Khamis, 17 Januari 2013

UBAHLAH MENYOKONG ALLAH JANGAN MENYOKONG TAGHUT

Baju T: BN sesuai masuk tong sampah

Harakahdaily, 16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dibuat oleh orang ramai dalam kempen mereka untuk melawan BN dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Bagi sekumpulan aktivis, mereka merekabentuk baju T untuk dipakai semua orang bagi menyatakan kebencian mereka kepada BN.

"Saya buat ini untuk berkongsi perasaan saya terhadap BN," kata Mohamad Ali Darus ketika menerangkan reka bentuk baju T yang menunjukkan tempat yang layak untuk BN adalah tong sampah.

Beliau yakin, jika ramai orang yang memakai baju ini, ia akan menjadi satu kempen yang baik untuk menentang BN.

"Bagi saya ia memang sentimen rakyat sekarang. Cuma kita perlu ajak mereka menyuarakannya secara jelas iaitu dengan memakai baj ini agar semua orang berani untuk ke hadapan melawan BN," katanya.

Baju T yang beliau jual murah sahaja iaitu RM15 dan  bayaran pos adalah RM6 untuk Semenanjung Malaysia.

Klik untuk melihat video promo ini.

 



Rasuah: Mahkamah Pakistan arah tangkap PM

Terjemahan Mohamad Yahya, 16 Jan 2013
Mahkamah Agung Pakistan telah mengarahkan penangkapan Raja Pervez Ashraf, Perdana Menteri Pakistan, berkaitan dengan kes rasuah, lapor pegawai kerajaan.

Mahkamah memerintahkan penangkapan Ashraf pagi Selasa lalu, dalam kes yang berkaitan dengan kontrak pembelian loji janakuasa oleh kerajaan persekutuan ketika Ashraf menjawat jawatan Menteri Air dan Tenaga.

Ashraf, dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Air dan Tenaga, "melanggar prinsip ketelusan, maka, penglibatan [beliau] dalam mendapat faedah kewangan yang sama dengan terlibat dalam rasuah tidak boleh ditolak", baca perintah mahkamah tersebut.

Mahkamah Agung mengarahkan penangkapan 16 orang, termasuk Ashraf, dan mengarahkan pihak berkuasa membawa beliau ke mahkamah Khamis ini, ujar Aamir Abbas, peguam Biro Akauntabiliti Negara (NAB).

"Ketua Hakim Negara mengarahkan bahawa semua pihak yang terlibat, tanpa mengira pangkat, yang telah diarahkan untuk ditangkap supaya ditahan dan jika mereka meninggalkan negara ini, maka pengerusi kepada NAB akan bertanggungjawab beserta dengan pasukan penyiasat beliau, "Abbas berkata.

Fawad Chaudhry, penasihat kepada PM, mengutuk perintah mahkamah tersebut dan menyifatkannya sebagai "tidak mematuhi perlembagaan". (aljazeera.com)

JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

Zunar akan kartunkan pendedahan Deepak

Harakahdaily, 16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Isu dakwaan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan akan menjadi lebih menarik selepas ini apabila kartunis Zunar bercadang untuk meng'kartun'kan segala dakwaan ini.

"Setelah diteliti, saya dapati pendedahan yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan adalah satu pendedahan yang penting kerana ia melibatkan salah guna kuasa yang serius, korupsi serta pembunuhan.

"Tambahan pula individu yang didakwa terlibat adalah pemimpin tertinggi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya mungkin tidak bersetuju dengan semua tindakan Deepak, tetapi isu yang dibawanya adalah salah satu skandal terbesar negara kerana itu wajar diangkat dalam bentuk visual," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anuar Ulhaq.


Sebelum ini, sebuah buku bertajuk "The Black Rose" telah diedarkan namun Deepak enggan mengesahkan samada dia menulis buku itu ketika dihubungi Harakahdaily. Namun Malaysiakini melaporkan, Deepak mengaku menulis buku itu.

Antara lain Deepak mendedahkan manipulasi SD kedua oleh P. Balasubramaniam serta peguam yang terlibat, isu di sebalik pembunuhan Altantuya dan isu tanah melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.

Ia menjadi lebih buruk apabila Perdana Menteri dan isterinya membisu dan media-media kawalan kerajaan juga menggelapkan berita tersebut.

"Kerana itu menjadi tanggungjawab saya sebagai kartunis untuk mengkartunkan isu ini dalam bentuk buku untuk penyebaran dan kefahaman orang ramai," katanya.

NGO Kelantan anjur seminar pantau pilihan raya

Muhammad Yusri Amin, 16 Jan 2013

KOTA BHARU: Dalam usaha mempastikan perjalanan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) keputusannya mampu melambangkan keputusan rakyat terbanyak, Gabungan NGO Kelantan (GNK) yang dianggotai lebih 20 NGO akan menganjurkan seminar mengenai pemantauan pilihan raya.

Pengerusi GNK, Dr Abdul Halim Yusof berkata, seminar itu amat penting agar perjalanan PRU13 terlaksana berdasarkan ‘pemantauan terarah’ mengikut piawaian yang diperakui.

Katanya, seminar itu akan diadakan pada 19 Januari ini mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Balai Islam, Lundang.

Menurutnya, pihaknya telah pun mengundang peserta dari agensi kerajaan termasuk pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Abdul Halim berkata, pihak agensi terbabit telah pun dihubungi dan sudah pun memberi respons positif untuk hadir menyertai seminar itu di samping jemputan khas yang lain.

“Penyertaan dianggarkan kira-kira seramai 600 orang,” katanya.

Tambahnya, pada sebelah malam akan diadakan Forum Pemantauan PRU13: Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa di tempat yang sama mulai jam 8.30 malam.

Katanya, ahli panel yang dijangka mengambil bahagian ialah Datuk Husam Musa, mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Wong Chin Huat dari Bersih 2.0, manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.

Mali: Malaysia perlu desak sidang tergempar OIC

Harakahdaily, 16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Malaysia mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk memanggil sidang tergempar bagi membincangkan isu serangan Prancis terhadap Mali.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Kamaruddin Jaafar berkata, sidang tergempar itu perlu diadakan dengan segera bagi menyelamatkan umat Islam di negara Afrika itu.

"Kita desak Malaysia khususnya Menteri Luar bawa ke OIC dan desak sidang tergempar," katanya kepada Harakahdaily.

Serangan Prancis terhadap Mali turut dibantu Amerika Syarikat, Inggris, Denmark, dan negara Eropah yang membekalkan peralatan komunikasi dan pengangkutan termasuk pesawat tempur.

Keadaan huru-hara di Mali tercetus setelah Presiden Amadou Toumani Toure digulingkan tentera pada Mac 2012.

Pertempuran berlaku antara pihak tentera Prancis dengan Mujahidin Islam negara itu.

Serangan terhadap Mali juga didakwa ekoran kebimbangan Prancis bahawa Mali akan menjadi sebuah negara Islam.

"Prancis telah menyerang Islam. Kami akan menyerang jantung Prancis," kata Abou Dardar, seorang pemimpin Gerakan Keesaan dan Jihad di Afrika Barat (Mujao), sebuah cabang dari Al Qaeda di Maghreb Islam (Aqim), kepada AFP.

PAS sokong DPMM dedah Melayu Johor miskin

Salmiyah Harun, 16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: PAS Johor menyahut pendedahan yang dibuat oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) untuk membongkarkan penglibatan Umno Johor dalam isu penggadaian puluhan ribu hektar tanak milik orang Melayu negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata, pendedahan oleh presiden DPMM, Datuk Syed Ali Alattas adalah bukti jelas nasib Melayu di bawah Umno ibarat 'melukut di tepi gantang'.

"Pemimpin Umno jadi kuda tunggangan golongan kapitalis yang mendapat komisyen dan habuan, tergamak khianat bangsanya sendiri,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, bekas Adun Senggarang (PAS) Dr Ramli Kari pernah membangkitkan isu ini di dalam Sidang DUN Johor tentang kedudukan orang Melayu dalam Iskandar Malaysia yang kehilangan tanah mereka.

"Akhirnya kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila tanah mereka digadai kepada pihak asing," katanya.

Bahkan, jelas Mazlan, tanah sekitar Nusajaya yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri pada awalnya adalah milik Melayu, akhirnya telah bertukar tangan.

Ekoran itu, kepentingan strategik Melayu dalam ekonomi di situ juga terlalu kecil kerana semuanya berasaskan persaingan.

Bukan itu sahaja, terkini, katanya 22,500 ekar tanah orang Melayu di Pengerang pula akan diambil untuk projek bernilai RM60 billion.

"Tanah tergadai, orang Melayu jadi kuli sahaja," tegasnya.

Semalam, DPPM menegaskan orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

Kelemahan undang-undang cukai perlu diperbaiki

SM Mohamed Idris, 16 Jan 2013
Memandangkan keadaan ekonomi dunia tidak menentu pada masa ini, Malaysia perlu bersedia lebih awal bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa depan. Untuk melindungi pertumbuhan dalam keadaan yang sukar seperti ini, negara perlu menggunakan semua sumber kewangan yang boleh digunakan dan tidak dapat menanggung sebarang pembaziran atau kebocoran. Berhubung perkara ini, di samping membanteras rasuah, fenomena lain yang berpotensi menjadi pengaliran utama wang negara juga perlu ditangani iaitu mengelak cukai korporat.
Lewat tahun lalu, terdapat bantahan awam yang besar di United Kingdom selepas didedahkan bahawa syarikat gergasi multinasional seperti Starbucks, Google dan Amazon membayar sedikit hingga tidak membayar cukai di negara itu beberapa tahun walaupun mengaut hasil berbilion paun.
Ini hanyalah secebis daripada masalah sebenar, bagi masalah mengelak cukai dan lari dari cukai merupakan satu daripada penyakit yang melanda negara membangun selama beberapa dekad.

Adalah dianggarkan negara miskin kehilangan sehingga US$160 bilion setahun dalam bentuk hasil cukai akibat mengelak cukai korporat. Sumber ini boleh disalurkan untuk kesihatan, pendidikan dan khidmat penting awam yang lain di negara ini.
Korporat mampu untuk mengelak cukai dengan menggunakan pelbagai teknik perakaunan kreatif. Contohnya, firma multinasional boleh mengubah suai harga di mana barangan dan perkhidmatan dipindahkan di antara subsidiari di negara yang berbeza.

Harga ini boleh dinaikkan dan diturunkan dengan itu kebanyakan keuntungan berakhir di negara yang mengenakan kadar cukai yang rendah atau lebih baik bagi firma itu berada di negara yang menjadi syurga bagi cukai.
Oleh sebab itu adalah menjadi keperluan bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sebarang kelemahan dalam undang-undang cukai negara kita yang boleh mengawal amalan mengelak cukai itu.

Selain itu Malaysia juga boleh bekerjasama dengan negara lain untuk menetapkan standard perakaunan antarabangsa yang memerlukan ketelusan dalam laporan aktiviti multinasional di setiap negara di mana mereka menjalankan perniagaan. Adalah penting juga untuk mewujudkan satu sistem yang menyediakan pertukaran maklumat cukai secara automatik antara pihak berkuasa negara.
Kita perlu memastikan sektor korporat termasuk syarikat multinasional asing yang melabur di dalam negara membayar bahagian cukai mereka dengan adil.

Ini bukan sahaja meningkatkan sumber untuk membiayai program dan dasar awam tetapi juga menyebabkan keperluan bagi sumber hasil alternatif seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) regresif yang akan menjejaskan pengguna dan golongan miskin.
Orang ramai tidak seharusnya menanggung beban akibat pengelak cukai korporat yang tidak beretika.

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Listen: Pemuda PAS temui Bawani ucap tahniah

Muhammad Faeez Azahar, 16 Jan 2013


KAMPAR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diwakili Exconya, Mohd Hakim Mohd Nor telah bertemu dengan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi buah mulut masyarakat ketika ini setelah berani tampil ke depan menyatakan pandangannya pada satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.

Pertemuan singkat itu diadakan di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam yang turut disertai oleh Exco Pemuda PAS Perak, Isran Fahmi dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Busra.

Mohd Hakim mengucapkan sekalung ucapan tahniah kepada Biwani mewakili DPPM atas keberaniannya menyatakan pandangan di program yang dianjurkan itu.

Katanya, Pemuda PAS sentiasa memberi sokongan kepada beliau yang berani berhadapan untuk menyatakan kebenaran di khalayak ramai.

Bawani, seorang pelajar yang aktif memperjuangkan hak rakyat dan mahasiswa menceritakan tentang kejadian itu kepada wakil Pemuda PAS.

Menurutnya, program tersebut berlaku kira-kira sebulan lalu dan sangat terkejut video itu meletup sejak semalam selepas Harakahdaily mengeluarkan berita video tersebut.

Kata beliau, ramai yang menelefon beliau memberi sokongan dan semangat termasuklah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika ditanya apakah respons UUM selepas tersebarnya video itu, Bawani berkata beliau belum menerima sebarang panggilan daripada pihak universiti.

Beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padu kepadanya dan ianya akan menambahkan lagi semangatnya untuk berjuang mengangkat hak rakyat khususnya suara mahasiswa.

Tiada ulasan: