Posted on Friday, January 25 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Akhirnya penulis dapat juga mendengar ceramah auta Ustaz Kazim ketika dia mengulas mengenai penerimaan HUDUD antara UMNO dan PAS.Autanya menyerupai pencacai yang bercakap dengan auta bukan fakta.Ustaz Kazim, ke mana pergi seruan berdegar degar ketika bersama PAS dulu? Koleksi ceramahnya termasuk ceramah bersama UAI masih boleh didapati di youtube.Tak sama dengan ceramah yang auta ini!
Ustaz Kazim auta bila berkata sebab kenapa hudud tidak dapat dilaksanakan adalah sama antara UMNO dan PAS.Katanya bila ditanya Kelantan, Hudud masih diperingkat draf lagi, ini merupakan auta yang nyata dan tiada keraguan lagi mengenainya.Memang sah ini bahasa pencacai, kerana semua tahu malah Ustaz Kazim jauh lebih tahu bagaimana Mahathir yang menolak draf hudud Kelantan yang sudah siap sebelum hudud Terengganu dilulus dan ditandatangani oleh Sultannya.Ustaz Kazim juga memang tahu bahawa Mahathir ketika menolak hudud ini berkata, ianya bukan hudud Islam tetapi hudud PAS, sebab itu dia tolak.
Ustaz Kazim juga tahu, Najib sekali lagi menolak hudud Kelantan dan membuat kenyataan yang jelas bahawa hudud TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.
Ustaz Kazim perlu diperingatkan bahawa HUDUD bukan perkara main main seperti yang disebutnya, tetapi hudud adalah perintah ALLAH yang mesti dilaksanakan tanpa perlu ada tapi tapinya.Siapa yang memerintah mesti mengambil tanggungjawab ini sesuai dengan peranan ulilamri yang disebut oleh Quran.Ustaz Kazim juga perlu diperingatkan bahawa dalam kontek negara kita, kuasa pemerintahan yang dirujukkan itu adalah kuasa diperingkat persekutuan bukan negeri, jadi kalau Ustaz Kazim terus menerus cuba menunjukkan PAS hanya menjadikan hudud itu isu pilihanraya sama seperti lagu raya dengan menuding jari kepada kerajaan negeri, Ustaz Kazim hanya bercakap macam PENCACAI, menyembunyikan FAKTA tetapi MENYANYIKAN LAGU RAYA AUTA PENCACAI UMNO.
Ustaz Kazim juga tidak pernah menyebut bahawa undang undang hudud sudah ada di Terengganu tetapi masih tidak mahu dilaksanakan oleh kerajaan UMNO.Di mana Ustaz Kazim nak sembunyikan fakta ini kalau ustaz Kazim mahu mengatakan hudud dijadikan lagu raya oleh PAS?
Pertanyaan akhir penulis kepada Ustaz Kazim, di mana pengakuan ustaz ketika berceramah bersama UAI tentang tuduhan Ustaz masuk UMNO?"
PAS bimbang ‘Projek IC’ di Selangor
Posted on Thursday, January 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber pas.org.my
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberi hak kerakyatan (IC) di Selangor dan negerinegeri di Semenanjung Malaysia yang menunjukkan pertambahan luar biasa dalam daftar pemilih pilihan raya.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, hal tersebut wajar dilaksanakan kerana berlaku pertambahan mendadak jumlah pemilih baru termasuklah di Negeri Selangor.
“Jika ribuan pendatang asing di Sabah dengan mudah boleh diberi kerakyatan yang pada awalnya ini dianggap fitnah dan mainan pembangkang, maka tidak mustahil agenda sulit ini boleh menjalar ke sini (Semenanjung Malaysia),”tegasnya di Pejabat Harakah Isnin lepas.
Katanya, dengan pertambahan pemilih yang ketara di Selangor, serta banyak bukti dan penemuan tentang pemberian IC kepada warga asing di negeri ini, amat wajar kerajaan juga menubuhkan RCI dan siasat sehingga akar umbi.
“Projek IC” yang diperkatakan sejak lama dulu, kini kian terbongkar hasil siasatan rapi RCI dan modus operandinya tiada banyak beza dengan keskes pemberian IC di Selangor muktahir ini, ujarnya.
Katanya, keghairahan UmnoBN untuk merampas kuasa di Selangor dalam PRU13, ada kemungkinan kaedah “Projek IC” akan digunakan bagi mencapai tujuan itu.
Salahuddin berkata, pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap “Projek IC” suatu yang serius kerana ia mencerminkan UmnoBN selama ini sanggup “menjual” negara demi untuk menang pilihan raya.
Tuntutan supaya RCI ditubuhkan bagi membanteras masalah gejala pendatangasing di Sabah juga terkandung dalam Buku Jingga dan sudah diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak tahun 2009.
Awal tahun lalu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wajed dalam laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu mendakwa rakyatnya yang bekerja di Malaysia diberi kerakyatan mudah jika mengundi UmnoBN.
Namun, kemudiannya kenyataan itu dipadam selepas 24 jam diterbitkan.
Sumber: pas.org.my
Calon PAS Terengganu masih belum selesai?
Posted on Friday, January 25 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: anaabdullah
"Sebelum penulis jawap ada lebih baik kita tenguk penentuan calon calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum sebelum ini.
Biasanya setiap DUN ada tiga nama dalam senarai calon yang akan bertanding mana mana pilihanraya umum sebelum ini.
Sekarang ini nampaknya kaedah tersebut sudah tidak mahu dipakai lagi oleh kebanyakan ahli jawatankuasa PAS cawangan, peti undi dan kawasan.
Mereka mahu satu nama saja disenarai pendekkan dengan alasan nama A layak bertanding berbanding nama B.
Pendek kata awal awal lagi mereka mahu nama A sebagai calon DUN itu dan DUN ini sehingga berlaku krisis yang mungkin agak sukar diselesaikan.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam satu majlis telah didatangi satu puak mendesak nama A adalah calon yang akan bertanding PRU 13 di DUN berkenaan.
Sebelum ini penulis dimakumkan ada beberapa kain rentang dipasang meminta dan membantah calon lain selain dari calon A.
Kemungkinan besar isu calon Pas di Terengganu masih belum selesai. Atau dengan kata lain walapun sudah disebut puncuk kepimpinan sebagai sudah muktamad tetapi belum muktamad sehingga rencana ini ditulis.
Bising pasal calon Dun Tepuh belum senyap lagi, kerana ada puak yang berusaha keras mendesak presiden PAS Pusat menetapkan calon A bukan calon B.
Demikian juga DUN Alor Limbat. Walaupun sudah dan muktamad bahawa nama A bukan calon yang akan bertanding PRU 13 nanti, tetapi ada puak yang mahu nama A juga sebagai calon muktamad.
Begitu juga calon Parlimen Dungun yang telah diputuskan oleh PAS Pusat dengan alasan calon itu tokoh yang banyak pengalaman, tetapi dibantah keras oleh ahli dan penyokong akar umbi.
Yang peliknya, mengapa orang PAS sekarang sudah mula berpuak puak sedangkan sebelum ini mereka sangat pasrah dengan keputusan pucuk kepimpinan parti.
Jika dahulu mereka sangat sikah dengan pucuk kepimpinan parti, lebih lebih lagi kepada Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Hitam kata datuk seri Haji Abdul Hadi Awang hitamlah. Putih katanya putihlah. Sekarang mereka seolah olah tidak hormat langsung keputusan yang dibuat.
Bukan setakat itu saja malah ada yang tergamak membantah menaikkan kain rentang menentang keputusan PAS Pusat.
Sudah tentu ada benda yang tak kena berlaku dalam parti selepas mengadakan hubungan kerjasama dengan DAP dan parti keadilan rakyat."
Siapa Bakal PM Selepas PRU13 ??
Posted on Friday, January 25 @ 02:26:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber MalaysiaKini
Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.
Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'
Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus).
Bagi undi tidak bersetuju pula, Abdul Hadi menduduki tempat tertinggi (46 peratus), diikuti oleh Muhyiddin (42 peratus).
Di Kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular (46 peratus), diikuti oleh Abdul Hadi (36 peratus), Anwar (34 peratus) dan Muhyiddin (26 peratus).
Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular (61 peratus), diikuti oleh Najib (35 peratus), Muhyiddin (15 peratus). Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus.
Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.
Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka.
Pengundi baru, Anwar lebih popular
Sementara itu, kajiselidik itu mendapati Anwar lebih popular berbanding dengan Najib di kalangan pengundi baru dan kali pertama.
Anwar memperolehi 52 peratus penerimaan dari kumpulan ini,
manakala Najib menerima 30 peratus, dengan Abdul Hadi di tempat ketiga (24 peratus) dan Muhyiddin lepas (15 peratus).
Terdapat lebih dua juta pengundi baru dalam pilihan raya umum yang akan datang, yang mewakili kira-kira 20 peratus daftar pemilih, membuat mereka mempunyai kuasa yang kuat.
Responden terbahagi hampir sama rata dalam pilihan antara parti atau calon, dengan 48 peratus meletakkan calon dahulu dan 47 peratus memberikan keutamaan kepada parti.
Bagaimanapun, responden wanita dalam kajiselidik tersebut memberi penekanan yang lebih besar kepada calon - 54 peratus mengatakan calon lebih penting, berbanding dengan 46 peratus sebaliknya.
Universiti ‘Mandul’ Lahirkan Bebalisme & Pandir Negara – Dr Maszlee
Posted on Friday, January 25 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh greenboc
Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).
“Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.
“Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan.
“Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk ‘pembonsaian’ (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu ‘listen’.
“Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk ‘pemerkosaan’ hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi. Mereka akhirnya membebankan negara,” jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena ‘listen’ dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.
Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal.
Dr Maszlee berkata, universiti ‘mandul’ melahirkan manusia beraspirasi seperti Syed Hussin al Attas yang mampu memimpin, membimbing dan perjuangkan nasib rakyat.
“Awal 80-an, Syed Muhammad Naquib al-Attas menegur universiti hanya menjadi kilang yang menghasilkan graduan mengikut kehendak pasaran tanpa mengendah kualiti dan kesan terhadap ilmu dan pembangunan masyarakat.
“Hasilnya, masyarakat terus miskin, papa kedana. Yang kaya pula bertambah kaya kerana mendapat projek melalui ketirisan, korupsi dan sebagainya.
“Graduan pula membisu dan terpendam dalam sektor pekerjaan sahaja,” ujarnya.
Maszlee menjelaskan, keadaan universiti yang hilang rohnya sebagai medan ilmu dan graduan dan intelektual tidak lagi berperanan dalam proses pembangunan negara seperti yang ditegaskan oleh pemikir Iran, Ali Syariati bahawa universiti sepatutnya melahirkan rausyanfikir iaitu golongan intelektual yang membawa pencerahan kepada masyarakat.
“Pemikir kelahiran Palestin, Edward Said berkata, universiti sepatutnya membentuk intelektual yang gigih mendidik masyarakat dan negara lantas memperjuangkan nasib rakyat dan berani berdiri di hadapan diktator dan penguasa zalim.
“Guru dan sahabat saya, Prof Tariq Ramadhan menegaskan sistem pendidikan terbaik bukan hanya menghasilkan graduan, tetapi menghasilkan individu berani yang perjuangkan hak mereka dalam sistem yang zalim,” katanya. -KD
“Pensyarah penakut, jadi barua, mahasiswa di brainwash” – Dr Aziz Bari
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Pakar Perlembagaan Persekutuan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Akta Hasutan adalah antara sebab ramai kalangan ahli akademik takut menyuarakan pandangan selain karenah birokrasi pentadbiran universiti dan tekanan kerajaan UMNO-BN.
Katanya, biarpun kebebasan akademik boleh dikategorikan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara dan berekspresi, tetapi tidak ada jaminan perlindungan diberi kerana dikongkong akta itu sambil memberi contoh apa yang pernah berlaku terhadap dirinya.
“Selain itu kalau ada pensyarah atau pelajar yang berani, maka mereka akan dapat macam-macam, termasuk surat amaran, tak dapat research grant dan banyak lagi.
“Itu yang jadi masalah, kita tak dapat ruang untuk bercakap, bila bercakap dianggap subversif dan sebagainya. Akhirnya ditekan supaya meninggalkan universiti,” jelasnya.
Menurut beliau, sikap sebahagian ahli akademik negara ini juga boleh dipersoalkan kerana menganggap tugas pensyarah itu sekadar untuk “cari makan”.
“Majoriti universiti begitu kerana pensyarahnya penakut. Ahlii akademik pula sekadar duduk di universiti untuk nak ‘cari makan’ saja.
“Sebab itu mereka jadi malas, tak ada ilmu, tak buat kajian, tak ada idea dan jadi penakut. Jadi professor pun ada yang guna ‘kabel’. Maknanya daripada satu segi, orang akademik sendiri bersalah kerana membenarkan diri mereka jadi hamba, pencacai, barua dalam universiti,” tegas beliau.
Dr Aziz berkata, dalam keadaan regim sekarang yang semakin ganas dan menekan, ia memburukkan lagi keadaan persekitaran kampus di Malaysia.
“Kita tengok apa yang berlaku di UUM dan banyak lagi termasuk UiTM dan UIA sendiri, dalam kampus tu ada kumpulan tertentu yang kerjanya ‘Melayu, Melayu, Melayu, Melayu’ semua ada.
“Ada ‘budak’, ada pegawai yang kerjanya brainwash pelajar di semua kampus. Mereka anggap itu hak mereka, tugas suci, inilah pegawai Biro Tata Negara (BTN) yang menganggap ini satu latihan ground untuk ahli muda dalam parti politik pemerintah yang datang kampus buat kacau terutamanya masa pilihan raya kampus.
Menurutnya, sepatutnya semua universiti di Malaysia mengamalkan kebebasan akademik supaya budaya ilmu subur dan dapat memberi manfaat kepada dunia luar.
“Sekarang ini kalau anda ke universiti, lihat ada pensyarah kerjanya recycle nota saja.
Kadang-kadang nota pelajar pun diambil. Sebab tu dia tak boleh dengar benda lain. Kalau pelajar dia bagi benda lain contohnya dalam exam, dia tak boleh, yang dia tahu nota dia.
“Yang parahnya dia tak mahu dengar pendapat dan cadangan orang lain. Dia nak dengar cakap dia saja.
Ini yang jadi masalah. Sebab tu universiti kita berada di bawah dalam ranking dunia,” katanya.-Roketkini
Sumber: greenboc.blogspot.com
Iktiraf Hamas, Henti Hubungan Dengan Israel
Posted on Friday, January 25 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Suhaimi
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah organisasi Islam serta kerajaan Palestin yang sah di bumi Palestin. Dalam kunjungan Najib ke bumi Gaza semalam, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Haniyeh yang mewakili kerajaan HAMAS.
Kunjungan PM seharusnya diterjemahkan dengan hubungan akrab antara Malaysia dengan kerajaan HAMAS. HAMAS perlu dikeluarkan dari rekod sebagai kumpulan pengganas antarabangsa dan Malaysia perlu membersihkan nama HAMAS di pentas dunia. DPPM juga kesal kerana sehingga sekarang kerajaan gagal mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang sah mewakili rakyat negara itu.
Selain itu, DPPM meminta kerajaan supaya membuka kedutaan Palestin di Kuala Lumpur yang diwakili oleh HAMAS sebagai entiti rasmi kerajaan negara itu. Tambahan lagi wakil HAMAS perlu dijemput dalam setiap program rasmi melibatkan kerajaan luar yang dianjurkan di negara ini.
Umat Islam di negara ini mengharapkan peranan lebih besar disalurkan kepada bumi berdarah Palestin serta Syria daripada sekadar kunjungan PM. Kerajaan Malaysia mempunyai kapasiti untuk bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh negara Turki dan Mesir yang lantang memberi amaran keras kepada Israel. Malaysia sepatutnya menjadi contoh kepada negara serantau yang bertindak tegas termasuk memboikot Israel dan negara sekutu dengannya.
Selain itu, PM perlu bertindak tegas dengan menghentikan sebarang hubungan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antaranya PM perlu menamatkan segera kontrak dengan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel, APCO sebagai perunding imej PM. Jangan ada sikap talam dua muka antara Malaysia dengan HAMAS, di depan nampak akrab dan menangisi umat Islam Gaza, tetapi dibelakang menjalin hubungan intim pula dengan musuh umat Islam Palestin, iaitu Israel.
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber
Yahudi Isfahan telahpun keluar bersama Dajjal!
Posted on Friday, January 25 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: kamal_hasan
"Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav, merupakan bekas presiden Israel (2000 - 2007) menarik perhatian saya, tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran?
Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan. http://en.wikipedia.org/wiki/Persian_Jews
Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.
Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :
"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi.
Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :
حدثنا منصور بن أبي مزاحم حدثنا يحيى بن حمزة عن الأوزاعي عن إسحق بن عبد الله عن عمه أنس بن مالك
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يتبع الدجال من يهود أصبهان سبعون ألفا عليهم الطيالسة
"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim.
Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.
"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,..."(Al-A'raaf 7:160)
Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.
Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang.
Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan |
Yahudi Isfahan dapat dibezakan dari yang lain ketika berada di Wailing Wall |
Tentera Yahudi Isfahan yang memakai Al - Tayalisah berada di medan perang |
Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah |
Lambang Dajjal Jelas Pada Pesawat Tempurnya Lain-lain Artikel berkaitan 1. Kajian Hadis Rasulullah saw, Tanda Kiamat (A Day of Dajjal) 2. Bala Tentera Dajjal Sudah Bersedia. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan