5 Hakim Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Utusan
Harakahdaily, | 17 Jan 2013 |
PUTRAJAYA: Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.
Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.
Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.
Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.
Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad.
Antara lain artikel tersebut menulis:
“Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.
Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.
“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya.”
Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau.
Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.
Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan.
Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.
Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.
Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir.
Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.
Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid.
43 ahli tinggalkan Umno di Dun Gual Ipoh
M Zin & Yaakub Dasan , | 17 Jan 2013 |
TANAH MERAH: Sekarang bukan sahaja rakyat yang muak dengan tindak tanduk pemimpin Umno, sebaliknya ahli dan penyokongnya sendiri juga mempamerkan sikap serupa.
Ekoran itu ada yang tidak mahu menunggu pilihan raya umum ke-13 (PRU) bagi menghukum Umno, sebaliknya ramai sudah berkerat rotan dengan parti itu sekarang.
Malam tadi seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.
Sudin Nuh, 37 mewakili rakan-rakan lain menyerahkan borang memohon keahlian PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud. Detik bersejarah itu disaksikan ramai penduduk tempatan.
Hadir sama pada program ceramah tersebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa.
Kampung Gobek merupakan kubu tradisi Umno, kini semakin ramai meningggalkan parti tersebut. Ekoran itu Bilik Gerakan Pilihanraya PAS Kampung Gobek turut dirasmikan malam tadi.
Sudin ketika berucap pada program berkenaan berkata, beliau dan rakan-rakan tidak mahu lagi kepada Umno selepas menyedari apa yang berlaku sekarang.
“Kami tidak sir lagi Umno. Sudah sampai masanya kami bersama meneruskan perjuangan dengan PAS bagi menghabiskan sisa-sisa usia,” katanya.
Kelantan tampil selebriti hiburan, sukan, dakwah
Salmah Mat Husain, | 17 Jan 2013 |
KOTA BHARU: Kehangatan politik diredakan seketika kerajaan Kelantan dengan menampilkan sekali lagi program Bicara Selebriti. Kali ini selebriti hiburan, sukan dan dakwah ditampilkan.
Program sempena Hari Hiburan Islam akan diadakan pada 20 Januari ini, bertempat di Balai Islam.
Peminat akan dipertemukan artis Pierre Andre. Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi muncul kali kedua di sini. Selebriti sukan, Azizul Hasni dan Ustaz Zamri Mantop mewakili selebriti dakwah.
Pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, sebelum ini hanya ditampilkan selebriti dunia hiburan dan dakwah sahaja.
“Namun kali ini kita tampilkan selebriti sukan Azizul Hasni. Kita menyedari anak muda begitu berminat dengan aktiviti sukan.
“Kita juga ingin mempelbagaikan aktiviti sukan kepada golongan muda bukan hanya bola sepak semata-mata, kerana itu diundang jaguh lumba basikal negara, Azizul Hasni,” ujarnya di sini.
Program berkenaan akan dikendalikan selebriti TV al-Hijrah, Amin Idris bermula 9.00 malam.
Sementara itu pada 21 Januari pula, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan akan menganjurkan program Bicara Wanita, bakal menampilkan Ustazah Asni Mansor.
Di majlis sama artis Janji Manis Mu, Wan Aishah Wan Ariffin dijemput membuat persembahan istimewa.
Program tertutup itu khas untuk wanita, bertemakan “Dari Wanita Untuk Wanita” akan diadakan di Dewan Utama Kompleks Kota Darulnaim bermula jam 9 pagi.
Tentera Perancis lancar pertempuran darat di Mali
Terjemahan Mohamad Yahya, | 17 Jan 2013 |
Tentera Perancis telah memulakan pertempuran daratan secara terus
terhadap pejuang kumpulan Ansar al-Dine yang dikaitkan dengan al-Qaeda
di Mali.
Memetik Sanda Ould Boumana, jurucakap bagi Ansar al-Dine, wartawan Al Jazeera Nazanine Moshiri dari Bamako melaporkan Rabu lalu bahawa tentera Perancis telah bergerak 400 km ke utara dari ibu kota Mali dan menyerang Diabaly, sebuah bandar di tengah-tengah Mali.
Beliau memetik Ould Boumana sebagai berkata bahawa "pertempuran berlaku 2km dari pusat Diabaly, jauh dari orang awam".
Pejuang Ansar al-Dine dan sekutunya Tuareg menduduki utara Mali pada April 2012
"Sumber ketenteraan di tentera Mali memberitahu Al Jazeera bahawa pasukan khas Perancis berjuang di bandar," katanya.
Edouard Guillaud, Ketua Kakitangan Tentera Perancis, berkata operasi daratan Perancis di negara Afrika Barat telah bermula dalam tempoh semalaman.
Wartawan kami berkata tindakan ketenteraan tersebut dijangka bakal menjadi "sukar" bagi Perancis.
"Ansar al-Dine dan lain-lain kumpulan pemberontak bersenjata yang mengawal kawasan tersebut mahir dengan rupa bumi tempat berkenaan, dan mereka mempunyai senjata yang sangat canggih," katanya, merujuk kepada pemberontak yang mengawal bahagian utara Mali.
Beliau berkata kontinjen Nogeria yang pertama yang mempunyai kira-kira 190 askar dijangka tiba di Mali Khamis ini.
Parlimen di Niger sedang menunggu kelulusan untuk menghantar kontinjennya sendiri yang mempunyai lebih daripada 500 orang askar, yang sedang menunggu di sempadan, lapor wartawan Al Jazeera, Moshiri.
Pemberontak juga bertempur dengan tentera Mali dan Perancis Rabu lalu berhampiran Konna, sebuah bandar yang apabila ditawan pemberontak minggu lepas memaksa Perancis untuk melancarkan serangan ketenteraan, kata sumber keselamatan Mali.
"Pertempuran sedang berlaku tidak jauh dari Konna antara Islamis dan tentera kita, dengan kita mendapat sokongan dari tentera Perancis," kata sumber keselamatan Mali.
Satu sumber keselamatan serantau mengesahkan maklumat berkenaan, tetapi tiada maklumat berkenaan sokongan dari tentera Perancis. (aljazeera.com)
Memetik Sanda Ould Boumana, jurucakap bagi Ansar al-Dine, wartawan Al Jazeera Nazanine Moshiri dari Bamako melaporkan Rabu lalu bahawa tentera Perancis telah bergerak 400 km ke utara dari ibu kota Mali dan menyerang Diabaly, sebuah bandar di tengah-tengah Mali.
Beliau memetik Ould Boumana sebagai berkata bahawa "pertempuran berlaku 2km dari pusat Diabaly, jauh dari orang awam".
Pejuang Ansar al-Dine dan sekutunya Tuareg menduduki utara Mali pada April 2012
"Sumber ketenteraan di tentera Mali memberitahu Al Jazeera bahawa pasukan khas Perancis berjuang di bandar," katanya.
Edouard Guillaud, Ketua Kakitangan Tentera Perancis, berkata operasi daratan Perancis di negara Afrika Barat telah bermula dalam tempoh semalaman.
Wartawan kami berkata tindakan ketenteraan tersebut dijangka bakal menjadi "sukar" bagi Perancis.
"Ansar al-Dine dan lain-lain kumpulan pemberontak bersenjata yang mengawal kawasan tersebut mahir dengan rupa bumi tempat berkenaan, dan mereka mempunyai senjata yang sangat canggih," katanya, merujuk kepada pemberontak yang mengawal bahagian utara Mali.
Beliau berkata kontinjen Nogeria yang pertama yang mempunyai kira-kira 190 askar dijangka tiba di Mali Khamis ini.
Parlimen di Niger sedang menunggu kelulusan untuk menghantar kontinjennya sendiri yang mempunyai lebih daripada 500 orang askar, yang sedang menunggu di sempadan, lapor wartawan Al Jazeera, Moshiri.
Pemberontak juga bertempur dengan tentera Mali dan Perancis Rabu lalu berhampiran Konna, sebuah bandar yang apabila ditawan pemberontak minggu lepas memaksa Perancis untuk melancarkan serangan ketenteraan, kata sumber keselamatan Mali.
"Pertempuran sedang berlaku tidak jauh dari Konna antara Islamis dan tentera kita, dengan kita mendapat sokongan dari tentera Perancis," kata sumber keselamatan Mali.
Satu sumber keselamatan serantau mengesahkan maklumat berkenaan, tetapi tiada maklumat berkenaan sokongan dari tentera Perancis. (aljazeera.com)
Sementara itu di RANTAU PANJANG krisis dalaman Umno bahagian ini semakin jelas sekarang. Ternyata “kudis” sejak 2008 masih belum reda.
Biar pun tidak ada sepanduk dinaikkan seperti di Pengkalan Chepa baru-baru ini, namun riak-riak kekecohan tidak mampu disembunyikan lagi. Suara tidak puas hati semakin jelas kedengaran.
Biar pun kelihatan seperti tenang, namun suara-suara riuh di peringkat cawangan tidak mampu disembunyikan lagi.
Kudis lama antara ketua bahagian, Datuk Abdullah Mat Yasin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail kini membekak semula.
Abdullah yang disebut-sebut sebagai calon Parlimen Rantau Panjang kini berdepan dengan cabaran apabila difahamkan tidak disenangi pengikut Mohd Zain.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Ghani perlu jawab 'Melayu Johor paling miskin'
Harakahdaily, | 17 Jan 2013 |
"Saya mendesak sekali lagi agar Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman agar menjawab kenyataan yang dilemparkan dengan kadar segera agar rakyat Johor khususnya Orang Melayu di negeri ini dapat mengetahui hakikat sebenar perkara ini," kata ketuanya Suhaizan Kaiat.
Menurut Suhaizan, dakwaan Syed Ali itu sesuatu yang amat berat dan perlu dicermati secara serius oleh pihak kerajaan negeri pimpinan Abdul Ghani.
"Kenyataan Datuk Syed yang turut membandingkan Melayu Kelantan 'lebih kaya' berbanding Melayu Johor juga merupakan suatu tamparan hebat dan menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Negeri Johor yang diterajui Umno yang selama ini mendabik dada mendakwa diri mereka sebagai 'hero pejuang Melayu'," katanya lagi.
Selain itu juga kata Suhaizan, pelaburan dalam projek Iskandar Malaysia yang telahpun melepasi sasaran RM100 bilion seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini juga menimbulkan tanda tanya.
Apa yang dipersoalkan katanya apakah ianya mampu memberikan pulangan yang bermanfaat dan keuntungan kepada rakyat negeri Johor khususnya, sehingga dakwaan 'Melayu Johor termiskin' ini berlaku.
Tarikh-tarikh Dun akan terbubar secara automatik
http://bloglistpolitik.blogspot.com, | 17 Jan 2013 |
21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu
28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.
Mahathir kata k'jaan pimpinan Najib kini lemah
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk
Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan
"takut menggunakan kuasa". Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu.
Tambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang.
"Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita.
"Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.
"Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat.
"Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah.
"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia sebuah kemenangan yang kosong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.
Individu berkenaan meminta Mahathir menjelaskan mengapa kerajaan pada masa ini dilihat lemah sehingga banyak tindakannya, seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik untuk pesalah trafik, dipertikai ramai pihak.
Mahathir seterusnya berkata, kerajaan yang lemah tidak berani untuk bertindak menggunakan kekerasan malah turut menghapuskan kuasa yang ada.
"Kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang memang takut terutama dalam demokrasi kerana kita bertindak salah, kemungkinan akan kalah lagi. Kita mungkin akan hilang kuasa.
"Sebab itu kita lihat sekarang ini, kita tak berani bertindak menggunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita.
"ISA umpamanya. Apa yang kita malu sangat dengan ISA ini?," katanya sambil memberikan contoh Amerika yang menurutnya menangkap pengganas tanpa mengikut undang-undang.
Dengan membandingkan ISA dengan kem tahanan Amerika Syarikat di Guantamo Bay, Mahathir berkata, tindakan penahanan yang dilakukan Malaysia masih mengikut undang-undang.
"Bila Amerika dan Britain diserang oleh pengganas, mereka tangkap dan tahan orang tanpa undang-undang yang mana lebih teruk dari kita.
"Kita masukkan orang dalam tahanan ikut undang-undang ISA untuk menahan orang, dia (Amerika) tak ada undang-undang untuk tangkap dan mereka sanggup seksa yang mana kini dibenarkan di Amerika.
"Kita kalau nak cakap kononnya kezaliman kita di sini, kenapa kita tak tegur orang yang lebih zalim dari kita yang suka tegur kita?," soalnya.
- Mega Bidaman · Ikuti · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai, JohorBetullah apa yang Dr.M kata tu ... sebab Najib cuma ambik alih kepimpinan Pak Lah , bukan Najib yang buat election masa 2008 , tapi segala-galanya bakal berubah Tun Dr.M , berbillion-billioonnnnn rakyat Malaysia mahukan BN terus berkuasa di bawah pimpinan Najib , dan berbillionnnnn rakyat Malaysia juga mahu PR tersungkur di lubang... di lubang mana ??? tentulah di lubang jamban...keh keh keh ... amacammm panas tak ?? kah kah kah...
- Mega Bidaman · Ikuti · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai, Johorini lah suara2 kecewa yang tak nak terima kenyataan bahawa berbillioooonn rakyat malaysia mahukan UMNO dan Barisan Nasional , mereka hanya mampu membuat komen syok sesama sendiri di portal yang dibiayai George Soros ini...keh keh keh , daripada berbillioonnn rakyat malaysia yang menyokong UMNO dan BN hanya sebilangan kecil celah gigi yang kecewa..kah kah kah
- Bob Malaya · Pengulas Tertinggi
- Fadhli Adnan · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
- Cili Padikahkahkah! Aku tahu pencacai-pencacai pakatan semua takut dengan kepimpinan Najib, Dorang pun dah nampak dah sebenarnya ramai rakyat dah mula sokong Najib. Mereka nampak cuma buat-buat tak nampak sebab nak cover malu kalah PRU13 NANTI. KAHKAHKAH!
- Bob Malaya · Pengulas Tertinggitun menceritakan cerita yang sebenar...kepimpinan najib juga semakin kuat..setelah mengambil alih dari pak lah yang telah mejatuhkan umno..najib telah membentuk umno kearah yang terbaik..
- Mega Bidaman · Ikuti · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai, Johorbagus2 memang itu yang dicerita kan perkara benar...tapi janganlah risau bro Bob Malaya... dah ada riak2 gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong UMNO/BN...masanya sedikit saja lagi..tunggu , tsunaami kali ini akan tenggelamkan PR , mereka akan hanya tinggal seluar dalam saja...kah kah kah..tu pun seluar dalam koyak..keh keh keh , gilalahhhh aku provok , ada gua kesahhh ???
- Minhat Mat · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Bekerja di PPPM.SERU.POS MSIA BHD.COMPUMED SERVICES BHD.JPA BHG PENCEN
- Zain Anuar · Pengulas Tertinggi
- Don Melayu · Pengulas Tertinggi · Universiti Melayuaku setuju dengan Tun M, kerajaan sekrang ialah bukn kerajaan DS Najib tp kerajaan Pak Lah yg dulu ampuh, DS Najib mnggalas tugas yg amat mencabar utk menegembalikan skongan rakyat kpd BN setelah dirosakkan oleh oleh Pak Lah..alhamdulillah skrg ni skongan rakyat kpd DS Najib semakin mningkat akbat dri transformasi yg beliau laksanakan..pada aku Tun M bersuara atas dasar pengalaman dan nasihat beliau sbgai veteran UMNO..insyallah tun, lepas ni BN akn jadi lebih kuat sebab lpas ni DS Najib akn mmbntuk kerajaan dia sndri..
- Raja Mohd Shahrim · Ikuti · Pengulas Tertinggi · 426 orang pelangganAku aku ada kat Shah Alam.. sudah pasti kasut hinggap dikepala dia..!! Masih tak sedar diri..!! dia merasakan hanya idea dia dan cara dia yg terbaik..!! lihat layanan dia pada rakyat.. siapa yg mengkritik diISAkan.. rakan politik yg dianggap sebagai ancaman dibunuh kerekter dgn pelbagai tuduhan dan tohmahan... Buat apa kerajaan kuat jika rakyat menderita..??? buat apa.. Maddey boleh bercakap apa saja dan tanpa dikenakan tindakan... so it's apply to rakyat macam aku..!! Jangan percaya sekumitkan kata kata dia ne.. bila tertekan dia akan mengaku nyanyuk..!! l
- DzulSharif Dzul · Pengulas Tertinggi · UKM, BangiRaja Mohd Shahrim Bukan Kemenagan Kosong tapi SIFAR KEMENANGAN UMNO/BN pd semua kerusi nti....ini lah PENGKHINAT NEGARA paling jelas bg IC pd imigran Sabah walau apa pun justifikasinya....hampeh punya manusia!!!
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Raja Mohd Shahrim · Ikuti · Pengulas Tertinggi · 426 orang pelangganPakai Otak, Michael Chiang, DzulSharif Dzul.. Kita Rakyat...dia Rakyat... dia boleh cakap apa saja tanpa dikenakan tindakan...kenapa tidak kita..??? so let' speak....!!
- Don Melayu · Pengulas Tertinggi · Universiti Melayuaii...bkn main marah kau raja..memang idea dia akan kekal dan akn diingati oleh semua org smpai bila2 krn dia lah Mahathir yg keras kepala,seorang melayu yg ultra,seorang yg tanpa segan silu dan takut mengutuk dunia2 luar yg melakukan keganasan,bkn mcm anwar kau semasa jadi TPM,dpan Tun M bkn main lagi dia berlagak,belakang Tun M dia sndri yg ktuk dsar malaysia..rakyat mana yang menderita semasa era Tun M,hnya rakyat mcm kau dan anwar shj yg cuba mngnggu gugat kesejahteraan negara ni..dulu masa zaman Tun M ad kau pernah lihat cina yg racist mcm DAP skrg ni??yg brani mmbuat tntutan yg plik2 dan mncmrkan kharmonian kaum di negara ni..
- Aziman Omar · Pengulas Tertinggi · Bawah jambatanKemenangan kosong juga akan terjadi bila kemanangan dicapai dengan penipuan kertas undi...oleh itu mari menipu!
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2Aikk..Najib pulak lemah..Dulu Ahmad Badawi lemah Najib pengganti yg hebat..Ternyata kau memang lemah menilai orang wahai Mahathir..
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
Dr Mahathir: Saya beri kerakyatan ikut undang-undang
17 Januari 2013
Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang.
Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.
“Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.
“Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Beliau berkata, rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.
“Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.
“Di Sumatera dan Semenanjung, kita menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini,” katanya.
Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.
"Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya.
Beri IC: Tunku lebih teruk dari saya, kata Dr M
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku
Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad
pengenalan kepada warga asing.Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.
"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.
Ditanya sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk pilihan raya kerana ia dijalankan dua minggu sebelum pilihan raya Sabah, Mahathir berkena beliau "tidak tahu".
Bekas perdana menteri – yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun – itu berkata, perkara itu mungkin berlaku secara kebetulan tetapi menegaskan sekali lagi bahawa ianya mengikut undang-undang.
"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.
Ditanya lagi sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk membolehkan Umno merampas kuasa di Sabah, Mahathir berkata penerima kad pengenalan itu bebas untuk mengundi mana-mana parti selepas menjadi warganegara.
"Itu hak mereka. Bila dah jadi warganegara, mereka nak sokong Umno, BN atau apa-apa itu mereka punya hak," katanya.
Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan oleh saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.
Turut hadir dalam program di Shah Alam hari ini ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
- Kelly Eng · Pengulas Tertinggi · 31 years old
erm.. samapi mati pun diorang x lepaskan kita.. itulah yg jadi kat neagara kita skang nie bila kaum cina dan india mula mempertikaikan pemberian ic @ kerakyatan kepada warga asing.. diorang x sedar ke aal usul diorang yg dahulunya dari negara mana ntah.. dtg sini pun naik tongkang mcm sardin... lagi mau bikin panas.... sial la cina dan india vavi nie....
Diga Gamindal · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
Bob Malaya
>>>Semua penduduk dia asia tenggara (termasuk melayu) berasal dari China!!! kumpulan melayu pertama berhijrah ke kepulauan nusantara ialah Melayu Proto (2500BC), kumpulan kedua pada tahun 1500BC adalah Melayu Deutro!!! Penduduk asal dan TUAN tanah semenanjung sebenar ialah penduduk ASLI..bukan Melayu!!! Melayu juga pendatang!!! Ingat...semua manusia ini asalnya dari "Taman Edan"!! Bapa dan Ibu mereka adalah Adam dan Hawa...keangkuhan, ketamakan, ketaksuban, kedegilan, mudah lupa, kepercayaan sempit lah yang menyebabkan manusia sekarang lebih cenderung ingin bergigitan!! semuanya berpunca daripada satu sebab>>>> MANUSIA SUDAH JATUH KE DALAM DOSA @ BERDOSA!!
Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
Cakap biar terus terang, nak harapkan ubn dia kaya bersama kroni2nya saja tapi Tauke2 Cina kaya dia buat kilang dan lain2 projek yang membolehkan orang lain tumpang kerja untuk cari makan selain itu pergi lah tanya pejabat cukai pendapatan golongan mana yang banyak bayar cukai untuk kerajaan.
Bapak Ajis · Pengulas Tertinggi
patutnya dari dulu kita jgn beri kerakyatan ni kat cina vavi dan keling estet...inilah jadinya skang klu kita bagi semua kat diorang.. agama islam diorang hina... kalimah Allah diorang jadikan permainan.. apa semua nie?? salah siapa???
Cili Padi
Memang sah Cina DAP haramjadah tak sedar diri. Dia pula pertikai kenapa bagi kerakyatan kat orang. Tak sedar diri kau tu asal dari mana weh? Kalau tak Tunku Abdul Rahman yang bagi kerakyatan kat korang, Korang tu pendatang tau Cina DAP sial oi! Puihhhh!
Sofi Mat Rop
kalau Tunku Abdul Rahman tak bagi IC kat cina2 dulu tu negara kita dah aman takda nya wujud cina2 DAP ni semua, cina2 contoh mcm dalam DAP ni mmg tak bersyukur.
Tembelang Meletup! Umno menipu janji pendidikan percuma menjelang 1982
http://omakkau.blogspot.com, | 17 Jan 2013 |
EDISI TEMBELANG MELETUP BUSUK!!!!!... SUDAH KANTOI....UMNO JANJI MENIPU KATA NAK BERI PELAJARAN PERCUMA MENJELANG 1982!!!!
KERATAN AKHBAR UTUSAN MELAYU SEBAGAI SAKSI BERBICARA....JANJI DICAPATI!!!
Janji sudah 30 tahun berlalu.
UMNO/BN kata akan berikan pendidikan percuma menjelang tahun 1982 apabila semua dasar pelajaran kebangsaan terlaksana sepenuhnya.
Ini janji Menteri Pelajaran ketika itu Dr Mahathir Mohamad.
Kalau bab pelajaran pun UMNO sanggup menipu dan mungkiri..Apa lagi perkara lain beb!!!
Sebab itu janji dan kata-kata UMNO langsung tidak boleh dipakai.
JANJI DAN KATA UMNO BOLEH DIPERCAYAI...KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan