Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan mempersoalkan kehadiran tentera dilengkapi raifal tempur yang berkawal semasa perlawanan pasukan Johor menentang pasukan Kelantan di Kota Bharu kelmarin.

Akhbar Berita Harian memetik kenyataan timbalan presiden kelab berkenaan, Mahizi Mahmood sebagai berkata, kehadiran pasukan bersenjata itu mempengaruhi tindakan penyokong tuan rumah yang didakwa membuat kecoh selepas tamat perlawanan.

NONE"Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.

"Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor)," kata Mahizi seperti dipetik Berita Harian.

Laporan itu seterusnya menyebut, PBNJ menempatkan sekurang-kurangnya enam anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) bersenjatakan M-16  untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium itu.

"Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.

"Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit," laporan itu dipetik.

Tembelang Meletup! Umno menipu janji pendidikan percuma menjelang 1982

http://omakkau.blogspot.com, 17 Jan 2013

EDISI TEMBELANG MELETUP BUSUK!!!!!... SUDAH KANTOI....UMNO JANJI MENIPU KATA NAK BERI PELAJARAN PERCUMA MENJELANG 1982!!!!



KERATAN AKHBAR UTUSAN MELAYU SEBAGAI SAKSI BERBICARA....JANJI DICAPATI!!!

Janji sudah 30 tahun berlalu.

UMNO/BN kata akan berikan pendidikan percuma menjelang tahun 1982 apabila semua dasar pelajaran kebangsaan terlaksana sepenuhnya.

Ini janji Menteri Pelajaran ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

Kalau bab pelajaran pun UMNO sanggup menipu dan mungkiri..Apa lagi perkara lain beb!!!

Sebab itu janji dan kata-kata UMNO langsung tidak boleh dipakai.

JANJI DAN KATA UMNO BOLEH DIPERCAYAI...KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.
PM hentam Pakatan: Saya pantang orang mungkir janji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih semula pemerintahan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana ingin memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

"BN jika diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor nanti, kita akan melakukan usaha-usaha yang lebih baik, bersungguh-sungguh untuk kita mewujudkan pentadbiran yang dapat memenuhi aspirasi, kehendak dan jangkaan rakyat Selangor," katanya ketika ke udara secara langsung di SelangorBN.FM semasa melancarkan siaran radio itu di Bangunan Umno Selangor di Shah Alam, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN Selangor dan Badan Perhubungan Umno negeri berkata sejak kebelakangan ini timbul banyak masalah di Selangor terutamanya berkaitan dengan janji-janji pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan.

"Maknanya mereka mungkir janji, saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun bersikap demikian sebab kita rasa macam kita ni kena tipu.

"Saya tak suka kalau orang tipu saya...saya tak tahulah orang lain tapi saya percaya kita semua bersikap bahawa kalau dengan manusia ni kita kena pegang pada janji," katanya ketika diwawancara juruhebah Kavimani Muthayam @ Kavi selama kira-kira sembilan minit.

Najib berkata pengenalan pendekatan atau medium baharu seperti radio internet SelangorBN.FM itu memberi mesej bahawa BN bersedia untuk berkhidmat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat).

"Melalui siaran radio ini juga BN Selangor akan dapat maklumat timbal balas dari rakyat Selangor dan medium ini akan dijadikan landasan bagi parti memberi khidmat bakti yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," katanya.

"Kita merayu pada pengundi untuk memberi peluang kepada kita, saya akan menentukan bahawa Selangor tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang begitu pesat sebab Selangor terlalu penting terlalu strategik bagi sebuah negeri," katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi Selangor dan Kerajaan Pusat selaras dan selari dalam dasar-dasarnya agar tidak menyusahkan rakyat seperti masalah air umpamanya.

"Kalau tidak ada kerajaan yang sama, akan bangkit begitu banyak masalah yang pastinya akan menyusahkan rakyat dan merugikan negara," katanya.

Najib berkata penggunaan radio internet merupakan satu pendekatan baharu bagi BN dan selaku sebuah parti ia mesti ada kesediaan untuk berubah dan melakukan perubahan.

"Jika kita menyarankan kepada rakyat bahawa mereka mesti berubah kita sendiri juga mesti mendahului kelok pembaharuan itu dengan menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti politik kita sanggup menerima idea-idea baharu sama ada daripada segi dasar, program atau pendekatan," katanya.

Najib berkata zaman lepas merdeka dahulu, kerajaan menggunakan tayangan wayang gambar untuk berhubung dengan rakyat tetapi pada zaman ini kerajaan menggunakan media sosial seperti radio internet dan beliau sendiri aktif menggunakan twitter.

Turut hadir pada majlis perasmian radio itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Yap Pian Hon, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas dan Naib Presiden Gerakan Senator A. Kohilan Pillay.

Radio SelangorBN.FM boleh didengar menerusi laman web www.selangorbn.fm atau muat turun applikasi Tune In Radio bagi pengguna iPhone atau Google Play bagi pengguna telefon android.

Terdahulu Najib mendengar taklimat daripada Umno bahagian Selayang, Gombak, Subang, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti komponen BN.

-Bernama