun dan Parlimen mengundi mereka ditukar ke kawasan lain pada surat Selamat Tahun Baru dengan simbol ‘Sayangi Selangor’ daripada BN Selangor yang diterima mereka.

sumber "


 Banduan 650, Dr Affia Siddiqui
Posted on Sunday, January 27 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: solihinzubir

"

"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: tausyah.wordpress.com )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: youtube )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan:http://luv-ima.blogspot.com )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

sumber: Muntah Pelangi"



K'jaan tarik balik pengharaman Hindraf
Posted on Sunday, January 27 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"Selepas lebih empat tahun selepas diharamkan, kerajaan menarik pengharaman ke atas Hindraf.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam mesej teks berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pertubuhan itu melalui surat bertarikh semalam dari Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut kerana sedang berada di United Kingdom.

Hindraf telah diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum.

Hindraf mendapat perhatian selepas berjaya menggerakkan lebih 30,000 orang turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di Malaysia.

Hindraf juga dianggap telah menjejaskan teruk prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan sokongan kaum India untuk parti pemerintah merosot dengan mendadak.

BN gagal mengekalkan prestasi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada 1973.

sumber"



Satu Luahan
Posted on Sunday, January 27 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: NyorPandan

"SELEPAS pilihanraya ke 13 ini, saya nak tengok sangat Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya.Saya nak tengok:-

1. Adakah Pakatan Rakyat akan menunaikan segala janjinya?

2. Adakah Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP dapat membentuk sebuah kerajaan yang mantap dan stabil?

Saya bimbang sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya nanti, ianya hanya dapat bertahan beberapa bulan. Alasan saya ialah, walaupun ketika ini kerjasama antara PKR, PAS dan DAP nampaknya boleh bertahan, tetapi selepas pilihanraya nanti dan masing-masing berada dalam kerajaan, beberapa perkara berikut mungkin berlaku terutama sekali antara PAS dan DAP.

PAS sudah tentu mahu perjuangan partinya ditunaikan oleh kerajaan. Begitu juga dengan DAP. Malah sekarang ini pun apa yang diperjuangkan PAS seperti hukum hudud tidak dipersetujui oleh DAP. Sekiranya salah satu pihak tidak mahu mengalah, samada DAP atau PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

Akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat akan tumbang. Seandainya ini berlaku, maka saya dan mungkin juga orang lain yang kini setia pada Pakatan Rakyat, sampai bila-bila pun tak akan sokong lagi pada Pakatan Rakyat. Suka tak suka pun, terpaksa kembali ke pada BN.


Nota Editor: Tajuk diedit - Juragan"


 Ugutan Zaid Hamidi tak menjadi, Rafizi sedia disaman
Posted on Sunday, January 27 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"RafiziRamli“Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini,” kata Rafizi.

“Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti. Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam,” kata Rafizi lagi kepada The Malaysian Insider.

Itulah kenyataan Rafizi Ramli yang tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini. Makanya ugutan Zaid Hamidi tak menjadi. Kenyataan Rafizi sebelum ini, Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Baca juga Parlimen bubar 22 Febuari 2013?

WWW.LAGI.MY "




 Bagaimana rupa senapang Melayu ketika lawan Portugis?
Posted on Saturday, January 26 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"

Mereka yang cinta Allah , akan cinta negara, akan cinta negeri, akan cinta bangsa, akan cinta budaya sendiri, itulah kata-kata seorang ahli sufi yang saya kenali. Generasi kini semakin melupakan sejarah bangsa, pada mereka adat hanyalah satu pertunjukan kebudayaan. Untuk menarik minat generasi muda khususnya para pelajar kepada sejarah, kita perlu beri kesedaran kepada mereka bahawa kita mempunyai teknologi yang lebih hebat dari Eropah sebelum kejatuhan Melaka.



Orang Minangkabau mendirikan kerajaan Rembau bersama orang Asli dari Suku Jakun yang begitu digeruni Portugis. Orang Minangkabau membawa bersama senapang yang dipanggil matchlock, meriam serta keris yang hebat yang diberi nama Guloh Rembau.

Tapi malang , tiada kajian, penemuan sehingga saat ini, bagaimana rupa bentuk senapang ini.

Semoga ada usaha kajian dilakukan untuk menjejaki kembali teknologi anak tempatan yang amat hebat satu ketika dulu.

Jangan pula sebab artikel ini blog saya di http://rozmal.blogspot.com/ disekat sepertimana blog saya sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/

The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the introduc- tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah

http://www.vikingsword.com

At Menancabo excellent poniards made, called creeses; best weapons of all the orient. Islands along the coast of Sumatra, called islands of Menancabo." ARGENSOLA, 1609. "A vessel loaded with creeses manufactured at Menancabo and a great quantity of artillery; a species of warlike machine known and fabricated in Sumatra many years before they were introduced by Europeans

http://www.gutenberg.org

The Straits Times 18 November 1933 : “By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin to this day”.

http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article

http://home.comcast.net/~meisterdru/guns.htm"


 BN memerintah semula Kelantan?
Posted on Saturday, January 26 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"Semacam munasabah sungguh BN boleh memerintah semula Kelantan selepas PRU 13 nanti. Inilah perkataan yang dicanangkan tidk lama dahulu oleh Datuk Mustaffa Mohammad.

Atas sebab itulah, Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri yang dikatakan lemah oleh Tun Mahathir Mohamad melamar Kelantan dengan hantaran tujuh dulang.

Hantaran tujuh dulang diterima seadanya oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan yang diminta bertanding parliman PRU 13 ini untuk jadi perdana menteri ganti Najib yang lemah serba serbi itu.

Sehubungan itu, jumaat (25 Januari 2013) penulis dari Kuala Terengganu ke Kelantan. Pergi melalui jalan pantai naik jambatan Tok Bali dan balik ke Terengganu melalui jalan darat iaitu jalan lama.

Apa yang penulis tenguk bendera BN di tepi jalan sepanjang perjalanan Ke Kelantan melalui jalan pantai dan jalan darat, bendera BN lebih banyak dipasang berbading dengan bendera PAS.

Bendera PAS bukan tak ada langsung. Ada, tetapi kebanyakan bendera sudah lusuh. Ada yang putus dua macam tak ada usaha untuk memasang semula menggantikkan dengan bendera baru.

Tenguk begitu, macam ada kebenaran yang BN akan memerintah semula Kelantan selepas PRU 13 nanti.

Isteri penulis berkata, itu tidak boleh jadi bukti, kerana tiada apa pun pada bendera yang dipasang. Malah bendera yang dipasang dengan banyak boleh jatuh membazir yang dilarang oleh Allah.

Betul juga kata kata isteri penulis itu . Dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah berkata suatu dulu pasang bendera dengan banyak itu adalah membazir.

Ya tak ya juga. Sangat benar ia adalah satu usaha yang membazirkan wang yang boleh jatuh ia adalah amalan syaitan yang jadi musuh ketat manusia.

Mungkin atas sebab itu, tak banyak bendera PAS di pasang di Kelantan miskipun pilihanraya umum ke 13 dikatakan akan di adakan pada 23 Mac 2013 nanti.

Pendek kata, bendera BN memang begitu banyak dipasang ditepi jalan di Kelantan berbanding bendera PAS, semacam ada lojiknya BN boleh memerintah semula Kelantan 22 tahun kalah ditangan Angkatan perpaduan umah dulu."


 Apahal pulak TV3 memalukan Najib nie?.. (Video Inside)
Posted on Saturday, January 26 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: AnakSgDerhaka

"

RTM dilabelkan sebagai sebuah medium untuk "Rais Tayang Maznah" oleh beberapa orang blogger Pro UMNO yang jelas tidak berpuas hati dengan Media milik Kerajaan itu yang jelas cuba menggelapkan perhimpunan PERKASA baru-baru ini..

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru ini langsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Ulasan Blogger Pro UMNO mengenai perkara ini sila baca di ( SINI )

Dan ini pula mengenai TV3.. siapa atau kumpulan mana pula yang menguasai stesen TV ini agaknya?

Persoalan timbul apabila ketika Najib riuh rendah mencanangkan di Kelantan kononnya isu air di negeri tersebut akan selesai jika UMNO/BN diberikan mandat untuk berkuasa di Kelantan pada PRU13 nanti.

Media yang jelas ditunggang oleh UMNO/BN tersebut telah menyiarkan satu laporan yang panjang lebar mengenai masaalah air yang berlaku di Pahang..

Video sila lihat di SINI"


 Anwar Terkantooi..Ceramah Di Johor... 500 orang je yang hadir
Posted on Saturday, January 26 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Johor Bukan Lagi Kubu Terkuat BN Di Dunia...

Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jalan Sagu, Taman Daya, Johor Baharu, malam tadi membuktikan yang Johor sudah tidak boleh lagi dinobatkan sebagai negeri UMNO paling kuat gagah perkasa didalam dunia.



Anwar Melayan Pemberita...nak makan malam pun tak ada masa.. ada cerita lagi di Nukilan Abu Luqman..ada cerita lagi"

Tiada ulasan: