Selasa, 8 Januari 2013

AGAK SAPE YANG SYAITAN...SAPE YANG BUAT KERJA2 SYAITAN...DAN SYAITAN BERSAMA DENGAN SAPE....ALLAH MAHA MENGETAHUINYA

Mahathir dakwa Nik Aziz sanggup dibantu syaitan
5:49PM Jan 6 2013  
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "sanggup menerima pertolongan syaitan untuk kerajaan Islamnya".

Mahathir mendakwa demikian dalam tulisannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini sewaktu menjelaskan pepatah berbahasa Inggeris yang digunakannya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Mahathir sebelum ini mencetus kontroversi melalui apabila kenyataannya itu difahami oleh timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai bermaksud beliau sanggup bersama syaitan.

Mahathir menjelaskan, pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang
yang tidak dikenali".

"Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama syaitan.

"Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut:

'Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.'

"Amat jelas Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk kerajaan Islamnya.

"Apakah jenis kerajaan Islam hasil pertolongan syaitan, sama-samalah kita fikir," kata Mahathir dalam rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu.

Menurut Mahathir, umat Islam di negara ini bernasib baik kerana semuanya bersatu apabila berpegang kepada mazhab Sunni dengan
berimamkan Imam Shafie.

Namun katanya, perpaduan itu tamat apabila PAS ditubuhkan sebagai sebuah parti.

"Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia, mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka," katanya.

Tambahnya, PAS sepatutnya menyedari hakikat bahawa "perlembagaan penjajah" yang disebutkan Hadi dalam amanatnya itu juga adalah perlembagaan sama yang memberikan PAS kebebasan bersuara, berparti, dan berpolitik.

Dalam tulisan yang sama, Mahathir memuji mereka yang meninggalkan PAS "untuk berjuang untuk agama Islam".

"Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan agama Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai," tulisnya.

Tuan Guru Haji Salleh Musa minta Tuan Guru Haji Hadi pertahankan Amanat

http://pondoktauhid.blogspot.com, 06 Jan 2013

Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah merupakan tokoh ulama Kedah
berusia 85 tahun yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia meminta Tn Guru Hj Hadi Awang mempertahankan Amanat 1981
Amanat tersebut tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama kata Tuan Guru Hj Salleh Musa

Tn Guru Hj Salleh berkata ucapan Tn Guru Hj Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan UMNO pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud , mempersenda hukum Allah , mempersenda sunnah Rasulullah SAW . Banyak perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syaraq dan aqidah, yang paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik  .

Tuan Guru Hj Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan UMNO yang sangat ketandusan isu. Tn Guru Hj Salleh berkata Insyallah isu ini tidak lama , nanti depa (mereka /UMNO ) akan diam.
Golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi exco PAS di Selangor? Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara , ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang.
Begitu juga Tn Guru Hj Salleh menemplak JAKIM dan beberapa orang mufti terutamanya Dato Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan? Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata " Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat " dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakkan , ini soal aqidah .
Begitu juga mengapa tidak ambil tindakan kepada Rahim Noor yang kata kepada Nik Aziz bapa kafir?
Ini menunjukan ramai mufti jahat mufti pengampu kerajaan.
Begitu juga ramai pimpinan UMNO mempersenda hudud mengapa tidak diambil tindakkan dan mengapa tidak  dihebohkan?

Tn Guru Hj Salleh menyeru ahli PAS supaya memperbanyakan doa munajat agar fithnah jahat UMNO/BN terhadap Tn Guru Hj Hadi dalam isu ini diangkat dengan segera.
Tn Guru Hj Salleh mengadakan munajat khas mengenai isu amanat Hj Hadi ini di Masjid Bukit Besar Yan pada 2.1.2013 lalu, kehadiran lebih kurang hampir 400 orang yang hadir. Tn Guru Hj Salleh Musa akan jelajah setiap daerah seluruh kedah menggerakan munajat bagi menghadapi pilihanraya 13.

Tn Guru Hj Salleh menghubungi Tn Guru Hj Hadi Jumaat lalu meminta Tn Guru Hj Hadi bersabar dan mempertahankan amanat, Alhamdulillah Tn Guru Hj Hadi dengan berkata tak pa Tok Guru saya tenggah mengarang 100 alasan mengenai amanat ini Insyallah saya pertahankan.
TAKBIR!!!

Pertahan Amanat Hj Hadi 1981 (1)- Helmi Assyafie





CEC DAP: Perubahan keputusan helah politik - Dr M
 
Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

DAP, katanya terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

"Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

"Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

"Itu satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Sebelum itu, Dr Mahathir menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

DAP yang didominasi kaum Cina dikritik pelbagai pihak apabila kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan CEC tersingkir setelah kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP bulan lepas.

Namun, pada minggu lepas, DAP mengumumkan berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Zairil Khir Johari yang pada mulanya kalah, menjadi calon Melayu tunggal yang memenangi pemilihan CEC.

-Bernama

Kesilapan jumlah undi DAP tidak libatkan wang rakyat

Aspan Alias, 07 Jan 2013
Saya mengambil sedikit masa untuk memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya, iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam konvensyen DAP 15 Disember lepas. Saya mengambil masa untuk memberikan komen sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO) hadapi sekarang.

Dengan mengalihkan pandangan terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO).  DAP telah mengambil ‘accountability’ dan mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan transparent tanpa rasa takut.

Bagi saya tidak ada apa yang perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.

Apa yang berlaku di dalam DAP bukannya melibatkan wang ringgit rakyat. Ia bukannya melibatkan jumlah wang rakyat yang beratus billion yang diselewengkan oleh DAP seperti yang dilakukan oleh mereka dalam BN, dan UMNO khususnya. UMNO mesti berikan jawapan bagaimana wang sejumlah RM250 juta yang diberikan untuk NFC. Selesaikan dan beritahu rakyat bagaimana kerajaan boleh ambil kembali wang sebesar itu yang telah disalahgunakan oleh syarikat yang berkepentingan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

UMNO wajar memberitahu bagaimana sejumlah wang yang begitu besar telah diambil sebagai komisyen dalam pembelian Scorpene dari Perancis itu. Selesaikan bagaimana isu RM40 juta yang berkaitan dengan Musa Aman dari Sabah. Bagaimana dengan isu yang membabitkan Deepak dan Raja Ropiah yang melibatkan ratusan juta ringgit dan bagaimana Kementerian Pertahanan terlibat dengan skandal yang se begitu besar.

Beritahu rakyat kenapa semua pemimpin UMNO terutamanya dalam Kabinet selalu terlibat dengan penyelewengan harta rakyat. Setiap isu yang timbul mesti melibat penggunaan wang rakyat yang ratusan juta ringgit jumlahnya. Kenapa di dalam UMNO mereka bergaduh sesama sendiri dan semuanya pergaduhan itu melibatkan rompakan terhadap harta rakyat?

Kenapa mereka tidak bergaduh kerana mencari jalan untuk membina rakyat sebaliknya mereka bergaduh kerana wang ringgit dan harta rakyat?

UMNO tidak payah menyibuk dengan kesilapan penjumlahan undi dalam konvensyen DAP itu. Kesilapan itu tidak melibatkan wang rakyat walaupun satu sen. Kalau mereka dalam DAP berselisih faham di antara satu dengan lain pun ia tidak melibatkan rompakan wang rakyat.

Kepada pemimpin UMNO terutamanya mereka yang besar-besar pangkatnya itu, jangan sibuk dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. Kita bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam UMNO itu.

Mereka (UMNO) itu akan mula berpecah dengan lebih besar sejurus nama calon diumumkan nanti. Selesaikan masalah anda sendiri kerana masalah anda dalam UMNO itu melibatkan harta benda rakyat. Jika boleh carilah jalan untuk mengembalikan wang rakyat kepada Perbendaharaan Negara.

Cari jalan bagaimana hendak memulangkannya kembali kepada rakyat. Apa yang berlaku di dalam DAP, usah di sibukkan. Masalah anda di dalam UMNO itu terlalu serius dan jika anda semua masih memberikan masa untuk menyibuk tentang DAP, ia menunjukkan yang UMNO tidak serius untuk memperbaiki diri sendiri.

Jika itu sikap mereka tunggu sahaja lah pilihanraya nanti. Saya ingin juga melihat bagaimana setengah pimpinan UMNO begitu berkeyakinan yang UMNO serta BN akan mendapat 2/3 sokongan dalam PRU ini.

Saya pun hendak juga tahu bagaimana mereka mengira. Dr Mahathir dulu telah membuat dasar pelajaran yang berbeza dan salah satu dari yang diperkenalkan ialah 3M…..membaca, menulis dan mengira.

Itulah sebabnya saya pun sudah tahu sedikit-sebanyak mengira, dan membaca dan boleh menulis sedikit sebanyak. Hasilnya dalam perkiraan saya UMNO akan kalah lebih banyak kerusi dan MCA akan kalah hampir kesemua kerusi yang mereka sandang sekarang.

Selain dari itu jika dulu Sabah hanya mempunyai satu kerusi pembangkang, kali ini angka itu akan bertambah lagi dalam pilihanraya kali ini. Begitu juga di Sarawak. Dari dua kerusi pembangkang sekarang kekalahan beberapa kerusi dalam pilihanraya kali ini akan membuatkan kedua-dua negeri Melaysia Timur itu tidak lagi menjadi ‘fixed Deposit’ bagi BN. Kepada siapa yang masih keliru tentang 3M anjuran Mahathir dahulu, elok ulang kaji kembali terutama sekali dalam cara mengira dengan betul.

Tetapi itu tidak perlu dibahaskan. Hanya sebagai penutupnya anda di dalam UMNO itu gunakan sepenuh masa untuk memperbaiki diri anda sendiri. Jika boleh mulakan perubahan anda semua dengan bersama-sama berhimpun bersama Pakatan Rakyat pada 12hb yang akan datang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?

Harakahdaily, 22 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu  iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.
Datuk Seri Mohamad Salleh mohon gugur tuduhan
 
Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, hari ini memfailkan permohonan untuk
menggugurkan pertuduhan tersebut.
  
Permohonan itu difailkan melalui peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah di dalam kamar.
  
Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk sebutan kes.
  
Ketika ditemui pemberita, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan pecah amanah yang dihadapi Mohamad Salleh.

Awang Armadajaya memberitahu pihaknya diberi tempoh tiga minggu untuk mengemukakan afidavit jawapan berhubung permohonan tersebut (pengguguran pertuduhan).

Kes itu dijadual dibicarakan pada 21 Januari ini, ditangguhkan sehingga kes permohonan tersebut didengar.
  
Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, 64, selaku pengarah syarikat NFC, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel  BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor
65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.
  
Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
  
Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan salah seorang anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Sementara itu, Mohamad Salleh iaitu selaku pengarah NFCorp didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.

- Bernama
Pegawai daerah baru untuk Seberang Perai Tengah
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pertukaran pegawai daerah Seberang Perai Utara Jusni Ismail ke Seberang Perai Tengah berkuat kuasa hari ini.

Pertukaran itu dibuat ekoran operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menahan pegawai daerah Seberang Perai Tengah sebelum ini, Roslan Yahya pada 3 Januari lalu.

NONELim dalam satu sidang media hari ini berkata kerajaan negeri tidak bertoleransi ke atas tindakan rasuah dan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang tidak terjejas dengan kejadian tersebut.

"Ia adalah kes rasuah di mana kita akan beri kerjasama sepenuhnya jika diperlukan," katanya.

Lim berkata kes didakwa melibatkan Roslan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri yang sentiassa serius dalam memerangi rasuah.

“Semua yang kita tahu (berhubung kes ini) adalah daripada media. Kita akan ambil tindakan apabila mempunyai (maklumat) lanjut. Kita tidak akan sembunyikan kes ini," katanya.

Lim juga menyatakan bahawa SPRM – yang pada kebiasaannya tidak banyak membuat pendedahan mengenai kes yang disiasat – kali ini menukar modus operandinya.

"Kita berharap mereka akan tukar (modus operandi) di masa hadapan. Kita harap mereka akan teliti tiga laporan yang kita buat pada mereka, di mana seorang daripada tertuduh mengakui perkara itu.

"SRPM masih belum mengambil tindakan dalam kes ini," katanya.
Felda saman Mazlan Aliman, SUA PAS dan 5 lagi
 
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
  
Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.
  
Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu
perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.
  
Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.
  
Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.
  
Felda menuntut gantirugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.
  
Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejen-ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak.
  
Selain itu Felda turut menuntut supaya Mazlan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.
  
Sementara itu peguam Wan Azmir Wan Majib yang mewakili Felda memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menghantar writ saman kepada defendan-defendan dalam minggu ini.
  
- Bernama
MB: 'Gangguan bekalan air tiada kaitan Langat 2'
8:09PM Jan 7 2013  
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, melawat rumah pam di Wangsa Maju bagi meninjau kerja-kerja membaiki pam yang menjadi punca gangguan bekalan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Suhaimi Kamarulzaman dan Pengarah Konsortium Abbas Sdn Bhd, Abas Abdullah - yang merupakan antara orang yang akan bertanggungjawab menguruskan operasi air apabila kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.

"Saya telah mendengar taklimat daripada wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang menerangkan bagaimana sistem pam itu berjalan dan saya mengingatkan SYABAS menyelesaikan masalah ini dengan segera supaya operasi air kembali seperti biasa.

"Saya juga mengingatkan SYABAS tentang pentingnya sistem pemantauan dan perlu lebih pro-aktif untuk memastikan kelima-lima pam ini berjalan dengan baik serta lancar," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang melawat rumah pam tersebut pada 2 Januari lalu, ia mendapati empat daripada lima pam telah rosak manakala satu pam sedang diselenggara dan tidak beroperasi pada masa lawatan itu.

"Jawatankuasa ini mendapati pam nombor dua telah rosak sejak setahun lalu dan tidak diperbaiki kerana tiada alat ganti manakala pam nombor empat dan  lima rosak pada malam 28 Disember 2012 ketika beroperasi secara serentak," katanya.

Oleh itu tegasnya, dakwaan SYABAS bahawa kesemua pam beroperasi melebihi had menyumbang kepada kerosakan pam adalah tidak benar.

"Sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari. Kadar aliran purata pam-pam tersebut adalah 182.204 juta liter sehari.

"Kita tidak boleh menerima alasan SYABAS kerana syarikat ini sepatutnya memastikan kelima-lima pam ini berada dalam keadaan baik dan penyelenggaraan secara berkala menjadi prosedur wajib yang ditetapkan dalam Standard Operating Procedure (SOP).

"SYABAS sepatutnya membaiki dan menyelenggara pam-pam ini sejak awal-awal lagi dan bukannya membaikinya apabila berlaku gangguan bekalan air," katanya.

Menteri besar berkata, kerajaan Selangor kesal apabila SYABAS mengaitkan gangguan bekalan air ini dengan pembinaan Loji Langat 2 sedangkan ia tiada kaitan langsung.

"Kita mempunyai bekalan air yang mencukupi tetapi oleh kerana kegagalan SYABAS memastikan pam-pam ini dalam keadaan baik, pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur telah terjejas.

"SYABAS juga gagal menurunkan kadar peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) di bawah paras 30 peratus seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Jika loji baru dibina, kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak selesai kerana kelemahan SYABAS.

"Justeru, kita mendesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  memandang serius masalah yang ditanggung rakyat dan mempercepatkan proses penstrukturan semula dengan membenarkan Kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan pembekalan air seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 atau WSIA," tambahnya.

Abdul Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa tempatan di Selangor kerana  menghantar lori tangki air untuk membantu pengguna di Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat gangguan ini.

"Kerajaan Selangor  perlu menjaga kepentingan kepada pengguna di Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana jika Selangor mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi, Kerajaan Selangor bertanggungjawab membekalkan air secukupnya kepada rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kadar tarif sama dengan pengguna di Selangor," tambahnya.

Skandal Raja Ropiaah: Wanita Umno kena tanggungjawab

Harakahdaily, 06 Jan 2013


(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah)

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."

Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.

Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.

"Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk  kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah," kata Haniza (gambar) dalam kenyataannya.

Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah dilantik oleh Najib sebagai senator setelah penggal Datuk Seri Shahrizat Jalil ditamatkan ekoran skandal NFC.

Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini.

Antara yang paling “menarik’ perhatian  ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah  “The Star”.

Dengan berita yang termuat sebagai “Bakti to buy stake in Astacanggih” dan pada waktu yang sama memuatkan berita “Deepak withdraws lawsuit over land”, maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset.

Dengan tiba-tiba pula Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas  200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh  Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah,  Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!

Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan.

Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman.

Akibat daripada itu, projek Puspahanas telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.

Persoalannya, kata Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut.

Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.

Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
SPRM Kedah tahan kontraktor terbabit kes rebat NGO
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang kontraktor dipercayai terbabit dengan kes 'pemotongan' 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu.
  
Pengarahnya Datuk Mohamad Yusoff Akope berkata SPRM menjalankan siasatan mengenai kes itu setelah dilaporkan media pada Februari tahun lalu.
  
Laporan media itu menyebut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri Tan Chow Kang telah mengarahkan wakilnya untuk membuat potongan itu sebagai balasan kepada sumbangan yang telah diberi.
  
Mohamad Yusoff berkata berdasarkan siasatan, Tan didapati tiada kaitan dengan kes berkenaan, sebaliknya ia melibatkan seorang kontraktor berusia 46 tahun itu.
  
Mohamad Yusoff berkata kontraktor berkenaan sepatutnya membekal peralatan kepada NGO, namun bekalan itu tidak dibuat walaupun bayaran telah dikeluarkan.

"Lebih kurang 30 saksi dipanggil sepanjang siasatan dan ada enam tuntutan terhadap kontraktor itu dan pihak SPRM telah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh dia di mahkamah," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
  
Mohamad Yusoff berkata enam tuntutan itu melibatkan Persatuan Teo Chew Jalan Sekerat berjumlah RM5,000, Penganut Dewa Fu De Ci (RM3,000), Bomba Sukarela Semeling (RM5,000), Bomba Sukarela Sungai Petani (RM5,000), Penduduk Batu 2 Sungai Petani (RM3,000) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Min Terk (RM7,000).

Pada Februari tahun lalu MCA Kedah mengemukakan senarai lapan NGO yang didakwa terlibat memulangkan semula antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew turut mengemukakan bukti salinan jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak berkenaan dalam bentuk cek dan wang tunai.

NGO terbabit dikatakan perlu bersetuju dengan rebat itu atau mereka tidak akan memperoleh bantuan yang dijanjikan wakil rakyat terbabit.

- Bernama
KERABAT akan demo jika tak siasat isu RM160j
 
Satu NGO naungan PAS yang mewakili bekas anggota tentera bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan ketua pasukan itu berhubung dana RM160 juta daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang didakwa digunakan untuk menyelamatkan satu syarikat kroni.

NGO yang dikenali dengan nama KERABAT itu juga mengancam untuk mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan LTAT sekiranya tiada siasatan dijalankan ke atas dakwaan berkenaan.

Presiden KERABAT Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar juga menggesa anggotanya untuk membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di seluruh negara berhubung dakwaan tersebut.
PKR kata pelaburan Boustead 'tak masuk akal'
 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pengambilalihan syarikat Astacanggih oleh Boustead Holdings Berhad dan bayaran RM130 juta untuk tanah seluas 223 ekar daripada syarikat Awan Megah merupakan pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah itu milik kerajaan persekutuan.

Katanya, tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor.

Carian tanah yang dilakukan Malaysiakini pada 27 November tahun lalu juga menunjukkan bahawa pemilik tanah berkenaan merupakan "Pesuruhjaya Tanah Persekutuan", yang merupakan tuan punya bagi kesemua tanah kerajaan persekutuan.

"Oleh yang demikian, pembayaran RM130 juta oleh anak syarikat Boustead kepada Awan Megah yang dimiliki Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah samalah dengan memberi wang kepadanya tanpa ada apa-apa hasil kepada Boustead.

"Sekiranya urusniaga antara Boustead dan Awan Megah berlaku, ia menyalahgunakan sebanyak RM130 juta dana pencen anggota tentera untuk membayar (bagi) 223 ekar tanah kepada Awan Megah - yang tidak mempunyai hak milik terhadap tanah itu," kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan negeri menetapkan bahawa tanah itu tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan asalnya seperti yang dipohon oleh kerajaan Persekutuan.

Rafizi berkata demikian dengan merujuk satu rayuan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) pada Julai 2009 kepada kerajaan negeri untuk memindahmilik tanah berkenaan kepada Awan Megah.

"Ini bermakna, tanah seluas 223 ekar yang kononnya dibeli oleh Boustead itu masih lagi hakmilik kerajaan persekutuan dan tertakluk kepada kebenaran kerajaan Selangor bagi kelulusan pindahmilik dan kelulusan pelan pembangunan," katanya.

Dalam sidang media sama, Rafizi turut membangkitkan mengenai bon tanah didakwa berjumlah RM72.5 juta dalam perjanjian penswastaan melibatkan Awan Megah sebagai jaminan untuk menyiapkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Rafizi berkata, dokumen didakwa sebagai bon tanah berkenaan, yang sebahagiannya diedarkan kepada pemberita hari ini, merupakan jaminan Awan Megah dalam perjanjian penswastaan bagi menyiapkan projek tersebut.

"Ini bermakna kos keseluruhan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja. Dalam keadaan Puspahanas masih belum disiapkan, pembayaran RM160 juta sudah tentu harga yang tidak masuk akal.

"Pembayaran sedemikian bagi membeli tanah yang hak milik tidak wujud dan projek yang jumlahnya jauh lebih rendah adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera dan penyelewangan yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara," katanya lagi.

Beliau juga percaya, pengambilalihan syarikat Astacanggih dan pembelian tanah berkenaan bertujuan untuk menutup mulut Deepak, yang sebelum ini giat menimbulkan dakwaan melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Oleh yang demikian, jelas bahawa urusniaga membabitkan RM160 juta ini hanyalah bayaran rasuah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, esok beliau bersama NGO pro-PKR, Jingga 13 akan membuat laporan polis serta laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini.

Boustead pada 27 Disember tahun lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya - Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam syarikat milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan, Astacanggih.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dalam kenyataan itu berkata, pembelian 80 peratus syarikat Astacanggih dan tanah di Bukit Raja merupakan tindakan korporat Boustead yang berasaskan pertimbangan komersial.

LTAT memegang 60 peratus saham Boustead.

Maklumat di laman Jabatan Penerangan menyebut, pembinaan Puspahanas yang bernilai RM100 juta antara lainnya bertujuan sebagai pusat latihan bertaraf antarabangsa bagi Angkatan Tentera Malaysia.

Tiada ulasan: