Isnin, 14 Januari 2013

BILA ADA AGAMA INGIN MENGUNAKKAN PERKATAAN 'ALLAH'...MAKA KEUNTUNGAN PADA ISLAM...MEREKA DENGAN SENDIRI2@TAK SECARA LANGSUNG..MENGAKU...ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR...ALLAH YANG PATUT@MESTI DISEMBAH..ALLAH LAH YANG MEMPUNYAI SELURUH ALAM BUKAN TUHAN2 LAIN...TUHAN LAIN ITU MEMANG TAK UJUD PUN.

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Surah Al-Fatiha
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)
Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)
Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) 




 Pas: Semua boleh guna tapi tidak boleh terjemah nama ALLAH
Wartawan Sinar Harian
14 Januari 2013
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KUALA LUMPUR - Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan rasmi Majlis Syura, dipetik Harakah Daily hari ini.

Majlis itu mengadakan mesyuarat malam tadi.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura:
Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

ALLAH adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Kalimah ALLAH adalah alami (universal) kerana ALLAH Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah ALLAH seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut ALLAH lah yang menjadikan alam ini.
Kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH menamakan diri-Nya ALLAH. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan Pas.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Pasca-#KL112: Isunya bukan tarikh PRU tapi tempo
G MANIMARAN
14 Januari 2013
Logo Himpunan Kebangkitan Rakyat
$entry.content.caption.value
ANALISIS - "Isunya bukan tarikh tetapi tempo." Demikian rumusan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli apabila ditanya kesan Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Banyak pihak mengaitkan himpunan itu dengan PRU13. Ia turut diakui pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat  (PR) secara langsung dan secara tidak langsung.

Berbanding dua perhimpunan yang dilabel sebagai demonstrasi jalanan iaitu Himpunan Bersih 2.0 dan Himpunan Bersih 3.0, Himpunan Kebangkitan Rakyat, atau yang turut dikenali dengan panggilan #KL112, dianjurkan sendiri oleh Pakatan Rakyat (PR). Sebelum ini, ada analisis yang mengatakan dua perhimpunan terdahulu, yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Bersih 2.0, secara tidak langsung melewatkan PRU13.

Bagaimanapun situasi pada hari ini berbeza. Sama ada suka atau tidak, parti-parti politik tiada pilihan kecuali menerima hakikat bahawa PRU13 akan berlangsung menjelang akhir Jun ini dengan Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang atau terbubar dengan sendiri akhir April.

Sehubungan itu, Rafizi melihat bahawa tumpuan selepas ini ialah sejauh mana parti-parti akan membawa rentak masing-masing.

"Tempoh, rentak dan tingkah laku dan bentuk kenyataan akan dibuat... selepas ini semua akan berhati-hati," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Oleh itu beliau mengakui bahawa "tempoh satu hingga dua bulan ini adalah sangat penting."

Oleh itu Rafizi melihat kedua-dua BN dan PR akan menggunakan baki masa yang ada sebelum PRU13 untuk mencari sokongan.

"Kami melihat himpunan kali ini sebagai pemangkin moral kepada Pakatan Rakyat... menunjukkan bahawa kami juga boleh melakukan sesuatu untuk rakyat jika diberi mandat... kami pun mahu berhimpun secara aman," katanya lagi.

Ditanya sama ada PR sudah mengeluarkan garis panduan tentang gerak-geri dan bentuk kenyataan yang seharusnya dikeluarkan menjelang PRU13, Rafizi berkata, "tidak ada garis panduan rasmi, tetapi aspek ini ditekankan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden."

Bagaimanapun beliau mengakui kadangkala sukar untuk "mengikat" ahli-ahli politik.

"Memang sukar, tetapi kami melakukan sesuatu supaya tidak ada kenyataan yang boleh memudaratkan peluang kami di PRU," katanya apabila merujuk kenyataan-kenyataan 'cari pasal' pemimpin-pemimpin PR sejak enam bulan lalu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian tidak melihat perkembangan selepas ini sebagai "soal tarikh atau tempo semata-mata."

"Saya melihat lebih daripada itu. Saya melihat keupayaaan Pakatan Rakyat membawa isu-isu lokal ke peringkat nasional... ini yang saya dapat saksikan semalam (Sabtu lalu)," kata beliau yang mengakui BN masih ada kelebihan kerana menguasai jentera kerajaan dan juga media arus perdana.

"Dalam hal itu, BN adalah sedikit kelebihan," katanya apabila ditanya sama ada "padang permainan" sudah sama bagi kedua-dua perikatan ini susulan himpunan kelmarin.

Dua hari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat Merdeka Center  adamengeluarkan hasil kajian berkala yang terbaru berkenaan dengan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga persepsi ke atas Kerajaan Pusat. Populariti Najib, selaku Presiden Umno dan juga Pengerusi BN, merosot sedikit manakala persepsi orang ramai ke atas kerajaan kurang memberangsangkan.

Sehubungan itu, Ibrahim tidak menolak persekitaran dan harapan peserta himpunan dengan hasil kajian tersebut, yang diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno 2012.

Meskipun kerajaan mengumumkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan hasil pelaksanaan pelan transformasi ekonomi, katanya, "pada akhirnya orang ramai melihat pada kesan kos hidup dan isu-isu berkaitan ekonomi seharian."

"Mereka tidak faham angka-angka berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, saham dan transformasi ekonomi," katanya.

Berkongsi pandangan berkenaan perkembangan terbaru ini,  Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian dari Universiti Sains Malaysia melihat kedua-dua parti akan bertindak "secara berhemah" untuk menang PRU13.

"Saya boleh ini politik berhemah. Kita akan dapat melihat politik berhemah menjelang hari pilihan raya," kata beliau yang turut yakin semua pihak yang bakal bertanding dalam PRU13 khususnys BN dan PR akan menggunakan kejayaan kelmarin sebagai senjata untuk menarik pengundi atas pagar.

"Yang datang hari itu kebanyakan pengundi tegar atau penyokong setia Pakatan Rakyat dan parti masing-masing, mereka tidak akan berubah... akan kekal bersama parti masing-masing.

"Begitu juga BN. Tetapi apa yang menarik ialah masing-masing akan bertindak sebagai 'budak baik', untuk menarik sokongan pengundi atas pagar," katanya lagi.
BN akan mengambil kredit ia sebagai kesan langkah transformasi mereka, kata beliau.

Perkara itu diakui oleh beberapa pemimpin BN semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyifatkan perhimpunan kelmarin membuktikan Akta Perhimpunan Aman 2012 dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya semua pihak bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terkawal.

Undang-undang itu menekankan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pimpinan Najib dalam menyediakan ruang demokratik dan memastikan perhimpunan aman bagi rakyat melaksanakan hak dan kebebasan mereka dengan bertanggungjawab.

"Tambahan pula, Najib dan BN yang mengambil langkah konkrit untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan memansuhkan atau membuat kajian terhadap undang-undang terhad yang lain," katanya semalam.

Berdasarkan pengalaman Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, Tsu Koon berkata, Perdana Menteri berulang kali menekankan keperluan bagi mengadakan perhimpunan aman di stadium dan tempat lain dengan syarat penganjur dan peserta juga perlu menerima  syarat-syarat tertentu yang munasabah.

"Nampaknya, beberapa pemimpin pembangkang, ejen provokasi dan penghasut juga telah belajar daripada Bersih 3.0 dengan menyedari bahawa segala perbuatan provokasi di pihak mereka tidak akan terlepas daripada mata awam dan lensa video dan kamera telefon bimbit," kata Presiden Gerakan ini dalam satu kenyataan semalam.

Himpunan Kebangkitan Rakyat mengembalikan kedua-dua BN dan PR medan pertarungan PRU13 yang sebenar. Masing-masing menggerakkan langkah bagi mendampingi rakyat khususnya mereka di atas pagar.

Oleh kerana kemenangan bakal ditentukan oleh pengundi di atas pagar yang jumlahnya dalam lingkungan 30 peratus, setiap langkah selepas ini amat berharga dan bernilai.

Sikap itu akan menentukan kemenangan mutlak sesebuah parti: BN atau PR.

Tarikh PRU13 sudah tidak penting. Angka kehadiran di Stadium Merdeka kelmarin juga bukan penting lagi. Kedua-duanya hanya tinggal detik sejarah dan kenangan.

Hanya tempo akan melakar detik sejarah baru iaitu pada PRU13.
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Komen pembaca
Wartawan Sinar Harian
14 Januari 2013
Logo Himpunan Kebangkitan Rakyat
$entry.content.caption.value
SEBAHAGIAN daripada komen dan reaksi pembaca Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam berhubung liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara kelmarin.

Mohamad Hafizudin: "Tahniah kepada Sinar Harian kerana membuat liputan yang telus & adil"

Amin Yasimin: "Sebenarnya tahniah kepada Sinar Harian"

Zahriezan Jamaludin: "Tahniah Sinar Harian... kali ini laporan dah betul"

Tg Azura Tg Ahmad: "Sinar... teruskan beri keadilan kepada rakyat... perhimpunan yang aman... tabik pada polis sebab tak buat hal... kan elok macam tu... hikhik... rakyat mahukan sesuatu yang baru... terimalah hakikat pada yang tak boleh terima lagi tu"

Khairul Anuar: "Tahniah Sinar Harian tak menjadi media menjilat... tahniah juga PDRM tak ikut guna water canon... aman... takziah buat Umno BN yang akan rebah secara aman dalam PRU13"

Muhammad Izzuddin Mohd Tahir: "Alhamdulillah, ada juga nampak SINARnya"

Ruslina Nawi: "Sinar, you are the best, report benda yang betul"

Syed Zachry Al Jeffri: "Sinar boleh sold out hari ni.. tahniah pada sinar"

Mohammad Azlan Raiman: "Alhamdulillah, masih ada surat khabar yang melaporkan kebenaran dengan tepat. Bukan hanya disogok pemerintah. Dan kejayaan HKR adalah bukti bahawa Bersih yang dianjurkan dulu menjadi huru-hara kerana provokasi dan perhimpunan seperti ini sememangnya akan damai tanpa provokasi"

Aziema Jiema: "Terima kasih Sinar Harian. Teruskan memberi informasi yang telus dan adil"

Angah Jakrie: "Wah... telus dan tulus demo gini ler membawakan yang terbaik untuk negara..."

Izzat Kedah: "Sinar Harian 'best'... tak macam surat khabar BN tak habis-habis nak fitnah... Sinar Harian akan menjadi surat khabar No 1 negara.. sebab dua belah pihak ada.. PR dan Umno... jadi... orang senang nak nilai dan bandingkan.. syabas Sinar Harian"

Zul Al-Amin: "Tahniah Sinar Harian"

Faizul Husin: "Terbaik Sinar... itu baru betul... nak dapat untung, kena berkata benar... baru laku paper"

Joe Faris: "Pehh terbaik Sinar... telus"

Noor Haslina Abdullah: "Pah ini ramai beli akhbar Sinar Harian... terima kasih Sinar atas kejujuran dan ketelusan"

Razali Yusof: "Tahniah buat Sinar Harian yang lebih berani"

Niklodeon Arts: "Baru sinar-benar, kan kalau semua media adil dan telus cam ni kan bagus, Alhamdulillah, tahniah Sinar!"

Kanyet Kunyit: "Comfirm aku beli Sinar"

Mohd Hazrul: "Tahniah untuk kamu Sinar"

Md Malik: "Wajib aku beli Sinar hari ini"

Azudeyn Yusoff: "Tahniah buat Sinar Harian
juga... telus & tulus"

Dolli Jaafar: "#KL112 Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat... terbaik"

Aminuddin Shuhaidi: "Dulu ada satu akhbar yang melaporkan berita yang adil macam Sinar Harian yang bernama Eksklusif, malangnya tidak dibenar menyambung permit sebelum PRU 1999.. harap Sinar Harian tak disekat sebegitu. Sinar Harian adalah akhbar terbaik di Malaysia setakat ini"

Farizal Abd Rashid: "TQ Sinar... laporlah perkara yang benar, kebangkitan rakyat... anak muda bersama PR"

Shukri Fadzil: "Tahniah Sinar Harian. Inilah Cakna yang sebenar. Rakyat diberi berita asli"

Akmy My: "Media arus perdana seharusnya menyiarkan dan melaporkan perkara yang benar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat... tahniah Sinar Harian!"

Adam Hassan: "Sinar Harian telus dan tulus! Tahniah!!"

Syed M Zubair: "Nampak dah media mana yang kuat menipu. Tahniah Sinar Harian kerana adil dalam membuat laporan"

Tom Yam Gong: "Aku lama dah beli Sinar ni. aku tau Sinar memang bukan berpihak mana-mana parti... tapi kini aku tak dapat baca Sinar lagi sebab aku tak duduk Semenanjung lagi. Tahniah kepada Sinar... moga terus bersinar, telus dan memberi keadilan untuk semua..

Jang Isran Ahmad - Sinar terbaiiik! Syabas!"

Muhammad Hazrol Hassan: "Tahniah sinar..Respect!"

Hishamuddin Hisham: "Sekali lagi "like" untuk Sinar!"

Abdul Wahab - "Tabikkkkk Sinar Harian"

Malik Shaiful: "Saya gagal dapatkan Sinar Harian hari ni... banyak kedai habis"

Piyan Yan: "Syabas Sinar yang telus semoga berjaya"

Muhammad Hazim Mohamad Yusoff: "... thumbs up to Sinar Harian"

Aimilfandi Ahmad Yazid: "Paper SH hari ini semua habislah... menyesal tak online subuh tadi"

Che'gu Jijan: "Sinar Harian terbaik!"

Shue Uemura: "Terima kasih Sinar atas ketelusan"

Apis Blur's Waow: "Tahniaah... sat nk g beli..."

Muzammil Mohd Adawi: "Semoga dimurahkan rezeki pada orang yang jujur dan telus dalam memberi laporan ini..respect Sinar Harian"

Syazwan Wan: "Hari ini laku betul Sinar... pergi semua kedai habis dijual"

Dewi Kekenyangan: "Terima kasih Sinar... I Love You"

Aswady Mohamed: "Ya... akhbar Sinar adalah akhbar yang telus, tidak memihak dan sentiasa memberi ruang kepada semua golongan... tahniah"

Asy-Shahrir Ar-Ramadhani: "Terima kasih melaporkan kebenaran!"

AL Farisi: "Ini yang nampak... yang tak berkesempatan nak join masih berjuta juta rakyat lagi... jadi Umno kali ini pasti tumbang dengan teruk dan sadis sekali. Kali ini parti tukar"

Muhammad Amin: "Kerja baik Sinar Harian!"

Jye Qassem: "Terima kasih Sinar Harian sebab pandai membuat liputan dan berpijak pada kenyataan"

Deno Haizal Mohamed Hassan: "Susah nak cari Sinar Harian hari ni banyak kedai dah abis jual... jap lagi kena pergi Kuala Lumpur, cari, harap-harap jumpalah"

Mohd Nor Norman: "Sinar terus menyinar..."

Ismail JoEy Fikri: "Tahniah kepada peserta perhimpunan kerana tidak menimbulkan kekacauan kali ni"

Fadhil Ahamad: "#Respect"

Ibrahim Abd Rahim: "Akhirnya terbukti bahawa demonstrasi tidaklah mencetuskan huru-hara seperti yang dikatakan oleh PM"

Muhd Asri Termeze: "Terbaik Sinar Harian... telus dan tulus..."

Din Tokey: "Pergh, habissss cepat gila"

Moftah Jaafar: "Thank you so much to Sinar"

Ahmad Nadi Karusan: "Sebuah akhbar yang bertindak secara adil kepada semua, tahniah Sinar! Di saat masyarakat dihidangkan dengan info yang tidak benar, sarat dengan penipuan, seronok bercerita gosip dan rektorik, akhbar ini menjadi medium masyarakat mencari info untuk wadah pemikiran yang lebih positif. Rakyat Malaysia sangat memerlukan akhbar seperti ini"

* Sinar Harian Online mengucapkan terima kasih atas sokongan para pembaca. Sokongan anda amat dihargai.
Guna nama ALLAH dalam agama lain : Bawa mudarat atau maslahat?
Dr Zaharuddin Abd Rahman
14 Januari 2013
Zaharuddin Abd Rahman
Dr Zaharuddin Abd Rahman
SUATU masa dahulu negara digemparkan dengan isu menggunakan nama ALLAH oleh agama lain. Saya ingin bertanya kewajaran pihak tertentu membenarkannya. Bagaimana pula pandangan Islam akan hal ini?

Jawapan :

Perkara ini telah mencetuskan beberapa pandangan daripada beberapa kumpulan ilmuwan. Ada yang tidak membenarkan penggunaan itu dengan pelbagai hujah dan nas. Demikian juga kumpulan lainnya.

Secara asasnya, ini adalah perkara cabang dalam bab akidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafi ran dan perbezaan pendapat. Maka, ijtihad dibenarkan dalam hal ini.

Antara dalil diutarakan kumpulan-kumpulan tersebut bersifat zhonniah (prasangka baik atau buruk), takwilan juga tafsiran semata-mata. Bagi mereka yang tidak memahami ilmu usul fiqh, akan merasakan perkara ini menjurus kepada kufur.

Oleh itu, tidak wajar menuduh sesiapa yang membenarkan penggunaan nama itu sebagai Islam liberal. Walau mungkin sebahagiannya ingin menyamaratakan semua agama.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujah, pandangan silam dan kontemporari, secara asasnya saya lebih cenderung kepada pendapat membenarkan penganut Kristian menggunakan nama ALLAH dalam kitab mereka. Antara nas paling jelas adalah,

"Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab, -  “ALLAH!” (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (DIAlah TUHAN yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata, “Wahai TUHANku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman! (Surah Al-Zukhruf: 87-88)

Dalil ini sememangnya boleh diperdebatkan dengan pelbagai pandangan seperti mentafsirkan ‘ALLAH’ dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH’ dalam konteks dikhususkan oleh Islam seperti terkandung

dalam Surah Al-Ikhlas, tetapi adalah Tuhan pencipta secara umum. Namun dalam kaedah fiqh, ia memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan.

Khususnya masyarakat jahiliah yang sedia maklum berkenaan agama yang dibawa Nabi Ibrahim AS, dan ‘ALLAH’ telah difahami merujuk kepada siapa.

Berdasarkan penilaian dan pengamatan, pandangan yang membolehkan adalah lebih kuat daripada hujah yang menolak.

Saya kurang setuju untuk memisahkan nama ALLAH kepada pengertian lughah (secara literal, kononnya merujuk kepada Tuhan umum), dan ‘ALLAH’ secara istilah yang merujuk kepada ‘ALLAH’ yang disebut dalam Surah Al-Ikhlas.

Apa yang perlu ditekankan, sama ada nama ‘ALLAH’ dalam kitab Bible digunakan atau sebaliknya, tidak menjadi keutamaan kerana kitab itu bukan rujukan utama kita selain al-Quran. Ini kerana Islam hanya merujuk al-Quran dan hadis dalam menentukan sikap dan pendirian.

Apatah lagi Bible yang wujud hari ini bukan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS.

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas atau konteks ilmiah. Dari segi kesesuaian dan siyasah syari’yah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya bersetuju pengharaman patut dilakukan.

Selain itu saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, Kaabah digunakan oleh pihak Kristian.

Tidak dinafikan, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza.

Namun, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Maka, dalam hukum Islam pihak berwajib berhak memutuskan hukuman dalam konteks menghalang mudarat. Tambahan pula terdapat missionary bukan Islam yang ‘galak’ menggunakannya dengan tujuan tertentu, juga beberapa kumpulan bukan Islam yang dirasakan akan mempermainkan dan menyalahgunakan nama ‘ALLAH’ dalam tulisan mereka secara berleluasa. Jika perkara tersebut membawa mudarat berterusan , lebih baik ia dilarang.

Maka perlu dibezakan antara keputusan hukum dan siyasah syar’iyah. Sekuat manapun hujah untuk membenarkan Kristian menggunakan nama ‘ALLAH’ namun dari sudut mudarat, ia wajar dilarang sama ada dalam tempoh tertentu dan berterusan atau mungkin boleh dibenarkan, tetapi dengan syarat-syarat tertentu bagi menghindarkan mudarat yang akan terjadi terhadap umat Islam yang lemah.

*Dipetik daripada buku Mutiara Akidah & Ibadat tulisan Dr Zaharuddin Abd Rahman terbitan Karya Bestari.
Aziz Bari: Himpunan #KL112 berjaya seperti dirancang
Wartawan Sinar Harian
14 Januari 2013
Abdul Aziz Bari
Abdul Aziz Bari
SABAK BERNAM - Himpunan Kebangkitan Rakyat dilihat berjaya seperti mengikut perancangan yang ditetapkan sebelum ini. Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari berkata, sepanjang perhimpunan yang diadakan, tiada sebarang bentuk provokasi yang mampu mencetuskan kekecohan berlaku.

Menurutnya, tanpa berlakunya provokasi serta kempen mengarut Barisan Nasional (BN) melalui media yang dikawal mereka, himpunan tersebut berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki.

“Semuanya lancar dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini dan saya rasa himpunan kali ini amat berjaya malah ramai peserta dapat dihimpunkan bersama dengan aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya menyarankan supaya badan berkuasa memansuhkan undang-undang yang tidak mesra perhimpunan memandangkan ia dilihat dapat mengundang kesan buruk.

Katanya, polis lebih disarankan supaya memberi fokus untuk mengawal kadar jenayah dan bukannya dipaksa oleh BN untuk berpolitik.

“Mereka (polis) perlu lebih memberi fokus untuk menjaga keamanan di negara ini dan saya harap agar mereka tidak lupa akan tujuan asal,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, rakyat kini semakin bijak dalam menilai pucuk pimpinan dan mereka lebih mengetahui perkhidmatan sesebuah pihak tersebut.

Katanya, jumlah yang hadir pada himpunan menjelaskan rakyat semakin berani pertahankan hak serta mahukan kerajaan yang adil.
Musa Hassan: #KL112 lancar kesan Akta Perhimpunan Aman
NOOR FAIZAL GHAZALI
14 Januari 2013
 #KL112: Tahniah semua!
Stadium Merdeka yang bersejarah menjadi tumpuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung tadi. - Foto ihsan Mohd Afif Azman
SHAH ALAM - Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka kelmarin memberi gambaran keberkesanan undang-undang baru yang digubal dan dikuatkuasakan tahun lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah salah satu faktor #KL112 berjalan lancar.

Beliau berkata, undang-undang baru memberi syarat-syarat tertentu untuk dipatuhi dan pihak polis hanya menjalankan tugas mereka sebagai pemantau keselamatan dan lalu lintas.

"Jika sebelum ini sebarang perhimpunan yang ingin diadakan perlu mendapatkan permit polis. Kini, dalam Akta Perhimpunan Awam 2012, permit polis tidak diperlukan lagi.

"Walaupun begitu, syarat-syarat lain yang ditetapkan mesti dipatuhi tidak kira oleh pihak penganjur mahupun peserta," kata beliau kepada Sinar Harian.

Musa berkata, polis tidak akan mengambil tindakan sesuka hati sekiranya keadaan di tempat kejadian terkawal.

"Polis hanya menjalankan tugas mengawal keselamatan orang awam dan memastikan lalu linta berjalan lancar. Sekiranya tidak wujud sebarang provokasi daripada mana-mana pihak, polis tidak akan melakukan sebarang tindakan," katanya.

Sebelum ini, Musa mengingatkan pihak penganjur supaya tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis tugas untuk mengawal keadaan ketika perhimpunan.

Katanya, hanya dengan mengikut syarat-syarat dan undang-undang di mana kedua-dua pihak, polis dan peserta bersikap baik, maka sebuah perhimpunan yang aman akan menjadi realiti.

Ini kali kedua perhimpunan parti politik yang diadakan di dalam stadium berjalan dengan lancar. Umno mengadakan perhimpunan ulang tahun penubuhan di Stadium Nasional Bukit Jalil Mei tahun lalu.
Pas Pusat tidak bincang isu kalimah ALLAH
Wartawan Sinar Harian
14 Januari 2013
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tidak membincangkan isu kalimah ALLAH yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini dalam mesyuaratnya semalam, demikian kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Namun Salahuddin berkata, beliau tidak mengetahui sama ada isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura yang dijadualkan diadakan pada jam 11 malam.

Menurutnya, antara inti pati dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat adalah persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan memperkemaskan seluruh kekuatan di semua peringkat terutamanya akar umbi.

“Kita juga merancang pelbagai program untuk menyemarakkan semangat rakyat seperti mana yang ditunjukkan oleh mereka pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (KL112),” katanya, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi itu juga membincangkan strategi yang tepat untuk meneruskan sokongan rakyat kepada parti yang memperjuangkan Islam itu.

Mengulas pemberitaan seimbang oleh akhbar Sinar Harian berkaitan himpunan di Stadium Merdeka semalam, beliau berkata:

“Kita mendapati perhimpunan tersebut positif. Terima kasih kepada Sinar Harian yang memberikan liputan adil, bertanggungjawab dan berharap ia akan menjadi ikutan media lain dalam melaporkan Salahuddin berita yang sebenar.”

Tiada ulasan: