Rabu, 30 Januari 2013

TAHNIAH TUAN GURU....DAH BANYAK ORANG MENYAMPAH DAN MELUAT....MAKA KATA2 ITU JUGA SATU DOA...ELOK BERHATI2...YANG BAGUS ELOK DIAM...MAKA ORANG KURANG MARAH ...MELUAT DAN MENYUMPAH

TG Nik Aziz syukur dapat cicit sulung kembar

Rizal Tahir, 30 Jan 2013



KOTA BHARU: Bukan hanya mendapat cicit sulung, sebaliknya kembar pula, ia suatu anugerah yang amat tidak ternilai daripada Allah untuk beliau pada usia 82 tahun.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan perasaan itu ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini pagi kelmarin.

Tuan Guru baru saja sampai di rumah kerana menghadiri beberapa program penting di Kedah dan Pulau Pinang.

Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Tuan Guru turut memangku cicit sulung mereka ketika sesi pertemuan itu.

Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, dilahirkan pada 21 Januari lalu, jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian.

Bayi kembar berkenaan merupakan cucu sulung kepada anak Tuan Guru yang sulung, Nik Aini, 50, dan suaminya, Fakhruddin.

Bayi kembar itu juga merupakan anak sulung kepada Nik Farhana, 27, anak kedua Nik Aini.

“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Ianya cukup membuatkan saya begitu gembira amat bersyukur sekali.

“Mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” ujarnya lagi.

Adi Firdaus, melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya yang pertama dan kembar itu.

Menurut Adi, beliau berkahwin dengan cucu Tuan Guru pada 13 November 2011.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini mempunyai 57 orang cucu dan dua orang cicit kembar yang baru dilahirkan itu.

Perantau rayu turun sewa Ladang Gemilang

Harakahdaily, 30 Jan 2013


KUALA TERENGGANU: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menyokong pembangunan semula perkampungan Melayu di Kampung Ladang, di sini sesuai dengan arus pembangunan masa kini.

Bagaimanapun, Setiausahanya, Shuhaimi Embong berharap ianya tidak menghapuskan warisan sejarah sebuah perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu seperti mana masih wujudnya kampung baru di tengah-tengah Kota Metropolitan Kuala Lumpur, Kampung Morten di Melaka.

“Ini termasuk juga perkampungan Cina yang tidak dirobohkan di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu,” katanya ketika diminta mengulas laporan Berita Harian Edisi Timur, semalam.

Beliau memberitahu, rombongan Perantau baru sahaja selesai mengadakan tinjauan dan berdialog dengan sebahagian penghuni Ladang Gemilang bersama Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad yang Pengerusi Amanah Cawangan Terengganu pada 26 Januari lepas.

"Dari apa yang kami lihat, ternyata pihak kerajaan negeri tidak menyediakan kemudahan asas yang baik seperti kemudahan tempat pembuangan sampah yang sempurna, parkir yang mencukupi dan juga kemudahan rekreasi kepada penghuni Ladang Tok Pelam yang ditempatkan di Ladang Gemilang kos sederhana," katanya.

Selain itu, ujarnya Perantau merayu kepada kerajaan negeri mempercepatkan perjanjian sewa beli yang dijanjikan di samping menurunkan kadar sewa pangsapuri kos sederhana tersebut dari RM300 sebulan kepada RM150 sebulan.

Ini, katanya kerana ramai penghuni tersebut adalah orang-orang tua dan sebahagiannya telah hilang mata pencariannya dengan berniaga secara kecil-kecilan apabila perkampungan Ladang Tok Pelam tersebut dirobohkan.

PM Najib dalam kesunyian

Aspan Alias, 30 Jan 2013
Jika benar kumpulan Muhyiddin yang disokong oleh pihak yang berpengaruh dalam UMNO untuk mengenepikan Najib sebelum pilihanraya ia sudah terlambat dan tidak mempunyai masa lagi. Najib pula sepatutnya menumpukan masa dan perhatian beliau terhadap lawan beliau di dalam partinya sendiri. Saya selalu berkata musuh Najib sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau yang lebih besar ialah dari dalam UMNO itu sendiri.


Bagi Najib menyalahkan pembangkang yang menjadikan isu lawatannya ke Gaza sebagai lawatan yang membuang masa dan ‘counter productive’ jika dipandang dari sudut hendak menaikkan imej BN dalam pilihanraya nanti itu adalah tidak tepat. Ianya diperbesarkan oleh mereka dalam UMNO sendiri. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang membesarkan isu itu.

Yang menjadikan isu tentang lawatan itu adalah Presiden Palestin sendiri yang menegur Najib yang tidak betul cara melakukan lawatan ke Gaza itu kerana ia dilihat seperti masuk campur di dalam hal ehwal Palestin itu. Mahmud Abbas telah menempelak Najib kerana Najib menampakkan dirinya sebagai memihak kepada satu dari dua pihak Palestin yang berbeza itu.

Mahmud Abbas adalah Presiden yang diletakkan oleh masyarakat antarabangsa sedangkan Hamas merupakan pihak yang memenangi pilihanraya tetapi tidak diiktiraf oleh banyak pihak di dunia ini dan menguasai Gaza dengan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menterinya. Anwar hanya memberikan pandangan yang Najib tidak membuat ‘homework’ sebelum melakukan lawatan itu. Oleh yang demikian lawatan yang sepatutnya memberikan lonjakan untuk Najib nyata telah menjadi isu besar yang negatif bagi kerajaan dan dirinya sendiri.

Najib terpaksa membela dirinya sendiri dan tidak ada di kalangan mereka dalam kabinet serta partinya yang mempertahankan beliau. Malahan ramai di antara pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri memberikan komen yang tidak baik untuk Najib di belakang dan tidak langsung memberikan kenyataan untuk membela Perdana Menteri yang kian hari kian lemah itu. Selalunya UMNO akan mempertahankan pemimpin utamanya dengan kuat walau sebesar mana pun kesalahan pemimpin mereka. Mahathir dahulu telah melakukan banyak kesilapan besar tetapi setiap peringkat UMNO memberikan kenyataan tegas berdiri di belakang beliau dalam apa pun keadaannya.

Puluhan kali saya sebut dalam blog ini bahawa UMNO akan menghadapi perpecahan yang amat serius dan parti itu akan tersungkur dengan sendirinya. Jika parti yang tidak bersatu menghadapi musuh yang sedang kuat ia tidak akan mendapat kejayaan. Itulah sebabnya saya selalu memberikan pandangan banyak tahun dahulu yang UMNO akhirnya akan menjatuhkan diri mereka sendiri tanpa payah ditolak oleh pihak pembangkang. UMNO itu sekarang nampak gah dan besar serta garang, tetapi pada hakikatnya UMNO itu hanyalah sebagai satu ‘paper tiger’ sahaja yang tidak akan membawa apa-apa ‘consequence’ yang positif untuknya.

Tindakan ramai rakyat memilih untuk memberikan dukungan terhadap parti-parti ‘alternative’ adalah satu tindakan yang ‘natural’ dan kemahuan rakyat untuk berubah itu pun memangnya sudah sampai masa dan waktunya untuk dilakukan. Kita mesti ingat UMNO tidak boleh mengharapkan tuah datang selalu. Kadangkala ia terpaksa menghadapi kenyataan yang masa untuk ia diketepikan itu sememangnya sudah sepatutnya sampai, malahan ia sepatutnya berlaku sepuluh tahun dahulu lagi.

Cerita kemahuan sebahagian dari pemimpin UMNO untuk Muhyiddin mengambilalih kepimpinan UMNO sebelum pilihanraya itu sudah nyata benar. Tetapi jika pun Muhyiddin berjaya dengan sokongan Mahathir dan yang lain-lain untuk mengambilalih kepimpinan dari Najib, persoalannya adakah ia memberikan apa-apa perbezaan kepada UMNO.

Bagi pendapat ramai UMNO akan lebih buruk lagi keadaannya kerana bukan semua yang mahukan Najib berhenti, apatah lagi Najib baru sahaja mengambilalih kepimpinan dari Abdullah Badawi yang dibenci Mahathir itu. Jika pun Muhyiddin mengambil alih apa baiknya kerana beliau itu adalah dari acuan yang sama sahaja dan beliau tidak sunyi dari kesalahan yang besar yang belum disebut oleh rakyat lagi. Pendeknya yang diturunkan dan yang dinaikkan sama sahaja.

Bagi rakyat untuk memihak kepada satu dari dua pihak dalam UMNO ini, merupakan risiko yang bukan kecil. Risikonya ialah ketidakstabilan kerajaan itu. Yang menang tidak mendapat semua dan yang kalah tidak akan hilang kesemuanya. Oleh itu adalah tidak bijak bagi rakyat untuk memberikan sokongan kepada UMNO kerana kedua-dua pihak itu akan membawa musibah kepada negara dan kerajaan.

Adalah molek bagi rakyat meninggalkan sahaja UMNO itu dengan masalah yang mereka wujudkan sendiri dan kita berikan tumpuan kepada pihak alternatif yang lebih serius untuk mencari dan melakukan perbezaan terhadap rakyat dan negara.

Rakyat mahukan ‘ambience’ politik yang berbeza kerana rakyat rindukan suasana dalam mana mereka tidak payah berdiskusi tentang politik di mana-mana lagi. Rakyat mahukan ketenteraman suasana untuk terus hidup tanpa gangguan fikiran dan permasalahan yang berlaku terlalu banyak di hadapan mata mereka sendiri.

Dalam keadaan sekarang semakin hari semakin meyakinkan yang UMNO sudah mula tidak relevan untuk menjadi parti pemerintah yang baik lagi. UMNO seolah-olah sudah begitu usang untuk mendapatkan keyakinan  rakyat ramai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Pembatalan projek kondo Batu Caves ada asas

Harakahdaily, 30 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pembatalan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves dibuat dengan asas yang kukuh selepas meneliti laporan daripada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk mengkaji semula projek pembangunan itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hasil laporan tersebut menunjukkan bahawa pemaju projek tersebut, Dolomite Properties Sdn Bhd, gagal mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Kita ada asas buat keputusan itu,” jelas Abdul Khalid semalam dipetik Selangorku.

Sementara itu, Abdul Khalid menggesa syarikat pemaju tersebut supaya berurusan terus dengan MPS bagi mendapat sebarang penjelasan lanjut.

“Pemaju mesti berhubung dengan PBT Selayang, keputusan itu dibuat berasaskan maklumat yang kita dapati daripada kelulusan dan juga permohonan,” katanya lagi.

Abdul Khalid mengumumkan pembatalan projek itu pada minggu lalu demi menjaga keselamatan orang awam dan memelihara alam sekitar.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Jawatankuasa khas itu dianggotai lima profesional bebas dan bertujuan meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

Ahli-ahli profesional itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.

Kelulusan pembangunan projek itu diberi oleh MPS pada tahun 2007.

Akan tetapi, projek tersebut telah mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Hindu yang risau ia akan menjejaskan kawasan kuil Batu Caves.

Bekas Puteri Umno sedih difitnah tukar pasangan

Harakahdaily, 30 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Bekas anggota Puteri Umno, Siti Azma Mohd Zin sedih kerana difitnah oleh Adun BN selepas kisah kemiskinan hidupnya yang tinggal di ‘rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, antara fitnah yang sedang menjadi buah mulut kononnya beliau terlibat dengan perbuatan maksiat dan sering bertukar-tukar pasangan, lapor BuletinOnline.

Beliau memberitahu demikian ketika dikunjungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat di 'rumah kotaknya' di Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, semalam.

Lihat video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gxb2qbSDqbs#!

Ini warkah terakhir Tunku Abd Rahman sebelum meninggal dunia

http://wasukalu.blogspot.com, 30 Jan 2013


Marah Betul Tunku Abdul Rahmah Kepada UMNO dan Mahathir.

Surat wasiat Tunku menyatakan kekecewaannya dan meminta supaya dikuburkan seperti org biasa kerana marahnya dgn umno.
Apa kata Almarhum Tunku tentang Mahathir
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kisah benar 21 tahun dahulu, jumpa minyak di Kelantan...baca

http://www.queachmad.com, 30 Jan 2013

KISAH BENAR 21 Tahun Dulu Tentang PENEMUAN MINYAK DI KELANTAN... WAJIB BACA


KISAH BENAR 21 Tahun Dulu Tentang PENEMUAN MINYAK DI KELANTAN... WAJIB BACA | 21 tahun dulu, Dato' Haji Husam pernah menulis berkenaan penemuan Minyak & Gas di Kelantan... Masa tu ramai yang menyindir... "X masuk akal" kata penyindir...

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
13 tahun kemudian laporan dari PETRONAS sendiri membuktikan bahawa memang ada bukan saja penemuan, malah sudah bermula pengeluaran Minyak & Gas di Kelantan...

Hari ini, Dato' Haji Husam membuat kenyataan kemungkinan daratan Negeri Kelantan terdapat simpanan Minyak & Gas... Sama macam 21 tahun dulu, ramai yang menyindir...

Kuasa Allah x siapa tahu.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Malu terpaksa lalui professional up-skilling of English

Guru Teraniaya,
Saya ingin meluahkan rasa kesal terhadap program Up-skilling of English yang telah dilaksanakan bermula tahun lepas. Guru-guru yang menduduki ujian ini adalah dari kalangan mereka yang dikatakan tidak mencapai keputusan yang memuaskan dalam Ujian CPT oleh British Council.

Saya berasa terkilan setelah 13 tahun mengajar, menyambung pengajian di luar negara dalam bidang TESL dengan first class degree, mempunyai Master dalam TESL, berjawatan ketua panitia dan giat memberikan seminar dan menerima undangan untuk menyampaikan tips-tips peperiksaan, tetapi setelah menduduki Ujian CPT, saya dikatakan mendapat keputusan yang kurang memuaskan sehingga terpaksa mengikuti satu lagi ujian pengesahan iaitu APTIS.

Relevankah Ujian CPT ini? Bagi saya, ia tidak relevan. Saya terpaksa meninggalkan banyak soalan dalam ujian ini. Ini kerana Ujian CPT yang dijawab secara talian terus tidak membenarkan guru-guru kembali kepada soalan sebelumnya.

Masalah ini berlaku kepada saya. Setelah selesai menjawab soalan yang pertama, saya ingin meneruskan ke soalan yang baru, lalu saya tekan butang yang berupa simbol ‘next’ atau ‘seterusnya’. Pada sangkaan saya, dengan menekan butang ini, saya akan dibawa untuk menjawab soalan yang selanjutnya, tetapi jangkaan saya meleset sama sekali. Setelah menekan butang tersebut, saya dibawa ke halaman baru tanpa mengizinkan saya untuk kembali ke soalan sebelumnya. Situasi ini menyebabkan banyak siri soalan terpaksa saya tinggalkan tidak berjawab.

Soalan dalam Ujian CPT sangat mudah kerana ia hanyalah soalan aras PMR dan SPM sahaja. Soalannya pula semuanya objektif, hanya perlu memilih A, B, C atau D. Masa untuk menjawab juga dalam sejam hingga dua jam sahaja. Bagi guru-guru yang bernasib baik dan mahir IT, mereka tidak mempunyai masalah untuk menjawab soalan ini. Tetapi bagi yang tidak bernasib baik, berlakulah masalah seperti yang saya lalui. Kelemahan Ujian CPT oleh British Council ini diakui sendiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri.

Saya berasa sungguh malu apabila pengetua mengumumkan dalam mesyuarat bahawa guru yang tidak lulus dalam Ujian CPT terpaksa melaui satu lagi ujian iaitu APTIS. Bukan sahaja guru-guru baru yang merupakan anak buah saya mentertawakan saya, malah murid-murid saya yang ibu bapanya juga guru bahasa Inggeris turut memandang rendah kepada saya kerana mereka tahu perihal program ini. Betapa besarnya impak Ujian CPT yang dijawab dalam masa lebih kurang sejam ini kepada kehidupan saya. Saya berasa seolah-olah ijazah Master dan First-class degree saya dalam bidang TESL yang mengambil masa bertahun-tahun untuk saya perolehi sudah tidak bermakna lagi dek kerana Ujian CPT yang saya duduki tidak sampai sejam itu.

Mereka yang tidak lulus dalam ujian penapisan kedua iaitu APTIS ini pula terpaksa melalui tempoh “pemulihan” selama setahun dengan kursus selama 480 jam. Bayangkan betapa sukarnya kehidupan guru-guru seperti kami untuk mengikuti kursus ini.

Ramai kawan-kawan yang mengatakan, format ujian Aptis ini tidak seperti Ujian CPT yang beraras PMR dan SPM. Masa untuk menjawab Ujian APTIS lebih kurang tiga hingga empat jam. Walaupun Ujian Aptis ini tidak begitu mencabar, tetapi amat susah untuk lulus. Kawan-kawan menasihatkan saya agar tidak memasang angan-angan untuk lulus. Ini kerana program Upskilling di negeri-negeri sebelum ini telah menyaksikan ramai guru yang berpengalaman, pakar dan mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang TESL yang terpaksa menduduki Ujian APTIS mendapat keputusan yang rendah sehingga terpaksa mengikuti program Upskilling ini. Mengapa kami menjadi sasaran Kementerian Pelajaran, sedangkan masalah sebenar berpunca daripada kegagalan atau kelemahan perisian CPT itu sendiri?

Saya berasa amat hairan, pegawai yang terlibat sendiri telah memperakui bahawa CPT ini tidak sah kerana selain soalannya tidak bermutu, terdapat banyak kelemahan teknikal yang lain. Oleh itu, mengapa hanya beberapa guru sahaja yang terpilih untuk menduduki Ujian Aptis yang peluang untuk lulus amat tipis ini? Mengapa kami tidak dibenarkan untuk menduduki ujian yang berformat seperti CPT sekali lagi dengan soalan-soalan yang baru memandangkan ianya jauh lebih mudah untuk lulus kerana ianya berbentuk objektif dan tidak mungkin berlakunya penyelewengan dari segi pemarkahan? Andai kata jawapan daripada Kementerian Pelajaran, kononnya soalan CPT itu tidak bermutu, mengapa tidak dipanggil sahaja semua guru-guru seluruh negara untuk menduduki Ujian Aptis dan batalkan sahaja keputusan Ujian CPT? Tidak adil untuk kementerian menyasarkan sebilangan kecil daripada guru-guru untuk mencapai kepentingan peribadi sehingga membuatkan maruah kami tercalar di hadapan guru-guru lain dan juga murid-murid kami sendiri.

Saya juga tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang mendapat manfaat daripada program Up-skilling ini yang melibatkan belanja sebanyak RM9,474 bagi setiap guru? Sudahlah di sekolah pelbagai beban kerja dihempapkan di atas kepala kami, kini timbul pula bebanan baru dalam suasana sekolah yang dipenuhi dengan kerja tanpa henti-henti. Mana janji kerajaan mahu membantu golongan guru?

Umno akan rasa nikmat jadi pembangkang

Harakahdaily, 29 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Jangan berasa terlalu kecewa jika kali ini Umno mengambil giliran untuk membangkang, kerana membangkang itu boleh membina pemikiran dan menajamkan perjuangan mereka.
Demikian tulisan Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com

“Semasa duduk sebagai pembangkang itu Umno akan lebih mudah untuk menolak pimpinan yang selama ini dianggap tidak baik untuk perjuangan parti itu,” tulisnya.

Menurutnya, semasa itu nanti Dr Mahathir bolehlah menaikkan Muhyiddin dan menurunkan Najib kerana menaikkan dan menurunkan pimpinan itu adalah ‘forte’ dan kekuatan Dr Mahathir.

Di bawah adalah tulisan penuh beliau.

Usaha mengenepikan Najib dan menggantikan pimpinan UMNO dengan Muhyiddin nampakya semakin diketahui umum. Kepulangan Najib dari luar negara dengan sambutan yang agak besar itu adalah usaha pihak penyokong Najib bagi menunjukkan yang beliau (Najib) mempunyai sokongan kuat. Kehadiran ramai itu juga  adalah untuk menunjukkan kepada pihak yang mahu mengalih dan menganjak kepimpinan dalam UMNO itu supaya jangan cuba-cuba untuk melakukan apa-apa terhadap beliau.

Dalam ramai-ramai ahli UMNO yang menunggu itu ada juga beberapa orang yang datang dari kalangan yang melakukan usaha mengenepikan Najib kerana tidak mahu tindakan mereka dihidu oleh pihak yang mempertahankan Najib. Yang jelasnya kumpulan yang datang beramai-ramai menunggu kepulangan Najib itu termasuklah mereka yang telah membaling batu terhadap Najib dan menyorokkan tangan mereka dengan hadir bersama dalam perhimpunan itu.

Itulah yang berlaku di dalam UMNO menjelangnya pilihanraya ini dan persediaan sudah nampak berlaku untuk melakukan apa yang telah dilakukan terhadap Abdullah Badawi dahulu. Jika BN memenangi pilihanraya kali ini dengan majoriti yang lebih kecil dari apa yang di perolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu maka Najib akan diminta mengundurkan diri dan memberikan pimpinan itu kepada TS Muhyiddin Yassin. Itulah caranya di dalam UMNO selagi ada seorang yang masih dibiarkan aktif dan menyibuk dalam politik UMNO itu sekarang.

Tetapi kali ini strategi itu akan memudharatkan UMNO itu sendiri. Pilihanraya kali ini akan mengakibatkan bukan sahaja kumpulan Najib terpaksa berundur tetapi yang berkehendakkan Najib berundur itu pun akan diundurkan oleh rakyat. Jika usaha setengah pihak dalam UMNO hendak mengenepikan Najib itu hanyalah untuk mengambilalih peranan sebagai Ketua Pembangkang sahaja kerana keseluruhan UMNO itu nampaknya akan menjadi pihak pembangkang tidak berapa lama lagi.

Sebenarnya jika Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat ia merupakan satu hikmah bagi UMNO kerana semasa menjadi pembangkang itulah UMNO berkesempatan untuk melakukan introspeksi diri dan melihat ke dalam kenapa mereka diketepikan oleh rakyat negara ini. Semasa itu nanti UMNO bolehlah mengambilalih kepimpinan Najib itu dan membetulkan UMNO seperti yang sepatutnya.

Itu sebabnya ulamak yang muktabar sentiasa mengingati kita supaya jangan menerkam yang cantik itu kerana di sebalik kecantikan itu mungkin ada kecelakaannya. Di sebaliknya jika datang musibah dan yang buruk jangan terus ditolak kerana mungkin ada kebaikan di sebaliknya.
Dalam kes UMNO ini mereka (UMNO) mesti jangan gusar menerima kekalahan kerana di sebalik keburukan itu sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.Hikmah bukannya dalam bentuk kuasa yang ada di tangan, tetapi hikmah yang sebenarnya ialah berkesempatan bagi memperbaiki diri untuk menjadi parti yang lebih baik dan mempunyai perjuangan yang betul.
Ramai manusia yang takut kepada mati, tetapi apabila mereka mati dalam keimanan mereka akan tahu bahawa hidup di alam yang selepas mati itu adalah kehidupan yang enak dan dan menyejukkan. Itu kata-kata ramai alim ulamak yang mempunyai makam yang tinggi, bukannya kata-kata dari saya.

Jangan berasa terlalu kecewa jika kali ini UMNO mengambil giliran untuk membangkang, kerana membangkang itu boleh membina pemikiran dan menajamkan perjuangan mereka. Semasa duduk sebagai pembangkang itu UMNO akan lebih mudah untuk menolak pimpinan yang selama ini dianggap tidak baik untuk perjuangan parti itu. Semasa itu nanti Dr Mahathir bolehlah menaikkan Muhyiddin dan menurunkan Najib kerana menaikkan dan menurunkan pimpinan itu adalah ‘forte’ dan kekuatan Dr Mahathir.

Semasa itu nanti Dr Mahathir bolehlah menaikkan Muhkriz untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO untuk membantu Muhyiddin mengambil kembali mandat rakyat dalam pilihanraya yang berikutnya. Itu pun jika rakyat mahu UMNO kembali menjadi parti kerajaan.

Tetapi mungkin semasa itu nanti UMNO akan dapat merasakan nikmatnya sebagai parti pembangkang.

Tiada ulasan: