Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka
Hazayani Zakaria, | 11 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap
diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak.
"Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.
"Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka.
Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
"Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam.
"Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan," katanya.
Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.
Ini kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan kali ini mencecah satu juta orang.
Guna pengangkutan awam
Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan.
"Pihak penganjur minta sangat-sangat, semua orang guna pengangkutan awam.
"Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan," katanya.
Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan.
Sekalipun umat Islam di Malaysia telah hidup sekian lama bersama
dengan mereka yang non-muslim, namun di sana masih terdapat beberapa
persoalan dasar yang tidak jelas dalam pemikiran sesetengah pihak.
Ketidakjelasan itu boleh menatijahkan tindakan yang tidak tepat dalam
keadaan tertentu. Dalam keadaan biasa, mungkin kesannya kurang
kelihatan, tetapi apabila krisis tertentu melanda, kita akan merasai
kesan salah tanggapan terhadap Islam dan prinsipnya khusus berkaitan
hubungan muslim dengan non-muslim.
Saya ingin menggesakan pelbagai pihak untuk menganjurkan wacana dan dialog tentang hubungan muslim dengan non-muslim di sudut nas-nas Islam yang sebenar. Perbincangan yang bebas dari ketamakan politik dan fanatik perkauman. Ini penting untuk nama baik Islam dan dakwah, serta masa depan negara ini.
Beberapa persoalan tentang prinsip interaksi antara muslim dan non-muslim seperti apakah asas hubungan antara muslim dan non-muslim; perdamaian ataupun permusuhan? Apakah sebabnya jihad dalam Islam difardukan; kerana kekufuran ataupun disebabkan permusuhan yang dilancarkan? Siapakah kafir zimmi dan harbi?, dan lain-lain lagi perlu didalami.
Disebabkan kegagalan memahami asas-asas ini dengan baik, maka sentimen agama yang kadang-kala tidak tepat dimainkan. Apatah lagi ada pihak yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan politik pilihan raya.
Kenapa Non-Muslim Diperangi?
Ini satu persoalan yang penting. Jika salah langkah, maka banyak darah yang dihalalkan atas nama Tuhan. Secara umumnya dua punca (‘illah) dibahaskan oleh sarjana; non-muslim diperangi atas sebab kekufuran ataupun peperangan yang mereka dilancarkan? Jawapan yang berbeza boleh memberikan implikasi yang berbeza terhadap sikap dan tindakan.
Para ulama usul al-Fiqh cuba untuk mencari `Illah (punca hukum) jihad disyariat. Maka para ulama dari mazhab al-Syafi`i dan al-Zahari berpendapat `illahnya ialah kerana kekufuran mereka. Hal ini bermaksud mereka diperangi kerana mereka kufur dengan Allah. Namun, pendapat ini dianggap lemah dan tidak boleh dipegang secara kefahaman dan praktikalnya. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Jihad meminta supaya ulama mazhab Syafi’i pada hari ini hendaklah menjelaskan kepada masyarakat awam bahawa pendapat al-Imam al-Syafi’i dalam hal ini adalah lemah dan ditolak. Dibimbangi digunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan keganasan.
Senarai golongan non-muslim yang tidak boleh dibunuh semasa peperangan yang disebut dalam nas-nas sahih seperti wanita dan kanak-kanak, ahli ibadah yang sedang beribadah dalam rumah ibadah mereka, pekerja dan petani yang tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, para perwakilan diplomatik dan lain-lain menjadi bukti bahawa sekadar kekufuran atau tidak beriman belum melayakkan seseorang itu dibunuh. Islam tetap memelihara nyawa mereka. Jika kekufuran itu punca mereka diperangi, sudah tentu golongan tersebut juga diperangi.
Oleh itu, jumhur (majoriti) ulama berpendapat `illah (punca) sebenar non-muslim diperangi bukanlah kerana akidah mereka, tetapi kerana (al-Hirabah) iaitu menzahirkan permusuhan terhadap harta dan nyawa orang muslim disebabkan Islam yang dianuti. Maka, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, mereka tidak diperangi. Kalaulah kekufuran yang menjadi alasan tentulah sewajar semua non-muslim itu diperangi. Inilah pendapat yang dipegang dalam Islam. Antara dalil-dalil yang dikemukakan oleh majoriti ulama ialah firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 (maksudnya):
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.
Juga firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 13: (maksudnya):
“Mengapa kamu tidak memerangi golongan yang telah mencabuli perjanjian mereka, serta mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan mereka jugalah yang mula-mula memerangi kamu? Apakah kamu takutkan kepada mereka padahal hanya Allah yang berhak kamu takuti, sekiranya kamu orang-orang yang beriman”.
Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:(yang bermaksud):
“Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan”.
Semua ayat-ayat di atas adalah jelas menunjukkan peperangan yang dilancarkan ke atas mereka adalah di atas sikap dan tindakan salah yang dilakukan mereka, bukan kerana kekufuran atau akidah mereka. Ayat-ayat ini menafikan hujah para ulama mazhab al-Syafi`i dan al-Zahiri.
Bersikap Baik
Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan: (maksudnya)
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) setelah membentang pendapat-pendapat mengenai ayat di atas, berkata:
“Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat ini bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan penganut semua agama. Hal ini kerana Allah menyebutnya secara umum dengan katanya “orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu” merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian” (Al-Tabari, Jami’ al-Bayan ‘an Takwil Aiy al-Quran 28/66 Beirut:Dar al-Fikr).
Juga telitilah firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 6-7 (maksudnya):
“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang aman. Yang demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan Rasul-Nya bagi orang-orang musyrikin (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrikin) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.”
Pengarang al-Jihad fi al-Islam yang merupakan tokoh Mazhab Syafi’i di Syria iaitu Said Ramadan al-Buti dalam mengulas ayat di atas, berkata:
“Dari dua ayat tersebut, kita dapat fahami dengan jelas ia meyanggahi apa yang difahami oleh ulama mazhab al-Syafi`i dan al-Zahiri. Dari sini kita kemukakan kepada mereka (para ulama tersebut) soalan-soalan yang mereka tidak mungkin dapat menjawabnya, iaitu; Sekiranya `illah (punca hukum) jihad atau peperangan ialah kekufuran, sedangkan perintah Allah agar kita melindungi kaum musyrikin sepanjang tempoh mereka berada di samping kita, dengan harapan mereka mendengar ayat-ayat Allah dan beriman dengan-Nya. Kemudian diperintahkan agar kita menghantarkan mereka ke tempat yang aman sekiranya mereka ingin pergi tanpa beriman… andainya kekufuran adalah sebab yang membawa kepada kita membunuh mereka, apakah mungkin untuk kita membantu mereka dengan perlindungan yang seperti ini, sedangkan mereka itu musyrikin? Sekiranya kekufuran mewajibkan peperangan, apakah mungkin untuk kita berurusan seperti itu dengan golongan Allah perintahkan kita memerangi mereka?. Ternyata sebab (kita dibenarkan berurusan baik dengan mereka) kerana mereka tidak menzahirkan permusuhan dan cenderung kepada perdamaian”.( Sa`id Ramadhan al-Buti, al-Jihad fi al-Islam, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr)
Dengan ini jelas, jihad berlaku hanya apabila mereka menzahirkan peperangan terhadap umat Islam kerana agama. Jika non-muslim mengkritik atau mencabar muslim melalui saluran undang-undang dalam negara Islam itu sendiri, ataupun membantah salahguna kuasa pihak umat Islam itu tidak dianggap memusuhi umat Islam kerana agama. Bahkan itu hak yang negara Islam berikan kepada mereka.
Siapakah Kafir Harbi?
Isu kafir harbi kadang-kala disebut oleh sesetengah pihak tanpa memahami maksud sebenar istilah berkenaan. Istilah harb merujuk kepada peperangan. Dalam pembahagian silam tentang jenis-jenis negara; disebut Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Juga ditambah oleh sebahagian penulis pembahagian ketiga Dar al- ‘Ahd.
Secara ringkasnya, Dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; kekuasaan politik berada di tangan muslimin, zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja dan kaum muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah aman berdasarkan perjanjian mereka. Manakala negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam maka mereka adalah Dar al-‘Ahd.
Atas asas ini Dr Yusuf al-Qaradawi menyimpulkan bahawa keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah Dar al-Islam ataupun negara Islam termasuklah Malaysia. Sementara kesemua negara bukan Dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu adalah Dar al-‘Ahd termasuklah Amerika. Hanya dikategori sebagai Dar al-Harb pada masa ini ialah Negara Zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Cairo: Maktabah Wahbah, ms 888-908)
Setelah memahami hal tersebut, maka dalam istilah awal, warga non-muslim yang hidup dalam masyarakat muslim ataupun bawah Dar al-Islam (negara Islam) dengan mengikat perjanjian kewarganegaraan disebut sebagai ahl-zimmah. Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam Dar al-Islam itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya. Walaupun begitu, istilah ahl-al-zimmah itu boleh elakkan di zaman kini dengan menyebut rakyat atau warga negara non-muslim.
Sementara kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah non-muslim yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan Dar al-Islam dan mereka tinggal di negara mereka Dar al-Harb (Lihat: ibid, ms 912).
Maka non-muslim yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang negara muslim, tidak dinamakan dengan kafir harbi. Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam. Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan muslim tidak boleh dikatagorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara!
http://drmaza.com
Kehadiran
PAS sebagai sebuah jamaah di negara ini secara rasmi 1951 untuk
menerangkan Islam kepada masyarakat, bahawa Islam ialah ajaran yang
membawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran PAS, apabila ada di
kalangan orang agama di dalam Umno yang memberi teguran kepada pemimpin
Umno mengenai masalah Islam tidak dipedulikan. Semua cadangan hanya
dibakulsampahkan sahaja. Isu loteri dibantah oleh ulamak di dalam Umno,
tetapi tidak dipeduli, kerana yang penting ialah duit. Begitu juga
dengan isu Natrah yang telah dikembalikan kepada agamanya oleh
mahakamah Singapura pada tahun 1950, Umno membisu. Akhirnya ulamak
mengambil pendirian bahawa mereka perlu kepada satu badan yang bebas
untuk menyatakan Islam dan mempertahankan Islam.
PAS sebagai sebuah parti yang dasarnya Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3, tidak pernah berganjak daripada menyatakan tentang Islam. Seruan ini disampaikan kepada masyarakat tidak kira musim. Sama ada sewaktu pilihanraya atau selepas pilihanraya. Tugas PAS ialah untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
PAS bukan semata-mata parti politik yang bergerak di musim pilihan raya, tetapi PAS juga sebagai sebuah jamah Islam yang menyampaikan seruan Islam kepada semua manusia tanpa ada had musim.
Pimpinan PAS terutamanya yang bergelar ulamak atau ustaz bekerja menyampaikan seruan Islam tanpa jemu-jemu. Mereka menerangkan Islam daripada perkara masuk tandas sampai kepada soal pemerintahan (politik). PAS dibantu oleh Tuan Guru pondok, walaupun mereka ini bukan memegang apa-apa jawatan di dalam PAS, namun pendirian mereka selari dengan apa yang dipegang oleh PAS. Maka mereka banyak membantu PAS melalui kelas-kelas pengajian mereka. Hasil daripada tarbiah mereka juga melahirkan kader-kader PAS.
Bukan satu kerja yang mudah untuk memecah kefahaman tradisi yang sudah berkarat lama di dalam pemikiran masyarakat. Ajaran Islam hasil peninggalan penjajah yang mengajar Islam hanya di dalam bentuk ritual, yakni hubungan dengan Allah semata-mata. Islam tidak diajar sebagai tatacara hidup yang lengkap. Akhirnya inilah yang menjadi anutan dan kepercaayaan sebahagian besar masyarakat di negara ini. Mereka didedahkan Islam yang sempit, sama ada melalui kelas pengajian formal (sekolah) atau tidak formal (surau dan masjid).
Walau pun penjajah sudah lama pergi meninggalkan negara ini, namun kepercayaan mereka terhadap Islam yang sempit sukar untuk diubah. Ketika inilah ulamak-ulamak PAS yang bekerja siang malam menyampaikan seruan ini kepada masyarakat.
PAS hanya berdakwah bukan menghukum. Kerja menyelamatkan akidah umat adalah satu tanggungjawab semua pihak. PAS mengambil tanggungjawab ini setelah Umno kurang mengambil perhatian perkara ini. Walau pun penjajah telah mengangkat kaki daripada bumi bertuah ini, namun mereka masih meninggalkan karat-karat sekular. Ajaran yang diajar, Islam hanya soal peribadi, tidak ada kaitan dengan dunia dan akhirat. Rakyat hanya faham bahawa Islam yang ada pada batang tubuh mereka tidak akan terbatal. Mereka hanya diajar batal sembahyang, batal wuduk, batal haji, batal puasa, tetapi tidak diajar batal Islam.
Kesannya ada manusia yang berbicara sehingga menjejaskan akidah. Mereka ini bukan orang jahil dalam agama, malahan terdiri daripada orang yang faham agama bergelar ustaz, tuan Imam dan sebagainya. Mereka ini berbicara di dalam dua keadaan, satu kerana memang tidak faham tentang konsep Islam yang sebenar. Mungkin kerana mereka tidak mempelajari secara mendalam. Kedua, mereka faham tetapi buat-buat tidak faham, kerana kepentingan duniawi.
Sedangkan ulamak PAS hanya menerangkan perkara yang membatalkan Islam. Seperti mana yang telah diajar mengikut disiplin keilmuan Islam. Atas kaedah yang disimpulkan oleh ulamak.
“Siapa yang mengakfirkan orang Islam maka ia kafir. Siapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka ia kafir. Siapa yang ragu terhadap kekafiran seseorang maka ia kafir”
Malangnya orang yang selalu mengkafirkan Umno, sekarang sudah masuk Umno. Mungkin kerana tidak ada lagi orang Umno yang hendak dikafirkan. Mereka ini ialah golongan pelampau yang tidak mengikut uslub yang diputuskan oleh jamaah. Benarlah apa cara sekalipun kita mesti sederhana. Bertepatan dengan peringatan nabi SAW: “Sebaik-baik perkara ialah pertengahan”.
Hasil daripada penerangan yang dilakukan oleh ulamak PAS terutamanya, masyarakat sudah mendapat pencerahan. Mereka tidak lagi berani mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan memperolok-olok hukum Islam. Satu ketika dahulu sering kita dengar pimpinan Umno dan orang-orang agama di dalam Umno yang mengatakan jika laksanakan Islam akan mendatangkan huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi akan dibolot oleh orang bukan Islam kerana orang Islam dipotong tangan. Jika laksanakan Islam, tidak ada lagi batu untuk membuat jalan kerana diguna untuk melontar orang berzina. Ini ucapan yang tidak mempunyai kaitan dengan politik Pas, sebaliknya ia bersangkutan dengan akidah. Pas sebagai parti Islam wajib menyelamatkan akidah umat daripada sesat yang akan membawa kepada kekal di dalam neraka.
Atas kesedaran bahayanya gejala yang boleh merosakkan akidah maka Kerajaan Saudi telah mengedarkan risalah kecil kepada jamaah haji dan umrah. Buku yang memberi amaran kepada semua jamaah agar menjaga akidah dan memelihara perkara yang boleh membatalkan Islam dan haji. Begitu juga di dalam Kitab Mastika Hadis jilid pertama halaman 225-229 telah membicara dengan panjang lebar mengenai gejala membatalkan akidah. Diterangkan dengan ulasan yang menarik, akidah boleh terbatal melalui perkataan, perbuatan dan iktikad.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti.
Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi (OCPD) Zainuddin Ahmad.
"Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya.
Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi.
"Syarat ini katanya, antara 27 syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR. Pada awalnya ia tidak dibenarkan membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi. (Gambar atas)
Sementara itu, Hishamuddin Rais yang juga jawatankuasa HKR meminta media melaporkan agar perserta himpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka.
Beliau mengingatkan para peserta tidak merosakkan barang-barang serta padang Stadium Merdeka kerana ia adalah padang warisan yang perlu dipelihara.
"Kita juga dimaklumkan oleh pihak polis akan ada jalan-jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan himpunan itu nanti.
"Dan kita juga meminta kereta tidak diletak di bahu jalan di sekitar stadium dan meminta polis membenarkan para peniaga berniaga di kawasan itu," katanya.
Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO.
- Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali.
- Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong.
- Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang.
- KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman
- Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal.
KUALA LUMPUR: Semua
rakyat Terengganu yang cintakan keadilan diseru supaya bersama-sama
menyertai perhimpunan penyerahan memorandum tuntutan telaga minyak
Bertam PM307 hari ini.
Ini kerana dengan cara inilah kerajaan dapat disedarkan keperluan semua pihak berlaku adil dan menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Seruan ini dibuat Pengerusi Jawatankuasa tuntutan Bertam PM307 yang juga Adun Batu Burok Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Sekumpulan rakyat Terengganu dan pihak yang perihatin dengan isu royalti minyak akan menghantar memorandum kepada Petronas berhubung dengan tuntutan bertindih blok Bertam PM307 sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini.
Memorandum itu akan dihantar kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di menara KLCC.
Mengikut jadualnya, mereka akan menunai solat Jumaat dan bakal berhimpun di masjid KLCC sebelum berarak ke menara KLCC untuk menyerahkan memorandum itu.
Sidang media juga akan diadakan kira-kira jam 2 petang oleh mereka sempena penyerahan memorandum itu.
Ia akan dianjurkan oleh 'Gabungan tuntutan Royalti dan Hak Bertam' bersama dengan NGO 'R' (Royalti) Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Rombongan ini akan diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Adun Batu Burok, Terengganu.
Blok Bertam P307 menjadi pertikaian apabila Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia akan terletak dalam wilayah negeri Pahang.
Namun, sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu diberitahu, ia terletak dalam kawasan negeri Terengganu.
Ekoran itu, usaha untuk mempastikan ia menjadi milik Terengganu diusahakan oleh sekumpulan rakyat Terengganu yang diketuai oleh Dr Syed Azman, yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini membuat kenyataan meminta Najib membuat penjelasan mengenai hal ini apakah kenyataannya benar atau tidak.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan kesediaan pihak
polis untuk memudahcarakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan
diadakan pada 12 Januari 2013 seperti yang umumkan oleh Ketua Polis
Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, pihaknya turut menyambut baik dialog yang diadakan di antara pihak polis dan penganjur himpunan bagi memastikan hak untuk berhimpun dilaksanakan sepenuhya dalam perhimpunan yang akan dijalankan ini.
Katanya, Suhakam juga mengalu-alukan jaminan Ketua Polis Negara dalam memastikan personel polis memaparkan nama dan nombor badan semasa menjalankan operasi mereka sepertimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya berdasarkan dapatan inkuri awam terdahulu berkenaan dakwaan penggunaan kekerasan melampau oleh pihak penguatkuasa.
“Walaupun Suruhanjaya mengambil maklum bahawa wakil media yang akan menghadiri perhimpunan tersebut akan diberi tag pengenalan khas yang dikeluarkan oleh pihak polis selain daripada tag rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan, ia berharap agar wakil media yang tidak memilik tag pengenalan khas polis turut mendapat perlindungan dan pengiktirafan yang sama semasa menjalankan tugas rasmi mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sebagai institusi hak asasi manusia nasional yang sentiasa menangani isu berkenaan kebebasan berhimpun semenjak penubuhannya, Suhakam mengulangi seruannya kepada pihak penguatkuasa untuk menghormati dan memenuhi komitmen hak asasi manusia yang dijanjikan oleh kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa, dalam masa yang sama, mematuhi norma hak asasi manusia antarabangsa ke arah memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini.
Menurutnya, memandangkan hal ini boleh mempengaruhi imej polis dan negara, Suhakam berharap agar pihak polis akan menjalankan tugas mereka secara profesional dan mencontohi amalan terbaik pihak polis di negara lain seterusnya menambahbaik kelemahan daripada pengalaman terdahulu.
“Suruhanjaya yakin bahawa dengan adanya sikap positif yang ditunjukkan oleh pemimpin atasan polis, pihak polis boleh dan akan merealisasikan harapan masyarakat awam,” ujarnya.
Pada masa sama, kata beliau pihaknya juga menyeru agar pihak penganjur dan peserta mematuhi tanggungjawab masing-masing ke arah mempromosi satu perhimpunan yang aman.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak.
"Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.
"Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka.
Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
"Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam.
"Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan," katanya.
Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.
Ini kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan kali ini mencecah satu juta orang.
Guna pengangkutan awam
Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan.
"Pihak penganjur minta sangat-sangat, semua orang guna pengangkutan awam.
"Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan," katanya.
Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan.
Bilakah Non-Muslim Diperangi?
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, | 11 Jan 2013 |
Saya ingin menggesakan pelbagai pihak untuk menganjurkan wacana dan dialog tentang hubungan muslim dengan non-muslim di sudut nas-nas Islam yang sebenar. Perbincangan yang bebas dari ketamakan politik dan fanatik perkauman. Ini penting untuk nama baik Islam dan dakwah, serta masa depan negara ini.
Beberapa persoalan tentang prinsip interaksi antara muslim dan non-muslim seperti apakah asas hubungan antara muslim dan non-muslim; perdamaian ataupun permusuhan? Apakah sebabnya jihad dalam Islam difardukan; kerana kekufuran ataupun disebabkan permusuhan yang dilancarkan? Siapakah kafir zimmi dan harbi?, dan lain-lain lagi perlu didalami.
Disebabkan kegagalan memahami asas-asas ini dengan baik, maka sentimen agama yang kadang-kala tidak tepat dimainkan. Apatah lagi ada pihak yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan politik pilihan raya.
Kenapa Non-Muslim Diperangi?
Ini satu persoalan yang penting. Jika salah langkah, maka banyak darah yang dihalalkan atas nama Tuhan. Secara umumnya dua punca (‘illah) dibahaskan oleh sarjana; non-muslim diperangi atas sebab kekufuran ataupun peperangan yang mereka dilancarkan? Jawapan yang berbeza boleh memberikan implikasi yang berbeza terhadap sikap dan tindakan.
Para ulama usul al-Fiqh cuba untuk mencari `Illah (punca hukum) jihad disyariat. Maka para ulama dari mazhab al-Syafi`i dan al-Zahari berpendapat `illahnya ialah kerana kekufuran mereka. Hal ini bermaksud mereka diperangi kerana mereka kufur dengan Allah. Namun, pendapat ini dianggap lemah dan tidak boleh dipegang secara kefahaman dan praktikalnya. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Jihad meminta supaya ulama mazhab Syafi’i pada hari ini hendaklah menjelaskan kepada masyarakat awam bahawa pendapat al-Imam al-Syafi’i dalam hal ini adalah lemah dan ditolak. Dibimbangi digunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan keganasan.
Senarai golongan non-muslim yang tidak boleh dibunuh semasa peperangan yang disebut dalam nas-nas sahih seperti wanita dan kanak-kanak, ahli ibadah yang sedang beribadah dalam rumah ibadah mereka, pekerja dan petani yang tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, para perwakilan diplomatik dan lain-lain menjadi bukti bahawa sekadar kekufuran atau tidak beriman belum melayakkan seseorang itu dibunuh. Islam tetap memelihara nyawa mereka. Jika kekufuran itu punca mereka diperangi, sudah tentu golongan tersebut juga diperangi.
Oleh itu, jumhur (majoriti) ulama berpendapat `illah (punca) sebenar non-muslim diperangi bukanlah kerana akidah mereka, tetapi kerana (al-Hirabah) iaitu menzahirkan permusuhan terhadap harta dan nyawa orang muslim disebabkan Islam yang dianuti. Maka, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, mereka tidak diperangi. Kalaulah kekufuran yang menjadi alasan tentulah sewajar semua non-muslim itu diperangi. Inilah pendapat yang dipegang dalam Islam. Antara dalil-dalil yang dikemukakan oleh majoriti ulama ialah firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 (maksudnya):
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.
Juga firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 13: (maksudnya):
“Mengapa kamu tidak memerangi golongan yang telah mencabuli perjanjian mereka, serta mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan mereka jugalah yang mula-mula memerangi kamu? Apakah kamu takutkan kepada mereka padahal hanya Allah yang berhak kamu takuti, sekiranya kamu orang-orang yang beriman”.
Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:(yang bermaksud):
“Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan”.
Semua ayat-ayat di atas adalah jelas menunjukkan peperangan yang dilancarkan ke atas mereka adalah di atas sikap dan tindakan salah yang dilakukan mereka, bukan kerana kekufuran atau akidah mereka. Ayat-ayat ini menafikan hujah para ulama mazhab al-Syafi`i dan al-Zahiri.
Bersikap Baik
Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan: (maksudnya)
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) setelah membentang pendapat-pendapat mengenai ayat di atas, berkata:
“Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat ini bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan penganut semua agama. Hal ini kerana Allah menyebutnya secara umum dengan katanya “orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu” merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian” (Al-Tabari, Jami’ al-Bayan ‘an Takwil Aiy al-Quran 28/66 Beirut:Dar al-Fikr).
Juga telitilah firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 6-7 (maksudnya):
“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang aman. Yang demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan Rasul-Nya bagi orang-orang musyrikin (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrikin) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.”
Pengarang al-Jihad fi al-Islam yang merupakan tokoh Mazhab Syafi’i di Syria iaitu Said Ramadan al-Buti dalam mengulas ayat di atas, berkata:
“Dari dua ayat tersebut, kita dapat fahami dengan jelas ia meyanggahi apa yang difahami oleh ulama mazhab al-Syafi`i dan al-Zahiri. Dari sini kita kemukakan kepada mereka (para ulama tersebut) soalan-soalan yang mereka tidak mungkin dapat menjawabnya, iaitu; Sekiranya `illah (punca hukum) jihad atau peperangan ialah kekufuran, sedangkan perintah Allah agar kita melindungi kaum musyrikin sepanjang tempoh mereka berada di samping kita, dengan harapan mereka mendengar ayat-ayat Allah dan beriman dengan-Nya. Kemudian diperintahkan agar kita menghantarkan mereka ke tempat yang aman sekiranya mereka ingin pergi tanpa beriman… andainya kekufuran adalah sebab yang membawa kepada kita membunuh mereka, apakah mungkin untuk kita membantu mereka dengan perlindungan yang seperti ini, sedangkan mereka itu musyrikin? Sekiranya kekufuran mewajibkan peperangan, apakah mungkin untuk kita berurusan seperti itu dengan golongan Allah perintahkan kita memerangi mereka?. Ternyata sebab (kita dibenarkan berurusan baik dengan mereka) kerana mereka tidak menzahirkan permusuhan dan cenderung kepada perdamaian”.( Sa`id Ramadhan al-Buti, al-Jihad fi al-Islam, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr)
Dengan ini jelas, jihad berlaku hanya apabila mereka menzahirkan peperangan terhadap umat Islam kerana agama. Jika non-muslim mengkritik atau mencabar muslim melalui saluran undang-undang dalam negara Islam itu sendiri, ataupun membantah salahguna kuasa pihak umat Islam itu tidak dianggap memusuhi umat Islam kerana agama. Bahkan itu hak yang negara Islam berikan kepada mereka.
Siapakah Kafir Harbi?
Isu kafir harbi kadang-kala disebut oleh sesetengah pihak tanpa memahami maksud sebenar istilah berkenaan. Istilah harb merujuk kepada peperangan. Dalam pembahagian silam tentang jenis-jenis negara; disebut Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Juga ditambah oleh sebahagian penulis pembahagian ketiga Dar al- ‘Ahd.
Secara ringkasnya, Dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; kekuasaan politik berada di tangan muslimin, zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja dan kaum muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah aman berdasarkan perjanjian mereka. Manakala negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam maka mereka adalah Dar al-‘Ahd.
Atas asas ini Dr Yusuf al-Qaradawi menyimpulkan bahawa keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah Dar al-Islam ataupun negara Islam termasuklah Malaysia. Sementara kesemua negara bukan Dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu adalah Dar al-‘Ahd termasuklah Amerika. Hanya dikategori sebagai Dar al-Harb pada masa ini ialah Negara Zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Cairo: Maktabah Wahbah, ms 888-908)
Setelah memahami hal tersebut, maka dalam istilah awal, warga non-muslim yang hidup dalam masyarakat muslim ataupun bawah Dar al-Islam (negara Islam) dengan mengikat perjanjian kewarganegaraan disebut sebagai ahl-zimmah. Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam Dar al-Islam itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya. Walaupun begitu, istilah ahl-al-zimmah itu boleh elakkan di zaman kini dengan menyebut rakyat atau warga negara non-muslim.
Sementara kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah non-muslim yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan Dar al-Islam dan mereka tinggal di negara mereka Dar al-Harb (Lihat: ibid, ms 912).
Maka non-muslim yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang negara muslim, tidak dinamakan dengan kafir harbi. Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam. Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan muslim tidak boleh dikatagorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara!
http://drmaza.com
Akhbar Malaysia tak berani siar pakar ekonomi Bank Islam ramal Pakatan menang!
http://jalanpulang1978.blogspot.com, | 11 Jan 2013 |
TERKINI! Akhbar Malaysia Tak Berani Siar Kajian Pakar Ekonomi Bank Islam Ramal Pakatan Menang!
Kurang 24 jam sebelum
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak seakan
menambah semangat peserta himpunan!
Bukan setakat pakar poltik
mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi turut senada seirama
meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang kali ini.
Ini disahkan sendiri ketua
ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang disiarkan di akhbar
berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.
Azrul menambah, hasil
kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu
memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan
datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang
dimenangi pada pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, dengan
keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara
115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi
ekonomi sesebuah negara.
Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini.
Ia mengambil kira corak
demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi parlimen dan
dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak setiap bulan
sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data ekonomi
negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data mereka.
Dari segi reaksi warga
perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata ia sesuatu yang
lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar serta polisi
kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap kerajaan baru
walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah RM502 bilion
tahun lalu.
Manakala dari sudut pasaran
saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif terhadap urusniaga
yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini berlegar antara 1650 ke
1700 mata sejak sebulan lalu.
Beliau menjangka aliran
modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas pilihanraya umum yang
akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya perlahan.
BN kini berusaha keras
memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan paling getir dalam
sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu lalu dari British.
JALAN PULANG
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Tarbiah PAS berjaya menyelamatkan akidah
Idris Ahmad, | 11 Jan 2013 |
PAS sebagai sebuah parti yang dasarnya Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3, tidak pernah berganjak daripada menyatakan tentang Islam. Seruan ini disampaikan kepada masyarakat tidak kira musim. Sama ada sewaktu pilihanraya atau selepas pilihanraya. Tugas PAS ialah untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
PAS bukan semata-mata parti politik yang bergerak di musim pilihan raya, tetapi PAS juga sebagai sebuah jamah Islam yang menyampaikan seruan Islam kepada semua manusia tanpa ada had musim.
Pimpinan PAS terutamanya yang bergelar ulamak atau ustaz bekerja menyampaikan seruan Islam tanpa jemu-jemu. Mereka menerangkan Islam daripada perkara masuk tandas sampai kepada soal pemerintahan (politik). PAS dibantu oleh Tuan Guru pondok, walaupun mereka ini bukan memegang apa-apa jawatan di dalam PAS, namun pendirian mereka selari dengan apa yang dipegang oleh PAS. Maka mereka banyak membantu PAS melalui kelas-kelas pengajian mereka. Hasil daripada tarbiah mereka juga melahirkan kader-kader PAS.
Bukan satu kerja yang mudah untuk memecah kefahaman tradisi yang sudah berkarat lama di dalam pemikiran masyarakat. Ajaran Islam hasil peninggalan penjajah yang mengajar Islam hanya di dalam bentuk ritual, yakni hubungan dengan Allah semata-mata. Islam tidak diajar sebagai tatacara hidup yang lengkap. Akhirnya inilah yang menjadi anutan dan kepercaayaan sebahagian besar masyarakat di negara ini. Mereka didedahkan Islam yang sempit, sama ada melalui kelas pengajian formal (sekolah) atau tidak formal (surau dan masjid).
Walau pun penjajah sudah lama pergi meninggalkan negara ini, namun kepercayaan mereka terhadap Islam yang sempit sukar untuk diubah. Ketika inilah ulamak-ulamak PAS yang bekerja siang malam menyampaikan seruan ini kepada masyarakat.
PAS hanya berdakwah bukan menghukum. Kerja menyelamatkan akidah umat adalah satu tanggungjawab semua pihak. PAS mengambil tanggungjawab ini setelah Umno kurang mengambil perhatian perkara ini. Walau pun penjajah telah mengangkat kaki daripada bumi bertuah ini, namun mereka masih meninggalkan karat-karat sekular. Ajaran yang diajar, Islam hanya soal peribadi, tidak ada kaitan dengan dunia dan akhirat. Rakyat hanya faham bahawa Islam yang ada pada batang tubuh mereka tidak akan terbatal. Mereka hanya diajar batal sembahyang, batal wuduk, batal haji, batal puasa, tetapi tidak diajar batal Islam.
Kesannya ada manusia yang berbicara sehingga menjejaskan akidah. Mereka ini bukan orang jahil dalam agama, malahan terdiri daripada orang yang faham agama bergelar ustaz, tuan Imam dan sebagainya. Mereka ini berbicara di dalam dua keadaan, satu kerana memang tidak faham tentang konsep Islam yang sebenar. Mungkin kerana mereka tidak mempelajari secara mendalam. Kedua, mereka faham tetapi buat-buat tidak faham, kerana kepentingan duniawi.
Sedangkan ulamak PAS hanya menerangkan perkara yang membatalkan Islam. Seperti mana yang telah diajar mengikut disiplin keilmuan Islam. Atas kaedah yang disimpulkan oleh ulamak.
“Siapa yang mengakfirkan orang Islam maka ia kafir. Siapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka ia kafir. Siapa yang ragu terhadap kekafiran seseorang maka ia kafir”
Malangnya orang yang selalu mengkafirkan Umno, sekarang sudah masuk Umno. Mungkin kerana tidak ada lagi orang Umno yang hendak dikafirkan. Mereka ini ialah golongan pelampau yang tidak mengikut uslub yang diputuskan oleh jamaah. Benarlah apa cara sekalipun kita mesti sederhana. Bertepatan dengan peringatan nabi SAW: “Sebaik-baik perkara ialah pertengahan”.
Hasil daripada penerangan yang dilakukan oleh ulamak PAS terutamanya, masyarakat sudah mendapat pencerahan. Mereka tidak lagi berani mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan memperolok-olok hukum Islam. Satu ketika dahulu sering kita dengar pimpinan Umno dan orang-orang agama di dalam Umno yang mengatakan jika laksanakan Islam akan mendatangkan huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi akan dibolot oleh orang bukan Islam kerana orang Islam dipotong tangan. Jika laksanakan Islam, tidak ada lagi batu untuk membuat jalan kerana diguna untuk melontar orang berzina. Ini ucapan yang tidak mempunyai kaitan dengan politik Pas, sebaliknya ia bersangkutan dengan akidah. Pas sebagai parti Islam wajib menyelamatkan akidah umat daripada sesat yang akan membawa kepada kekal di dalam neraka.
Atas kesedaran bahayanya gejala yang boleh merosakkan akidah maka Kerajaan Saudi telah mengedarkan risalah kecil kepada jamaah haji dan umrah. Buku yang memberi amaran kepada semua jamaah agar menjaga akidah dan memelihara perkara yang boleh membatalkan Islam dan haji. Begitu juga di dalam Kitab Mastika Hadis jilid pertama halaman 225-229 telah membicara dengan panjang lebar mengenai gejala membatalkan akidah. Diterangkan dengan ulasan yang menarik, akidah boleh terbatal melalui perkataan, perbuatan dan iktikad.
Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan
Salmiyah Harun, | 10 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti.
Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi (OCPD) Zainuddin Ahmad.
"Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya.
Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi.
"Syarat ini katanya, antara 27 syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR. Pada awalnya ia tidak dibenarkan membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi. (Gambar atas)
Sementara itu, Hishamuddin Rais yang juga jawatankuasa HKR meminta media melaporkan agar perserta himpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka.
Beliau mengingatkan para peserta tidak merosakkan barang-barang serta padang Stadium Merdeka kerana ia adalah padang warisan yang perlu dipelihara.
"Kita juga dimaklumkan oleh pihak polis akan ada jalan-jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan himpunan itu nanti.
"Dan kita juga meminta kereta tidak diletak di bahu jalan di sekitar stadium dan meminta polis membenarkan para peniaga berniaga di kawasan itu," katanya.
Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO.
- Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali.
- Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong.
- Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang.
- KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman
- Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal.
Bertam PM307: Aktivis serah memo hari ini
Harakahdaily, | 11 Jan 2013 |
Ini kerana dengan cara inilah kerajaan dapat disedarkan keperluan semua pihak berlaku adil dan menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Seruan ini dibuat Pengerusi Jawatankuasa tuntutan Bertam PM307 yang juga Adun Batu Burok Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Sekumpulan rakyat Terengganu dan pihak yang perihatin dengan isu royalti minyak akan menghantar memorandum kepada Petronas berhubung dengan tuntutan bertindih blok Bertam PM307 sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini.
Memorandum itu akan dihantar kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di menara KLCC.
Mengikut jadualnya, mereka akan menunai solat Jumaat dan bakal berhimpun di masjid KLCC sebelum berarak ke menara KLCC untuk menyerahkan memorandum itu.
Sidang media juga akan diadakan kira-kira jam 2 petang oleh mereka sempena penyerahan memorandum itu.
Ia akan dianjurkan oleh 'Gabungan tuntutan Royalti dan Hak Bertam' bersama dengan NGO 'R' (Royalti) Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Rombongan ini akan diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Adun Batu Burok, Terengganu.
Blok Bertam P307 menjadi pertikaian apabila Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia akan terletak dalam wilayah negeri Pahang.
Namun, sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu diberitahu, ia terletak dalam kawasan negeri Terengganu.
Ekoran itu, usaha untuk mempastikan ia menjadi milik Terengganu diusahakan oleh sekumpulan rakyat Terengganu yang diketuai oleh Dr Syed Azman, yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini membuat kenyataan meminta Najib membuat penjelasan mengenai hal ini apakah kenyataannya benar atau tidak.
Bersih 3.0: 49 saksi beri keterangan kepada Suhakam
Harakahdaily, | 11 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam) menamatkan siasatan awam ke atas kejadian semasa dan selepas
perhimpunan 28 April tahun lalu, 29 hari selepas pendengaran pertama
pada 5 Julai 2012.
Sejumlah sebanyak 49 saksi termasuk 19 orang awam, empat anggota media, 18 anggota polis dan lapan pakar profesional telah memberikan keterangan mereka di hadapan tiga anggota Panel Siasatan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Khaw Lake Tee (gambar) memberitahu kebanyakan orang awam dan media hadir atas kehendaknya sendiri manakala anggota polis dipanggil berdasarkan senarai nama yang telah diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia atau keterangan saksi semasa pendengaran awam.
Menurutnya, pendengaran semalam, tiga pemerhati mewakili Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam dan Perhimpunan Bersih 3.0, telah dijemput untuk membuat penghujahan mereka kepada Panel untuk dipertimbangkan.
“Panel akan menimbang semua keterangan dan penghujahan dalam penyediaan laporan yang dijangka siap dan dikemukakan awal Februari. Suruhanjaya telah mula mengumumkan siasatan awam pada 21 Mei 2012,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, siasatan itu dijalankan susulan daripada aduan dan memorandum yang diterima oleh Suhakam atas dakwaan penggunaan tenaga yang tidak seimbang oleh pegawai penguatkuasa ke arah peserta dan anggota media semasa dan selepas perhimpunan awam 28 April.
Katanya, Suhakam juga telah menurunkan pasukan pemantau semasa perhimpunan tersebut.
“Ini adalah siasatan kesembilan awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya sejak penubuhannya, di mana separuh daripada jumlah yang dijalankan berikutan aduan dan memorandum mengenai penyalahgunaan kuasa dan penggunaan kekerasan yang tidak seimbang dalam menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan awam,” jelasnya.
Dalam melaksanakan perlindungan dan promosi hak asasi manusia, ujarnya Suhakam mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia dan sekiranya mewajarkan sebuah siasatan diadakan, Suruhanjaya, di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), mempunyai kuasa untuk memperoleh dan menerima semua keterangan dan memanggil mana-mana orang untuk memberikan keterangan.
Dalam hal ini, jelasnya lagi Suhakam ingin menegaskan bahawa kuasa untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan pencabulan hak asasi manusia berasal dari Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.
Dalam menjalankan siasatan itu, katanya Suhakam menunaikan kewajipan sebagai badan berkanun dan tanggungjawabnya untuk melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di negara ini seperti yang dimandatkan oleh Akta 597.

Hormati hak berhimpun secara aman - Suhakam
Harakahdaily, | 11 Jan 2013 |
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, pihaknya turut menyambut baik dialog yang diadakan di antara pihak polis dan penganjur himpunan bagi memastikan hak untuk berhimpun dilaksanakan sepenuhya dalam perhimpunan yang akan dijalankan ini.
Katanya, Suhakam juga mengalu-alukan jaminan Ketua Polis Negara dalam memastikan personel polis memaparkan nama dan nombor badan semasa menjalankan operasi mereka sepertimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya berdasarkan dapatan inkuri awam terdahulu berkenaan dakwaan penggunaan kekerasan melampau oleh pihak penguatkuasa.
“Walaupun Suruhanjaya mengambil maklum bahawa wakil media yang akan menghadiri perhimpunan tersebut akan diberi tag pengenalan khas yang dikeluarkan oleh pihak polis selain daripada tag rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan, ia berharap agar wakil media yang tidak memilik tag pengenalan khas polis turut mendapat perlindungan dan pengiktirafan yang sama semasa menjalankan tugas rasmi mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sebagai institusi hak asasi manusia nasional yang sentiasa menangani isu berkenaan kebebasan berhimpun semenjak penubuhannya, Suhakam mengulangi seruannya kepada pihak penguatkuasa untuk menghormati dan memenuhi komitmen hak asasi manusia yang dijanjikan oleh kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa, dalam masa yang sama, mematuhi norma hak asasi manusia antarabangsa ke arah memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini.
Menurutnya, memandangkan hal ini boleh mempengaruhi imej polis dan negara, Suhakam berharap agar pihak polis akan menjalankan tugas mereka secara profesional dan mencontohi amalan terbaik pihak polis di negara lain seterusnya menambahbaik kelemahan daripada pengalaman terdahulu.
“Suruhanjaya yakin bahawa dengan adanya sikap positif yang ditunjukkan oleh pemimpin atasan polis, pihak polis boleh dan akan merealisasikan harapan masyarakat awam,” ujarnya.
Pada masa sama, kata beliau pihaknya juga menyeru agar pihak penganjur dan peserta mematuhi tanggungjawab masing-masing ke arah mempromosi satu perhimpunan yang aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan